Travel

Showing posts with label aisya. Show all posts
Showing posts with label aisya. Show all posts

Thursday, November 14, 2013

Hari Anugerah SKTBR2 ~ Tahniah Aisya♡

Hari ini Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 2. Tahniah kepada anak sulung Mama & Papa - Amyra Nur Aisya sebab dapat anugerah Peningkatan Prestasi.

Aisya masuk persembahan tarian "Gadis & Bunga" sebab tu pakai baju "Tun Perak" ni. Tapi Mama sampai lambat, tak sempat tengok Aisya atas pentas.

Semoga Aisya akan lebih cemerlang dunia & akhirat.



Wednesday, August 14, 2013

Duit Raya ~ Menabung di Tabung Haji

Sementelah hari ni Papa & Mama bercuti lagi, hari ni bawa Aisya & Amna masukkan duit raya ke dalam Tabung Haji. Biasanya Papa yang masukkan, hari ni nak bagi Aisya & Amna merasa pengalaman simpan duit dalam bank. Semoga ada perasaan seronok nak simpan duit. InshaaAllah..


Hari ni jugak Papa & Mama ambil kesempatan untuk mendaftar untuk menunaikan Haji. Tak perlu isi apa-apa borang, tunjuk buku Tabung Haji je. Kalau dalam simpanan dah ada RM1300 dah boleh mendaftar. Simpanan Aisya & Amna pun dah mencecah RM1300.. So daftar sekali lah.

Tahun peruntukan Haji : 2063 ( 50 tahun lagi!!)
Tapi tahun tu sebagai panduan sahaja. Tabung Haji akan beri keutamaan kepada mereka yang belum pernah menunaikan haji & mereka yang berumur 75 tahun ke atas. 
Semoga Papa & Mama ada rezeki menunaikan Haji. Aminn..


Tuesday, April 16, 2013

Dugaan hari pertama

Hari ini hari pertama ber'PJJ'.
Pagi bangun lambat- tapi OK sebab boss Mama takde, tak de la kena sampai sebelum 7.10 minit. Walaupun lambat tak la kelam kabut. Aimy mood nak dukung, terpaksa la Kakak Aisya yang dukung 'Ali.
Mula-mula hantar Aisya ke sekolah kebangsaan. On the way ke Taska baru perasan baju sekolah petang tak bawak!! Singgah rumah dulu amik baju. Terus hantar Amna ke sekolah agama. Kemudian baru hantar Aimy & 'Ali ke Taska.

Hari ni first ride 'Ali dengan baby car seat baru. Sekali-sekala meraung jugak nak bangun. Tapi overall OK.

Petang, amik dari Taska. Aisya demam teruk. Terus bawak pegi klinik Aniza. 'Ali tertido atas baby car seat. Ini perkembangan yang bagus!! Tapi bila diangkat sebab nak masuk jumpa doctor terus Ali terjaga.
Tunggu giliran tak lama. Lepas jumpa doctor Lydia ( setiap kali pegi klinik Aniza mesti jumpa doktor baru) amik ubat. Aisya dapat ubat orang dewasa. Pil antibiotiknya besar gila!

Selesai amik ubat. Makan kat Aniza cafe. OK la takde pinggan atau cawan yang pecah. Huhuhu.. Tapi bdak-bdak ni buat cafe tu macam rumah sendiri lah!

On the way balik, 'Ali mengamuk tak nak duk dalam babycar seat dan sepanjang perjalanan balik dengar raungan 'Ali. Kalau dah macam tu rupanya, nak minum susu la tu.

Alhamdulillah.. Hari ini berakhir dengan selamat. Semoga demam Aisya tak berpanjangan. Aminnnn..

Wednesday, March 06, 2013

Minggu Peksa Aisya dan Amna

Minggu ni Aisya & Amna start peksa Sekolah Agama. Dari minggu lepas balik sekolah tak boleh tengok tv. Di arahkan mengulangkaji pelajaran dalam bilik. Bila dah membaca dalam bilik, sambil baring plak tu... Pukul 9 dah lelap!! Huhuhu

Aimy & 'Ali pun dilarang masuk ke dalam bilik. Siap letak nota lagi kat pintu. Macam lah Aimy & 'Ali boleh baca.. Ekekek

Start minggu ni, Amna minta Mama ajarkan. Amna boleh membaca jawi, semua huruf dah kenal. Tapi bila huruf bersambung tu susah sikit la. Tak per, baru darjah 1 kan (sedapkan hati sendiri.. Ekekke)

Aisya dah darjah 4, dah pandai ulangkaji sendiri. Tapi ada hati jugak nak belajar ngan Mama. Jeles la tu, tengok Mama ajar Amna. Kan!Kan!

Aimy & 'Ali kerjanya mengacau jer lah.. Siannn asik kena halau jer.

Habis kertas doa Amna kena koyak. Kena rotan tangan sekali dengan Mama. Terpaksa la Mama tampal balik kertas doa tu.

Amna minggu ni, pagi-pagi ada je alasan macam tak nak pegi sekolah. Isnin sakit perut, selasa demam, esok apa ntah lagi alasannya... Banyak akal Amna nih!







Monday, October 01, 2012

Basikal Motor : Mama & Papa Jakun!

Pernah naik Basikal Motor?
Rupa macam motor, tapi sebenarnya basikal...huhuhu
Basikal yang ada enjin berkuasa elektrik yang menggunakan bateri yang boleh di charge.
 
Balik kampung baru-baru ni, Papa nampak sesuatu yang baru kat garaj Atuk..jeng!jeng!jeng!
Mula-mula ingatkan motor, sebab ada plat nombor. Tapi awat plat K? Beli kat Kedah ke? Rupa-rupa nya plat tu, Atuk yang letak...KHA tu..sempena nama Nenek! Hahahhaha..memang kreatif Atuk nih.
Atuk beli untuk nenek, supaya senang nenek nak kemana-mana dalam felda nih. Nenek memang tak pandai bawak motor. Basikal motor ni takde gear, "press" je terus gerak. Kalau bateri abis, ada pedal untuk kayuh.
 
Mama dan Papa pun menerai la basikal motor nih..Switch ON, 'press' je terus jalan. Mama terketor-ketor jugak membawanya. Rasa bergoyang-goyang. Amyras macam biasa..over excited!
Ali boleh usha jer kakak-kakaknya meround dengan basikal motor nenek. huhuhu
 
 
Terjadi jugak incident, Amna mem'press' basikal nih dan berjalan!! Nasib baik dapat diselamatkan. Salah Mama la sebab tak switch OFF enjinnya.
Mama ingatkan dah switch OFF sebab takde bunyi kan..huhuhuhu
Kalau Motor betul tu..mau dah melambung dibuatnya!!
Nasib baik takde apa-apa. Syukur Alhamdulillah.
 
Atuk nak bawak Amyras meround

Aimy yang baru mandi, rambut pun tak sikat lagi!!

Pak Dollah new family ;p

'Ali muka mengantuk

Amna lari lagi laju kuuutttt...hahhahhah

Turn Papa pulak kena bawak Amyras round

Friday, August 24, 2012

AISYA & AMNA RENEW PASSPORT

Sempena cuti raya seminggu ni, Papa bawa Aisya & Amna pegi Pejabat Imigresen untuk perbaharui passport. Pejabat Imigresen yang terdekat di Klang ni adalah di Pelabuhan Klang. Alang-alang pegi dari rumah Makwan, Makwan pun join sekali perbaharui passport.

Mama, Aimy & 'Ali tinggal kat umah. Mama & 'Ali punya passport baru buat sebelum pegi Vietnam. Aimy punya buat masa pegi Singapore.

Papa citer, ramai gila org.. Kena tunggu 130 org untuk submit borang. Perghhh... Ramai tuuuuuu...
Seb baik la Mama tak ikut... Kalau kat PKNS Shah Alam tu bleh la jalan-jalan cuci mata. Kalau kat Pelabuhan Klang apa ada??

Bila dah submit, ingatkan tunggu sejam. Rupa-rupanya ESOK baru dapat... Leeerrrrrr... Kat Kuala Kubu boleh dapat sejam jer. Esoknya kena la pegi sekali lagi untuk collect.

Tengok gambar passport Aisya & Amna ni.. Alahaaaiiii.. Masa kecik comelnya... Dah besor dah kurang comelnya... Hehehe

Sunday, August 05, 2012

HAPPY 9th BIRTHDAY AMYRA NUR AISYA

5hb August 2012: hari jadi Aisya yang ke 9.

Papa membawa echa pergi ke Hokkaido Sushi dan mama pula membeli kek berperisa Cheese Bluberry.Kami sambut di Klang,Selangor,kami sambut dengan penuh gembira.

Saya mahu ucapkan“Terima Kasih”kepada papa kerana belanja makan sushi dan sambutan dengan gembira.

Wrote by Aisya

Saturday, July 23, 2011

Kalau Rumahku IKEA

Dah lama mama ambik gambar kat IKEA ni, tapi x berkesempatan nak upload. Mama dapat idea nak amik gambar dalam IKEA ni dari satu blog..tapi mama dah lupa address blog tu..blog tu mama tgk dari sharing link FB. Memang menarik sangat!
So, satu hari yang tak de apa nak buat, ajak Papa pegi IKEA..memang takde plan nak beli barang pun..nak amik gambo jer..hangin jer Papa..ekekkek
Mama buat cerita ala-ala satu hari la...enjoyyy :)

Good Morning my princess!!

Cepat la kakak bangun, Aimy dah mandi daahhh...

Aimy main sorang2, sambil Aisya & Amna masuk toilet.

Rajinnya kakak..bangun tido terus baca buku!!

Baca buku seminit..tengok tv berejam-jam!!

Lepas ke toilet, basuh tangan...bagusssss!

Kakak nak masak la Mama..

Kakak Aisya nak masak apa tu? Amna nak tolong..

OK..Amna jaga kuali tu yer..jangan sampai hangus. Aimy jangan kacauu!!


OK laahhh..Aimy tak kacau..Aimy main kat dapur comel Aimy nihhh...

OK dah siap..jom makan! Sedap tak Amna?

Aimy elok2 pegang cawan tu..kang tumpah..

Mesin basuh dah berhenti..nak sidai kain jap.
Masa untuk main...Amna nak naik boyan la...

Kita main mak-mak lah...

Aimy pun nak main jugak..Aimy jadi adik..

Kakak Aisya jadi Mama, Kakak Amna jadi Kakak..

Kita main sorok-sorok la pulak!

Kenapa main kat katil mama?? keluarrrrrrr!!

Mama marah main dalam bilik Mama la..kita main kat depan la..

Dah maghrib ni, tutup tingkap.

Dah malam dah..Amna jom tido.

Good Night Mama..Good Night Papa :)



Daisypath Anniversary tickers