Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Monday, March 17, 2014

8 langkah bercuti bersama rakan


BERCUTI bersama rakan cukup menyenangkan. Berjalan bersama, berkongsi segala keseronokan dan kesusahan bersama menjadi kenangan terindah buat anda.

Namun, sebelum bercuti berubah menjadi tidak menyenangkan, ada baiknya anda mempertimbangkan lapan langkah bercuti bersama rakan ini.

Ini bagi mengelak apabila pulang nanti, hubungan persahabatan tidak terjejas hanya kerana perkara kecil saat bercuti bersama.

1. Tiket tanggung jawab sendiri

Selepas melakukan tempahan tiket, biarlah setiap orang bertanggungjawab atas tiket masing-masing.

Ini membuatkan kita lebih mengambil tahu terhadap keselamatan barang yang kita bawa.

2. Selesaikan segala permasalahan

Jika anda mempunyai banyak kerja yang perlu dihantar semasa bercuti, cuba selesaikan semuanya sebelum memulakan percutian.

Ini perlu supaya anda tidak mensia-sia waktu rakan yang hanya duduk di bilik hotel sementara anda menyelesaikan tugasan yang berbaki itu.

Jika anda turut mempunyai masalah yang belum selesai dengan rakan yang turut sama bercuti dengan ada, ada sebaiknya anda bersemuka dan berbaik-baik.

Ini penting supaya percutian anda berjalan lebih lancar dan tidak mempunyai gangguan emosi sesama sendiri. Ia juga bagi mengelak perkara yang berlaku sebelum ini terutama perselisihan faham tidak berulang.

3. Buat jadual percutian

Ke mana pun destinasi yang anda ingin kunjungi, buat jadual perjalanan dan rancang sebaik mungkin. Senaraikan semua tempat yang ingin dikunjungi dan disertakan dengan pengangkutan untuk ke sana.

Ini adalah perkara yang harus dibuat kerana ia dapat menjimatkan waktu berbanding anda perlu memikirkannya saat sudah memulakan percutian.

Jika rakan ingin ke tempat yang berbeza, tentukan saja tempat perjumpaan. Dengan itu, semua boleh bercuti sesuai dengan keinginan hati.

4. Percutian mewah atau bajet?

Sebaiknya, tentukan tema percutian anda. Ini membolehkan anda tahu dari awal hotel kelas apa yang akan dijadikan tempat menginap, lokasi menjamu selera dan tempat berbelanja.

5. Bawa penutup mata

Ia mungkin remeh tapi penting. Ini berlaku anda sukar tidur dengan sekiranya lampu yang tidak dipadamkan, sedangkan rakan anda sebaliknya.

Jadi, dengan itu, anda boleh tidur nyenyak dalam apa juga keadaan.

6. Tanggungjawab bersama

Jangan menyalahkan sesiapa apabila berlaku sesuatu masalah atau percutian itu tidak seperti mana diharapkan.

Berjaya atau gagalnya percutian itu bergantung daripada persefahaman anda dan rakan-rakan.

Justeru, sentiasa bekerjasama dan bertanggungjawab dalam segala hal supaya anda sama-sama menikmati percutian yang menyeronokkan dan menjadi kenangan terindah buat kalian.

7. Menjaga satu sama lain

Walaupun ada kalanya rakan anda itu terlalu menjengkelkan sepanjang bercuti, mereka adalah `saudara' terdekat anda di destinasi percutian anda. Lebih-lebih lagi saat anda bercuti di luar negara.

Justeru, sudah seharusnya kita saling menjaga satu sama lain sehingga selamat sampai di rumah.

8. Elakkan gajet

Percutian harus dinikmati.

Jangan biarkan gajet merampas segala kesempatan anda untuk menikmati tempat percutian yang dikunjungi.

Lebih baik anda berborak atau bertukar cerita bersama rakan yang ada di depan mata berbanding asyik berhubung bersama mereka yang jauh di sana.

Secara tidak langsung, anda dapat mengenali rakan anda itu lebih rapat dan berkongsi segala rasa seronok bersama.

Sumber: Harian Metro - Variasi - Oleh Suliati Asri

Thursday, January 23, 2014

Tertinggal bagasi di hotel


TERTINGGAL barang di bilik hotel saat bercuti adalah perkara yang sering berlaku. Keadaan ini juga sering dilalui mereka yang bercuti dengan anak-anak terutama anak kecil.

Menginap di bilik hotel yang sama dalam tempoh yang lama juga boleh menyebabkan anda tertinggal barang saat daftar keluar.

Kejadian tertinggal barang ini juga ada kalanya menyusahkan dan merugikan lebih-lebih lagi barang yang tinggal itu adalah barang yang penting.

Oleh itu, jangan terburu-buru daftar keluar dari bilik hotel. Tip melancong minggu ini menyenaraikan beberapa panduan yang perlu anda lakukan sebelum daftar keluar dari bilik hotel supaya tertinggal barang boleh dielakkan.

Periksa kembali keseluruhan bilik dengan teliti

Periksa keseluruhan bilik dengan teliti walaupun anda sudah berbuat demikian. Jangan sekadar melihat sekilas walaupun anda kesuntukan masa.

Periksa di sebalik selimut sampai di bawah katil. Mana tahu ada barang yang terjatuh.

Periksa juga di setiap laci lebih-lebih lagi jika anda menginap di bilik dalam beberapa hari atau bersama anak kecil. Anda mungkin menyimpan sesuatu di dalam laci atau anak-anak memasukkan barang dalam laci tanpa anda sedari.

Jangan lupa periksa bilik mandi termasuk di bahagian pancuran mandi serta almari dan kotak deposit.

Periksa alat mengecas bateri anda

Soket di bilik hotel biasanya tersembunyi atau terlindung dari meja dan kerusi. Justeru, ketika mengecas, ramai tetamu yang tertinggal pengecas bateri.

Pastikan anda mengambil kembali pengecas anda sebelum meninggalkan bilik hotel.

Periksa pengeluaran anda

Hitung kembali perbelanjaan yang anda keluarkan untuk bilik hotel anda. Adakah anda ada mengambil minuman dan makanan di mini bar. Jika ya, kira berapa harganya.

Hitung juga segala perbelanjaan lain yang anda lakukan seperti memesan makanan menerusi `khidmat pesanan bilik'. Ingat kembali sama ada anda membuat pembayaran atau sebaliknya.

Begitu juga dengan penggunaan telefon. Catit masa menelefon dan tempoh perbualan anda. Kira semuanya kerana ada kalanya hotel boleh tersalah kira keseluruhan perbelanjaan yang anda lakukan.

Wang deposit

Biasanya sebelum daftar masuk, pihak hotel meminta anda meninggalkan sejumlah wang tunai atau kad kredit sebagai pendahuluan.

Biasanya, segala perbelanjaan atau bayaran yang dikenakan akan ditolak dari wang deposit itu.

Namun, pastikan anda mengingati segala perbelanjaan yang dilakukan dan jangan lupa mengingatkan petugas hotel mengenai deposit itu.

Isi maklum balas pelanggan

Di bilik penginapan di hotel biasanya ada kertas yang meminta pendapat atau maklum balas tetamu.

Tulis dan beri komen dengan jujur kerana maklumat dari tetamu sangat berguna untuk pihak hotel.

Anda juga boleh memberikan cadangan atau penambah baikkan terutama jika anda ada sebarang usul yang ingin disampaikan kepada pengurusan hotel.

Sumber: Harian Metro - Variasi - Oleh Suliati Asri

Tuesday, January 7, 2014

Remeh tetapi penting saat percutian

Ada beberapa barang yang sering dianggap remeh atau ia mungkin dianggap tidak penting saat bercuti. Tetapi berikut adalah senarai barang-barang yang harus dibawa semasa bercuti.

BOTOL AIR MINUMAN

1. Membawa barangan ini sangat remeh kerana kita terpaksa membawanya ke mana saja hingga dianggap memberatkan beg.

Namun membawa botol air ini boleh menjadi penyelesaian jika haus ketika dalam perjalanan jauh. Anda boleh mengisi semula botol minuman dengan memindahkan minuman sedia ada di penginapan atau restoran jika tidak menghabiskan minuman.

Dengan membawa botol minuman, anda boleh berjimat wang membeli air. Disamping itu, ia juga langkah berjaga-jaga atau bersedia terutama jika berada di tempat yang sukar untuk mendapatkan bekalan air bersih untuk minum.

BEG PLASTIK

2. Bercuti sudah pasti baju kotor. Memisahkan baju kotor dan bersih adalah perlu supaya semua pakaian tidak berbau. Dengan itu, membawa beg plastik membantu anda untuk memisahkan baju terbabit.

Tidak perlu memilih beg plastik yang mahal dan sebaliknya sebagai tempat menyimpan baju kotor. Selain itu, beg plastik ini juga boleh digunakan untuk menyimpan barang penting jika hari hujan.

UBAT-UBATAN

3. Tiada seorang pun yang boleh menjangka apa yang akan berlaku di perjalanan. Bukan berharap sesuatu yang buruk, tetapi lebih baik bersedia jika berlaku kecederaan kecil dalam perjalanan.

Justeru, bawa saja ubat luka ringan dan plaster untuk pertolongan pertama saat terhiris benda tajam. Bawa juga beberapa barangan peribadi dan ubat ringan untuk meredakan gejala selesema, batuk atau sakit kepala yang sering menyerang ketika di perjalanan.

MAKANAN RINGAN

4. Mungkin terlalu remeh namun dengan membawa makanan ringan, ia boleh menyelamatkan anda daripada kelaparan. Makanan ringan seperti roti, biskut atau kuih kering boleh dijadikan pengalas perut jika anda berada di tempat yang sukar menemukan kedai makan yang menjual makanan berat.

KAD MEMORI TAMBAHAN

5. Ketika bercuti, benda wajib yang dibawa adalah kamera. Justeru, ada baiknya sebelum melakukan perjalanan, anda memeriksa terlebih dulu kapasiti kad memori.

Tidak salah anda membawa kad memori tambahan. Siapa tahu kerana terlalu bersemangat mengabadikan kenangan indah di tempat yang dikunjungi, kad memori anda penuh.

Justeru, dengan membawa kad memori tambahan, anda pastinya tidak pulang dengan kekecewaan sebaliknya senyuman yang lebar.

CAIRAN PENCUCI TANGAN / SANITIZER

6. Ramai malas mencuci tangan selepas menyentuh pelbagai barang. Justeru, cairan pencuci tangan boleh menjadi penyelesaian praktikal menggantikan air untuk mencuci tangan.

Perkara ini sangat penting terutama jika anda banyak menghabiskan masa di luar.

SALINAN DOKUMEN PERJALANAN

7. Kad pengenalan dan dokumen penting seperti visa serta pasport adalah benda wajib yang dibawa saat melancong. Justeru, ada baiknya anda membuat salinan dokumen itu dan meninggalkannya di rumah atau di bilik hotel.

Jika berlaku sesuatu hal seperti kehilangan dokumen, anda masih memiliki pengganti dan lebih mudah untuk menguruskan identiti yang baru dengan sokongan salinan dokumen yang ada.

Saturday, December 7, 2013

Percutian impian si kecil

MEMBAWA anak-anak bercuti seperti satu kemestian dan menjadi `trend' setiap kali musim cuti persekolahan.

Tidak kira bercuti dalam negeri atau luar negara, saat bercuti bersama anak-anak itu adalah sesuatu yang cukup bermakna. Ia juga bagaikan hadiah buat si anak yang sentiasa memahami kesibukan ibu bapa mereka.

Anak-anak pula adalah insan yang paling gembira dan bahagia ketika menghabiskan masa bersama ibu bapa di destinasi percutian yang menjadi impian.

Anda yang belum sempat membawa anak-anak bercuti atau mungkin tidak ada idea destinasi yang mahu dituju, Santai minggu ini menyenaraikan beberapa destinasi cuti sekolah yang boleh dikunjungi.

Setiap tempat yang disenaraikan itu mempunyai kelebihan masing-masing. Ia bukan saja memberikan keseronokan, kepuasan serta kegembiraan, tetapi menyediakan aktiviti menarik, kreatif dan mempunyai nilai pembelajaran.

* Kidzania, Damansara

Mencuba pelbagai jenis pekerjaan dan merasai sendiri kehidupan orang dewasa, taman tema unik dan interaktif, KidZania antara yang perlu dikunjungi.

Terletak di Curve Nx, Mutiara Damansara, KidZania adalah kota kanak- kanak yang pertama diperkenalkan di Malaysia membolehkan anak-anak meneroka dunia orang dewasa.

Bertemakan `edutainment', KidZania Kuala Lumpur ini bukan sekadar mendidik dan menghiburkan, tetapi destinasi yang memberikan keyakinan diri serta mendidik kanak-kanak berdikari serta membuat keputusan sendiri.

Terbuka kepada kanak-kanak berusia empat hingga 14 tahun, mereka berpeluang merasai serta mempelajari kemahiran hidup seperti bekerja berpasukan, pengalaman memperoleh wang gaji daripada pekerjaan yang dibuat dan berinteraksi dengan rakan baru.

Di sini, mereka bekerja sebagai doktor, polis, bomba, juruterbang, pramugari, hakim, wartawan, penyiasat, jurusolek, pelukis dan jurutera.

Selain merangsang minda, pengalaman di Kid- Zania pastinya memberikan 1,001 idea profesion impian mereka.

* Farm in The City

Terletak di Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor, Farm In The City menjanjikan keseronokan kehidupan desa dan bagaikan membawa anda kembali ke kampung halaman.

Berkonsepkan lawatan interaktif, ladang dalam bandar ini bukan saja memberi peluang kepada pengunjung mendekati pelbagai jenis haiwan, malah boleh memberi makanan yang disediakan secara percuma.

Farm In The City ini memberi peluang anakanak melihat pelbagai binatang peliharaan dan eksotik dari seluruh dunia secara dekat.

Ia adalah pusat pembelajaran yang cukup bermakna dengan dihuni lebih 100 spesies binatang eksotik selain pokok buah-buahan dan sayur-sayuran.

Dengan bayaran RM30 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak yang memiliki MyKad, anak-anak pastinya teruja melihat pelbagai haiwan.

Anda bukan saja berpeluang melihat penyu air tawar yang terbesar di dunia, tetapi pelbagai jenis ular dan biawak yang cukup eksotik selain spesies buaya terkecil.

Ada 33 spesies burung, kanggaru paling kecil, kambing gurun, rusa, burung unta, monyet Marmoset dari hutan Amazon dan 11 spesies rama-rama.

* Escape Adventure Theme Park, Pulau Pinang

Escape Adventureplay adalah tarikan taman tema terbaru di Pulau Pinang yang menawarkan permainan penuh mencabar dan menguji stamina.

Terletak di Teluk Bahang, Escape Adventure Theme Park ini membawa pengunjung kembali mendekati alam semula jadi serta kehijauan hutan yang cukup mendamaikan.

Pusat rekreasi yang sangat mementingkan keselamatan ini menawarkan tarikan seperti Atan's Leap iaitu terjun menggunakan harnest keselamatan dari menara.

Antara tarikan utama di sini adalah Atan's Leap, Gecko Tower, Fox Burrow (pengalaman menjelajah gua), Zoom Bug, Tot's Trail, Coco Climb iaitu memanjat pokok kelapa dan Tubby Race.

Bagi memastikan pengunjung menumpukan perhatian kepada aktiviti disediakan, anda dilarang menggunakan telefon bimbit di lokasi ini.

* Puteri Harbour Family Theme Park, Nusajaya

Taman tema Keluarga Puteri Harbour yang menempatkan Sanrio Hello Kitty Town yang pertama di Asia Tenggara cukup mengujakan.

Taman tema tertutup yang kedua dibina di kawasan Iskandar Malaysia, Nusajaya ini menyediakan pengalaman unik dengan menampilkan tarikan karakter popular kanak-kanak seperti Lat's Kampung Boy, karakter The Little Big Club termasuk Pingu, Bob the Builder dan Barney.

Pelbagai kemudahan lain disediakan seperti lokasi menjamu selera.

Taman tema Keluarga Puteri Harbour ini memberi keselesaan kepada seisi keluarga untuk berhibur selain taman tema indoor yang terhalang daripada cuaca panas atau hujan.

* Legoland Malaysia Legoland

Malaysia mempunya ciriciri unik. Taman tema Legoland yang pertama di Asia ini adalah destinasi hiburan keluarga yang pasti membuatkan kanak-kanak puas dan seronok.

Taman tema ini menyediakan lebih 40 tunggangan interaktif, persembahan dan tarikan sesuai untuk keluarga.

* i-City, Shah Alam

Melihat gemerlapan cahaya lampu yang pelbagai warna cukup mengagumkan.

Dari kejauhan, gondola besar yang menyerikan lapangan iCity ini bagaikan mengalualukan kedatangan pengunjung.

Antara tarikan utama yang disediakan di sini termasuk Bandar Lampu Digital, Snowalk, WaterWorld dan FunWorld.

Terbaru, muzium lilin interaktif pertama di Malaysia dipanggil The Red Carpet, Muzium lilin ini menampilkan patung bintang filem dan selebriti terkenal dunia. Anda berpeluang mendekati atau mengambil gambar bersama patungpatung itu.

* Melaka Wonderland, Melaka

Taman tema air Melaka di Ayer Keroh antara destinasi popular dalam kalangan pelancong yang datang ke Melaka. Terdapat sembilan jenis permainan berasaskan air termasuk 16 gelongsor dan sebuah kolam air yang dilengkapi ombak dan pelbagai lagi permainan mencabar di taman itu.

Melaka Wonderland mempelbagaikan lagi tarikannya bagi memastikan pengunjung tidak bosan setiap kali mengunjunginya.

Terbaru, Taman Dinasour yang menampilkan 15 replika dinosaur termasuk fosil dan telur haiwan prasejarah yang sudah pupus sejak 65 juta tahun lalu diperkenalkan.

* Lost World Of Tambun

Berbanding taman tema lain di seluruh negara, Lost World of Tambun (LWOT) di Ipoh, Perak ternyata unik. Taman tema air buatan manusia dengan seni bina Mayan dihiasi pemandangan indah tasik, hutan hujan tropika dan bukit batu kapur berusia 400 juta tahun.

Ada lima elemen yang disediakan sebagai tarikan ke LWOT iaitu Waterfall Beach Garden, Adventurific Water Slider (taman air), Fantabulous Dry Rides (taman tema kering), Tambun Hot Springs dan Tiger Valley.

Di Waterfall Beach Garden, ia menampilkan Jungle Wave Bay iaitu kolam ombak tiruan terbesar di Malaysia dengan keluasan 3,200 meter persegi.

Jika mahukan sesuatu yang lebih mencabar, cuba gelongsor pelampung.

Untuk kanak-kanak berusia lapan tahun ke bawah, Explorabay adalah tempat paling sesuai. Bermain air pancut di kolam yang cetek pasti menyeronokkan mereka.

Permainan lain yang menyeronokkan ialah Perak Parade, Dragon Flights, Giddy Galleon atau Adventure Express dan kereta api zaman silam.

Puas mandi-manda, berendam di Tambun Hot Springs iaitu kolam khas dibina dengan mengambil air panas dari sumber asalnya sejauh 600 meter melengkapkan kunjungan ada.

* Taman Burung, Kuala Lumpur

Dikenali sebagai `Sangkar Terbang Bebas Terbesar Di Dunia' pengunjung dapat menyaksikan lebih 200 spesies burung tempatan dan asing.

Setiap hari diadakan sesi memberi makan kepada burung dan mungkin anda akan merasai pengalaman bergambar dengan burung kakak tua di atas bahu.

Waktu melawat ialah dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.

* Bukit Merah, Perak

Terletak di Bukit Merah, Semanggol, Perak, Bukit Merah Laketown Resort adalah destinasi percutian keluarga yang menawarkan pelbagai tarikan antaranya taman tema air, taman eko dan pulau orang Utan.

Bukit Merah Laketown Resort pula menyediakan pelbagai jenis penginapan mengikut bajet keluarga anda.

* Underwater World, Langkawi

Bagi anda yang mahu membawa anak-anak mendekati dan melihat pelbagai gelagat kehidupan marin, boleh berkunjung ke Underwater World Langkawi.

Terletak di Pantai Cenang, pengunjung berpeluang melihat sendiri kehidupan pelbagai spesies hidupan liar. Anda juga berpeluang meneroka kehidupan ikan air tawar di River Ecosystem.

Terdapat 10 tangki akuarium menempatkan beberapa hidupan reptilia yang sukar ditemui di negara ini antaranya iguana hijau, cicak Afrika, Chinese water dragon dan cicak biru.

Anda juga dapat melihat 4,000 spesies ikan air tawar dan 500 spesies hidupan liar yang lain di Underwater World ini.

Sumber: Harian Metro - Variasi - Oleh Suliati Asri 

Thursday, December 5, 2013

Bawa keperluan bersama anak

* Titik beratkan soal makan

Perut lapar boleh menyebabkan anak-anak serba tak kena. Mereka boleh melakukan banyak hal yang membuatkan anda rasa tertekan atau hilang sabar.

Justeru, pastikan perut anak sentiasa kenyang. Sebaiknya, sebelum ke destinasi, makan dulu di rumah atau restoran supaya anak-anak lebih ceria apabila sampai di tempat tujuan.

Membawa bekalan makanan dari rumah boleh menyelamatkan anda daripada banyak hal seperti anak lapar ketika dalam perjalanan atau jika terpaksa beratur panjang untuk membeli makanan.

* Bawa keperluan mengikut destinasi yang dituju

Pakaian ganti, lampin pakai buang, permainan anak, susu dan banyak lagi kelengkapan anak menjadi keutamaan ketika membawa anak-anak keluar.

Namun, jika ke sesuatu destinasi percutian, pastikan anda membawa kelengkapan sesuai dengan tempat tujuan.

Jika berkunjung ke taman tema air, pantai atau air terjun, jangan lupa bawa baju mandi dan peralatan selengkapnya bagi mengelak terpaksa membeli yang baru.

* Simpan keperluan utama anak dalam beg yang mudah dicapai

Untuk memudah atau melancarkan percutian anda bersama anak-anak pada musim cuti sekolah ini, simpan keperluan utama anak dalam beg yang mudah dicapai.

Ini bagi memudahkan anda mencapai apa juga barangan yang diperlukan dari masa ke semasa.

Mahu lagi mudah dan selesa? Gunakan beg sandang belakang kerana ia lebih praktikal untuk membawa keperluan utama.

* Bawa bersama mainan atau buku kegemaran anak

Bagi mengelak anak anda bosan sepanjang perjalanan atau ketika menunggu giliran, bawa bersama mainan atau buku kegemarannya.

Mainan dan buku yang baru dibeli mungkin lebih memberi tarikan berbanding mainan dan buku yang biasa mereka lihat. Letak mainan atau buku ini dalam beg yang mudah dicapai.

* Bawa ubat-ubatan anak bersama

Ke mana pun anda pergi, jangan lupa membawa ubatubatan anak terutama jika ada penyakit tertentu. Jika pun sihat, ubat demam, selesema dan batuk wajib dibawa ke mana juga anda pergi.

* Utamakan waktu rehat anak

Berjalan bersama anak memerlukan kita mengikut rentak mereka. Elak berjalan berterusan sedangkan anak anda sudah keletihan dan mengantuk.

Keletihan menyebabkan mereka meragam, sekali gus membangkitkan kemarahan dan memberikan tekanan kepada anda.

Rancang waktu dengan memberi ruang rehat secukupnya kepada anak anda sebelum memulakan aktiviti.

Keletihan ng berterusan boleh mengganggu kesihatan anak.

* Sentiasa berlapang dada

Dengan keadaan yang sesak dan cuaca yang tidak menentu, banyak hal boleh berlaku. Apapun, nikmati percutian anda bersama anak-anak dengan hati yang terbuka.

Sentiasa berlapang dada dengan segala kerenah anak-anak.

Kegembiraan itu datangnya daripada hati. Jika hati ikhlas dan sabar melayan kerenah anak-anak dan menukarkan segala perasaan negatif kepada positif, percutian anda bersama anak-anak pasti menyeronokkan.

Percutian yang singkat pada cuti sekolah itu pastinya menjadi kenangan terindah bukan saja untuk anda, tetapi anak-anak. Selamat bercuti!

Sumber : Harian Metro - Variasi - Oleh Suliati Asri 

Tuesday, June 4, 2013

10 destinasi pilihan cuti sekolah

Cuti sekolah datang lagi dan ibu bapa turut mengambil kesempatan bercuti bagi menghabiskan masa bersama anak-anak. Soalnya, ke mana mahu di tuju sempena cuti sekolah kali ini.

Sebenarnya, bercuti bersama anggota keluarga tidak semestinya pada musim cuti sekolah. Cuti hujung minggu atau cuti umum juga masa sesuai untuk bercuti.

Isi masa lapang

Cuma cuti sekolah mungkin masanya lebih panjang. Ramai yang buntu tidak tahu bagaimana cara yang sesuai untuk mengisi masa lapang sepanjang cuti sekolah ini.

Justeru, KEMBARA minggu ini mencadangkan beberapa destinasi yang sesuai untuk cuti sekolah.

1 Taman Tema Lost World of Tambun, Ipoh, Perak

Sedikit kelainan di bawakan taman tema ini kerana lokasinya yang sedikit jauh dari Lembah Klang. Selain itu, ia menawarkan percutian sambil bermain air di taman tema air yang turut menyajikan pengalaman melawat mini zoo. Rasai pelbagai aktiviti seperti Adventure River, Cliff Racer serta Kids Exploratory untuk kanak-kanak. Kawasan berpasir pantai dan Wave Pool juga disediakan. Bagi pencinta haiwan, lawati Petting Zoo untuk membelai haiwan di dalamnya.

2 Pulau Langkawi, Kedah

Langkawi yang terkenal dengan sejarah dan legendanya. Ibu bapa boleh mengambil peluang membeli-belah pada harga yang rendah kerana tiada cukai dikenakan jika anda menetap sekurang-kurangnya 4 hari. Antara lokasi yang wajib dikunjungi adalah Kereta Kabel Langkawi, Langkawi Oriental Village, Kota Mahsuri, Galeria Perdana, Underwater World Langkawi, Langkawi Wildlife Park, Taman Buaya, Kilim Geoforest Park dan Laman Padi. Rasai juga pengalaman mengikuti `Duck Tour' menikmati keindahan alam semula jadi serta laut Langkawi.

3 Pulau Perhentian, Terengganu

Kunjungi Pulau Perhentian terkenal dengan pantainya yang bersih berpasir putih dan air yang sangat jernih. Untuk penginapan tiada masalah kerana Pulau Perhentian Besar menempatkan penginapan yang lebih mahal manakala di Pulau Perhentian Kecil banyak chalet murah. Pengunjung juga boleh bertukar-tukar tempat bersantai antara kedua pulau dengan teksi air. Antara aktiviti popular adalah meredah hutan, melawat program pemeliharaan penyu, berkhemah, berkayak dan menyelam.

4 Taman Negara, Pahang

Mungkin sedikit lasak untuk percutian keluarga. Namun, apa salahnya mencuba jika anak-anak sudah remaja dan pandai berdikari menguruskan diri sendiri. Terdapat lebih 30 tempat menarik untuk melakukan pelbagai aktiviti perkhemahan selain mendekatkan diri dengan flora dan fauna. Antara aktiviti wajib merasai `canopy walk' sepanjang 510 meter dan 45 meter tinggi dari aras tanah dan melawat serta bermalam di gua pilihan . Boleh juga mencabar daya tahan diri dengan meredah hutan di waktu siang ataupun malam. Jangan lepaskan peluang memancing atau bersantai dengan pelayaran bot di sungai.

5 Cameron Highlands, Pahang

Jika menuju ke utara, apa kata singgah ke Cameron Highlands. Ini kerana untuk ke sana perlu melalui Simpang Pulai atau Tapah, Perak selain jalan biasa daripada Lipis di Pahang. Destinasi ini sesuai untuk mereka yang sukakan percutian dikelilingi kehijauan alam serta suasana ladang segar. Selain sayuran dan buah-buahan, jangan lupa membeli bungabunga segar. Juga boleh melawat ke ladang teh sambil itu menikmati teh pelbagai perisa. Tarikan lain termasuk ladang sayur, strawberi, ladang bunga, ladang lebah dan muzium.

6 Taiping, Perak

Menariknya, bandar yang dilabelkan bandar orang pencen ini mempunyai tiga tarikan utama iaitu zoo, muzium dan keindahan alam semula jadinya. Tinggalan sejarah perlombongan juga boleh dilihat di bandar ini. Zoo Taiping adalah acara wajib ke Taiping. Menariknya zoo ini turut menyediakan Safari Malam - melawat zoo pada malam hari. Jangan lepaskan peluang melawat Muzium Perak iaitu muzium tertua di Malaysia. Taman Paya Bakau Matang yang berusia lebih 110 tahun pula menjadi tumpuan pencinta alam kerana kepelbagaian spesies tumbuhan dan keindahan tasiknya.

7 Georgetown, Pulau Pinang

Satu lagi destinasi wajib jika ke utara adalah bandar bersejarah Georgetown yang masih mengekalkan bangunan lama. Tarikan bandar ini adalah Muzium Perang, Masjid Kapitan Keling, Tokong Ular, Fort Cornwallis, Pasar Chowrasta, Street Art, Pantai Batu Ferenggi, Padang Kota Lama dan Rumah P. Ramlee. Tidak lengkap lawatan ke Georgetown jika tidak merasai makanannya terutama nasi kandar, cendol dan rojak.

8 Kota Kinabalu, Sabah

Sekali-sekala apa kata rancang percutian ke Kota Kinabalu kerana kini untuk terbang ke sana tiada masalah dengan adanya beberapa syarikat penerbangan tambah murah. Terlalu banyak tempat menarik di Sabah, namun Kota Kinabalu sendiri sudah cukup tarikan dan aktiviti yang boleh dilakukan. Antaranya melawat Taman Marin Tunku Abdul Rahman untuk aktiviti pantai serta menyelam. Pergi ke Kundasang melihat Gunung Kinabalu atau melawat Taman Kinabalu yang menempatkan kolam air panas dan `canopy walk' selain berpeluang melihat pelbagai spesies flora dan fauna yang pelik lagi menarik.

9 Miri, Sarawak

Percutian ke Miri sesuai untuk mereka yang sukakan sejarah dan arkeologi. Di sinilah terletaknya Taman Negara Mulu yang diiktiraf sebagai antara `Warisan Dunia' UNESCO. Di Miri juga boleh pergi ke Taman Negara Niah kawasan penempatan manusia lebih 40,000 tahun dulu. Selain aktiviti berkhemah dan meneroka gua, Miri turut menawarkan percutian pantai dan menyelam. Aktiviti menyelam di Miri boleh dilakukan di Taman Negara Karang Sibuti. Selain itu boleh juga merasai mandi lumpur gunung berapi di Kampung Meritam, serta melihat kepelbagaian suku kaum Sarawak di pekan Marudi.

10 Kuala Lumpur dan Putrajaya

Lawati tinggalan sejarah, pusat interatif pendidikan, taman tema, taman bunga hingga tarikan beli-belah di pusat beli belah seperti Suria KLCC dan Pavillion. Juga boleh Petrosains, Aquaria, Taman Tema Cosmo, Menara Kuala Lumpur, Pusat Sains Nasional, Taman Burung, Taman Tasik, Planetarium dan Muzium TUDM di Kuala Lumpur. Landskap bandar raya Putrajaya pula cukup mengagumkan ditambah dengan tarikan seperti Taman Wetland, Tasik Putrajaya, Taman Warisan Pertanian, Taman Equestrian, Challenge Park dan pusat beli-belah Alamanda.

Sumber: Berita Minggu - Kembara 

Wednesday, March 20, 2013

Tarikan dua gua



BERBANDING Phuket atau Krabi, nama Trang umumnya tidak begitu dikenali kalangan pelancong asing walaupun kedudukannya berdekatan kedua-dua lokasi pelancongan pilihan itu. Bagaimanapun, wilayah yang terletak di selatan Thailand ini tetap mempunyai keistimewaan tersendiri untuk diterokai.

Seperti kebanyakan wilayah di selatan Thailand, keunikan Trang tentunya pada pantai, pulau dan lautan membiru kehijauan. Pantai Trang yang menghadap Laut Andaman begitu menarik hingga dianggap antara wilayah pesisir pantai yang indah di rantau ini.

Trang juga antara pelabuhan terpenting di selatan Thailand dan mengikut legenda, nama wilayah ini juga ada kena mengenai dengan fungsinya sebagai pelabuhan.

Mengikut cerita, pelabuhan ini sering disinggahi kapal dagang pada waktu pagi yang terang, lantas memberikannya nama Trang yang berasal daripada perkataan Melayu bermaksud cerah. Wilayah ini juga asalnya sebahagian daripada Empayar Kedah Tua dan wujud lebih 900 tahun lalu.

Bagaimanapun, hanya pada zaman pemerintahan Raja Rama II, wilayah ini diiktiraf dan mendapat gabenor pertamanya. Orang Barat pertama yang menjejakkan kaki di sini adalah Kapten James Low pada 1838 yang berkunjung untuk urusan perdagangan.

Di wilayah ini jugalah, kawasan penanaman getah pertama dibuka di Thailand selepas dibawa pulang oleh Gabenor Phraya Ratsadanupradit Mahison Phakdi dari Malaysia pada 1899.

Kunjungan ke Trang, baru-baru ini memberi peluang kepada penulis menikmati angin sepoi-sepoi bahasa di pantai Pak Meng yang turut menjadi tumpuan percutian masyarakat tempatan.

Selain mandi-manda dan bermain aktiviti air termasuk bot pisang, penulis dan rakan media lain juga dapat menikmati pemandangan lautan yang dipenuhi 46 pulau besar dan kecil di sekitarnya.

Kami sempat menaiki bot dan singgah di Pulau Mook yang menempatkan Gua Morakot atau turut dikenali Gua Emerald. Menariknya, satu-satunya cara untuk ke gua ini adalah dengan berenang dari pintu masuk merentasi air yang berjarak kira-kira 80 meter. Laluan ini hanya boleh dilalui ketika paras air surut.

Sebaik tiba, penulis dan rakan media yang siap sedia memakai jaket keselamatan terjun ke dalam air dan berenang ke pintu masuk gua. Sebelum itu, kehadiran kami disambut pelbagai spesies ikan yang jelas kelihatan dari permukaan air laut yang sangat jernih.

Suasana di bahagian dalam laluan masuk ke gua ini amat gelap, jadi kami perlu saling memegang bahu satu sama lain dan mengikut panduan diberikan pemandu pelancong. Sempat menoleh ke belakang berdekatan pintu masuk Morakot, dapat dilihat warna air hijau terang akibat biasan cahaya matahari, antara sebab gua ini digelar emerald (zamrud).

Semakin jauh kami berenang, cahaya di hujung laluan mula menjengah. Akhirnya kami dapat menjejakkan kaki di pantai yang terkepung dalam Gua Morakot ini. Bahagian dalam gua tidak besar dan atasnya terbuka. Jadi, sambil berendam dalam air, anda boleh memandang ke langit yang membiru.

Jika Gua Morakot terletak di tengah lautan, satu lagi gua di daratan turut menarik untuk dikunjungi. Ia dinamakan Khao Kob yang menawarkan pengalaman penerokaan berbeza kepada pengunjung. Biarpun terletak di daratan, ruang gua ini disaliri air sungai dan untuk masuk ke dalamnya, perlu menaiki sampan.

Ada pelbagai bentuk stalagmit dan stalaktit yang menyerupai bermacam objek dan hidupan, ada kelihatan seperti anak gajah dan pelamin, ada juga tidak ubah bagai tulang belakang naga. Disebabkan ruang dalam gua ada saliran, sesetengah laluan memerlukan pengunjung menundukkan kepala bagi mengelak terkena siling gua yang begitu rendah.

Lebih mencabar adalah perjalanan keluar kerana laluan kira-kira 350 meter menuju pintu keluar bukan saja memerlukan pengunjung tunduk, tapi ada kala berbaring lurus dalam sampan kerana jarak di antara sampan dengan siling gua tidak sampai sejengkal.

Kedua-dua pengemudi sampan yang penulis naiki awal-awal lagi memberi amaran kepada kami supaya tidak bergerak ketika berbaring bagi mengelak kecederaan atau sampan terbalik. Seorang pengemudi menolak siling gua untuk menggerakkan sampan manakala seorang lagi menyuluh jalan.

Sebaik terlihat semula dunia luar dan naik ke daratan, barulah perasaan yang tadi cuak, bertukar lega. Semakin jauh sampan dikayuh, mata tidak lekang menatap keindahan alam yang ditinggalkan di belakang yang semakin mengecil sehingga langsung tidak kelihatan.

Tiba hari untuk berangkat pulang, Wilayah Trang kami tinggalkan, namun pengalaman meneroka keunikan dua keajaiban alam berkenaan pasti terpahat kuat dalam ingatan. Sehingga sekarang, minda masih terkenangkan Trang.

Info

* Berkeluasan kirakira 5,000 kilometer persegi

* Juga dipanggil Muang Thap Thiang

* Bersempadan Wilayah Krabi, Nakhon Si Thammarat, Phatthalung dan Satun Wilayah Trang

Sumber: Berita Minggu - BM Dua - Oleh Diyanah Anuar 

Thursday, December 13, 2012

Bajet makan bercuti


BAJET untuk penginapan dan pengangkutan adalah antara yang dititikberatkan ketika membuat bajet sebelum melancong.

Namun, ramai tidak menyedari bajet untuk makanan sepanjang melancong juga perlu disediakan.

Ini kerana, tanpa bajet untuk makanan, ia boleh menjejaskan perbelanjaan anda sepanjang bercuti.

Jika menginap di hotel, sarapan pagi sudah tersedia dan anda hanya perlu mengeluarkan belanja untuk makan tengah hari dan makan malam.

Ke mana pun destinasi yang dituju, berasa keenakan hidangan tempatan adalah sesuatu yang tidak dapat ditolak dan tanpa disedari perbelanjaan anda sudah terjejas.

Oleh itu, tip melancong kali ini mungkin dapat membantu anda menjimatkan perbelanjaan makan selama bercuti tetapi tetap dapat menikmati hidangan yang enak di mana pun anda bercuti.

* Tetapkan Harga

Tetapkan perbelanjaan yang anda keluarkan. Anda boleh menetapkan perbelanjaan makan anda setiap hari.

Sebagai contoh, RM50 sepanjang hari. Dengan bersarapan di hotel, makan tengah hari di gerai makan anda sudah boleh makan di restoran mewah untuk makan malam asal bajet tidak melebihi apa yang diperuntukkan.

Sediakan juga bajet untuk membeli makanan ringan di antara sarapan pagi dengan makan tengah hari dan makan malam.

* Wang Tunai

Sediakan wang tunai sesuai dengan bajet harian bagi mengatur kewangan anda setiap hari untuk makan.

Ketahui harga makanan yang ingin di nikmati. Adalah lebih baik anda mengetahui purata harga makanan dan minuman di tempat yang anda tuju.

Dengan itu, anda boleh memperuntukkan bajet makan dan minum seharian tanpa mengganggu bajet untuk perkara lain.

* Minuman

Pastikan juga anda punya bajet untuk minuman selama bercuti. Jika anda penggemar kopi, sudah pasti minum kopi di mana saja anda berada menjadi keperluan.

Selain menikmati kopi di restoran atau kafé di sekitar destinasi percutian anda, membawa kopi dalam pakej adalah antara jalan terbaik untuk anda penggemar kopi.

Selain dapat menikmati kopi kegemaran anda, perbelanjaan anda juga sudah boleh dijimatkan.

* Bekal

Kita sedia maklum makanan di lapangan terbang sedikit mahal berbanding di luar. Begitu juga dengan harga makanan di dalam penerbangan.

Penerbangan tambang rendah biasanya tidak menyediakan makanan di dalam penerbangan dan anda harus membeli jika ingin makan.

Oleh itu, sebelum berangkat ke destinasi yang dituju, adalah lebih baik anda membeli bekalan makanan untuk menjadi bekalan anda sementara menunggu penerbangan, di dalam pesawat dan mungkin juga bekalan sepanjang berada di destinasi percutian.

Secara tidak langsung, anda dapat menjimatkan belanja anda dan tidak perlu membeli makanan yang mahal.

* Makan Mewah?

Tidak salah menikmati hidangan yang enak dengan harga yang sedikit mahal ketika bercuti. Lebih-lebih bercuti bersama insan tersayang.

Dengan suasana restoran mewah yang lebih romantik, ia pasti meninggalkan kenangan indah buat anda dan pasangan.

Namun, bajet untuk makan perlu diteliti. Sekali dua itu mungkin tetapi bukannya setiap hari.

* Keperluan yang tidak diduga

Tambahkan 10 peratus daripada jumlah bajet anda untuk makanan.

Tambahan ini untuk keperluan membeli makanan jika ada masalah yang tidak dapat dielakkan.

Sebagai contoh, anda bangun lambat dan tidak sempat untuk bersarapan di hotel. Selain itu, anda juga mungkin terpaksa makan malam di restoran mewah tetapi bajet yang diperuntukkan tidak mencukupi.

Sumber:  Harian Metro - Thu, Dec 13, 2012 - Variasi - Oleh Suliati Asri 

Thursday, December 15, 2011

Planning for family fun


IT'S year-end vacation time! Townees head for the rural village idylls, the kampung folk make an excursion to the bright lights of the city. Resorts are packed, the national parks attract visitors in droves.

In other words, we're all on the road from somewhere to somewhere just now. And if it's a family trip, consider these points:

* Plan your trip. Make sure everybody knows when to get ready, when to start, how long the trip is expected to take.

* Keep it simple. Don't try to fill too many activities into each day. Remember young children need lots of rest.

* Be realistic when you plan the travel schedule. A one-hour trip is a lot easier to manage than an eight-hour one!

* Sleeping children travel best. Consider travelling at night; bring enough pillows so any drowsy little head can lie down and sleep, even in the daytime.

* Pack with care. Necessities like baby bottles, nappies, pacifiers, wipes, snacks and drinks, pillows, should be in the cabin of the car. You don't want to stop and search for things in the boot every half-hour.

* Bring enough plain water for drinking; neither you nor the children should be consuming sweet drinks all day.

* Sweets and chocolates should be used sparingly. They may reward good behaviour; don't use them as bribes to stop naughty behaviour.

At the end of your laborious trip, there's hiking and camping and surfing and snorkelling, all the fun of a Malaysian holiday. Action holidays are relished by families with school-age children.

But there are others: the parents of young children, a baby in a pram and a toddler in a pushchair. Some are the care-givers of a family member who can't walk very well, or is confined to a wheelchair.

Such families need to plan their holidays very carefully. Always make sure the necessary facilities are available.

For babies, you need places to change and feed the little ones, and your activities will be limited by the terrain. For a wheelchair-bound person, look out for accessible sites and places with sufficient, properly equipped toilets.

Don't drag grandpa with his walking stick on a six-hour hike. Think twice before taking even very active four-year-olds on a jungle trek. They will probably walk very nicely for the first hour or so, and then they'll tire and you'll end up carrying them!

Here's a list of useful tips for those travelling with children: Checking-in

* Service apartment is a better solution than staying in a hotel. Its roomy and homely ambience give children more room to run around.

* Check the hotel's child-friendly facilities like baby-cot, stroller, etc.

* Bring your own crib sheets and blankets - something from home to make the kids have a good night's sleep.

* Check nursery facilities.

* Check day-care centre for toddlers or kid's club for older kids.

* Baby sitting services - check what amount of notice, rates, babysitter's qualification and/or experience.

* Baby listening services, for parents who want to enjoy the night after the children are in bed. The service usually takes the form of leaving the phone off hook and the hotel's receptionist will listen in and get a message to parents if she/he hears that the children are awake.

* Ensure safety from the flooring, furnishing, railings, electricity and telephone cables or connections, balcony, sliding doors, etc.

* A roll of masking tape is essential for securing telephone/electrical cables and shortening pull cords on blinds and curtains.

On the road

* Best time to set off is just before the little one's nap time.

* Add enough time for those extra stops, either for nappy change or letting off the kid's pent-up energy.

* Use of infant and child car seats - children should never travel on an adult's lap or another child's lap. The seat should be placed in the back seat where it is the safest place in the car as it is farthest away from a head-on crash.

* Use seat belts for the kids. "My child won't sit in the back seat, and he doesn't want to use a seat belt" could, sadly, become Famous Last Words!

* Lay down rules for car etiquette. Older children tend to get tired, bored and quarrelsome on long journeys. Bring along story books, play quiet games of the "I Spy" variety.

* Ensure the child locks are on.

* Often a good idea to pack things into the car before putting the children in. It helps to hold the over-zealous children!

* Pack kid-size backpacks with their favourite toys, cassettes and books to keep them pre-occupied.

* Keep a enroute rubbish bag handy and back seat protectors. This will make it easier to clean up spills and crumbs.

* Attach sun-shades to the rear car windows or the one nearest to the child. This is to help protect the kid from UV rays and prevent motion sickness.

* Also a good idea to have a child-view mirror at the windscreen - to allow a clear view of the kids without having to turn around.

* Pack convenient drinks and snacks for each child to keep the temptation to stop at the fastfood restaurant.

* Get an extra child-friendly map. Teach the children to read maps, a good ego-booster for the children.

* Keep hand sanitiser or anti-bacterial wet-wipes handy. They work without water and are perfect for cleaning grimy, sticky hands.

* Play games like counting games of the coloured cars or the numbers on the registration plate.

In the skies

* Airlines usually let parents travelling with children to board ahead of other passengers.

* Babies under one week up to three months old are not advisable to fly; their hearts and respiratory systems are not sufficiently developed to cope with the reduced levels of oxygen.

* Ask for sky cot/bassinet and book early! Don't be tempted to fly long haul without one.

* Keep the baby cool and well fed.

* Make sure the baby doesn't become dehydrated.

* Place the baby on his/her back to sleep in the sky cot.

* Double check for special children meals. Or bring alternative snacks as normally local airlines only serve drinks and packed peanuts on domestic flights.

* Check the facilities on board to prepare formula and warm babies bottles. Bring one bottle warmer if the airline does not have the facilities.

* Pack extra formula, just in case to cover for delays or spilled cartons. Though, some airlines do offer complimentary baby packs containing nappies, bottles and baby food.

* Best to change the baby in the comfort of the airport's changing facilities as close to boarding time, since it is not easy changing a baby in the plane's toilet.

* Taking the kids to the toilet is also another hassle. To avoid the long queue, visit the water-closet just before the meal is served.

* Give the child something to suck or drink when taking off or landing to prevent ear-ache. Check with the doctor whether it is wise to travel if the child has an ear infection.

Taking the train

* Bring sufficient warm clothing or blanket as the temperature is quite cold in the air-conditioned coach.

* As it is usually night train, bring the kid's favourite pillow or blanket to make them comfortable, eventually to avoid cranky kids the next morning.

* Pack alternative snacks and drinks though there are buffet cars serving meals throughout the journey.

* Local train service is hardly child-friendly. There is no proper nappy changing facilities, bottle warmer or even bassinet.

* Watch the fidgety children closely as it is not safe to let them roam freely especially from one coach to another.

On the water

* Check with the doctor for motion sickness medication for the children.

* Insist on child-size life jackets and make sure that they are correctly fitted on the children.

* Always be aware of the possibility of the kid falling overboard.

* Usually water transportation takes a long time to reach, bring the kid's favourite toy and book to keep them pre-occupied.

* Don't forget the pack-sized snacks and drinks.

Touring

* Have a flexible, not packed child-friendly itinerary. Plan one major activity per day with allowances for breaks or afternoon dip at the hotel's swimming pool.

* Organise-a-day bags with enough supplies of clothing (for children and parents), nappies and food. Packing in an individual zip lock bag is great idea.

* Offer snack and drink before the kids get too hungry or thirsty and take a break before they are overtired.

* Losing the kids is a possibility. Plastic hospital bracelets written with necessary information will help ease the worry.

* Alternatively, write a "I am lost, please call my parents at" note and make sure the kid always has it throughout the holiday.

* Invest on a cheap camera for the older children and see how the trip is seen through the kids' eyes. Besides, kids love playing adults!

* Buy an exercise or scrap book and set a new culture of writing travel- dairy among the little ones.

* Prepare the children in advance - show the route, travel brochures or books on the destinations. Have a countdown and build-up anticipation. Waiting can be very exciting among kids.

* Let the children have their own bags with things they personally select (of course, with parents' observation).

* Discuss the dos and don'ts like what to do if separated or something of that sort.

* Pack travel essentials like sunscreen lotion and sunglasses for the kids too.

* Train the kids to save some spending money for the tour. They will enjoy every bit of the experience - choosing and shopping with their own money.

Wednesday, November 30, 2011

Sedia beg ubat

HUJUNG tahun ini ramai yang mengambil kesempatan menghabiskan cuti tahunan bersama keluarga dan anak-anak. Apabila hendak bercuti, antara barang yang dikemas paling awal ialah pakaian, produk penjagaan diri, botol susu, susu, lampin, kamera dan makanan.




Adakah senarai itu sudah lengkap? Sebenarnya masih ada satu barang penting yang tertinggal iaitu peti pertolongan cemas atau lebih mudah membawa beg kesihatan kembara kecil tetapi lengkap diisi dengan ubat asas.



Kebanyakan orang tidak pernah terfikir untuk membawa beg kesihatan kembara apabila mahu bercuti. Mungkin tidak sedar kepentingannya atau beg kesihatan kembara tidak termasuk dalam senarai barang yang mesti dibawa setiap kali bercuti.



Persediaan bercuti bukan setakat pakaian dan wang ringgit kerana aspek paling penting ialah kesihatan setiap orang yang turut serta terutama warga emas dan kanak-kanak.



Pengurus Kanan Unit Kecemasan dan Kemalangan, Pusat Perubatan Sunway, Dr Shiamala Devi, berkata setiap orang disaran menjalani pemeriksaan kesihatan asas bagi memastikan mereka benar-benar sihat untuk bercuti khususnya jika ke destinasi jauh.



Ini termasuk mendapatkan suntikan imunisasi (vaksin), mengemaskini `beg ubat', menjalani pemeriksaan mata dan gigi. Malah ada kalanya anda perlu memberitahu pihak insurans mengenai percutian anda sebagai persediaan berlaku perkara tidak dijangkakan.



Keperluan ini lebih ditekankan di kalangan wanita hamil, ibu menyusukan anak, kanak-kanak dan orang tua yang mempunyai masalah kesihatan seperti sakit jantung, kencing manis, asma atau sinus (rujuk jadual 1).



Bagi individu yang ingin ke luar negara sebaik-baiknya dapatkan suntikan imunisasi tambahan. Imunisasi yang diperolehi ketika kecil dulu tidak dapat melindungi kita daripada jangkitan sesetengah penyakit. Ini kerana setiap rantau mempunyai penyakit berbeza. Untuk mengetahui destinasi dan vaksin yang perlu diambil, rujuk jadual 2.



Kata Dr Shiamala, suntikan vaksin pula mestilah diambil sekurang-kurangnya dua hingga empat minggu sebelum bertolak ke satu-satu destinasi. Badan mengambil masa untuk bertindak balas dengan benda asing di dalam vaksin bagi menghasilkan antibodi. Jika vaksin diambil kurang daripada tempoh itu, perlindungan hanya akan diperolehi selepas anda balik bercuti.



Walaupun sudah mendapatkan suntikan vaksin, setiap orang tetap digalakkan membawa beg kesihatan kembara sebagai langkah persediaan jika berlaku masalah kesihatan.



"Beg kesihatan ini sangat penting bagi memastikan kita tidak ada masalah mendapatkan ubat jika berlaku kes kecemasan. Keadaan menjadi lebih kritikal jika ada masalah bahasa, kekurangan bantuan perubatan dan sukar mendapat doktor. Jadi ubat asas dalam beg kesihatan ini boleh meredakan gejala kesakitan.



"Kandungan beg sebenarnya terpulang kepada keperluan setiap individu. Namun bahan yang paling asas ialah parasetamol atau pil tahan sakit, garam penghidrat jika berlaku cirit birit, krim antiseptik dan kain pembalut luka," katanya (rujuk jadual 3).



Bagaimanapun katanya, kandungan beg kesihatan kembara itu hanya sesuai digunakan individu dewasa atau remaja berumur 13 tahun ke atas yang sihat. Bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, mereka perlu mendapatkan nasihat daripada pakar kanak-kanak.



Individu yang ada masalah kesihatan dinasihatkan mendapat surat pengesahan doktor dan masukkan ia ke dalam beg ubat anda sebagai bukti apabila menjalani pemeriksaan imigresen. Biasanya pelancong tidak dibenarkan membawa masuk ubat melainkan ada pengesahan doktor.



Namun paling penting ialah sentiasa mengamalkan tabiat pemakanan yang baik dan minum banyak air. Dr Shiamala menyarankan supaya sentiasa membawa bekalan air minum sendiri dan elakkan membeli minuman yang dibungkus dalam plastik.



Basuh tangan sekerap mungkin bagi mengelakkan berlakunya jangkitan atau pencemaran terhadap makanan. Pencemaran punca utama berlakunya cirit birit atau muntah iaitu masalah paling kerap dihadapi pelancong apabila bercuti ke luar negara.



Jika bercuti bersama keluarga dan anak-anak, rancanglah percutian dengan rapi. Cuaca yang terlalu sejuk boleh menyebabkan kulit kering dan bibir merekah kerana kurang minum air. Manakala cuaca terlalu panas pula boleh mengakibatkan kulit terbakar jika tidak menggunakan krim pelindung cahaya matahari.



Malah kanak-kanak dan orang tua juga mudah mengalami jet lag iaitu tidak dapat menyesuaikan diri dengan perbezaan waktu (antara negara sendiri dengan negara yang dikunjungi). Untuk mengelakkan masalah ini, seseorang itu digalakkan mendapat tidur yang cukup dan cuba tidur mengikut waktu negara yang akan dikunjungi.



"Selain jet lag, pelancong juga berhadapan kemungkinan keracunan makanan. Justeru pastikan anda tidak makan makanan mentah, air tidak masak, buah yang tidak dikupas dan susu segar yang tidak menjalani proses pempasteuran (penyahkuman).



"Jika alami cirit birit atau muntah akibat keracunan makanan, minumlah air masak yang bercampur dengan garam penghidrat kerana ia boleh menggantikan semula mineral yang hilang bersama muntah dan najis. Segera ke klinik jika demam (suhu badan melebihi 38 darjah Celsius) dan gejala berlanjutan melebihi tiga hari," katanya.



Bagi individu yang mudah mengalami mabuk ketika menaiki kenderaan (sama ada darat, laut atau udara), Dr Shiamala menyarankan supaya tidak makan makanan berminyak atau sehingga terlalu kenyang sebelum memulakan perjalanan.



Selain itu ia juga boleh diatasi dengan mengambil ubat khas sejam sebelum bertolak. Mereka juga digalakkan minum banyak air dan duduk di tepi tingkap. Paling utama, bawa beg muntah bersama anda. Jangan muntah dalam kenderaan kerana bau muntah hanya akan memburukkan keadaan anda.



Sekembali dari bercuti, seseorang itu masih perlu menjalani pemeriksaan kesihatan iaitu sekurang-kurangnya 10 hari selepas balik. Jika dalam tempoh ini ada yang demam atau batuk berpanjangan, segera dapatkan nasihat doktor kerana dikhuatiri anda mendapat jangkitan khususnya bagi mereka yang berkunjung ke negara yang ada masalah Hepatitis, flu dan penyakit tangan, kaki dan mulut.



JADUAL 2



Destinasi dan vaksin



Rantau - Asia Tenggara



Negara - Thailand, Filipina, Indonesia, Laos, Myanmar dan Malaysia



Risiko - Selesema burung, pneumonia, STD, kepialu, cirit birit, polio, batuk kering, demam denggi berdarah, JE, taun, malaria dan meningitis



Vaksin - Flu, Hepatitis A dan B, malaria, kepialu, rabies, polio, campak, DPT dan JE



Rantau - Asia Timur



Negara - China, Korea, Taiwan, Jepun dan Hong Kong



Risiko - Selesema burung, JE, polio, malaria, kepialu, cirit birit, hepatitis A dan B, cacar air dan campak



Vaksin - Malaria, Flu, kepialu, JE, Hepatitis A dan B, Rabies



Rantau - Asia Barat



Negara - India, Sri Lanka, Pakistan, Nepal dan Bangladesh



Risiko - Taun, kepialu, PTB, JE, polio, campak, rabies, Hepatitis A dan B, cirit birit, malaria, denggi



Vaksin - Campak, kepialu, Hepatitis A dan B, Rabies, DPT, JE dan malaria



Rantau - Amerika Latin



Negara - Negara Amerika Selatan dan Mexico



Risiko - Salmonella E, denggi, malaria dan cirit birit



Vaksin - Campak, kepialu, Hepatitis A dan B, rabies, malaria dan demam kuning



Rantau - Timur Tengah



Negara - Arab Saudi dan Makkah



Risiko - Meningitis, pneumonia, cirit birit, rabies, hepatitis A dan B, kepialu dan malaria



Vaksin - campak, kepialu, Hepatitis A dan B, Rabies, DPT, polio, malaria dan meningitis



Rantau - Afrika



Negara - Afrika Selatan, Kenya dan Sudan



Risiko - Demam denggi berdarah, leptospirosis, demam kuning, taun, cirit birit, Hepatitis A, B dan E, malaria, polio, campak dan meningitis



Vaksin - campak, kepialu, Hepatitis A dan B, DPT, demam kuning, malaria dan meningitis



Nota: Pusat Kawalan Penyakit menyarankan vaksin diambil sekurang-kurangnya empat hingga enam minggu sebelum berangkat



JADUAL 1



Adakah anda cukup sihat untuk terbang?



Keadaan - Saranan



Hamil (kurang 32 minggu) - Boleh menaiki penerbangan dalam negara



Hamil (kurang 24 minggu) - Boleh menaiki penerbangan antarabangsa



Selepas bersalin - Boleh menaiki pesawat selepas sebulan bersalin



Bersama bayi (tujuh hari) - Tidak dibenarkan



Baru menjalani pembedahan mata atau telinga tengah - Tidak dibenarkan



Baru menjalani pembedahan abdomen atau plastik - Hanya dibenarkan selepas dua minggu dibedah



Keadaan kesihatan kronik - Perlu ada cukup keperluan perubatan, ubat dan kemudahan sokongan perubatan. Perlu ada surat pengesahan dan nasihat dari doktor



Kencing manis - Mengadaptasi pengambilan insulin dengan waktu tempatan. Simpan picagari, jarum dan ubat secukupnya. Kerap makan untuk elakkan gejala kesihatan akibat tahap gula rendah dalam darah



Sakit jantung - Hanya boleh terbang selepas empat minggu mendapat serangan jantung. Perlukan surat pengesahan doktor anda menggunakan alat perentak jantung (pacemaker) dan implan kerana ia akan dikesan melalui imbasan logam di lapangan terbang



Asma/masalah paru-paru - Kesihatan mesti stabil sekurang-kurangnya empat minggu sebelum terbang, pastikan inhaler dan ubat dibawa bersama


Masalah telinga, hidung dan sinus - Saluran telinga yang sempit akan sebabkan kesakitan pada telinga dan muka. Dinasihatkan kerap menelan dan menghembus nafas dengan mulut tertutup. Hubungi doktor untuk nasihat lanjut.

Sumber: Metro Ahad - Oleh Norlaila Hamima Jamaluddin

Sunday, August 21, 2011

Tip menjimatkan penggunaan Minyak kereta

HARGA bahan bakar kenderaan yang tidak menentu sejak 10 tahun lalu mempengaruhi pengguna kenderaan bermotor terutama kereta berusaha mengurangkan kadar penggunaan bahan bakar pada tahap paling minimum. Langkah ini sangat perlu kerana penggunaan bahan api paling minimum dapat menjimatkan perbelanjaan minyak petrol.

Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan minyak kereta anda bukan semata-mata kerana harganya yang melambung tinggi ketika ini tetapi penggunaan minyak yang lebih daripada yang sepatutnya menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.

Tip di bawah ini jika diamalkan akan membawa perubahan terhadap penggunaan minyak petrol kenderaan anda.

Memandu Dengan Kelajuan Yang Sesuai

* Sikap dan cara pemanduan kerana banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Jangan gopoh dan membuat sesuatu secara mengejut. Misalnya ketika menuju ke plaza tol atau membelok di selekoh tajam, jangan sesekali menukar gear (misalnya gear 5) terus kepada gear rendah dan brek secara mendadak.

Kurangkan Berat / Bebanan Kereta

* Anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan minyak melebihi dari tahap biasa. Jadi, jangan bawa barang yang tidak perlu (kereta anda bukan stor). Perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2 peratus.

Tayar Diisi dengan Tekanan Angin Yang Betul

* Tekanan angin mesti betul. Tekanan angin yang tidak mengikut spesifikasi mengakibatkan penggunaan minyak bertambah 5 peratus. Carta berat dan tekanan angin biasanya terpapar di tempat mengisi angin di mana-mana stesen minyak. Jangan biarkan tayar kurang tekanan angin kerana ia menyebabkan kereta dipandu lebih berat dan ini tidak menjimatkan minyak. Tekanan tayar yang kurang menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 35 peratus. Periksa dan tetapkan tekanan tayar mengikut spesifikasi kenderaan anda sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Lakukan Penyelenggaraan Dan Servis Berkala

* Penalaan enjin yang tidak sesuai meningkatkan penggunaan minyak sehingga lebih 50 peratus. Pastikan palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala.

* Kurangkan Kelajuan.Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) meningkatkan penggunaan minyak. Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus).

Matikan Saja Enjin Kereta Jika Menunggu

* Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang. Menunggu suami, isteri atau kawan yang singgah di kedai runcit untuk membeli barangan kadang kala boleh menjadi terlalu lama. Ini mungkin kerana terdapat ramai pelanggan di kedai tersebut. Jadi, buka tingkap kereta dan matikan sahaja enjin untuk menjimatkan minyak kereta anda.

* Bijak Dalam penggunaan Gear. Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran petrol kerana tekanan terhadap enjin menjadi terlalu tinggi. Gunakan mod `ekonomi' jika kereta anda memilikinya. Pemanduan dengan kadar yang laju pada gear rendah boleh meningkatkan penggunaan minyak sehingga 45 peratus dari yang sepatutnya.

* Penggunaan kenderaan bertransmisi manual membolehkan anda menjimatkan minyak.

Membrek Pada Jarak Yang Selamat

* Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, misalnya di tol atau stesen minyak di tepi lebuhraya, perlahankan kenderaan dari jarak yang selamat. Jangan membrek secara mengejut.

Rancang Perjalanan

* Rancang perjalanan terlebih dahulu sebelum ke sesuatu destinasi. Ini dapat mengelakkan dari kesesakan lalulintas dan secara tidak langsung akan dapat menjimatkan minyak.

Panaskan enjin sebelum memulakan perjalanan

* Hidupkan enjin sekurangkurangnya 5 minit sebelum memulakan pemanduan. Ini untuk meningkatkan prestasi enjin dan memastikan enjin dapat berfungsi secara optimum.

* Minimumkan Perjalanan Jarak Dekat.

* Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini mampu meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40 peratus. Sebagai langkah penjimatan minyak, eloklah naik motosikal atau mungkin berbasikal (jika di kampung) untuk ke surau atau kedai berhampiran.

Gunakan Saiz Tayar Dan Sport Rim Yang Sesuai

* Saiz tayar dan sport rim yang tidak sesuai akan menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 10 peratus.

Isi Petrol Pada Waktu Yang Sesuai

* Waktu yang paling sesuai untuk mengisi minyak adalah di waktu pagi atau malam. Ini kerana pada waktu ini minyak petrol kurang termeluwap ke udara akibat cuaca panas.

* Elakkan mengisi minyak terlalu penuh atau sehingga tertumpah. Berhenti mengisi minyak selepas nozzle di pam minyak berbunyi "klik".

Barang Yang Perlu Dibawa

* Anda harus membawa barang yang perlu sahaja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan. Carrier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan minyak pada kadar 5 peratus.


Kesimpulan

Jika anda mendapati penggunaan minyak kereta anda sebulan sangat tinggi, periksalah puncanya terlebih dahulu. Ia mungkin berpunca daripada keadaan teknikal kereta atau mungkin sikap pemanduan anda. Maka, sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan minyak di pasaran eloklah anda mengamalkan tip-tip yang dinyatakan di atas dan lihat perubahannya.

Sumber: Berita Harian - Sat, Aug 6, 2011 - 1Klassifieds

Thursday, December 9, 2010

Jika penerbangan lebih dari 3 jam ...



MENAIKI pesawat adalah cara tercepat untuk sampai ke destinasi pilihan. Tetapi, ia bergantung juga kepada jarak sesuatu perjalanan itu.

Justeru, jika penerbangan itu lebih daripada tiga jam, mungkin tip melancong ini dapat membantu supaya perjalanan yang panjang menjadi lebih menyenangkan.

* Jenis pakaian yang sesuai

Pilih pakaian yang memudahkan anda untuk bergerak dan menyerap peluh. Selain itu, bagi yang tidak tahan sejuk, ada baiknya anda memakai pakaian yang sedikit tebal atau jaket untuk mengelak daripada anda kesejukan sepanjang penerbangan.

* Rehatkan kaki dan tangan

Di dalam penerbangan, kaki perlu lebih relaks dan bebas bergerak. Sebaiknya tanggalkan atau longkarkan tali kasut anda.

Bagaimanapun, pastikan anda memakai sarung kaki bagi menahan kesejukan.

Anda juga boleh melakukan senaman ringan di tempat duduk.

Antaranya, menggerakkan atau merenggangkan tangan, duduk tegak dan mengangkat kaki seperti sedang berkawat.

* Segarkan badan

Makan sebelum menaiki pesawat. Ia lebih menyegarkan badan. Untuk kesegaran kulit, anda boleh mengelap dengan tuala suam atau memakai losen badan.

* Jalan-jalan

Jika tidak selesa kerana duduk terlalu lama, anda boleh berjalan-jalan di sepanjang lorong pesawat. Bagaimanapun, pastikan pesawat dalam keadaan stabil dan tanda pasangkan tali pinggang keledar sudah dipadamkan.

Anda juga boleh berdiri dan melakukan senaman kecil di sebelah tempat duduk.

Untuk mengelak daripada mengganggu penumpang yang lain, minta izin daripada penumpang di sekitar anda.

* Minyak urut

Bawalah minyak urut dan gosok di tengkuk apabila badan berasa tidak selesa.

Bagi mengelak mengganggu penumpang lain, bawa minyak yang beraroma lembut atau wangi.

Anda atau penumpang lain akan lebih tenang dan selesa dengan aroma itu dalam penerbangan.

Thursday, December 2, 2010

Makan angin: Pakaian apa sesuai?



SETIAP kali mahu keluar melancong, satu hal yang selalu merunsingkan terutama ketika mengemas beg adalah pakaian.

Berapa banyak baju yang mahu dibawa, sesuai atau baju ini atau itu atau warna apa yang cantik antara persoalan yang selalu membelenggu terutama golongan wanita.

Jika membawa baju berlebihan, ia mempengaruhi saiz beg dan memberatkan.

Untuk menyenangkan anda, bawalah pakaian dengan satu atau dua warna dasar. Ini akan mengurangkan jumlah kasut atau aksesori yang dibawa bersama.

Selain itu, cuba bawa pakaian sedikit mungkin dan merancang untuk mencuci pakaian ketika melancong.

Ada boleh membawa pakaian cukup untuk seminggu, tetapi pastikan ia mencukupi atau anda perlu membeli pakaian baru.

Gunakan dan bawa pakaian sutera yang boleh dicuci bila-bila masa saja. Kain sutera juga menjimatkan ruang dan ringan.

Bawalah juga baju hujan yang ringan yang boleh digunakan sebagai pelindung tubuh daripada angin yang sejuk.

Elak membawa seluar banyak kerana ia mengambil masa yang lama untuk kering.

Denim menyerap suhu sekitar. Jika cuaca sejuk terutama pada waktu malam anda yang memakai seluar denim turut berasa kesejukan atau panas terik matahari.

Justeru, sebaiknya anda membawa seluar yang lebih ringan, cepat kering dan sesuai dengan cuaca tempat dituju.

Di samping itu, membawa pakaian sudah lama yang boleh dibuang di jalan juga satu langkah yang bijak.

Perkara ini sangat sesuai jika anda melancong bersama anak-anak yang sedang membesar.

Dengan membawa pakaian seumpama itu, anda boleh membuang atau menjualnya di mana-mana kedai terpakai, sekali gus membolehkan anda membeli baju baru yang menjadi cenderamata dari tempat dikunjungi.

Sumber: Harian Metro - Thu, Dec 2, 2010 - Variasi

Thursday, November 25, 2010

Langkah awal sebelum bercuti



MUSIM cuti sudah bermula terutama mereka yang bergelar pelajar. Pastinya pelbagai rancangan diatur sepanjang percutian sehingga Disember ini.

Pastinya salah satu ialah melancong bersama keluarga, sekolah, institusi pengajian tinggi atau rakan-rakan sekelas. Destinasi dituju menanti, izin sudah diberikan dan beg sudah dikemas. Justeru, pastinya tidak sabar untuk `terbang' menikmati percutian bersama rakan sekelas. Bercuti adalah kesempatan menyenangkan kerana kita berpeluang melawat banyak tempat menarik selain merasai kebudayaan di tempat yang dituju.

Bagaimanapun, sebelum `terbang, baik kalian mengetahui tips di dalam perjalanan demi menjamin keselamatan.

Sebelum Berangkat

Fahami undang-undang dan adat istiadat di tempat yang dikunjungi terutama berkaitan alkohol, ubatan terlarang dan ketika malam. Kamu tidak akan terlepas dari hukuman walaupun pelancong. Bawa kaca mata untuk mengelak silau dari matahari terik. Selain itu, siapkan ubat-ubatan asas seperti ubat demam, selesema.

Pastikan kamu memberitahu ketua rombongan mengenai ubatan yang harus kamu ambil jika kamu mempunyai penyakit tertentu. Berikan nombor telefon dan faks hotel tempat kamu menginap kepada ibu bapa, nombor telefon bimbit ketua rombongan selain jadual perjalanan. Jika ada sebarang perubahan dalam jadual, maklumkan kepada keluarga.

Simpan semua barang berharga, ubatan, dokumen perjalanan dan pasport (jika keluar negara) dalam beg kecil yang selalu di bawa ke mana-mana saja. Ini kerana, bagasi kadang-kadang boleh tertinggal atau hilang. Untuk mengelak kemungkinan itu, semua yang penting harus sentiasa bersama kamu.

Semasa Bercuti

Jangan bawa semua wang tunai terutama ketika membeli makan tengah hari atau makanan ringan. Simpanlah dompet di dalam poket berzip. Jika kamu perlu membuat pertukaran wang di luar negara, pergilah hanya di tempat pertukaran wang yang rasmi seperti bank.

Tidak perlu berlagak atau mahu menunjuk-nunjuk ketika bercuti. Pakai saja jam yang sudah lama dan tidak mahal. Tinggalkan semua barangan yang mewah atau canggih di rumah. Anda bercuti bukan untuk menjadi sasaran pencuri. Bila membawa kamera digital, ipod atau pemain MP3, jangan terlalu menunjuk.

Jika daftar masuk di hotel penginapan, ambil kad nama hotel yang mempunyai alamat dan nombor telefon. Bawa kad nama itu ke manapun kamu pergi.

Jangan berjalan sendirian dan terpisah dari kumpulan. Setidaknya, pergi dengan seorang teman kalau perlu atau sentiasa berada dalam kumpulan.

Thursday, October 28, 2010

Cara berjimat ketika melancong



BERCUTI memang menyeronokkan. Namun, kebanyakan kita terutama yang melancong ke luar negara, duit dibelanjakan seperti air paip.

Kadar pertukaran wang asing yang tinggi berbanding negara kita dan aktiviti membeli-belah yang tidak boleh dibendung menyebabkan wang sentiasa susut.

Bagaimanapun, perkara ini tidak sampai membuatkan kita pokai.

Justeru, tip ini mungkin dapat membantu dan membolehkan kita berjimat sebahagian besar daripada perbelanjaan yang diperuntukkan untuk bercuti.

* Bawa makanan ringan

BAWALAH makanan ringan seperti biskut, roti, kek, keropok dan lain-lain makanan ringan yang disukai. Masukkan dalam plastik 'zip' dan bawalah ke mana-mana anda pergi.

Ketika melancong, kita selalu mahu membeli makanan disebabkan lapar kerana penat berjalan ke sana ke mari. Jadi, dengan adanya makanan ringan yang dibawa, ia boleh dijadikan alas perut sebelum sampai waktu makan tengah hari atau malam.

* Sentiasa bawa botol air

JIKA sentiasa membeli air, tanpa disedari kita sudah membelanjakan hampir ratusan ringgit kerana air saja.

Andai kata satu botol air di negara Eropah berharga dua hingga tiga Euro, sehari kita beli tiga kali dan harganya mungkin dekat 10 Euro. Jumlah itu sudah mencecah RM50 sehari. Kalau seminggu pula? Pasti banyakkan.

Jadi, dengan membawa botol, ia akan lebih menjimatkan. Ini kerana di Eropah air paip selamat diminum. Kalau ada botol air, isikan saja air di mana-mana stesen air yang dijumpai.

* Jalan kaki

RAJIN-rajinlah berjalan kaki ketika melancong. Banyak tempat atau benda menarik yang boleh dilihat jika berjalan kaki. Apa yang paling penting, kita juga dapat berjimat sedikit kerana tidak perlu membayar tambang bas. Duit itu, sudah pasti boleh digunakan dalam banyak hal.

* Cari pakej murah

UNTUK menjimatkan lagi perbelanjaan ketika melancong, cuba cari pakej yang menarik dan murah. Kadang-kadang ada hostel murah yang memberi sarapan pagi percuma. Jadi dengan bersarapan, perbelanjaan untuk membeli makanan sudah dapat dijimatkan.

Selain itu, di beberapa tempat di Eropah seperti di Brussels, ada satu pakej bas hop-on, hop off. Anda boleh naik dan turun di mana-mana saja selama 24 jam. Dan yang paling menarik, bas itu akan pergi ke hampir semua destinasi terbaik di Brussels. Jadi, sebelum pergi bercuti, carilah maklumat seberapa banyak yang mungkin.

* Beli makanan di kedai runcit

DI negara Eropah, untuk berjimat, beli makanan di kedai runcit. Beli roti, jem, ikan tuna dalam tin, buah-buahan di kedai runcit, atau di sesetengah kompleks membeli-belah yang ada 'grocery store.' Masukkan semua barang yang dibeli itu ke dalam beg dan bila waktu makan, hamparkan kain sarung dan berkelah di mana-mana tempat yang menarik.

Ini kerana jika makan di restoran, harganya di antara 10 dan 15 Euro seorang. Makanan halal jarang dipaparkan di menu.

Di kebanyakan negara Eropah, anda mudah mendapatkan kebab, malah harganya berpatutan, antara tiga dan 12 Euro.

Sunday, October 11, 2009

As good as the original

OLD is gold. On-going restoration and conservation work in Perak will restore Masjid Ehsaniah in Padang Rengas, the Old Post Office Building and the Perak Museum to their former glory, writes ZALINA MOHD SOM.

When Masjid Ehsaniah in Padang Rengas is fully restored to its original form in a month's time, one can easily liken it to the beautiful Istana Kenangan which houses the Perak Royal Museum, some 10km away in Bukit Chandan, Kuala Kangsar, the royal town of Perak.

Even now as restoration work by the Department of national Heritage is still in progress, the similarity between the two buildings is already apparent.

The mosque's remaining white-black-and-yellow tepas wall holds a strong likeness to the palace's bright and unique wall.

"Unfortunately, we can only use 20 per cent of the original wall and we have to go as far as Perlis to find tepas wall of the exact material and design," says Mat nasir Baba, chief assistant director of the department's Conservation and Archaeology Unit.

Tepas is the most distinctive Perak Malay architecture, and is made of bamboo strips woven to geometric diamond-shaped design called kelarai.

There's only a handful of tepas buildings left in Perak. The charming palace and the mosque are the only public tepas buildings while others are mainly private houses.

However, the tepas wall is not the only feature that makes the little mosque unique. The tepas mosque, as it is fondly known among locals, is probably the one and only sample of Perak's traditional Malay mosque that still stands today.

The double-storey, rectangular mosque has no minaret or dome. Instead, it has four unique columns built like minarets at all its corners.

Decorative wood carvings of natural motifs like flowers, leaves, crescent and star adorn the upper part of the window frames and other trimmings.

The mosque was built 73 years ago in 1936 by local craftsmen and launched by the then Sultan of Perak, Sultan Iskandar Shah, who funded the construction cost of RM8,000.

Apart from being the centre for religious activities for the locals, the mosque was also an important resting point for those travelling between Ipoh and Taiping.

Located at Kampung Kuala Dhal - midway along the old Ipoh-Taiping road, the mosque last held activities in 1976 after a new and bigger mosque was built next to it.

Masjid Ehsaniah was given a new lease of life when the Department of national Heritage started restoration and conservation works last December.

Upon completion in july, the department will hand it back to the mosque management which plans to use the restored building for religious classes while prayers will continue to be held at the nearby mosque.

Keeping Heritage Alive

Work on Masjid Ehsaniah is part of the government's current exercise to restore and conserve heritage buildings.

It has been doing so since the 1990s, under the banner of the Museum and Antiquity Department, before it was moved to the Ministry of Culture, Arts and Heritage in 2006. Since this year, the Ministry is known as the Ministry of Information, Communication and Culture. More than 20 restoration and conservation projects were carried out throughout the country since then.

Three are completed - Rumah Penghulu Ghani in Malacca and two in Pahang, the birth home of Prime Minister Datuk Seri najib Tun Razak in Pekan and Balai Polis Raub in Raub.

"These heritage buildings are restored to their original forms and will be given back to the owners to maintain. It is then up to the owners how to utilise the buildings," says Mat nasir.

The restored buildings will bear respective official plaques from the department to mark their status. The plaques are Warisan Kebangsaan (national Heritage), Warisan (Heritage), Konservasi (Conservation) and Kediaman Tokoh-tokoh (Prominent Person's Home).

Other heritage buildings in Perak still undergoing restoration works are the Old Post Office Building in Ipoh and the Sanitary Board Building and the Perak Museum, both in Taiping.

Old Post Office Building, Ipoh

Some call it Ipoh Town Hall, but most refer to it as the Old Post Office. Both refer to the same building - a grand colonial building with Roman and Renaissance architecture, embellished with colossal neo-classical pillars.

Located in the heart of Ipoh not far from the majestic Ipoh Railway Station, the building was designed by British architect A.B Hubback who also designed the railway station and the building for Mahkamah Tinggi Ipoh.

Construction started in 1913 and finished three years later. The building was separated into two sections housing the Post And Telegraphs Office and Ipoh Town Hall.

It was then occupied by other organisations like District Police Headquarters, Tourism Department and Bumiputra Administrative Centre. The building underwent numerous changes and renovations to suit the occupants' needs and requirements.

Expected to complete in january next year, the restoration work will put back the original layout of the building, based on findings from massive researches and studies.

However, the restoration work only covers the Old Post Office building as the other half is still being used by Dewan Bandaraya Ipoh (DBI).

There are talks that the building will occupy the Department of national Heritage Perak office on the upper floor and a telegraph gallery on the lower floor but these are not confirmed.

Sanitary Board Building, Taiping

Built in 1892, the Sanitary Board building was among Taiping's first five buildings. The two-storey building features Anglo-Indian architecture with strong colonial designs beautifully married with local flavour.

A few years after World War II, the half-concrete, halfwooden building housed the Taiping Health Office on the first floor and the Town Council office on the ground floor. Eventually, the building was taken over by the Town Council staff.

The Town Council office moved to a new building, Majlis Perbandaran Taiping in 1987, following its municipality declaration eight years earlier.

The beautiful building was abandoned for some years before private-sector companies moved in. The last occupant was a furniture company that did massive renovation work to suit its business.

Luckily, there are lots of old records and photographs that help establish the original design of the 117-year-old building. The restored building will be turned into a gallery to showcase exhibits on all Taiping's firsts, as well as the country's.

Perak Museum, Taiping

The 126-year-old Perak Museum is the oldest museum in the country. Built in 1883, it was founded by British Resident to Perak, Sir Hugh Low, who instructed Leonard Wray jr., a botanist and geologist, to collect the country's historic, culture and natural artefacts.

Completed in 1886, it displayed natural sciences and the cultural tools of the Malays. Three years later, it had additional verandas added to the front and back. The following year, an exhibition gallery was added to the back portion.

The building features neo-classical architecture, designed with much consideration given to the local weather. This is an early attempt at achieving Malay-neoclassical eclectic element.

Its most prominent and majestic feature is its façade which has two pair of towers, each on its left and right sides, and its pediments.

The almost-complete restoration work reinstates the museum's original designs based on its blueprint and cleverly uses minimal style to fit in modern facilities like an airconditioning system.

Contact

For details on restoration and conservation of heritage buildings in Malaysia, contact the Department of national Heritage at Tel: 03-2167 5278.

Fax : 03-2171 6029.

Website: http://www.warisan.gov.my.

Source: Nst- Travel

Saturday, October 10, 2009

Natural wonders of Hokkaido



IF there's one place that you must go to at least once in a lifetime, it's Hokkaido, Japan's northernmost island. Surrounded by the Pacific Ocean, the Sea Of Japan and the Sea Of Okhotsk, it is truly an island of unique and diverse natural features that include mountain ranges, vast wetlands and natural lakes.

With prosperous dairy farming, agriculture and fishery, Hokkaido is blessed with superb seasonal delicacies and her agricultural produced is enjoyed throughout Japan.

Hokkaido is Japan's largest prefecture, accounting for almost a quarter of Japan's total land area. In fact 22 per cent of Japan's total forest area is found here. The island is mostly covered with virgin forests and over 10 per cent are protected natural parks.

Parks & Hot Springs

Hokkaido is sparsely populated, with just 68 people per sq km, so imagine the tranquillity and the personal space you'd enjoy.

Driving is the best way to travel on the large island and allows you to soak in the magnificence of nature to your heart's content. This includes Daisetsu-zan National Park, which forms the great roof of Hokkaido, the secluded Shiretoko-hanto Peninsula, idyllic Shiretoko National Park - a Unesco World Heritage site, Shikotsu-Toya National Park which is full of volcanoes and lakes, and the ever-changing Shakotan-kaigan Coast and Kushiro Marsh, home to precious fauna such as the Japanese cranes.

Of the 33 Ramsar registered sites in Japan, 12 are located in Hokkaido alone! (Ramsar refers to an international treaty for the conservation and sustainable utilisation of wetlands).

To soothe tired muscles after a long drive, stop by any of the numerous hot springs, like the Noboribetsu-onsen, Jozan-kei-onsen and Soun-kyo-onsen, and have a leisurely soak to refresh.

Festive Fun

Hokkaido mesmerises visitors with over 1,200 festivals and events held throughout the year. The Sapporo Snow Festival (a must see!) and Monbetsu Ice Floes Festival are held in winter with the Sapporo Lilac Festival and Yosakoi Soran Festival celebrated in mid-spring.

In summer, enjoy the Furano Lavender Festival, as well as port festivals in every coastal town held to pray for a good catch and safe fishing. Autumn is reserved for the annual chrysanthemum celebration. Through the festivals and your leisurely journey, you'll discover that Hokkaido is a land of magic, mystery and romance.

For more information, visit http://www.welcome.city.sapporo.jp/english/index.html or http://www.sapporo-info.com or http://www.visitjapan.com.my

Winter Events & Festivals

1. Sapporo Snow Festival: Early to mid February

2. Sapporo White Illumination: Late November to early January

3. Mt Showa-Shinzan International Yukigassen: Late February

4. Hakodate Christmas Fantasy: December

5. Lake Shikaribetsu Kotan: Mid January to late March

6. Shiretoko Fantasia: Early February to mid March

7. Sounkyo Hyobaku Festival: Late January to late March

8. Lake Akan Ice Festival - Fuyuhanabi: Late January to late March

9. Chitose & Lake Shikotsu Hyoto Festival: Late January to mid Feb

10. Asahikawa Winter Festival: Early February

11. Walking on Drift Ice: Late January to mid March

12. Drift Ice Diving: Late January to late March

13. Sightseeing Icebreaker: Mid January to late March

14. Clione: Late January to late March

Other Events

1. Sapporo Lilac Festival: Late May

2. Yosakoi Soran Festival: Early June

3. Hokkaido Shrine Festival: June 14-16

4. Pacific Music Festivals: Late July to early August

5. Sapporo Summer Festival: Mid July to mid August

6. Toyohira River Fireworks Festival: Late July to early August

7. Jozankei Hot Spring Yu-no-Nigiwai Fair: Early August

8. Susukino Festival: Early August

9. Sapporo Autumn Fest: Mid September to early October

10. Jozankei Maple Leaf Tea Ceremony: Mid October

11. Sapporo Chrysanthemum Festival: Late October

12. Sapporo White Illumination: Mid November to early February

13. German Christmas Market in Sapporo: Late November to mid December

14. Sapporo Snow Festival: Early February

Source: Nst-Travel Times

`Chiling' out at the waterfall

THERE'S something irresistibly appealing about waterfalls, especially one surrounded by lush jungle, writes JOHN TIONG.

Tour guides Happy Yen and Stevie Chan don't think twice about picking up rubbish - mineral water bottles, plastic bags, styrofoam containers, plastic cups, spoons - at the waterfalls of Sungai Chiling.

"We have to make sure we take out what we bring in. That's the most important part of ecotourism," says Chan, who is also the manager of a budget hotel.

He says Chiling Waterfalls can become the next big tourism star just outside Kuala Lumpur as it's easily accessible and yet is surrounded by lush rainforests that appeal to tourists.

Charming Falls

The water of the largest falls here plunges down eight metres, part of which veers to the right and into a rock crevice.

A large boulder right in front of the fall, and another one about seven metres away, break the fall creating a natural pool for those who come here to swim. The boulders make convenient jump-off platforms.

Two university students from London, Madeleine Allen and Laura Webster, who are with us for the noon adventure, cannot resist taking a dip after the hour-long trek. They waste no time in jumping from the boulder into the pool and have a great time in the icy cool water.

Chan, who regularly brings guests here, says he is also one of the first to bring tourists to see fireflies in Kampung Kuantan and Kampung Belimbing in Kuala Selangor. Unfortunately, the number of fireflies in both villages has dwindled because no proper care has been taken to protect their habitat.

Landowners in Kampung Kuantan have cleared their land of berembang trees which fireflies need for survival and breeding. Without a proper ecosystem, the fireflies will eventually disappear, he adds.

"We don't want the same thing to happen here in Chiling. The preservation of nature is more important than the money from tourism."

Chan says Taman negara and Endau Rompin rainforests would have greater appeal if tourism activities are better controlled.

He suggests allowing only guided tours to the Chiling Waterfalls as one of the measures to be taken. The waterfall area is a sanctuary for ikan kelah which is under the supervision of Selangor State Fisheries Department.

Lives Lost

Guided tours are not only for the preservation of the area but they're also a safety measure as Chan had told us earlier about some fatal accidents at the waterfalls because often, visitors are not aware of the nature of waterfalls and river systems.

For instance, one needs to cross five rivers to reach the waterfalls. The waters are usually only knee-deep, but after heavy rainfall, the waters may suddenly and dangerously swirl up several feet and sweep away anyone crossing the river or even camps.

Because of this, the Selangor Fisheries Department has disallowed camping or open fires at the sanctuary except in a field opposite its registration office.

Lives have also been lost when over-enthusiastic swimmers jump into the water in front of the waterfall and cannot pull themselves out because of the crevices and the powerful pressure of the water.

Surprisingly though, we fail to see any sign posted to warn visitors of the dangers of jumping in right below the fall.

Happy Trekking

We are lucky to have the cheerful Yen for our guide. He seems to know almost every plant that grows here and is able to spice up the walk with doses of humour. no wonder he's called Happy.

He tells us that wild mangosteens have yellow skin instead of the deep purple we find in the market and that mahang gajah (a softwood used to make matches) trees usually mark the boundary between a primary and secondary forest.

The presence of bamboo often means the land has been logged and pitchers and ferns grow on land that's not fertile.

He points out the hardy mempalas leaves which Selangor Royal Pewter used to polish pewter in the old days and the spiky pokok duri hantu which is said to be an efficient contraceptive.

We see fascinatingly beautiful small, pink wild orchids and trees with scarlet leaves that spread out like the flame of the forest as well as trees with huge buttress roots. Brooke Wing butterflies, with their emerald striped wings, rest on some rocks at one of the river crossings and fluttering yellow butterflies prove to be a delightful distraction.

The kelah fish swims in shoals in the crystal clear water that flows over boulders that make several stretches very challenging to swim in.

Many plants in the forest hold on to each other for survival. As Yen says, this is a lesson that no man is an island. "We all depend on each other to survive."

One liana we come across, looms in the air like a lone twisted frame as the plant it has hinged itself to has died.

No Leeches

Amazingly, we do not encounter leeches though some stretches of the trek, mainly on flat ground, are soggy and wet. How unlike Taman negara, where leeches appear as soon as they smell blood. But there are mosquitos and other disturbing insects, so please don't forget to bring your insect repellent.

Some parts of the trek wind through sharp ferns, so wear long trousers to avoid getting cuts. And wear proper shoes as sand can get stuck in and rub against your feet like sandpaper if you wear slippers.

Along the way, we bump into groups of visitors, mostly teenagers and those between 20 and 30 years old. We are surprised to see a couple with a child not more than eight years old in the late evening when we are about to leave the forest.

At the camping ground opposite the wooden registration office, a family is happily cooking prawns and fish on an open fire. Facilities available here include a surau and toilets that serve as changing rooms.

The Chiling Waterfalls is open to the public from Tuesday to Sunday between 8am and 6pm. Entrance is RM1 while campers pay RM2 per day.

How To Get There

Head for Kuala Kubu Baru and then follow the road leading to the Gap, the gateway to Fraser's Hill. Before the Gap, you will cross a bridge over the Sungai Chiling after you pass the Selangor Dam. After the bridge, park by the road and walk 100m to a gate with the signage of the fish sanctuary. The registration office is in the open field here.

Source: NST-Travel Times