Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Tuesday, July 16, 2013

Wall MakeOver By Na [Exclusive by NadiaFarahida]

Oih. Bulan puasa ni cam takde idea nak buat entry.
Jadi, mari kita ber contest.
Lama dah tak ber contest montest nih. Tp kali ni cam rajin. Sbb adiah dia nyum nyum... lazat sekali [eh.. ni contest adiah makan ke apa?]

Ayuh. Jangan byk bunyi, mari kita teruskan acara. Ngeee......
Syarat dia :
1) Like fanpage Wall MakeOver By Na - done!
2) Like fanpage Nadiafarahida - done!
3) Pilih salah satu design kat FB fanpage Wall MakeOver By Na :
That's it :


4) Seterusnya sambungkan ayat ini :

" Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana .........................."

Oke, kerana apa akak nak Nadia pilih rumah akak untuk di makeover kan... Meh akak senaraikan kerananya. Hihi. Banyak ni "kerana" dia ni.

Yang pertama :
Kerana bila akak scroll kat FB Wall MakeOver By Na tu kan, design kat atas tu la yg pertama sekali menarik perhatian akak. Cam cinta pandang pertama kata orang tu. Cuba gak tgk beribu gmbr yg lain, tapi rasanya design bunga Sakura ini jugak lah yang menambat hati. Ingat nak tanya husband dulu suka tak dia design ni. Yelah...mana lah tau, kut2 ter pilih ke kan.. Tapi takyah la.. buat suprise sket kat dia. Mesti dia tanya 'eh, bila awak order ni?' Itu kalau terpilih la kan. Giteww... suprise la kiranya sempena tahun pertama kami di rumah KSU nih. Cea... dan dan suprise kan. Hikhik

Kerana yang kedua :
Kalo tgk blog akak ni tau la yg akak dah nak setahun masuk umah KSU tu. Boleh baca kat sini perihal deco. Dan baca kat sini perihal reno.
Reno tu kata orang tu buat minor renovation je. Jadik la kan, dari takde. [asal dapur ada KC sudah cukup. Hoho].
Tapi yg deco ni stuck. Alahai...akak ni takde la byk idea cam Nadia kan. Mmg ter hapa hapa la deco yang ada.
So, kerana itu lah akak nak nadiafarahida dot com memilih rumah akak utk dimakeover. Tolong lah men deco kan sket wall yg kosong tu bagi nampak comel sket. Cam Nadia yg comel {eh. Ini bukan dikira sbg mengampu tawww}

Seterusnya, kerana yg ketiga
Ari tu akak dah beli 3D Board tau. Konon nak DIY lah kat area letak tv tu cam gini ke

Skali ha... dah nak setahun beli, tak ter DIY lagi. Ingat rajin sgt ke nak DIY bagai ni. Nak cat, nak tampal, kena ukur semua. Mmg elok dalam kotak je lah lagi. DIY lah sangat kan... TIDO boleh la. Hoho.
Jadi, kerana itu lah akak nak nadiafarahida dot com pilih umah akak. Sian tau... kosong je wall blkg tv tu. Sobss... Tak caya tgk ni. Kosong...kosong... {terus nyanyi lagu Najwa Latif}


Sedih kan... seketui je tv kat situ. Bayang kan la ada design para para sakura tu. Awww... cunhhh.. *meleleh ailiyo sambil berharap... dan menyanyi lagu 'pilih lah daku...' kuang kuang kuang

Kerana yang keempat :
Emm..jap nak pikir.
Oh. Senang. 
Kerana akak nak jugak la merasa rumah cantik cantik cam umah Nadia. Kot nati boleh masuk majalah Apartment. Eh? Macam matlamat tak menghalalkan cara je ni. Hiwhiwhiw. 

Dah. Cukup tu je dulu kerana nya.
Kalau buleh nak cukup kan 10 kerana, tp kang tak kuasa lak Nadia nak membaca nyer kan. Jadi, cukup 4 ni dulu yer. Hihi. Akhir kata terima lah serangkap pantun dari akak

Bulan puasa ke bazar Ramadhan
Pergi bersama anak cik Nana
Rambang mata banyak pilihan
Itu lah dia Wall MakeOver by Na

Wah gitewwww.... Haha. Jgn gelak yer Nadia ngan pantun yg akak belasah je tu. Haha.

Oraits. Sesapa nak join contest ni sila lah ke blog Nadia yg ceria ini. Due date dia 18hb Julai.
Hadiah bes woh. Sapa tak join rugi lorh. Eh, takyah join pun takpe. Kang tipis harapan ai. Muahahahhahaah... giloss! 

p/s : Nadia, username FB akak Ida Ramli yer. Hihi. In case la nak tgk betul ke tak akak da like. Hikhik =)

Thursday, January 5, 2012

Tupai Pos Surat : Hadiah Contest



Comey kan iklan ni. 

"Nak buat cemana bang, girlfren orang sanee.."
"Naseb baik ada Pos Malaysia.."

Hihiks.

Igt - pos surat biasa 60sen yer. Smpai Jitra pun bleh antar. Aku masih tingat zaman aku main surat2 dulu. 3posen je setemnya. Ya.. ai la paling selalu pegi amik surat kat pejabat asrama masa kat Lendu tu dulu.  Kadang member yg amikkan. Pun berbulu sbb asik2 nama ai ja yg ada kat sampul surat tu. Awww... jiwang bf ai time tu kan. Main surat2. Haha. Tipon2 gak, surat2 gak. Ah. Masa tu hp adalah barang yg dianggap mewah yer. Nak beli prepaid pun serendah RM30 yg ada. Huhu. Penghubung komunikasi utk bercinta adalah public phone yg kena q panjang. Lps tu kalo ada akak senior nak guna, cpt2 bagi derang guna. Huhu. Oke, lupakan, nati kita citer pasal tu yer. Bes gak tu kalo diungkitkan citer lebih 10 tahun lalu. (1998-2000)

Tp kalo pos agak berat mendanya, pepandai la tambah nilai setem tu. Bagi dia bodusup smpai ke tangan penerima. Huhu.
Kadang Pos Malaysia ni oke sgt - pos pagi ni dari KL, tghari esuknya da smpai ke Seremban.
Tp kadang berminggu baru sampai pun ada. Itu kira oke la smpai, ada gak langsung tak sampai...!. Grrr...

Tp takat ni oke la. Cuma ada satu surat (adiah ekceli) ke Labuan tak smpai2.
Elina dear, dpt ke blum?
Mungkin ter cicir di tgh lautan.
Tp yg aku antar ke Bintulu, sampai je cpt selalunya. (kan Eka??)

Apa pun, 1st batch adiah Contest My Great Cuti Cuti Cinta telah dipos kepada :
-Mekchu
-Eyza
-Bena
-Qirmumtaz
-Cikpuanhady

Do tell  me ya, if surat (adiah) tu da smpai. Mekchu org pertama msg tghari (Rabu) yg adiah da smpai. Aku pos pagi Selasa tu. Sari da smpai. Tk perlu pakai pos laju kan.

Dan ada 2nd batch. Tu sila bersabar yer. Setem da takdak. Kena p post office, maka sekali ngan parcel la nak antarnya, sekali kan gak nak renew roadtax. Dun wori, siap da dalam sampul. Tggu nak 'berjalan' ke tgh penerimanya sahaja. Utk 2nd batch ni :
- Cha
- Mikamusz
- Nita
- Maria
- Chinta.

Yang lelain settle dah. By hand sajork. Hiikkssss

Tuesday, December 27, 2011

Alamat dan Hadiah

Calling for all the contestant for My Great Cuti Cuti Cinta.
Bagi yg belum menghantar alamat, sila le emelkan alamat laju laju ke cikstoberi@gmail.com yer.
Oh. Berkenaan adiah pemenang saguhati.
Ada yg booked adiah, ada yg belum.
Maka saya putuskan ikut first come first serve.
Mana yg tak booking tu, saya bagi je lah yer antara mana2 adiah tu.

So, ini adiah yg di booking dan senarai nyer.


Yang takde kaler tu mmg dah 'cop' adiah derang laju-laju n dapat la sbb 1st come 1st serve.
Yang kaler biru tu ada 'cop' adiah, tp tak dpt sbb org yg atas ni dah booking dulu. Jadi, adiah tukar yer.
Yang merah tu tak book maka, saya bagi je adiah yg ada yer.
Bleh gitu? Deal.
Oke, yg tanda 'x' tu sila antar alamat eh.

Seterusnya utk 8 orang pemenang hadiah utama.
Semua alamat dah ada. Dan yg tak bagi tu mebi akan diberi secara by hand saja.

Jadi, sapa-sapa tak bagi alamat, sila antau yer.
Ai da tak sabau nak antar adiah kat uols niehhh... :)

Sekian, makaseh.

Friday, December 23, 2011

Result My Great Cuti Cuti Cinta : Pemenang Utama

Sori banget seh sbb lama tul simpan result ni smpai kepam. Suppose ari Rabu announce. Sori dehh.....
Saingan nak carik pemenang antara 8 orang pemenang utama ni mmg la susah.  Seme nyer memberikan citer bes, menarik dan ada 'effort' yg tinggi napaknya utk menawan hati juri. Ecewah!

So, the result,
Kita mulakan dengan adiah dari tpt ke 8 dan ke 7 dulu. Yang ni bukan bererti citer tak bes yer, seme bes bes belaka, termasuk yg menang saguhati tu dulu.

Tempat ke 8 dan ke 7 adalah hadiah yang baru top up. Masing-masing akan menerima

Beg syiling ber zip - exclusif dari Hong Kong. Muat buh handphone. Eh. Galaxy S11 pun buleh sumbat ni. Tp GTab ataupun Ipad tak bleh la. Huhu. 
Pemenangnya adalah
Tempat ke 8 : Eka dengan Cuti Cuti Cinta dari Korea.
Tempat ke 7 : Nana Fauzana dengan Cuti Cuti Cinta dari Sabah. Dann..... sebagai menghargai Nana sebagai peserta paling pantas menghantar entry, maka akan disertakan adiah 'suprise' berupa Fridge Magnet yg juga dari HongKong :)

Hadiah tempat ke 6 dan ke 5 adalah : Bekas Tupperware 4 segi. Bleh bawak bekal nasik goreng ke opis. Huhu.
Tempat ke 6 : Cha dengan Cuti Cuti Cinta dari Langkawi.
Tempat ke 5 : Nana Aris dengan Cuti Cuti Cinta dari Bangkok.

Tempat ke 4 - Shawl
Dan pemenangnya : Eida Baharom dengan Cuti Cuti Cinta dari Pangkor.

Tempat ke 3 - Kain Batik Sarung
Dan pemenangnya : Sahabat baru kebun stoberi - Mikamusz dengan Cuti Cuti Cinta dari Amsterdam.

Tempat ke 2 - Sepasang Sutera Batik
Dan pemenangnya : Zana Adieyza dengan Cuti Cuti Cinta dari Cameron Highland.

Serta Grand Prize - hadiah tambahan juga - sepasang telekung

Dan pemenang Grand Prize yang menambat hati juri adalah



Ucapan tahniah dan terima kasih dari saya kepada semua pemenang yg sudi meluangkan masa, sudi membuat cerita yang menarik utk tatapan saya, tp maaf hanya ini je lah yg mampu saya berikan tanda menghargai kawan-kawan semua. Sila emelkan alamat kawan-kawan ke cikstoberi@gmail.com selewatnya-lewatnya 25 Disember 2011 utk urusan pos hadiah.  Kalo sapa yg nak jumpa direct pun bleh juga :)

Tuesday, December 20, 2011

Result My Great Cuti Cuti Cinta : Saguhati

Okies.... Kita terus ke result My Great Cuti Cuti Cinta.
Untuk saguhati dulu ya.
Seperti dijanjikan adiah ditambah lagi 5 iaitu menjadi 10 adiah saguhati.
Saya tak reti nak bagi adiah ni, sbb utk saguhati ni takde nombor2.
Jadinya, pada yg dapat saguhati ni bleh pilih hadiah mana berkenan secara first come first serve basis.
Bagi tau je kat komen nak adiah apa. Contoh macam ni :
"Pnstoberi, saya pilih Brooch rama-rama"

Begitu ya.. bleh kan??

So, sapa da cop awal2 tu maka dia punya lah.
Dan terus emel alamat pada cikstoberi@gmail.com - dengan subject : Contest CCC
Lambat bagi alamat, lagi lambat adiah tiba nati.
*tp mostly yg masuk ni saya ada alamatnya*

So, ini lah hadiahnya. 5 yg sedia ada iaitu :
Brooch Daun Emas, Brooch Bunga Hijau, Brooch Rama-Rama, Kad Touch N Go dan Bekas Tisu Songket.

Dan 5 lagi hadiah tambahan iaitu :
Buluh penunjuk (utk 3 orang) dan Sepitkuku - keychain Sabah (utk 2 orang).

Dan mereka yg memenangi adiah saguhati dan boleh memilih hadiah tersebut adalah....... Eceh.. tak la berdebar pun kan. Cam poyos lak haku ni. Ini bkn ikut nombor ke apa sbb saguhati ni takde nombor. Ini saya susun ikut date entry yg dihantar.

1) Su Su - Cuti Cuti Cinta di Melaka
2) Chinta - Cuti Cuti Cinta di Cameron Highland
3) Mekchu - Cuti Cuti Cinta di USS
4) Eyzamiel - Cuti Cuti Cinta di Sabah
5) Bena - Cuti Cuti Cinta di Pangkor
6) Ain - Cuti Cuti Cinta di Pulau Pinang
7) Ejamaria - Cuti Cuti Cinta di Cameron Highland
8) Cikpuanhady - Cuti Cuti Cinta di Paris
9) Anita - Cuti Cuti Cinta di Genting Highland
10) Qirmumtaz - Cuti Cuti Cinta di London

Oh. Walo utk saguhati, cerita Cuti Cuti Cinta kawan2 ni mmg bes. Bes sgt... smpai pening nak pilih, rasa nak bagi seme menang utama, tapi kang sapa lak nak menang saguhati ni. Sian lak adiah ni takde tuan. Hihi. 

So, drop komen, and pilih hadiah sendiri ye.. Terima kasih (^_^) Dan emelkan alamat sebelum 22 December 2011 ya. Kalo emel lambat, pun buleh, tapinyer adiah pun lambat la yer. 

Utk 8 adiah utama - esuk saya umum, bleh??? Saingan sengit nak pilih pemenang utama nih.

Monday, December 19, 2011

List Of Contestant

Mari kita tgk senarai peserta yg sudi menjoinkan diri dalam contest ini.

Walo ada yg mengatakan hadiah yg diberikan tak menarik, tp ada juga kawan2 yg sudi masuk. Terharu sgt.  Memang hadiah tak menarik, tp keikhlasan, itu lah menjadikannya lebih menarik.

Dan mungkin sbb hadiah tu mcm napak khas utk reader perempuan ja, jd tak menarik la katanya. Tp takpe lah. Nak buat macamana, takkan kita mampu nak puaskan hati seme org. Kalo hadiah menarik pun, tak semestinya org tu pun mampu buat entry menarik.

Eh. Terlebih sudah. Oke, here's the list.

1) Nana dengan cerita Cuti Cuti Cinta dari Sabah. Cerita yg detail dan buleh dijadikan info kepada yg nak ke Sabah. Link :  Nana Contest 
2) Su dengan cerita Cuti Cuti Cinta dari Melaka. Menarik sbb tak penah lagi merasa duk kat Casa De Rio tu. Harus terai nati. Link : SuSu
3) Cha dengan cerita Cuti Cuti Cinta dari Pulau Langkawi. Maka harus la teruja lebih sbb nak pegi sana juga tak lama lagi. Aww. Bes. Bes. Link : Cha Oren Cantik

4) Chinta dengan cerita Cuti Cuti Cinta dari Cameron Highland. Owh. Tgk orang citer pasal Cameron je teruja, teruja je Cameron. Hihi. Link : Chinta
5) Mekchu dengan cerita Cuti Cuti Cinta dari USS. Humang ai... ini pun lagi satu tpt idaman gak ni. Entah bila berpeluang. Dengo citer Mekchu je le yer. Link : Mekchu
6) Teacher Nana kita dengan cerita Cuti Cuti Cinta dari Bangkok/ Kapkungkap...hihi. Menarik gak ni. Tak penah terpikir pun tapi cam bes je bila baca. Link : NanaAris

7) Eyza dengan cerita Cuti Cuti Cinta dari Sabah bah. Pun menarik sbb dia ke Sabah sempat melawat byk tpt. Aku ke Sabah tak byk tpt pegi. Kasihan. Hihi. Link : Eyzamiel
8) Yanie dengan cerita Cuti Cinta dari Phuket. Wah. Selain Krabi ni juga tpt idaman ni. Tumpang seronok bila baca citer beliau. Link : Yannie Bunny
9)  Bena dengan cerita Cuti Cuti Cinta dari Pangkor. Seronok amat mereka sefamili di Pangkor. Bes je baca sbb teringat kenangan honeymoon di sana 3 thn lps. Hikss. Link : Bena

10) Ain dengan cerita Cuti Cuti Cinta dari Penang. Ni juga cerita bergembira bersama famili di Penang. Bes. Bes. Muzium Perang tu tak penah masuk lagi. Bleh la try. Link : Ain
11) Muzs dengan cerita Cuti Cuti Cinta dari Belgium, Amsterdam dan Paris. Woot..woott... ini mmg takat bangan je la nak pegi kan. Hihiks.. Link : Mikamusz
12) Cikgu Eka dgn Cuti Cuti Cinta dari Korea. Winter Sonata tu. Ceaa.. Link : Eka Pink

13) Maria dan family dgn Cuti Cuti Cinta dari  Cameron Highland. Yaa... tpt feveret pnstoberi nih. Hikhik. Link : Ejamaria
14) Mrs Hadi dgn Cuti Cuti Cinta dari Paris. Je' taime... Hihiks. Mmg bes, tp pegi dlm mimpi mampu la kot. Hihi. Link : CikpuanHady
15) Eida Baharom dengan Cuti Cuti Cinta dari Pangkor. Ya.. tpt daku mengukir memori bulan madu juga. 3 tahun lepas. Hihi. Link : Eida

16) Zana dgn Cuti Cuti Cinta dari Cameron Highland. Napaknya percutian great ramai dari CH ni. Ailoike. Hihi. Link : Zana Adieyza
17) Nita dengan Cuti Cuti Cinta dari kota keriangan Genting Highland. Oh. Teringat kenangan pas kawen gak ni sbb pegi dlm sebln pas kawen camtu. Link : Anita
18) Sahabat baru kebun stoberi - qirmumtaz dengan Cuti Cuti Cinta dari London. Humang aii.. ni pun dapat pegi dlm mimpi je kot ni. Hihi. Link : Qirmumtaz

Ada 18 penyertaan semuanya. Dan majoriti mmg pengunjung tetap kebun stoberi ini :)
Mohon yg turut serta, check semula nama2, kalo ada saya tertinggal, sila lah gitau cpt2. Penyertaan sedang dinilai oleh juri jemputan (rasa-rasa siapa tu. Bleh rasuah beliau kalo anda tahu. Hahaha).

Dan hadiah (yg tak menarik kata org tu) ada 10, maka saya akan top up lagi adiah dimana 8 adiah bagi pemenang no. 1 hingga 8 dan dan 10 adiah saguhati. Pendek kata, seme yg join, Insyaallah ada gift dari saya. Tp awal2 saya cakap ye, adiah saya walo org kata tak menarik sbb saya tak la mampu nak sediakan adiah thp tiket percutian ke Krabi ke Bali ke, tp saya ikhlas untuk memberi kawan2 saya sempena hari lahir dan hari anniversary saya. Tanda kesyukuran. Tp nak bagi semua, jenuh juga kan, dan dgn cara ni je lah dpt saya sampai kan.

Apa pun, saya ucapkan terima kasih banyak banyak banyak banyak kepada semua yg sudi join contest yg agak leceh ni. Kena carik gmbr, reka cerita, reka slogan haha. Memerlukan masa kan.  Tkpe la, kira adiah kepada saya la cerita ni kan, so kira kita buat sistem barter, u bagi i cerita, i bagi u hadiah. 

Keputusan Insyaallah akan diumumkan pada 20hb atau selewat2nya 21hb. Mohon alert, sbb adiah kena redeem melalui emel dlm tempoh 24jam. Kalo tak redeem, adiah mungkin akan ke pemenang lain.

Oke, mari kita sama2 baca cerita meke.

## Utk jawapan percutian pnstoberi pada bulan Januari 2011 - kebanyakannya jawab Sabah instead of Kundasang.  Oke, tkpe. Kundasang mmg kat Sabah pun kan.

Saturday, December 17, 2011

Pengumuman

*sticky entry until 17 December 2011*

Pengumuman sket je berkenaan contest mike tu.
Contest My Great Cuti Cuti Cinta tu ler.

Kut sesapa le nak masuk lagi. Kut ada. Kut takde tu tak ngape le yer.
Ate' katanye adiah tak menarik ye dok. [owh..deme sentap bebeno napaknya dgn statement 'tak menarik' tu yer. Sentap idak la sentap, tp terasa malu tu ada ler juger yer. Macam tak mampu, tp sebuk juge nak bercontest2. Udah. Udah.. tak ngape ler. Sok2 org tu buat contest,  kita masuk reramai yer, harus adiah dia menarik]

Ni ha. Nak ngabo ini je.
Apa ni.. tarikh last nganto contest tu 14hb kan. Kira kalo smpai sblm kui 12 mlm nak masuk 15hb tu, mike terima ler. Tp nyer udah 15hb tu mike nak ke Johor Bharu, ate' mike nak la ngabo kan yg contest tu mike lanjut smpei le mike balik semula ke KL. Ate' kalo tak balik2?? Eish..usah la ropa itu kome doakan. Balik tu Insyaallah. 17hb baliknya.

Jadi, mike nak ngabo kan ler, yg contest tu mike lanjutkan sampei le 17hb (Sabtu). Masuk  je 18hb mike tak buleh le nak terima lagi dah sbb mike udah nak membawa ke juri2 jemputan utk dinilai. Walo tak ramei masuk, penin juga mike nak mikio pemenangnya. Seme cerita bes bes wehh.... mujo sket je masuk, kalo ramei, tak mampuih mike ngan juri2 nak milihnya. Mau makan pun idak sempat.

Wah..ngelabun, kemain berentam rentam bunyinyer yerr..

Oke lah. Buleh la tu mike yer. Sapa yg idak siap lagi tu, buleh la siapkan. Sapa tak siyo nak masuk sbb adiah tak  menarik tu, tak ngapa.. bagi ler org lain yg sudi yer.

Huhu.

So, itu lah. Contest Cuti Cuti Cinta tu dilanjutkan sehingga 17hb (Sabtu) kerana tuan kebun kena pegi JB plak. Maka, nati cam tak syok la sbb lambat nak update. Saya mmg tak sker nak tangguh2 nama pemenang ni. Huhu. Jadi, sapa nak masuk, bleh yer. Date closing : 17 December

Oh. Saya nak update juga, ada 10 orang da join. Tenkiu very very much atas sokongan anda. Bermakna mmg setiap org tu ada peluang dpt adiah. Dan kalo ada lagi penyertaan pun, Insyaallah, adiah akan disediakan. Maknanya, seme yg join akan dpt adiah [kalo lebih 10 orang, adiah saguhati akan ditambah lagi].

Thank you.

*syarat dan butiran lanjut pasal contest, klik je sini - My Great Cuti Cuti Cinta Contest

Wednesday, December 14, 2011

My Great Cuti Cuti Cinta Contest


Edit : Officially closed

Contest kedua dari blog pnstoberi *salu tu GA & Edisi Menghargai Follower je*
Bersempena my 3rd Wedding Anniversary juga sempena befday puan kebun stoberi dan juga sempena nak abiskan stok yg adiah yg ada.
Puas mencari cari tema, dan dpt juga walo tak berapa  nak kena ngan tema anniversary tu.
Rasanya tema ni mcm dah biasa dan ramai org buat, tp boleh la. Sbb saya suka berjalan-jalan. Dan saya juga suka baca cerita orang jalan-jalan, maka saya namakan contest ni sebagai My Great CUTI CUTI CINTA Contest
*edited*
"Sbb ramai yg kata cam panjang syarat dan cara-caranya, so, saya ringkaskan cara join contest ni. Simple je sebenarnya. Saja nak tulis berjela - caranya adalah buat satu entry berkaitan cuti cuti yg paling best, masuk kan gambar, then jawab sket soalan kat bahagian B tu. Then hantar sblm 14 Disember. Itu saja."

So, kalo sapa sudi, meh la join. Caranya :

A) Buat satu entry dengan tajuk "My Great Cuti Cuti Cinta Contest" dan ceritakan mengenai percutian - yang dirasakan paling bes, paling happy dan semestinya yg paling GREAT lah. Napak tajuk cam sesuai utk org honeymoon kan, tp tak kesah pun. Bleh je citerkan pengalaman bercuti bersama keluarga, kawan2 dan sesapa juga. Saja je tu letak CINTA tu. Tu kan trademark puanstoberi kalo gi bercuti berdua. Huhu. Juga tak kesah percutian dalam negara atau luar negara. Juga tak kesah tahun bila pun. Kalau takde percutian GREAT utk tahun ni, bleh juga utk tahun2 sebelumnya. Takde hal.
-Antara yg boleh diceritakan adalah perihal tempat percutian tu, tarikh pegi, cara nak pegi, kos yg terlibat, aktiviti yang boleh dibuat dan lelain yang berkaitan lah.  Jgn lupa, ceritakan kenapa percutian tu adalah percutian dirasakan yg paling GREAT.
-Panjang entry tak kesah. Terpulang.
-Dan harus sertakan gambar percutian. Takde gambar cena nak tgk tpt best best tu kan. Tapi tak kesah berapa keping pun.

B) Kemudian jawab soklan mudah ini :
i) Berikan tempat CUTI CUTI CINTA yang pnstoberi pegi utk bulan Januari, Julai dan Oktober 2011   (kerana ini lah percutian yang dirasakan paling great untuk pnstoberi pada tahun ni)
ii) Lengkapkan ala-ala slogan ini - Saya suka blog pnstoberi kerana ..................
*haha. walo tak sker pun tulis gak suka yer. Ni kira penentuan adiah ni. Dan kedua-dua soklan ni adalah bonus sesgt pada yg mengikuti kebun ini hehari*

C) Tak perlu tepek banner contest di mana2 side bar. Cuma tempek pada entry contest dan link kembali ke entry ini saja. Juga tak perlu tag, tapi kalo rajin tag kengkawan, sila ler.. 

Syarat-syaratnya pula :

1. Contest ini terbuka kepada semua follower kebun stoberi - http://pnstoberi.blogspot.com
2. Contest ini dijalankan bermula 1 Disember 2011 - 14 Disember 2011. Semua entry hendaklah di link kan di ruangan komen selewat-lewatnya 14 Disember 2011.  (edit : tarikh dilanjutkan sehingga 17 Disember 2011)
3. Para pemenang akan dimaklumkan melalui blog pnstoberi selewat-lewatnya 20 Disember 2011. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat perubahan akan dimaklum dari semasa ke semasa.  Para pemenang perlu redeem hadiah dgn menghantar emel dalam tempoh 48jam selepas diumumkan supaya hadiah boleh ditukarmilik kepada peserta yg lain sekiranya tidak diredeem.
4. Penentuan pemenang bagi tempat pertama sehingga kelima adalah dipilih daripada entry dan slogan terbaik dari kalangan peserta.  Mmg tidak menggunakan konsep vote mahupun cabutan bertuah. Entry akan turut diadili oleh juri2 jemputan. Ceawahhh....!

Hadiah Pertandingan yang ditawarkan :
Tempat Pertama - Kain pasang - Sutera Batik (Ori)
(sori..udah kedut2. Lama nau tersimpan - tak ter tempah
-maka ku buat adiah ja)

Tempat Kedua - Kain Batik Biasa

Tempat Ketiga - Shawl
(ni pun sama, beli tapi tatau nak pakai bile,
maka buat adiah je)

Tempat Keempat & Tempat Kelima - Tupperware
*Sbb saya baru je jadi agent tupperware - so, sapa nak beli tupperware leh order ngan saya juga [tumpang promote trus. Miahahah]

Saguhati 
*5 hadiah saguhati akan disediakan berupa 3 brooch, 1 kad Touch n Go *tiada nilai dlm tu - dpt masa buat tinted dulu* dan 1 bekas tisu songket.


Kesemuanya ada 10 hadiah, so kalo ada 10 org yg join pun kira jalan jugak la contest ni, kalo kurang pun..kira jalan gak lah. Mmg niat nak bagi ke orang je seme2 hadiah tu. Hihi.

Friday, November 25, 2011

contest'jom raikan cinta sempena ANNIVERSARY'

Link Contest : Eka

Eka buat contest lah!. Maka sbg kakak yg menyokong penuh usaha beliau, maka harus join. 
*ye, saya mmg susah nak join contest/GA ke apa (tp saya suka organize menda2 tu - suka nak bagi adiah ke org. Hihi), tp utk sayang2 saya ni, saya join..tanda sokongan. Lps tu plak kalo contest ala-ala lucky draw tu mmg awal2 saya jarang join. Sbb - tau mmg tak lucky. Haw haw haw. Bukan mengalah, tp prefer contest yg ada karang mengarang dan perlukan idea ni - walo hakikatnya bkn la banyak nau idea ni budak stoberi ni*

So, jgn byk cakap. Ni bkn entry aku. Ni entry utk Eka. Sebelum belum tu, akak ucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan utk Eka dan Suami. 2 tahun telah dilalui bersama, dan moga tahun ketiga ini akan ada "cahaya" yang mengiringi perjalanan kamu berdua. Insyaallah.

Eka suh jawab soklan dulu. Meh kita jawab :
1-pasangan ini akan menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 2.
2-mereka akan sambut di Korea
3-sila cadangkan destinasi bulan madu yg WAJIB dikunjungi pasangan ini ...

Oke ini lah cadangannya. Walo Eka nak ala-ala backpackers, apa lah salahnya akak memberikan cadangan ini. Mmg la kalo diikutkan bleh membuatkan bajet berlari2 anak. Tp takpe kot. Once in a life time. Ecewah. So, mari tgk apa akak cadangkan ni.

Kata honeymoon kan. Maka, marilah kita bersantai - santai begini.


Disatu tpt yg serba membiru serta mendamaikan.


Ada bilik yang indah. Kata gi utk honeymoon harus la tpt yg jauh dari hiruk pikuk kota. Owh... syahdu...


Bilik begini pun oke sangat. Siap ada ruang tamu. Melihat keindahan alam ciptaan Tuhan. Bayangkan waktu malam kita bersama si dia yg kita cintai di luar balkoni tu.Owh...



Lepas tu rileks bersama dalam bath tub ni plak. Jakuzi pun bleh. Oh. Nyaman neeehhhh..

Nak spa spa pun bule jugee.. Eii..syiok woh!

Lps tu makan eskrem together2 begi. Yallah. Seronok banget ni

Semua tu Eka akan perolehi kalo turut sama dalam cruise ini.


Memang la rasa mahal sbb rega pun starting RM2,555.00 (per pax). Tp kalo simpan sket2 bleh ni. Penat bekerja, apa kata sesekali kita bagi exclusive self treat. Hihi.Utk detail leh tgk sini yer Eka. http://www.starcruises.com/newweb/homepage.aspx

Jadi akak bagi tema sekali utk cadangan honeymoon ni - Exclusive Selt-treat cum Honeymoon.   Oke itu saja


4- tag 2 org : Alamak... tak tag kira macam disqualified eh. Akak tak reti nak tag2 org ni Eka. Seyes. Jadi, akak tag seme yg berkunjung kat kebun stoberi ni utk join. Huhu. Aci tak cam tu Eka? ke tak aci. Huhuuu.. Jadi sesapa nak join contest ni sila lah yer. Adiah bes bes ni. Trus klik ni : Contest by Eka

5- tinggalkan link entry anda di ruangan komen - okes!

*motip aku lak rasa cam telan2 ailiyo bila buat entry ni?? Giler bes kot. Kalo la dpt pegi nxt year. Twehehehe. Kalo camtu, mari setat simpan duit bawah bantal selepas dapat gaji. Tweheheehhee.

Thursday, November 10, 2011

“What Would Puss in Boots Do?”

kredit : here
Hai, saya Kitty Softpaws. Oh. Bleh panggil saya Kitty saja. Simple and cute name right?.
Kenal saya?
Kalau anda kenal pakwe saya *meoowww*, tentu anda kenal saya. Kerana saya adalah cinta hati pakwe saya *meowww....meowww*

Siapakah pakwe saya?
Tentu lah yang glamer ini. Mustahil tak kenal kot???
kredit : here
Eh. Silap. Itu gambar terlalu comel. *Pssst..saya simpan gambar ni dalam wallet saya, jgn bagitau dia erk. Hihik*
Jadi harus pertontonkan yg ini. Cea..bagi pandangan dari belakang dulu.
kredit : here
Kemudian yg ini.
kredit : here
Does he look handsome and 'gagah'?? Hihi. Auumm... eh. silap, beliau bukan harimau. Beliau juga sama spesies dgn saya iaitu kucing.
Ya, kami kucing. Walau kami kucing, kami bleh menumbangkan pihak lawan.
Jangan main2 dgn kami ya. Skali kami meowww..... semua lari tau.

kredit : Here
So, mari bayangkan sekiranya Pnstoberi pula yg menjadi Puss and Kitty Softpaws
"how you would defeat the bad guys?"
Oke mari bayangkan. Siapa yg tak kenal kuasa kucing? Cats have 9 lives. So, apa perlu dibimbangkan.

Siapakah penjahat itu?
Perompak? Penyamun? Peragut? Perogol bersiri *errrr...*

Maka dengan adanya Puss and Kitty kejahatan akan terkawal.
Cakaran kuku kami seolah besi dan tidak memberi peluang kepada mana-mana penjahat pun. 

Bunyi kami yg nyaring juga bukan hanya menyebabkan polis datang. Bomba, JPA3, malah JPJ pun datang berlumba-lumba. Ha... ko mampu???
*But, as other comic heroes, si penyelamat pastinya akan menyembunyikan diri dari diketahui orang awam. Cewah*

Tapi sekiranya kami betul2 tidak dapat melawan.
Apa yg kami boleh buat?
Puss akan pura-pura comel sebegini.

kredit : here
Dan Kitty pula tentunya begini.
kredit : here
Atau pun pura-pura pengsan mcm ni aci tak?

kredit : here
Oke. Cukup lah. Rasanya penjahat pun tak jadi nak lawan kalo begini punya shiomel (comel) kan?? Hihi. Ayuh kita tonton Puss In Boots

Puss in Boots

Mahukan dapatkan tiket percuma?

Friday, November 4, 2011

My Happiest Moment

My happiest moment is when...


Having good time with my lovely friends,


Friends who always give me strength,


Always there when I need.


Friends who share the joy,


also share the pain,


And putting a smile on my face when I'm down.


Thank you friends for bring me joy and happines.

**Taman Wetland Putrajaya.
**8 Oktober 2011.

*This contest was brought by Nuffnang in conjunction with Happy Moment Last With Olympus PEN.