Showing posts with label putrajaya. Show all posts
Showing posts with label putrajaya. Show all posts

Friday, 25 July 2014

maafkan salah & silap ye...

hari ni hari last bekerja sebelum menyambut syawal isnin nanti.. memandangkan hari ni hari jumaat, so our higher level kat ministry bagi pelepasan balik awal.. alhamdulillah..

tapi macam tak best sebab balik awal pun takde siapa kat rumah.. hanna dah balik seremban ikut uwannya.. hubby kerja petang hari ni.. memula kata cuti, pagi ni kata kerja pulak.. raya pertama & kedua kerja.. raya ketiga baru dapat cuti.. geram punya pasal, cakap je kat hubby.. baik kerja je takyah cuti sebab raya ketiga tu in law dah balik ke Baling, Kedah while kami (me, hanna, uwan & atuk) akan ke kelantan untuk majlis perkahwinan anak sepupu mak.. so takde siapa kat rumah.. takpe, nanti raya minta maaf balik.. huhu.. in shaa allah..

hari ni terlepas sahur.. alarm bunyi pukul 6.30 pagi.. alarm memang dah set pukul 4 pagi untuk sahur & then tidur balik.. pukul 6.30 pagi bangun balik, mandi, subuh & terus siap² pergi opis.. tapi hari ni taktau kenapa, samada alarm bunyi pukul 4 pagi aku yang "tertidur mati" atau memang tak bunyi langsung.. check balik memang dah set everyday bunyi pukul 4 pagi.. hadoiii.. takpe.. moga² perut tak meragam sampai la waktu berbuka nanti.. wajib aku berbuka sorang diri hari ni.. huwaaaa...

di kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.. hati² balik kampung ye.. moga selamat sampai ke destinasi yang dituju.. maaf zahir & batin..

Monday, 4 November 2013

mengidam!

mengidam nak makan KFC!

huwaaa...
dah la kat putrajaya ni tutup pulak kat Alamanda sinun.. call delivery, katanya tak hantar sebab belum buka.. adehhh.. penat je call.. sedih.. mujur dia tanya address dulu.. buatnya dah order bagai nak rak, sekali cakap tak hantar ke sini.. lagiiiiii sakit hati..

call hubby, hubby kata balik nanti dia beli.. tapi lambattttt.. habis keje pukul 11 malam nanti.. tak dan nak tunggu.. hmphhhh..

eh.. bukan mengidam sebab Hanna nak dapat adik.. belummmm.. belum rezeki lagi.. masalahnya opismate lagi 3 orang ni pun duk mengidam jugak!

hah.. ape cer?

kasi terliur.. haha..

Friday, 29 March 2013

Hot Air Balloon Fiesta 2013..


selamat pagi..

jom jamu mata dengan gambar² ni.. semua ni aku sempat snap dalam kereta time nak pergi kerja pagi tadi.. nampak macam meriah..

jom..!!


belon terbang atas rumah laa.. hehe..

gambar ni adalah gambar pertama yang aku snap.. memula memang tak perasan.. masa ni baru nak keluar ke jalan besar dari kejiranan kami.. tetiba hubby cakap "yang.. tuuu...." sambil tunjuk tangan ke atas.. respons pertama aku adalah "wow...." terus ambil handphone & snap.. haha.. tak sangka belon ni terbang sejauh ini.. yang lain semua terbang dekat² presint 2 je.. yang ni sampai Presint 9..



kabus.. tak nampak sangat..

bila kereta berhenti sebab traffic light merah, sempat la tengok.. tapi sebab kabus (tak tau laa kabus or jerebu) so tak jelas sangat.. masa ni kalau tengok kereta sebelah², semua tengah snap gambar pakai handphone.. haha..





sampai kat jambatan ni banyak kereta yang berhenti untuk ambil gambar.. kereta, motor.. penuh kat jambatan tu.. semua pakat ambil gambar..cuaca sangat ok tapi dalam gambar ni nampak macam mendung pulak..


excited..!!

semua belon bertumpu kat Presint 2 ni.. setakat mana yang aku tahu, belon ni terbang pada waktu pagi seawal 7 pagi & petang.. petang pun dalam pukul 6 gitu.. maybe ikut cuaca jugak.. 


aktiviti harian terus berjalan sebab hari bekerja, kan..



last pic.. sebab dah nak sampai opis..

acara berlangsung dari 28 Mac 2013 hingga 31 Mac 2013 iaitu sampai ahad ni.. pada sesiapa yang tak kemana² weekend ni boleh la bawa anak² ke Presint 2, Putrajaya.. cuti sekolah, kan..

selamat berhujung minggu..!