Showing posts with label Majalah. Show all posts
Showing posts with label Majalah. Show all posts

Sunday, March 24, 2013

Udang Sambal Bahtera Damai - Lauk Pengantin??


Assalamualaikum warahmatullah...

Salam sayang buat insan-insan yang sering mendambakan ukhwah buat akak di Home Sweet Home dan wall FB yang sentiasa meriah...Betapa bersyukurnya hati ini diulit ceria, disapa rindu oleh adik-adik dan rakan yang belum pernah bertemu muka mahupun yang pernah jua, bagai semangat kembali walaupun akak perlahan... Masa 24 jam tetap sama diberikan, harap-harap masih ada yang tersisa untuk Home Sweet Home ini... ^___ @.  Semoga kasih sayang ini kekal ke akhirnya... Ya Allah ampuni daku andai diri ini terkhilaf berbicara di ruangan yang tidak seberapa ini...Allahumma Ameen.

Dari Hasan, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda:

"Umatku masuk Syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang sesama muslim."


Sebenarnya tiada resepi istimewa yang akak masak sejak akhir-akhir ini, memandangkan masih sibuk, semuanya masak yang biasa-biasa sahaja.  Apapun akak teringat untuk berkongsi satu resepi (*bukan nak kongsi satu rahsia ^_^ ala-ala iklan coklat oreo tu).  Resepi sempoi sahaja tetapi deko agak beriya2 la kononnya sebab resepi ini pernah akak sumbangkan untuk Majalah Stailista suatu masa dulu...terlupa sungguh nak share.  Jadi memandangkan sekarang ni musim cuti sekolah dan ramai yang nak jadi pengantin or nak jadi mak andam waima tukang masak pengantin ker....boleh la try.... 

Masak pengantin ni biasa-biasa jugak la sebenarnya, cuma kreativiti menghias tu yang boleh buat tetamu yang intai pengantin makan terlebih berselera...Yang jadi pengantin x berapa selera sangat hari tu kan... ^__^.  Xpa laaa...meh jenguk lauk udang ni dulu...

Kepada bakal pengantin akak doakan selamat melayari bahtera damai hendaknya, semoga perkahwinan diberkati dan menurut sunnah dan syariat sebaiknya.  Di harap majlis berjalan lancar dan jangan lupa bersyukur atas jodoh yang dipertemukan, semoga mendapat zuriat yang baik2 dan sihat2 jua hendaknya.  Buat mak-mak pengantin, boleh la mencuba sendiri salah satu lauk untuk dirasai oleh anak menantu di hari perkahwinan mereka...x susah pun lauk ni kan...Selamat Mencuba...!

UDANG SAMBAL BAHTERA DAMAI



Resepi:  Ummi @ Home Sweet Home
 

Bahan:-
  • 8 ekor udang galah sederhana besar
  • 2 tangkai cili merah *  )
  • 1 biji bawang besar *   )
  • 3 ulas bawang putih * )
  • 1 inci halia *               )
  • 1 inci kunyit hidup *   )  bahan * dikisar
  • 1 biji buah tomato *    )
  • 1 cm belacan bakar *  )  
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Udang dibersihkan dan biarkan kulitnya jangan ditanggal.  Gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan goreng sekejap.  Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan semua bahan kisar dengan api sederhana.  Kacau bahan tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan udang dan gaul rata sebentar.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Gaul sebati biar udang bersalut dengan bahan.
  6. Seimbangkan rasa, tutup api dan hidangkan dan hias mengikut kreativiti.


Biarpun masakan biasa-biasa, kreativiti menghias itu yang penting untuk satu2 hidangan pengantin kan....kan...amacam berselera tak, selera tak? ^__^

Saturday, July 28, 2012

Nasi Minyak Sultana Panca Warna

ASSALAMUALAIKUM... ^ __^

Tengah buat apa tuh...mesti dah siap2 nak sediakan bahan masak kan...xpun ada yang tutup dapur hari ni makan kat luar kan... Ya lah, apa salahnya sesekali kaann...cuma kalau ada yang nak beli di bazar ramadhan tu, hati-hatilah sikit ya...kelmarin dah ada satu kes ada yang kena sakit perut memulas teramat selepas berbuka puasa....adeeeii... Kebersihan amatlah penting, di harap peniaga-peniaga bazar Ramadhan akan lebih mementingkan jaminan kualiti dan kepuasan pelanggan dari sekadar mahukan keuntungan...semoga rezeki yang dapat diberkati kan.. Kalau nak terkena sakit ni, bukan saja beli di bazar, kadang-kadang makan kat hotel pun boleh kena, maybe sebab banyak sangat pilihan dan semua nak masuk perut, terkejut perut tu kan..hehe. Sama-samalah kita saling ingat yeaa...

Okeh lah tengok gambar kat atas tu kan...macam ala hidangan pengantin jek kan...sempat pulak kak Ummi buat hidangan sebegitu rupa ke...adeeehh, tu bukan masakan yang akak masak baru-baru ni laaa..tu untuk sisipan dalam majalah Stailista hari tu...akak x kongsi pun lagi resepi Nasi Minyak Sultana Pancawarna ni... Namapun macam gah jek eh...hehee, maklumlah masa tu nak tema hidangan pengantin kaann., kira asal nama nasi minyak hujan panas la ni..So kebetulan akak masak baru-baru ni menggunakan resepi yang sama, cuma hiasan jek x sama. langsung...hehehe.. jadi akak kongsikan resepinya di sini k...Kot ada yang nak saji nasi minyak untuk berbuka hari ni... ^__^


Ni rupa nasi yang akak masak baru-baru ni, tanpa hiasan, ala kadar jek laaa, amik gambor pun cikai-cikai jek...hehe. Lawan dengan lauk Ayam Merah Tomato (click kat tulisan merah untuk resepinya ya) dan lawan dengan acar mentah.


Kedua-dua gambar di atas dan bawah ni adalah yang akak kirimkan untuk majalah Stailisita (majalah khas untuk pengantin) satu masa dulu...jadi you all tengok gambar sini je la yea...dalam majalah pun satu je suntingannya...masa tu tema majalah adalah hidangan pengantin...hehehe. Meh salin resepi nasinya eh...

NASI MINYAK SULTANA PANCAWARNA
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home
(spt. disumbangkan untuk majalah Stailista)

Bahan:-

  • 3 cawan beras basmathi (direndam 10 - 15 min. dan toskan)
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 3 sudu besar mentega
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 2 inci halia - ditumbuk
  • 1 batang kulit kayu manis )
  • 2 kuntum bunga lawang ) bahan rempah tumis
  • 2 kuntum bunga cengkih )
  • 3 biji buah pelaga )
  • 3 cawan air
  • 1 cawan susu sejat
  • sedikit garam
  • daun pandan
  • beberapa titis pewarna - merah, hijau dan kuning
  • 1 cawan kismis sultana
  • gajus - dipanggang/goreng tanpa minyak
  • bawang goreng
  • hirisan daun bawang

Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak jagung dan mentega dalam periuk dan tumiskan bahan rempah tumis dan bahan hiris serta halia. Kacau hingga naik bau.
  2. Masukkan air secukupnya, susu sejat, daun pandan dan garam. Biarkan agak mendidih sahaja.
  3. Masukkan beras dan kacau perlahan sekejap.
  4. Pindahkan ke dalam rice cooker dan biarkan nasi masak seperti biasa.
  5. Bila telah kering, masukkan kismis sultana dan guna chopstick dan buat beberapa lubang pada nasi dan letakkan beberapa titis pewarna yang berlainan setiap satu lubang. Tutup dengan nasi. Biarkan nasi masak sepenuhnya.
  6. Untuk hidangan, kacau perlahan nasi di dalam periuk tadi rata-rata biar bercampur warnanya. Hias dengan taburan buah gajus dan bawang goreng dan daun bawang.

SELAMAT MENCUBA..

Tuesday, July 24, 2012

HOME SWEET HOME @ MAJALAH KITCHEN ONLINE

ASSALAMUALAIKUM....

Alhamdulillah, hari ni di Malaysia umat Islam sudah memasuki hari ke 4 Ramadhan dan diharapkan kita semua akan sentiasa diberi keberkatan dan kesihatan yang baik untuk meneruskan hari-hari seterusnya dan diberi keringanan otot-otot untuk melipat-gandakan segala amalan-amalan baik di bulan penuh berkat ini...insyaAllah.

Hari ini akak ingin kongsikan satu lagi jelmaan baru majalah online yang baru sahaja dilancarkan pada bulan ini iaitu Kitchen Online. Majalah ini keseluruhan isinya adalah berkisar kepada dapur, resepi, tips dan info-info berguna yang berkaitan dengan pemakanan. Dan akak telah dihubungi oleh wakil majalah iaitu Cik Effa Norzila yang telah menerjah masuk ke YM akak...terkezuutt jugak bila beliau terus mempelawa akak untuk mengisi ruang-ruang majalah ini dan antara percaya dengan tidak jugak la pada mulanya sebab x pernah dengar lagi Kitchen Online ni. Bila dimaklumkan bahawa ini adalah untuk kali pertama launching dan diperkenalkan, maka akak x banyak soal sangatlah.

Tetapi bila ditanya bila dateline hantar gambar dan resepi, Cik Effa pada hari tu menjawab, lusa.... Haa??? 2 hari jek la nak pilih resepi. Adeehh...mula-mula macam xnak terima sebab akak x tau nak bagi resepi apa dan tema apa. Di tambah pulak banyak gambar-gambar ori akak telah "hilang dari pandangan"...hehee, gara-gara Aiman punya kerja sikit masa dulu. Masa tu memang nak nangis....banyak sekali gambar-gambar hilang. Apapun x leh nak marah dah, nangis air mata darah pun x guna kan...jenuh dah retrace, still x jumpa, nampak ada nama resepi, tp xda gambar....ha, mcm bilang di awangan, tu lah al kesahnya...Hb pun pujuk semua masakan tu dah masuk blog kan, dan boleh dimasak semula...so no hal laa... Peringatan untuk akak jugak, sebab melambat-lambatkan back-up, cik abang dah pesan berapa kali daah..hahaha...So you all pun hati-hati eh...cepat-cepat buat back-up.

Berbalik kepada lamaran Kitchen Online ni, bila Cik Effa kata x kesah, so akak pun bagilah gambar2 dan resepi yang ada dalam simpanan je la...akak pun lebih suka bagi resepi kita sendiri. Sejujurnya itulah prinsip akak semasa awal-awal dipelawa mana-mana majalah pun. Akak sekadar mengambil sedikit usaha untuk berikan resepi sendiri ataupun kita boleh juga membuat olahan dari resepi asal yang membuatkan hasilnya lebih menarik ataupun menyenangkan lagi untuk dicuba. Pada akak, biarpun terpaksa berperah otak dan tenaga, tetapi puashati tengok hasil kita kan. Dan kesedaran itu nampaknya bukan pada akak saja, dah ramai yang tahu dan ambil usaha sebegini. Yang penting kita dapat sama-sama share sedikit hasil yang tidak seberapa untuk manfaat bersama. Terima kasih jugak kepada Love yang telah memaklumkan keluarnya majalah ni sbb akak dah terlupa daaahh pun...hehe

Boleh click dan baca je di Kitchen Online

Kali ini rasa sedikit teruja jugak la bila gambar masakan Sardin Ala Rendang akak dipilih sebagai cover majalah tersebut. Ya laa, akak ni bukan pandai sangat ambil gambar dari pelbagai teknik penggunaan camera, pengcahayaan dan sudut/angle segalapun...main hentam la jugak.. Cuma semangat untuk membuat pembaharuan demi pembaharuan agar orang x jemu masuk dapur akak ni buatkan akak selalu cuba berikan posting sedikit kelainan...konon-konon la kan...tp akak dah meletakkan usaha di situ....jadi terpulanglah kepada sesiapa yang melihat untuk menilainya...props pun ikut dan jek...kadang2 ada, kadang togel jek...hahaha...kesiaan akak kan... Namun sifat teringin dan mencuba selalu ada, lebih-lebih lagi bila ada masa lebih sikit akak akan praktikkan...lain-lain gambar kalau kosong jek tu...nak cepat-cepat je la maknanya...hehe

Akhir kata, terima kasih sekali lagi kepada Cik Effa Norzila khususnya dan krew majalah semua yang bertungkus lumus untuk menghasilkan majalah dapur secara online ni....satu pembaharuan dan produksi maya yang menarik dari Media Glam Sdn Bhd. Di dalam majalah ini juga ada tersisip resepi-resepi dari Nor Secubit Garam dan Kak Paty (Paty's Kitchen) di samping mempromosikan beberapa buku masakan dari Chef Hanieliza dan Chef Husin Khan juga.

Kesemua resepi yang tersisip telah pernah akak kongsikan di blog ini....So kalau nak resepi akak ni, click jek la kat tulisan merah tu yea.... mana tau kot ada yg berkenan.... Salam sayang dari akak...




Semoga selepas ini akan tersiar pula resepi-resepi dari blogger2 lain yang lebih mantops dan menarik untuk dikongsikan di Kitchen Online, akak tunggu...semoga anda semua sukses dan rajin-rajinlah update yea...jgn mcm akak...hehehe...Daaaaaaaaaaaa...muaaahh, muaahhh

Tuesday, July 3, 2012

Review Resepi SAJI - Ayam Panggang Ajwa Madu Bijan





ASSALAAAAMMMUALAIKUUUUUUMMM... Caaakkk... ^______________^

Apa khabar? Mohon maaf banyak2 lah sekiranya ada yang masih sudi menjengah dapur akak ni pulang dengan hampa melihat hidangan yang sama jek kan....sesungguhnya segala ini bukanlah kehendak dan sesungguhnya akak terkilan sekali bila menghampakan kalian yang masih sudi bertandang... inilah hakikat dapur Home Sweet Home sekarang ini... Tak nak bercerita panjang dah laa...harap kalian faham.

Rasanya menjelang Ramadhan ni pun dapur ini akan berupdate seminggu sekali je la kot...bayangan kesempatan untuk akak umpama pergi jauh kian hari. Banyak sangat urusan yang menuntut perhatian akak sejak kebelakangan ini dan mungkin akan berlarutan...maafkan akak yea...

Dan buat mereka yang tidak berkesempatan mendapatkan majalah SAJI edisi khas Mini Bumper bulan Julai, di sini akak hidangkan resepi yang telah akak sumbangkan di majalah tersebut. Hanya 1 resepi diminta untuk kolum Blogger Saji tersebut, selebihnya hanya gambar-gambar dan sedikit info tentang dapur Home Sweet Home aje...hehe. Dah beberapa hari akak masukkan gambar ni tapi x sempat2 nak mengarang dan publish...malam ni baru ada masa sikit... Hari ni seminar satu hari...baru pas lipat kain 2 bakul....adeeeiii...Layaaan la eh...


AYAM PANGGANG AJWA MADU BIJAN

Bahan Utama:-

  • 1/2 ekor ayam - dipotong 3 atau 4 bahagian
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar rempah beriani (akak guna Rempah Serbaguna Mak Sal - lihat gambar di bawah)
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/4 cawan kurma Ajwa - dikisar dengan sedikit air
  • 1/4 cawan kismis kuning
  • 2 sudu besar cuka makan
  • 1/4 cawan cili kering yang telah dikisar
  • 3 sudu besar madu / secukup rasa
  • garam secukup rasa
Bahan Kisar dan Tumis:-
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum lawang
Untuk taburan:-
  • 3 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak
  • sedikit kurma Ajwa - dihiris halus

Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih diikuti cili dan bahan kisar lain. Kacau hingga naik minyak.
  2. Masukkan bahan rempah dan serbuk ketumbar, kacau hingga rempah masak lebihkurang 3 - 5 minit dengan api sederhana.
  3. Masukkan pula air kurma yang dikisar dan kurma potong kecil, cuka dan madu. Kacau rata sebentar.
  4. Bila kuah agak pekat, masukkan ayam dan gaul sebati. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Masukkan kismis dan kacau balik ayam sesekali. Masak hingga ayam separuh masak dan kelihatan bersalut dan pekat.
  6. Matikan api dan alih ayam ke atas pemanggang atau oven dan bakar dengan api atas bawah sealam lebih kurang 20 - 30 minit sambil dicurahkan lebihan kuah dan balikkan ayam sekali-sekala. Bila nampak garing dan sedikit hangus/garing (jika suka), bolehlah diangkat keluar dari oven. Hiaskan dengan taburan bijan.
  7. Hidangkan dengan nasi arab, nasi berempah atau nasi beriani serta dalca.
Harap resepi ini akan menepati citarasa tekak kalian yang sudi mencuba....terima kasih akak ucapkan.Seterusnya akak ucapkan ribuan terima kasih kepada pengirim Rempah Serbaguna Mak Sal iaitu Norjihan Idris rakan facebook yang baru jugak akak kenali masa tu, dan telah beriya-iya dan susah payah mengirimkan rempah tersebut. Maaf lah Jihan, baru sempat nak mention sejak kiriman diterima agak lama jugak kan...Norjihan telah mewarisi kepakaran bondanya dalam menyediakan rempah ini dan sedang ligat memasarkannya.. Memang sedap harum rempahnya dan boleh digunakan untuk semua jenis masakan berempah sama ada lauk pauk atau nasi. Untuk keterangan lanjut silalah add beliau yeaa.

Tuesday, June 19, 2012

Mini Bumper SAJI Julai - Alhamdulillah Dan Terima Kasih

ASSALAMUALAIKUM....Salam Sejahtera buat semua yang masih sudi menjengah dapur Home Sweet Home...

Maafkan akak andai kata setiap kali kedatangan kalian semua ke sini agak mengecewakan lantaran memandang entry yang sama sejak seminggu ini...Harap kalian faham akan situasi sibuk yang terpaksa akak lalui... Sesekali terlintas rasa bersalah yang amat sangat dan terkilan kerana menghampakan kunjungan kalian... Kebetulan pula baru-baru ni ada insiden sikit di tangan kanan akak ni....masih belum pulih sepenuhnya dan terasa ngilu lagi. Agaknya perlukan sedikit urutan lagi untuk pulih.... Apapun alhamdulillah masih boleh memasak yang ringkas-ringkas dan dibantu oleh suami yang sangat memahami dan anak-anak tidak banyak karenah. Untuk itu, di sini akak panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt. kerana masih diberi upaya untuk mengintai dan memberi ruang kepada dapur alam maya ini.

Kali ini akak ingin berkongsi rasa teruja dan menjamu sedikit kegembiraan kerana kesudian pihak Editor SAJI untuk mengenengahkan dapur alam maya akak Home Sweet Home di ruangan Blogger Saji bagi keluaran Julai 2012. Terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada wartawannya Cik Rosparadila Abd. Rahman kerana sudi berhubung dengan akak dan memberikan kelonggaran cara kerja kepada akak asalkan akak dapat berkongsi bersama mereka di ruangan tersebut. Pada awalnya memang banyak sekali cerita dan pengalaman yang akak kongsikan untuk ruangan tersebut, tetapi atas kehendak format baru, hanya yang ringkas sahaja yang disunting oleh pihak majalah. Apapun, akak senang sekali bekerjasama dengan mu cik adik Ila cayang... Apa yang terlebih dan terkurang akak mohon maaf jua yea...

Untuk itu, terima kasih tak terhingga kepada suami dan anak-anak tersayang, beberapa rakan dan Sifu blogger rapat lagi memahami dan sentiasa memberi idea dan semangat, serta semua followers dan pengunjung yang tidak putus-putus memeriahkan dapur Home Sweet Home selama ini, walaupun di saat kesibukan yang mula melanda akak sekarang. Kalian memang pemangkin semangat dan sentiasa di hati akak....

Untuk mengetahui apa resepi yang akak kongsikan, silalah dapatkan majalah SAJI keluaran khas Mini Bumper bulan Julai 2012 sempena menyambut Ramadhan al Mubarak yang bertemakan makanan kegemaran Rasulullah SAW. Akak telah diminta mencipta 1 resepi beserta gambar step-by-step khusus sempena tema ini dan ianya belum pernah dikongsikan di dapur Home Sweet Home ini... Ada banyak resepi menarik dari Chef-Chef ternama termasuk Chef Hanieliza cayang dan beberapa tukang masak sempena menyambut bulan yang mulia nanti. Untuk resepi akak tu, harap kalian sudi mencuba dan menepati citarasa keluarga. Salam penuh kasih dari akak...muaaaahhh!

Saturday, December 3, 2011

3 Blogger Dalam 3 Majalah - Tahniaahh!!

ASSALAMUALAIKUM.....

Apa khabar semua? Aktiviti apa wiken nih? Sukacita akak ingin mengambil kesempatan di sini mengucapkan sekalung tahniah kepada 3 orang blogger masak-masak yang telah mengukir nama di dalam 3 majalah berasingan iaitu Dayangjack @ Dapurku Sayang, Diana @ Sky Blue's Kitchen dan Ros @ Jintan Manis. Sesungguhnya akak rasa gembira dan tumpang berbangga atas usaha murni dan kerajinan kalian yang telah dipandang oleh pihak media cetak untuk diketengahkan.

Bulan Disember ini semestinya satu kegembiraan buat kalian semua....Tiada kata yang dapat ditulis hanya entry ini sebagai tanda gembira dan seronok akak melihat kalian berada di satu lagi tahap yang membanggakan. Semoga kalian terus melangkah maju dan berjaya. Diharap jugak selepas ini semakin ramai lagi yang akan disunting dan dapat memberi semangat kepada kalian dan blogger2 seangkatan. Baru-baru ni pun Ida @ Happy Cooking Time telah disunting Jelita bagi keluaran Oktober 2011..Tahniah lagi sekali ya Ida...hari tu sempat letak entry kat FB jek. Okeh bagi sesiapa yang belum mendapatkan majalah2 tersebut, boleh lah bergegas untuk melihat resepi-resepi menarik dari majalah2 terbaru ini....

Majalah Muslimah - mengetengahkan resepi-resepi kek lapis Dayang...Muaahsss bangga tuk Dayang...

Majalah Aroma - yang telah menyelitkan 2 bahagian resepi Lauk Pauk dan jugak Kek Kukus di halaman2nya. Di dalam Aroma kali ni, banyak mengetengahkan resepi-resepi dari Sarawak jugak dan Diana bersaing resepi dengan ramai Chef2 terkemuka seperti Chef Arm dan Chef Hussin yang sedang meletups2 sekarang nih... Tahniah Diana...sekarang dah konfiden kaann? Hehehee... Akak just suntik botox semangat jek, selebihnya dari hati dan kerajinan Diana sendiri kaaann...terima kasih kerana sudi mintak pendapat akak.... Maklumlah Diana ni siap tanya Aroma tu majalah apa...bila akak kata, majalah tu khas untuk resepi2 sahaja dan agak laris di Semenanjung nih...baru dia tau...hehehe...muaaahhsss Diana!


Majalah Jelita - yang tidak asing lagi dengan blogger masak2...dah ramai yang disunting...now Ros jadi mangsa seterusnya...hehehhee... Ros, tahniah beribu2 lemon cayanggg oiiii...Moga terus semangat untuk berkongsi dengan kami semua.....sedap2 tengok resepi harian dalam tu...Ayam bakor madu tu...adeeeiii... Cuma agak ralat tang resepi Kuih Cara Manis tu, still gambarnya Apam lak yg ditepek eh...eeemm...sabauu jek laaa...hehehee.

Okeh buat semua, kalian tetap hebat di mata akak, x kira baru atau lama....itu bukan tanda pengukur arasnya.... Yang penting kalian punya bakat dan kelebihan sendiri yang patut diambil pusing jugak oleh pihak2 media cetak begini. Femes ke picisan ke, hanya sesetengah kita sahaja yang meletakkanya, kita x perlu merasa rendah diri. Kejayaan orang lain sepatutnya jadi tips dan semangat buat kita untuk sama2 dalam perkongsian ini, bertukar2 resepi, berkongsi rasa, nasihat-menasihati dan saling memberi dan menerima serta keakraban kita berpadu hendaknya...Moga tiada benci di hati....amiiinnnn.

Diharap selepas ini semakin ramai lagi yang akan menurut jejak dan melangkah ke satu tahap yang lebih baik.....masih ramai bakat2 yang akak sendiri kagumi... X perlu disebut, kalian tengok sendiri, kalian jawab sendiri k. Salam sayang.....

Tuesday, July 26, 2011

Home Sweet Home Digam Stailista Pulak Daahh ^____^

Assalamualaikum......Jeng-Jeng-Jeng......Inilah jawapan kepada Projek Suka-Suka kat bawah tu...hehehee... Blog Home Sweet Home digam oleh Editor Majalah STAILISTA pulak daaaahhh... Adeeeeiiii...

Kisah bermula bila akak dengan terkejut dan terkedu (bukan terkedutzzz okaayyy) mendapat email dari salah seorang kakitangan majalah ini yang memperkenalkan dirinya sebagai Encik Khai (Khairuddin) yang menyatakan telah menerjah dan menjelajah dapur Home Sweet Home dan TERberkenan dengan resepi-resepi yang dipaparkan. ..haha. Beliau lantas menulis email menyatakan hasrat (bukan lamaran okehhh...kena ketuk paler dgn cik abg kang) untuk akak sumbangkan masakan-masakan untuk santapan pengantin. Akak kan dengan berkerut dahi, berkelip-kelip mata rabun akak ni membacanya. Dua tiga kali baca duk fikir ya ke nih...ya ke nih!

Setelah bertanyakan pendapat cik abg tercinta dan anak-anak dara dua orang tuh...diaorg memberikan respon yang cukup positif...katanya akak boleh!! Anak dara siap cakap...caiyok, caiyok... Ceeehh..mmg tau dah tu... mmg kena pegang periuk la kan..kan... Menurut Encik Khai memang tiada bayaran dibuat, ianya hanyalah sebagai sumbangan ikhlas untuk dikongsi ataupun sebagai salah satu cara untuk Caterer ataupun Tukang-Tukang Masak mempromosikan bisnes masing-masing (haha...masalahnya akak bukan caterer, bukan tukang masak dan bukan berniaga pun...). Sebenarnya, akak biasa melakukan semua ini semasa majlis perkahwinan adik-adik akak sendiri je, golek-golek ayam, percik-percikkan ikan, sambal-sambalkan udang...hahahhahaaa, yg penting hiasan kasi umphh! Betul tak??

Setelah berfikir ianya sebagai satu sumbangan kepada pembaca atau mereka yang ingin mencuba, akak terima cubaan ini untuk melihat hasil masakan (simple-simple jek pun) dan suka-suka bermain dengan hiasan makanan. Memang nak terbongkang rasa, 5 jam duk kat dapur dan sempat menyiapkan 4 jenis masakan ni dulu....hadoiiii, sorang-sorang...dari kul 11 hingga 3 petang. Pastu cepat-cepat nak mengejar cuaca dan matahari yg cantik untuk mengambil gambar kat luar rumah....hahahhahah... Pastu, pengsaaannn...haha. Dan inilah hasilnya yang sempat akak buat...resepi santapan pengantin biasa2 jek kan...hiasan jek lebih..hahahaa.. Masih lagi ada menu tertunda yang belum akak siapkan spt ayam golek, dessert, kuih dan sebagainya... Encik Khai duk tunggu jek...wahahahhaa. Yang nak tergelaknya, Encik Khai ni igt akak ni suri rumah...so byk masa la kan...hahahhaha, kita kerja, balik mcm lipas kudung, cuti pun mcm cengkerik tercekik...hahahhaa

So ini je lah hasil mahsul dengan masa satu hari jek dan amat terbatas (rumah mcm tongkang x berkemas hari tu..haha). So silalah kasi pendapat untuk akak perbaiki lagi, jangan segan-segan k...akak sekadar mencuba untuk melihat hasil gambar di majalah je ni...resepi biasa2 jek..

Cuma akak RALAT tang resepi Rendang Daging Kerisek ni kan..kan....bahan utamanya...kerisek, tertinggal taip haaa...adeeeiii, dah cek dah masa awal2 taip, ada...pastu masa edit2 tulisan ketepi ketengah segala, send jek, x perasan terdelete bahan 200 gm kerisek....uwaaaaaaaaaaaa...sori byk-byk... Dalam bahan xda, dalam cara memasak ada pulak...kuii, kuiiii... Satu lagi untuk resepi nasi tu, diaorg x letak pulak namanya Nasi Minyak Pancawarna. Tang resepi tu, inilah akibatnya menaip dan upload gambar semua malam2 buta...huhuuu..kesian akak kan...ralat sungguh rasanya....kang org kata kita jenis bagi resepi x betul punya...uwaaaa...Maaf la eh...

Akhir kata untuk projek ini, akak dedikasikan rasa penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat suami tersayang yang sentiasa memberi dorongan, sanggup sama-sama menjelajah pasar tani (mmg selalu pun..hehe) dan anak-anak dara yang membantu menyiapkan tugasan hiasan, sangat2 akak hargai. Anak-anak bujang tolong jugak, tolong makan....hahaha.. So inilah jawapannya, x pasai-pasai diaorg makan nasi pengantin hari tu...hahahhaha...

Kepada adik-adik dan kakak-kakak blogger semua....you all mmg pemangkin semangat akak yang kadang-kadang hilang dek masa yang sangat cemburu...akak gagahkan jugak untuk update....sayang korang semua....!!! So ini satu lagi hadiah dari akak....jika berkenan dan sudi nak buat untuk kenduri kahwin sanak saudara, silakan...dapatkan majalah Stailista bulan Ogos k. Memandangkan majalah ini baru di pasaran, so jangan carilah di book store besar2 mcm Popular or MPH tu eh..belum ada di situ...cari di kedai2 majalah biasa jek..insyaAllah ada...hehe

Kepada Encik Khai, terima kasih kerana sudi menghubungi akak dan mempelawa akak menyumbangkan resepi-resepi sempoi akak. Maaf kerana lewat menghantar resepi-resepi baru lagi ni..huhuuu. InsyaAllah jika masa menyebelahi akak...

Sebenarnya ada lagi satu projek untuk majalah lain....adeeehh x terkejar.... Apapun, wang bukan segalanya bagi akak, perkongsian itu yang penting, moga memberi manfaat dan sedikit panduan untuk yang berminat meletakkan diri di dunia masak-masak ini kan...kan... Agaknya akak pun masih bekerja, x sempat masa nak fokus ke sini...eh!

Salam sayang dari akak....muaaahhhh!

Wednesday, April 20, 2011

Review Resepi Jelita (8): Ayam Kalasan Berseri

Assalamualaikum....okehh okeehh ni laaasstt review...sori la yea...perlu jugak letak kat blog untuk rujukan sbb dulu mmg khas keluar untuk majalah Jelita tu jek...kang hilang buku tu kang...ateee..xda lak kenangan kan...so jangan marah eh....esok2 akak letak resepi masak hari-hari lak (*hari-hari kee...hehehe). Ikut dan je laaa...masak sempoi2 malas la nak letak entry....Okayyy adik-adik sume meh layan Ayam Kalasan Berseri ni balik eh..berseri keeee? Kepada yang duduk jauh nun di ober c atau xdan nak beli hari tu...boleh la salin kalau nak try..Resepi ni mmg lain dari ayam kalasan yang biasa2 akak tengok rata-rata ataupun yang penah akak cuba....akak ubah sikit untuk menaikkan seri kelapa yang digoreng tu...kita x guan bawang okeeehhh sbb bawang tu lah yang akan menghangitkan serdak2 kelapa tu nnt....Jom layaaannnn....

AYAM KALASAN BERSERI
Bahan:-
  • 4 ketul paha ayam (whole leg) - dibersihkan dan dibuang kulit - kelar sikit
  • garam secukup rasa
  • 1/3 cawan air
  • 1 cawan kelapa parut
  • Minyak untuk goreng terendam (deep fry)
Bahan Dikisar Kering:-
  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • 2 sudu besar biji lada putih
Bahan Dikisar Basah:-
  • 5 batang serai (diambil bahagian putihnya)
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • sedikit air
Cara Memasak:-
  1. Campurkan kelapa parut, garam, air, bahan kisar basah dan kisar kering ke dalam kuali. Gaul rata.
  2. Masukkan ayam dan rebus ayam sambil dibalikkan hingga ayam masak mesra dan air hampir kering. Angkat ayam dan toskan. Kemudian toskan juga campuran kelapa parut dan rempah-rempah tadi dalam bekas berasingan
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam hingga kuning keemasan. Angkat dan letakkan ayam ke dalam pinggan yang sesuai.
  4. Kemudian goreng pula bahan kelapa parut dan rempah hingga bertukar warna kuning keemasan serta berserbuk rangup (awas jangan sampai hangus). Angkat dan toskan minyak.
  5. Taburkan serbuk kelapa tadi ke atas ayam dan rata-ratakan. Sedia untuk dihidangkan.


Nota:

Istimewanya ayam kalasan ini tidak menggunakan sebarang bawang merah atau putih kerana biasanya ia akan menghanguskan ayam dan rupanya tidak berseri...tetapi rasanya tetap mantap!

Monday, April 18, 2011

Review Resepi Jelita (7): IKAN BAWAL LEMAK HIJAU

Assalamualaikum...dah makan semua dah eh...mst tengah godek untuk kudapan minum petang lak tu kan....k, akak nak perhabiskan review resepi Jelita hari tu ha, x abis2 lagik... Kalau ada yang dah cuba tu terima kasih la...kasi lah feedback kat akak, suka ke idak ke....Kalau yang belum suka-suka lg tuh..hehee, sudi-sudikanlah....so kat bawah tu apom lenggang hijo...ni lauk hijo lak kuar eh....jangan muntah ijo dah...hahahahha....Ok, ada satu lg review lepas ni...pastu tamat laa...lengkap la untuk simpanan dlm blog akak nih...nnt kuar kat majalah jek, kat blog xda, sian lak orang jauh2 sinuuun nu kan..kan....Okay meh layan....sapa nak try silakan...xyah nak salin dan taip semula...leh C n P sini jek eh.....


IKAN BAWAL LEMAK HIJAU
Resepi: Ummi @ Majalah Jelita Mac 2011

Bahan:-
  • 1 ekor ikan bawal (sederhana besar)
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/4 biji nenas - dipotong nipis
  • 2 sudu kecil gula
  • garam secukup rasa
  • hirisan daun ketumbar
  • 3 sudu besar minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar:-
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm lengkuas
  • 2 cm kunyit hidup
  • 3 tangkai daun ketumbar
  • 2 biji cili hijau
  • 1 batang serai (ambil bhg putihnya)
  • 6 biji cili padi hijau

Cara Memasak:-
  1. Ikan dibersihkan, dilumur dengan garam dan serbuk kunyit, goreng 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan 3 sudu besar minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar dengan api perlahan, masak hingga naik bau dan kelihatan pecah minyak.
  3. Masukkan ikan dan balik-balikkan perlahan biar iken bersalut mesra dengan bahan.
  4. Masukkan pati santan, nenas, garam dan gula. Masak hingga kuah agak pekat dan ikan lembut.
  5. Tutup api, hidangkan dengan taburan hirisan daun ketumbar.

Sunday, April 10, 2011

Review Resepi Jelita (6) : CUCUR BADAK PISANG

Assalamualaikum......mohon maaf lah semalam seharian x update....bz sangat dan terus keletihan...wat projek menyelongkar dan mengemas bilik Abanglong n Aiman tu ha....lepas jek siapkan sarapan pagi, sidai kain dan kemas2 sikit kat ruangtamu segala, terus jalankan aktiviti mengubahsuai kedudukan katil almari, meja study, n segala2 dlm bilik diaorang tuh...dah macam tempat ayam bertelor pun ada, xda masa sangat nak buang segala harta-harta karun ntah zaman bila.....so kasi clear semua...mmg rasa amat penat, tapi cukup puashati...Jadi bila malam tadi terus rasa flat jugak la, campur malas nk hadap blog...jalankan aktiviti lipat kain la pulak...huhuuuu...
Okay la akak nak habiskan dulu edisi review resepi dan simpan resepi dari Majalah Jelita hari tu kat dapur HSH ni pulak....kita tinjau resepi Cucur Badak Pisang ni pulak la eh....Resepi ni sangat mudah, senang, ala-ala nak buat cucur pisang jek, cuma letakkan inti cucur badak. Tapi AWAS! Adunan ni mmg sedikit lembik, so kena pandai-pandai nak melayan adunan masa nak letak inti tuh, dan kena digoreng terus sebiji-sebiji selepas dibulatkan dan diletak inti...tp memang sedap!!
K, layaaan....japgi akak nak gi kelas lak...Selamat Berhujung Minggu...


CUCUR BADAK PISANG
Resepi : Ummi @ Majalah Jelita Mac 2011

Bahan Cucur:-
  • 6 biji pisang emas/berangan
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • minyak untuk menggoreng
Cara-Cara:-
  1. Dalam bekas, lecek pisang bersama gula hingga hancur.
  2. Masukkan tepung dan garam, gaul bancuh hingga sebati (x perlu guna air dan adunan pun memang sedikit lembik - agak2 boleh diketulkan)
  3. Basahkan sedikit tapak tangan dengan minyak dan ambil bancuhan tepung, buat ruang ditengahnya untuk diisi inti. Tutup kemas sambil dibulat-bulatkan.
  4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng dengan api sederhana perlahan, balikkan hingga kuning kecoklatan, angkat dan toskan.
# Note - Seeloknya bila telah siap diletak inti, cucur dimasukkan terus ke dalam kuali dan teruskan menyiapkan yang lain (sambil buat, sambil goreng gitu eh)

Bahan Inti:-
  • 1 cawan kelapa muda parut
  • 10 ekor udang basah - dihiris halus
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • sedikit serbuk kunyit
  • *2 batang serai - dihiris )
  • *2 sudu kecil jintan manis ) ditumbuk halus
  • *2 sudu besar udang kering )
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara-Cara:
  1. Panaskan sedikit minyak, dan masukkan bahan-bahan tumbuk, kacau sekejap hingga cili masak.
  2. Masukkan serbuk kunyit dan udang. Kacau sebentar.
  3. Masukkan kelapa parut, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati hingga kelapa masak dan airnya kering. Tutup api dan biar sejuk sebelum digunakan.

Thursday, April 7, 2011

Review Resepi Jelita : (5) UDANG GALAH LEMAK JINTAN MANIS

Assalamualaikum...waaaa dah hari khamis dah ek...cepatnya masa berlalu pergi...rasa xdan nak buat apa-apapun kadang-kadang...kalau berehat lama sikit...dah tengok nak maghrib dah...gelap dah hari...kan..kan...Okay lah petang ni akak nak share lg satu resepi yang telah akak kongsi dalam Majalah Jelita hari tuh.... Masakan ni sangat sedap pada tekak akak n family laaa...dan dah ada 4 5 orang blogger (yang akak tau laa) bagi feedback tentang masakan nih...dan ada yang dah masak sampai 2 kali dah sejak tu, ya Lieza yea...hehe...terima kasih banyak2 kepada yang sentiasa memberi sokongan dan juga sudi mencubanya....harap x menghampakan...

Asalnya resepi ni akak nak letak buah belimbing, tapi masa tu serata Pasar Tani, serata Pasar Besar Kuantan akak cari, pastu melarat cari kat pasar-pasar mini n pasaraya pun xda...mmg bukan musim belimbing ni lg kot masa tu...so akak terpaksalah tukar dengan nenas...tp still sedap la pada tekak kitaorang...ok akak share kat sini la pulak untuk mereka yg x dpt majalah tu...kesian la pulak bila ada yg request...sudi-sudikan lah...


UDANG GALAH LEMAK JINTAN MANIS
Resepi: Ummi @ Majalah Jelita Mac 2011

Bahan:-
  • 4 ekor udang galah / udang besar
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/4 biji nenas madu (ambil yg muda sikit)
  • 1 tangkai cili hijau - dibelah 4
  • 6 tangkai cili padi merah - diketuk/belah
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Bahan Tumbuk Halus:-
  • 2 sudu kecil jintan manis
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 cm kunyit hidup

Cara Memasak:-
  1. Bersihkan udang dan toskan. Nenas dipotong kecil. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam caserol/periuk, tumis bahan tumbuk dengan api perlahan. Kacau hingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan santan cair dan masak hingga mendidih.
  4. Kemudian masukkan nenas dahulu dan diikuti dengan udang galah.
  5. Masukkan garam secukup rasa dan kacau.
  6. Akhir sekali masukkan santan pekat, cili padi/cili hijau yang dibelah dan kacau hingga nampak kuah hampir mendidih. Tutup api serta merta sambil dikacau sekejap agar santan tidak berkepala. Hidangkan bersama nasi putih.