Showing posts with label kehidupan baru. Show all posts
Showing posts with label kehidupan baru. Show all posts

Thursday, 18 February 2016

berhabuk..

assalamualaikum..

lamanya tak menulis di blog ni.. setahun lebih.. hehehe... penyakit M ni telah berkuasa maka dengan itu memang terbiarlah blog ni tak bertulis..

alhamdulillah.. aku dah punya 2 princesses.. selamat bersalin November lepas.. girl jugak.. alhamdulillah.. yang ni nanti cerita kemudian ye..

nak blog walking jap..

tata..

Wednesday, 30 October 2013

insyaallah..

phewww...
what a long longggg hiatus...

sedang "mengerjakan" sesuatu.. will update later..

moga dipermudahkan..
amin

Monday, 10 June 2013

Fellicious Brain Charger Drinks

marii.. mariii..

Memperkenalkan Fellicious Brain Charger Drinks - Jus minda yang berkhasiat untuk tubuh untuk semua lapisan umur tidak kira lelaki atau wanita.. Diadun dari gabungan makanan sunnah nabi iaitu delima, kurma, kismis & madu..




Kandungannya adalah semulajadi, tidak menggunakan ekstrak buah tetapi datang dari buah-buahan segar yang dikupas sendiri di kilang yang bertaraf GMP..

Rahsia penciptaan buah delima di dalam Al-Quran terakam indah firman Allah swt yang bermaksud " di dalam kedua² nya (syurga) juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma & delima, (surah Ar-Rahman ayat 68), Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali dalam ayatnya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu & ia juga disebut buah-buahan syurga

Fellicious BCD ini membantu perkembangan minda anak² dalam proses perkembangan pembelajaran mereka.. Anak² yang bakal menduduki peperiksaan juga digalakkan mengambil Fellicious BCD ini bagi membantu meningkatkan tahap kecerdasan minda supaya lebih mudah mengingati.. Jangan risau.. Rasanya pun sangat² sedap..

Antara khasiat² Fellicious BCD :

  • anak² lebih fokus 
  • lebih mudah mengingati/menghafal
  • memberi tenaga
  • menambah selera makan
  • mengurangkan alahan ibu mengandung
  • mengurangkan Eczema
  • membantu mengurangkan sembelit
  • melembabkan kulit
  • mengurangkan simptom Alzheimer
  • kulit anak licin & cantik - khasiat delima & kurma
  • membantu pasangan yang mahu mendapatkan zuriat
  • memperbaiki period cycle (wanita)

kandungan :

350ML (tahan sebulan)

RM89.90 (WM), RM95 (EM)


saya sendiri sudah merasa keberkesanannya kepada anak saya.. hanna lebih petah bercakap & lebih fokus dalam satu² perkara.. selera makan pun bertambah.. hari² mintak nasi.. hehe.. alhamdulillah..

berminat?
PM or whatsapp saya 017-3452586 murni
rinn_col@yahoo.co.uk



Monday, 25 March 2013

happy bila anak happy..

selamat bersiaran..

hanna sekarang dah duduk rumah pengasuh.. dekat je dengan rumah.. alhamdulillah.. hanna suka duduk situ.. waktu mula² hantar, menangis jugak.. tapi kejap je la.. mama dah keluar terus dia diam.. hehe..

dah sebulan duduk rumah pengasuh.. so, sekarang hanna officially duduk dengan kami.. kesian uwan & atuk.. penat dah dorang.. biarlah dorang rehat pulak..


happy bila hanna happy..

Wednesday, 16 January 2013

New year.. ohhh...


happy new year..!!!
*PANGGG... tampar diri sendiri..

dah nak habis sebulan dah januari 2013 baru nak wish happy new year kan.. cehhh..
bukan apa.. bz kemain la sekarang ni.. kata misi tahun baru nak jadi pekerja berwawasan.. haha..

start 2 januari aritu, hanna dah mula masuk taska.. meraung² la dia.. hadoiii.. risau aku dibuatnya.. yelah, selama ni duduk dengan uwan (mak aku), everytime uwan depan mata.. ni kat taska hanya kawan² dengan cikgu je.. meraung sakan la dia.. tapi, bila aku call penyelia taska, katanya ok je.. main dengan kawan²..

masuk taska baru 4 hari.. lagi seminggu cuti.. hehe.. hari kedua di taska, hanna dah dapat selsema.. biasa la kan dah nama duduk di taska ramai², cepat la berjangkit penyakit.. selama ni duduk dengan uwan, jarang demam.. tonsil bengkak siap dapat sakit mata lagi.. penyudahnya, uwannya bawak balik seremban.. harini dah ok sikit baru hantar taska balik..

selera makan masa demam memang drop la sebab tonsil bengkak.. asyik nak susu je.. makan taknak.. turun sikit berat.. semalam dah ok sikit bagi bubur baru habis semangkuk.. baru datang selera makan tu.. lega aku.. doktor suruh bagi makanan yang kita makan hari².. nugget pun ok bagi tambah lemak untuk naikkan berat badan.. haiiii la hanna.. kalau la dapat mama bagi sikit lemak² degil ni kat hanna.. hehehe..


yuhuuuu..

Monday, 3 December 2012

to us..

HAPPY 2ND WEDDING ANNIVERSARY..!!

hehe..
alhamdulillah.. genap 2 tahun usia perkahwinan kami..
sepanjang 2 tahun ini, banyak susah payah yang kami lalui bersama.. semoga Allah swt memberkati serta merahmati rumahtangga kami..

syukur dengan kehadiran cahaya mata, Nurhanna Arissa melengkapkan kehidupan kami suami isteri walaupun masih ada "lubang2" di sana sini.. insyaallah, perlahan² akan kami perelokkan nanti.. sesungguhnya banyak perkara yang mematangkan kami berdua dalam melayari bahtera rumahtangga ini..

Ya Allah, sesungguhnya kupanjatkan syukur ke hadratMu..
kerana telah mengurniakan aku insan² ini ke dalam hidupku..
walaupun banyak cabaran² mendatangi kehidupan kami..
namun aku tetap mensyukuri nikmatMu ya Allah..
kerana mereka inilah yang menjadikan aku kuat dalam menempuh segalanya..

Alhamdulillah..
syukran Ya Allah..





tata..


Tuesday, 25 September 2012

Happy first birthday sayang...


semalam 24 September 2012, genap setahun usia hanna.. kejap je masa berlalu, tak sedar dah setahun usia anakku.. rasa macam baru semalam melahirkan..

semalam jugak hanna kena jab untuk umur setahun.. uwan dengan atuk bawak hanna pergi klinik.. alhamdulillah, mak kata hanna nangis kejap je.. dah besar, kan.. hehe..

sekarang ni, hanna dah practice melangkah.. sofa uwan dekat seremban pun dapat dipanjatnya.. kerusi makan yang berat tu pun dapat ditolaknya.. ingat tak larat.. kuat anak mama.. hehe.. setiap masa hanna akan explore boleh kata semua benda yang ada kat rumah.. almari tv, meja kopi uwan habis dikemasnya.. baju² dalam beg hanna akan keluarkan satu².. meja makan entah berapa kali ditawaf.. tudung saji yang 4 segi tu pun jadi "kenderaan" hanna.. mula², dia masuk & duduk dalam tudung saji tu.. dah puas duduk, diterbalikkan tudung saji tu, then ditolaknya pulak sambil berdiri.. kemaruk nak jalan la tu.. hehehe..

mulut pun makin bising.. sikit² "abbaaa..".. kalau abah tutup pintu bilik, hanna akan panggil sambil ketuk² pintu bilik tu suruh bukak.. kuat lak tu.. panggil sampai geram².. bila abah lambat bukak pintu, merajuk.. haha..

tetiba rindu pulak kat hanna.. takpeee... weekend ni mama balik, kita beli kek eh.. nak celebrate tu nanti la.. tempah kek khas untuk hanna & buat jamuan sikit.. tak sabar rasanya.. hehe..

semoga hanna membesar menjadi anak yang solehah, bijak, cerdik, sihat, membanggakan serta menyejukkan hati mama, abah, atuk & seluruh keluarga.. mama sayang hanna banyak²..

happy first birthday anakku sayang..

Wednesday, 15 August 2012

sunyi dah opis ni..


as salam..

lagi 4 hari kita akan meninggalkan bulan ramadhan.. sekarang ni sure ramai yang masih bekerja.. badan je yang kerja tapi hati dah sampai kampung dah.. haha..

sama laa dengan aku sekarang ni.. bos tak ada.. katanya pergi servis kereta.. kerja makin nak cuti, makin banyak pulak.. tau laa semua nak raya kan.. hati aku ni tinggal separuh je time buat kerja.. hati melayang² nak cuti.. bukan nak raya.. tapi nak cuti.. eh, aku tak tau kenapa aku tak rasa nak raya sangat.. even dengar lagu raya pun macam tak ada perasaan.. kenapa eh? apa yang tak kena dengan aku ni? tapi baju raya tetap beli.. heheh..

hari ni dah ramai opismate yang half day.. esok dah start cuti.. makin sunyi laa opis kan.. yang kampung di sabah - sarawak, awal² lagi dah cuti.. aku? kerja sampai jumaat.. sayang pulak ambil cuti bebanyak.. so, start cuti hari sabtu.. aku ambil cuti dari 22/8 hingga 24/8.. ambil 3 hari tapi dapat 9 hari.. muahahaha.. jadi laa kan.. hubby pulak raya kena kerja.. shift malam pulak tu.. hanya dapat cuti 27/8 hinggalah 31/8.. orang dah naik kerja, dia baru nak cuti.. huhu..

raya pertama of course di Seremban, rumah family aku.. tahun ni sepatutnya raya belah hubby.. tapi memandangkan belah hubby dah ramai (tak laa ramai mana pun.. 2 keluarga je..), belah aku tak ada orang, so raya pertama dengan family aku laa.. kesian mak dengan ayah.. kalau raya pertama aku di belah hubby, menangis laa dorang.. aku ni anak tunggal.. tak ada adik beradik.. so, apa² kena dulukan dorang laa.. hehe..

ada tak orang yang beraya di putrajaya? maksud aku tak balik kampung laa.. macamana laa agaknya eh? mesti tak best, kan?

tahun ni jugak, tahun pertama kami husband & wife beraya dengan anak.. segala persiapan, dulukan anak dulu.. sendiri punya, KIV.. baju² dia, aksesori dia.. yang lagi best, tahun ni dapat laa hanna kutip duit raya.. hehehe.. ni pun belum raya lagi, tapi duit raya dah dapat dah.. alhamdulillah, murah rezeki anakku.. beberapa orang opismate bermurah hati menghulurkan duit raya untuk hanna.. terima kasih ya aunties.. tahun depan hulur laa lagi.. hehehe..

bos pun dah bagi duit raya.. alhamdulillah.. semoga semakin murah rezeki bos hendaknya.. amaunnya? biarlah rahsia.. pegang sampul je dah rasa tebal.. hehehe.. ok.. fullstop.

nak rehat kejap..
tata..


Thursday, 9 August 2012

bonus.. bonuss.. lai.. laiiii..


selamat pagi..
puasa tak hari ni? ada yang dah raya ke? hehe.. soalan cepu emas pepagi ni..

aku pasti ramai yang menunggu hari ini.. ada apa dengan hari ini? hari ini, 9 Ogos 2012.. hari bonus untuk penjawat awam.. yeaayyy.. hehehehe.. ramai yang dah prepare nak buat apa dengan duit bonus ni.. nak beli baju anak², nak ganti langsir baru, beg baru untuk raya, beli gelang baru... kan? kan?

aku? taktau lagi nak buat apa.. tapi rasanya simpan kot.. yeke simpan? boleh caya ke? hahaha..(gelak jahat koooo..) yang penting sekarang ni nak selesaikan duit kuih raya dengan duit kain pelikat (order kat opismate) untuk ayah.. hehe.. ingat nak beli tudung untuk mak mertua & kakak² ipar.. (nasib kakak ipar den 2 orang je.. hehe..) tengok laa nanti macam mana..

untuk mak, aku dah belikan kain ela 3 pasang.. dah siap pun jadi baju dengan tudung sehelai.. tudung pun tudung mahal ok.. 3 layer lagi.. siap ada kerongsang.. mesti korang boleh imagine macam mane kannn.. first time tengok, dah jatuh hati.. tapi bukan beli untuk diri sendiri, tapi untuk mak.. bagi mak cantik di hari raya.. hehe.. untuk ayah, dah ada sehelai t-shirt & kain pelikat on the way.. baju melayu pakai tahun lepas punya.. taknak beli baru katanya sebab pakai kejap je..

untuk hanna pun dah ada.. baju kurung sepasang tapi senteng sikit.. takpe laa.. untuk baby kan.. hubby belikan blouse dengan jeans 3 quarters untuk hanna.. siap kasut lagi.. comel.. kakak² ipar pun ada belikan baju raya untuk hanna.. tapi belum ambil lagi.. masih kat rumah tok di Shah Alam.. bergaya laa anak aku raya nanti.. masuk yang aku beli, dah berapa pasang dah.. tok dia beli lagi.. sakan hanna naaa.. alhamdulillah.. murah rezeki anakku..


pose manja untuk hari raya..

aku? dah ada 4 pasang baju kurung.. semua dah siap.. tudung je tak ada lagi.. entah bila nak beli.. kasut pun.. beg.. tu laa.. barang untuk family semua dah ada.. untuk sendiri punya tak lengkap lagi.. tu laa namanya pengorbanan seorang ibu.. ehh.. boleh ke cakap macam ni.. kehkehkeh.. puiii..

ok..ok.. melalut dah ni.. sambung kerja balik..
jangan boros macam saya ye kawan²..

tata..

Monday, 26 March 2012

entah..



selamat petang..

baru je tadi mak aku balik dibawa bersama Nurhanna Arissa nan kecik itu ke Seremban.. sebenarnya semalam lagi mak aku nak balik, tapi sebab kereta buat hal, terpaksalah post phone ke hari ni.. ni pun duk terasa² lagi tangan ni mendukung budak kecik tu yang makin tembam hari demi hari.. hehe.. eh.. apesal mata aku berair? *nangis laa tu.. huwaaa.. takpe.. hari sabtu mama balik ye sayang..

sebenarnya, time tengah menaip ni aku kelaparan.. makan bekpes tadi je.. kengkononnya nak diet la.. haremmmm.. nasi makan jugak.. berat tak turun tapi makin naik.. haha.. balik ni siap terbayang lagi nak goreng telur ngan nugget pehtu makan ngan nasi panas².. ahaksss.. ada sape² terliur tak? muahahaha..

sekarang pukul 4.30.. lagi setengah jam pukul 5.. cerita apa daa.. dak tadika pun tau lagik setengah jam pukul 5 lepas 4.30.. haha.. japgi loceng punch clock bunyi, aku nak zass balik terus.. apa lagi petang ni kena naik bas.. hari nak hujan plak tu.. perut pulak keriang keriot je nih.. jangan ada sesapa duk dekat ngan aku dalam bas nanti dengar bunyi dalam perut aku nih..

ok laa.. sebenarnya aku pun taktau apa motifnya aku menulis ni.. sambil layan perut lapar.. bila dah lapar tu macam² perangai dibuat kan?


atuk belikan pedang lampu² untuk hanna.. tahan  24 jam je.. plastik gambar angry bird  atas tu dah selamat dikoyak dek hanna.. bijak cucu atuk kannnnn.. nasib baik 5 hengget.. tu pun atuk dah urut dada tengok pedang tu terkoyak. kehkeh..

ok bye..


Thursday, 22 March 2012

very excited u'olls.. hehe..


salam khamis..

wahh.. tajuk kemain vass.. taknak kalah.. haha..

lagi 2 hari genap usia hanna 6 bulan.. so dah boleh makan solid food.. yeayyy.. sebenarnya dah berapa hari dah aku try bagi hanna makan nestum.. tapi buat cair² sikit laa.. hanna makan laju je.. kalau bubuh dalam botol sekali dengan susu, kurang sikit.. dah ready laa kot nak makan solid food tu.. hehe..

ingat dalam waktu terdekat ni nak try buat bubur.. tapi tetiap malam ada je perkara nak dibuat.. kawan hubby datang laa, mak mertua datang laa.. tu yang asyik tertangguh je.. dalam fridge dah ready dah kentang dengan carrot.. ikan tenggiri pun dah ada.. tak sabar nak buat.. aku pulak yang excited lebih.. huhu..

sejak belajar makan nestum ni, (beras + soya) hanna dah makin kurang menyusu.. kalau buat mesti tak habis.. baru setengah botol, dia dah tepis tangan kita.. kena main² dengan dia dulu then baru sambung balik.. kang bila dah sejuk, taknak pulak.. memacam ragam sejak dah besar sikit nih.. tu belum dapat kaki lagi tu..

nak tido skang pun makin payah.. kena nangis² dulu baru dia nak tido.. geram betul.. tido manjang je lewat.. takdenye nak tido awal dah.. kengkadang, kita dah menguap² tahan ngantuk, hanna steady lagi cerah biji mata.. haiiii laa anak.. macam².. tapi kalau hanna takde, sunyi.. huhu..


budak yang makin hari makin lasak..

kalau dulu, mandi asyik laa menangis.. tapi sekarang, ya ampunnnn.. galak main air.. satu lagi time nak menyiapkan hanna pakai baju.. adoiiiiii.. susah kemain..  jam tu laa dia nak melasak..

tapi walau apa pun, mama tetap sayang hanna..
luv u hanna busyuk² mama..
^_^


Wednesday, 21 March 2012

Sunday, 4 December 2011

setahun sekali

yuhuuu.. salam hari minggu..

semalam, 3 Disember 2011 genap setahun usia perkahwinan kami suami isteri.. rasa macam baru sangat bersanding.. hehehe.. sekejap sangat.. alhamdulillah, selama setahun ini, kami melayari alam rumahtangga dengan penuh kasih sayang.. walaupun kadangkala ada perselisihan, tapi itu kan adat berumahtangga.. sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri.. hehehe..

semoga Allah swt sentiasa merahmati & memberkati kehidupan kita seterusnya.. insyaallah..

takmo cakap banyak².. layan pics ni eh.. memori sungguh..





*luv u so much hubby.. ^_^

Tuesday, 29 November 2011

my dear hanna..

hyee.. salam hari selasa.. masih dalam mood bercuti.. ada lagi sebulan baru masuk kerja.. hehe..

baby hanna dah 2 bulan.. genap 2 bulan aritu terus bawak pergi cucuk 3 serangkai.. alhamdulillah, hanna tak demam.. maybe sebab lepas cucuk, kami terus bagi ubat yg doc bagi tu.. cuma meragam sikit je belah malam.. lepas tu dah ok.. =)

sekarang dah pandai senyum².. waktu tidur, mata pejam pun senyum.. pandai anak mama nih.. masa tok belah abah dia datang aritu, lagi galak hanna senyum.. buat orang geram je.. huhu..

berat hanna sekarang dah 4.7kg.. naik sekilogram dah.. pegang pun dah lenguh tangan.. bila letak dalam stroller, kejap je hanna nak.. lepas tu dah mula suruh orang dukung.. cantik² along ina belikan stroller, kejap je dia nak.. haishhh..

masuk hari ni dah 3 hari hanna tak u'uk.. bila tanya doktor, doktor kata itu normal.. selagi baby minum susu badan, itu masih normal.. cuma mama jelah yang risau.. yelah, takut la kan..

 my dear hanna..

Monday, 10 January 2011

sebelum & selepas..

lepas kahwin ni, asal weekend je kami husband & wife mesti ligat kepala berfikir nak pergi mana.. jumaat petang je dah siap² pack kain baju.. ke mana lagi, kalau bukan ke rumah mak.. hahaha.. orang sebelah menyebelah pun mesti perasan, weekend rumah kami mesti gelap.. lesap.. huhu..

bukan apa, rumah kami pun tak ada barang sangat.. TV pun tuan rumah punya.. kecil saja.. astro?? tarak.. huhu.. mesin basuh pun belum ada lagi.. so, mengangkut la kami berdua dengan beg besar eksport kain baju kotor ke rumah mak.. bukan tak boleh basuh manual, cuma tak boleh basuh banyak la.. (alasannnnn.. huhu..) selalunya kami akan balik ke dua² rumah.. mak mertua di Shah Alam & rumah my mum kat Seremban.. bila balik rumah mak mertua, bila dah siap² basuh kain  sidai semua, mulalah masing² "jom kuar.." hehehe..

sekarang ni kami kemaruk tengok wayang..maklumlah masa bujang dulu, jarang sangat tengok wayang.. seingat me, adalah sekali saja tengok wayang.. itu pun masa birthday hubby (dulu boyfriend) tengok Harry Potter.. masa tu belum bertunang lagi pun.. itulah sekali.. haha.. dasat tak? so lepas kahwin ni la nak balas dendam.. hehe.. pernah sekali seminggu lepas kahwin, kami tengok midnite di The Curve.. sajalah nak merasa tengok midnite macam mana.. guess what, dua² tidur.. hahahaha.. serius memang kenangan habis..

sekarang ni barulah merasa berjalan ke sana ke mari.. hubby bawak ke mana je me nak pergi.. cuma tempat yang jauh² tu belum sempat pergi lagi.. sebab buat masa ni, kami kena balik ke Seremban tiap² minggu.. bukan apa, my mum baru lepas operate mata (Katarak).. so lepas operate memang tak boleh nak buat apa².. even membongkok pun tak boleh.. so anak yang solehah lagi mithali ni kenalah menjalankan tanggungjawab membasuh & mengemas rumah.. (cehhh..) huhu..

now bila dah kahwin, baru terasa macam mana penatnya buat kerja² rumah.. membasuh, memasak, mengemas.. aduhhhh.. dulu semua mak buat.. me hanya tolong sikit² saja.. nah.. sekarang rasalah.. tapi setakat ni ok laa.. mujur hubby pun membantu sama.. TQ dear.. =)

oh, ada kerja nak buat.. sambung nanti..

Tuesday, 4 January 2011

acara yang diselangi sakit kepala..

hye..
hari ni nak cerita pasal majlis bertandang & majlis buka hadiah pada 25 Disember lepas.. alhamdulillah, majlis bertandang di Shah Alam berjalan lancar & meriah.. cuaca juga agak baik & tetamu yang datang pun ramai.. majlis bertandang diadakan di Dewan MBSA Seksyen 13, Shah Alam.. dewannya sederhana besar & selesa untuk tetamu.. nak tunjuk gambar tapi buat masa ni, gambar majlis bertandang tak ada dalam simpananku.. nantilah, next entry nanti akan disiarkan.. =)

majlis buka hadiah pun diadakan pada hari yang sama tapi di waktu malamnya di rumah MIL.. rumah my MIL tak jauh dengan dewan yang digunakan untuk majlis bertandang.. so senang nak angkut barang.. ok, sebenarnya waktu majlis berlangsung di siang hari tu aku dah mula rasa sakit kepala.. mungkin sebab faktor cuaca yang agak terik sikit petang tu.. ditambah lagi dengan fake eyelashes yang aku guna tu + perut kosong sebab tak sempat nak makan sebelum bergerak dari Seremban ke dewan bersanding di Shah Alam.. time makan beradab, aku tak berapa nak lalu makan.. maklum laa pengantin.. hehehe.. makan hanya 2, 3 suap saja.. perut kembung dek air saja sebab cuaca panas sangat..

dalam pukul 5.30 petang, lepas dewan siap dikemas, kami bertolak balik ke rumah MIL.. mujur dekat sebab kepala aku makin sakit.. perutku memang lapar tapi dek sakit kepala yang teramat sangat, semua rasa nak makan hilang.. aku berehat dalam bilik, cuci mekap & langsung terlelap.. nasib di rumah MIL ramai saudara mara so mereka tak perasan sangat.. dekat nak maghrib, aku terjaga.. tapi sakit kepala still tak hilang.. badan pun dah lemah semacam.. gagahkan juga badan, mandi & turun ke bawah mencari panadol.. makan panadol & naik semula ke bilik untuk solat maghrib..

lepas isyak baru acara bermula.. time nih aku dah mula rasa nak muntah.. tapi aku bertahan.. minum air banyak sikit then turun ke bawah.. acara dimulakan dengan doa.. wajahku pun dah jadi masam semacam masa baca doa.. kepala terus berdenyut & rasa loya makin kuat.. habis saja doa, aku naik semula ke atas.. terus ke bilik air & muntah.. hahhh.. tak keluar apa pun cuma air saja.. ada rasa lega sikit.. turun semula ke bawah.. tak tahulah ada orang perasan ke tak.. lantak.. huhu..

acara buka hadiah bermula.. masa ni, sakit kepala masih kuat.. loya pun ada lagi tapi aku tahan juga.. senyum pun ala kadar saja..

posing adalah kemestian walaupun kepala macam nak pecah...

acara buka hadiah ni kalau dilihat lebih banyak hubby yang buka hadiah berbanding aku.. sebab aku tengah berperang dengan sakit kepala & rasa loya.. eh, bukan loya yang itu ya.. rasanya loya ni sebab gastrik & sakit kepala sebab cuaca panas sangat..

menahan, bertahan & tak tahan.. pfftttt...

sambil hadiah, sambil ber"skype" dengan kak ida (my SIL) yang duduk di London nun.. kak ida tak dapat balik ke Malaysia so kami berkongsi kegembiraan ini buka hadiah sama² sambil Skype dengannya.. dapat lihat dengan jelas kak ida mengalirkan air mata sebab tak dapat join majlis tu.. btw, thanks ya kak ida atas present yang sangat² sweet itu.. nanti kak ida balik kita buat kek sesama eh.. =)

kak ida & husband tengah tengok kami bukak hadiah.. 

alhamdulillah, banyak juga hadiah yang kami terima hari itu.. sesi buka hadiah bertambah lama ditambah dengan acara teka hadiah untuk kanak².. acara ini sebenarnya bunkan untuk menunjuk² hadiah siapa yang lebih grand atau tidak.. ianya lebih kepada perkenalan orang baru kepada semua saudara mara yang ada.. 

siap pasang projektor lagi untuk semua orang tengok kak ida..

aku taktau berapa kali aku turun naik tangga untuk ke bilik air memuntahkan isi perut.. serius aku tak tahan.. kali terakhir aku kena macam ni adalah zaman study dulu tahun 2001.. sakit hinggakan toleh kiri kanan pun berdenyut kuat.. rasa nak hentakkan kepala ke dinding.. cuba juga buat tapi sakit lain pulak datang.. benjol.. huhu..

acara terakhir adalah ucapan dari pakcik & FIL.. terharu sungguh aku atas penerimaan keluarga hubby terhadapku.. seronok sangat.. malam tu aku memang teringin sangat nak makan laksa my MIL.. favourite tu.. gulai kawah dengan rias pisang pun ada.. tapi sebab sakit kepala yang amat sangat, mematikan keinginan itu.. tapi esoknya bila dah ok sikit, aku bantai makan sepuas hati.. hahaha.. mujur laksa ada lebih.. =)

masa ni baru lepas muntah.. kali ke berapa, tak ingat.. huhu..

lepas FIL bagi ucapan, ramai saudara mara yang beransur pulang.. aku pun apa lagi, MIL buatkan aku milo panas.. aku minum & terus tukar baju & tidur.. serius tak larat.. hubby pun aku tak ingat dah.. rasanya hubby tidur lambat.. basuh periuk kot.. huhu.. itulah serba sedikit tentang acara buka hadiah di rumah MIL.. gambar ni pun diambil dari photographers group Baling.. thanks ya..

=)

Monday, 3 January 2011

pagi yang ceria..

yuhuuu.. selamat pagi Malaysia.. hehe.. baru lepas makan coklat as breakfast.. betul kata orang, makan coklat mendatangkan mood yang baik & gembira.. huhuhu..

lama betul tak update blog.. busy sikit lately ni dengan mengangkut barang ke rumah sewa baru.. hehe.. weekend pulak berulang alik.. kejap di rumah in law di Shah Alam, kejap di Seremban rumah mak.. weekdays je di Puchong.. oh, ok.. alhamdulillah kami sekarang menetap (cewahh..) di Puchong.. memang jam tapi my dear hubby guna jalan short cut (ekceli jalan tu belum dibuka sepenuhnya..) so hanya ambil masa 10 minit je dari Puchong ke Putrajaya.. not bad..

rumah baru pun alhamdulillah.. tak lah besar sangat tapi bagi newly wed macam kami ok laa.. tuan rumah tinggalkan rumah dengan bersih cuma perlu mop sikit saja.. boleh kata kami bertuah sebab family kedua² belah sangat² banyak membantu dari segi fasiliti rumah.. hehe.. mak & ayah belikan dapur & rice cooker yang besar sikit.. hadiah kahwin dapat rice cooker kecil so mak belikan yang besar.. hehe.. kak ina (my SIL) hadiahkan fridge.. sangat² suka.. thanks kak ina.. =)  walaupun kecil hanya 1 pintu, tapi itu sudah memadai.. eh, lepas ni kena rajin masak la sebab dah ada dapur gas & peti ais.. huhu..

barang dalam rumah kena beli sikit².. pinggan mangkuk mak tak kasi beli sebab kat rumah berlambak pinggan mak.. so angkut saja.. hehe.. setakat ni dapur still belum berasap lagi.. tak sabar nak beli barang dapur.. can't wait.. =)

majlis bertandang di Shah Alam pun berjalan lancar.. gambar akan di upload kemudian ye.. majlis buka hadiah pun seronok tapi aku berperang dengan sakit kepala yang amat.. disertai dengan muntah.. opss.. jangan salah sangka.. mak kata mungkin gastrik sebab siang tu perut memang kosong.. makan panadol pun tak jalan.. azab betul.. sampai tak tahan, terus naik atas tukar baju & tidur.. mak mertua yang suruh ye.. hehehehe..

tahun baru pun ok.. tengok bunga api dengan BFF, siti & family di Putrajaya.. tapi dapat tengok dari jauh saja sebab kat PICC tak ada bunga api.. hampa.. lepas tengok bunga api, kami makan² di Kayu Nasi Kandar.. syokkk.. hehe.. tapi kesian Qimie meragam sebab tidurnya terganggu.. paling best sebab itulah pertama kalinya aku keluar lewat malam.. sebelum kahwin, tak pernah okkkk.. best sebab tak ada gangguan.. kalau dulu, keluar malam sekejap pun mak dah call suruh balik.. huhuhu..

kalau nak cerita tentang perubahan² yang berlaku selepas kahwin memang tak habis satu hari.. tak apa..  nanti cerita lagi.. nak sambung kerja.. belum terlambat rasanya nak ucapkan HAPPY NEW YEAR 2011 EVERYBODY..
daaaa...
=)

nota kaki :  hari ini genap sebulan kami bergelar husband & wife.. syukur padaMu Ya Allah.. =)


Thursday, 16 December 2010

tolonggggg.. =(

sedang mencari rumah sewa.. susahnyeeeeeeeee.. huwaaaaa...
kuarters dah mintak tapi belum ada result lagi..

sekarang masih duduk dengan mak lagi di seremban.. tapi tau sajalah kan, seremban - putrajaya - seremban memang tak jauh tapi minyak + tol.. hohoho.. nipis rambut ni tauuuuu.. tu baru aku.. hubby pulak seremban - putrajaya - shah alam - putrajaya - seremban.. hahhhh.. pengsan weh..

sebelum kahwin ada juga survey di Puchong.. rumah flat harga dalam RM300++.. tapi opismate cakap jalan jem.. ok ke? murah sangat ke? bukan apa, takut juga kalau murah sangat orang kata kena check betul².. takut.. huhu.. seri kembangan pun sama.. jalan jem.. bangi pun ok juga cuma sampai sekarang tak jumpa lagi rumah untuk disewa..

sekarang ni duk sibuk nak buat surat rayuan minta dipercepatkan perolehan kuarters.. harap dapatlah hendaknya.. sebelum dapat kuarters kena cari juga rumah sewa.. nak berulang dari rumah mak mertua di shah alam, sama juga macam berulang dari seremban - putrajaya.. aduhhhh..

tolonggggggg...
sesiapa yang berdekatan putrajaya yang tahu ada rumah untuk disewa inform saya eh..
=(

Monday, 13 December 2010

update sampingan..

huhuhu.. cepat betul masa berlalu.. sedar tak sedar, dah 10 hari kami bergelar suami isteri.. macam tak percaya.. banyak betul perubahan yang berlaku.. dulu suka tidur sorang².. kalau ada teman tidur sekali (perempuan laa..) mesti dalam hati bercakap "ala.. tak bestnye.. mesti dia tidur lasak.. silap² aku kene tendang jatuh katil.." hahaha.. gila kedekut kan? rasa macam "aku tak bolehlah tidur berdua² nih.. kene sorang² aku je.. " sebab aku boleh conquer 1 katil.. muahahaha.. tapi sekarang? hehehehehe.. takkan nak suruh hubby tidur bawah kot? durhaka tuh.. hahahaha..

kalau dulu pergi ke mana² yang melibatkan keadaan   - tidur-di-sesuatu-tempat-berhari² -   beg bajuku cuma ada bajuku saja.. mak dah tentu berkongsi beg dengan ayah.. so beg aku penuh la dengan baju & aksesori semua kan.. dan yang penting aku cuma kemaskan bajuku saja.. tak payah nak fikir pasal orang lain.. sekarang?? haiyyyoooo.. tak boleh lagi wooo... kena fikir "baju apa aku nak sediakan untuk laki aku eh?"... sekarang pun dah bertambah kuantiti baju yang aku kena iron.. huhuhu.. dan yang paling ketara sekarang kena kongsi almari.. huhu.. puaslah aku berusaha menyusun baju² dalam almari untuk   - dibahagi-2 -  tapi serius seronok.. hehehe..

kalau keluar pun, mak & ayah dah tak kisah lagi dah.. kalau dulu keluar bersama kawan², baru 2 jam keluar, telefonku mesti berbunyi.. tak payah tengok skrin telefon pun takpe sebab dah tau dah siapa yang call.. mak laa.. kalau tak pun ayah.. pesan suruh balik cepat & jangan berlama² di luar.. tapi sekarang, NO MORE.. hehehe.. rasa selamat.. best².. bangun pagi pun buka saja mata, dah nampak hubby.. huhuhu.. sebelum pergi kerja salam & cium tangan hubby.. dibalas dengan ciuman di pipi.. oh, indahnya perasaan itu.. hahaha..

kalau diikutkan, banyak lagi sebenarnya.. nak cerita memang tak sudah satu hari.. so sikit² dulu eh.. nanti sambung lagi..

Ya Allah.. sesungguhnya aku rasa amat bahagia di kala ini.. ku bersyukur ke hadratMu Ya Allah kerana telah mengurniakan aku kebahagiaan yang tak terhingga ini.. dan biarlah ia berkekalan sepanjang hidupku..

Amin..