Travel

Showing posts with label OU. Show all posts
Showing posts with label OU. Show all posts

Friday, August 16, 2013

The Smurfs 2 & the Delicious

Sempena cuti raya yang masih berbaki sehari dan amyras pun cuti sekolah, bawa amyras tengok movie kartun as per requested by Aisya. Movie kartun yang ada hari ni The Smurfs 2 je... Layannnnn

Lepas movie cari makan plak. Tanya amyras nak makan kat mana. Cari2 kat map.. Aisya tunjuk Papa Rich.. Papa kata asik Papa Rich jeee.. Amna ajak makan sushi.. pun kena reject. Mama pun dengan laju nye tunjuk The Delicious ... Hehehhe

Last masuk The Delicious ni lepas pantang dengan Along Effa. Itu pun makan desserts jer.. Teringat red velvet cupcake nya yang sedap tu!

Tapi The Delicious OU dah lain decorationnya.. Dah takde bantal-bantal warna biru hijau yang cantik tu.. Kerusi rotan pun dah tak de..Nampak agak gelap. Tapi yang bestnya buku menunya dah ada gambar. Sebelum ni takde gambar jenuh nak imagine rupa makanannya.. Heheh

Papa ralit tengok hp, Mama panggil suh posing sekali pun buat tak layan jer :(

Buku Menu. Red Velvet cup cake takde :(

Happy kakak Aisya dapat makan kat The Delicious.

Menyelerakan tak? Huhuhu

Ini Aimy punya. Perrghhh.. Meleleh coklat dia. Tapi Aimy rasa sikit dah tak nak. Mama & Papa tukang abis kan. Air coklatnya pun tumpah & pecah ke lantai...nasib baik tak kena charge.. Hmmm.....

Chocolate Sundae order by Amna.

Cheese cake order by Aisya. Tak abis pun sebab tak sedap. Lain macam sikit rasa cheese cake nya.

Amna paling pandai posing masa makan. Heheh

Aimy tumpang sekaki makan spaghety bolognese Amna.

Amna & Aimy yang selalu bergaduh :)

Papa kalau makan memang tak pandang kiri kanan dah. Tengok-tengok dah abissss...



Thank you Papa for the best treat today. Muahh! Muahh! Muahh!! ♡










Thursday, July 04, 2013

Selamat Hari Papa

Konon celebrate father's day...
Alasan je tu.. Nak makan sushi sebenarnya.. Hahahhahaha!!

















Saturday, April 13, 2013

Toast Box One Utama ~ cute cafe

Dah lama usha Toast Box ni tapi tak pernah berkesempatan nak try. Hari ni ada chance dating tgk wayang dengan Papa kat OU.
Movie G.I Joe start pukul 2.20pm jadi ada masa nak pegi makan. Sebab pagi tadi dah makan nasi lemak, so lunch nak makan light-light jer. Tingkat bawah GSC ada Toast Box ni, Mama suggest makan kat situ. Papa kata OK.

Konsep kedai ni simple je dengan kerusi & meja yang comel & kaler putih. Menunya menu kopitiam, Mama dan Papa order kopi, thick wholemeal roti bakar with peanut butter & satu lagi with butter & kaya. Papa juga order karipap. Tapi Karipap IKEA lagi sedap lah... Huhuhu

Kenyang gila makan thick wholemeal nih.. Len kali kalau nak makan light-light bleh lepak sini lagi.

G.I Joe memang best! Pelakon mantop2. Tapi hero Mama mati la plakkk..tapi overall citer memang best.

Lepas habis movie pegi beli baby car seat untuk 'Ali. Beli brand Sweet Cherry jer... Tak sanggup rasanya nak beli harga ribu-ribu nih. Huhuhu









Monday, August 13, 2012

IFTAR @ PASTA ZANMAI OU

Hari ini kali kedua berbuka puasa di luar dan kami kembali ke One Utama ( our second home.. Kehkehkeh)

Japanese food masih pilihan hati sebab sebelum ni tak puas makan.. Huhuhu

Papa masih dengan pilihannya 'Sashimi Set'. Aisya juga maintain dengan Unagi setnya. Pilihan menu lebih banyak berbanding makan di Pasta Zanmai sebelum ini. Pilihan Mama agak lain, first time nak cuba 'Spagethy with saseme cream & prawn tempura'. Mula-mula dah target nak amik Mini Set sebab akan dpt 2 jenis makanan, tapi malangnya semua pasangan makanannya ada ayam atau daging.

Prawn tempura Mama dapat segigit jer, yg lain ditapau dek Aisya & Mimi.. (saje nak bagi Mama tak puas makan, pas tu boleh datang lagi kan? kan? Hehehe )
Spagethy & saseme creame... Hmmmmm... Rasa macam salad pun ade... Huhuhu... Maybe next time Mama kena 'kembali' ke white souce.

Set Sashimi Papa macam biasa Mama tak dapat nak pau.. Tetengok dah abis!!
Aisya punya Unagi set ada 'tamago onsen'... Not bad.

Selain tu Mama order Seafood potato Soup.. Hmmm.. Nothing special. Soupnya cair dari yg Mama bayangkan.
Untuk desert Manggo Tart with Vanilla Ice Cream. Amna makan manggonya aje.. Tinggallah tart untuk Mama. Huhuhu

Papa jom pegi Pasta Zanmai lagi... Heheheh

Daisypath Anniversary tickers