Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Sunday, September 9, 2012

This is the Story

It has been almost 2 weeks since they left our house


Yes, they were happy when they were with us



We arranged her to meet her mom in Seremban every month


We pray together


I can say nothing from us that made them ran away.
Gaji? Hampir setiap 2 bulan sekali, 2-2 hantar kat kampung thru Western Union.

But, they ran away. Reason?
Boyfriends.

Full of sinetron, eh?

We have cancelled all their working permits, and have made police reports indeed.
They are illegally immigrants in our country now.
Never thought the ending is this upsetting.

Too bad, eh?

But I know, it's all fated.
We accept the fact they are now gone, it was their own choice.

End.

That's what bond us all as a family member now.
We do our house chores together.

Alhamdulillah.



Monday, August 27, 2012

Belated Birthday Insyirah

Happy 11th Birthday Darling Insyirah!

(Birthday dia 17 August, celebrate 23 August - lepas raya)

Ni pun ada 'peristiwa'.
Dia (Insyirah) complained dalam FB dia, 'Tak best birthday dia (Insyirah) tahun ni'

Ayah terbaca.
Ibu baca.
Duyai.
Kesiannya anak.

Ye lah, bulan puasa, pastu pulak dia kat asrama.
Mestilah celebrate masa bukan bulan puasa, dan ketika dia dah balik rumah kan.

So, event ni adalah belated punya.



Lepas habis celebrate tu, kitorang pesan kat dia, 
"Dik, pas ni jangan post kat FB lagi eh.." 

hehehe..

Sangat powerful FB ni tau.
Kuasa 'menggerakkan'.

hahaha


Lantern Time!

Ada sesuatu yang menggelikan hati ketika ni.
Sakit perut saya gelak.

Mana taknya, jiran kami ramai yang bangsa Cina.
Tapi tak nampak pun diorang sibuk pasang lantern.
Tapi kitorang pulak beriye.



Mula keluar pintu pagar, anak-anak dara saya dah malu-malu dah.
Tapi disebabkan Ayah dah beriye-iye belikan sorang satu dan 
pasangkan 'pancang' untuk sangkut tanglong tu, siap dengan bakarkan sekali,
'terpaksa' la anak-anak tu pegang dan berarak bawak sorang satu.

Ayah nak diaorang berarak dari satu jalan ke satu jalan yang lain.

Pada diaorang, 'kitorang kan dah besar, malu la Ibu, orang Cina pun tak bawak tanglong tau'
Ngeh, ngeh, ngeh.
Saya jawab, "Ayah dah siapkan untuk sorang satu tau, kesian kat Ayah"
*tapi saya jugak yang gelak cam nak rak

So, mula la berarak.
Muka kelat, sipu-sipu tapi enjoy family time together.
Si Abang-Abang pulak, bawak kayu, sebab kawasan rumah kami banyak anjing.
Protector. 
(selamat takyah bawak tanglong!) hahaha
(Ibu pun selamat, sebab Ibu bawak kamera - ada alasan untuk tak bawak tanglong!) 
ngeh ngeh ngeh

Yang kelakar tu, setiap kali nampak lampu kereta menghala ke arah kami je,
masing-masing bergegas nak ke tepi-tepi jalan, sembunyi belakang membelakangi.
Malu.
Masa tu saya memang gelak cam nak rak.

Anak-anak pulak berlumba-lumba nak bagi saya pegang tanglong tu.
Issskkhh.. takmo Ibu, malu aaah!!

Sampai lorong ke arah rumah kami, cecepat diaorang berarak agar sampai cepat ke rumah semula.
Aduyai.. sangat cute!

Ada sorang tu siap pesan, 
tahun depan, kitorang lagi besar dari sekarang tau, lantern ni untuk bebudak kecik jek ok..

hahaha..



Saturday, August 11, 2012

Ramadhan yang Hampir Pergi

Ramadhan hampir pergi, saya akan merindui saat-saat seperti ini lagi


 


Ramadhan pasti pergi.

Selepas ini, tiada lagi gandaan pahala ibadat dengan 
gandaan 70 kali ganda bagi setiap amalan sunat. 
Selepas ini amalan diganda mengikut kadar biasa.

Tetapi masih ada tersisa 10 malam terakhir Ramadhan, ada hadiah yang Allah sediakan.
Malam Lailatul Qadar, pahala dilipat-gandakan hingga 1000 bulan.

Apa jua ibadat yang dilakukan ketika itu samada 
bertasbih, sembahyang sunat, membaca quran bahkan 
berfikir tentang kebesaran Allah juga digandakan 1,000 bulan atau 84 tahun. 

Tangisilah pemergian Ramadhan yang akan pergi meninggalkan kita 
di saat kita cuba untuk rapat dengannya dan 
dapatkanlah hadiah Lailatul Qadar sebelum ia berlalu pergi.

Semoga kita semua mendapat Lailatul Qadar, Amin.. Amin.. Amin Ya Allah..


Ada tips yang mungkin berguna, 
jika terlepas malam yang dikira itu ketika kawan-kawan terbacakan ini, 
masih belum terlambat.. Allah sentiasa ada bersama kita.. 
semoga kita bertemu dengan Ramadhan yang akan datang, Insya Allah



Wallahua'lam

Friday, July 27, 2012

His 3rd Birthday - di Bulan Puasa

Sebenarnya, takde orang di rumah untuk celebrate birthday yg ke-3 tahun untuk Muhsin
Semua kakak-kakak dan abang-abang jauh di perantauan (lah sangat)
eleh, kira jauh la tu, kat asrama semuanya kecuali kakak Nadiah dia

Rezeki dia, kawan-kawan kami berbuka di rumah kami petang itu, 
pukul 5 saya terus buat kek, kalau boleh diselitkan 'tiup-tiup besday' untuk dia
ye la, dia kan budak tecit. Besday tu tiup lilin la.
..ah comei.


Kalau besday saya, tak la pulak saya gagahkan nak 'tiup-tiup besday'.
Tak koser mak. 
Tak mana comeinya lagi. 

(^_^ )

~ (cobaan Mak-nyer untuk nampak comei)






Oh lupa, itu Lemon Yoghurt Cake.
Saya suka (masa tengok resepinya dah jatuh cinta).
Saya dah lama teringin nak buat kek ni untuk makan-makan.
Masam, manis, lemak, yoghurt.
Oh heaven, Insya Allah.


Ok. Takmo cerita kek. Ini bukan entry kek. :o)
(psstttt! kalau masih ada yang mahu tahu, or nak resepi kek-sedap-cam-nak-pengsan-ni bgtau ok)
p/s: saje 'perangat', kata orang utara.
hehehe

***

Selamat Hari Lahir yang ke-3, anakku Muhsin.
You are one special boy.
Alhamdulillah.

Nothing special for you on your birthday Son, only doa dari kami :

"Ya Allah... Kami serahkan anak kami, Muhammad Muhsin 
di bawah perlindungan kalimatMu yang sempurna, 
dari gangguan syaitan, mara bahaya dan dari pandangan yang penuh kedengkian. 
Ya Allah berkatilah anak kami ini dan juga anak2 kami yang lain, 
janganlah Engkau celakakan mereka, kurniakanlah ketaatan mereka, 
jadikanlah mereka buah hati Nabi Muhammad SAW dan orang-orang yang menyayangi mereka. 
Ya Allah akhirilah semua urusan mereka dengan keberhasilan yang baik 
dan selamatkanlah mereka dari kehinaan dunia dan akhirat" 

Amin Ya Rabbal Alamin


Wednesday, July 11, 2012

Bukan Sekadar Suatu Pengorbanan

Ya Allah, kami mohon bimbinganMu Ya Allah di dalam penghijrahan kami 
menuntut ilmu dunia dan akhiratMu Ya Allah..

Permudahkanlah dan berikanlah kami istiqamah 
di dalam pencarian kami ke jalanMu Ya Allah..

Amin.. Amin..

***

Selamat tinggal Sek Men Bandar Tenggara 2


 Selamat tinggal Sek Keb Kompleks Uda

Maisarah dan Insyirah kini di sekolah baru





Ini antara gambaran sedikit sebanyak tentang Madrasah Tahfiz Al Iman, Taman Universiti




Pengasas, Ustaz Abdel Hameed (Algerian)


***



Terima kasih anak-anak kerana telah memberikan persetujuan dan rasa tidak sabar-sabar untuk memulakan perjalanan hijrah ke arah sesuatu yang lebih baik.. Insya Allah

*sangat sayu dan terharu*


Terima kasih Allah, they seems happy here Insya Allah


Doakan anak-anak ini ya kawan-kawan.. 
it's just not a simple persetujuan, it's totally a life hijrah, Insya Allah

Terima kasih Madrasah Tahfiz Al Iman kerana sudi menerima anak kami 
yang baru hendak belajar,
semoga hasrat Madrasah Tahfiz Al Iman menjana kupu-kupu syurga 
berjaya dan dipermudahkan..
Insya Allah, Amin


Sunday, July 1, 2012

Hijrah

Terimalah hijrah kami, Ya Allah

Semoga ini permulaan kepada semua yang baik-baik, untuk keturunan kami, untuk generasi kami Ya Allah

Kami mahu ramaikan ahli syurga, Ya Allah..

Amin.. Amin..



رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Rabbabaa Laa Tuyigh Quluubanaa Ba’da Idz Hadaitanaa wa Hab Lana Mil-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhaab

Ertinya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).”
(QS. Ali Imran: 7)

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ
Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik
Ertinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.”
(HR. Ahmad dan at Tirmidzi)

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
Allaahumma Musharrifal Quluub, Sharrif Quluubanaa ‘Alaa Thaa’atik
Ertinya: “Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu.” (HR. Muslim)


 Amin.. Amin..

***

"Kau teguhkanlah hati dan pendirian kami, anak-anak kami, ahli keluarga kami,
kawan-kawan kami ke jalanMu Ya Allah, 
semoga kami menjadi ahli syurgaMu Ya Allah"

Amin.

Friday, June 15, 2012

Monday, March 12, 2012

Happy 13th Birthday, Maisarah!



Potong kek kat rumah


Makan2 kat tempat lain

Wahai anak,
terima kasih kerana menjadi anak yang baik,
solehah, menyejukkan hati dan mata dan berakhlak baik.
Semoga sentiasa di dalam rahmat Allah jua, Amin.. Amin..

Tuesday, January 24, 2012

Selamat Bertunang, Niece!

Lokasi : Bangi





Semoga semuanya berjalan lancar hingga ke tarikh hakmilik mutlak, Amin.. Amin..

Thursday, January 12, 2012

Happy Birthday our Khalifah!






Ya Allah, Ya Tuhan kami,
ampunkanlah dosa suamiku, rahmatilah dirinya,
tambahkanlah rezeki bagi dirinya dan keluarga kami, angkatkanlah darjatnya,
cukupkanlah keperluan dirinya, tambahkan kesihatannya dan lindungilah dia di dalam rahmatMu dan kasih-sayangMu selalu Ya Allah..
Amin.. Amin..

Happy birthday Hubiby!