Wednesday, May 26, 2010

:: 1095 Hari Mengejar Cinta...

Dia teman ku, dia suami ku, dia jantung ku dan dia,
cinta ku hingga akhir nanti. Amin Yarabbal A'lamin...


Alhamdulillah, jodoh kami masih dipanjangkan! Syukur ke hadrat Illahi, kerana menemukan aku dengan lelaki hebat bernama Mohd Farid! Walau badai melanda, bak ombak memecah pantai... namun kasihku, sayangku, cintaku pada insan ini tidak pernah luntur... mahupun padam! Sememangnya, aku amat bersyukur dengan takdir Allah untuk ku.

Usia perkahwinan baru sahaja mencecah 'setahun jagung'... pelbagai cabaran dan liku-liku hidup telah kami lalui. Bak lautan mana yang tidak bergelora, hati yang mana tidak pernah berkocak... tiga tahun bersama insan ini, sememangnya banyak 'pengajaran' yang aku perolehi! Mampukah ianya bertahan untuk 1000 tahun lagi? Mampukah aku dan insan ini mengecapi kebahagiaan yang diidamkan? Hanya doa pengiring yang terbaik!

Isteri mana yang tidak mahu mencium akan 'syurga' di telapak kaki suami, isteri yang mana tidak mahu membahagiakan suami, isteri yang mana tidak mahu memberi yang terbaik buat suaminya? Lebih-lebih lagi berkaitan zuriat untuk suami. Semua itu sememangnya berada di kotak fikiran dah lubuk sanubariku. Aku hanya mampu merancang untuk sebuah keluarga bahagia, sebuah keluarga yang senantiasa di payungi Allah, namun takdir-Nya juga yang mendahului! Aku pasrah, aku redha. Disebalik jodoh yang sangat-sangat aku sayangi ini, Allah selitkan jua rasa manis yang tak terhingga! Allah beriku peluang untukku membesarkan sendiri zuriat dari rahimku, Allah beriku peluang untuk sama-sama bernafas bersama insan-insan yang amat ku cintai! Syukur pada-Mu ya Allah!!!

Tahun ke-3 kami sebagai pasangan sejoli... umpama merpati yang terbang beriringan, (mau muntah laki ku baca!!! hahaaa....) tiada ungkapan yang lebih indah untuk ku rungkaikan. Hanya doa dan hati yang telus dan terus menyayangi kamu; Mohd Farid Abdul Hanif!! Maaf andai 3 tahun bersama ayang, 'banyak' yang mengguris rasa hati abang. Maaf andai 3 tahun hidup sebumbung dengan ayang, 'banyak' layanan yang serba kekurangan. Dan maaf andai 3 tahun beristerikan ayang, 'banyak' pahit dari manisnya. Ayang hanya seorang isteri yang sentiasa cuba untuk membahagiakan abang! Sungguh, aku cinta kamu!!!!

** Selamat ulangtahun perkahwinan juga buat sahabatku; Yong Noina & Zulhilmi... kami sama-sama bernikah pada tarikh ini. Terlalu banyak persamaan kami, hinggakan kipas di rumah juga sama! Hahaaa.... Semuanya kebetulan dan ketentuan-Nya!