Showing posts with label Technology. Show all posts
Showing posts with label Technology. Show all posts

Monday, February 23, 2015

Hak pengguna telekomunikasi

PENGGUNA DAN SYARIKAT TELEKOMUNIKASI

Antara senario yang sering berlaku ialah ketika anda mendapat bil telefon yang tidak tepat terutama bil telefon bimbit, kepada pengguna perkhidmatan prabayar ada berlaku kejadian baki kredit prabayar yang baru dibeli terlalu cepat berkurangan.

Sebagai pelanggan dan pengguna telekomunikasi, anda perlu mengetahui hak anda sebagai pengguna telekomunikasi dan menggunakannya dengan bijak.

Kerajaan telah menggubal dan melaksanakan Akta Komunikasi dan Multimedia 98 (CMA98) yang mempunyai peruntukan mengawal selia pelbagai perkhidmatan pemusatan dalam industri dan negara.

CMA98 menyatakan secara jelas peruntukan bagi anti persaingan, langkah pertama ke arah liberalisasi dalam industri komunikasi Akta ini membawa perspektif baru bagi definisi hak dalam komunikasi yang boleh dibahagikan kepada hak pengguna, hak penyedia perkhidmatan dan hak kerajaan serta badan kerajaan.

Sebagai pengguna komunikasi bijak, anda perlu tahu hak sebagai pengguna dan melalui hak itu serta hak penyedia perkhidmatan, akta berkenaan menggalakkan rejim kawalan sendiri manakala kerajaan tidak lagi mengenakan segala kawalan dan tindakan.

Melalui CMA98, masyarakat dan industri bersama-sama mengatur diri dan bersetuju terhadap masalah yang berlaku dan berusaha memperbaikinya dan pada masa sama menjamin dan meningkatkan perkhidmatan pelanggan.

Peringkat pertama yang perlu dilakukan dalam mengenali hak pengguna ialah melepasi saluran disediakan Forum Pengguna Malaysia (CFM) yang dilantik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ia merupakan peringkat di mana pengguna dan penyedia perkhidmatan akan cuba untuk menyelesaikan masalah secara bersama.

Jika kedua belah pihak menemui jalan buntu pada peringkat ini, CFM akan mengemukakan kes kepada SKMM untuk tindakan lanjut di mana ia akan menguatkuasakan tanggungjawab pelesenan dikenakan terhadap setiap syarikat penyedia perkhidmatan.

CFM dianggotai oleh penyedia perkhidmatan dan kumpulan pengguna yang diuruskan badan itu sendiri bagi menjelaskan kod tata laku penyedia perkhidmatan.

Melaluinya, setiap aduan akan diselesaikan dan syarikat penyedia perkhidmatan yang menerima aduan itu perlu memberi maklum balas mengikut kategori aduan dan jangka masa diberi.

Kita ambil masalah pengguna perkhidmatan prabayar yang dinyatakan sebelum ini di mana antara perdebatan hangat di kalangan pengguna dan penyedia perkhidmatan ialah ketiadaan bil menyebabkan pengguna tidak dapat mengawal panggilan dibuat selain tidak mengetahui baki kredit prabayar berkurangan secara mendadak sedangkan si pengguna tidak membuat banyak panggilan.

Masalah ini sebenarnya mempunyai penyelesaian mudah jika anda mengetahui dan memahami hak seorang pengguna telekomunikasi yang mana perundangan memperuntukkan bahawa anda berhak untuk mendapatkan bil perincian penggunaan anda dengan jelas.

Perlu diingat, sejak CFM dilantik SKMM sebagai mata dan telinga suruhanjaya itu dan semua pengguna komunikasi yang bijak perlu memanfaatkan sepenuhnya saluran disediakan.

TANGGUNGJAWAB SYARIKAT TELEKOMUNIKASI

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memberikan pengguna hak untuk mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti dan membuat aduan jika perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat telekomunikasi tidak memuaskan.

Penjagaan kepentingan pengguna seterusnya diperhebatkan lagi dengan peruntukan di bawah Akta Perlindungan Pengguna yang memberikan peruntukan kepada pengguna untuk mendapatkan ganti rugi dalam bentuk pemulangan wang atau penggantian produk terhadap perkhidmatan yang tidak berkualiti.

Berdasarkan kepada aduan yang diterima oleh Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), didapati aduan mengenai perkhidmatan telekomunikasi mengalami peningkatan yang berterusan.

Penyedia perkhidmatan telekomunikasi harus melaksanakan tanggungjawabnya dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pengguna di mana pihak yang memberikan perkhidmatan telekomunikasi harus memberikan maklumat yang terperinci tentang sesuatu perkhidmatan yang ditawarkan supaya pengguna lebih memahaminya.

Mereka juga wajib memastikan tiada sebarang maklumat yang mengelirukan disalur kepada pengguna dan perlu bertindak dengan adil dan segera jika menerima sebarang aduan bagi memelihara hak pengguna.

Oleh itu, para pengguna perlu menyedari bahawa mereka mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat yang terperinci sebelum membeli sesuatu perkhidmatan telekomunikasi dan haknya untuk membuat aduan serta mendapatkan ganti rugi.

* Oleh PERSATUAN KESELAMATAN PENGGUNA KUALA LUMPUR, PKPKL@ hotmail.com

Monday, November 18, 2013

5 Aplikasi terbaik untuk kereta



Terdapat beribu-ribu aplikasi berkaitan kereta yang boleh dimuat naik ke telefon pintar, manakah yang sesuai untuk membantu pemanduan anda? Berikut adalah senarai aplikasi terbaik yang boleh anda dapati di pasaran.

Dengan 700,000 aplikasi di iOS untuk iPhone dan 600,000 di Android, teknologi kini semakin memudahkan kehidupan seharian. Malahan, ia menjadi rutin di mana anda boleh membaca artikel semasa hendak ke cafint, memantau kesihatan dan diet anda - kesemuanya semasa anda sedang menuju ke destinasi yang dipilih. Terdapat beberapa aplikasi di pasaran untuk kemudahan anda seperti memerhati kelajuan kereta, mencari tempat letak kereta dan mengenalpasti perangkap kelajuan; kesemuanya di hujung jari anda.

Berikut adalah lima aplikasi berkaitan kereta yang terbaik, untuk membantu memudahkan kehidupan anda.

1. TRAPSTER

Ia merupakan aplikasi berasaskan peta yang akan mengingatkan anda di dalam masa-sebenar mengenai perangkap kelajuan, lampu merah, kamera kelajuan, kemalangan dan lain-lain perkara berbahaya di jalan raya. Trapster menggunakan antaramuka yang mudah, grafik 3D dan 6 pilihan bahasa, ini termasuklah penggunaan bahasa Inggeris dengan loghat Australia sehinggalah kepada suara garau. Ianya boleh digunakan untuk sistem Android dan iOS. Trapster kini mempunyai 18.5 juta pengguna dan telah merakam 6.2 juta perangkap dan halangan.

2. WAZE

Aplikasi berasaskan komuniti ini amat berguna. Ia mengingatkan anda mengenai kesesakan jalan raya dan memberi laluan terbaik untuk ke destinasi yang dipilih tanpa perlu mengharungi kesesakan tersebut. Ia juga memantau halangan jalan raya, perangkap kelajuan polis, kemalangan, penutupan jalan dan lain-lain lagi. Tambahan lagi, ciri komunitinya membolehkan anda menyumbang terhadap pemberitahuan status kesesakan sebaik anda membuka aplikasi Waze apabila memandu.

3. MY CAR LOCATOR

Dengan `MyCar Locator' untuk Android, anda tidak akan lupa tempat anda meletak kereta. Ia merupakan aplikasi berasaskan GPS yang mudah diguna kerana ia dapat mengingat tempat anda meletak kereta. Dengan menekan sekali, anda akan dibantu untuk menjejak kembali ke lokasi kereta. Maklumat yang perlu akan tertera sepanjang masa anda menggunakannya. Aplikasi ini juga memaparkan jarum yang sentiasa menunjuk ke arah kereta anda dan sistem pengukuran yang boleh diubah. Ia menyimpan maklumat mengenai lokasi kereta anda dengan menggunakan fungsi GPS di dalam masa- nyata.

4. iFIND MY CAR

Sama seperti `MyCar Locator', `iFind My Car' merupakan aplikasi penentu lokasi bagi peranti iOS (iPhone). Sebaik melancarkan aplikasi, tekan `Pin Car' untuk merakamkan lokasi anda. Apabila anda ingin kembali ke kereta, pilih fungsi 'Walk Me' dan anda akan ditunjukkan laluan ke kereta melalui GPS. Aplikasi ini akan menggunakan fungsi getaran sebaik anda hampir dengan kereta anda.

5. DASHBOARD ASSIST

Impikan aplikasi yang mengumpul maklumat lengkap mengenai kereta anda yang kemudiannya diperagakan dengan grafik menarik? Kini anda boleh, kesemuanya dengan `Dashboard Assist' yang direka khas untuk peranti Android. Ia adalah aplikasi dashboard di dalam kereta yang menggunakan paparan kamera bagi memaparkan paparan realiti maya yang menunjukkan kelajuan, statistik kereta dan sebagainya. Gunakan versi PRO dan nikmati ciri-ciri tambahan seperti jarum penunjuk ala LCD yang boleh diubah, penunjuk kelajuan dengan fungsi suara, pengukur tekanan `g-force', lampu ECO yang menunjukkan minyak yang digunakan setiap batu, jarak yang telah dilalui, kompas berasaskan GPS dan banyak lagi. - Dapatkan tips dan panduan pembelian kereta dari www.carlist.my

Friday, May 6, 2011

SITI SYAMEEN MD KHALILI suggests 10 tech gift ideas for Mother's Day.


1. Ogawa Smart Lounge

Simple and elegant, the Smart Lounge is equipped with soft rollers in its adjustable back-rest to deliver five types of therapeutic massage motions, including shiatsu. Its retractable foot-rest and remote control can be nicely tucked into the chair's form factor and you even get to choose from 10 stylish colours for its overall cushion covers. For details, go to www.ogawaworld.net.

2. Olympus TG-310

This compact camera offers a 14-megapixel sensor, 3.6X wide zoom, dual image stabilisation feature, Magic Filter and 3D effects as well as HD movie recording. It can also withstand sudden rain showers or splashes by the beach, along with being shockproof and dustproof. An additional feature is Eye-Fi, where photos can be saved and shared wirelessly.

3. Telcast K5 E-book Reader

Sold online at www.moresales.com.my for RM375.50, the Telcast K5 e-book reader comes with 4GB internal memory and SD card slot to accommodate all of Mum's favourite literature. Able to support files in .txt, PDF, .doc, Epub and HTML formats, this reader also offers photo, music and movie playback functions and a digital calendar tool. This device comes with a 5-inch LCD display with zoom feature.

4. Samsung D8000 LED TV

Featuring an 800Hz CMR and LED backlight scanning, this smart television offers true-to-life 2-D, 3-D and HD images. To match the great graphics, the model employs SRS TheatreSound HD standard for great audio reproduction as well as Allshare and wireless LAN connectivity to stream more content for your viewing pleasure. The 46-inch UA46D7000LRXXM model under the D8000 series is now priced at RM8,999.

5. ViewSonic VFM842-52 Digital Photo Frame

This 8-inch digital photo frame packs 2GB memory and multiple card slots to accommodate more multimedia files, including music. Get it at www.digitalmall.com.my for RM359.

6. Panasonic Nanocare Platinum Hot & Cold Steamer EH-2473

This steamer blasts out both hot and cold micro-mist to revitalise skin and help reduce dark circles around the eyes. Sold online at direct.panasonic.com.my at RM1,499. It is easy to use with three automatic presets that improve skin elasticity and sebum balance.

7. Sony Xperia arc

Only 8.7mm thick, this model should fit nicely in Mum's trendiest clutch. At RM2,099, this HSPA model is powered by the Google Android Gingerbread 2.3 operating system. It features a 4.2-inch display, 8-megapixel camera, HP support for photos, videos and games. There's also a preloaded media browser, extensive organiser function set, USB and Bluetooth connectivity, a GPS feature, and Midnight Blue or Misty Silver finishing.

8. A4 Tech G9-310 Glass Run Mouse

Made to work without mousepads, it can run on various surfaces such as floor tiles, an aluminium surface table and even on the glass dressing table. It uses little power and will turn off automatically six seconds after you shut down your notebook. This plug-and-play device comes with a nano receiver to give up to 15m in signal range. Available at Vertex Distribution Sdn Bhd for RM85. Visit www.vertex.com.my for details.

9. Electrolux EWW1274 Time Manager Washer Dryer

This compact combo makes laundry simpler. It washes, rinses, spins and dries your clothes using Magic Ball washing technology and Reverse Tumbling two-way drying technology. Available at leading electronic stores such as Sen Heng Electric for RM3,179. Visit www.electrolux.com.my for details.

10. Dell Streak 5

This Android-based pocket tablet device has a 5-inch Gorilla Glass screen and is only 10mm thick, making it compact and stylish. Features include 1GHz Snapdragon ARM-based mobile processor, connectivity options such as HSUPA, Wi-Fi and Bluetooth, HD video support, GPS functionality with Google Maps and 5-megapixel camera. Available at Dynamics Distribution Sdn Bhd authorised resellers for RM2,099. For details, visit www.dell.com.my.

Source: NST-Life & Times, May 2, 2011
Byline / Author: By Siti Syameen Md Khalili

Friday, January 28, 2011

Panduan keselamatan untuk pengguna

BILIK Mesej Segera (Instant Message), Texting, Telefon WAP, WIFI dan Blog...bagaikan tidak pernah berakhir. Tetapi apabila anda berminat dengan trend terkini pastinya akan muncul pula teknologi yang lebih hebat dengan isu keselamatan yang baru. Jangan bimbang, hanya dengan beberapa petua ringkas, anda boleh melayari Internet dengan selamat.

* LOL (laughing out loud)

Penggunaan gaya bahasa dan cara penggunaannya akan menimbulkan minat untuk terus melayari. Tetapi gunakanlah dengan bijak dan berhemah.

* TTYL (talk to you later)

Jangan hantar atau taip mesej selain daripada mesej yang kami hantarkan. Setuju?

* BTW (by the way)

Dengan menggunakan filtering software, anda boleh menghalang kandungan yang tidak berfaedah dan langkah terbaik adalah dengan mengenali rakan bual anda. Ingat! Jangan sekali-kali bertukar-tukar maklumat peribadi dan gambar anda di internet.

* GTG (got to go)

Sama ada anda sedang berbual, belajar dan ketawa, anda perlu sentiasa ingat amalan terbaik semasa melayari internet supaya anda tidak di godam, mendapat virus at menjadi mangsa pencuri identiti.

Anda perlu mengabaikan mesej dari orang yang tidak dikenali, bertanya tentang kata laluan dan maklumat peribadi; melihat laman web lucah yang muncul secara tiba-tiba dan menerima e-mel remeh (SPAM) seperti peraduan palsu dan e-mel hadiah percuma. Oleh itu anda perlu melayari internet dengan bijak dan sentiasa berwaspada dengan e-mel remeh (SPAM) serta memadamkan mesej tersebut.

* Bertindak dengan bijak, jangan tertipu!

Terdapat pegguna internet yang sentiasa mencari peluang untuk menganiaya orang lain terutama remaja dan kanak-kanak. Kebiasaanya mereka akan menghantar e-mel/mesej (IM) secara rawak dan mengharapkan seseorang akan membalas e-mel/mesej (IM) tersebut. Oleh itu...

Jangan sekali-kali...

- Berikan nama, alamat, nombor telefon, nama sekolah atau kata laluan.

- Bertemu dengan orang yang tidak dikenali semasa anda berbual di Internet tidak kira apa yang mereka katakan.

- Membuka e-mel atau lampiran daripada orang yang anda tidak kenali, mempercayai gambar dan mesej yang anda terima daripada orang yang tidak dikenali.

- Sembunyikan sesuatu daripada ibu bapa, guru atau penjaga anda jika seseorang atau mesej yang dihantar menjadikan anda berasa tidak selesa.

* BRB (be right back)

Antara soalan popular yang sering ditanyakan oleh kanak-kanak:

Saya hendak memuat turun muzik atau membeli sesuatu secara dalam talian. Apa yang perlu saya lakukan?

- Memuat turun muzik yang dilindungi hak milik tanpa membayarnya adalah menyalahi undang-undang.

- Gunakan laman web yang biasa digunakan oleh rakan anda, atau nama yang biasa dikenali.

- Gunakan mekanisme pembayaran yang selamat. Cari kunci mangga di bahagian bawah laman web.

- Gunakan kad kredit, ia biasanya dilindungi daripada penipuan.

- FIKIR sebelum anda membuka e-mel. Adakah saya mengenali orang ini?

- Adakah tajuk ini masuk akal? Jika tidak, jangan buka.

- Halakan tetikus pada pautan untuk melihat alamat laman web (URL). Jika URL tersebut berbeza daripada jangkaan anda. jangan klik padanya.

- Laporkan spam dan virus kepada MyCERT, ISP. orang dewasa atau polis.

- Ingat, anda TIDAK wajib membuka e-mail. Jika ianya penting, dan anda memadamnya, orang tersebut akan menghubungi anda semula.

Saya sedang berbual dalam talian dengan seseorang yang tidak saya kenali. Apa yang perlu saya lakukan?

- Sentiasa pastikan maklumat peribadi anda dirahsiakan.

- Jangan berbual mengenai sesuatu yang membuat anda berasa tidak selesa.

- Jangan menyamar menjadi orang yang lain.

- Sentiasa memberitahu ibu bapa atau guru jika ada yang bertanya mengenai maklumat peribadi anda.

Saya hendak pastikan nombor telefon mudah alih saya selamat. Apa yang perlu saya lakukan?

- FIKIR dahulu sebelum menghantar nombor telefon mudah alih kepada rakan bual di dalam talian.

- Minta kebenaran daripada rakan-rakan anda sebelum anda menghantar gambar mereka.

- Hanya berikan nombor telefon mudah alih anda kepada orang yang anda kenali dan percaya.

- Jangan jawab mesej teks daripada orang yang anda tidak kenali. Abaikan mereka atau lebih baik lagi, padamkan sahaja mesej tersebut.

Seseorang bertanyakan kata laluan saya. Apa yang perlu saya lakukan?

- Jangan sekali-kali berikan kata laluan anda. Jika anda telah berikan, tukarkannya dengan segera.

- Gunakan gabungan huruf, nombor dan symbol sebagai kata laluanl; contohnya $je1F2Bb.

- Bank atau laman web TIDAK SEKALI-KALI menghantar dan meminta pengesahan butiran log masuk melalui e-mail atau mesej yang lain.

Ibu bapa saya tidak mengetahui apa itu internet? Apa yang perlu saya lakukan?

- Libatkan mereka; ajar mereka tekniknya.

- Tunjukkan mereka cara untuk membuka dan menggunakan akuan e-mail; dan bagaimana IM berfungsi.

- Lalukan carian mengenai hobi mereka; tunjukkan mereka cara menggunakan Google.

* Dihasilkan oleh (ISC)2 dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia.

Wednesday, October 14, 2009

Rekaan berbeza bawa perubahan

PERKEMBANGAN komputer peribadi (PC) dan laptop kian maju dengan inovasi penggunaan yang dipelbagai dari hanya sebuah peranti untuk menaip hingga ke salah satu alat keperluan hidup.

Kebanyakan pengguna menggemari cara tradisional menekan papan kekunci pada PC sebagai antaramuka utama yang digunakan setiap hari selain rekaan laptop biasa berwarna perak.

Selepas pencetak mula memperkenalkan fungsi semua dalam satu serta fungsi sesentuh sebagai `lauk', kini tiba giliran PC mengalami situasi yang sama.

Selepas ini, mungkin tiada lagi CPU kerana semuanya boleh dimuatkan dalam monitor yang dijual vendor tambahan pula pengguna mementingkan penjimatan ruang di atas meja.

Bagi pengeluar PC terkemuka, Hewlett Packard (HP), PC semua dalam satu dibantu paparan skrin sesentuh mampu membawa perubahan baru dalam dunia perkomputeran moden.

Naib Presiden dan Pengurus Besar, Unit Sistem Desktop, HP Asia Pasifik dan Jepun, Dennis Mark, berkata keupayaan skrin sesentuh banyak merubah kaedah menggunakan PC.

"Kami pernah memberikan PC semua dalam satu dengan fungsi sesentuh kepada masyarakat yang tidak pernah mengenal teknologi sebelum ini.

"Hasilnya, mereka mampu melayari menu tanpa pengawasan pengajar kerana sentuhan lebih bermakna untuk semua perkara," katanya.

Jelasnya, sejak PC semua dalam satu kategori Touch-Smart diperkenalkan pada 2007, HP mendapat maklum balas baik dari pengguna yang mendapati fungsi terbabit lebih menyenangkan pelayaran menu atau aplikasi.

"Inovasi terbabit membuka peluang seluas-luasnya kepada dunia perkomputeran," katanya.

Beliau berkata, pengenalan TouchSmart menukar model berinteraksi antara komputer dan pengguna yang mana ia menumpukan persekitaran aplikasi berkaitan kehidupan manusia.

"Perhubungan antara manusia dan mesin suatu ketika dulu hanya terhad kepada perkara tertentu namun pengenalan skrin sesentuh membuka untuk penambahbaikan beberapa perkara.

"Ia membabitkan aplikasi yang meliputi ruang berkomunikasi masyarakat dengan PC sekarang adalah pembantu paling padan untuk manusia," kata Mark.

Berbeza dengan siri 2.0 yang lalu, TouchSmart 3.0 membenarkan banyak aplikasi dimuatkan untuk mengurus kehidupan manusia yang sofistikated.

"Kita menyaksikan produk skrin sesentuh berjaya di Jepun serta negara Pasifik Selatan seperti Australia dan New Zealand kerana antaramuka yang ditawarkan membina komunikasi dua hala," katanya.

Tambahnya, HP akan sentiasa melihat aplikasi yang bersesuaian untuk dimuatkan dalam PC semua dalam satu dengan fungsi skrin sesentuh.

"Contohnya, ketika ini kami mempunyai aplikasi foto yang membolehkan pengguna menyuntingnya menggunakan tangan dengan menukar saiz dan sebagainya.

"Ia salah satu daripada aplikasi yang disorotkan bersama produk TouchSmart terkini iaitu model 300 dan 600," kata Mark.

Mark berkata, HP menjalankan dua penyelidikan di India dan China yang menunjukkan keupayaan skrin sesentuh dan PC semua dalam satu amat ditagih pengguna di kedua-dua negara terbabit.

"Kajian mendapati hampir 7,000 masyarakat India yang tidak mengenal erti teknologi mampu menguasai PC berskrin sesentuh dengan pantas tanpa dibantu tenaga pengajar," katanya.

Sementara di China pula, hampir 70 peratus rakyatnya mahukan PC semua dalam satu untuk memudahkan mereka melayari menu serta berinteraksi dengan lebih baik.

"Kami percaya teknologi skrin sesentuh membolehkan manusia berinteraksi secara semula jadi berbanding jika diberikan papan kekunci saja kepada mereka.

"Ada yang bertanya kepada kami bagaimana untuk mengajar manusia menggunakan PC berskrin sesentuh? Kami hanya mengatakan mereka tidak perlu belajar kerana ia adalah sifat semula jadi manusia," ujarnya.

Beliau mengambil contoh penggunaan mesin juruwang automatik (ATM) yang tidak memerlukan pegawai bank untuk mengajar pengguna cara menggunakan mesin terbabit.

"Kalau kita lihat di pasaran, banyak vendor lain mula melabur dalam pembangunan PC dalam satu berskrin sesentuh," jelas Mark.

Prestasi menggunakan skrin peka sentuhan dikatakan lebih baik apatah lagi ketika ini dunia perkomputeran menuju kaedah kerja untuk memperoleh produktiviti dan komunikasi lebih pantas.

Ternyata fungsi skrin peka sentuhan membolehkan pengguna melakukan serta melayari PC dengan lebih baik walau di mana juga mereka berada.

Penggunaan PC semua dalam satu berasaskan skrin sesentuh direka menerusi inovasi optikal yang mana dua lapisan mengandungi bahan untuk menyebarkan cahaya bagi menghantar dan menerima isyarat membolehkan pengguna memilih menu dan pilihan dengan menyentuh pada skrin.

Menurutnya, walaupun pasaran PC desktop menguncup, pasaran PC semua dalam satu kian menjadi tarikan utama terutama di negara membangun.

"Laporan kaji selidik agensi penyelidikan terkemuka IDC terhadap masa depan desktop HP menunjukkan kenaikan berdasarkan pertambahan 14.6 peratus unit yang dihantar ke seluruh dunia," katanya.

Katanya, ia menunjukkan penerimaan pengguna terhadap peranti itu terutama pada masa depan.

"Menerusi PC semua dalam satu, HP membawa pengalaman desktop di dalam kategori notebook. Kami menawarkan rumusan yang disasarkan untuk membawa pengalaman baru yang menggabungkan reka bentuk terbaik dengan kefungsian yang mudah digunakan dan menarik penggunaan," katanya.

Bercakap mengenai fesyen laptop, Naib Presiden, Unit Perniagaan Mudah Alih, Kumpulan Sistem Peribadi, HP Asia Pasifik dan Jepun, Chua Hwee Koon, berkata situasi ekonomi dunia yang dialami hari ini tidak menghalang pengguna mendapatkan produk kegemaran mereka.

"Oleh sebab itu, kami turut memperkenalkan pereka Tord Boontje yang mementingkan alam untuk mencipta rekaan kerangka luar pada produk HP Mini," katanya.

Menurutnya, rekaan tidak hanya bergantung kepada bentuk luaran laptop namun ia turut bergantung kepada pengalaman melayarinya.

"Kami melihat dari segenap sudut untuk mereka faktor `wow' yang mampu memberi kejutan kepada dunia," kata Hwee Koon.

Menurutnya, inilah masanya kita memilih laptop yang betul, inovasi yang betul, reka bentuk yang betul dan prestasi yang betul, malah semua itu mesti memenuhi kehendak serta keperluan dan yang penting ia mampu dimiliki.

"Maka HP tampil dengan pelbagai produk baru ini yang memiliki semua ciri serta kefungsian ditawarkan pada harga yang mampu dimiliki.

"Misalnya laptop yang ke arah fesyen selain teknologi, begitu juga dengan PC yang selama ini memang mementingkan reka bentuk," katanya.

Sebenarnya, semua inovasi ini terhasil mengikut kehendak pengguna yang sentiasa mahukan sesuatu segar walaupun ia membabitkan teknologi.

Benarlah kata Naib Presiden Kanan Kumpulan Sistem Peribadi, HP Asia Pasifik dan Jepun, See Chin Teik, "Produk baru yang dikeluarkan berdasarkan pacuan pengguna yang mahukan rekaan inovasi paling canggih."

Sumber: Harian Metro

Thursday, August 13, 2009

Top 5 - Computer problems and solutions

ONCE you buy a computer, you must accept that sooner or later it will eventually crash due to a virus or some other massive error. If someone told you that your computer will last more than a decade, don't believe it because it is just a myth. But of course, you should take care if you want it to last longer without any defects.

However, there are people out there who would prefer to buy a new computer than spending time trying to fix it. Usually after the first two years, you will need some kind of maintenance because your computer tends to lose its original speed and performance. Here are some common problems a computer user usually experience.

* Computer speed or performance has slowed.

Lack of maintenance, fragmented data, corrupted registry, spyware, and unnecessary loading of computer programmes and services will surely effect your PC speed and performance. Managing your programmes and cleaning your registry will boost your computer's performance up to 30%.
* Computer system freezes and blue screens of death.

Computer virus or spyware may be some of the reasons why this is happening to your computer. Update your anti-spyware immediately to avoid this kind of problem and thoroughly scan your computer to see if it has any viruses or spywares. If you find your computer is free from spyware, then updating your hardware drive is the next step.

Hardware drives makes it easier for your computer to effectively communicate with other hardware components. Without an updated driver, the CPU may lock up and cause problems. If that doesn't work try to increase your computer RAM to avoid computer freezes. By increasing the RAM you get more use out your computer's computing power.

* The computer keeps on rebooting again and again.

This problem is usually associated with hardware issue,and faulty power supply is usually the cause. Dirty or defective cooling fan is another reason why your computer is rebooting spontaneously.

If your computer is trying to cool itself and the fan is defective, it will automatically switch off.
Dust that accumulates in your computer can also trap heat and make it hotter. Clean the fan and make sure it is running properly. Do not forget to check your power supply.

* Noises and vibrations.

High pitched noises are caused by electronic components. Unplug your computer, remove the case and run the computer to find the origin of the noise. If a loose wire or faulty fan is not causing the noise, then it is time to call a computer technician to help with your problem.
* Your browser home page changed itself.

This is caused by a spyware installed on your system. The spyware installed a java script into your web browser that tells your browser to change settings hence changing the default home page of your browser. You can run an anti-virus or spyware programme to remove the spyware from your computer.

All these problems can be avoided simply by maintaining your computer. The key to fixing it is to diagnose and identify what's happening to your computer. Take a few minutes to run some diagnostic tests, or seek help in forums before visiting a computer repair center.

TIPS

How to keep your computer running fast and smooth

Here are a few common problems that can slow down your computer and the steps to overcome it:

* Step 1

Keep your desktop and hard disk tidy - Storing files and lots of shortcuts on your computer desktop will take up more memory. Create a temporary working folder for it, instead of littering the desktop.

* Step 2

De-fragment your hard disk regularly - There are hidden files and abstract data recorded to your hard disk. Over time, the way it is organised becomes less efficient, and the disk is said to be fragmented. Fortunately, Windows has a "disk defragmenter", which can correct the fragmentation on your hard disk fairly quickly.

* Step 3

Keep your computer free from viruses - If you are connected to the Internet, it is possible to be infected with malicious viruses which will slow down your computer, corrupt your files, and render it useless.

Equip your computer with anti-virus software, and make sure the "definitions" are up to date.

* Step 4

Make all of the above easy - Everything can be automated using Window's built-in "Scheduled Tasks" manager to schedule tasks into a simple batch file with simple instructions for your computer to follow.

* Step 5

Automatic disk cleanup - Set the options for "Disk Cleanup" utility to use when "Scheduled Tasks" executes it.

* Step 6

Schedule it! - The tasks you have defined will now run on a regular basis as you have specified, which will help your computer run relatively trouble free for years to come.

Thursday, June 25, 2009

Tips on 'greening' your phone


How to use your mobile device in the most energy efficient way:

- Unplug your charger when the battery is full.
- Decrease the brightness of its screen.
- Set the standby time to minimum.

- Turn off sounds you don't need such as keypad tones. You may also want to adjust the volume of your phone to an average level, particularly if you're inside your home or office. Fewer sounds mean using less energy.

- Turn off functions like Bluetooth and WLAN when not in use.

- Recycle your obsolete mobile phone. You can find the nearest recycling point at www.nokia.com/werecycling.

- Consider using your mobile device to read emails and browse the Internet. This uses 1/30 of the energy used by a laptop computer.

- Use Green Explorer to plan your travel in the most environmentally friendly way or check up on eco tips when you are on the move at http://www.greenexplorer.nokia/. com.

- If you have to fly, consider using the we:offset service to offset carbon emissions. You can download the application at http://www.nokia/. com/we:offset.