Showing posts with label Saya. Show all posts
Showing posts with label Saya. Show all posts

Wednesday, January 2, 2013

Salam Tahun Baru!

Selamat Datang tahun baru 2013! Saya sangat bersyukur hadirnya tahun ni tau. Alhamdulillah. 2012 ditutup dengan sangat hati-hati mengenangkan rumours 21.12.2012. Pergh, saya bukan takut betul rumours kiamat tu. Saya takut alignment universe tu buat semua kucar-kacir. Alhamdulillah - nothing yang out of the ordinary happened. Allahuakbar.

Tahun 2012. Banyak perkara berlaku - Alhamdulillah. Penghijrahan saya dari segi mentality dan appearance, business performance yang semakin baik, penghijrahan anak-anak secara dalaman dan luaran (in shaa Allah mohon berpanjangan), masa bersama keluarga yang lebih banyak, kasih-sayang yang melimpah ruah ~ Ya Allah, nikmat mana lagi yang saya mahu dustakan.. TERIMA KASIH ALLAH. Allahu Rabbi..

Tahun 2013 - saya berazam untuk memperbetulkan hubungan dengan Allah dengan lebih baik, memperbaiki kualiti solat, menghafaz doa-doa dan zikir-zikir harian dan memahami erti bacaan solat dengan lebih mendalam.  Saya juga nak jaga dengan lebih baik hubungan sesama manusia serta makhluk ciptaan Allah yang lainnya. Saya mahu melihat perkara dengan pandangan mata hati, menerima setiap ketentuanNya dengan lebih sabar dan tenang serta redha.  Saya mahu jadi hamba Allah yang membantu dan menambah-nilai dalam hidup orang lain. Saya mahu jadi orang yang memberi dan berkhidmat. Saya mahu pengakhiran hidup yang baik, khusnul khotimah.

Dengan bermulanya tahun 2013 ini, mohon Allah izinkan saya dan keluarga lebih maju dalam ilmu akhirat dan dunia. Saya mohon pertolongan Allah untuk lebih kebaikan dan keamanan dari segala yang ditakuti dan dikhuatirkan. Semoga Allah beri lagi kebahagiaan lagi rezeki yang akan dipergunakan kepada kebaikan. Semoga saya dan orang-orang yang saya kasihi dapat bersama-sama menjejakkan kaki dan menunaikan umrah di tanah suci dan semoga kami dapat menunaikan haji tahun ini. In shaa Allah - Amin.

Tidak ada daya dan kekuatan melainkan daya dan kekuatan Tuhan yang Maha Tinggi dan Maha Besar.

Wednesday, November 21, 2012

Baca dan Doakan Saya ye..



..... sedang dalam percubaan 
'memuliakan pakaian ummahatul mukminin'.. 
secara luaran..
yet to be applied 100% lagi..

luaran dan dalaman harus selari, kata suami saya.

iyo.. iyo.. insya Allah..

doakan ye.. :o)

p/s: 
saya dari kecil dulu, sangat teringin memakai niqab.. 
tapi saya tahu tahap keimanan ketika itu. 
walau sekarang masih belajar dan cuba untuk menambah-baik tahap iman kepada Allah juga habluminannas.. saya tetap berhasrat untuk memakainya secara tetap.. insya Allah.


saya secara peribadi sedang berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik untuk akhirat dan juga dunia.

terus doakan saya ye.. 


Tuesday, October 16, 2012

All by Myself..

.. but I am happy. 
Insya Allah, Alhamdulillah.


Mana la ada masa nak update-update blog.
Sensorang jek kita siapkan semua benda tau.
*ayat mintak belas - hehehe

Ciannn kita kan..
Ya Allah, Kau permudahkanlah setiap urusanku.

 Bukan buat setingkat loyang tau, ada yang 2/3 tingkat sekali untuk sesatu jenis kek tu
(Terima kasih Allah, kerana telah mempermudahkan banyak perkara.. Alhamdulillah)



Walau bagaimanapun, saya tetap bersyukur dan redha dengan 
apa jua ketentuan Allah kepada saya dan keluarga

sebab, saya selalu berpegang pada Allah is the Author of our life book 
dan sebenarnya tiada doa yang tidak dimakbulkan Allah 
(yg ni saya dengar ustaz cakap and I believe it). 
Cuma direct or indirect to us, sebab Allah Maha Mengetahui.

Tu yang keluar pasal hujan, petir, pelangi tu.
(Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. 
Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, 
rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah)
 Suweetnya.. Insya Allah, kan?

Kadang2 kita mintak A, Allah bagi A.
Pastu kita doa mintak B, Allah tak bagi masa-masa tu jugak.
Ada ketika, Allah bagi C, iaitu jalan ke B. 

 Contoh :
Doa nak isteri yang baik, boleh jaga makan-minum, sakit pening.
Keluar rumah, kat jalan tetiba kena rempuh ngan minah rempit.
Patah tangan, luka sana-sini.
Minah rempit marah2 dan terpaksalah juga berkenalan.
Pastu teringat doa, Ya Allah, aku baru mintak isteri baik-baik, 
yg boleh jaga makan pakai, sakit pening.
Yg ni minah rempit, bukan ini yang aku mintak.
Patah tangan, gi hospital. Rupanya Allah nak bagi bakal isteri yang baik, boleh jaga sakit pening.
Tu, jururawat yang bersihkan luka, jaga makan-minum, pastu terjatuh cinta dan seterusnya...

Allah lah yang Maha Mengetahui kan?
Jadi, la tahzan - jangan bersedih.. (ni cakap kat diri sendiri ni)

Redha, is the best word. Allah knows the best for us.

Kalau tak sebab takde maid(s), saya tak dapat chiller.
*wink*

Alhamdulillah, terima kasih Allah, terima kasih Hubiby.

Ruang saya yang lebih tenang. Joget sensorang.
hehehe

 

Wednesday, September 12, 2012

Rumah Kita, Jannah Kita

Saya masih lagi nak berkata tentang maid-maid saya yang dah lari tu.
Masih geram. Masih lagi rasa dizalimi.

Syukurlah, tanpa mereka, saya mampu menguruskan semuanya sendiri. Insya Allah.
Sesekali Mak dan rakan datang membantu saya dengan kerja baking saya, jika banyak tempahan.
Alhamdulillah, still can manage.


Baking area saya selepas pemergian pembantu saya, lebih clear. :oP


Dan saya rasa saya tidak lagi perlukan maid buat masa ini.
Lagilah dari negara itu.
Being with them is like being in their sinetron.
Penuh adegan.


Setakat housekeeping, we think we can do it ourselves, together.
Insya Allah.
Me coping up myself with laundry and house chores.



Cooking - my department eversince. 
So, takde terkejut-badak. :o)






Biarlah kami aman sentosa tanpa-nya, atau tanpa mereka.

Ada dua, serupa ada satu.
Ada satu, serupa tak ada.

Dah daripada tak ada, biarlah tak ada.

Rumah kita, syurga kita.
Takde time limit, takde obligation apa-apa.
Nak buat, buat. Taknak buat, biar je.

Kan...?

*geram tapi lega banyak*

Seriously, rasa lega.
Alhamdulillah.

Thursday, August 23, 2012

Rindu Baitullah


Untuk yang kesekian kalinya, semalam saya buat call lagi ke Tabung Haji, bahagian Rayuan Mengerjakan Haji. Jika sebelum Syawal, jawapan mereka begini, "Puan, rayuan puan masih lagi dalam peringkat pertimbangan, sekiranya ada apa-apa, pihak Tabung Haji akan berhubung dengan puan..". Kali ini, jawapan mereka, "Telah kami semak, dan kami dapati bahawa permohonan puan untuk mengerjakan haji pada tahun ini adalah tidak berjaya."

Dua tahun merayu, masih belum diizinkan saya menunaikan Rukun Islam ke-5 itu.

Walau sedikit kecewa, saya betulkan perasaan semula. Saya beritahu diri untuk redha. Walau di hati kecil, saya rasa seperti saya telah mempersiapkan diri. Namun, detik itu telah membuatkan saya merenung semula, masih belum cukup, wahai diri. Saya redha. Akan saya tingkatkan usaha, Insya Allah.

Namun, dalam hati masih berharap kalau-kalau ada keajaiban berlaku. Izin Allah, tiada yang mampu menidakkan. Andai tidak juga, saya tetap redha. Hanya Allah yang Maha Mengetahui, apa yang berlaku kemudian. Allah sedang mengaturkan yang terbaik, Insya Allah.



Sunday, April 8, 2012

Seminar Wang Power

Me and Linda attended the above seminar last Sunday. Crowd jangan citer. :o) Memang penuh. Dr Azizan kalau buat kat Selesa Hotel, penuh. Buat kat The Zone, penuh gak. Buat kat stadium pun penuh gak, agaknya. hehehe..

Ok, let's share further to what have been shared kat 4-hours seminar tu. (Free ok?) Seminar Wang Power tu cam kesinambungan to seminar-seminar yang Dr Azizan dah buat sebelum ni. Antara inti-patinya cam ni..

JAGA DUIT KITA

Kalau kita tak boleh jaga wang kita yang sedikit, jangan mimpi nak ada yang banyak. Maknanya, jangan sesenang bagi duit keluar. Cemana tu? Cam ni :

Jangan sesenang nak invest kat dalam apa-apa program yang disediakan oleh sesiapa di luar sana. Jangan masuk kalau kita tak faham (ada program yang kita sendiri tak paham apa sebenarnya bisnes dia, yang cekononnya boleh jadikan kita jutawan!). Reject first! Itu tips Dr Azizan. I like!

Jangan bagi orang pinjam duit. Hehehe.. yang ni best. Betul, jangan bagi orang pinjam duit, sebab the moment you bagi pinjam, bersedialah untuk wang itu tidak dipulangkan semula. So, jangan bagi jika kita tidak bersedia untuk 'bersedekah'. Tu la, tak dapat beri pinjaman banyak, 'sedekah' la certain amount kepada si peminjam tu. Memang dia sangat-sangat memerlukan duit ketika itu. Semoga 'itu' menjadi amalan kita di akhirat, Insya Allah.

Jangan simpan duit di tempat yang senang kita nak keluarkan. Contoh, bawah bantal, bawah katil, dalam poket atau dalam akaun yang senang kita access. Sebab, sistem dan program badan kita ni somehow akan cari jalan untuk keluarkan duit tu (kebocoran wang). Contoh, time-time tu la peti sejuk rosak, tayar pancit, orang nak pinjam, ahh.. memacamlah. :o) So, kalau leh, letak duit tu kat fixed deposit, atau tabung haji... pastu, buku akaun tu bakor! hahaha.. Itu lagi satu tips Dr Azizan. I tak follow ye. Tak berani.. hehehe.. suruh orang lain simpankan kat tempat yang kita tak tahu.. cam kira 'buku hilang' lah.. kalau tak, betul juga kata DAO (Dr Azizan Othman ler tu) nak simpan-nya satu kali. Nak keluar-nya banyak kali.. hehehe..

Kita kena tanya 10 alasan kenapa duit kita tu kena keluar. Rasanya, bila dah sampai sebab ke-3 je dah rasa tak perlu belanja, kan? hehehe.. good tip. I followwwww...

CEMANA NAK BUAT AGAR KITA NI MONEY-FRIENDLY?

Positive mental attitude. Orang yang negative, banyak komplen, rezeki agak susah nak masuk. Duit pun takmo lekat. Kalau dapatpun, asyik keluar balik. Kebocoran wang melanda. Maknanya, orang yang suka komplen, akan ada banyak masalah especially kewangan (selain paling penting, iaitu masalah keberkatan hidup - Nauzubillah).

Harmonikan kehidupan anda. Keluarga, suami-isteri, kawan-kawan, jiran tetangga, dengan sesiapa juga lah. Termasuk pokok-pokok dan haiwan-haiwan sekeliling. Itu boleh mendatangkan keberkatan. Keberkatan datangkan duit. Senang kan? Buat baik, harus dapat baik. Dan, duit harus di-treat-kan ke arah kebaikan, sedekah adalah contoh terbaik selain membayar zakat.

Tukar kawan! Yang ni saya takyah elaborate. Memang kena tukar kawan yang negative tu, kepada positive sahaja. Itu aje. Nak kasi hidup harmoni, agar keberkatan datang kat kita. Takyah sesak kepala ngan orang cenggitu. Kehidupan dia (orang negative) tu pun sebenarnya tak best pun, sebab tu dia asyik 'meracau'. hehehe.. 'Botol'kan dia, biar dia meracau sensorang kat dalam tu. ;o)

Alignment-kan percakapan, perbuatan dan pemikiran kita as that is the Law of Alignment. Harus selari - apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita cakap, apa yang kita buat! Kot-nyer, fikir nak rumah besar, kereta besar, tapi tak de apa2 tindakan pun, mano nak dapat duit cenggitu? Tak dapek ado.. (bagi salam sikit ~ Man Jadda Wa Jadda - siapa yang berusaha, dia yang mendapat!)

Ok, cukup dulu. Apa-apapun, nilai duit semakin susut. Kos semakin meningkat. Kalau takde duit, nak beramal pun agak susah. And, it's ok to be rich, sebab dengan kekayaan, kita boleh berbuat lebih banyak manfaat kepada orang lain. (Kalau rujuk Rukun Islam ~ bayar zakat, mengerjakan haji ~ berkisar tentang wang, kan?). Firman Allah, kita bukan sahaja dihidupkan untuk beribadah kepadaNya tetapi juga kita dihidupkan agar kita juga dapat memberi manfaat kepada hidup orang lain juga.

Akhir kata, duit yang kita ada harus digunakan dengan/untuk cara yang baik agar 'vibration' duit itu selalu ada dan lekat dengan kita. Insya Allah.

Salam Wang Power, everybody!

I folloowwww! :o)




Tuesday, April 3, 2012

Taktau Nak Letak Tajuk Apa

Sangat rindu nak menulis, walaupun hasil penulisan cam budak kecik bercakap. heh. Tak kisah lah, janji orang paham dan itulah saya, kan? Tapi bebetul saya kurang masa (tak baik cakap takde masa kan?) nak menulis 'ala gegila' itu lagi. Ataukah saya memang dah 'sedikit tua' untuk berbicara seperti itu lagi? Huwahh.. tidak, saya tidak mahu 'berbicara' seperti itu. Letih den. hehehe..

Mak nak tulis yang macam bercakap, cam berbual. Pernah kawan saya kata, 'reading your blog, it's like you talking to me..' tu la, rasa dekat sangat kan. How I miss those moment. Taip panjang-panjang, banyak coleteh (eh, apsal cam lain macam jek ejaan-nya?) jap.. celoteh ke, coleteh? hahaha.. tak kisah, jangan cekadak sudah.. ngehngehngeh..

Tapi kan, tak baik banyak cakap kan? Rasulullah SAW kata, lebih baik diam dari berkata-kata yang kurang baik.. nahh... saya kalau nak ce-loteh (make sure i get it right this time.. hehe) nak tulis yang ada substance. Takmo yang bukan-bukan. (ada ke saya tulis yg bebukan sebelum ni?) ada gak kan.. mahap la ye..

Insya Allah, nak kongsi-kongsi benda yang bebaik setakat mana ilmu atau pengetahuan yang Allah dah pinjamkan sekejap kepada saya, saya nak tulis dan panjang-panjangkan.. Insya Allah.

Semoga semua yang baik mendapat dorongan dan petunjuk dari Allah. Insya Allah, Amin.


Wednesday, March 28, 2012

Saya Orang Biasa


Siapalah saya kalau saya menjadi tempatmu berlawan harta, saya orang biasa. Tiada kaya, tiada yang terlebih istimewa.

Siapalah saya kalau saya menjadi sainganmu yang bijak berpuitis bak pujangga. Saya orang biasa. Tidak pandai menulis ayat, meluah bicara kata.

Siapalah saya kalau saya menjadi lawanmu berniaga. Saya orang biasa. Berusaha dan tetap mengharapkan rezeki dari Yang Maha Esa.

Siapalah saya kalau saya menjadi teladanmu yang serba-sempurna. Saya orang biasa. Penuh khilaf, lisan dan perbuatan saya yang masih perlu ditegur dan dijaga.

Siapalah saya kalau saya menjadi tempatmu berasa cemburu. Saya orang biasa. Serba kekurangan, tiada rupa, lalai dan lupa lagi cetek ilmu.

Saya orang biasa.

Lupuskan perasaan itu, saya orang biasa yang rendah hatinya. Dengan kata-kata yang salah, hati yang berprasangka, janji yang terlupakan, sifat dan sikap yang menyakitkan, mohon maafkan kekhilafan saya. Saya orang biasa.


Tuesday, February 21, 2012

Muka-Buku

Facebook's status by orang-orang ni kekadang menjengkelkan, kan?

Really, I feel menjengkelkan sometimes. Kena pulak tu ada yang update status maki orang tu la, perli orang ni la.. cehhhh.. Rasa cam nak remove je. Boring ah. So negative, tak pasal2 aura negative dia sampai kat orang lain pulak. Dah tu, ada pulak yang menyokong. Ceh, 2 x 5! Sama je sepetak-sepusir rupanya. Manusia yang selalunya tak senang dengan apapun. Jiwa kacau. Boring kan?

Tu yang kekadang, saya tak buka facebook pun for the day. I rather update everything in the blog. Memang tak ramai yang menyinggah ke blog, sebab saya tak link-kan dengan mana-mana link. (No prejudice, I mean peace, please). This blog is only for those friends who care. And that business blog, is really meant for business.

For friends who read this blog, I take a bow, Thank You So Much. Thanks for being sahabat. May Allah bless you with His light and love, keampunan dan kesejahteraan dunia akhirat, Amin.


~ Harap kita semua menjadi hamba Allah yang baik. If you a mother, be a good Mom. If you a father, be a good Dad. If you are a daughter or son, be good one. If you are a teacher, be a good coach. No matter what you are, try being to the best you can. Dunia kita mahu, akhirat pun kita nak juga. Insya Allah.


Tuesday, February 14, 2012

Bukan Semuanya Indah


Ibu.

Pilu.
Sangat pedih.
Rajuk yang panjang.



***

We cannot win everything.
Ada sesuatu yang mencengkam ulu hati setiap kali saya mengingatinya.




Sunday, February 12, 2012

Allah Maha Mendengar

Saya orang baru di dalam qariah di taman rumah saya. Sejak berhenti kerja tahun lepas, saya banyak menghabiskan masa dengan kek-kek saya. Rasa macam 24 jam tak cukup. Namun, selalu berniat di dalam hati, agar saya diberi kesempatan masa seluang dua untuk belajar mengaji semula. Allah Maha Mendengar, kesempatan terserempak dengan seorang kakak jiran rupanya melorongkan saya kepada aktiviti keagamaan dan jalinan ukhwah setempat saya.

Saya telahpun menghadiri 'mesyuarat pertama' untuk tahun ini. Telahpun dibentangkan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun. Kelas bahasa Arab / Ulum, kelas Fardhu Ain, kelas Tajwid, Marhaban, Berzanji selain sambutan Maulid adalah antara pengisian program.

Saya telahpun menghadiri 2 kelas setakat ini, dan saya sangat rasa-Ya-Allah-banyaknya yang-saya-belum-tahu. Biasanya ahli-ahli Qariah adalah surirumah yang tidak bekerja, dan saya percaya mereka-mereka berqariah atas dasar ukhwah, menambah ilmu dan mencari redha Allah. Aduhai, dalam 'gah' saya yang kononnya pernah bekerja di sektor korporat dan mengenali serta tahu bermacam-macam ilmu dunia, benar.. saya kagum dan sebenarnya malu (rasa-nak-menyorok-kepala-dalam-cengkerang lagak si kura-kura) dengan kakak-kakak surirumah itu, atas pengetahuan mereka tentang bermacam-macam perkara agama, berbahasa arab, berzanji, bertadarus dengan tajwid yang betul.. tentang banyak ilmu akhirat yang perlu untuk hidup di dunia.

Ya Allah, permudahkan lah urusan pembelajaranku. Sesungguhnya aku adalah seorang hambaMu yang jahil, berikanlah kesihatan yang baik, ketenangan hati dan perasaan dan berikanlah rasa cinta, sayang dan kasih kepada ilmu agamaMu. Ya Allah, gerakkanlah hatiku bagi memperbanyakkan amal di rumah-rumah ibadahMu Ya Allah. Ya Allah, Kaulah penciptaku dan aku hanyalah hambaMu yang hina dan tidak berpengetahuan. Aku berserah kepadamu Ya Allah. Permudahkanlah urusanku dalam mempelajari ilmu-ilmu yang mendekatkan diriku kepadaMu ya Allah. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.

Sunday, January 29, 2012

Pandan Ooo Pandan

Panggil la saya Kakak Seri Pandan, saya tak kisah. Saya memang suka daun pandan. Sangat suka. Sangat. Sangat. Suka. Hah, kan dah banyak kali ulang. Punya lah suka.

Semua saya nak 'pandan'kan. Air teh-O, kaswi, bilik, beg, esbok.. semua lah. Yang dah memang pandan, memang la kan.. cam kuih serimuka, bingka.. apa lagi. Kan? (tolong anggukkan kepala)

Saya amat geram kalau lalu kat rumah orang yang daun pandannya amat merimbun, seperti sangat membazir daun pandan tu hidup kat depan atau kat belakang rumah orang tu, saya rasa. (sebab tu la pokok dia merimbun).

Pokok pandan saya, (nanti saya amik gambo eh) hanya tinggal pucuk jek sokmo. Tak sempat membesar. Husband saya selalu warning, 'kasi peluang kat pokok tu hidup segar dulu boleh tak?'.. hahaha.. jawapan saya, 'tak!'. kehkehkeh. Memang saya tak senang duduk, tengok daun pandan tu terbiar tanpa dibuat apa2 oleh saya.

Saya pencinta daun pandan.

Itu kata saya. Sah-sah bagi kaum-kaum daun pandan, 'Kakak Seri Pandan itu adalah Pemusnah No 1 kaum kami. Jauhi dia!'

p/s: Kekalau la ada yang tak reti nak bagi saya hadiah (ceh, bajet cam ada orang nak bagi hadiah laaa... ~ hep, angan2 itu penting, imagination is power, ok?) tolong - tolong - tolong lah bagi saya sepasu daun pandan yang subur menghijau dengan pasu yang ada reben. Hah, reben tu takde pun takpe, janji daun pandan ada. Kang reben je besau, daun pandan takde.. tak guno juga. Hehehe

Tolong lah, hadiah kan saya. ~ ayat raih simpati umum.

Akan saya kepilkan bersama-sama ini (esok) gambo pokok daun pandan saya yang memerlukan penggantinya dan pengganti-penggantinya. Saya amat berbesar hati dan akan melompat kegembiraan apabila menerimanya. Percayalah. (Wah!)

Oh, ayat sungguh skema. Macam mintak bantuan kerajaan gitu. Kahkahkah.

Tapi serious tentang hadiah tu ye.









Saturday, January 21, 2012

Gong Xi Ni.. (Kongsi Ni) :o)

Just a glimpse, my yesterday's activity.
Ini list of orders yg saya joted down hari sebelumnya




tapi bila hari Jumaat tu sendiri, bertubi-tubi call, untuk tambah order
mana yang sempat, saya tambah juga

Red Velvet (RV) especially, tetiba order masuk 15 lagi

ada yang masih saya tak dapat penuhi sebab dalam banyak tu, ada yang tenggelam ;o)

***
the finished products, untuk pickup/delivery sebelah pagi hari tu

yg ni pulak untuk sebelah petangnya

setelah selesai semua tu, kami sekeluarga bergegas pulak ke Bandar Tenggara untuk ambil Maisarah di asrama.

Hari yang fruitful dan sangat occupied till midnite.

Alhamdulillah.

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh"

Amin.

Monday, January 16, 2012

Menuntut Ilmu Talam.. Lagi

Tuntutlah ilmu walau sampai ke .. mana-manapun.

(Saya memang nak sangat belajar seri muka berlapis.. sangat-sangat nak)

And, Alhamdulillah - finally I arrived to the one I really-really want!

(sorry takde gambo la pulak seri muka berlapis tu
sebab saya dah terlebih excited amik gambo yg lenlain tu)

Sampai ke Puchong Perdana saya sampai.
(Berapa kali 'sampai' daaa)

Chef Asma Culinary Studio

Saya amik kelas Talam Part 3

Kawan-kawan kelas yang kelas!
Best, best!







Saya terjumpa junior ITM saya kat sini,
oh betapa kecilnya dunia ini.. wah!

Sheeda and K Shelly - you've made the class merrier!

Chef Asma, you are the best!

(I have learnt Talam in one class in Johor before this, with different Chef but
dont think that was the one I can be satisfied with)

But, Chef Asma ni.. sincerely,
Saya salute dia sebab dia bagi resepi dan teknik2 yang semuanya saya rasa terbaik!!


p/s: saya dan kawan saya Azura dengan advancenya, timbang adunan, bancuh dan campurkan bahan-bahan ikut resepi, tapi rupa-rupanya kami tersalah. Chef Asma agak terkilan (geram ngan kitorang) sebab kami 'pandai-pandai' sebelum dia tunjukkan cara cemana nak campurkan bahan-bahan. Dia sebenarnya nak tunjuk teknik yang betul dan terbaik untuk dapatkan talam yang sedap dan cantik. That is how serious dan beriye serta ikhlasnya Chef Asma nak mengajar ilmu dia pada student.

Oh, I like. :o)

Terima kasih Chef, halalkan ilmu yang dah diajar ye...

Alhamdulillah.

Nota yang sepatutnya menjadi rahsia :

Nora saya lantik jadi 'lidah pengukur' kepada talam-talam yang dibawa balik tu.
Saya dan dia, berhenti di tepi jalan 2 minit selepas kami meninggalkan studio masakan Chef.
Dengan agak 'gelojoh' (tipu) <-- betul
saya dah tak sesabar nak bagi dia rasa dan nak dengar first komen dia.
Tak tau nak pilih yang mana satu, sebab ada 14 talam yang berlainan rasa semuanya.
Saya started dengan tujuan asal datang, seri muka berlapis.
First bite, dia diam sekejap. "Sedap gila" itu perkataan pertama dia.
Saya jadi lagi teruja. Pilih yang lain pulak. Oh, gelabah-gelabah.
Satu, satu, semuanya - sedap!

Next perkataan dia yang buat saya rasa sangat berbaloi,
"Alhamdulillah, tak sia-sia you are here, semuanya sedap-sedap and has its own taste yg memang sedap dan yang paling best is, studio chef tu kat dalam kawasan taman my house.."

heh. memang, rumah dia tempat saya menginap.
bila bacakan alamat, dia tersentak sekejap sebab sangat dekat.

Hoyeh. Alhamdulillah.

Allah telah make it a worth trip in my searching.

Terima kasih Allah.
Terima kasih Angah (Nora) dan her (my) family
Terima kasih Marsya
Terima kasih semuanya (yg terlibat secara langsung dan tak langsung)

Hamboi. Ucapan macam jadi juara Masterchef.

^_^



Saturday, November 19, 2011

Berita Terkini

Saya nak cakap ni je.
Muka saya sangat penuh.
Lengan saya sangat tebal.
Dalam gambar, frame se-toet tu tak cukup nak cover saya.

Oleh yang demikian, buat masa ni saya akan jadi camera-shy
Oh, saya rasa camera-shy pun dah takleh.
Anti-camera kot.
Yes, no camera pleaasseee!

Serious ni.

Anak-anak dengar sini, jangan ada hati nak snap gambar Ibu. Ok?

(Tunggu Ibu turun 10 kg baru ok) Ingat pesanan penaja tu.

Sunday, October 30, 2011

Happy Birthday Me!

Why i love October?

Sebab, pada 27hb ada harijadi saya.

Untuk kali ni, saya dapat ni :

kad yang comei

and books and other present too, from anak2


and fruit juicer for the whole family

and a Deepavali card
(asal birthday saya je, Deepavali.. asal Deepavali je, birthday saya) hahaha

and a sweet ucapan also

hahaha

and... last but not least, yg buat saya terkejut sampai termenangis

Hubiby, I dont know what to say.
Really i'm speechless and I thank you.
Above everything else, I love the way you love me.

Thank you Allah.


p/s: perasan tak, birthday saya takde kek? memang takde. hehehe..
saya rehat dari buat kek untuk diri saya sendiri. ^_^

Friday, October 21, 2011

Terbaiiiik Adalah...

In my life, i learn that hidup simple and moderate itu adalah yang paling baik!

Tuesday, October 11, 2011

under an apple tree

belum tercapai lagi.

nak mimpi jap.

^_^

Saya Mahu


Ada perkara yang perlu saya improvekan dalam hidup saya sekarang :
1. Solat awal waktu
2. Be efficient in time management
3. Improve cooking skill
4. Nak mengaji lagi dan spend masa yg lebih untuk belajar balik tajwid
5. Curi masa untuk belajar taranum
6. Labuhkan tudung
7. Longgarkan pakaian
8. Start collect niqab
9. Kerap bangun malam untuk tujuan baik tu (bukan setakat buat susu atau gi tandas je)
10. Be efficient dalam macam2 perkara.
11. Be supermak.
12. Be more focus dengan kehidupan dunia dan akhirat
13. Nak pandai khusyuk

Doakan saya.