Showing posts with label Landscape. Show all posts
Showing posts with label Landscape. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

Manfaat ruang


MELALUI susunan dalam gubahan, pokok yang kurang menarik sebahagiannya boleh disorok di belakang pokok lain yang lebih menarik.

Untuk hiasan di ruang sempit seperti balkoni, sudut ruang tamu dan sebagainya, anda hanya perlu menggunakan beberapa bekas tanaman atau pasu besar yang siap digubah cantik bagi mengindahkan lagi ruang.

Sebagai pilihan, anda juga boleh menggunakan gubahan berkenaan yang dicampur bersama dengan beberapa pasu pokok gantung dan aksesori hiasan taman yang lain seperti pagar hiasan, batubatu semula jadi dan set air terjun buatan bagi mengindahkan lagi ruang.

Gubahan tanaman dalam bekas tanaman besar seperti ini bukan saja sesuai untuk hiasan dalam kediaman, malah cantik untuk ruang luaran seperti balkoni, patio, laman, taman dan sebagainya.

Selamat mencuba!

PENGHUNI rumah pangsa dan apartmen mungkin menganggap ruang sempit mengehadkan keinginan menghiasi kediaman dengan tanaman hiasan.

Anggapan ini mungkin kurang tepat kerana aktiviti menanam tumbuhan hiasan masih boleh dilakukan dengan menanam menggunakan pasu atau raga gantung.

Satu lagi kaedah menanam pokok untuk ruang yang sempit ini ialah dengan menggunakan bekas tanaman bersaiz besar.

Kebaikan atau faedah yang boleh diperoleh dari penanaman begini adalah:

1. Menjimatkan ruang penanaman

2. Memudahkan kerja penanaman dan penjagaan pokok

3. Lebih cantik dan menarik lagi berbanding pokok yang ditanam secara solo terutama jika digubah atau disusun kemas dan menarik dalam pasu atau bekas tanaman yang unik dan cantik bentuknya.

Tanaman hiasan dalam kumpulan juga akan membina satu ekosistem tersendiri.

Ini bermaksud tahap kelembapan medium tanaman dan keadaan persekitarannya akan menjadi lebih tinggi. Ini kerana daun pokok akan melindungi antara satu sama lain dari dedahan kepada cahaya matahari yang terik dan hasilnya pokok akan tumbuh lebih subur dan menarik penampilannya.

Minggu ini saya akan paparkan teknik menggubah tanaman hiasan dalam bekas tanaman bersaiz besar.

1 Pemilihan bekas tanaman

Untuk tujuan ini, pelbagai jenis bekas tanaman boleh digunakan termasuk pasu, kotak tanaman, mangkuk tanaman, tempayan antik, bekas kitar semula seperti sinki atau mangkuk tandas retak dan sebagainya. Sehubungan itu, pilih bekas tanaman yang sesuai dengan tanaman untuk laman kediaman.

2 Pemilihan tanaman untuk gubahan

Tanaman hiasan yang dipilih mestilah mempunyai persamaan dari segi keperluan semula jadinya untuk tumbuh subur seperti keperluan air siraman, dedahan kepada cahaya matahari dan sesuai tumbuh subur dalam campuran medium tanaman sama.

Jika tidak sama keperluannya, tanaman mungkin tidak akan dapat hidup sihat dan membesar. Sebagai panduan dari segi keperluan cahaya, pokok berdaun tidak memerlukan banyak cahaya berbanding pokok berbunga.

Sehubungan itu, pamerkan di ruang yang sesuai dengan keperluan tanaman dalam gubahan anda. Selain tanaman hiasan, boleh juga menggunakan tanaman untuk makanan atau dikenali sebagai tanaman edibel.

Contohnya, pelbagai sayuran yang mudah ditanam seperti sawi, kangkung dan kucai atau tanaman penyedap rasa masakan seperti halia, serai, kunyit, selasih dan sebagainya. Selain berfungsi untuk tanaman hiasan, ia juga boleh menjimatkan perbelanjaan dapur anda.

3 Teknik gubahan

Gunakanlah idea kreativiti atau bakat semula jadi anda untuk menggubahnya. Pokok janganlah ditanam sehingga melindungi di antara satu sama lain.


TIP
Gubahan bekas tanaman yang berpermukaan bulat adalah seperti berikut:

Tanam pokok yang paling tinggi di tengah bekas tanaman.

Pokok rendah ditanam di sekeliling pokok yang tinggi.

Seterusnya pokok yang rendah ditanam di bahagian tepi dan sekeliling bekas tanaman. Sebagai pilihan, anda juga boleh menanam pokok menjalar yang dibiarkan berjuntai ke bawah bagi menutupi sebahagian dari bekas tanaman berkenaan supaya tampak semula jadi dan lebih menarik.


Sumber: Berita Minggu - Sun, Apr 22, 2012 - 014 - Rona - Oleh Abu Bakr As-Siddiq

Monday, December 5, 2011

Laman meja

JIKA selama ini kita hanya melihat gubahan bunga keratan hidup menghiasi meja di kediaman, pejabat, hotel dan premis perniagaan, kali ini saya ingin memperkenalkan pula satu lagi cabang seni taman yang dikenali sebagai `Tabletop Gardening.'

Taman atau seni taman atas meja yang sudah lama dipraktikkan di negara barat seperti United Kingdom dan Perancis, merujuk konsep tanaman solo atau pelbagai tanaman hiasan terpilih dan bersesuaian ditanam atau digubah dalam pasu atau bekas tanaman lain. Bekas bersaiz agak kecil ini sesuai dijadikan hiasan atas meja seperti gubahan bunga hiasan hidup.

Selain di dalam kediaman dan pejabat, gubahan ini juga sesuai bagi luar premis seperti diletakkan di meja taman. Ia bersifat mudah alih dan boleh ditukar ganti dengan pokok baru agar sentiasa nampak segar, cantik dan menarik. Pada masa yang sama pokok yang kurang subur itu boleh diberi rawatan semula seperti dibaja, ditukar atau ditambah medium tanamannya agar kembali tumbuh subur semula. Konsep ini juga begitu sesuai sekali dipraktikkan untuk semua kediaman terutama bagi mencantikkan ruang kediaman yang sempit seperti dan apartmen.

Pemilihan Tanaman

Antara ciri-ciri tanaman sesuai


* Pokok jenis berdaun kerana dapat hidup subur, tahan lama kerana sesuai tumbuh di tempat teduh.

* Pokok yang ada keperluan hidupnya yang dari segi medium tanaman, dedahan kepada cahaya matahari, siraman air dan kelembapan.

* Pokok bersaiz kecil dan mongel dengan pertumbuhan yang agak lambat.

* Pokok tahan lasak dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi.

Bagi menghasilkan gubahan menggunakan beberapa tanaman hiasan terpilih yang menarik dan cantik daunnya, sediakan bahan seperti berikut (foto 1):

* Pelbagai tanaman berdaun cantik dan menarik. Ini termasuk ciri tumbuh menegak seperti pokok Syngonium kacukan dan pokok Aluminium; penutup bumi atau menjalar seperti Episcia dan bentuk pokok bunga kembang seperti Cryptanthus dan Chlorophytum.

* Bekas gubahan: Pilih bekas bentuk unik, cantik dan menarik.

* Medium tanaman untuk pokok berpasu

* Batu kerikil berwarna-warni sebagai hiasan

* Lumut `Sphagnum moss' bagi mengekalkan kelembapan medium tanaman sentiasa.

Kaedah gubahan

* Tutup bahagian bawah bekas gubahan menggunakan sabut kelapa atau jaring agar medium tanaman tidak mudah terkeluar (foto2).

* Masukkan campuran tanah untuk pokok berpasu 3:2:1 (Tanah peroi:Tanah gambut:Pasir sungai) (foto 3) yang telah campurkan dengan sesudu baja najis kelawar atau ayam yang siap diproses untuk membekalkan baja yang diperlukan oleh pokok dalam gubahan ini.

* Keluarkan tanaman dari pasu masing-masing dan tanam dalam bekas gubahan (foto 4). Tanam pokok yang tinggi di belakang dan pokok yang rendah tanam di hadapannya. Kemudian tanam pokok jenis menjalar di hadapan sekali dan biarkan rantingnya berjuntai di tepi bekas gubahan agar nampak menarik.

* Letakkan batu kerikil pelbagai saiz di bahagian atas medium tanamannya bagi mencantikkan gubahan (foto 5).

* Siram air dan letakkan gubahan di tempat teduh.

Selepas beberapa hari apabila pokok kembali segar semula bolehlah dipamerkan di mana yang dikehendakki (foto 6).

Selamat mencuba!

INFO

Tip penjagaan

* Gubahan perlu dibawa keluar untuk didedahkan kepada cahaya matahari beberapa hari dalam seminggu.

* Ubah kedudukan pasu seminggu sekali agar pokok tidak tumbuh sehala biasanya ke arah matahari saja.

* Cuci daun pokok yang berdaun licin seperti pokok Aluminium dengan cecair pengilat daun agar nampak cantik dan berkilat sentiasa.

Sumber: Berita Minggu - Sun, Nov 27, 2011 - Rona - Oleh AbuBakr As-Siddiq

Friday, May 20, 2011

Bina taman anda di rumah


Bina Taman Anda Sendiri Dengan 4 Langkah Mudah

1. Rancang

Pilih tema @ konsep yang sesuai dengan laman anda. Dapatkan bahan rujukan di majalah dan buku berkaitan landskap.

Rancang rekabentuk taman anda. Senaraikan tanaman dan landskap kejur yang bersesuaian. Pilih tanaman yang mempunyai warna, tekstur dan bentuk yang berbeza bagi menceriakan taman anda. Seterusnya sediakan anggaran perbelanjaan.

2. Sedia

Dapatkan tanaman dan aksesori landskap di nurseri berdasarkan senarai yang disediakan. Pilih pokok yang sihat dan elakkan pokok yang rosak atau berdaun kering.

Sediakan peralatan perkebunan seperti cangkul, penyodok tanah dan sarung tangan. Sediakan juga tanah campuran yang sesuai. Nisbah tanah yang baik adalah 3:2:1 iaitu 3 bahagian tanah, 2 bahagian bahan organic dan 1 bahagian Pasir.

Sedia, bersih dan tandakan kawasan yang hendak ditanam.

3. Bina

Gali lubang penanaman bersaiz 1m (panjang) x 1m (lebar) x 1m (dalam) bagi pokok besar dan 0.3m x 0.3m x 0.3m bagi pokok renek.

Letakkan tanah campuran di paras ¼ dari lubang tanaman, koyakkan polibeg dan letakkan pokok di dalam lubang tanaman. Elakkan dari mencederakan pokok dan akar. Kemudian, tambah tanah campuran ke dalam lubang tanaman dan padatkan tanah dengan mengunakan tangan atau kaki untuk mengelakkan terdapatnya ruang udara.

Setelah siap, bersihkan kawasan taman. Lakukan sungkupan jika perlu.  Siram tanaman anda.

4. Selenggara

Penyiraman perlu dilakukan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Elakkan menyiram pokok pada waktu tengahari kerana daun dan batang boleh melecur.

Pembajaan, merumpai, mencantas dan kawalan makluk perosak perlu di lakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan taman anda subur dan indah.

Pastikan taman anda kemas, rapi dan selamat

* Amalkan penjagaan kebun yang baik dengan menyiram pokok, membuang rumpai, mencantas dan membaja.

* Elakkan dari menyimpan barang-barang yang tidak diperlukan di dalam kebun anda.

* Berhati-hati terhadap wujudnya kabel elektrik, paip air dan gas yang berada di dalam tanah.

* Gunakan sarung tangan untuk mengelakkan jangkitan kuman di dalam tanah. Basuh tangan setiap kali selepas aktiviti berkebun.

* Simpanlah perkakas kebun di tempat yang betul dan jauh dari kanak-kanak.

* Elakkan daripada merosakkan akar pokok dan tanaman sedia ada semasa menanam pokok-pokok baru.

* Buangkan air yang bertakung di dalam alas pasu bunga dan letaklah ubat pembunuh serangga ke dalam tanaman yang menakung air bagi mengelakkan pembiakan nyamuk. - Jabatan Landskap Negara

Tuesday, February 22, 2011

Petua biak mawar



APA saja gelarannya - ros, mawar dan rosa adalah merujuk kepada sejenis bunga yang sangat popular, cantik dan menarik. Ia terkenal sebagai bunga lambang (simbolik) cinta, kasih dan sayang. Orang Inggeris mengenalinya sebagai rose manakala masyarakat Melayu pula memanggilnya sebagai bunga mawar atau ros. Namun nama saintifiknya ialah Rosa dan ia tergolong dalam famili tumbuhan Rosaceae.

Ros senang ditanam menggunakan keratan batang atau rantingnya yang matang. Pokok berbunga cantik dan menarik ini sudah lama popular dan ditanam sejak beratus-ratus tahun dulu lagi. Ada pelbagai bentuk dan warna bunga ros seperti putih, merah terang, merah tua, merah muda, oren serta pelbagai warna baru dan unik hasil kacukan.

Hasil kacukan atau hibrid ini juga menghasilkan banyak pokok renek yang senang dijaga untuk dijadikan pokok spesimen sebagai tanaman dalam pasu, pokok sempadan, pokok pagaran dan pemanjat untuk dilatih memanjat dinding, tembok, pergola, parapara (trellis) dan sebagainya. Pokok ros senang ditanam dan dijaga serta tidak cerewet dari segi penjagaannya.

Siram anak pokok dan jangan biarkan medium semaiannya kering. Apabila tunasnya sudah tumbuh kira kira tiga inci, pindah dan tanam dalam medium tanaman kekalnya seperti di bawah.

Ia juga boleh dibiakkan menggunakan biji benih yang diimport dan boleh dibeli dari pusat tanaman dan sebagainya. Namun begitu untuk mendapatkan pokok yang cantik dan segera, beli saja dari pusat tanaman yang banyak menjualnya.

* Medium tanaman: Pokok ros memerlukan medium tanaman berasaskan tanah yang subur, lembap tetapi mempunyai saliran yang baik supaya air siraman senang mengalir keluar. Campuran tanah untuk pokok berpasu iaitu dalam nisbah 3:2:1 (tanah peroi: baja kandang: pasir sungai) adalah sesuai untuk penanaman.

* Air: Siram dua kali sehari pada hari panas iaitu pada waktu pagi dan petang. Siram bila perlu pada hari hujan dan elakkan air bertakung di dalam medium tanamannya.

* Cahaya: Pokok bunga ros suka kepada banyak cahaya matahari bagi pengeluaran bunga yang banyak dan cantik warnanya.

* Pembajaan: Sebaiknya gunakan baja yang dikhususkan untuk pokok ros. Namun baja organik seperti najis ayam atau kelawar dan baja kimia juga sesuai untuknya. Gunakan baja kimia berwarna hijau untuk daun dan pertumbuhan pokok yang subur manakala baja merah untuk pengeluaran bunganya. Gunakan baja seperti arahan yang tertera pada pek baja yang digunakan bagi mendapatkan pertumbuhan bunga yang cantik.

Info

Penjagaan

* Gunakan sungkupan seperti sabut kelapa untuk menutupi medium tanamannya agar lembap sentiasa.

* Bagi mengekalkan kelembapan di persekitarannya sembur dengan air keseluruhan pokoknya.

* Pokok ros yang dijual secara komersial adalah kebanyakannya didatangkan dari Cameron Highlands dan perlukan semburan air untuk mengekalkan kesuburannya.

Ikuti langkah menanamnya seperti berikut:

1. Pilih ranting atau batang yang matang kemudian potong secara menyerong kira-kira 4 inci panjang

2. Celupkan bahagian bawah keratan tadi dalam hormon penggalak akar untuk mempercepatkan pertumbuhan akarnya.

3. Semai keratan tadi dalam medium pasir sungai atau tanah campuran untuk pokok berpasu kemudian siram.

4. Letakkan bekas semaian dalam beg plastik supaya lembap dan menggalakkan akar. Tanggalkan plastik selepas tunas muncul.

Idea Pameran: Peminat bunga ros boleh membina sebuah taman yang ditanam dengan pelbagai jenis pokok bunga ros bagi membuat koleksinya. Pokok bunga ros cantik ditanam dalam pasu sebagai pokok spesimen. Ikuti paparan mengenai idea pamerannya dalam keluaran dua minggu akan datang.

Sumber:Berita Minggu - Feb 20, 2011 - BM Dua - Oleh Abubakr As - Siddiq

Friday, December 17, 2010

Pemasuan semula tanaman



KITA sedia maklum, kehadiran pasu menarik sesuai dengan tanaman hiasan semestinya menampilkan suasana tenang mendamaikan.

Dalam menyerlahkan suasana taman, aspek penyelenggaraan pasu pada setiap tanaman hiasan perlu diberi perhatian termasuk kaedah pemasuan semula.

Tujuan menggunakan pasu semula

*  Memudahkan tanaman hiasan memperoleh nutrien, air dan cahaya matahari.

*   Membolehkan pasu atau bekas dialihkan dan dipindahkan dengan mudah.

*   Memudahkan kerja-kerja penjagaan seperti menyiram, menggembur dan membaja.

*   Menggantikan pasu lama atau saiz pasu yang tidak sesuai dengan saiz tanaman.

Ciri-ciri tanaman hiasan memerlukan pemasuan semula:

*   Pasu sudah retak atau pecah.

*  Medium terlalu padat menyebabkan akar sukar menembusi medium.

*  Akar terkeluar daripada lubang saliran pasu.

*   Air siraman didapati bertakung di permukaan medium.

*  Tanaman hiasan kurang subur dan berpenyakit.

Ciri-ciri utama pemilihan pasu:

*  Saiz pasu hendaklah sesuai dengan saiz pokok yang hendak dipasu semula.

*  Pasu hendaklah mempunyai lubang saliran bagi memudahkan air yang berlebihan keluar.

*  Mudah dibersihkan.

*  Menarik dan kemas.

*  Ringan supaya pasu mudah dialihkan.

Kelebihan menanam tanaman dalam pasu

*   Tanaman mudah dialihkan.

*  Tidak memerlukan kawasan yang luas.

*  Boleh disusun dengan susunan yang menarik.

Kekurangan menanam tanaman dalam pasu

*  Terhad kepada beberapa jenis tanaman kecil sahaja.

*  Sesuai untuk tanaman jangka masa singkat saja.

*  Perlu pemasuan semula apabila tanaman kurang subur.

Sumber: Harian Metro - Sat, Dec 11, 2010 - Variasi

Pelbagai jenis lidah jin



ADA menganggap lidah jin atau nama saintifiknya, sansevieria hanyalah tanaman biasa untuk melengkapkan taman.

Pokok yang tidak mempunyai batang dan berasal dari Afrika itu mudah ditanam. Ia boleh dimanfaatkan sebagai tanaman sempadan atau pagaran, selain reka letak dalam pasu atau ditanam bersama pokok lain.

Lidah jin lebih senang hidup di kawasan redup atau suhu 10 darjah celsius dengan dedahan cahaya yang cukup selain bertahan untuk tempoh lama.

Ia juga sesuai ditanam dalam rumah tetapi perlu diletak berhampiran tingkap bagi mendapat cahaya matahari untuk proses fotosintesis dan tumbesarannya.

Sanseveria yang turut dikenali dengan nama lidah ibu mentua (mother-in-law's-tongue) di negara Barat.

Pokok itu memerlukan tanah yang sesuai dan menggunakan kaedah penyediaan tanah campuran membabitkan kandungan kompos.

Proses berkenaan penting untuk menggalak pertumbuhan akar dan meningkatkan kesuburan. Media tanaman selain tanah ialah longgokan batu sungai bersaiz kecil dengan sedikit air yang diletakkan di dalam balang kaca bersaiz besar atau sederhana, sesuai ditempatkan di meja hiasan atau almari.

Penanaman dalam rumah memerlukan sedikit pengurusan iaitu semburan halus air pada daunnya dan gunakan kapas untuk menyapu habuk serta membantu menyerlahkan daunnya yang berkilat.

Spesies sansevieria:

1. Sansevieria cylindrica bojer:

*  Memiliki daun berbentuk silinder, tegak panjang dan tajam hujung puncak daun dalam ukuran dua hingga tiga sentimeter lebar.

*  Daunnya berwarna hijau tua berbelang-belang kelabu.

*  Daun boleh menyimpan sedikit air walaupun keras.

*  Bunganya kurang menarik dan wujud dalam kuntuman kecil dan berjambak.

*  Tangkai bunga keluar secara memanjang daripada celahan daun tengahnya.

2. Sansevieria hahnii:

*  Spesies paling diminati kerana bentuknya yang padat dan rendah.

*  Ukuran panjang daun hingga enam sentimeter.

* Sesuai ditanam dalam pasu kecil dan kebanyakannya digunakan untuk menyerikan dekorasi taman batu.

3. Sansevieria trifasciata prain:

*  Mempunyai daun panjang yang tajam, tebal dan keras.

* Warnanya kelabu berbelang-belang hijau tua.

* Pertumbuhan yang subur berupaya menyerlahkan bentuk daunnya yang berpintal-pintal.

4. Sansevieria trifasciata:

*  Pokoknya kelihatan lebih tegap dengan keindahan warna daun kelabu berbelang-belang hijau tua yang diserikan dengan jalur kuning muda pada keseluruhan tepi daun.

Cara menanam dan membiak:

* Lidah Jin mudah dibiakkan sama ada menggunakan kaedah belahan rumpun dengan pemasuan semula, memisahkan anak daripada pokok atau kaedah keratan daun.

* Ia mudah berakar jika menggunakan pasir sebagai media tanaman.

* Daunnya yang panjang boleh dipotong dengan membuat tanda khas pada bahagian bawah bagi memudahkan proses penyemaian.

* Penggunaan pasir yang boleh mengalirkan air keluar daripada bekas semaian disyorkan kerana bekalan air berlebihan boleh menyebabkan daun menjadi reput.

* Keadaan itu boleh mengganggu proses pengakaran dan pertumbuhan anak benih baru.

*   Anak semaian perlu ditempatkan di kawasan yang redup atau terlindung daripada cahaya terbuka atau hujan lebat.

* Penjagaan itu perlu dilakukan dalam tempoh sebulan hingga anak benih baru mampu berdikari dan tahan lasak sebagaimana induknya.

Monday, November 22, 2010

Pesona ati-ati



POKOK yang dikenali masyarakat tempatan sebagai pokok ati-ati yang berdaun cantik ini adalah tanaman hiasan yang diminati sejak zaman dulu lagi. Namun, ia seakan tenggelam seketika sebelum diminati semula berikutan pelbagai kacukan yang menghasilkan dedaun sebegitu cantik. Tidak hairanlah, ati-ati ini dianggap antara pokok berdaun paling cantik berikutan kepelbagaian warna dan coraknya.

Biarpun popular sebagai ati-ati, nama saintifiknya adalah coleus blumei tetapi kini ditukar pula kepada solenostemon scutellarioides. Ia dikategorikan dalam famili tumbuhan labiatae dan pokok yang mudah ditanam serta dijaga ini dikatakan berasal dari kepulauan Jawa.

Daunnya pelbagai bentuk, bercorak menarik dengan pelbagai campuran atau kombinasi banyak warna seakan akan warna pelangi. Tepatlah dengan nama gelarannya iaitu pokok pelangi (rainbow plant). Bunganya agak kurang menarik bersaiz kecil berwarna ungu atau biru tumbuh dalam gugusan pada pokok yang sudah matang.

Keratan batang ini juga senang berakar apabila diletakkan dalam air takungan. Apabila berakar pindah untuk ditanam dalam medium tanaman kekalnya.

Kaedah lain ialah dengan menanam terus keratan batang tadi dalam medium tanaman kekalnya. Campuran medium tanaman yang disyorkan ialah 3:2:1 (tanah peroi:tanah gambut/baja kandang : pasir sungai).

Anda juga boleh menggunakan medium tanaman yang telah siap dicampur untuk pokok berpasu yang boleh dibeli dari pusat tanaman dan sebagainya.

* Pembiakan

Ia senang dibiakkan dengan cara keratan batang matang. Ia juga boleh dibiakkan menggunakan biji benih yang boleh dibeli dari pusat tanaman atau pasar raya dan sebagainya.

* Penanaman

Ikuti langkah penanaman seperti berikut:

1. Kerat beberapa hujung batang berdaun yang sudah matang kira kira 10.16 sm panjang dan tanggalkan beberapa helai daun yang paling bawah.

2. Celupkan bahagian keratan dalam serbuk hormon penggalak akar

3. Semai dalam medium pasir sungai.

4. Siram dan letakkan dalam beg plastik agar keratan batang ini cepat berakar.

* Penjagaan Air:

- Medium tanamannya perlulah lembap sentiasa oleh itu pokok ini memerlukan banyak siraman air untuknya cepat membesar dengan corak serta warna daunnya yang terang dan menarik. Siram dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang pada hari panas. Siram apabila perlu saja pada hari hujan.

- Cahaya matahari: Ia sesuai didedahkan kepada cahaya matahari untuk mendapatkan corak dan warna daunnya yang terang dan menarik.

Jika diletakkan di tempat teduh warna daunnya akan menjadi pudar dan tidak banyak corak serta kurang menarik .

- Pembajaan: Gunakan baja kandang seperti najis ayam atau kelawar yang telah diproses atau baja kimia cecair atau baja garam larutan untuk membaja. Berhati hati jika menggunakan baja bijian kerana bahagian pokok seperti batang atau daunnya akan melecur apabila terkena butir baja jenis ini.

* Idea pameran

- Ia cantik ditanam di dalam pasu secara solo atau digubah bersama dengan tanaman lain sebagai satu gubahan menarik.

- Ia juga sesuai ditanam di tanah secara solo atau sebagai gubahan bersama dengan tanaman lain.

Ikuti idea menarik serta kaedah pameran yang boleh dilakukan sendiri menggunakan pokok ati-ati ini dalam keluaran dua minggu akan datang.

Tip

Cara tanam

- Potong hujung batang yang berpucuk untuk menggalakkan pertumbuhan ranting dan seterusnya merimbun pokok.

- Rebahkan batang pokok untuk menggalakkan pertumbuhan banyak ranting.

- Potong bunganya bagi menggalakkan pertumbuhan daun bagi membentuk rumpun pokoknya yang lebih sihat dan cantik.

- Gembur medium tanamannya agar pokok tumbuh lebih subur dan membentuk rumpun yang menarik.

Sumber: Berita Minggu - BM Dua - Oleh Abubakr As-Siddiq

Wednesday, October 20, 2010

Biak pokok dengan keratan daun


KERATAN daun antara kaedah pembiakan yang mudah, ringkas dan senang dilakukan.

Pokok herba seperti ati-ati, sanchzia, misai kucing dan selasih yang membiak menerusi ruas daun.

Sementara pokok jenis lendair ( succulents) seperti asam batu, gul bakawali, lidah mak mentua, paperomia dan gloxinia turut membaik menggunakan keratan daun.

Pokok yang ditanam menerusi kaedah berkenaan perlu segar, matang dan tidak berpenyakit.

Gunakan media perakaran sesuai untuk percambahan yang lebih efektif.

Enam jenis keratan daun boleh dilakukan:

* Helaian daun

* Tangkai daun

* Kepingan daun

* Ruas daun

* Tunas daun

* Mengerat urat

Peralatan digunakan:

* Pisau cantuman

* Gunting pemangkas

* Media perakaran

* Penggalak akar

Kepingan Daun

* Helaian daun di kerat 10 sentimeter (sm) lebar berbentuk tiga segi dan mempunyai beberapa urat utama.

* Celupkan ke dalam penggalak akar.

* Kepingan daun ditanam secara menegak.

* Anak dan akar keluar daripada pangkal kepingan daun sementara daun asal musnah secara perlahan-lahan.

* Anak pokok yang baru boleh ditanam.

Ruas Daun

* Dahan dikerat (panjang 5 hingga 6sm) berserta dua helai daun dan tunas ketiak.

* Pangkal dahan disapukan dengan penggalak akar dan ditanam di dalam media.

* Akar kemudian keluar dari pangkal dahan dan pucuk baru keluar dari tunas ketiak.

Thursday, September 23, 2010

Keladi indahkan dekorasi kediaman



PENANAMAN tumbuhan liar hutan umpamanya pokok keladi atau caladium daripada famili araceae memang cantik, unik dan menarik.

Namun, pokok hiasan itu memerlukan rutin pengurusan selari kerana ia tidak lasak, mudah mati dan alah kepada cahaya berlebihan.

Ekologi alam yang redup, berpaya dan tanah gambut adalah habitat paling sesuai untuknya hidup subur.

Kepelbagaian serlahan dan tekstur dari segi bentuk dan warna daunnya menyebabkan pokok keladi menjadi pilihan peminat seni taman untuk diletakkan di tepi rumah atau kolam binaan.

Antara variasi keladi yang sebelum ini terbiar di pinggir hutan dan kini menjadi pilihan ramai itu ialah spesies caladium bicolour, caladium splendens dan caladium changpur.

Caladium bicolour mempunyai warna merah cerah di tengah dan hijau pada daun, caladium splendens pula, hijau berbintik merah dan putih manakala caladium changpur dengan urat daun berwarna putih berlatarkan warna hijau memang anggun jika ditanam dalam pasu.

Keladi lain termasuk puluhan spesies aglaonema yang hidup subur di kawasan tropika.

Ia turut dispesifikasikan tumbuhan saka yang subur di kawasan gambut dan mempunyai banyak bahan organik serta reputan tumbuhan.

Pembiakan baka daripada spesis brevispathum, marantifolium, pictum dan oblongifolium boleh dilakukan dengan memisahkan rumpun atau anak pada pangkal induk.

Alocasia sanderiana dan alocasia thiboutiana adalah dua spesis keladi daripada keluarga araceae yang menarik ditanam di kawasan kolam atau dalam ruang rumah tertutup.

Sanderiana diminati ramai kerana daun berlekuk di tepi termasuk uratnya yang timbul berwarna putih perak membahagikan kehijauan klorofil daun.

Keladi thiboutiana juga memiliki sifat sama kecuali tidak memiliki lekuk di tepi dan ketinggiannya lebih rendah daripada sanderiana tetapi kedua-dua keladi jenis ini mempunyai daun keras berwarna hijau tua berkilat.

Keladi yang mampu menyerlahkan kuntuman bunga menarik dalam tempoh panjang ialah dwarf anthurium, aocisia spp., spathiphyllum spp., dan anthurium spp., dengan pelbagai serlahan warna bunga yang tumbuh dari tengah atau celahan pelepah daunnya.

Kebanyakan jenis keladi hiasan memiliki bendalir beracun yang dikhuatiri boleh menyebabkan buta sekiranya terkena mata, selain cirit-birit dan gatal.

Sebenarnya, sifat semulajadi itu dianggap `pelindung' kepada tumbuhan terbabit dalam menghalang serangga perosak memakan daun atau memusnahkan batangnya.

Bagaimana pun, ada keladi yang berfungsi kepada dunia perubatan tradisional seperti vareiti homalomena spp., colocasia escuelenta, amorphophallus spp., alocasia macrorrhiza dan acorus calamus.

Peminat seni taman yang ingin menjimatkan kos pembelian baka keladi boleh mendapatkan pelbagai spesis tempatan yang tumbuh melata di kawasan redup sama ada di ladang kelapa sawit, kebun getah atau paya.

Keladi yang boleh dimakan seperti keladi Pinang serta keladi bersaiz besar juga sesuai dijadikan pokok hiasan sekiranya ditanam secara berkelompok sebagai 'latar belakang' kepada pokok keladi lain yang memiliki keindahan daunnya.

Aspek yang perlu diberi keutamaan dalam penanaman dan penjagaan pokok keladi ialah dedahan cahaya matahari yang perlu dikawal agar kesuburannya tidak terbantut, selain daun tidak rosak atau 'melecur'.

Tuesday, September 7, 2010

Pastikan pokok bersiram



BALIK kampung sempena Aidilfitri pasti tidak ceria memikirkan tanaman yang perlu disiram bagi mengelak layu dan mati.

Namun, panduan berikut boleh membantu mengekal kesegaran tanaman walaupun anda bercuti panjang.

1. Jika ada bajet, pasang sistem siraman berpancuran yang boleh dijadualkan waktu atau kadar siraman pokok.

2. Gunakan plastik yang diisi air dan diikat dengan getah.

* Tebuk lubang pada bahagian bawah plastik itu menggunakan jarum atau paku kecil bagi membolehkan air menitik keluar dengan perlahan.

* Plastik air ini boleh bertahan sehingga seminggu.

3. Dapatkan sabut kelapa kasar untuk dijadikan sungkupan pada semua pokok di taman mengikut kesesuaian.

* Tidak kira sama ada pokok ditanam atas tanah atau dalam pasu.

* Siram secukupnya.

* Sungkupan sabut kelapa itu mampu menyerap air dan bertahan lama.

4. Jika tanaman di kawasan kering seperti balkoni atau garaj kereta, anda boleh menggunakan bekas atau baldi air.

* Letak berhampiran tanaman.

* Jangan lupa memasukkan sedikit ubat jentik-jentik bagi mengelak kehadiran nyamuk.

* Kaedah ini dapat menyejukkan suasana dan menyegarkan tanaman sepanjang ketiadaan anda di rumah.

Saturday, August 28, 2010

Air rendam bawang suburkan tanaman

TANAMAN kekal subur dan menghijau jika rutin penjagaan serta penyelenggaraan diberi perhatian.

Penggunaan baja dan jadual siraman yang sesuai antara langkah terbaik memastikan tanaman sentiasa segar.

Baja kompos berasaskan tulang ikan dan kulit udang dikatakan sesuai untuk menyuburkan bunga ros.

Langkahnya mudah dengan hanya menumbuk bahan kompos berkenaan hingga lumat sebelum dikeringkan.

Bagaimanapun, pastikan ia benar-benar kering bagi mengelakkan kewujudan perosak yang membahayakan bunga ros tadi.

Seterusnya anda hanya perlu menaburkan baja kompos itu sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Sungkup atau gemburkan baja kompos yang ditabur pada permukaan tanah bagi membantu mikro organisma tanah menyerap penyerapan bahan berkenaan.

Uniknya, tanah yang sudah digemburkan adalah baik untuk pertumbuhan akar dan membantu meningkatkan tumbesaran tanaman.

Pertumbuhan pucuk dan tunas lebih sihat dan subur dapat dihasilkan sepenuhnya dengan penggunaan baja kompos itu.

Di samping itu, air cucian beras bukan sekadar berupaya menghilangkan bau hanyir ikan, tetapi sesuai juga dijadikan bahan siraman pokok bunga.

Tentunya ia membantu menggalakkan ros di taman anda berbunga lebat dan menyerlahkan variasi warna menarik.

Air basuhan ikan yang disiram pada tanaman pula berupaya menyuburkan tanaman.

Ini kerana unsur dan kandungan dalam organ ikan itu memberi kesan positif kepada tanaman.

Tidak ketinggalan air rendaman kulit bawang sama ada bawang putih atau bawang merah boleh dimanfaatkan kegunaannya.

Ia dikatakan dapat menghasilkan pucuk baru dan bunga subur dengan langkah mudah iaitu direndam semalaman dalam air.

Air itu kemudian disiram pada tanaman tanpa membuang kulit bawang pada keesokan hari dan amalkan petua itu lebih kerap supaya tanaman kembali sihat dan segar.

Serbuk kopi dan teh pula jangan dibuang, sebaliknya ia dikatakan membantu menyuburkan tanaman anda.

Caranya mudah dengan hanya menaburkan ia di sekeliling pangkal pokok dan tanpa mengambil masa lama, hasil membanggakan dapat dilihat.

Malah, serbuk kayu antara bahan semula jadi yang boleh dimanfaatkan sebagai baja tanaman.

Campurkan bersama tanah dan gaul hingga rata barulah ditanam di sekeliling tanaman anda serta jangan lupa rutin siraman.

Semua petua di atas sesuai untuk tanaman dalam pasu atau ditanam atas tanah.

Sunday, April 18, 2010

Halaman rumah seindah taman

ADA beberapa cara boleh dilakukan untuk menghias halaman rumah anda.

* Bagi rumah di kawasan kampung, tanam secara barisan bunga-bungaan yang menjalar mengelilingi rumah.

Sebaiknya gunakan tanaman tidak berbunga.

* Tanaman berpagar juga sesuai ditanam untuk memagari rumah seperti buluh yang disusun secara dua lapis.

Tetapi pastikan ia dicantas rata supaya menimbulkan kesan lebih menarik dan dramatik.

* Pokok renek kecil seperti siantan (Ixora) atau rumput yang juga dikenal sebagai pokok teh dengan daun hijau kekuningan (Acalypha simensis) juga boleh ditanam sebagai pokok penanda sempadan.

Gabungan dua jenis pokok ini menghasilkan suasana lebih menarik.

* Pokok teh ini cantik jika ditanam mengelilingi pokok hiasan taman yang lebih besar kerana ia mudah dicantas, rimbun menegak serta mempunyai tekstur halus dan padat.

* Khususkan sedikit ruang di halaman rumah untuk dijadikan taman mini yang menggabungkan pelbagai jenis bunga dan rumput.

* Untuk nampak lebih indah dan nyaman gunakan kombinasi batu, pasir, binaan simen dan tanaman hijau di sekitar rumah.

Ia juga boleh mengelakkan air bertakung atau terpercik ke dinding rumah.

* Bina kolam kecil untuk dijadikan hiasan. Bela ikan supaya tampak lebih sempurna dan ia boleh dijadikan tarikan kepada anak-anak.

* Rumput boleh juga ditanam selain laluan bersimen yang berselang seli untuk menghiasi halaman.

Antara jenis rumput yang cantik ialah rumput turf kerana selain menaikkan seri taman, ia berfungsi menstabilkan tanah, merendahkan suhu persekitaran, menyerap gas tercemar dan menjadi alas menutup bumi yang boleh menghalang hakisan tanah.

* Rumput jenis tikar seperti Axosnospus Compressus juga sesuai di tanam di halaman kerana ia sesuai hidup pada semua jenis tanah dan tahan pijakan.

* Bagi rumah yang tiada halaman luas, penggunaan bunga secara berpasu lebih sesuai.

Pastikan anda memilih pokok jenis berbunga supaya nampak berwarna-warni untuk menimbulkan suasana ceria.

* Tanaman yang digantung juga sesuai untuk rumah yang mempunyai keluasan halaman yang kecil.

* Selain itu pondok kecil dan bangku kayu juga boleh didirikan untuk kemudahan anak-anak dan tetamu.

Thursday, April 8, 2010

How to start a flower garden

FLOWERS are one of nature's beauties that inspire creativity, thought flow, and romance. A flower garden is a wonderful place for leisure and play, but it takes a lot of hard work to get it in place first. A flower garden enhances your outdoor surroundings. It can also provide you with cut flowers and attract pollinators, such as bees, butterflies, and birds, to your garden.

When designing a flower garden, there are five main things to consider: size and shape, symmetry and balance, and a focal point.

Flower gardens are extremely wonderful to look at. More so if you are the one who is taking care of the flower garden - it will truly be one relaxing experience to see all your hard work in full bloom.

* Steps

1. Start small. Enthusiasm for gardening is great, but can rapidly dry up when the work mounts. Start with a small flower bed, say 2.3 sq meters, which is room for around 20 to 30 plants. You can always increase you plantings as your experience grows. If even a 2.3 sq meters plot seems like too much, make a small border or do your first flower gardening in a container. Two or three plants sharing a fancy container can look stunning and give you a sample of what's to come.

2. Make a detailed landscaping plan and dig a flower bed to fit that scheme, if you want. On the other hand, if you are no good at planning on paper, or you know about where and how large you would like the bed, simply lay it out right there in your garden. Laying a garden hose on the ground is one way to mark or plan a gentle curve. If you have a lawn adjoining the bed you are digging, remember to leave yourself mower access.

3. Choose a site. How much sun an area gets is a prime consideration.

Six hours of sunlight will do for the greatest variety of plants. Stay away from underground utility lines and allow at least one meter from a building or fence. In hot climates, it is best to have some shade from the relentless afternoon sun, so a flower bed to the east of a building or fence usually works best. You can grow a garden even if you get 12 hours of full sunlight, but you should be more careful about which flowers you choose to grow. Pick ones that love full exposure to the sun. Your garden will also need more frequent watering.

4. Choose a site with good soil, if possible. All soils can be improved, but avoid areas with shallow, rocky soil, areas where water stands, or steep slopes. Stay at least six meter away from a large tree or five feet away from a sizable bush. Trees will compete with your garden for water and nutrients. Get a soil test. While not strictly required, a soil test will help to determine what nutrients the soil requires and will tell you the fertilisers the soil needs as well as its pH. Your local agriculture department can help.

5. Start digging. Once you locate a site and mark out the boundaries with a water hose, remove all sod and pieces of grass or weeds that may resprout. Using a spade or garden fork, completely dig up the bed to at least eight inches deep, a foot deep is better. Remove rocks or any debris.

6. Level the bed and break up any clods with a rake. Add three centimetres of compost or manure, more if the soil is poor. If the soil is sandy, add peat moss or grass cuttings to improve the soil's water holding capacity. Add lime if the soil is too acid. Most plants like neutral to slightly acid soil. Soil amendments such as compost can be bought by the bag or sometimes by the truckload. Work the amendments into the top 15 centimetres of soil along with a general-purpose fertiliser such as 10-20-10.

7. Buy the plants or seeds then plant according to their directions. Smaller plants go in the front of the bed. Most plants are planted at the same depth they were growing. Firm the soil around them. Remember when placing plants that they will grow, so start with extra space and read the labels carefully to see how much space to leave them.

8. Water thoroughly. Like a good waiter, a good gardener will check whether water is required before watering. How much you water will depend upon the needs of your plants, the climate and exposure, and how much rain your yard gets.

9. Cut spent blooms periodically. Many plants will re-bloom, but only if the old blooms are cut. Also, support and prune your plants as necessary.

TIPS

Grow beautiful and healthy flowers

No garden is complete without flowers. A lawn and trees are beautiful in itself but to enhance this beauty you need to add colour, textures and dimension to the picture.

Like a painting, dabs of colour enhance the central point, completing the whole picture.

* Fill the beds with a few shrubs as background to the dubs of colour you will create with the flowers.

* Arrange either colours in clusters of flowers in groups or spaced out. Plan your space according to the height and width of the plants, allowing space for each plant to grow and flourish.

* Check your seed packets or instructions on your seedling from your nursery, positioning the tall towards the back of the beds, mediums will be the ones in between tall and short.

* Colour can be in groups. For instance you can have a blue group, with various shades of blue clustered in a group, at another corner, a group of yellows, etc., don't use too many colours.

* Mixing flowers of different kinds in the same bed is good. However, make sure not to overdo the colour bit. Maintaining harmony and not being too loud is important.

Tuesday, March 16, 2010

Taman sebagai terapi diri

PENATAAN taman sempurna terletak pada kemampuannya merangsang lima deria iaitu rasa, bau, sentuh, lihat dan dengar menerusi landskap lembut serta kejur.

Bagi mewujudkan elemen rasa di laman, tanaman yang boleh digunakan biasanya mempunyai pucuk boleh makan seperti pokok gajus dan yang menghasilkan buah seperti pisang dan kedondong.

Suasana bercirikan terapi boleh dimanfaatkan sepenuhnya apabila taman digunakan sekali gus membabitkan aktiviti memetik buah dan makan sambil bersantai di taman serta interaksi tidak secara tidak langsung.

Bau-bauan pula memainkan peranan penting di taman walau pun tidak dapat dilihat dan tanaman yang mengeluarkan bau wangi berfungsi menarik pengguna ke laman.

Penggunaan tumbuhan yang mengeluarkan bau selain menimbulkan suasana harmoni ia mampu menimbulkan perasaan ingin tahu atau dorongan gus menerokai laman berkenaan.

Bunga melur, kemboja, kesidang dan bunga mawar antara tanaman yang mengeluarkan bau wangi dan amat sesuai menyerikan taman anda tanpa mengira keluasan kawasan.

Deria sentuh pula membabitkan sentuhan tumbuhan yang secara tidak langsung memberikan ketenangan sepanjang masa bagaikan terapi semula jadi.

Berjalan tanpa kasut di atas rumput atau pasir yang menggambarkan bahawa sentuhan semula jadi namun anda perlu berhati-hati bagi mengelakkan terpijak benda tajam.

Hamparan rumput permaidani yang dijaga rapi dengan kadar siraman betul dan rutin memotong rumput dilakukan pastinya mewujudkan suasana hijau saujana indah mata memandang.

Seterusnya landskap lembut dan kejur pula berupaya merangsang deria pandang khususnya warna kerana mempunyai daya tarikan tersendiri serta memberikan tidak balas emosi.

Unsur air juga mempunyai kuasa paling kuat kerana mampu merangsang pendengaran dan memberi ketenangan jiwa kepada anda seisi keluarga.

Air unsur paling penting di taman sebagai pendingin aktif dalam menyederhanakan kawasan persekitaran selain mengilhamkan kedamaian semula jadi.

Jadikan jambatan kayu sebagai penghubung antara kolam dan taman serta kayu dijadikan kemasan jambatan dalam usaha mengimbangi keindahan asli.

Penggunaan batu-batuan semula jadi dari sungai, hutan dan gunung sesuai diketengahkan sebagai ornamen asli di taman.

Kepelbagaian tekstur, corak dan bentuk batu-batuan berkenaan menginspirasikan situasi lebih hidup di taman ciptaan anda itu.

Kehadiran lampu hiasan juga menyuntik visual penataan cahaya unik selain membantu menerangi taman anda selain menyerlahkan sudut tersorok dan kurang menonjol.

(END)

Wednesday, March 10, 2010

Kelebihan tanam rumput

LAMAN berlatarkan landskap menarik dan sempurna pasti menjadi impian setiap pemilik kediaman kerana boleh dimanfaatkan untuk bersantai atau riadah.

Hamparan rumput subur menghijau bagaikan permaidani indah mengubah penampilan taman hadapan atau belakang kediaman anda.

Hakikatnya, penanaman rumput hiasan amat penting kerana ia berperanan sebagai terapi terbaik selain mengilhamkan suasana segar.

Ini kerana taman antara tempat anda seisi keluarga meluangkan masa ketika petang atau hujung minggu untuk bersantai.

Segala kepenatan menyelenggara rumput di taman dengan memotong, membuang rumput liar dan membaja hilang serta-merta apabila melihat tetamu begitu terpegun dengan pemandangan semula jadi taman anda.

Kawasan lapang yang ditanam dengan rumput lebih bermanfaat, berbanding tanaman bunga tidak diselenggara selepas beberapa bulan ditanam.

Pada masa yang sama ia membantu mengindahkan kawasan kejiranan anda dan bukan sekadar menyerlahkan suasana taman di kediaman.

Taman kelihatan lebih terurus biar pun hanya dengan kehadiran hamparan indah rumput hiasan berbanding pelbagai tanaman dalam pasu yang tumbuh tidak sekata atau berbunga mengikut musim.

Berikut antara kelebihan menanam rumput di taman:

* Menghalang hakisan tanah kerana kawasan yang berumput berupaya mengurangkan kesan hakisan air berbanding kawasan lapang yang kosong.

* Bertindak menapis air yang mengalir masuk ke dalam tanah, longkang, parit, sungai atau tasik

* Mengurangkan habuk

* Memerangkap pencemaran udara

* Membekalkan oksigen

* Hasilkan suasana lebih sejuk

* Tingkatkan nilai hartanah

* Sesuai untuk kawasan riadah

> Boleh dijadikan tempat barbeku, kenduri atau perjumpaan.

> Kanak-kanak bermain dalam keadaan selamat.

(END)

Elemen kayu indahkan tempat santai sekeluarga

BEBERAPA panduan mudah untuk menghasilkan taman yang menarik dan memenuhi cita rasa anda seisi keluarga:

* Fikirkan konsep penataan sesuai mengikut kemampuan.

* Jika bajet rendah, penggunaan bahan terpakai dan semula jadi seperti batu-batuan boleh diketengahkan.

* Taman batu umpamanya sejenis taman yang dibentuk daripada batu-batuan dan pokok.

* Anda bebas memilih pelbagai jenis batu termasuk batu kerikil dan batu sungai kerana ia berupaya memberi kesan berbeza pada taman anda.

* Binaan lorong laluan berturap di taman penting untuk memudahkan pergerakan dan tidak menyukarkan kanak-kanak atau warga tua untuk bersantai.

* Taman berlatarkan hamparan rumput penting sebagai pelengkap.

* Ia juga berfungsi menghalang percikan air kuat dan mengotorkan dinding ketika hujan.

* Rumput boleh menyerap air, mengelakkan hakisan dan merendahkan suhu halaman serta penyumbang oksigen yang membuatkan halaman lebih segar atau selesa.

* Kehadiran batuan turut termasuk dalam kepingan segi empat sesuai dijadikan kemasan lantai.

* Kolam pancuran sama ada dibina terus pada taman atau pasang siap, pastikan mempunyai sistem pengaliran air sempurna.

* Bagi kolam binaan terus, ia perlu digali dan diisi dengan air sebagai elemen penyeri landskap.

* Perlu ada saluran paip ke longkang bagi mengelakkan air melimpah keluar ketika hujan lebat.

* Bagi taman luas, tempatkan elemen kayu termasuk gazebo, wakaf atau set kerusi taman untuk ruang santai.

* Fikirkan dekorasi ringkas untuk ruang santai itu.

* Binaan pagar berasaskan kepingan kayu tegak boleh berperanan sebagai sempadan.

* Pokok pagaran yang hijau sesuai menggantikan pagar besi atau dawai.

* Binaan gerbang junjung sebagai rangka atau tempat pokok memanjat menjadi peneduh di taman.

* Tanam tumbuhan hiasan jenis melilit atau merayap untuk melingkari gerbang junjung itu.

Saturday, September 12, 2009

Jaga tanaman berpasu


ILHAM penataan laman tidak kurang hebatnya jika membabitkan reka letak tanaman berpasu khususnya di kawasan terhad.

Idea mencipta taman berlatarkan tanaman berpasu sesuai bagi pemilik kediaman yang kesuntukan waktu membuat persiapan Aidilfitri.

Uniknya taman berpasu lebih mudah ditanam, dijaga dan dialihkan bagi mereka yang cepat berubah cita rasa serta inginkan kelainan di laman.

Bermula dengan mengumpul beberapa set dekoratif dan pokok berbunga, idea penataan taman boleh dikembangkan secara kreatif.

Elak memilih pasu yang mempunyai permukaan sempit kerana ia menyukarkan aktiviti menanam, membaja dan menyiram.

Jika mahu tanaman subur dan cantik, pilih pasu seramik polos yang dilengkapi beberapa lubang kecil.

Pasu plastik pula menyerap masuk pancaran matahari manakala pasu tanah liat menyerap air lebih cepat.

Kombinasi pasu berwarnawarni dengan tekstur berbeza menyerlahkan visual pemandangan berbeza di laman.

Pokok pasuan bukan terhad kepada pasu bulat sahaja, tetapi boleh menggunakan barangan kitar semula seperti tab mandi lama atau mangkuk tandas lama.

Sesuaikan pasu dan tanaman bagi proses pertumbuhan yang lebih stabil. Pokok berakar serabut memerlukan pasu besar dan tinggi.

Hati-hati menggunakan pasu kayu atau rotan kerana ia cepat reput, sebaliknya gunakan kayu kalis air dan tahan cahaya matahari.

Pasu kayu boleh dibentuk dalam pelbagai saiz dan mudah disesuaikan mengikut keluasan taman.

Amalkan kaedah serpihan pasu tanah liat, batu-batuan kecil atau helaian surat khabar yang dicarik untuk diletak di dasar pasu sebelum memasukkan tanah bagi mengelakkan aliran tanah keluar melalui celah lubang.

Bagi pokok tahan cahaya matahari, gunakan pasu cerah bagi mengurangkan serapan haba dan pertumbuhan berlebihan.

Letakkan pokok pasuan di atas kayu atau pelapik batu bagi memberi laluan air dan pertumbuhan akar.

Keindahan taman lebih semula jadi sekiranya pokok pasuan diletakkan berhampiran kolam mini atau air berpancuran.

Sunday, June 14, 2009

`Tuah' pokok duit-duit

BAGI masyarakat Cina, menanam pokok duit-duit akan membawa tuah dan rezeki kepada mereka yang menanamnya. Malah, mereka mempercayai jika pokok berkenaan tumbuh subur dengan daun yang banyak serta menjalar tinggi akan melambangkan rezeki semakin bertambah.

Namun, realitinya pokok duit-duit adalah spesies yang mudah hidup dan cepat membiak walaupun tanpa tanah. Selain boleh ditanam di tanah, pokok ini boleh hidup di dalam air atau menjalar di batang kayu atau berpaut pada mana-mana pancang kayu, pagar atau binaan batu.

Pokok duit-duit dikenali sebagai Centipede Tongavine, Silver Vine, Devil's Ivy, Taro Vine, Money plant dan Solomon Islands' Ivy adalah spesies tumbuhan dalam famili Araceae. Ia sememangnya banyak ditemui di Malaysia, Indonesia dan Papua New Guinea.

Nama saintifiknya Epipremnum aureum dan segelintir pakar percaya pokok ini dalam genera Pothos. Namun, ramai yang keliru dan menggelarnya sebagai filodendron.

Pokok ini sangat popular menjadi hiasan luar dan dalaman rumah kerana ia mudah hidup dan tidak perlukan penjagaan rapi.

Biasanya daunnya berwarna hijau muda kekuningan dan keputihan. Sesetengah daunnya hijau dengan berbintik kuning, berselang-seli dan ada yang berbentuk jantung dan seakan-akan daun kangkung. Ada yang berpendapat corak daunnya seakan corak batu marmar.

Pokok duit-duit boleh membesar sehingga 20 meter tinggi, dengan lebar batang pokoknya mencecah sehingga empat sentimeter. Pokok ini memanjat melalui akar-akar yang mencengkam dahan pokok-pokok yang lain.

Ada jenis pokok ini boleh memanjat sehingga 100 sentimeter panjang dan berbentuk pinatifid, iaitu mempunyai lekuk sehingga ke tulang daun.

Ada juga jenis yang berbunga dengan panjangnya kira-kira 23 sentimeter. Namun spesies ini tidak pernah dilihat di negara ini atau pun di Singapura.

Bagi aspek penjagaan, pokok ini memerlukan cahaya matahari yang sederhana dengan suhu sesuai antara 17 hingga 30 darjah Celsius dan tidak perlukan siraman yang kerap seperti pokok lain.

Namun, jika mahu ia tumbuh subur, siraman air dalam jumlah yang sederhana, sememangnya diperlukan. Begitu juga dengan pembajaan yang teratur.

Secara amnya, pokok ini hanya memerlukan air ketika daun-daunnya berasa kering jika disentuh. Gunakan baja cecair dan seelok-eloknya tukarlah pasu setiap tahun.

Pokok ini juga dikategorikan sebagai tahan lasak dan dapat bertahan daripada sebarang pemangkasan. Ia juga sesuai ditanam menggunakan kaedah hidroponik.

Tiada khasiat pokok ini dicatatkan dalam mana-mana jurnal atau penulisan botani, namun difahamkan ia menjadi antara 17 pokok beracun untuk binatang peliharaan seperti anjing dan kucing.

Haiwan peliharaan boleh mengalami kencing berpanjangan, muntah dan masalah pernafasan jika termakan tumbuhan ini.

Namun, pokok ini dikatakan dapat membersihkan udara dan amat sesuai ditanam di dalam pejabat. Mengikut kajian Agensi Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan Amerika Syarikat (Nasa), seperti tumbuhan pembersih udara lain, pokok labah-labah, kekwa (chrysanthemums) dan jenis philodendron yang dapat memindahkan sesetengah kimia beracun dalam udara.

Kajian yang dijalankan pada lewat 1980-an antara Nasa dan Persatuan Kontraktor Landskap Amerika Syarikat (ALCA) mendapati gas beracun seperti `formaldehyde' dan benzene yang sangat tinggi kandungannya, banyak dikesan di kebanyakan bangunan di negara berkenaan. Kajian itu mendapati gas beracun itu dapat dibuang dengan adanya penanaman pokok duit-duit.

Saturday, April 25, 2009

Tanam kaktus jika malas jaga pokok

KAKTUS sering dikaitkan dengan tumbuhan gurun kerana ia memang berasal dari kawasan berkenaan, namun, pokok tahan lasak ini juga boleh menjadi hiasan menarik untuk laman anda.

Malah, bagi mereka yang sibuk serta tiada masa untuk menyiram atau menjaga pokok di laman, disyorkan beralih kepada kaktus kerana tumbuhan ini boleh hidup dengan kadar air yang sedikit.

Rupa unik kaktus dalam pelbagai bentuk pastinya memikat sesiapa saja yang berkunjung kediaman anda tambahan pula pokok ini boleh menjadi penghias laman dan dalaman rumah.

Bagaimana membina laman kaktus? Penyelia landskap Yew Garden Sungai Buloh, Chong Yong Jong memberikan beberapa tip untuk membina laman yang dihiasi kaktus.

Katanya, oleh kerana, kaktus mudah hidup dan tahan lasak, maka selain tanah, kaktus juga sesuai untuk ditanam menggunakan pasir bercampur sedikit tanah.

Kombinasi penggunaan campuran tanah, bahan organik, pasir dan batu kecil perlu disediakan manakala siraman menggunakan teknik semburan disyorkan hanya sekali seminggu.

"Selain ditanam terus di atas tanah, kaktus juga boleh ditanam dalam pasu untuk hiasan dalam dan luar rumah bergantung kepada pilihan masing-masing. Perlu diketahui kaktus memerlukan cahaya matahari secara langsung dan mencukupi untuk proses tumbesaran yang lebih baik," katanya.

Kurangkan air pada pokok kaktus tanaman atau seelok-eloknya kadar penyiraman dilakukan hanya sekali seminggu bagi menyediakan ruang aliran air pada tanah dan lebihan air akan menyebabkan akar kaktus cepat reput selain menyebabkan kaktus cepat mati.

Pokok ini juga boleh ditanam menggunakan tanah campuran atau campuran kompos, tanah pasir dan batu kecil atau pecahan kecil batu daripada tanah liat.

Penggunaan tanah liat boleh menyebabkan pengekalan air yang berlarutan sehingga menyebabkan akarnya menjadi reput manakala batangnya menjadi lembut dan akhirnya busuk.

Baja yang disyorkan untuk menggalakkan pertumbuhan akar dan duri yang sihat ialah Ferti III yang mempunyai campuran nitrogen sebanyak sembilan peratus, phosporus (3 peratus), potassium (8 peratus) dan lain-lain keperluan sampingan kaktus seperti Micronutrients Boron, Iron, Magnesium, Maylodenum Sulfur, Klorin dan Copper.

Bagi menggalakkan bunga pula, kaktus memerlukan campuran tiga peratus nitrogen, enam peratus phosporus, 12 peratus potasium, boron, cobalt, copper, iron, magnesium, molybdenum dan zink.

Bagaimanapun, sesetengah pengeluar baja turut membekalkan bahan solikon bagi pertumbuhan bunga.

Semua semburan baja ini mesti dilakukan hanya sekali untuk tempoh dua minggu. Kekerapan membaja juga boleh memusnahkan kecantikan kaktus terutama daripada jenis berdaun lembut.

FAKTA

Kaktus

* Dianggarkan 2,000 spesies kaktus di merata dunia. Antaranya, Agaves, Aloes, Opuntia, Yucca, Euphorbias dan Sansevieria.

* Kaktus dari spesies tunggal - Carnegiea Gigantea adalah pokok besar yang hanya sesuai ditanam di laman rumah serta boleh hidup sehingga 150 tahun.

* Pokok kaktus tinggi ialah jenis Cephalocereus iaitu 15.2 meter bagi tempoh matang dalam jangkau usia 200 tahun. Batangnya sentiasa mengeluarkan bulu seperti kapas dan hanya berbunga selepas 20 tahun ditanam.

* Mereka yang meminati teknik penanaman kaktus menggunakan pasu gantung disyorkan memilih keluarga Aporocatus dari spesies Conzatianum, Flagriformis (dengan batang halus berjuntai dan bunga berwarna merah jambu) dan Flagellifrnis dengan jambakan pokok memenuhi ruangan pasu.

* Pilihlah pasu yang mempunyai lubang di bawahnya bagi membolehkan laluan udara bagi menyuburkan proses akar pokok itu.

* Rupa bentuk kaktus dapat menahan cahaya matahari dan juga mengurangkan pemeluwapan.

* Pokok kaktus boleh menyimpan banyak air pada daun, pangkal dan akar bagi membolehkan ia hidup di kawasan kering dan padang pasir.

Friday, March 20, 2009

How does your garden grow?






FLOWERING plants not only add colour but also accentuate the garden, porch or living area. They can be divided into indoor, outdoor and water-based plants.

According to Loong of Glorious Nursery in Taman Subang Indah, Petaling Jaya, some plants are more sensitive than others, thus you will have to take extra care.

Besides watering, you should replenish the soil at least once a month, add fertiliser every fortnight and spray pesticide at least a once a week (however this depends on the severity of insects infecting the plants) to maintain the healthy growth of your plants.

Here's a list of flowering plants and the maintenance required:

1. Connisa (Indoor Plant)

Connisa is ideally grown in apartments, as it does not require much sunlight (half sun). Besides watering it once a day, you will need to remove dried leaves and flowers frequently.

"This plant flowers frequently, and once the flowers are wilted, immediately remove them, so the new sprout can develop without any hindrance," said Loong. Reasonably priced, this plant can be bought at most nurseries for RM7 t each. It comes in a variety of colours from pink, red and magenta tomaroon.

Besides adding colour, it also blends well with the bright green leaves and is visually pleasing. It should be fertilised every 10 days to maintain its growth.

2. Gerbera Daisy (Outdoor/Indoor)

Daisies are also known as gerberas. There are many types of daisies and you can usually differentiate them by their petals.

Some of them need constant sunlight while others do not. This plant can flower easily provided you have identified its basic requirements.

Retailing at RM20 each, it can be pricey but you do not have to buy many for your garden as daisies by themselves can be a prominent feature because of their bright and large flowers.

Water them frequently, and allow the soil to thoroughly absorb the moisture before you water again. If you have daisies at home, don't forget to cut and place them in a vase or arrange them as a flower bouquet for someone special.

3. Gromphrena Globosa (Outdoor)

It is commonly known as globe amaranth. Besides reminding you of purple grapes, this plant requires full sunlight and is also ideal for container gardening (refer to accompanying story).

To be watered at least once a day, it propagates through seeds. The petals are quite papery and make ideal flower arrangements and dried flowers, and are also added into potpourris.

The plants usually require warm soil (derived from sunlight) to grow properly and are hardy plants. They flower throughout the year.

4. Hibiscus (Outdoor)

Besides being our national flower, the hibiscus thrives in warm temperatures. From the usual five-petalled hibiscus, it has now developed into a variety of shades, texture and sizes.

There are more than 200 species in the hibiscus range and they are one of the easiest plants to grow in our climate. All you need is a stem for reproduction.

Some of the popular ones in Malaysia are the large-flowered hibiscus and the double-petalled hibiscus.

This plant requires a steady flow of water, without overflowing it as it can wilt easily. Add fertiliser every two weeks for optimum growth.

5. Vinca Minor (Outdoor)

Its five-lobed petals come in a variety of colours from violet-purple to red. Its centre is usually white.

Its leaves are bright green, with a glossy texture. Besides being a popular flowering plant, it requires daily watering and sunlight. As it flowers frequently, always remove the dried blooms.

6. Rose (Outdoor)

This flower is noted for its beauty and its scent never fails to attract the attention of garden enthusiasts. However, unlike the ones seen at nurseries, the ones at home don't bloom or thrive that well.

According to Loong, this is due to the fact that most of the rose plants which come from Cameron Highlands require a cold climate to thrive.

Ask questions about the suitable weather for the plant before you buy it. To maintain the plant, it is good to trim the stems frequently (in a slant) as this helps it to flourish.

There are many species available - from the Taiwanese rose to climbing or trailing plants (ideal for a fence). They range in size from tiny, miniature roses to creepers.

Besides water and sunlight, spraying with insecticide is recommended but this should be done with care to minimise the loss of beneficial insects.

7. Euphorbia (Outdoor)

Besides looking majestic, a full-grown plant costs approximately RM180. Ideal for big houses with space, this plant can develop thick, hardy stems and can grow quite big.

However, this may not be an ideal plant especially if you have children at home. The thorns on the branches can be dangerous with children around.

This plant is hard to maintain as too much watering can cause root rot and kill it. You should only water it two to three times a week.

8. Lantana (Water-based/Outdoor)

This plant needs to be submerged in water completely and requires sunlight. Two of the more common problems this plant faces are insects and yellow leaves. To avoid insects, you can spray pesticide at least once a week.

In addition, try replenishing water every now and then, and always change the platter at the bottom of the pot to avoid water retention and breeding of mosquitoes.

9. Water Lilies (Water-based/Outdoor)

Besides giving a serene atmosphere, water lilies floating on a pond of water add tranquility and calmness.

The beautiful purple and pink hues blend well with the green leaves. You do not need a big pond to grow water lilies, as a shallow pot with sufficient water and space will do.

If you have children at home, adding goldfish or guppies will make them more involved and also take care of the plants at the same time.

Besides replenishing water, it is also advisable to add granules in the water (can be found in nurseries) to stop mosquitoes from breeding.

Container gardening

IF you are a garden enthusiast, but don't have the space to create your own garden, container gardening is an ideal choice.

Container gardening is essentially placing different plants (at least three) in containers (plastic, clay, wood, ceramic, etc). Plastic containers come in different shapes and sizes, and those found in nurseries cost between RM18 and RM100.

Most containers have adequate holes for watering. However, if you are a busy individual or you are away for some time, you can always fill the base holder with water, which will gradually be absorbed by the soil.

Water container plants at least once a day as the limited amount of soil may dry quickly and the plant may became dehydrated.

To create a visual effect, plant different plants together so you get varied textures and colours. However, when you place the plants together in a container, make sure they have the same requirements.

Just have fun experimenting and gradually add more plants (for a lusher and fuller effect) as you go along.

Some ideal flowering plants for container gardening are the Gromphrena Globosa, Gerbera Daisy, Petunias and Impatiens. All plants featured can be found in local nurseries.