Tuesday, July 07, 2015

:: Masih Ada Hati Nak Menaip...

Ye. Sangat-sangat nak menaip. Antara hobi ummi. Tapi kekangan masa dan banyaknya perkara seharian perlu didahulukan membuatkan semuanya terbatas. Tambah-tambah lagi si adik makin banyak kejaannya! 

Huh? Sampai dah ada adik dah Alisya nih, ummi dah jauh tinggalkan dunia blog. Alhamdulillah, Allah beri kami peluang punyai anak yang tipikal, cerdik dan sentiasa mencuit hati. Alhamdulillah. Nanti senang-senang nak taip panjang-panjang sikit.

Lani pun tengah bulan puasa kan. Setahun satu je entry ummi. Hahahaaa. Dokpelah, nanti kalau adik dah besar.. adik bukak lah blog ummi ni. Adik mentelaah lah ye nak. Itupun kalau masa adik membesar sok, encik gugel masih pertahankan blog nih. Hahaaaa. Start dah merapu ummi nih!

Okeylah dik, nanti adik baca kat sini adik roger ummi erk! Ummi love adik + kakak Alisya + Abi!


Monday, September 29, 2014

:: Kakak Oh Kakak...

Dah tiga malam kakak mengamok sakan

Dah tiga malam kakak asek menangis sampai hilang suara

Dah tiga malam ummi pun buntu tak tahu nak buat apa

Dah tiga malam kakak uji kesabaran ummi

Dah tiga malam ummi berdosa sebab kadang-kadang ummi terkasar dengan kakak


Oh kakak, kenapa kamu sedemikan nak? Mana yang sakit? Mana yang tak kena lagi? Abi dah bagi susu sesedap rasa, kakak dah makan sekenyangnya, pampes dah berganti secukupnya.

Ya Allah, Kau kuatkanlah iman ini tatkala malam melanda. Sungguh kesabaran ini adakalanya sudah tipis. Cepatlah sembuh wahai kakak! Ummi rindu dengan senyum tawa kakak.

Ummi sayang kakak dunia akhirat nak!

Thursday, February 13, 2014

:: Rajin-Rajinkanlah...

Terasa nak membebel semula kat blog sendiri.

Sungguh, minat berblogging tak pernah padam. Cuma yang terpadam dek kerana kekangan masa yang memang dah tak ada untuk menulis!

Tapi, mana nak mula erk? Nantilah.. cari idea dulu.



**Macamlah blog ko ni besh sangat ummi oi! Veraaaaanggaaannnn lebeyyyyy!!***

Friday, April 12, 2013

:: 13 April Datang Lagi...

Assalammualaikum...

Bersua kembali setelah hampir 4 bulan menyepi. Entah malas tahap apa tah yang dah melanda diri ini, sampaikan sepatah haram cerita tak tertepek kat blog ni. Haihhhh... Pemaleh sungguh ummi Alisya ni!

Sikap rajin tiba-tiba ni datang pun kerana teringat akan tarikh 13 April. Yakni esok. Hari jadi anak ummi lah! Ya Allah.. dalam diam dah 5 tahun Allah 'pinjamkan' kamu pada ummi dan abi nak! Dalam diam, dah besar dah kamu.

Tiada apa yang ummi nak katakan, hanya iringan doa semoga anak ummi sihat selalu, tiada serangan sawan yang menghantui, tiada sakit yang berlarutan singgah pada diri kamu, semoga anak ummi terus membesar cergas dan sentiasa dibawah payungi Illahi selalu!

Kakak Alisya, ummi abi sangat-sangat sayangkan kakak! Dunia akhirat, moga kita terus bersama ya nak! Doakan kami dikurniakan rezeki Allah, agar dapat ummi berhenti kerja dan meneruskan cita-cita untuk menjadi surirumah yang berjaya. InsyaAllah...

Hepi besday Cik Embun ummi!

Ummi shayam kakak dunia akhirat!

Monday, December 31, 2012

:: Sayonara 2012...

Assalammualaikum...

Bersiaran semula blog Cik Embun ini. Haihhh... perkembangan yang semakin mengurus lagi terbiar jadinya blog ini. Macam Cik Embun ummi, makin mengecut.

Esok, 2013 bakal menjengah. Alhamdulillah, Allah lanjutkan usia dunia ini. 2012, memang tahun yang agak malas ummi nak hapdet blog. Bukan tak ada cerita menarik, tetapi sebabkan daya usaha yang kurang memberangsangkan, makanya hanya beberapa entri sahaja yang terkandung di 2012. Tak apalah, blog ni pun suam-suam kuku sahaja. Hihiii..

Dah alang-alang menyelam ke sini, nak coret sikitlah pasal Alisya. Hmm...makin besar dah nampaknya anak ummi tu. Makin melonjang tinggi, kot-kot lah Alisya boleh berdiri, mau dah nak sampai pinggang ummi rasanya. Pe'el si anak ni, macam biasalah. Adakala sangatlah baiknya tak terperi, ada masa pula... loktang sampai pagi.

Badan Alisya ramai yang dah tegur makin susut. Makannya berselera. Kalau roti tu, tak sabar-sabar menunggu suapan seterusnya. Tapi tulah, dah berat badannya tak mahu naik-naik juga. Tak apalah nak, asalkan kamu sihat, tak mengeras mengejang, senang beraknya, lena tidurnya... ummi dah bersyukur.

Moga-moga 2013 akan membuahkan hasil yang tembam buat Alisya. Dan pastinya ummi abi mengharapkan 'adik' Alisya 'hadir' di 2013 nanti... In Shaa Allah, semuanya atas izin Allah.

Jumpa di kamar 2013!

Monday, November 05, 2012

:: Jumperoo Untuk Dijual

Jika berminat, boleh emel saya di itafarid@gmail.com

Harga kite runding di emel ye.. Jumperoo Alisya.

Suatu masa, ummi berhajat nak milikinya, tapi jumperoo ni tak 'mesra alam' dengan Alisya.

Makanya, dari asyik tersadung kaki ni, ummi berhajat pula nak menjualnya.

Jika berminat, roger-rogerlah ye...

Segala kondisi: Masih baik-baik belaka.

Brand: Fisher-Price.

Oraite....daaaaa


Sedia untuk dijual.

Wednesday, October 10, 2012

:: Hilang Lagi Satu Penyeri Hidup...


Air mata yang berderai
Siapa yang menghapuskan
Hati kering dan gersang
Siapa yang meneduhkan
Sedangkan kau yang ku sayang
Telah pergi dari ku
Dengan cinta dan harapan hidup ku
Oh sayang
Tiada lagi ku dengar kidung mu
Tiada lagi derai tawa mu
Hanya kesepian yang kian
Mencengkam jiwa ku
Malam malam dingin membeku
Hari hari kian kelabu
Dalam doa kudus ku sebut nama mu
Cintaku... Oh sayang
Damailah kau di sana
Di sisi 
Tuhan yang Esa

Aiman dalam kenangan... :'(

Bait-bait lagu dari Lefthanded. Sungguh syahdu, sungguh mengusik jiwa! Lebih-lebih lagi pada mereka yang telah dan pernah kehilangan insan tersayang. Hilang dibawa memori semalam, hilang dari pelukan, hilang dalam terang lagi nyata!

29hb September 2012; Pagi-pagi lagi abang dah menggelabah tak tentu hala mendengar keluhan Zali, (rakan Superkids kami) di hujung talian menyatakan Aiman (anak Zali) berada di Unit Kecemasan, Hospital Serdang.

Bergegas abang menyiapkan diri, lalu menuju ke hospital. Setiba di sana, abang memberitahu kondisi Aiman. Sungguh hati ini dipagut pilu. Bermula dengan demam yang beransur pulih, Aiman tersedak lalu terus mengalami sesak nafas yang agak kronik.

Mama Aiman tersedar jam 5 pagi, melihat keadaan Aiman semakin membiru terus saja mereka menuju ke hospital. Di sana, Aiman diberi oksigen. Lalu doktor yang merawat anak ini tidak memberikan sebarang pengharapan kepada Mama dan Babah Aiman. Hanya perlu berdoa dan bertawaqal pada-Nya.

Seharian family Superkids berkampung di Hospital Serdang. Dengan harapan yang menggunung semoga Aiman kembali sedar dan kuat melawan kesakitan. Kata doktor lagi, hanya tempoh 24jam yang mereka berikan sekiranya Aiman mempunyai tindak balas atau tidak. Ya Allah, kami mohon pertolongan-Mu agar anak ini diberi 'pinjam' kepada kami dengan tempoh yang lebih lama.

30hb September 2012; Jam 6.45pagi, abang menghubungi Zali untuk mengetahui perkembangan Aiman. Kata Babah, Aiman masih bertarung. InsyaAllah, kuat anak ini! Terus abang bersiap mahu keluar atas urusan lain, kemudian mahu ke hospital terus katanya.

Jam 8.30 pagi, abang menghubungi aku lalu menyatakan... "Aiman dah tak ada......" Ya Allah, ujian apakah yang sedang kami semua lalui? Sungguh berat dan pahit untuk kami telan, apatah lagi Babah dan Mama Aiman! Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah...

Jika kesakitan yang amat kami rasakan pagi itu, ku mohon agar Kau kurniakanlah kesabaran yang tinggi, iman yang kuat kepada kedua orang tua Aiman. Sungguh kami belum bersedia untuk kehilangan anakanda Aiman, namun... kuasa Mu Ya Allah, megatasi segalanya. Aiman milik-Mu, Aiman adalah amanah sementara-Mu, Aiman juga adalah pinjaman buat kami. Tiba masanya, hanya Dia yang berhak sepenuhnya.

Terus saja kami ke hospital. Melihat sebujur tubuh nan kaku, dilitupi selimut putih... membuatkan hati ini benar-benar dipagut sayu! Kesedihan ummi tak dapat dibendung lagi. Tak mampu untuk ummi menahan hati nan sedih, apatah lagi melihatkan Mama Aiman setia di sisi anaknya sedang teresak-esak menahan kesedihan. Redha dalam keterpaksaan. Sangat-sangat sedih!

Pelbagai kenangan terimbas kembali pagi itu. Kenangan bagaimana ummi dan abi mengenali anak bernama Aiman, kenangan kami pergi bercuti, kenangan kami keluar makan bersama, berhujung minggu bersama. Ya Allah, sungguh banyak Aiman tinggalkan kenangan dengan kami! Apakan daya, Allah lebih menyayangi Aiman. Dan itu hak Dia.

Seharian family Superkids berada di Dengkil, rumah Aiman. Kami menunggu sehingga selesai semuanya. Dua orang ibu yang pernah kehilangan anak tersayang turut bersama. Mummy Alanna Qish (Ayu) dan Mama Annisa (Kak Sham) sama-sama berkongsi kesedihan dan 'pengalaman' atas sebuah kehilangan. Mereka ini adalah ibu-ibu yang kuat, teruji dengan pelbagai pancaroba hidup dan lebih memeritkan dengan ujian kematian. Tak dapat aku bayangkan bagaimana rasanya berada di tempat mereka. Mungkin Allah selitkan jua kekuatan atas apa yang berlaku.

Demikianlah perjalanan hidup kita di bumi Allah ini. Setiap yang dipinjam, haruslah dipulangkan. Setiap yang sihat, pasti melalui sakit. Dan setiap yang hidup, akan berakhir dengan mati. Hanya kenangan silam yang menjadi peneman, pengubat di kala kerinduan mencengkam.

Hari ini, hari mereka. Hari mereka menerima takdir Allah yang sangat-sangat pahit untuk dilalui. Mungkin selepas ini takdir kami pula. Entahkan anak, suami atau si isteri yang pergi dahulu, semuanya telah tertulis di Luth Mahfuz. Hanya Dia yang berhak ke atas setiap yang hidup.

Alanna Qish, Ahmad Nuqman Hakimi, Annisa & Muhamad Amar Nazheef, damailah kamu di sana wahai bidadari syurga. Bahagialah kamu di bawah jagaan Nabi Ibrahim AS sehingga kamu bertemu semula dengan ibu dan ayah kamu! Wallahualam...

 Aiman pernah berkunjung ke rumah Wan Ton Alisya @ Seremban.


 Aiman sempat sekali sahaja ke rumah Nenek Cha @ Melaka.


 Kenangan tinggal kenangan. 
Tiada lagi kunjungan kamu ke teratak ummi, abi, Alisya.
Hanya ummi iringi dengan doa moga kamu gembira 
di bawah jagaan Nabi Ibrahim di sana nak.
Sungguh rindu dengan kamu, Aiman!


** Al-Fatihah buat Muhammad Amar Nazheef. (9 August 2008 - 30 September 2012)