Tuesday, 10 September 2013

welcome September!!

yeahhh..

september datang lagi.. sekejap je kan? september bukan bulan kelahiran aku.. tapi bulan kelahiran orang² yang aku sayang.. siapa? ayah, mak & my lovely hanna!

birthday ayah pada 3 September..  mak pulak 9 September & my little Hanna Insyallah 24 September.. ingat nak buat makan² sikit untuk birthday hanna.. tapi taktau lagi.. dah suruh hubby mintak cuti, harap dapat la hendaknya..

Insyaallah, hanna akan mencapai usia 2 tahun bulan ni.. semoga Hanna sihat & menjadi anak yang solehah serta sentiasa menyejukkan hati mama, abah, atok & uwan.. present untuk hanna, uwan & atok dah beli siap² dah.. kemain lagi tauuu.. mama dulu payah nak dapat hadiah.. haha..

milestone hanna : cakap pun dah makin petah tapi pelat sikit.. dah pandai merajuk, peramah sesangat.. asal jumpa budak kecik je, menegur saja.. ahahaha.. macam abah dia la.. habis semua orang ditegurnya.. langsung tak ikut mama, hanna ni.. mama dia memang berat mulut.. hehehe..

one, two, three dia tak ingat.. yang dia ingat - seven, eight, nine, ten.. aduh laaa.. macam².. kalau bab merajuk, kalau mama marah sikit, hanna akan nangis then panggil atok & uwan.. sentap mama tauuu.. hahaha..

makan alhamdulillah, banyak jugak.. kadang² sikit tapi selalu banyak la.. haha.. apa lagi eh.. banyak tapi tak ingat di kala nak typing ni.. hehe.. nanti la eh..

bye..
^_^

Thursday, 15 August 2013

salam aidilfitri..

haiiii..

harini 8 syawal.. kejap je kan? ada yang masih cuti lagi.. aku baru masuk kerja hari ni.. semalam MC sebab cabut gigi.. gusi bengkak sebab gigi bongsu tumbuh tak betul arah.. haha.. kecik lagi ni sebab tu gigi tumbuh lagi.. puiiii..

raya pertama di rumah mak aku di Seremban.. jom tengok gambar!! chekidout..hehe..


1) Betulkan kedudukan Hanna.. Masa ni elok je pandang kamera..


2) Touch up muka Hanna.. start buat "aksi".. 


3) Abah ajar buat "peace".. try buat tapi yang keluar ialah "1 Malaysia".. sigh..


4) Abah & mama dah posing baekkk punya.. Hanna pulak ter"excited" lebih.. iskkk..


5) Mama dah mula keluarkan gigi arnab.. abah pulak sorok gigi.. Hanna pandang tempat lain.. adoiii..


Raya ketiga di kampung hubby di Baling, Kedah.. bersama family in law.. green theme.. si kembar 2 orang tu dah boring.. haha..


Hanna menyengih sajok.. kemain seksi lagi..


comeynyeeee.. (puji anak sendiri.. puiiiii..) macam pakai kimono pulak, kan?


kamiiiiii.. see.. tengok abah kau, Hanna.. selipar jopun?? merah lak tu.. spoillll!!

raya kedua, jemput kak Ida (kakak ipar no.2) di KLIA.. raya di Sabah kekdahnya.. singgah di Shah Alam kejap jemput mak & abah mertua then gerak ke Baling, Kedah.. kami konvoi 3 kereta.. start perjalanan pukul 12 tengahari sampai di Baling pukul 9 malam.. mujur tak jem.. lambat sampai sebab apa eh? tak ingat.. hehe.. balik ke Baling sebab nak ambil gambar reramai..

gambar keluarga aku tak ada.. tak sempat ambil.. takpe.. Insyaallah, ada kesempatan nanti kita ambil ye..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
^_^

Monday, 5 August 2013

Selamat Hari Raya & luahanku?? erkk..

as salam..

Ya Allah.. mana perginya semangat aku nih.. tak ada langsung mood nak kerja.. tadi hantar Hanna kat rumah pengasuh pun sorang² je Hanna.. yang lain dah cuti raya.. kereta kat kawasan rumah pun banyak lagi berderet.. mungkin rakyat² kuarters tak balik kampung lagi tapi dah start cuti raya.. adoiii.. badan je kat opis ni.. otak dah sampai kampung dah..

oh ye.. hari ni last aku kerja.. esok dah cuti.. yeeeayyy.. tak sabar nak packing baju masuk dalam beg.. bawak kuih raya, bawak marukku, angkut semua beg anak beranak.. ecehhh. macam kampung jauh sangat.. fefeeling sangat tauuu.. insyaallah, esok atau lusa balik rumah mak aku di seremban.. petang raya kedua baru gerak balik ke Baling kampung hubby.. konvoi 3 kereta balik sana.. 

semalam hati ni teringin sangat nak ke Sogo.. hajat nak cari handbag dengan kasut raya.. ok.. handbag bukan handbag raya yee.. handbag aku dah bersetai dah.. asal tunggu bas kat bus stop then masuk perut bas mesti semua pandang tang beg aku.. bersetai sana sini.. aku selamba pakai.. ah, lantak.. 

 so semalam hubby ajak ke Setia City Mall.. kengkonon nak cari baju raya kat sana.. 1 mall pusing, 1 pun dia tak berkenan.. aduhhhh.. sudahnya aku yang dapat sandal dengan handbag kerja.. selamat dah duit raya ex bos bagi aku labur beli sandal raya dengan handbag.. hahaha..

jumaat lepas ex bos bermurah hati bagi duit raya kat anak buahnya ni.. terharu sangat sebab sanggup naik level 5 semata² nak bagi duit raya kat aku.. then turun balik.. ingat jugak dia kat aku.. alhamdulillah.. jumlah pun sama jugak macam zaman jadi PA dia dulu.. sebak sangat.. terima kasih bos.. sobsob..


duit raya pemberian ex bos.. terima kasih bos.. jasamu tetap kukenang.. :(


baru ni jugak dapat duit raya dari bos yang sekarang ni.. opsss.. duit raya untuk anak ye.. untuk aku nan hado.. hehe.. apa² pun alhamdulillah.. dari takde, kan? walaupun nilainya tak sebesar mana.. hukhuk..

hmm.. cerita sekarang, sejak naik ke level 5 ni prestasi aku semakin menurun.. merosot sangat.. selalu datang lambat.. mood nak datang kerja tu memang out.. taktau kenapa.. sebelum ni di level 3 walaupun kerja menimbun tapi aku enjoy.. rasa macam itulah dunia aku.. walaupun penat tapi best.. but not now.. walaupun di sini ada juga dianjurkan majlis² berbentuk kekeluargaan, tapi tetap tak rasa macam keluarga.. tetap rasa macam orang lain.. aku bagi peluang pada diri aku, pujuk diri aku dengan selalu kata "maybe sebab aku baru lagi.. nanti lama² nanti ok laa..." but sekarang dah berlangsung selama 4 bulan tapi perasaan kekeluargaan tu tetap tak hadir.. bukan tak pernah berada di level 5 ni malah sebelum aku ke level 3, aku ditempatkan di level 5 juga dengan position yang sama cuma bos je lain.. bos sekarang memang ok cuma.. entah lah.. lain rasanya.. tetap tak sama macam level 3.. walaupun aku tak ada kawan karib di situ tapi aku selesa.. rasa macam family sangat.. sungguh..

eh.. dah macam luahan hati pulak, kan? tak pasal² je korang kena baca kisah hati ni.. hahaha.. jangan risau, aku masih ok walaupun prestasi aku merudum.. 

hati² di jalan raya.. selamat balik kampung kawan².. 

selamat hari raya aidilfitri..

Wednesday, 10 July 2013

ahlan wa sahlan ya ramadhan..

as salam..

bertemu lagi kita dengan Ramadhan kali ini.. alhamdulillah..
sama² kita manfaatkan bulan mulia ini dengan amalan² yang baik & terpuji.. Insyaallah..

ramai yang masuk/balik awal sempena ramadhan ni, kan? nak memasak untuk juadah berbuka.. mesti semangat.. hehe.. niat nak masak time berbuka nanti.. uhuiiiiii.. istiqamahkan lah niatku ini Ya Allah.. jangan sampai petang nanti kang dah lemau terus hilang semangat memasak.. haha..

sahur tadi kami 3 beranak makan maggie kari telur.. bertambah² hubby makan.. haha.. berselera pulak pepagi makan maggie.. kunci jam pukul 4.30AM tapi terjaga awal terdengar orang depan rumah dah kung-kang-kung-kang siapkan juadah sahur.. terus bangun.. hanna pun bangun sama.. kesian pulak tengok hanna tidur tak lena sebab hidung tersumbat.. kahak pun dah ada tu.. lepas minum susu, batuk² sikit termuntah.. habis baju kena salin lain..

bila bangun awal, mata pun cemer je.. mengantuk pulak haaa... adoiiii..

salam Ramadhan kawan²..



Monday, 10 June 2013

Fellicious Brain Charger Drinks

marii.. mariii..

Memperkenalkan Fellicious Brain Charger Drinks - Jus minda yang berkhasiat untuk tubuh untuk semua lapisan umur tidak kira lelaki atau wanita.. Diadun dari gabungan makanan sunnah nabi iaitu delima, kurma, kismis & madu..




Kandungannya adalah semulajadi, tidak menggunakan ekstrak buah tetapi datang dari buah-buahan segar yang dikupas sendiri di kilang yang bertaraf GMP..

Rahsia penciptaan buah delima di dalam Al-Quran terakam indah firman Allah swt yang bermaksud " di dalam kedua² nya (syurga) juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma & delima, (surah Ar-Rahman ayat 68), Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali dalam ayatnya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu & ia juga disebut buah-buahan syurga

Fellicious BCD ini membantu perkembangan minda anak² dalam proses perkembangan pembelajaran mereka.. Anak² yang bakal menduduki peperiksaan juga digalakkan mengambil Fellicious BCD ini bagi membantu meningkatkan tahap kecerdasan minda supaya lebih mudah mengingati.. Jangan risau.. Rasanya pun sangat² sedap..

Antara khasiat² Fellicious BCD :

  • anak² lebih fokus 
  • lebih mudah mengingati/menghafal
  • memberi tenaga
  • menambah selera makan
  • mengurangkan alahan ibu mengandung
  • mengurangkan Eczema
  • membantu mengurangkan sembelit
  • melembabkan kulit
  • mengurangkan simptom Alzheimer
  • kulit anak licin & cantik - khasiat delima & kurma
  • membantu pasangan yang mahu mendapatkan zuriat
  • memperbaiki period cycle (wanita)

kandungan :

350ML (tahan sebulan)

RM89.90 (WM), RM95 (EM)


saya sendiri sudah merasa keberkesanannya kepada anak saya.. hanna lebih petah bercakap & lebih fokus dalam satu² perkara.. selera makan pun bertambah.. hari² mintak nasi.. hehe.. alhamdulillah..

berminat?
PM or whatsapp saya 017-3452586 murni
rinn_col@yahoo.co.uk