Showing posts with label Hadiah. Show all posts
Showing posts with label Hadiah. Show all posts

Tuesday, March 5, 2013

Hadiah Gift-Away Terima Atau Belum?

Perhatian kepada yg dapat Gift-Away yg aku buat last month (Januari to be exact)
Sebenar, adiah tu dah gerak lama dah.
Aku buat 2 peringkat.
Peringkat pertama - yg berat2 (guna setem singgit) - aku pos dlm 16hb camtu. Di pejabat pos AEON AU2. Igt lagi, mmg hari Sabtu sbb tgk2 pejabat pos tu buka.
Peringkat kedua - yg ni guna setem 60 sen ja. Adiah tak berat. Dan mostly sekitar KL adiah tu.

Ada yg dah update ke aku gitau adiah dah smpai.
Dan ada yg tak update. Mungkin sampai. Tp aku rasa tak smpai la tu.
Suppose 20 orang, tp ada yg tak bagi alamat. Ada yg mmg tak bagi alamat, tp aku masih simpan alamat derang masa derang masuk GA dedulu tu.
So, ini lah penerimanya. Mana dah update terima tu, aku tulis terima ya.

1. Shiela Salim - brooch (terima)
2. Jiha 
3. Mama Mirza - brooch (terima)
4. ZUE - Keychain Penang (terima)
5. Anum - Keychain (terima)
6. Masya - terima
7. Karisma Izzah - brooch Sabah (terima)
8. Eida - brooch kraf (by hand)
9. NadMamaZN - (terima)
10. Mikamusz - (terima)
11. MyfaraFLK - brooch Sabah (by hand)
12. Cik Anita
13. Sue-Rya Qistina - note book jerami (terima)
14. Norzie - 
15.Lieya - 
16. Carmello - (terima)
17. Joijoi80 - keychain Sabah (terima)
18. Eka - brooch (terima) 

Boleh tak tolong update sattt...
Pada sapa yg dah dapat tu, tlg gitau kat ruangan komen ya.
Sapa tak dpt lagi tu....
Meh amik kat HKK nih.. Hihihihik... tak..tak.. lawak ja.
Kalo tak smpai tu cena ah? Mungkin note book jerami la ni kut yg tak smpai nih. Sbb dia cam berat sket. Adehh.. acena nih??

*Ada yg saya tulis adiah apa yg dpt, ada yg tak. Yg tak tulis tu, tak ingat plak. Jadi, dapat ke tak dapat ke, do tell me ya. Kat mana lak silapnya, sedangkan dik Eka yg jauh kat Sawak tu pun dah slmt dia terima rama-rama nyer. Hihihiks.

Wednesday, January 30, 2013

Gift-Away Utk Kamu Semua!

Ahah!..
Kepada semua si cantik jelita yg telah men-drop komen di sini - Gift-Away, sila emel kepada saya alamat utk di give kan adiah. Semua ya.. SEMUA yang komen tu.. elok2 ja ada 20 orang. Hihikss..

Oke jap..sebelum tu.. nak pilih2 komen.. dan komen yang terpilih, gift nyer mungkin agak special sket kot. Hikhik...

Sheila Salim said...
Assalamualaikum kak reen. hee. ada Give Away? best2. Sheila suka jengah blog akak, penuh dengan kisah suka dan duka. Mostly pasal family. Sheila harap kak reen terus berblogging. Blog kak reen comel, jarang sekali sheila jumpa patern gini. hihi. Semoga mendapat zuriat yang comel2 ye kak reen & suami :)

Haha. Comel tau puanshilot kita ni bagi komen.. manade pasal family dikk... jarang akak buat entry pasal family dalam ni. Jadi, kalo bukan pasal family, pasal apa pulak aku suka update? Entah ek. Aku salu terpikir, apa tema blog aku ni. Tema caca marba mungking. Huhu. Apa je la aku salu repekkan dalam blog ni ah?? Tp mmg jarang update pasal family ni sbb aku rasa biarlah itu jadi private part. Kok semua dibagitau dalam blog, apa yg tinggal. Haha.

deqlis said...
lama dh jd silent reader kat sini..:) dulu mmg selalu komen..tp dok busy selalu...sampai blog sendiri pun terabai..hehe..

pepun kebun strawberry nie ttp diingatan..:)

Kawan lama yg di kenal dari alam blog ni- skang dia jarang update blog. Mengapa Deqlis, mengapa? Huhu. Pernah jumpa gak Deqlis ni skali-masa MLM final last year. Dia bagi kite tiket pree. Hikhik. Cantik beliau ni..

Jiha said...
Nak adiah....hakhakhakhak..

(komen jujur dr hati...huahuahua)

Ha..ni aku suka.. jujur nih.. Jadi, trus pick up komen dia. Hihikss..


Mama Mirza said...
saya nak juga.. selalu datang baca.. arinih baru komen.. hehe.. :)

Ha.... malu rasa org datang baca, tp kita tak balas kunjungan. Jadi, sudah follow blog Mama Mirza jugak..nati saya salu gi sana ya.. maceh salu datang kebun stoberi ni :)

Empat yang atas, dan 16 lagi ni yakni
ZUE, Anum, Masya, Karisma Izzah, Eida, NadMamaZN, Mikamusz, MyfaraFLK, ChentaHati, Cik Anita, Sue-Rya Qistina, Norzie, Lieya, Carmello, Joijoi80 dan Eka

Sila emelkan alamat ya. Mmg ada setengahnya alamat dah ada dalam simpanan. Tp takpe.. takde hal kalo nak bagi lagik.
Oh.. utk yg seofis tu, takyah la bagi alamat.. nati adiah smpai atas meja ja ya..

Hadiah apa ya... tunggu...  supriseeee... !!!! Hikhikhikkk...


Tuesday, January 22, 2013

Edisi Menghargai Pembaca : Gift - Away!

Wahaha. Fefeling retis kah nak buat edisi menghargai pembaca bagai. Bagi laluan la sekali sekala. 
Oke. Sebenarnya dah lama tak buat any Giveaway atau pun saja nak bagi2 adiah ke kengkawan yang berkunjung ke Kebun Stoberi ni. Nak buat edisi yang menghargai follower tu pun dah ter berhenti. Tp nati ada masa nak sambung semula. 

Jadi, skang rasa cam teringin nak bagi2 adiah ke pembaca2. Jadi, sbb tu namanya Gift-Away. Alah, takde lah hadiah grand nau. Masa gi jejalan/outstation ke mana2 tu kan ada beli cenderamata tu. Kadang ada je lagi tak abis. So nyer, rasa better di bagi pada kengkawan yang sering berkunjung ke sini. Sebagai tanda persahabatan alam maya dan penghargaan pada yg salu berkunjung ke sini.


Kali ni nak bagi hadiah ni takde peraturan apa pun.

Banyak mana nak dibagi tu tak pasti lagi.
Tapi rasanya dalam 10 orang tu mmg kompem!

Nak buat style Giveaway cam takde idea plak.
Jadi, sapa2 yg sudi, drop je lah komen kat bawah entry ni.
Cara nak memilih pun tak dapat dipastikan lagi.
Nak tulis komen apa?
Tulis je lah apa apa pun. Secara otomatik eligible lah.
Tak komen pun mungkin ada yg eligible. Hihi.
Gitu pulak ya.
Eh. Silent reader esp yg kt ofis saya ni pun ada peluang kot. Hihihiks. 

Apa pun, saya ucapkan terima kasih pada seme yg rajin berkunjung ke kebun stoberi ni.
Saya sedaya upaya akan sentiasa me-reply seme komen2 yg diberikan.
Sedaya upaya juga membalas kunjungan dan meninggalkan jejak di blog kawan2 seme.
Nah amik dulu bunga ros sejambak utk seme..
Google
p/s : rasa cam ada adiah GA dulu yg tak berhantar lagi. Eida Baharum. Igt tak akak nak bagi u something, sudahnya smpai skang tak bagi. Sapa lagi yea..sila claim kalo ada yg tak dpt lagi. Huhu.

Friday, August 24, 2012

Edisi Kad Raya dan Kerongsang Raya

Selain parcel kotak jewellery yg sampai, ada lagi satu yg sampai time aku cuti tu ari.
Taraaa...


Hehe.
Tak sangka lak dtg dari adik sorang ni.
Sampulnya beso... ku ingat orang antar resume ke apa kan. Sbb tu ari kan ada buka jawatan Pengurus Kraf Holdings tu. Bila buka, eh.... kad raya bergambar. Ada brooch lagi.
Pengirimnya kenal sgt la kan. Hihi.

Thank u Masya Kisah Hati . Berbesar hati akak terima kad raya bergambar dgn brooch kuning tu.
Nati akak pakai ngan tudung kuning ya. Hihi :)

Monday, February 27, 2012

Perihal Idea Hadiah Birthday

Thanks sgt2 pada 33 orang yg memberikan idea. Really appreciated. Terima kasih juga kerana sudi melayan untuk memberikan idea.  Insyallah, idea tu seme akan digunakan pada masa akan datang. Takyah pening2 lagi kan :)
Dan entry bersama idea kawan2 tu akan "digantung" kat tepi side bar cam contest sedondon tu ari. Mana lah tau, kut dpt membantu rakan2 lain yg dah takde idea nak bagi apa pada si husband ter chenta, bleh la carik2 idea kat situ. Eceh.

So, sebelum umumkan pemenang misteri, juga 10 yg terpilih, meh kita tgk jap antara idea2 dan komen2 yg diletak.

First, ramai yg memberi idea perfume. Ada 4 org. Idea yang baik, tapi saya simpan dulu idea tu sbb masa kat HK retu dah beli perfume. So, thn ni tak beli la perfume sbb perfume beliau byk lagi. Hihik.


Seterusnya idea yg tak pernah saya terpikir pun. Huhu. Dan kalo yg bagi idea ni tambah kata bagi buku agama, atau pun buku2 sirah Rasullah pun oke kan. Tapiii...tapiii.... my dear tu sgt kurang membaca. Satu habit yg amat berlainan ngan si isteri yg amat la gemar membaca. Tp idea tu mmg bes, lain dari yg lain.

Ada yg bagi idea jam tangan. Hik hik. Kalo utk tahun ni mungkin tak la, tp saya simpan utk tahun2 akan datang. Kalo sapa pembaca tegar blog ni tau lah yg saya baru je bagi jam masa wedding anniversary yg ke3 bln December tu ari. Ala, yg masa saya g JPO tu. Huhu. (ewah, macam kan la ada org nak ingat)


Ha...yg ni pun lain gak. Tp awwww.... Suami saya bkn jenis yg romantik yg thp bleh pakai baju camtu walo pun dia tak kesah pakai baju apa. Kalo dia nak pakai baju kaler sedondon pun dah satu rahmat rasanya. Tp kalo t-shirt I love u, u love me ni... Hikhik. Oke, tak bleh nak imagine *tingat masa kat Langkawi ni ada satu couple ni - baru kawen la kot - pakai baju ala2 camtu. Hikss... But, gud idea then. Yg cincin tu boleh dipertimbangkan.


Yg ni.... awwww..... hikhikhiksss... *speechless*

Yang, mana ideanya Yang??? huhu.... tak perlu buat entry pun Yang, yg penting cadangan. Tp takpe, usaha tu ada. Tp penyertaan terbatal ye dik sbb apa yg diperlukan takde (apa yg tak diperlukan pulak ada. Huhu). Tp jgn serik, lain kali join lagi yer :))
Yg ni pun, kali ni terpaksa dibatalkan penyertaannya. Tp btul la tu kan, sbb antara syaratnya adalah drop komen, maka drop komen je lah. Cuma tak memberikan idea je. Terima kasih jugak diucapkan sbb sudi singgah dan trus drop komen. Err...gud luck tu n the best tu utk apa yer?? Utk sambutan beday suami saya yer. Mekasih yer :) 


Ha, ni kawan lama aku. Baca je trus cam tersembur ketawa haku. Hihi. Takde pun la lawak ideanya. Tp tah.... terus aku cam terhibur lak bila bacanya.

Ada yg kata bagi haiwan. Pun gud idea juga. Tp malangnya, suami saya ni, kucing pun dia tak berapa sker. Bila saya sajes nak bela hamster ari tu pun dia reject.  Nak bela ikan pun dia kata 'tak payahlahhhhh' Kemain panjang "lah" nyer tu. Hihi.

So, jawapan sebenar next entry nati. Sbb byk plan plak utk beday thn ni, maka adiah misteri tu jadi dua. Kebetulan ada yg bagi idea apa yg saya plan tu. Jadi, saya pilih dua yg paling ter awal bagi idea tu.

Sekali lagi, terima kasih pada yg sudi memberikan idea. Dan dari 33 penyertaan tu, 2 terpaksa dibatalkan. Maka tinggal lagi 31 penyertaan. Dua lagi berpeluang dapat hadiah misteri. Maka saya akan pilih 10 dari 29 orang utk Souvenir dari Langkawi.


Thanks again :))


Saturday, February 25, 2012

Giveaway : Souvenir Dari Langkawi

*sticy post smpai 24hb. Drop komen n dpt adiah. Hihi*

Nak Bagi Hadiah. Nak Bagi Hadiah.

Ada sapa mau???

Haha. Actually kan, aku nak bagi souvenir ni lama dah. Dari aku balik Langkawi lagi bulan Januari lagi tu dah.  Tp time tu aku tgk ramai rakan2 TTC duk buat GA (Zana, Eida Baharum). Maka aku hold dulu lah.
Lps tu langsung ke terlupaan.

Nak bagi hadiah ni juga sempena :
*Sempena kedatangan BEliau yg pertama utk tahun ni. 
*Sempena cheque Nuffnang yg pertama diterima ari tu. 
*Sempena genap 8 tahun aku bekerja di tpt aku mencari rezeki ini pada 16 Feb ari tu
*Juga sempena menyambut hari lahir insan tersayang pada 24 Februari ini.
Kemain banyak sempena nya. Haha.

Alahai, sblm tu aku nak gitau sesiap le, adiah ni biasa2 je. Mungkin ada yg kata 'tak menarik', tp bagi aku menarik atau tak hadiah tu bukan ukuran, yg penting keikhlasan aku dalam menghargai pembaca2 yg tak jemu membaca bebelan aku di kebun stoberi ni. Yang aku tak pernah lupakan setiap kali aku bercuti. Dan keikhlasan orang yg sudi menerima hadiah tu :). Nak bagi seme mmg tak terjangkau la, tp mana ada rezki tu dpt la.

Ni standard Giveaway je ni. So, bila Giveaway,  takde la bagai-bagai sgt. Suka suka je ni sbb mmg niat nak bagi souvenir dari Langkawi tu ari.

*Drop komen beserta URL blog sahaja
Sebab aku ni salu je pening2 nak bagi adiah apa menjelang beday mydear, maka nak la mendapatkan idea canggih2 dari kengkawan. Ni baru beberapa tahun, udah la anibesari pun ada adiah, so da tatau nak kasik apa.
Jadi drop je lah komen kat bawah ni mengenai "idea/hadiah bes untuk meraikan harilahir insan tersayang".
Contoh : "Kekda, apa kata bagi adiah jam kali ni, bila dia tgk jam, maka tingat la dia pada Kekda"

Sesapa ja bleh komen, samada follower tak follower.  Asalkan bila diumumkan as penerima hadiah ni, dapat respond. Tp jgn lupa, letak URL blog ya. Sng kalo nak follow up suh bagi alamat ke apa kan :)

Seorang utk satu komen.  Kalo byk kali, hanya komen pertama saja dikira.

*Souvenir utk 10 orang
10 orang yg bagi komen paling bes akan dipilih utk menerima souvenir dari Langkawi ini. Souvenir apa, kita rahsiakan dulu bleh? Kalo reveal ada yg kata tak menarik plak. Agagaaaa..... kalo da dpt tu, tak menarik pun kena terima jugak. Kalo taknak mendalah tu, bleh buat GA bagi orang lain plak. Agagaggaa..... (o_O)

*Hadiah Misteri
Sebenarnya ketika ni mmg la aku dah ada idea/hadiah untuk insan tersayang tu, tp kalo ada yg komen menepati apa yg aku plan kan tu, ada hadiah misteri untuk beliau. Hadiah apa tu?? Tokei tupperware haruslah kasik tupperware. (^_^).  Tak menarik? Tak menarik sudah, nama ko bedah. Lalalalalaaa.

Jadi, sapa yg sudi, mari lah bagi idea anda. Boleh mula komen sebaik saja entry ini dipublish hingga la tarikh keramat insan yg saya sayangi tu. 24 Februari 2012 (maknanya jam 11.59 - 24 Februari).
*semua komen akan dipublish, tp komen tak berkaitan tidak akan dipublish.
*kalo takde sambutan, let go je la pada yg rajin dtg komen sini. Huhu.

Sunday, January 15, 2012

Hadiah Dari Teman Se'kasut'

Hadiah dari teman 'sekasut' yang sama2 sedang 'berjuang'.
Haha. Kemahin.

Tenkiu dik..cute sgt.

Thursday, January 5, 2012

Tupai Pos Surat : Hadiah Contest



Comey kan iklan ni. 

"Nak buat cemana bang, girlfren orang sanee.."
"Naseb baik ada Pos Malaysia.."

Hihiks.

Igt - pos surat biasa 60sen yer. Smpai Jitra pun bleh antar. Aku masih tingat zaman aku main surat2 dulu. 3posen je setemnya. Ya.. ai la paling selalu pegi amik surat kat pejabat asrama masa kat Lendu tu dulu.  Kadang member yg amikkan. Pun berbulu sbb asik2 nama ai ja yg ada kat sampul surat tu. Awww... jiwang bf ai time tu kan. Main surat2. Haha. Tipon2 gak, surat2 gak. Ah. Masa tu hp adalah barang yg dianggap mewah yer. Nak beli prepaid pun serendah RM30 yg ada. Huhu. Penghubung komunikasi utk bercinta adalah public phone yg kena q panjang. Lps tu kalo ada akak senior nak guna, cpt2 bagi derang guna. Huhu. Oke, lupakan, nati kita citer pasal tu yer. Bes gak tu kalo diungkitkan citer lebih 10 tahun lalu. (1998-2000)

Tp kalo pos agak berat mendanya, pepandai la tambah nilai setem tu. Bagi dia bodusup smpai ke tangan penerima. Huhu.
Kadang Pos Malaysia ni oke sgt - pos pagi ni dari KL, tghari esuknya da smpai ke Seremban.
Tp kadang berminggu baru sampai pun ada. Itu kira oke la smpai, ada gak langsung tak sampai...!. Grrr...

Tp takat ni oke la. Cuma ada satu surat (adiah ekceli) ke Labuan tak smpai2.
Elina dear, dpt ke blum?
Mungkin ter cicir di tgh lautan.
Tp yg aku antar ke Bintulu, sampai je cpt selalunya. (kan Eka??)

Apa pun, 1st batch adiah Contest My Great Cuti Cuti Cinta telah dipos kepada :
-Mekchu
-Eyza
-Bena
-Qirmumtaz
-Cikpuanhady

Do tell  me ya, if surat (adiah) tu da smpai. Mekchu org pertama msg tghari (Rabu) yg adiah da smpai. Aku pos pagi Selasa tu. Sari da smpai. Tk perlu pakai pos laju kan.

Dan ada 2nd batch. Tu sila bersabar yer. Setem da takdak. Kena p post office, maka sekali ngan parcel la nak antarnya, sekali kan gak nak renew roadtax. Dun wori, siap da dalam sampul. Tggu nak 'berjalan' ke tgh penerimanya sahaja. Utk 2nd batch ni :
- Cha
- Mikamusz
- Nita
- Maria
- Chinta.

Yang lelain settle dah. By hand sajork. Hiikkssss

Thursday, May 19, 2011

~Pasal Adiah Dari Che Nam Nam~

Huk aloh. Baru tingat nak buat entry ni.
Buleh plak terlupa. Sebenarnya masa buat entry ni patut da kuar citer. Camna leh lupa?
Tkpe. Jadi skang kita citer.

Oh. Sblm tu trima kasih utk dak Farah, adik seunit aku yg membelanja hot dog 1901 - New York Chicken. Sodap hai. Mmg seswai la sbb aku tgh takde selero nak lunch.

Oke. Smbg citer sebenar.
Aku ni mmg jarang amat la masuk contest/GA ke wateva it's name tu.
Unless mmg dianjurkan oleh rerakan yg aku mmg da folo blog meke.
Tapi, nak dijadikan citer plak, kalo aku masuk walo aku takde 'ong' utk menang, tp aku akan ada 'lucky' utk terima adiah gak.
Cam retu. Masa blog chentahati buat GA, tup2 aku dpt adiah gak. Entry di sini - Adiah dari Ostolia.
Lps tu masuk la GA blog chenamnam. Pun takde luck, tp tah cemana, ada yg tak tuntut adiah kut, maka dia bermurah ati utk kasik ke aku jugak.
Makanya ini la aku terima dari chenamnam (CNN oooo CNN.... mana ekau ah? lamo tak napak buat entry. sonyap yo lately ni).


Dia bagi 2 souvenir.
Satu harus la FM stoberi. Sbb aku kata moga2 ada luck aku utk dpt FM stoberi.
Then dia bagi gak keychain.
Apa yg dikecewakan ialah, keychain tu mmg hancus berderai.
Tatau la kut posmen tu terduduk ke terpijak ke hapa. Kot dia campak ssh gak rasanya nak pecah berderai. Sbb kulit siput kan.
FM stoberi pun retak sket. Tp buleh dimaafkan lagi la.

Dan bila asisstant aku kasik parcel ni, ada kesan dibuka pada sampul surat tu.
Sgt tak amanah org tu kot. Tak baik kan. Whoever la yg membuka tu. Tp bila smpai kat opis ni surat tu mmg masih baru dan diambil dkt tpt surat yg belum di sort kan lagi. 

Apa pun thanks ya Che Nam Nam.

Aku pun masih berhutang adiah utk Syana and my 300th follower. Adiah seme da siap bersetem bersampul, tp nyer aku blum pos. Haih. Hehari ku usung kulu kelir, sbb ada dlm keta. Sabar ye.. Minggu ni gak aku antra pada mengkeme yer. Harap2 selamat la diterima dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Friday, May 6, 2011

~Pasal Dapat Dan Beri~

Hectic plak di petang2 kala ni.
Igt tak kena masuk meting. Tp bos ajak gak.
Ikut kan je. Dan hasilnya. Kul 5.30pm baru abis.
Tu pun sebbek ada meting lain KP nak chair.

So, ptg ni nak tunjuk gmbr ini.

Dan gmbr ini.
 
 
Ada kaitannya antara kedua gambar ini.
Yg atas tu sesuatu aku terima dari rakan blogger.
Dan kat bawah tu sesuatu aku nak bagi pula pada rakan blogger aku.

So, utk yg bawah tu, kalo napak nama yg aku nak bagi tu, org berkenaan sila beri alamat yer.
Sbb adiah suma da siap masuk sampul yg dah bersetem.
Tinggal nak masuk dlm peti merah je.
Itu adalah utk kawan yg dpt teka aku over nite kat Putrajaya last week tu.
Dia tulis Putrajaya. Memang betul tp tak tepat.
If dia tulis Palm Garden IOI Resort Putrajaya, harus ku beri yg ini.
Apa pun, Syana, do emel me ur address yer yunk.
Emel lelaju kat cikstoberi@gmail.com
Agar aku leh laju2 hantar hadiah ke ko.

Dkt gmbr bwh tu ada 2 envelope. Satu lagi tu, adiah utk 300th follower aku.
Lama dah yg ni. Kalo konsep contest/GA, harus org igt aku pen tipu sbb lambat antar adiah. Ngeh ngeh ngeh. Aku bkn per, adiah ada, setem ada, dan kalo tak sempat ke PO, aku leh kirim je kat clerk aku sbb asbennya keja PM (oh. bkn Prime Minister, tp Pos Malaysia). Tp tu lah. Bertangguh tangguh. Lambat la jadinya. Jadi pada 300th follower kebun stoberi ni iaitu Ezawani yg keja di JPA, maaf yer kerna lambat.

Oh. Gmbr atas sekali tu, yg adiah dari blogger tu, nati ada entry khas yer.
Rasanya pemberi itu tahu hadiah itu datang darinya. Jadinya terima kasih yer yunk :)
Stoberi lagi.. ai loike... tp ada citer sedih sebenarnya di sebalik penerimaan adiah tu :(

Friday, January 28, 2011

~Pasal Kejutan Souvenir Sabah~

Hik hik. Hik Hik.

Ko apehal puanstoberi. Nak ter hik hik plak neh? Sekeh nak?

Teheheheh. Saja. Saya sker bagi suprise kat org. So, ada yg telah mendapat kezutan dari saya. Ada setgh nya mungkin bkn dinamakan kezutan sbb saya mintak alamat. Org yg mmg saya dah ada alamatnya mungkin suprise lah. Hihi.

Alhamdulillah, ada 2,3 respond kata da dpt souvenir dari saya.
Ala.. tanda ingatan tulus ikhlas dari saya sempena percutian ke Sabah.
Dan sebagai tanda terima kasih sbb undi saya di contest percutian by Deqlis tu ari.
Walo saya tak menang dan tak tersenarai pun sbg s/listed, as penghargaan pada meke yg vote, maka saya pos kan lah key-chain Sabah tu.
Harap semua yg dah terima dan bakal terima suka lah yer. Kalo bleh nak pos udang kering, tp kang marah lak Pos Malaysia. Mueheheheh.

So, again utk mereka ini :
1. Hezesuze - selamat terima. Ada wat entry kat sini.
2. Shah - da pekik kat wall FB kata da dpt 'tulang ikan' tu.
3. Imanmom dan her doter Nadiah
4. Eka
5. Adialuze - da respond kata suprise dpt key-chain tu.
6. Anitadahahs.

Terima kasih yer... :D

Dan utk meke berdua ni yg turut meng vote saya,
-Cayril Ikhwan
-cikanna
sekiranya terbaca dan sekiranya sudi nak terima souvenir dari saya, sudilah apa kiranya kasik alamat di emel saya - cikstoberi@gmail.com.

Itu sahaja. :)

Bunga utk semua pembaca blog ini :)
Ada lagi keychain Sabah n some stuff yg beli kat Melaka retu. Tak guna plak. Ada sesapa nak?? Ke perlu buat GA?? ngeheheheh :D

Wednesday, December 1, 2010

~Pasal Lelaki Dan Bunga~

Kalo lagu Gadis Dan Bunga sure korang tau kan. Ala..yg Rahimah Rahim nyanyi tu. Yg ceni korus dia tu

"Matanya lirik-lirik selalu
Rupanya manis-manis ayu

Ramai orang membelinya
Bunga-bunga jualannya
Si ayu, gadis ayu"
Ha..giteww.. tp ini Lelaki Dan Bunga. Bukan la lelaki yg suka bunga, suka gubah bunga or yg dlm ati ada taman punya. Ini yg jenis sker nak saprais kan sang kekasihnya or isterinya dgn bunga. Sng kata lelaki yg sker bagi bunga la pada pasangannya.

Korang salu tak dpt bunga dari pasangan korang? Aku kan sejak dari jaman berpakwe pakwe, smpai la jaman da ada suami ni, tak penah woh aku dpt sejambang eh..sejambak bunga camni.
Kredit : Here
Dulu...masa pakwe 1st dulu, mmg dia tak sker nak bagi bunga-katanya lebih baek dia blanja makan. Ok la.. accept je la..nak wat cemna kan? Tp ada la gak dia belikan teddy bear. Cemni la lebey kuang. Tau je la befday aku kan bln doblas. So, mmg ada la theme theme christmas tu. Lelaki kan..bkn dia kesah. Asal bagi sudeh.
Then pakwe kedua. Umm..pakwe kedua bila yer? Owhh...masa buat degree. Beliau pun samo. Tak sker nak berbunga bagai. Tp eh..ada ada. Ada aku dpt sekali. Bila?? Waktu konvo. Tehehehe. Tp bunga pastik ko. Smpai skang aku ada simpan. Hahahahah. Betul gak kan, mesti dia pikir, kalo kasik bunga betul sure layu then buang. Ni tgk...bunga pastik..smpai dia da kawen, beranak dan aku pun da kawen tapi tak beranak ranak pun still aku simpan bunga tu. Tehehehheeh.

Then pakwe ketiga. Pun samoooo.... daghi bungo bungo ni baek kita  poei makan, ado gak pekdah kato ea. Samo gak peel ea.. adoyai..naseb..naseb.

Hingga la aku berkahwin dan dikahwini. Tehehehe. Masih idak la napak bunga barang sekuntum. Retu masa tunang, aku ada la request suh dia bawak bunga. Ada dia bawak. Utk tidak menghampakan aku. Tp ko tau dia bawak bunga apa. Ha...nah amek... Bunga yg ada tedi bear camni.
Gmbr tunang-April 2008
 Waaa.....  Ini org nak grad abg oii....tggu la aku grad Master sok baru bagi.. huhuhu.

And bila aku cam bagi hint hint nak bunga, dia mesti kata 'hem..watpe..bukan buleh makan..lelama nati layu". Err...perlu ke kalo nak bagi sesuatu tu boleh dimakan. Retu bila clerk aku dpt delivery bunga, bebudak laen ni pun ckp ke dia "Abg Lan..kak Ida nak bunga". Dia leh kata "Ha..pi la amek kat atas tu..byk pokok bunga". Pokok okeh. Pokokkkkk... sabar yer pnstoberi. Sabar.

Then td ada adik seunit aku dpt a bouquet of roses. With teddy bear. Laki dia wat delivery. Tkde pun ari  istimewa ke apa. Dia kata laki dia mmg sker nak bagi. Waaa...sgt bes kan. Aku ngan lagi sorang yg mana suami nya juga se pemikiran dgn laki aku (yg asik duk kata 'baek beli makanan' tu), duk tgk la bunga tu. Siann..takde org nak buat cemtu kat kami. Hahah.

So, dlm FB, budak tu da upload gmbr bunga tu.  Aku tgk la komen ada sorang lagi tu yg mana asben dia pun sering gak wat saprais anta2 bunga ni. Dia kata "bes kan..rasa disayangi". Aku mcm.... org yg para suami asik kata 'baek beli makanan' ni mungkin tak disayangi la kan. Sobsss... sedih. Hahahah...

Takde la... aku tak kesah pun. Takde langsung pun aku rasa tak disayangi. Suami yang tak suka hantar2 or bagi bunga ni tak semestinya tak sayang kita kan?. Maybe our husband has their own style to show their affection of love..not just by giving  a bouquet of flower rite? Dun sedih sedih okeh. Tp retu igt tak...on my last year befday..

Tetiba my dear wat saprais anta ke opis. Tehehehe.. citer dia ada kat sini. Kann?? kalo jarang2 wat saprais tu....rasa nak terberak terharu puna ada. Hahahhaha.

So, asben or pakwe korang cena?? romantik tak cam sesetgh lelaki tu?? Dan bagi lelaki plak..kalo ada la yg baca blog aku ni kan..korang lak dlm golongan mana? Yg duk pikir 'bagi barang makan lagi bagus' ker..or yg mmg salu amalkan saprais gini.

Kat entry sebelum ni aku kata ada entry nak mengutuk lelaki kan.. hihi..takde la..saja je poyos. Tehehehe.

Tuesday, November 30, 2010

~Award Birthday, Annivesary & Disember~

Saya suka Disember walao ramai yang tak suka Disember.
Sbb apa saya suka Disember? Sbb ada birth date saya.
Ada jugak annivesary date saya.
Lps tu dia adalah penghujung bulan dlm tahun itu.
Itu bermakna saya suka tahun baru walo saya tahu umur saya akan makin bertambah.
Tp saya takde hal punya lah. Sbb tadi kan saya kata birth date saya bulan Disember.
Jadi saya tak kesah berkenaan umur pun bila menginjak tahun. Hi hi hi.
Poyo kan saya.

Ok la. Saya namo bla bla bla byk sgt.
So, sempena bulan yg saya suka ni saya rasa saya nak bagi award lah pada kengkawan saya.
Award tu bukan setakat award je. Mungkin ada adiah juga yer. Hi hi.
Kalo Nana dia kata dia sker nak masuk GA,Contest dan LD, saya lak suka nak bagi adiah pada kawan kawan. Hi hi. Poyo lagi saya di situ. Tehehehe. Ada sesapa tak rasa nak lempang atas ke poyo an saya ni.
Owh...lempang tak muleh...lempeng buleh. Tehehee.

Ok. Ok. Tadi kata taknak bla bla bla.
Ni saya nak kasik ini pada korang korang.

So, mulai 1 Disember hingga 13 Disember nati, saya akan mula mengira komen rakan rakan (dibantu oleh widget yang ditepek tu). Jadi nak komen bebanyak utk satu entry pun tak mengapa. Saya tak kesah.. :))
13 Disember tu date anniversary saya.
So, bila da ada top commentator (takde 's' tu mungkin utk sorang..tp mungkin jugak lebih), saya akan pilih jugak sorang yg bebetul top. Ala..ada la soklan sket nak kena jawab on 14 Disember tu. Dan seterusnya pemenang akan diumumkan pada befday saya nati. Beserta adiah nyer juga.

Hi hi. Mudah ajer. Takde syarat apa-apa kan, takde banner, takde sticky mode bagai. Just komen ajer. Hihi. Ni bukan lah contest or Lucky Draw ke tp mebi GA la kut eh.

p/s :
Tenkiu FooArt : Follower ke 230 (cantik nombor..)
Tenkiu DeqDeq : Follower ke 231
Tenkiu Mya : Follower ke 232

Monday, October 18, 2010

~Pasal Hadiah Dah Gerak~

Sila ambil maklum kepada suma pemenang esp yg menang adiah khas/pilihan juri, adiah anda dalam perjalanan ya.. 
Baru je antar pagi ni tadi. Maaf la kengkawan..lambat la plak. Bz dgn promosi plus nak sekali kan antar suma. Tu pun ada 2,3 yg tak berantar lagi sbb alamat lum dpt. 
So, mana yg dah bagi alamat tu, Insyaallah...dpt la adiah tu dlm minggu ni (kut). Sabarlah menunggu ek sbb pnstoberi guna pos perlahan. Except ada 1 parcel (adiah khas utk org yg jauh nun di Pahang), tu mmg guna poslaju. Ngehh..smpai tu, Insyaallah.
Adiah tu plak idak la grand mana. Maaf yer tk dpt nak sediakan adiah grand2. Tu pun carik kat Karyaneka jer. Tanda ingatan dari sy yg keja di agensi kraf ni kan. Harap korang suka. Itu je mampu diberikan sbb retu bajet mmg tak ramai masuk, so, adiah ada 3 je lah. Tup2 ramai plak ha..kena la bagi seimbang adiah, tu yg pilih lagi 16 org lagi utk terima adiah khas. Tp tu lah..tu je yg mampu disediakan. Jgn marah eh..

Utk Axelida (pemenang ketiga) dan Farah (pemenang kedua), kita jumpa lah je nati yer. Dkt banget kita ni je. Better jumpa lah. Baru boleh jumpa salam laga laga pipi kan.. awwww....

Tuesday, October 12, 2010

~Pasal Tuntutan Hadiah~

Masih lagi berkisarkan cerita pemenang2 contest ari tu.
Nak minta maaf sbb adiah masih tak sampai lagi ke pemenang2.
Ye lah..nati korang2 kata pnstoberi ni pen tipu jer.
Iyer iyer kata adiah syawal kan. Tup2 smpai zulkaedah, zulhijjah tak dpt lagi. Ha..cena? 

Ok lah....skang ni sy tgh emel suma2 pemenang.
Ada yg contact by fb, by emel jugak.

Jadi saya dah emel mintak alamat. Sila bukak peti surat memasing.
Mana yg takde tu, maknanya saya tak dpt detect emel dan ada yg masih tak pasan nih derang menang neh. Tp kalo yg ada emel, sy dah emel jugak gitau perihal kemenangan derang tu.
Pada mereka ini, sila antar emel pada peti surat pnstoberi eh.
Laju-laju sbb mebi segala urusan pengeposan nak dibuat dlm minggu neh.
- cyera cullen
- pearl -aisyahimran 
- emma

Ada yg saya tanya samada leh jumpa jumpaan terus atau by post. Yg area KL ajer la kan. Kalo Pahang tu di luar kawasan liputan dah tu. Hik hik hik.
Oleh krn sy bz plak la sbb promosi ni jadinya kita leh jumpa jumpaan di area2 jajahan saya ni je la. Spti yg saya penah tulis dulu - di JJ Wangsa Maju / AU2 / Maluri, Pavilion pun buleh jugak, KLCC pun buleh jugak. Yg lelain saya pos je lah kan.. sonang citoo..

*** Erin - mau jumpa jumpaan or pos sahaja?? Akak buleh je jumpa kat JJ AU2. Sabtu ni mao??
*** Farah Diaz - kata tak bkk emel kan..so, cena nak bagi akak alamat nak pos kan baju 1 Malaysia neh.
***Axelida - Ai dah find u kat FB. Nati kita diskas di sana ya.

Oraitss.. itu saja.. bubai

Sunday, February 21, 2010

~PnStoberi dan GUESS~

Guess What??

Haha. Tetiba. Kata je la nak citer pasal barang GUESS. Huhu.
Ini kejadian last week. Masa nak tgk citer Nabil tu. My dear nak belikan samting utk aku sempena Valentine. Masa tu 12hb, so 2 ari lagi 14 Feb kan.
Woit! ko smbut V-Day ni?? Tak baik arr..dosa. Kan haram tu.
Haha. Kecoh la plak kan. Ok, manade sambut. Buat2 tatau je pun 14 Feb tu. Cuma nya my dear nak belikan adiah befday ku yg tertunggak retu. See, kan 14 Feb tu genap 2 bln lps my befday.

So, da beli tiket wyg lelaju la pi tgk2 kedai berhampiran kat BTS tu. My dear bagi pilihan either jam tgn or sunglasses. Tp kena within bajet dia la kan. Kat kedai jam aku ter suka jam brand ini pulak.


Ter lebey bajet la sbb sumanya above 500. Aku pun rasa cam lum sedia je nak pakai jam smpai setgh ribu ni kan. Maklum la..ai kan keroje gomen aje. Tp..mmg nak pun. Tggu yer..aku mesti dapatkan jugak nati.

So, gi kedai cermin mata. Sblm ni shades aku mmg brand GUESS. Tp tu beli masa thn 2004. Which bonus pertama dari gaji aku. Jadi mmg style lama lah. Tingin gak la nak pakai yg beso mcm nak ttp satu muka tu kan. Haha.



Siap ada mcm diamond2 kan tepi tu. Biasa lah..konon feeling mak datin la. Hahaha...cam hawau je kan. aku siap tnya ke amoi salesgirl tu, yg mcm diamond ni jatuh tak. Dia kata mana ada..ini ori maa..ok, kalo jatuh nati ku datang kedai ko suh buh jugak.
Tp kalo pakai ngan tudung, mmg seswai shades ni. Nati bebila ai aplod k gmbr ai dgn cik ges baru ai ni. Mmg sesuai lah, tp bila tk pakai tudung napak tk berapa cung..

Tp, aku mmg minat shades GUESS lah. Dia tak terlalu feminin. Dan nak napak sporty sket. So, pilih2, dapat la satu. Yeay! Suka. Thank you abang. Befday abang nati nak apa?? Tp da ada pun adiahnya..tggu je 4 ari lagi yer.

PnStoberi : Hadiah kasih sayang pun da cukup. Awww...geliss je nak jiwang dlm ati ada taman. Kua kua kua

Monday, March 23, 2009

~BirthDay~

Ini cerita lama.Sebulan dh. Berlaku 24 Feb yg lepas. Kan..genap sebulan dh.
Tah. Aku lupa ke apa nak citer ek.
Tkpe la, sementara tunggu my dear ni aku citer n upload la gambo2 sempena befday beliau retu.
Thn ni aku tak bagi adiah pun.Cuma...aku buat suprise ajerk. (thn lepas aku bg apa ek? owhhh.. t-shirt - yg aku beli sepasang sama ngan aku gak tu. Yg satu utk pompuan,satu utk lelaki)
Seminggu sblm tu aku dh tempah cupcakes kat kakak opis aku ni. Dia mmg pandai buat cupcakes. Design dia kakak tu wat sendiri.Aku cuma suh tulis 'happy birthday my dear je".
Sgt cute cupcakes ni.
RM30 utk 16biji. Aku rasa rega sebenar adalah RM2 utk sebiji cupcakes ni tp dia bagi diskaun la agaknya. (thank u la kak Par, susah tul akak nak gitau rega dia ek.Smpai dh amik kek ni pun still tak bg tau rega.hehe)

Pepagi befday my dear tu aku dh pakat ngan kakak2 dept dia suh dia jgn duk kat meja dia.
Konon aku nak taruk atas meja dia la.
Tp..tah cemna masa aku naik bwk kotak kek tu dia dh ada kat tpt kakak2 tu.
Aku pun kasik je la.Terperanjat gak dia.Huhu.
Terus la akak2 tu suh posing2 smbil suap2 kek.Ceh!
Mementang KP,TKP suma takde.Amik kesempatan kat atas tu.
Derang ni suma dept org2 "atas" je. Mmg takde org la. Jd sng la nak snap gambo ke wateva. Takde la kak nap-kak nap yg kepochi kepoh.

Mudah bagi cupcakes ni. Kat dept my dear masa tu ada 2 org je akak2 PA tu, jd kasik derang sorang sebijik.Takde la susah2 nak potong ke wateva ke kan. Lepas tu aku kasik org kat dept aku tu,4 org.Emm..bagus.

Aku bagi kad je kat my dear. Entah..pening nak carik adiah. Dia pun tak kesah takde adiah. Tp aku kesah gak takde adiah,tp seminggu lepas aku dh belikan samting..kira cam adiah la tu. Haha.

Jum layanz gambau yg dh sebulan ter perap dlm PC aku nih.




16 biji kek yg cute mute-syg rasa nak makan


Nyampah lak rasa. Haha

Gelak ajer aku ni-tak gelak tak sah gamaknya kalo amik gambo


Kek yg bertulis dear jd mangsa dulu dan my dear pun amik la kek tu. Huhu


Tu la kad dia. Dia tertanya2 bila masa aku beli kad tu. Haha. Rahsia ler.......

Pnstoberi: Errr..ari ni genap 100 hari aku nikah ngan my dear. Moga ikatan ini akan berkekalan hingga ke 100 tahun lagi..dan lebih tepatnya hingga ke akhir hayat kami. Aminn

Wednesday, February 4, 2009

~HaDiAH~

Korang mesti pernah/selalu dpt/bagi adiah kan?
Paling byk kita dpt adiah mesti masa kawen kan.
Dan aku pun tak terkecuali la kan. Smpai la sebulan lebey kawen ni pun still ada org kasik adiah.



adiah masa kawen belah lelaki

Aku ni mmg sker bagi adiah kat org. Tatau kenapa tapi kalo org yg aku bg adiah tu dpt/bukak adiah dpn aku, aku rasa puas dan seronok.Dulu ex2 bf aku mmg kerap la dpt adiah dr aku. Kalo tak adiah, kad ucapan mesti ada setiap bulan.

Nak lagi bes, bebaru ni aku nak beli baju kat my dear. Kat jusco AU2. AKu nak belikan T-Shirt POLO tu. Dia taknak. Boleh??? Kat dlm jusco tu gak aku majuk. Haha. Agaknya dia taknak la aku buang2 duit kan. Lepas tu dia pilih la baju. Tp bukan POLO la. Takat t-shirt kolar je. Puas ati!

Tu kesah aku bagi adiah kat org kan. Ni ada kisah org lak bagi adiah kat aku.

Cam biasa,kalo org kawen adiah paling glamer adalah “set gelas”-yg 6 bijik ngan jug tu. Mmg ber set2 aku dpt. Tp ada gak kengkawan yg call aku tnya apa aku nak. Derang ckp la bajet derang berapa. Itu ok. Aku sker. Bukan meminta. Tp kang dpt adiah yg sama byk2. Nak buat apa kan. Ex-osmet aku, Elly call aku tnya nak apa-aku ckp nak kipas angin.So, dia pun belikan kipas angin.Tup2, sorang lagi kawan opis aku belikan kipas gak. Kan..ha.tu la takmo tanya. Yelah kan, bukan adat org melayu ni tanya2 ni.Kang dikata meminta2.

kelihatan kipas meja adiah dari elly

Jadi brg2 umah, Alhamdulillah, complete la kiranya. Apa yg aku wishlist nak beli lepas kawen dh tercapai dgn bantuan derang ni. Dapo gas kaca yg aku idam2 kan pun dpt hasil dr pemberian unit aku. Juga mikrovawe yg dibagi oleh TKP aku (ha..sapa suh tnya “ida nak apa lagi hadiah?”) Mueheheheh. Ala, yg 17 liter tu je. Tp syukur sgt la. Berapa byk dh save.

Pd kengkawan yg bg adiah suma tu terima kasih la bebyk. Korang dh byk membantu. Saving byk dh tu.

Cumanya, ada la satu adiah ni. Set glass tu la. Bila bukak dr kotak, tgk jug dia dh pecah. Nak kata pecah dlm kotak tu aku carik serpihan kaca tu takde. Makna kata org tu tau menda tu dh pecah. Tp aku piker tentah org yg bagi tu bagi adiah kawen dia gak yg tak bukak lagi. Takkan dia nak kasik adiah dh pecah kan. Aku assume dia tak bukak kotak tu-samada dia balut lain atau terus je bagi dgn pembalut yg sama. Tp tu lah dia. Pengajaran yer-kalo nak ‘recycle’ adiah korang tu, please ok, bukak dulu kotak tu, check elok ke tak. Kalo jd cam aku dpt ni cemna. Walo aku tak ckp la semula kat org yg bg adiah tu (takkan aku nak drop her waterface kan) tp mesti aku dh rasa tak berapa bes kan. Mcm dpt adiah ter buang la pulak. Jdnya…harap2 jgn la bagi adiah recycle kat org.

Dan kalo nak carik adiah kawen kat org, jgn le carik set glass tu. Mangsa keadaan jadinya pengantin baru tu. Haru nak kena beli cabinet baru utk set glass yg ber dozen2 tu. Dulu unit aku pun kalo beli adiah kat kawan2 opis yg kawen ni, aku carikan glass. Tp dh terkena kat aku,aku tak mo dh. Sian derang. So, aku belikan cadar-which aku rasa lebih berbaloi dan berguna. Mcm aku, aku mmg ganti cadar every each 2 week. Aku sker tul tgk cadar bertukar2. So, aku perlukan byk cadar.

Dan aku tk sker nak recycle adiah bagi ke org. Aku simpan je la berderet2 set glass tu. Buat kenangan hingga ke anak cucu

cikstoberi : Nak bagi adiah pun susah,tak bagi adiah pun susah..haii...