Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Monday, 19 September 2011

belum lagi..

hye uollss..

ye.. saya masih belum beranak lagi.. walaupun sekarang sudah 39 minggu.. huhuhu..
menunggu dan terus menunggu.. walaupun saya tau, rasa itu sangat sakit, tapi saya masih teruja menunggu..
menunggu keluar tanda, tak keluar² juga..

setiap kali pergi kerja, ada saja yang bertanya "ade lagi mak yong ni.."
saya hanya tersenyum.. malas dah nak jawab..

hari khamis lepas, saya bersungguh² siapkan kerja.. manalah tau, kot² next week dah "selamat"..
tapi malam tadi masa temankan hubby tengok bola, terdetik dalam hati.. "tak sangka esok aku kena masuk opis lagi.." huhuhu..
nak buat macamana, baby masih belum mau keluar lagi.. seronok agaknya duduk dalam perut mummy dia..
hehehe..

ramai yang letak gambar raya.. tapi saya sedang berada dalam mood yang superb malas.. nak upload gambar dalam blog pun malas.. hahaha.. nanti laa eh..

oh ya.. alhamdulillah.. saya telah selamat menjadi warga Putrajaya.. impian nak dapat kuarters sebelum bersalin telah tercapai.. last week kami bertungkus lumus mengangkut barang.. mak dengan ayah yang banyak membantu.. sama juga dengan mak & abah mertua.. hubby sekali laa.. (kang merajuk pulak tak sebut dia.. huhuhu..) alhamdulillah, keadaan rumah cantik dan bersih.. macam rumah baru.. suka sangat.. hubby pun sekarang suka mengemas.. nak beli itu laa.. nak beli ini laa.. semangat rumah baru katanya..

ok laa.. nak sambung tulis "amanat" untuk pengganti.. tak laa kelam kabut untuk 3 bulan nanti.. hehehe..
daaa...

Friday, 26 August 2011

selamat hari raya kawan²..

salam..

wahh.. lagi 4 hari nak raya.. tak sabar rasanya.. office pun dah lengang.. hari ni ramai yang ambil half day sebab masing² nak balik raya awal.. aku?? tak dapekkk.. bukan bos tak bagi, tapi macam segan pulak memandangkan petang ni ada meeting penting, so aku kene sediakan paper² untuk meeting for boss..

kalau tengok pada pregnancy ticker kat header blog ni, ada lagi 28 hari untuk aku deliver my sweet baby nih.. means, dah 36 minggu a.k.a 9 bulan.. anytime pun buleh nak melahirkan.. semalam checkup lagi kat klinik.. alhamdulillah semuanya ok.. petang lepas habis kerja, ajak hubby pergi private klinik untuk scan.. dekat hospital pun ada scan jugak tapi hasilnya sangat mengecewakan.. doktor kat hospital tak memberikan kerjasama yang baik.. so kita nak tanya apa² pasal baby pun tak jadi.. so aku membawa diri pergi private klinik untuk scan.. haaa... kat sini baru boleh berbicara dengan doktor dari hati ke hati.. nak tanya tu, nak tanya ni, semua boleh.. memang puas hati..

jantina baby? hehehe..
rahsiaaaaa..
^_^

oh.. aku dah siap packing baju nak balik raya.. semangat nak balik.. tapi tak sure nak balik hari ni ke esok.. boleh pulak camtu kan? nurse kat klinik dah pesan, pergi mana², sila bawa beg baby & mommy & yang paling penting sekali buku merah tu.. manalah tau, kot tengah² jalan raya tu, tiba² sakit pulak.. haaa... manalah tau kannnn.. tapi, harap² baby akan keluar lepas raya.. bagi chance laa mummy makan lemang & juadah raya dulu eh baby.. boleh tambahkan berat awak sikit.. hehehe.. ok, berat baby adalah 2.5kg sekarang.. doktor pun cakap perutku kecil.. tapi walaupun kecil, dah merekah di sana sini.. huhuhu..

setakat ni, barang baby dah 95% siap disediakan.. cuma towel baby nak beli lagi beberapa helai.. satu lagi, set bersalin pun aku tengah survey.. set bersalin apa yang bagus eh? yang tak panas pada baby.. hmmm.. any suggestion?

sebelum tu, nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri pada kengkawan semua.. maafkan jika ada salah dan silap di mana².. hati² bila di jalan raya.. selamat balik raya..

p/s : dapat duit raya dari boss.. hehehe.. best².. rezeki baby.. =)


Friday, 12 August 2011

celoteh hari Jumaat..

semalam macam biasa pergi check up di klinik.. alhamdulillah kesihatan ok cuma berat turun sikit.. turun?? hahaha.. macam tak percaya.. sebab puasa kot.. ke nurse tu yang salah tengok?? huhuhu.. aku tengok macam dah 65kg.. tapi nurse tu tulis dalam buku 63.5kg.. gasak laa.. hahaha..

HB dah naik 11.2.. alhamdulillah.. betul kata mak mertuaku.. kalau nak HB naik, makan laa telur dengan susu banyak².. maybe sebab sahur sekarang ni, aku suka pulak goreng telur dadar.. makan panas².. sedap.. ehhh.. jangan terliur ye.. =)

BSP pun ok.. cuma result pukul 8 pagi tu tinggi sikit gulanya.. takde lah tinggi sangat dalam 6.0 gitu.. nurse tanya aku makan apa semalam? aku cuma cakap, aku makan anggur 3 biji je.. dengan air putih.. tersenyum² nurse tu.. panjang lebar dia bagi penerangan.. baru aku tau, rupanya anggur tu manis (walaupun aku rasa tak manis).. huhu.. anggur ni kalau dimakan lama duduknya dalam darah.. patut laa tinggi paras gulaku.. manalah aku tau..

check perut pun ok.. cuma baby masih "head floating".. aduhhh.. maknanya baby memang dah turun cuma kepalanya masih belum "masuk" dalam saluran yang "betul".. orang kata belum engaged.. selalunya anak first, cepat baby engaged.. lagi nurse tu kata, kalau 36 minggu nanti baby still tak engaged, nurse akan refer terus kepada doktor di hospital.. baby, cepatlah engaged.. mummy risau laa.. kalau boleh nak lahirkan awak secara normal.. tapi kalau keadaan tak mengizinkan nak buat macam mana.. takpe laa.. asalkan awak sihat dan selamat, mummy dah cukup bersyukur & happy..

ok lah.. nanti celoteh lagi.. semalam pergi tengok Jualan Barangan Raya kat Putrajaya nih.. baju branded ok laa murah².. ingat nak belikan ayah baju.. tengok laa macamana nanti..

selamat beristirehat..
^_^

Thursday, 4 August 2011

hampa..

hello..

masih dalam mood puasa.. opismate di belakang dah siap² pasang lagu raya.. aku pulak try nak bukak, tapi entah kenapa sound tak berfungsi.. dah check segala setting & wayar, still tak boleh jugak.. takpe.. simpan dulu mood raya tu.. hehe..

ok.. semalam berbuka di Alamanda.. sajalah berbuka di luar.. mulanya nak beli barang sikit.. tapi dah alang² ada kat situ, duduk jelah.. aku & hubby duduk melepak dekat bahagian tengah Alamanda.. ala.. yang selalu diorang letak booth² tu.. saja tengok orang lalu lalang sambil buat ketupat.. hahaha.. heppp.. bukan cerita yang buruk² tauuu.. huhu..

dalam pukul 6.30 petang, kami start survey "nak makan apa" di Alamanda.. tekak nak makan fast food.. lebih kepada pizza & spagetti.. cehhh.. tekak demand pulak nak makan western food.. tempat pertama yang kami pergi dah tentulah Pizza Hut.. penuh kooooo.. padahal baru pukul 6.30 petang.. masa staff Pizza Hut tu cakap "takde kosong laa bang.." , aku dah macam "what????..".. so kami pun berlalu pergi.. HAMPA.. =(   lalu kat McD, banyak lagi kosong.. hubby terus tarik tangan aku masuk.. bila dah dapat tempat, aku terus tutup muka.. guess what? menitik air mata aku.. aku kalau dah cembeng, memang merah laa muka ni.. tak sangka sebab makanan pun aku boleh nangis.. dulu mana pernah macam nih.. huhu..

nak tak nak, kami order laa McD.. makan GCB je.. hubby makan McChicken.. sedih.. balik rumah baby bergerak kuat.. pujuk² baby, takmo lah camni.. baby merajuk kot sebab tak dapat pizza.. (err.. baby ke mak dia??.. hehehe..) esok, kalau ada rezeki, kita makan pizza eh.. so harini, harus datang awal sikit.. hehehe..

setakat ni, alhamdulillah, aku & baby ok sepanjang berpuasa.. cuma masa first day tu agak penat sikit.. masuk hari kedua & ketiga, dah ok dah.. cuma penat berjalan.. selalu lepas habis kerja, kami singgah bazar ramadhan kat Putrajaya.. saja tengok² makanan.. time pusing² nilah penat.. maklum laa berat dah 64kg..

so hari ni, harap adalah rezeki baby nak makan pizza..

malam kenduri lenggang perut aritu.. bersama baby Qaseh.. berbeza betul dengan hubby, kan? hehehe.. abaikan suasana di belakang tu.. perutku tak nampak plak time nih..

Monday, 18 July 2011

cerita yang panjang..

huhu.. penat sungguh laa hari ni.. tadi baru je balik dari 2 tempat - KKIA Dengkil & Hospital Putrajaya.. sangat letih walaupun takde laa lama mana pun..

mula² ke Klinik Kesihatan Ibu & Anak Dengkil.. bukan untuk check up tapi jumpa doktor just untuk ambil surat doktor untuk booking Hospital Putrajaya sebagai tempat bersalin nanti.. hari Khamis lepas check up macam biasa & guess what? kadar gulaku tinggi lepas minum air gula.. hadehhh.. so minggu lepas buat BSP sebanyak 4 kali dalam 1 hari - pukul 8 pagi, 11 pagi, 2 petang & 8 malam.. pukul 8 pagi tu lepas cucuk jarum kat jari, nurse tu suruh aku pergi breakfast then puasa & jangan makan apa² lepas pukul 9 pagi.. aku pun dengan senang hati makan 2 keping roti wholemeal.. then makan nasi pulak + milo suam.. sudahnya, bila nurse cucuk lagi sekali & check, gula tinggi.. nurse tanye aku makan apa? aku jawablah roti, nasi dengan milo.. nurse tu gelak okkk.. aku pun pelik.. then dia terangkan, untuk hari ni cuba jangan makan benda yang manis².. minum air kosong je.. kalau makan nasi, make sure nasi je.. jangan tambah roti.. baru laa aku faham.. nasib laa nurse tu tak marah.. thats why aku suka check up kat Klinik Desa Pulau Meranti nih.. hehehe.. nursenya ok² & baik hati.. keputusan BSP aku untuk pukul 11 pagi, 2 petang & 8 malam adalah sangat memuaskan.. hehehe..

memandangkan kandunganku dah 7 bulan, so nurse tu tanyalah aku nak bersalin di mana.. so aku confident jelah jawab, paling dekat Hospital Putrajayalah.. kot tak pun Hospital Serdang.. so nurse tu tulis siap² dalam buku merah supaya pergi ke KKIA Dengkil untuk jumpa doktor & ambil surat booking Hospital Putrajaya.. supaya nanti tak adalah staff hospital nak tolak sesuka hati ke hospital itu & ini.. lagi pulak, dengan kadar gulaku yang tinggi ni memang kena refer ke Hospital Putrajaya lah.. sebelum tu aku dah tanya kat nurse Pulau Meranti, nanti kat Dengkil tu doktor ada nak check apa² ker? nurse tu jawab tak ada.. just mintak surat je untuk booking hospital tu.. so semalam aku balik rumah mak di Seremban, bantai makan durian macam orang gila.. dan pagi ni, bila dah jumpa doktor, doktor terus scan & suruh nurse ambil darah.. haduhhhh.. sebelum ke klinik pulak, aku dah minum susu tapi mujurlah susu tu aku buat tawar sikit.. so taktau laa keputusan darahku macam mana..

bila dah selesai, aku & hubby ke Hospital Putrajaya pulak.. macam biasa Hospital Putrajaya penuh.. kami saja masuk ke Dewan Bersalin.. masuk² je dah ada notis tertulis wad penuh & pesakit akan dihantar ke Hospital Kajang pulak.. esok time aku pulak taktau laa macam mana.. dah selesai daftar, terus ke Unit Obstetrik & Gynaecology.. tak buat apa pun cuma nurse tu bagi tarikh temujanji.. so lepas ni, aku kena buat BSP kat Hospital Putrajaya.. kat hospital, nurse tu kata tak cucuk kat jari, tapi kena ambil darah kat urat tangan.. ni semua buat aku takut.. orang kata sakit, kan? tawakal jelah.. =(

tarikh temujanji seterusnya adalah 25 Julai 2011 ..

Friday, 17 June 2011

26 weeks.. =)

ya ampunnn.. lama sudah tak update blog nih.. makin malas rasanya.. hehehe..

setelah lama tak update blog, hari ni aku kembali.. cerita lagi pasal pregnancy.. alhamdulillah kandunganku dah pun mencecah usia 6 bulan.. dah masuk trimester kedua.. perut pun dah menonjol & kulit perut pun dah mula pecah sikit²..  baru terhegeh² sapu minyak Bio Oil.. huhu..

Rabu lepas aku buat check up di klinik.. so far ok.. tapi darahku cair lagi.. huhu.. nurse tanya aku makan ubat yang dia bagi tak? (iron).. aku cakap makan.. mungkin pola pemakanan aku tak betul kot sekarang ni.. tak rajin nak makan sayur macam selalu.. banyak makan makanan rapu je.. nurse kata lagi mungkin sebab baby kat dalam dah makin besar so baby tarik sikit zat tu dari aku.. huhuhu.. tapi takpelah.. seraplah baby, asalkan awak sihat dan membesar dengan baik dah cukup gembira bagi mummy.. =)

so nurse cadangkan aku beli ubat "Iberet Folic" kat farmasi.. kata nurse lagi, kalau makan ubat ni, boleh skip lain² vitamin sebab semua zat dah cukup dalam ubat tu.. tengoklah nanti macam mana..

masa check perut, nurse tanya lagi, baby girl ke boy? aku pun taktau sebab tak pergi scan lagi.. nurse tu beriya² suruh aku pergi scan.. dia pulak yang terlebih excited.. hahaha.. so lepas habis check up, kami pergi private clinic untuk scan gender baby.. dah dapat keputusan, tapi nanti aku cerita lain eh.. hehe.. hari yang sama aku kena inject Tetanus untuk pertama kalinya.. masa cucuk tu tak laa sakit.. tapi bila ubat tu start masuk dalam badan, hahhhh.. baru terasa sakit.. terus jadi kebas & lenguh² tangan.. patut laa sebelum tu nurse ada tanya, buat kerja tangan kiri ke kanan.. sebab tu laa kot.. sampai ke malam tangan lenguh.. kata nurse mungkin dalam masa 3 hari baru ok..

lepas ni kena buat check up setiap 2 minggu sekali pulak sebab nak masuk 7 bulan.. so check up seterusnya adalah pada 29 Jun 2011.. minggu ke 28 aku kena minum air gula lagi gara² berat badanku naik sampai 3kg..!! hambikkk.. berat sekarang adalah 59.5kg & nurse kata 29 Jun nanti, berat mesti naik sampai 60.5kg saja.. hadehhh.. kalau tak, mungkin akan refer terus pada doktor.. takut ada masalah lain pulak.. aku rasa mungkin sebab vitamin B Complex yang aku makan tu menambahkan selera makan aku & itulah punca berat badan aku naik mendadak.. so lepas ni aku nak skip makan vitamin B Complex tu.. huhu..

eh.. tetiba mata mengantuk pulak.. lelap kejap..
chaooo..

Thursday, 12 May 2011

dah mula rasa..

hmmm.. lately ni gusi aku selalu berdarah.. gosok gigi je keluar darah.. kadang² time tengah duduk² or buat kerja di opis, gusi boleh berdarah.. kata opismate, itu normal bagi preggie mommy, tapi aku rasa macam something wrong somewhere pulak.. macam orang sakit rasanya walaupun tak sakit.. huhu..

semalam aku start pakai "uniform" pergi opis.. habis semua orang tanya aku "murni cuti ke?.." hahaha.. bukan apa.. baju kurung ada yang kainnya dah ketat.. walaupun zip tak habis, tapi tang cawatnya tu dah tak muat.. bila duduk rasa senak.. tapi hari ni pakai baju kurung balik.. hehe.. nantilah.. macam segan pulak nak pakai.. dah laa dekat opis ni tak boleh pakai sebarangan.. nak pakai inner pun tak boleh.. baju preggie pulak banyak yang lengan pendek.. hehhhh.. susah..

alhamdulillah, aku dah mula rasa pergerakan baby dalam perut.. walaupun tak kuat mana, tapi bila terasa tu buat aku tersenyum tiba².. selama ni, aku duk tunggu² bilalah aku boleh rasa pergerakan baby.. teruja sangat.. memang best.. =)

satu lagi, sekarang ni aku kerap dapat sakit kepala.. dalam 1 minggu tu, mesti ada sekali.. risau jugak.. selalunya bila sakit kepala ni datang, aku memang EL laa.. memang tak boleh buat kerja langsung.. tidur je ubatnya.. kadang² rasa nak makan panadol, tapi hubby cepat² sorokkan.. huhu..

menanti tarikh untuk ke klinik lagi bulan ni.. 18 Mei 2011..
=)

Monday, 25 April 2011

air gula oh air gula..

hellooo..

hehe.. mood nak menulis dah datang balik.. hari ni, nak cerita pasal check up di klinik rabu lepas.. seperti yang disuruh, kami husband & wife datang awal ke klinik.. disuruh datang pukul 7.30 pagi untuk ambil nombor, tapi kami punya semangat, pukul 7.10 pagi dah sampai klinik.. haha.. tu pun dah beratur walaupun pintu klinik tak buka lagi.. nasib baik beratur tak panjang.. parkir pun senang..

dalam pukul 7.40 pagi, pintu dah dibuka.. lepas ambil nombor, letak buku merah kat kaunter, terus duduk depan bilik darah.. tak sampai sepuluh minit duduk, nurse panggil nama.. bila pergi kat nurse, nurse tu kata alamat aku jauh dari klinik tu.. kiranya klinik tu tak cover kawasan tempat tinggal kami.. disuruh ambil darah dan lepas tu boleh pergi ke klinik yang dekat dengan tempat tinggal iaitu Klink Desa Pulau Meranti.. manalah aku tau ada klinik yang dekat dengan tempat kami tu.. lagi pulak klinik desa.. agak tersorok sikit..

tepat pukul 8.00 pagi, nombor giliranku dipanggil.. orang pertama tuuuu.. hehe.. memula ambil darah.. kata nurse pukul 10.10 nanti datang balik ye.. sebelum tu, ahaaaaa.. disuruhnya aku minum air gula.. adehhh.. punyalah manis amat.. kembang tekak ni minum.. nasib la panas.. tu pun tak habis aku minum.. kebetulan masa aku minum tu, ada patient lain tengan ambil darah.. so, aku ambil kesempatan tu, buang sikit air tu dalam sinki.. pelan² okkkk... kang nurse tu dengar pulak.. hehehe.. baik punye mengelat..

lepas keluar dari bilik darah, hubby temankan aku duduk di luar.. tengok orang lalu lalang.. sambil menantikan pukul 10 pagi.. serba tak kena time ni.. kepala dah mula pusing².. dada pun rasa penuh.. ni semua air gula tu punya pasal.. aku cuba bertahan.. adalah sejam kot.. pukul 9 pagi, aku ajak hubby duduk dalam kereta.. alasannya aku tak larat, rasa nak bersandar.. elok je aku letak beg dalam kereta, terus keluar balik air gula tu.. muntah laaa.. nasib sempat pergi belakang kereta.. hahaha.. serius memang tak tahan.. sikit pun tak tinggal.. lain macam rasa air gula tu.. sebenarnya air gula tu aku kena minum hanya sebab ayahku ada diabetes.. itupun sebab pemakanan.. bukan sebab keturunan.. aku yang tak minat benda² manis ni pun dipaksa minum air gula.. hehhhh.. tak suka betul..

lepas muntah, baru rasa lega.. sakit kepala hilang.. dada pun lapang.. memang air gula tu laa penyebab aku sakit kepala.. tak "in" langsung dengan aku.. patutnya aku kena masuk balik bilik darah tu untuk gantikan air gula yang aku dah muntahkan tadi.. tapiiiiii.. aku malas.. hahaha..  lepas tu temankan hubby breakfast.. sedap je tengok dia makan nasi lemak daun pisang.. adehhh... aku pulak kena puasa lagi.. tak boleh makan atau minum selain air putih.. sadis betul.. tapi aku suruh hubby tapau siap² 2 bungkus untuk aku.. hehehehe..

seperti yang disuruh, pukul 10 pagi kami masuk semula dalam klinik.. dah letak buku depan bilik darah, kami duduk semula tunggu nombor dipanggil.. kejap je duduk.. terus nombor dipanggil.. hehe.. lepas ambil darah lagi sekali, dah boleh balik.. sebenarnya bukan terus balik, tapi terus ke Klinik Desa Pulau Meranti untuk buat check up yang lain pulak.. ingatkan klinik desa tak ramai, tapi ramai jugak.. kami sampai dalam pukul 10.45 pagi.. tunggu nombor kena panggil pun lambat.. perut dah lebih pada berbunyi.. last² aku bedal nasi lemak daun pisang yang hubby tapaukan tadi.. dah kata perut lapar, sampai menjilat jari aku makan.. makan dalam kereta je pun.. hubby gelak je tengok aku makan.. lepas makan tunggu lagi.. aku orang yang last sekali kena panggil.. malang betul.. sudahnya pukul 12.30 tengahari baru aku kena panggil.. nasib laa nurse nya ok.. sejuk sikit hati..

dalam pukul 1 petang, baru habis.. terus balik rumah.. mulanya ingat nak balik office lepas lunch hour, tapi dan² tu jugak kepala ni berdenyut².. panas agaknya.. sudahnya, pukul 2 petang, hubby sorang je pergi kerja.. aku? sambung tidur kat rumah.. hahaha..

Tuesday, 12 April 2011

asyik malaaasssss je..

ya ampunnnn.. lama sungguh aku tak update blog ni.. taktau kenapa tapi sekarang rasa macam malas nak menulis.. huhuhu..

semalam, mak & ayah datang ke rumah.. sajalah berjalan².. boring katanya.. sambil² tu bawak bekalan makanan.. haha.. tu yang best tu.. mak bawak lauk cendawan busut (yang kaler putih panjang² tu..) masak tumis air dengan ayam goreng cili padi.. tu je pun lauknya.. eh, ada lagi 1, ikan masin jeruk goreng.. perghhhh.. masing² makan bertambah² walaupun lauk tak seberapa.. hehe..

makan ramai² lagi best sebenarnya.. selalu makan berdua saja.. tak berapa nak lalu (alasan jeeee..) tapi malam semalam memang seronok.. lauk biasa² je tapi selera sungguh.. lepas makan terus tidur.. see.. mana tak gemuk.. badan macam di pam² sekarang ni..

cerita pasal badan, kawan² opis ramai yang kata perut dah nampak.. muka pun dah penuh.. huhuhu.. eh, tapi bukan aku sorang je tauuuu.. hubby pun sama.. perut sama naik.. katanya nak lawan dengan perutku.. hahaha.. takpe.. kita tengok.. hehe..

ok lah.. mau sambung kerja..
daaaa...

Thursday, 24 March 2011

buku merah..

hye..

semalam dah pergi buat "buku merah".. haha.. seharian kat klinik tu.. ramai betul orang.. kami (aku & hubby) sampai di klinik dalam pukul 8.30 pagi.. orang dah ramai gile.. ingatkan Klinik Kesihatan Puchong ni tak ramai orang.. sungguh ke laut tekaanku.. huhu..

walaupun ramai orang, tapi nurse kat situ semuanya ok².. kalau nak dibandingkan dengan nurse² kat Klinik Kesihatan Putrajaya, memang macam langit dengan bumi bezanya.. bukan apa, nampak macam "act" sikit.. dorang fikir macam kita ni selalu datang klinik.. hai nurse oii, kalau tak sakit, takde maknanya aku nak datang klinik tu.. hehhhh..

ok.. cerita pasal baby, nurse kat situ kata, mereka akan ikut tarikh last period aku.. so, due date untuk aku melahirkan berbalik kepada asal iaitu 22 September 2011.. Insyaallah.. bukan lagi pada bulan Oktober.. bermakna hari ini genap 14 minggu usia kandunganku.. alhamdulillah.. kata nurse tu lagi, adalah normal kalau baby membesar tak ikut tarikh period kita.. tapi beza setakat 1 atau 2 minggu jelah.. kalau lebih dari tu, taktau laa.. hmm.. so far, semuanya ok, tapi bila nurse suruh baring untuk check perut & breast, aku agak segan sikit.. hehe.. perut ok la.. tapi tang breast tu, dia tekan untuk tengok ada ketulan yang abnormal atau tidak.. maluuuuu.. walaupun nurse perempuan.. hehehe.. takpe.. untuk keselamatan kita jugak, khennnnn.. =)

ok.. disuruh datang balik pada 20 April 2011..

Tuesday, 15 March 2011

checkup lagi..

hye..

semalam checkup di klinik.. ramai pulak tiba².. selalu pergi tak ramai.. maybe sebab hari isnin kot.. ramai betul ibu² mengandung buat checkup.. bila tengok sorang² dengan perut besar, sekali nampak comel.. tak sabar pulak nak tengok baby bump nih.. hikssss.. ^_^

ok.. doktor scan lagi semalam.. nak tengok tumbesaran baby.. wahhh.. seronok tengok baby dah 3.27cm.. dah besar sikit dari sebelum nih.. dan yang paling buat kami excited, baby gerak² kan tangan kecilnya..!! cuuuuuute sangat².. papa dia laa yang paling suka.. syukur alhamdulillah.. dapat dengar degupan jantung baby lagi.. sebelum nih tak kuat sangat.. masa scan, alat tu tulis yang kandungan baru 10 minggu 1 hari.. tapi doktor calculate, katanya dah 11 minggu.. taktau yang mana satu betul.. doktor bagi due date pada 6 Oktober 2011.. insyaallah.. tapi dekat monitor tu tulis 9 Oktober 2011.. kalau betul, 9 Oktober, maka baby Insyaallah akan sambut birthday sama dengan mummy laa.. hehehe.. tak kisah lah.. yang penting baby membesar dengan baik, sihat & dapat lahir dengan selamat dah cukup baik, kan?..

so lepas ni, kena buat buku merah pulak kat klinik kerajaan.. tengok lah, maybe next week kot..

nota kaki : tak lalu makan laa pulak.. =(

Friday, 4 March 2011

rezeki....

hello..

hati riang sebab perut kenyang.. hehe.. pagi nih breakfast nasi goreng then tengah² makan kat pantry, datang opismate bawak bekalan makanan sempena hari jadinya.. wahhh.. rezeki nih.. hehe.. bihun goreng dengan bubur durian.. barang free mestilah sedap, kan? ngeh ngeh ngeh..

aku yang mulanya tak ada selera ni pun paksa jugalah makan.. habisssss jugak.. hehe.. lepas breakfast sambung kunyah kismis pulak.. hmmm.. ok sikit kot.. kalau tak rasa loya jugak.. mungkin sebab kismis tu ada rasa masam² sikit..

btw, thanks kak ti atas makanan² tersebut.. plus happy birthday..!!

Friday, 25 February 2011

kembali lagi..

aduhh...

semakin malas mau update blog.. hari² asyik blogwalking je.. tengok² blog kawan², blog sendiri terabai.. huhu.. penat makin terasa.. balik kerja terus melepek.. masak? dah lama tak masak.. tak larat.. huhu..

ok, alhamdulillah.. hari ini genap 8 minggu kandunganku.. semuanya berjalan dengan baik & aku still tak ada muntah² lagi.. cuma loya sikit saja.. oh ya.. minggu ke 6 & ke 7 lalu, aku ada sikit bleeding.. cepat² ke klinik untuk check.. bleeding kali pertama, waktu di rumah mak di Seremban.. waktu ni sebenarnya tak ada apa.. cuma ada spot coklat sikit saja.. tapi sebab gabra lebih, maka aku terus ke Rekha Klinik Pakar Wanita di Seremban.. bila scan, doktor kata baby ok.. takda apa².. cuma doktor kata kandunganku tak tele dengan tarikh period.. katanya mungkin period aku tak betul..

minggu ke 7 pun aku ada bleeding jugak..  kali ini, takutlah juga sebab spot yang keluar lebih besar.. esoknya hubby bawa aku ke Poliklinik Umra di Seksyen 13, Shah Alam.. serius doktornya lembut gila.. friendly sangat².. sampai kena inject kat punggung pun aku tak rasa takut.. hehe.. ok, aku kena inject untuk kuatkan rahim di samping doktor bagi ubat Duphaston.. makan ubat ni 2 kali sehari juga untuk kuatkan rahim & untuk tahan dari bleeding lagi.. scan baby pun ok.. baby sihat.. alhamdulillah..

semalam sekali lagi aku ke Poliklinik Umra.. minggu sebelum tu doktor kata, aku perlu diinject setiap minggu sehinggalah kandungan berusia 12 minggu.. tapi semalam doktor kata tak perlu inject lagi sebab tengok aku pun dah ok & tak ada bleeding lagi.. cuma nasihatnya jangan buat kerja berat & WAJIB minum SUSU..!!.. huwaaa.. tak sukeeeee.. tapi baby nye pasal, mummy cuba ok.. =)

perubahan² yang aku alami sekarang..
  • cepat penat.. walau hanya cuma berdiri, cepat je mengah..
  • senang tertidur.. kalau dulu kat opis, susah nak rasa mengantuk.. sekarang, mata layu je.. malam pulak, pukul 9 dah lelap.. hubby pun sama naik tidur awal.. boring agaknya sorang².. hikhikhik..
  • ada certain bau yang aku tak tahan.. bau masak² antaranya.. perfume pun aku tak pakai dah sekarang..
  • dahaga tiap masa.. orang kata dehydrated eh? sekarang ni, tiap² hari mesti habis 1 botol air panjang.. dulu, setengah botol pun payah..
  • tak lalu makan.. kalau tunjuk KFC depan aku pun, aku tak lalu.. dulu akulah hantu.. sekarang?? adehhh.. tapi badan naik gak.. huhu..
  • kandungan baru 8 minggu, tapi kain baju kurungku tak boleh nak zip penuh dah.. kena zip separuh je.. hope tak terlucut depan orang.. hehehe..
  • mengidam? belum lagi kottt.. takat ni belum lagi.. cuma minggu lepas, terbayang kuey tiow goreng yang halus²tu.. (yg selalu orang buat sup tuuu..) tapi tak jumpa pulak.. tetiba je keluar dari mulut, kalau dapat makan laksam, sedap jugak ni.. alhamdulillah, dapat.. hehe..
apa lagi eh? buat masa ni, tu jelah.. ada apa² nti aku update..
adios amigosss..
=)

Friday, 11 February 2011

hanya mampu tersenyum PART2..

tak sangka..!!

itu perasaan pertama yang keluar di kepalaku apabila membuat ujian UPT di rumah beberapa hari lalu.. seriously, aku memang tak tahu langsung yang aku mengandung.. sungguh.. sehinggalah kami sekeluarga bercuti di kampung hubby di Baling, Kedah cuti CNY lalu.. aku rasakan yang perutku buncit lain macam.. buncit yang keterlaluan..

beberapa hari sebelum ke Kedah, aku "period".. tak banyak hanya kesan tompokan kecil saja.. bila malam, tak ada pulak.. keesokan harinya hanya kesan calit² saja.. hari ketiga & seterusnya langsung tak ada.. mulanya marah juga.. buat penat je pakai pad, tapi tak ada kesan darah pun.. aku just assume itu period sebab pernah juga sebelum ini, aku hanya datang period cuma 3 hari saja.. so, period laa barangkali..

ramai juga yang perasan perutku agak buncit.. hinggakan sepupu hubby pun ada bertanya "Murni dah ada ke?.." jawapan lurus aku hanya "eh, belum lagi..".. masa makan mee udang di Pulau Sayak, kebetulan kami bertembung dengan adik bapa mertuaku.. datang makan mee udang juga sekeluarga.. anak perempuannya sedang mengandung lebih kurang 2 atau 3 bulan.. nampak jugalah perutnya.. isteri kepada adik bapa mertuaku bertanya pada mak mertuaku, kalau² kami juga "dah ada isi".. mak mertuaku dengan berseloroh jawab "belum lagi.. baru ketat baju ja..".. huhu.. aku pun turut sama gelak.. lepas makan, aku & hubby siap berjalan² tepi pantai sambil panjat batu² tajam.. hubby pun ada juga memancing.. sekali je dapat ikan.. yalah, masa tu mana tau yang aku mengandung..

oh.. lupa.. aku tak ada simptom² orang mengandung.. aku tak muntah.. loya pun tak ada.. tak macam wanita mengandung yang lain.. sebab itu aku tak syak langsung.. cuma ada rasa sakit pada bahagian ari².. takut juga kalau ada penyakit lain.. tapi aku just buat taktau saja..

kami sampai di Puchong (rumah kami) hari Ahad dari Kedah.. seingat aku, secara tiba² aku jadi rindu pada rumahku di Seremban.. rindu menggila..!! sampai tiba² aku menangis teresak².. aku ajak hubby tapi hubby tak mau sebab mak & ayahku baru saja pulang ke Seremban pagi tu.. (mak & ayahku pun ikut juga ke Kedah) so hubby tak mau kacau mak & ayahku.. so menangis la aku sampai ke petang.. bengkak jugak laa mata.. oleh sebab tak tahan, aku call ayahku.. mengadu yang aku teringin sangat nak balik tapi hubby tak mau.. hinggakan aku suruh hubby hantar aku ke stesen komuter.. biar aku naik train saja kalau dia tak mau balik.. hubby still tak mau jugak.. bila dengar aku teresak² macam tu, ayah & mak terus datang ke Puchong petang tu jugak.. terharu sangat.. sudahnya aku tak dapat juga balik ke Seremban.. =(

hari Isnin, aku still merajuk dengan hubby.. dalam kereta pun senyap saja.. petang lepas balik kerja, hubby kata tak perlu masak laa sebab tak sempat.. dah lapar sangat.. so kami menuju ke gerai yang selalu kami singgah untuk makan.. guess what? aku jatuh.. jatuh sebab terpijak akar pokok besar.. luka di jari kiri.. masa jatuh tiba² terlintas di kepala, "eh, kalau aku mengandung ni mesti dah turun darah..".. alhamdulillah, tak ada apa².. malamnya kami ke Carrefour sebab nak cari TV baru.. habis survey TV, hubby kata lapar lagi.. oh, ok.. hubby pun selera makan makin bertambah.. petang dah makan, malam pun nak makan lagi.. so sementara tunggu makanan siap, aku minta izin ke farmasi kejap dengan alasan nak cari shaver.. memang petang tu hubby nak beli shaver baru.. masa tu dalam pukul 9.45malam dah.. farmasi pun dah nak tutup.. aku masuk & terus cari alat pregnancy test tu.. yesss.. dapat.. pergi semula cari husband & tunjuk padanya shaver yang aku pilih.. alat pregnancy test tu aku sorok.. hehe..

sampai di rumah, aku terus ke bilik air.. dalam hati berdebar².. 3, 4 kali aku baca kertas instruction tu.. takut salah beb.. alat tu pun aku beli 1 saja.. so tak boleh silap.. elok saja aku celup alat tu pada urine, terus keluar 2 line.. tak sampai 5 saat pun.. line yang tebal & terang.. bukan samar².. terkejut aku.. baca lagi instruction.. hahhhhh.. terdengar suara hubby di luar "buat apa lama sangat dalam bilik air tu yang?.."  terus bukak pintu bilik air & sua pada hubby alat tu dengan kertas instruction.. hubby baca kertas tu then tengok pada alat tu.. senyum lebar dia.. terus ajak aku check doktor esoknya..

kami ke Klinik Kesihatan Putrajaya.. bila doktor tanya "bila last period awak?.." aku jawablah hujung disember lepas.. masa ni aku taktau apa².. aku fikir doktor tanya bila tarikh last period di period yang terakhir.. so aku konfiden jawab hujung bulan disember.. doktor terus jawab "dah 6 minggu dah..".. doktor bagi ubat asid folik & kami terus balik.. sampai di office, berkobar² cari info di internet tentang bagaimana nak kira tarikh bersalin.. baca punya baca, rupanya tarikh hari pertama period yang terakhir.. hahhh.. kalau macam tu bukan 6 minggu laa.. dah 7 minggu lebih nak masuk 8 minggu.. wahhh.. hampir 2 bulan & aku langsung tak sedar.. huhuhu.. rasa bersalah pada baby..

doktor kata bulan Mac nanti baru datang balik untuk buat buku merah..

doakan kesihatan kami 2 beranak ya..
=)

Tuesday, 8 February 2011