Tuesday, September 08, 2009

:: Imbas Kembali @ Madam Kwan...

Hanya berempat dari bertujuh

2 tahun lalu, di sinilah aku bersama kawan-kawan 'sekampong' memeriahkan hari kami, berbuka bersama. Bezanya, dulu di Madam Kwan KLCC, tahun nih di Bangsar pulak. Sekali lagi, beza dari segi kehadiran, dulunya bertujuh, tahun nih hanya kami berempat; Deeba, Kay, Qiah dan aku selaku om penting dalam majlis macam nih. Haha...yang lain, masing-masing sebok dengan urusan peribadi dan dah jauh penempatannya. (macam ayat geografi daaa...)

Bile jer majlis nih berlaku? Hmm... Khamis lalu. Happenin gaks, even tak cukup korumnya. Biaselah, sesekali jumpe 'budak kampung Charisma'... layanzzz weeihhh gila-gila semasing nih. Deeba, Kay mahupun Qiah, semuanya lama dah aku tak jumpe. Semasing dah banyak perubahan, dah besar panjang, dah makin lawa... Camtu lah hidup. (masih teruja dengan kek Naqiah...nak jugak!)

Tidak mengecewakan...sodap!

Pertemuan kali nih tak buleh nak lame-lame sangat, sebab aku harus pulang ke meja 'tuguku' untuk menyambung tugas yang diamanahkan. (kuli & kije) Terima kasihlah pada Deeba, susah-susah menjemput kakak die nih, menghantar balik ke opis. (haruslah pikap akak kan, kalau tak... tak meriah majlis berbuka tuh...huhuuuuu) All out, memang seronok. Cerita-ceriti semula kisah-kisah mengong time study dulu. Semua tuh tinggal kenangan yang terindah...yeahhh! Mungkin di tahun depan, kita akan 'repeat' semula majlis se-gah ini...haha. InsyaAllah... Thanx a lot to my lovely buddies kerana masih berutusan sesama kita...keep in touch ya! Till then, daaaa....