Travel

Showing posts with label ofisku. Show all posts
Showing posts with label ofisku. Show all posts

Monday, March 28, 2011

Kembali ber Bola Jaring

geng2 netball mude2 dulu (skrang pun 'muda' gak..uhuhuhu)

bdak laki main netball? jangan tak caye ..
eceh..gaya kemain


salam dulu sebelum dibelasah



saguhati dari KPM -TQ!


team ORKID


Organizer yang bekerja keras. Caya lah Aja!!


Seronok dapat cabutan bertuah


Lepas bersalin Aimy pada 2009, mama kembali beraksi (cewah!)..paling ketara terasa kepancitan yang amat sangat..hahhahha

Mama main bola jaring semenjak sekolah rendah..panjang sejarah bola jaring mama ni, tapi sampai peringkat sekolah jer lah..hahhaha..idok la terer mana pun..tapi mama memang suka main bola jaring :)

Seronok main bola jaring di Pertandingan Bola Jaring anjuran Biro HAWA KPM. Walaupun tak menang no. 1, tapi seronok main. Thanks kepada team-mate yang bertungkus-lumus :)

Kalau ada rezeki kita beraksi lagi lain kali okeh!!

Friday, March 11, 2011

Sagu Gula Melaka

Sedapnyaaaaa!!!!!!
Itu la ekpresi yang paling tepat untuk menggambarkan pencuci mulut yang berasal dari Kelantan ini.
Bahan-bahannya tak banyak, cuma sagu, santan & gula merah. Tapi kombinasinya ketiga-tiga bahan ini mencetuskan rasa yang meletops!
Hari ini mama ada jamuan makan di opis lama mama. Jamuan dengan geng2 perempuan sahaja.
Jamuan untuk mengeratkan silaturrahim dan menyambut hari jadi. Jamuan akan dibuat 3 bulan sekali dan setiap yang terlibat akan dapat turn jadi organizer.
Untuk jamuan kali ini, menunya: nasi putih, masak lemak nenas+ikan masin talang, udang sambal, kerabu taugeh, ayam kunyit &sambal mangga. Untuk pencuci mulut ada buah2an, air oren & SAGU GULA MELAKA.
Alhamdulillah, jamuan berakhir dengan jayanya. Terima kasih kepada semua!!
Nyesal plak tak bawak kamera ;p. Next time wajib bawak!!

Sunday, March 06, 2011

Mama & Badminton

Mama main badminton sejak kecik.. Masa kecik2 dulu tak sebut badminton, mama kata ' main reket'...huhuhuhu...Sebab kat sebelah umah mama (umah Atuk) kat kampung ada court badminton open air. Kat sekolah, tak pernah ada tournament badminton. So, tak pernah la belajar secara official cam mana nak pegang reket dengan betul. Main belasah jer..

Yang selalu jadi kawan sepermainan mama dulu kawan sebaya mama juga.. Lailawati atau nama glamernya Kela. Sebab tak ramai bdak pompuan yang 'main reket', so mama selalunya main single. Lawan mama Kela jer.. Kadang2 mama menang, kadang2 Kela menang. Reket mesti la ciluk Atuk ngan Pakngah punye:)
Berat gila reket dulu!

Bila masuk asrama mama tak main dah badminton. Kat mrsm dulu x glamer la plak badminton ni. Mama main netball jer.
Masa study kat Japan, pernah main sekali waktu Sport Activity.. Lepas tu tak pegang dah reket.
Sampai la dah kawin & ada anak, baru mama main badminton dengan kawan2 opis. Pinjam reket papa.

Tahun 2010, KPM buat tournament Badminton Wanita, ini lah pertama kali mama masuk tournament dan hasilnya mama dan partner(Azlifah) dpt no.3.
Terima kasih pada Azlifah sbb dia la bleh menang.. Hehehe.. Sebab mama kategori lubuk.

Lepas KPM tournament, hotmama2 yg terer main ni ajak join main untuk KPM. Setakat ni, dah buat freindly match dengan Sungai Buaya, UPSI dan UIA. Dan ada lagi plan2 freindly match selepas ini. Terima kasih pada KPM yg banyak membantu dari segi sponsor dan arrangement.

Papa telah mama lantik sebagai jurulatih mama. Memang kene kutuk ajer.. x per, mama akan berusaha untuk membaiki permainan mama :).. Masih belum terlewat kan?

Gambar ni, posing sebelum freindly match kat UIA.. 5 regu semua kalah.. Hehehe.. Bdak2 UIA ni ramah2 dan sopan2 semuanya... Gaya lemah lembut jer.. TAPI bila main badminton asik nak smash ajer!

Mama x dpt berpatner dengan Azlifah dah sebab Pah peknen.. Alhamdulillah.. Semoga dpt baby yg sihat & comel:).. So, mama digandingkan dengan Syafa yang sgt la terer & laju smashnya. Untung mama:)

Harap2 lepas ni mama dpt membaiki cara permainan mama & tidak lagi mengharap partner yang terer.. Hehehe

Wednesday, January 26, 2011

Tun Mahathir Melawat Perodua

Hari ini Tun Mahathir melawat Perodua. Mama dengan excitednya bawa la D90 kekonon nak amik gambar Tun. Tapi kenapa la sengal sangat mama nih, tak check bateri..bateri dah habis!! tensen betul! Dah la dari minggu lepas cari memori kad x jumpa2. Dah minta tolong opismate belikan memori kad baru semata-mata nak ambik gambar Tun. Tapi bateri lak tak charge! Adoyaiiii....memang x rezeki...
Hanya dapat amik gambar guna kamera phone jer la.. Gambar Tun paling dekat mama dapat amik.

Aduhhh...ada halangan plak..

Okeh, dari sini clear :)

Gambar panorama. Guna application iphone.

Konon nak amik gambar berlatar-belakangkan Tun. Tapi tak sempat..semua dah bangun. ekkeke

Ini gambar bosses Plant. Tumpang bergambar:)

Wednesday, December 15, 2010

Mama Obses to HANA TAJIMA

Sejak mama kenal Hana Tajima ni..mama obses betul dengan cara dia pakai tudung. Mama yang memang suka pakai selendang/shawl sangat teruja tengok cara tudung Hana Tajima yang nampak simple tapi cool!! Mama suka mempelbagaikan cara lilitan, kalau dapat cara baru memang mama akn terus cuba. Dan yang terbaru, cara yang mama tengok dari tutorial web Hana Tajima. Mama dah upload movie tutorialnya di http://www.shawlcenter.blogspot.com/. Malam ahad mama tengok tutorial, hari Isnin pegi kerja terus cuba :) Hari pertama cuba pakai, guna shawl pashmina. Ada yang tegur..Arabic Style ;)
Mama pun suka..rasa selesa.


Hari kedua, guna shawl cotton. Tak selesa sangat..lepas rehat tukar balik lilit biasa ;p



Hari ketiga, guna shawl syria. Pun tak berapa selesa, maybe sebab shawl syria ni pendek & kurang lebar. But manage to pakai sampai balik :)





Hari keempat, shawl pashmina plain.



Shawl jojet belum cuba lagi..esok nak cuba.
Kesimpulannya, cara lilit Hana Tajima ni sesuai guna pashmina aje kut.



Hana Tajima yang cute.
Cara lilit macam ni Hana Tajima belum ajar lagi:)

Tuesday, December 14, 2010

Santai Restoran, Tesco Rawang

Lunch hour hari Jumaat adalah lunch hour mama & kawan2 :)
Kali ni Mama pergi makan di Santai Restoran, Tesco Rawang. Santai Restoran berkonsepkan ala-carte masakan melayu/siam. Selain di Tesco Rawang, mama pernah makan di Santai Restoran Tesco Kota Damansara. Walaupun nak makan baru order, tapi tak la tunggu berjam-jam baru makanan sampai. Kira OK la..
Gambar2 kali ni mama edit dengan iphone application - MORELOMO (cool kan?)Mama dan Air Asam Boi RM3.00
Untie Dud dan jus appleMama Aqil dan teh panas
(Sikin kata air orang tue..kehkehkeh)

Untie Sikin dan Air Bandung (matching ngan tudung)

Kerabu mangga
Dari segi rupa memang nampak sangat menyelerakan. Rasa pun sedap!!

Tomyam seafood yang tak nampak apa isinya :p

Sambal udang petai
Ini mama order..huhuhu..mama memang suka masak sambal yg ada petai ni.

Nasi putih dan seafood masak pedas

Kailan ikan masin

Itu dia makan tuk 4 orang. Sorang order 2 lauk..mana tak penuh meja.
Ada lagi lauk yg tak diambil gambar. Telur goreng dan ayam goreng kunyit. Untie Sikin kata dia kalau makan tomyam mesti kena ada telur goreng.
Untie Sikin seperti biasa makan dengan sopannya.

Untie Dud yang badan je kecik tapi makan banyak. Awal2 lagi dah minta nasi tambah!!

Aksi menyuap nasi Untie Nozie, berselera sungguh..nyumm..nyummmm

Ini air asam boi...mula-mula ingat asam masin jer..bila tengok bebetul..asam masin diletakkan di dalam limau kasturi (err..ke limau nipis? kompius ..hehhe)
Patut la sedaaaapppppp!!!

Dah abis makan...tinggal pinggan dan bawang jer:)

Bayar time. Bonus tak dapat lagi, so bayar masing-masing la yer..

List menu yang dipaparkan di luar restoran. Harga lauk-lauk tadi dalam lingkungan rm5 ~ rm6 sepinggan.

Restoran Santai dari luar. (Rasa cun gila gambo ni, tapi tong sampah tu spoil betul lah! macam dia lak subject utama..kekke)

Saturday, November 27, 2010

Kari Kepala Ikan Rawang

Pernah makan kari kepala ikan? Tak Pernah? Kalau tak pernah kena cuba sekali....sedapnyaaaa!!
Lunch hour Jumaat lepas makan kari kepala ikan kat Rawang. Biasanya kari kepala ikan nih org makan kat restoran mamak kan? Ini bukan kat restoran mamak, kedai makan melayu. Kedai makan nih sebelah bangunan MIC Rawang (ke MCA ek? kompius :p)..depan kedai makan ni ada tempat basuh keta.
Mama tak ingat bila last makan kari kepala ikan..tapi kari kepala ikan ni memang best lah!! terangkat!!
Kari kepala ikan merah. 1 kepala rm18.00 (ikut size)
Untie Dud: Amboi Nozie sampai 2 ekor?
Untie Nozie: Alang2 kak ina nak belanjerr...kekkke
Untie Nozie membetulkan kedudukan sebelum membelasah.

Sikitnya nasi Untie Syikin, diet ek? :p

Haaaaa....nih baru betul makan. Sotong ada, udang ada, sup sayur ada..(mama pun terkejut tengok..kekkeke)

Nasi Untie Dudd, okay la sesuai dengan size :)

Lauk Mama :), kalau makan kat sini, mama mesti ambik sotong masak merah. Sedap! lembut & manis sotongnya. Biasa kalau tempat lain yg mama pernah makan, liat sotongnya.

Hari ni mama & untie syikin tak pakai uniform sebab kitorang duk corporate building. Boleh pakai baju biasa (melaram!) kalau hari Jumaat.


isk..apesal nampak sopan lak Untie Syikin nih makan? hehhe

Ikan dah tinggal tulang daaa...( Burrpppppp...kenyang, Alhamduliilah..syukur kepada Allah)

Lepas makan, singgah drive thru McD plak..beli pencuci mulut.

Oreo McFlurry...nyumm!nyumm!!


Daisypath Anniversary tickers