Showing posts with label Balik Kampung. Show all posts
Showing posts with label Balik Kampung. Show all posts

Tuesday, February 4, 2014

Edisi Jammed Balik Chinese New Year


Jammed masa CNY mmg tak dapat disangkal lagi.
Pernah tercipta rekod dari KL  ke Ipoh 7 jam. Masa tu belum kawen. Aku lupa tahun bila.

Lps tu serik. Takmo balik time CNY.
Tapi, ada skali, dah kawen. Pun 7 jam.
Masa tu tetiba gatai nak balik tghari. 

Dalam lpas zohor kot keluar. Sbb bajet orang dah awal2 balik.
Skali kauuu.. hazabbb...

Siap kuar ikut jalan lama - masuk balik hway.
Smpai kg dkt tgh malam. (T____T).

Kali ni, balik gak la. Walau tau hazab. Sbb utama nak bawak mak settlekan urusan2 hari Isnin tu. Tak perlu lah mintak cuti since KL mmg cuti kan.
Jadi, balik Sabtu - pagi.
Hazab jugak walau pada andaian kami orang dah ramai balik pada petang Khamis dan hari Jumaat.
Cuma tidak la terlalu sesak

Ni kat area selepas hentian Sungai Buluh tu. Phew.

Dan dkt area Slim River  - cam biasa kereta gerak cam semut - kadang2 berenti terus. Tp lepas2 tu oke saja.
Mujo ada portable wifi - huddle YES nih. Sempat aku nulis blog. Haha.
Entry sebelum ni adalah di draf dalam kereta. Nak termuntah haku dibuatnya menulis. Haha.

Ini pula perjalanan pulang. Hari Isnin. Bertolak dari kampung lepas zohor.
Sudah dijangka lah walau dalam radio kata Ahad tu pun dah kenderaan bergerak perlahan di merata rata tempat.

Stended arrr.. balik raya cine maa.. mana2 pun jammed lah.
Ini pun syukur sbb masuk kat Ipoh. Kalau dari Penang. Lagi hazabedah.
Kalau siapa dari Utara tu better kuar kat Kuala Kangsar - ikut jalan lama dan masuk balik kat Ipoh sbb nya nanti kat tol yg orang Ipoh masuk tu, orang dari Utara akan stuck utk bagi laluan kat orang yg lepas tol Ipoh. Dan kami kat situ selamat sbb smooth dan nak masuk lane pun mudah. Kesian yg mmg dah dari Utara sbb panjang juga jammed nya. Ye lah 4 lorong nak jadi 2. Tu yang jadi cam atas tu.

Chill!
Makan kacang je dulu.
Chill mmg chill. Aku makan je tak berani nak minum. Sbb aku takut nak terkucil jadi hazab nak beratur. Aku nampak kat hentian mana tah, orang beratur smpai luar toilet. Woh. Wohhhhoo....


Dan layan youtube - segala MLM aku tgk. Dan ulang MLM part Shiro yang jadi Mujibul tu. Aku suka giler tau Shiro buat Mujibul tu (Shahrol). Kalau ada vote mana paling kelakar, aku mmg vote yg itu. Haha. 

Oh. Performance YES ni sgt memberangsangkan yer sepanjang hway. Thank u Proton bagi YES free setahun ya. Kalau oke, saya akan terus melanggan dengan YES.

Hoih. Makan kacang dah. Tgk u tube dah. Bila nak sampai nih. Dah nak malam dah ni. Phew.. 

Dan akhirnya. Setelah 5 jam.
Kami masuk LATAR dan exit kat Templer tu. Mmg selalu lalu situ. So, takdak la kena jammed area Sg Buluh dan tak perlu masuk jalan Duta.
Pastu berenti solat maghrib (jamak Isyak terus) kat RnR lps kuar tol situ.
Pastu tetiba ada mamat mintak rokok plak kat MyDH. MyDH kata dia tak merokok.
Hoi. Takutnya. Aku mmg dah rasa cuak ja. Mujo lps dia tanya tu ada 2 bijik keta polis masuk.
Phew.

Lps solat, tgk mamat tu naik keta Myvi. Ada family. 
Ah. Tak kira lah. Walau dah bersalah sangka, tapi zaman ni apa pun boleh jadi.

Dah la dia pegang cam jaket. Kang dikeluarkan pisau - mintak duit - apa pun tak dapat. Baik la buruk sangka dan baik hati terus. Malam2 pulak tu. Orang pun tak ramai kat situ. Bahaya oih. 

Lapau - singgah tapau nasi lemak kukus. Hiwhiwhiw


Oke. Ni sebenarnya semua ada kat instagram pun semalam.
Saja di panjangkan cerita. Hihihihihi.

Thursday, August 29, 2013

Edisi KL-Ipoh, Ipoh-KL, KL-Ipoh, Ipoh-KL

Adoi. Kejap je pun dah nak abis bulan Augustus ni eh.
Oh ya. Alhamdulillah, aku dah settle puasa 'wajib' utk tahun ni.
Hihi. Orang lain pun ramai dah settle tak heboh pun kan. Kuikuikuik.

Begini lah jadinya bila org jarang2 nak buat. Aku rasa ni kali kedua kot aku settle puasa wajib ni dalam bulan Syawal. 
Kali ni tekad kan juga. Lelebih lagi lps raya aku tgk berat kemain naik mencanak. Amboi.. susah2 aku turun kan, tup2 naik plak ye.
Puasa. Tak kira la walau ada jamuan raya mahu pun balik kampung.

A ah. Aku balik kg tu ari.
Empat hari keluar masuk highway.
Balik kg hari Sabtu, Ahad balik KL, Senin balik kg balik, Selasa balik KL.

Phew.

Takpe. Takpe.
Pengorbanan utk ibu :)
Dan aku bersyukur sgt sbb dpt suami yg sgt memahami. Aku rasa, kalo dulu dgn 'konon2 bakal suami' tak mungkin mereka dpt buat camni atau pun kalo dpt buat pun mungkin takde masa yg flexible gini. Juga, aku bersyukur jugak sbb dalam 5 beradik aku, aku yg tak jadi cikgu. Sbb kalo aku pun cikgu mungkin bermasalah jugak aku nak cuti flexible camni.
See, apa Allah dah aturkan utk kita mmg dah terbaik utk kita. Jadi, bersabar.

Memetik kata seorang kakak masa dia we chat kat aku last week.
Dia kata ada berkatnya kita jaga ibu kita ni baik2. Adik dia (yg juga sama date kawen ngan aku) baru je dpt 1st baby beberapa bulan lepas. Mungkin sbb dia byk berkorban utk jaga mak nya. Jadi, Allah turunkan rezeki dapat baby walau bermacam usaha dah buat termasuk gi umrah.
Ha. Kakak ni pembaca setia blog ni. Hai kak XXXX (cea.. saja rehsiakan nama beliau sbb aku tahu mesti dia tak mo namanya di reveal kan. Cea... dan dan konon bajet ada pembaca setia. Kahhh....!)
Apa pun, thanks kak.. sy hargai apa akak cerita pada sy tu.. 

Aku balik tu amik mak aku. Mak buat CT Scan kat spital Serdang Isnin tu.
Nanti bln 9, jumpa doktor, so, abang aku plak yg akan antar. Gilir2 lah kan. Lagipun derang cikgu. Lagi2 nak musim exam dah ni kan. Lagi derang susah nak cuti. Lagi plak sorang abang aku tu ngaja kat STAR (Ipoh). Lagi la susah dia nak amik cuti.

Jadi, begitu lah.
Apa pun, kalau takde apa yg menjadi keuzuran, aku nak teruskan istiqamah utk puasa sunat plak.
Moga kesihatan juga bertambah baik.
Skrang ni cuba mencari kegigihan utk joging plak.
Ayuh. Joging!

Thursday, August 15, 2013

Edisi Syawal 2013

Khamis - 1 Syawal.
Pagi, di rumah. Tunggu sedara mara datang.
Dan juga beraya ke rumah sedara mara yg dekat dengan rumah.
Petang - kami ke Taiping. G umah akak aku yg tak sihat tu.
Bawak makanan semua, makan kat sana.

Mak sedara n anak sedara yg sorang
dajah 6, sorang dajah 5. Hikhik

Tema kami se pamili is pink.pink.pink. (ramai kot tema pink kan tahun ni). Pagi tu aku rajin la ber shawl bagai. Masuk petang..... tudung awning sudahhh... lagi la dgn ujan lagi petang tu.. cehh...

Pastu dari Taiping, singgah K.Kangsar. Ada la pegi 2,3 bijik rumah lagi. Misi mencarik laksa. Haha. Sedari pagi asik orang jamu mi sup lah, bihun sup lah. Laksa mana wey..laksa..
Yg klaka ada la singgah rumah makcik aku, dah maghrib time tu. Dengan ujan renyai2 kan. Mak aku siap kata, kita singgah kejap je. Kejapppp je. Skali makcik tu kata "makan la dulu, nasi ayam ada, laksa ada". Haaa.. apa lagi.. kita pekena la semangkuk. Hahahai. Kejap katanya. Semua pun makan laksa. MyDH makan nasik ayam. Sedap oiii. Pastu g umah kazen aku lak. Pun ada laksa. Laksa beras lagik.

Sampai umah kul 10pm. Phewww..

Raya kedua - Jumaat.
Penat. Pagi lepak rumah ja. Masak tuk makan tghari.
Petang tu ada la abang aku ajak p beraya lagi. Malas. Tgk tv je lah.
Lagipun malam tu nak bako satey. MyDH la sediakan tpt utk bako segala.
Ada bakar sotong gak. Tp bara dah nak abis time tu. Sudahnya bakar dalam magic pan aku je. Mmg ku usung magic pan tu bawak balik kg. Hoho.

The foods. Ha. Siap dgn spegeti. Famili aku tak ramai sgt sbb kami 3 beradik je blk kg belah sini. 2 beradik lagi tak balik. Pastu panggil gak la jiran2 (sedara mara gak) sekeliling. Kuih Kuah spegeti, by puanstoberi lah. Haha.

Raya ketiga - Sabtu.
Takde raya ke mana. Tapi, kami ke Teluk Batik. Haha. Memula tu abang aku cam tak sihat. Skali bangun pagi tu katanya dah oke. Nak pegi jugak. Kelam kabut siapkan barang.
Aku tak mandi pun. Malas. Rilek2 bawah pokok kelapak je. Haha.
Balik tu gi Lumut jap. Beli ikan bilis.
Pastu balik. Penat sbb traffic lite byk sgt. Udah la keta byk kan.
Singgah Mydin. Dinner kat situ ja. Sampai umah kul 9 lebih.
Pheww...

Gitu lah 3 ari raya yg penuh dgn pengisian.
Lps tu lepak2 rumah je.
Tak larat dah.
Raya ke5 dah balik KL.

Oh. Gambar dgn myDH ada dlm kamera. Malas nak transfer lagik. Nenati lah. Ni pun seme gmbr dr insta. Sapa dah tgk tu mesti bosan je tgk siaran ulangan. Haha. Redhooo....

Tuesday, July 2, 2013

Edisi JJCM : Makan Ketam Lembut

Semua orang pun tahu yg ketam lembut femes kat Kuala Gula sanun.
Kat mana Kuala Gula?
Kat Perak.

Glamer slps masuk M3 beberapa tahun lalu. Pastu ada member2 ckp jugak. Aku pun cam takde la excited nau. Tp retu alang2 dah nak g melawat akak aku kt Taiping, maka ajak la semua gi makan sana. Aku yg ajak tp orang lain belanja. Bes kan?
Hoho.


Sebelum pegi, aku google dulu, sbb aku nak dptkan gambaran kat mana letaknya Kuala Gula ni. Aku tau lah tpt ni dkt dgn Taiping, tp kat mana? Adui. Susah tul. Tkde pun yg tulis detail cara2 nak pegi sana. Area mana seme kan. Jadi, meh sini aku detailkan. Tp dari arah Selatan je lah yer. Arah utara aku kurang periksa. Haha. Kalau dari Utara, mungkin dari arah Bukit Merah lagi mudah kot. Sebenarnya jalan nk ke Kuala Gula ni adalah ke jalan nak ke Butterworth lalu ikut jalan lama.
Dari Selatan begini caranya : Keluar exit Taiping (U) - di Taiping ada 2 exit, dari Selatan, kita akan jumpa dulu exit Taiping (Changkat Jering) dan satu lagi exit Taiping (U). Boleh je amik exit Taiping Changkat Jering tu kalo ko biasa area Taiping. If not, mudah lagi exit Taiping U. Oke, keluar je, bayar tol ada traffic lite simpang empat. Terus tu akan ke bandar Taiping, kanan ke jalan lama nak ke Ipoh dan kiri arah nak ke Kuala Gula. Jadi, amik la kiri. Lepas tu terus saja. Smpai la nampak signboard Kuala Selinsing / Kuala Gula Sanctuary. Boleh je masuk simpang tu. Akan lalu kawasan kampung dengan pemandangan sawah padi. Tapi kalau terlajak pun takde masalah. Akan smpai macam kawasan pekan kecik yang namanya Simpang Empat. Boleh juga masuk ikut situ. 
Kalau amik simpang Kuala Selinsing tu, hujung sekali jumpa T-Junction - amik kiri.
Kalau masuk ikut Simpang Empat terus sahaja (nanti terjumpa balik simpang Kuala Selinsing ni juga).
Konvoi 4 kereta. Ada yg dah terlajak. 
Jadi, sementara tggu dpt amik gmbr. Hihi.
Dan slps tu perjalanan adalah kiri dan kanan kelapa sawit saja.
Tak silap aku dalam 20km jugak lak nak smpai ke Kuala Gula tu.
Nati akan ada lagi signboard Kuala Gula, utk masuk simpang kiri (keadaan jalan mirip nak ke Bagan Lalang. Bagan Lalang pun masuk ke kiri jugak. Haha)
Dari simpang tu dah tak jauh dah.

Nati nampak la Kuala Gula Sanctuary Resort. Kalau area resort ni ada jugak restoran, namanya restoran Cenderawasih. Mula kami nak makan kat situ. Tp ada function katanya. Nak tggu lambat.
Jadi kami ke JS Muara. Dekat2 je pun. Mmg ramai yg makan sini. Tp katanya lebih sedap kat Cenderawasih. Kat sini yg bes nya adalah feeling makan atas jeti. Mmg beroleng oleng lah dibuatnya kalo bot lalu. Hihi. Nak pening kejap.

Suppose elok kalau booking dulu. Mujur kami awal sket. Sket ja sbb lps tu da penuh. Org booking. Kami dah la ada 14orang (-_-"). 

Kami order set terus. Utk makan 10orang - RM200 yg ada ikan jenahak, ikan siakap (masak sweet sour), ikan sembilang masak kari, ayam halia ke goreng ke entah, sotong goreng kunyit, sayur campur, ketam masak cili dan udang goreng tepung. Nasik 2 mangkuk, air 2 jug (oren yg pekat kata dek myDH. Ai tak minum.. ai kan pantang lagi. Ai minum air suam je. huhu). Itu mmg dalam set.
Lepas tu kami top up dengan ketam lembut. Apa lah ertinya dtg sini tak makan ketam lembut. Setiap sekor RM7. Amik 10 ekor. Buat ketam goreng tepung. Masa nak tggu dia bagi buah limau sunkist. Complimentary mungkin. Lps tu kami dah makan2 kami top up lagi semangkuk nasik. Dan 2 jug air lagi. Lps tu tapau lagi utk yg tak follow. 3 bungkus nasi goreng Thai. Ngan 3 eko ketam lembut lagi. Jadi total seme 310. Tp being my kakcik yg ramah tamah, dpt RM300 je seme. Huhu. Oh, thanks to my Abgcik yg belanja. Murah rezeki. Hihihi. 

Ini lah rupanya ketam lembut goreng tepung


Oh. Rasa ketam lembut? Oke lah. Tapi aku prefer ketam biasa tu. Lagi dapat rasa lemak2 dia tu kan. Cuma kat sini yg unik sbb dia bela ketam tu kan. Ikan2 tu pun dia sauk je dari sangkar yg dalam air tu. Kira seme la fresh. Boleh la. Sekali sekala.

Tapi... nak Bagan Lalang jugak.. pas raya lah nak pegi.

Monday, July 1, 2013

Edisi Weekend : Melawat Baby Akifa Naila

Ini adalah "golden baby" a.k.a baby PRU 13 yg aku cerita kat sini.
Nama yg diberi oleh kedua ibu bapanya adalah Akifa Naila.
Alololoo... homey homey hangat...

Mata layu je sbb dia tgh tido.. kami kaco dia. Hihi.

Nampak kekok kan.. alololo... dah tetua pun kekok lagi pegang baby.
Org dah anak 3, 4 orang oii umo aku ni. Apa nak jadi nehh..

Oke.. oke.. malas nak cakap pasal tu.

Cam aku citer dulu tu, mak baby ni kira cam kazen aku kalo ikut belah mak aku dan kira anak saudara ikut belah ayah aku. Ingatkan maktok la kira pangkatnya. Tp mak aku bagi lagi bes, jadi OpahCu. Haha. Glamer uols. Opah dah... Apa2 je lah kan Kifa... opah pun opah la.. ahahah.


Ni pegi masa aku balik kg weekend ni lah tu ari. Kebetulan derang pun ada kat kg. Melawat terus. Baru sebulan lebih ni. Lahir 5.5 masa PRU retu kan. Tu yang takut2 je aku nak pegang pun ha.
Oh. Yang pakai tudung biru tu anak buah aku yg memang suka sgt kat baby. Tu ari mak dia (akak ipar aku) dah pegi melawat time dia g sekolah (dia darjah 6). Pastu dia kata nak tgk baby jugak. Tu aku bawak skali tu. Dia geram je tgk baby. Siap cakap kat aku dah, nanti anak ucu Fatin nak jaga. Baeekkkk.... sile lah jaga yer... Haha.

Golden baby ni. Penantian selama 6 tahun.
Menjadi inspirasi utk kami.

Bagi yg nak tau apa usaha mereka suami isteri yg paling terdekat adalah susu kambing dan kurma. Lama juga derang consume rasanya. Aku lupa dah, ada dia bagi tau tu ari. Susu kambing fresh + blend dengan kurma. Which aku pernah juga buat dulu. Tp tak istiqamah. Skrg tak boleh plak sbb dalam endo diet any susu kena avoid kan. Nenati lah, tanya doktor dulu nati.

Tapi apa pun, sebenarnya Allah yg Maha Mengetahui yg terbaik utk kita. Dan bagi mereka berdua ini lah masa terbaik utk mereka menjadi ibu dan bapa. Dan utk kita (TTC'ians); bersabar lah.. waktunya akan sampai juga utk kita. Insyaallah :)

Thursday, April 18, 2013

Paperless ke Papermore?

Sebok. Sebok.
Bz. Bz.

Sapa kata zaman skrg paperless?
Terutama kalo tgh bergelumang dengan paperwork.
Mmg paper-more la jadiknya.
Penuh meja. Mujo aku tak tertimbus dlm paper tu ja.

Oke lah. Takleh nak ber sosial sgt.
Esuk cuti.
Jadi, kena settle kan segala urusan sblm bercuti.
Cewah. Cam cuti lama nau.
Ini bkn nak gi cuti cuti cinta ke apa ni.
Ada urusan sket di Damansara. Then terus lajak balik kg.

Kasut phua chu kang pink tak dpt lagi neh..... (T___T)

Thursday, February 7, 2013

Edisi Cuti 3 Hari

Jumaat. Sabtu. Ahad.
1hb. 2hb. 3hb.
Tapi terlajak smpai 4hb (-_-")

Oke. Jumaat. Pegi Pesta Buku jap.
Dpt ini pula. Mmg nak beli sgt Teduhan Kasih tu. Katanya nati masuk tv - jadi drama. So, terus gedik2 nak beli. Tp ramai btul kat booth Karya Seni tu. Kalah booth Karangkraf. Org borong byk2 pulak tu novel kat situ. Ada 2,3 lagi novel yg katanya akan di adaptasi jadi drama. Tp aku beli ni je le. Nak lagi?? Kang mau kena marah ngan laki aku kang. Ensiklopedia Solat tu dah lama aim. Akhirnya, tercapai gak nak beli. Suka... *clap hand*
Lps tu gi Giant BC. Ramai sungguh orang. Beli Domino's (again), nak bawak balik kampung. Oh. Mengapa lah tukang amik order kat Domino's cam tak bersopan ja. Selamba sungguh jerit2 dpn customer. Setan. Setan. Katanya. Dia bercakap ngan kawan dia lah yg tgh prepare pizza masuk dlm kotak. But, still tak sopan rasanya kan. Lps tu g kedai Digi - apek situ kita tanya buleh taknak pandang muka orang. Heh! Apa kena peniaga kat Giant ni. Tak jaga customer langsung. Mmg jarang aku jejak kaki kat Giant ni. Dan jawapan pasni mmg tak kuasa. Buat peniaga2 kat Giant tu, kalo ko nak tahu, Giant kat Ipoh tu ada 2 bijik, dedua tu mmg takde orang pun. Kat sini boleh la ko nak eksyen tak layan customer sbb ramai. Kalo kat jaga kat sana, mau ko melutut bila tgk customer agaknya kan. Pirah!

Seterusnya petang after solat Jumaat - gerak balik kampung.

Sabtu - kuar jap g Ipoh. Akak ipar plan nak buat suprise bufday party utk my mom. Mula dia nak bli kek biasa je. Tp ku kata, alang2 better beli SR. So, aku la ditugaskan g Ipoh sbb akak ipar aku nak g kenduri. Dah gi sana, singgah lunch kat Restoran Tasek Raban. Ah. Kalo korang g Ipoh, buleh la try kedai ni utk lunch. Dia buat lauk2 kampung. Glamer gak la kedai ni. Tempat dia, kat area stadium. Dkt ngan food court, tp bukan dlm kawasan food court. 
Amik ikan talapia bako. Sambal yg dia sira tu sedap. Seko tu RM16. Oke la kan. Makan 2 orang. Bes. Bes. Kedai pun selesa. Cuma kalo peak hour tu ramai la sket. Tp takpe, paking pun ada, meja pun banyak. Lps makan gi Jusco. Jalan2 jap. Beli SR.

Balik tu singgah tpt yg wajib kalo balik kampung. Tapau laksa, cendol n ABC. Nyum nyum.

Ahad.
Ada kenduri kat rumah. Mak buat kenduri tahlil utk arwah ayah n bacaan Yasin utk kesejahteraan dan kesihatan mak. Tp pagi tu ada musibah plak. Buleh plak time kami sebuk2 berkemas mak jatuh kat dapur. Kepala terhantuk kat simen yg kat sinki. Truk gak la sbb luka kecik kat sebelah mata. Hurm. Tersadung tikar. Dan tikar tu dia yg letak sendiri. Kalo org lain letak, mesti dah sesal dah. Bawak terus ke hosp - unit kecemasan. Aduii.. ada2 je kan.



Buat catering ja. Tu sbb kami dah cakap ngan mak takyah la jalan2 buat keja sgt. Dia tak sihat pun. Skali terjadi juga perkara tak diingini.. apa nak buat.. menda nak jadi.

Seme lauk is sedap. Air asam tu mmg meveles. Kalo pedas tahap berapi lagi extra maveles kut. Hihiw. Oh, tukang masak catering ni jiran aku ja. Kawan aku pun masa kekecik dulu. Tp tak rapat sgt dah after aku masuk hostel masa form 1. Masa aku kawen dulu pun, mmg bapak dia yg tukang masak nya. Tp masa tu kami gotong royong. Bapak dia just cam ketua tukang masak la. Now derang dah buat katering kecil kecilan.

Isnin - cuti kecemasan la sbb mak still tak sihat. Lutut bengkak. Bawa ke spital semula utk xray. Petang baru balik KL.

Memacam kan. Nak kata apa lagi. Tuhan Sedang Menguji Kita. Berbanyak lah bersabar. 

*autopublish - ai tgh duk dlm bilik interview nih. Harap tak mendap yaw!

Friday, February 1, 2013

1 Feb 2013 : Selamat Hari Wilayah!

Aloha...!
Orang Wilayah cuti ari ni.
Live update yaw.. bijik mata dah terbuntang kul 5pagi.
Apa kes??
Excited nak balik kg gamaknya.

So,

Dan,

Happy working pada yg bekerja.. mana yg duk cawangan tu dan HQ nya di KL, jgn dail no HQ dan tetiba kata takde org pick up pula ya... kami bercuti maaaa..... ewah.. cuti sehari ja pun.. velagak kemahin.. hihihiwww..

Kbai. Nak masak nasik goreng kampung utk breakfast hari ni. Hiwhiwhiwhiwwww.....

Tuesday, December 11, 2012

Edisi HomeMade Durian Crepe

Motippp??
Padahal aku yg tak suka kan. Pastu tetiba nak ber home-made bagai.
Haha.

Akak ipar aku la.
Dia mmg "baking" punya orang. Rajin wat cake seme ni. Ramai pun tempah kat dia. Even masa tunang aku dulu pun dia yg buat sebijik kek ising. Eh. Ye ke ising? Camtu la lebih kurang. Tp mmg kat kg tu salu la orang tempah ke dia.
So, balik masa mak aku admit spital tu, aku pun tanya kut dia ada belajar wat durian crepe. Dia kata takde. Aku cakap kat KL glamer mendalah tu.
Pastu abg aku duk google resepi seme. Then derang nak buat. (T___T).
Lagipun kat kg ada la sesket durian kan. Barang2 cam whipping cream, susu seme tu mmg dah ready stock kat umah. Cuma, takde time tu tepung ubi n pewarna. So, beli je lah.
Kami try 2 jenis tepung je. Tp rasanya kalo guna tepung hongkong, tepung hwonkiew (ke apa tah namanya tu) lagi sedap kut. Tgk resepi ada yg 2 jenis, 3 jenis, 5 jenis, 6 jenis, hatta 7 jenis tepung pun ada. Fuh.. tu yg sedap tu gaknya kut.
Ni kami buat tepung gandum n tepung ubi je. Napak cam apam balik pun ada (-_-")

So, buat.
Yang derang ni tak penah tengok beso mana la menda tu.
Skali derang buat besau gabak.
Huhu.

Ah, aku buat pun besau gabak jugak.
Dpt la 12 bijik. Merasa la seketul sorang sbb petang tu, seme adik beradik balik sbb kami buat solat jemaah n baca yasin utk kesihatan mak jugak.

So, itu lah. Tak memasal je tetiba aku yg tak suka ni buat plak mendalah crepe ni.
Tp next time, sbb aku tak suka durian, aku nak ganti ngan jagung plak lah. Itu mungkin aku suka. Mungkinnn.... hohohoo (T___T)

Monday, October 29, 2012

Hari Raya Aidiladha 1433

Takde apa sgt pun hari raya ni.
Mak pun tak berapa sihat.
Demam.
MyDH pun camtu gak. Tak demam. Tp soksek selsema.
Musim eh?

Kami smpai kg dlm kul 8pm camtu.
Gunung berkabus je. Masa ni tak ujan lagi.
Start ujan. Lebat plak tu.
Alhamdulillah. Dah keluar hway.
Jammed tak jammed sgt la. Sbb dpt halfday. Trus ke rumah inlaw, derang bagi ketupat palas. Trus shot masuk hway dari Subang lah. 
Keta mmg byk la. Dlm radio dgr ada xciden la apa la kat Rawang tu, tp fuh...kami dah terlepas nak smpai Ipoh dah time tu. Alhamdulillah. Thanks to big boss sbb bagi halfday pada kami seme.
Smpai sana, singgah beli KFC jap. Nak beli bucket bawak balik.
Ramainya orang!
Kelam kabut staff KFC tu. Ye lah, jarang2 derang diserbu gitu. Agaknya seme pun pakat nak belanja kaum keluarga.

Hari raya.
As per post on instagram, ini lah juadah kami.
Laksa-Nasi impit+kuah lodeh+sambal sotong-rendang
daging-ketupat palas. Ada agar2 cendol. Belum potong.
Igt nak buat spageti petang tu, tp makanan still byk.

Akak aku balik, bawa nasi tomato plak.
So, aku cuma buat salad popcorn chicken.


Hari Sabtu. Menikmati sup tulang plak.
Ada sedara yg dah lama tak jumpa datang bertandang.
Mmg lama giler tak jumpa kot. Sepupu. Tapi lama sungguh terputus hubungan.

Jadi, utk merapatkan kembali hubungan, mari add mereka di facebook. Harap2 lepas ni tak terputus berita lagi kita. Tp lupa pula kita nak bergambar yer. Ah, aku pun time tu dah rupa hapa, tapayah lah bergambar2 bagai kan. Tp seronok sbb dapat berjumpa kembali sedara. Sedara dekat plak tu. Padahal mereka2 tu rumah nya di KL ni jugak. Harus rapatkan semula ikatan ni. 

Hari Ahad. Balik dalam kul 11pagi. Keta dah byk.
Begitu lah cerita raya.
Yang bes nya kiterang dah buat family plan. Plan ujung tahun nak ke Johor - ada abang kat sana. Tp aku tatau lagi la boleh follow ke tak. Maklum, da jadi student ni kan. Then awal tahun - plan mau day-shopping kat Langkawi. Pegi Langkawi balik hari (tp tido kat Perlis lah) semata mata utk soping. Hahau. Ini aku punya idea la. Konon nak beli pinggan mangkuk periuk belanga di sana. Haha. Konon je lah. Padahal duit entah mana nak korek. Tp derang seronok pula dgn idea aku tu. Hihiw.
Itu tak masuk plan nak baju kaler apa utk raya tahun depan sbb kami seme beraya kat kg. Tu hari sudah merah darah kan. Jadi, dh dapat kaler, nak pikir pesen apa lak ni. Awal tahun dah  kena tempah baju ni. Hihiw.
Hari Raya puasa kita tahun depan 8 Ogos yer. (iyer.. aku tau, ganti puasa pun tak abis lagi, lagi mau sesebok nak pikir hari raya puasa. Hauhauhau)

Thursday, October 25, 2012

Edisi Aidiladha 1433

Ramai dah cuti ke ari ni?
Tp kat dept aku ni tak berapa plak cuti.
Adik2 unit aku pun seme tak cuti.
Good. Hihiw.
Yg cuti bos kiterang plak. 

Oke, takpe tu.
Harap2 KP bagi halfday ari ni.
Hihiw.

Woh. Smlm jammed bagai nak gile.
Klas abis awal. Dlm kul 8.30 gerak dari UM. Smpai umah kul 11.
Giler woh. Boleh smpai umah kampung dah tu. Skali lagi - giler woh.
Dgn tak kemas bag lagi apa seme. Heh!

Oh. Balik kg kali ni kena hati2. Kang kena tangkap gambau dgn kamera AES lak kang.
Ada satu lokasi yg mmg aku wajib lalu kalo nak balik rumah kg.
Lantak lah.
Yg nyata tukang men-drebar aku mmg jenis tak bawak keta laju2.
So, apadehal. Lain lah aku yg bawak.

Mmg penah kena pun speed trap kat kawasan 'hotspot' area nak ke rumah aku tu (smpai la ni tak bayau lagi. 5 tahun dah kot. Hahahau). Then, aku rasa situ la dia letak AES. Sbb kawasan tu area perumahan, tp jalan 2 lane and mmg luas. Selalu orang cam speeding kat situ.

So, selamat hari Aidiladha utk semua. Mana yang turut sama 'berkorban', moga dapat keberkatan dariNya atas perkongsian rezeki. 
Utk yg puasa hari ni - selamat berpuasa. Mmg besar ganjaran dia. Tp unluckily, atas 'MC' yg Allah bagi, aku tak dpt menikmati ganjaran hebat tu. Tak mengapa lah... nak buat cemana. Ada rezeki, ada lagi puasa2 sunat yg boleh dibuat nati :)

*tak amik cuti pun kali ni. Ahad tu pun mungkin balik pagi sbb nak g HomeDeco. Insyaallah.

Sunday, August 26, 2012

Edisi Raya 2012

Aku tak byk cerita raya tahun ni. Nati sok sok ni mesti seme up citer raya kan. Baca citer raya korang je lah. Seme pun tahu aku tak excited nak raya sbb ada menda lain yg lebih meng-excited kan. Tehehee... itu lah bes masuk rumah lepas raya. Lagi memacam boleh dibuat dan di deco kan sepuas puasnya. Kalo nak rush rush, tak bes. Ngeee...

Oke, cerita raya. Sekali harung jelah yer.

Balik kg - Khamis (16 Ogos) - balik Perak dulu. Lepas ding dong ding dong settle kan hal KSU baru gerak balik. Dkt2 kul 2pm camtu gak lah. Jalan Tun Razak jammed nak mamp.. tatau pasal apa ntah. 

Nak masuk hway Duta pun sesak. 

Dkt tol dapat bam. 5 pack terus dia bagi. Bam comel ja. Buleh la buh dlm handbag.

Tp Alhamdulillah, dah masuk hway oke dah. Cuma keta banyak lah. Dkt dkt area Sungkai - Tapah tu cam jammed sket. Tkde apa pun, ada keta tercabut tayar je kat laluan kecemasan. Itu pun leh jadi jammed ke? Choy! Smpai Perak singgah bazar Ramadhan kat KK. Sini yg glamernya adalah laksa dan popia (basah/kering). Mmg gerai itu la banyak.

Jumaat (17 Ogos) - gi pasar. Beli bahan2 utk nak masak juadah hari raya. Pagi2 dah pegi. Orang pun dah ramai kat pasar. Beli tulang gak nak buat bihun sup tulang utk buka puasa. Itu pun kerek bebeno orang yg jual daging-tulang tu. Orang mintak sekilo, sekilo je lah. Nak buh lelebih pasaipa. Bila kita kata nak sekilo ja, dicampaknya balik tulang tu dkt nak kena muka kita. Eh. Ko dah kenapa. Tau la orang ramai. Tak payah la nak emo sangat. Melingkup la bisnes kau kalo camtu gaya. Baru jual tulang, kalo jual banglo entah la. Petang family abg dari Johor sampai. Kira kami 3 beradik ada di kg masa tu.

Sabtu (18 Ogos) - Family abg cik balik rumah mertua dia kat Kuang. Sediakan bahan2 utk masak rendang daging. Thn ni mak tak buat pun lemang. Penat kan nak sediakan menda2 tu. Kita beli je 3 batang lemang. Cukup lah kan. Lps tu mak buat nasi impit kuah lodeh mak lodeh ngan kuah kacang. 

Ahad (19 Ogos) - 1 Syawal. Pegi solat hari raya. Rasa nak pakai purdah agar tak dikenali. Huhu. Musabab?? Nati orang tanya "bila? bila? bila?" Ada juga sorang dua makcik bertanya. Jawapan std - belum rezeki. Lepas solat sesiap makan seme, ready utk gerak ke Pahang. Tp kami singgah KL dulu sbb nak amik barang2. Dari Perak jam 12.30pm. Hway clear ke arah Selatan, tp arah Utara... hurm..kasihan. Igt dah tak ramai orang balik, rupanya ada ramai lagi yg balik lepas solat ari raya. Singgah KL jap, makan nasi impit yg mak bekalkan (memula refuse, tp mak suh bawa jugak. Sbb mak kata nati smpai KL lapar. Mujur pun bawak sbb smpai mmg lapar pun. Mana nak carik kedai makan kan. Tp apa susah. McD kan ado. Hihiw). Lps rehat2 jap, solat asar, kita gerak ke Pahang. Pun, Alhamdulillah... smooth nyer perjalanan. Smpai Pahang dekat2 nak maghrib. 


Kalo tidak kiterang nak konvoi ngan adik myDH juga dari Perak. Derang nak lalu ikut Cameron. Tp sbb kami nak singgah KL, jadi tak ikut. Tp kalo ikut pun, masak jugak lah. Sbb meke gerak dari Perak kul 6pm, smpai Pahang 12.30pagi. Huhuii... mujo tak konvoi.

Isnin (20 Ogos) - Beraya di K.Lipis. Rumah Siti Nurhaliza. Haha. Gile ke hapa tetiba nak gi rumah Siti. K.Lipis kampung ayah mertua.  Gi umah makcik makcik dia. Siap makan lunch. Derang kata nak buat tulang masak asam. Aku pikir asam pedas. Rupanya asam tempoyak. Huuu.... Tulang masak tempoyak. Ko mampu?? Oke, di Pahang, tempoyak mmg dipelbagaikan dalam bermacam jenis masakan. Masa 1st time beraya di Pahang dulu, aku terkejut tgk tempoyak dimasak dgn ikan bilis dan petai dicicah dgn lemang. Mmg orang kata Perak yg sinonim dgn tempoyak. Tp kami di Perak buat masak tempoyak dgn ikan ja. Atau buat sambal cicah timun ja. Tp kat Pahang, segala menda derang buat ngan tempoyak - ayam, tulang, udang. Yg belum aku jumpa adalah ketam. Aku tak reti makan tempoyak yg masak selain dari ikan. Tp kalo ketam... hurm... boleh dipertimbangkan kut. Haha.


Balik dari K.Lipis, in law nak gi beli ikan kat Kg. Chat. Ya...1st time smpai ke kampung Chat ni. Canggih kg ni, seme orang suka chatting kut. Kikikikkk...
Malam - derang buat ikan bakar. 20 ekor. Ikan apa tah. Talapia rasanya. Ikan air tawar ni aku kureng sket. Walo derang kata sedap - manis apa seme, aku tetap ada rasa payau2 air tu. Tp ada ikan besar, talapia juga buat goreng. Ha.. itu sedappp... garing plak tu. Bes!
Bako bako ikan
Kita bako...kita bakoo...
Makan ramai ramai kat beranda.
Bapa mertua menunjukkan kepala ikan yg digoreng garing.
Katanya tunjuk kat kak Long (my SIL yg tak balik raya sama)
Selasa (21 Ogos) - Back to KL.. huye... eh... suka plak nak balik KL. Yelah... ce kalo dr kg sendiri.. takde nak berhuye huye punya lah. Walo masih tak keja hari Rabu tu, kami balik sbb adik MyDH follow kiterang. Dia keja ari Rabu tu. Dia tumpang semalam kat rumah kiterang. Kami pun tak kesah sbb byk hal KSU yg nak diuruskan.

Jadi, begitu lah cerita raya saya. Gambar sedondon pagi raya pun tak sempat amik. Boleh terlupa sbb dah kelam kabut nak balik Pahang lak kan. Nati lah. Ada open house ofis nati kita amik gmbr yer. 

Cerita raya uols harus lebih meriah. Gmbr pun meriah meriah belaka napaknya.

Wednesday, August 22, 2012

Edisi Raya Keempat

Morning.....
Selamat raya ke empat.
Raya ke empat baru sempat jenguk sini. Menitipkan beberapa perkataan.
Sakan sgt raya kotttt???? Idak sakan pun. Tp sakan ke hulu ke hilir. Dari selatan (eh, KL tak selatan sgt kan?) ke utara (eh, Perak pun tak berapa utara kan), pastu gerak ke timur lak (haha, Pahang pun idak la timur sgt. exaggerate lebey... ahahahaha).
Begitu lah. Namun syukur Alhamdulillah, kami tak terperangkap pun dlm jammed as orang duk bebising dlm tweet #kltu tu. ehehe.... rancang perjalanan kan.. eceh, berlagak la tewww... Idokk.... kita dah serik kena jammed macam giler raya cina tahun bila tah. Sejak dari tu cam fobia pun ada. Teruk giler time tu, KL - Ipoh    7 jam! Siap masuk jalan lama, kuar balik masuk hway. Isk. Tak laratttt......
Cerita raya pun takde sgt. Tgk rata rata upload gmbr pagi raya sedondon. Aku tgk saja la. Buleh lupa nak amik gmbr lps solat raya tu. Yer, ntah cemna lupa plak. Sbb sebuk nak gerak ke Pahang. Baju pun trus tukar la sbb malas nak pakai baju kurung naek keta. Ber 'poplook' la uols... hahaa.

Nenati la citer panjang. Hari ni pun ai mmg dah ada kat KL. Smlm ptg da smpai dari Pahang. Sempat singgah umah KSU. Ha... ada citer 'menarik' di KSU time pegi tu. Dlm FB da citer sket. Nati kiter citer panjang pula.

Oke, reni byk urusan perlu dibuat. Pegi ofis developer utk amik 'duit raya'. Ahahahaha.... Yer, duit rebate utk bumi tu da bleh claim. Hikhik... Alhamdulillah... :)

So, selamat hari raya ya... dan selamat berkerja pada sapa yg masuk ofis tu. Tkpe..esuk ai join uolsss... :)

Gambar hiasan. Hihi. Tp kg ai bkn di Bentong. Exit je sini :)


Monday, August 6, 2012

Edisi Hari Raya 2012 : Cuti Raya

Harus uols seme da apply cuti raya ye dok?
Harus pun seme wajib amik cuti 3 hari tu kan.
22hb - 24hb Ogos. Rabu - Jumaat.
Abis, seme orang amik yg tu, sapa nak berkorban jaga ofis?

Yer, saya jaga ofis. Haha.

Aku tak amik cuti 3 hari direct tu. Bagus kan?
Haha.

Ye lah tu, sbb aku apply dari 16hb dah. Aku amik cuti, Khamis (16hb), Jumaat (17hb) serta Rabu (22hb). Belum isi secara rasmi dalam HRMIS tapi kiterang tanda dulu dlm kertas yg CC bagi sbb nak tunjuk kat bos. Bos approved seme baru key-in dlm HRMIS.

3 hari juga jadi cutinya. Cuma, manyak menda lah nak kena settle. Urusan rumah KSU pun mungkin tak settle time tu. Sbb orang KC kan dah booked utk nak buat umah aku on 23hb. Nati aku nak call divan lagi, nak call HnH lagi. Water filter lagi. Seme tu perlu call dulu, and amik masa 1-2 week utk derang hantar. Maka, raya kami tahun ni tak berapa nak raya lah sbb nak kasik si KSU tu berada dlm keadaan sempurna dulu. Agaknya open house pun byk tak dpt nak attend [ceh..macam kan orang nak menjemput. Haha].

Oh. Tahun ni kami raya dua kampung sekaligus. Insyaallah. Selalunya tak macam tu. Spent whole week satu kampung, then balik KL, baru balik kg satu lagi. Tp kali ni kena shift sket lah. Kat umah mak aku tahun ni, seme adik beradik pun raya ngan mertua meke. Jadi, kesian mak. Balik awal sket utk tolong mak. Gi pasar beli lauk seme kan, then plan kami lepas solat raya baru balik ke Pahang. Mmg tak penah lagi travel camni. Direct Perak - Pahang. Tp try lah kali ni. Rata2 suh kami naik kut Cameron, sbb kg in-law kat Raub. Tgk lah cemana kan.

Sbb tu bila orang tanya raya mana, jadi cam kompius sket nak jawab. Senang kata, raya dedua kampung lah. 

Lagipun tak buleh cuti lama sgt sbb 28hb aku perlu cuti utk hari Orientasi aku tu. Eceh. Orientasi katanya. Then 7 Sept pun mebi kena cuti kot. Sbb nak register pulak. I'm back to school lah. Hihikkkss.. berdebar pun ada ni. 8 tahun tak jadi pelajar dah ni. Taktau cena perasaannya.

Jadi, raya ni tak la terlalu excited, sbb byk menda lain yg lebih excited. Masuk rumah KSU, dan menjadi pelajar pula. Hopefully eveything will be fine. Insyaallah :)

Thursday, March 15, 2012

Perihal Laksa Dan Tudung Fareeda

Aaaa........ satu hari takde entry reni yer.

Tuan kebun stoberi ditimpa 'musibah kecil'. Tehhee... kat FB, kat twitter aku dah mekak, kat sini tak perlu nak mekak pasal apa. Tu la.. bila ditimpa 'musibah' sket baru kita teringat masa 'senang' kita. Tkpe.. sakit itu penghapus dosa kecil. 
Oke, last entry pasal buaian tu. Ramai berminat nak tau rega, tggu HKK nati, ai survey oke. Thn2 lps dalam RM200, thn ni tatau la berapa. Tkpe, kali ni ai akan dptkan detail spti contact number, bleh tempah ke tak atau sebagainya, sbb mmg nak beli. Balkoni mmg buleh muat, tp kalo tak muat, kita buh dlm bilik tido, sblm tido bleh kita berbuai dulu. Haha.

Ramai juga  nak tolong simpan. Mekasih. Mekasih. Simpan is simpan tau. Bukan guna yerrr... Tiada caj simpanan juga tau. Hahaha.
Oke, joking.

So, ptg ni dari takde entry meh la aku masukkan satu entry.
Tp dlu pun da penah buat, tp saja nak buat lagi.

Entry makan laksa. Yeps, apa nak buat, tuan kebun mmg antu laksa. Jadi, acapkali makan laksa kena amik gambo, amik gambo je kena makan laksa.

Up dgn cendol  jagung (tp apsal jagung itu tawar?? )

My dear makan mee kari. Kureng sedikit. Pun napak mee tu merah2 kena kuah kari tu.
Nxt time makan mee rebus pulak yer.

Tempat kejadian, mmg sama tpt last month tu. Tarikh kejadian lak, last week masa balik kampung. Acapkali balik kampung, harus singgah sini. Kedai ni mmg specialization dia laksa. Nama kedai pun Laksa Buyung Emas. Skang ni pekerja dia siap ada uniform (t-shirt) dah. Good..good... ada kemajuan.  Lokasinya adalah di Sungai Siput Perak, jgn carik kat KL ni pulak. Kompem takdo. Huhu.

Sanggup tu tahan perut tak makan lunch (sbb mak gi kenduri kawen, kalo tak, tak mungkin tahan perut. Masakan mak kan bes in d world!), sbb  nak makan laksa. 


Dan ini lah muka budak puas hati dpt makan laksa. Muka adalah mencomot. Panas oh time ni. Kul 3ptg, cuaca panas terik yg cam nak ujan tu. Pergh. Seb bek laksa ni tak pedas. Kalo tak kuar segala air dari segala celah. Huhu.

Tudung adalah spti yg dibeli dalam entry Online kepada Online. Eida Baharom 'cam' tudung itu. Dan Masya kata kaler dia menyerlah. Sebenar yg merah tu layer pertama yg kat dalam.  Tp menyerlah gak la ngan kaler awning merah tu. Tp takpe, aku beli tudung ni semata-mata kerana brooch dia yg aku sker tu. Tp bila pakai Fareeda ni mmg menyerlah tau... Lagipun tagline nyer kan Fareeda..nyata jelita. Tp kalo org tak jelita cam aku ni, mmg tak jelita la jugak. Hahaha.

Oke lah. Toksah duk bebel lah. 

Kbai *nak jugak ayat cam bebudak skang ni. Hahaha*