Showing posts with label pizza. Show all posts
Showing posts with label pizza. Show all posts

Friday, November 4, 2011

UpSide Down Pizza Tun Telani


Assalamualaikum...salam sayang....cuaca mendung dan asyik hujan je sehari dua...begitu jugak hujannya hati akak sehari dua ni dengan kes rebit akak... Malas nak bebel panjang dah ni...

Jom layan resepi pizza ringkas tetap amat sedap dari dapur Tun Telani nih....dulu2 akak tengok dah ramai blogger yang buat, akak jek ketinggalan... Dah beberapa hari lepas buat ni... Akak suka, sebab ringkas tp x kalah dengan kesedapannyaa....addeeeii rugi baru buat...pasni akan buat dan buat lagi... xyah uli2 tepung, carik-carik tepung, tebar-tebar tepunnngg...hehehe.. Terima kasih buat Tun cayanggggg... Izinkan akak c n p jek resepi kat sini yea... bab filling dia tuh..akak main hentam ikut resepi akak je laaa... sbb bahan tu jek yg ada...hehehe..apapun best giloosss...! Muaaaahhh tuk Tun... ^____^

Oh ya..akak ni x dan la nak amik gambar step-by-step..kalau nak tengok, pi ke dapur Tun yea...

SALAM AIDIL ADHA DAN MOHON MAAF BUAT SEMUA PENGUNJUNG HSH....muaaahhh!

UPSIDE DOWN PIZZA
Resepi: Tun Telani
Dicuba uji : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Dough
  • 2 bj telur
  • 1 cawan susu
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar minyak
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara-Cara
  1. - gaul sebati (me guna mixer) semua bahan.
  2. - sedia utk diguna
Filling
  • 1 keping dada ayam- kerat2
  • 3 sosej/hotdog- kerat2
  • 1/2 tin cendawan butang- hiris
  • 1/2 bawang besar- dadu
  • 3 ulas bawang putih- hiris halus
  • 2 sudu besar tomato puree
  • 1 sudu besar oregano
  • garam
Cara-Cara:
  1. - tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu
  2. - masukkan ayam dan tumis sampai ayam masak
  3. - masukkan sosej, cendawan, dan tomato puree. masak kejap.
  4. - gaulkan oregano dan perasakan garam
Keju secukupnya

Cara2:

  • Panaskan oven pada suhu 180 degree (akak set 170 C je tuk oven akak)
  • Letakkan filling dlm loyang
  • tabur cheese atas filling.
  • cuahkan adunan 'dough' kat atas.
  • Bakar selama 25 minit, hingga keperangan.
  • Biarkan selama 5 minit sblm potong dan hidang.

Thursday, October 6, 2011

Instant Pizza Dough, Syookknyaaa

ASSALAMUALAIKUM...

Semenjak dua menjak ni kan, akak mmg malas tul nak masak lauk pauk resepi baru ke apa ke...duk masak yg sempoi2 dan biasa2 jek..tu pasal xda sangat entry lauk pauk....nnt la eh, mood cari kelainan kot datang sikit hari lagi...insyaAllah...xpun wat lemau jek laa..hehehe. Okay ni nak story la eh....baru ni kebetulan hb ajak ke area Taman Gelora Kuantan tu nak amik gambar sikit, balik tu akak ajak singgah shopping kat Pantai Selamat supermarket.....round round beli macam2 la dalam tu....

Salah satunya ini laaaa dia...haaa, instant pizza dough...senang keje lgk dr BM...wakakkaa...berehat lgk la BM akak nampaknya...hehe... Satu paket ada 5 keping...duk ber3 ni guna 2 keping la sekali buat...tp saiz berdiameter 7 inci gitu jek laa..letak jek dlm loyang pizza wpun saiznya x madaaannn...hahaa...tabur je la topping lebih kurang...bakar, siap...! Janji ada mozarella cheese kaaan... Bekal aiman ke sekolah jgk...hehehe

Lagi malaasss la tuan rumah lepas nih...BM nnt naik sawang pulak....adeeeeii... doh yang ni pun sedap...lembuuut jek...

Tuesday, July 12, 2011

Meat and Mushroom Pizza

Assalamualaikum.....taraaaaaaaaaaaaaaaaa....Hari ni kita bakor eh...kita bakooorrr....no rice at all...hahahaaa.... Jom bakooor pizza....senang dan cepat nak buat....tak payah renyah-renyah nak siang ikan, ayam, udang, sotong bagaaiiiiii....cekup jek daging kisar, potong cendawan butang dalam tin tu haaa...tumis-tumis lah dengan minyak zaitun ....kita kacooo, kita kacoooo sampai daging masak, letak segala perisa ikut tekak eh....jangan rigid sangat dengan resepi okaayyy, x mencabar la kan...hahaha...

Kita masak kena ikut tekak family masing-masing kan....jangan skima sangat dengan resepi, sebab rasa SEDAP ITU SUBJEKTIF kan..kan...tekak memasing laaa...macam kita pandang seseorang tu, ensem ke, cantik ke, anggun ke, kacak ke....itu sume ikut mata masing-masing la kan.... tapi masak ikut tekak okiiiieessss!!! Hahahaha...

Okaaayy jom layan tekak mat saleh kami anak beranak malam semalam punya nih...so better don't ask, finished already!! Biasalah akak kan, x byk masa nak update, selalu update yang dah licin ataupun yg tinggal seketul dua jek masa update tuh...hahaa...Dah pernah buat resepi base pizza yang ni dulu, tengok Sini....mmg lembut, sedap walaupun selepas 24 jam di simpan dlm oven....cuma tang topping tu ikut tekak akak je laaaa...


MEAT AND MUSHROOM PIZZA
Resepi asal untuk doh pizza : Kak Nis (x tau link kat mana, dulu2 copy jek)
Sumber : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 300 gm tepung gandum/tepung roti (*akaki guna tepung roti)
  • 200 ml air
  • 15 gm gula
  • 4 gm yis (1 1/2 sudu teh)
  • 25 gm shortening
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan susu tepung
Cara-Cara Untuk Doh Pizza:-
  1. Masukkan kesemua bahan dalam breadmaker, pilih menu DOH dan On. Tunggu hingga siap ulian 25 minit. (*Kaedah Ulian Tangan - campur semua bahan kecuali air dan shortening..gaul rata, masukkan air dan uli biar lembut. Masukkan shortening..uli lagi hingga doh tidak melekat pada mangkuk).
  2. Keluarkan dan tumbuk-tumbuk doh. Biarkan 10 minit.
  3. Kemudian canaikan dan masukkan ke dalam pizza pan. Cucuk2 dengan garfu sebelum diletakkan topping masing-masing.
  4. Tabur mozarella cheese secukupnya.
  5. Bakar pada suhu 180 C selama 15 - 20 minit hingga nampak keju mencair..jangan hangus sudaaahhh! hehe...
Bahan Topping Pizza (*style akak kali ni eh):-
  • 500 gm daging kisar (akak guna jenama Ramly)
  • 1 tin sedang cendawan butang - hiris nipis
  • 1 biji lada benggala - dipotong dadu
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 2 biji tomato *
  • 1 tin kecil tomato puree *
  • sedikit air * (bahan * dikisar bersama)
  • 1 sudu teh (rata) lada hitam yang dikisar
  • 3 sudu besar rempah campuran pizza (dalam paket, boleh didapati di kedai bahan bakery)
  • 5 sudu besar sos cili
  • 5 sudu besar sos tomato
  • garam dan gula secukup rasa
  • mozarella cheese secukupnya
  • sedikit minyak zaitun
Cara-Cara:-
  1. Panaskan dengan api perlahan minyak zaitun dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
  2. Masukkan daging kisar dan masak hingga daging bertukar warna.
  3. Masukkan bahan kisar dan semua jenis sos, serbuk rempah pizza dan lada hitam kisar. Masak hingga daging betul-betul masak dan kering sedikit airnya.
  4. Masukkan cendawan butang, garam dan gula secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan lada benggala dan kacau. Seimbangkan rasa. Tutup api dan sejukkan sebentar baru diletakkan di atas base pizza.

Monday, January 31, 2011

Kenduri Pizza Dengan Family Adik-Adik

Salam, macamana berlalunya hujung minggu semua? Akak pulak bz bila diterjah oleh 2 family adik2 dari Gombak....memang diterjah, sebab duk relax2 lepas balik kenduri hari Sabtu tu, tiba2 dapat tahu 2 orang dari adik akak kat Gombak tu dah on the way nak ke Kuantan, asalnya diaorang balik Temerloh ada kenduri sebelah in-law akak tu, nak tdo kat kampung tapi our parents xda lak, pergi Raub kejap....so diaorang terus ke Kuantan....dah jam 3.30 ptg gitu baru diaorg bagitau...apa lagik...gossshh! Ingat petang2 sikit plan nak masak, sbb nasi goreng pg tu ada lgk tuk anak2. Bahan basah mmg xda sgt pun dlm fridge....hujan pulak punya lah lebat 2 hari ni kat Kuantan...adeeeii...last2, akak godek sebijik kek, dan prepare tuk filling pizza....yup pizza...set !!!

Jam 6 lebih sikit akak masukkan bahan dlm BM, sukatan utk 3 adunan, selamat menguli laa cik BM...hahahaa...so jam 8.30 malam gitu... 3 biji pizza saiz besar siap untuk disantap oleh 3 family....gosshhhh!!! Dapat pujian sakan....diaorg kata, sedap komain!! Sungguh la, bkn akak yg cakap, semua yg makan cakap, anak2 sedara yang kecik2 cinonek tu suh buat lg...hahaa, tp topping punya banyak, kalau bukak kedai leh cepat bangkrap...ayooyooo..hahaha...Okay resepi doh pizza spt di Sini...

Tang topping nih...macam2 ada, daging kisar, cendawan butang, capsicum, nenas madu dan perencah ala-ala barbeque gituuuu....siap!! Amacam, mewaaahh tak...2 paket mozarella licin kena tabur...atas base, atas topping...amiiik naaakkk....Kalau buka kedai, xdan sebulan bangkrap toke, x madann...wakakkaka

Lagak ngeri salah seorang amatur pizza...wakakakaa...x madan dgn badan slim si Aina umur 6 thn nih...2 slices selamat masuk perut..diam-diam jek duk kat depan tv...uuhh!

Wednesday, January 26, 2011

Pizza Daging Kari

Assalamualaikum semua...waaa cepatnya hari berlalu eks...dah hari rabu dah eks...esok khamis, lusa jumaat...hehehee, pastu Sabtu n Ahad...i liiiikeeee...Ok meh la layan pizza requested by my youngest boy, Aiman tak kesah tuuu...xnak makan nasi lak daahhh...pastu mozarella cheese xda stok pulak...balik kerja bergegas ke Giant konon nak beli mozarella cheese jek...aleh2 macam2 rembat...bila bayar sampai RM150 lebih ntah apa2 jek...eskrem 2 jenis, paratha puff segala, segala sos, whipping cream, ntah apa2 lgk....pastu hb bayarkan...masuk kete dia kata, ni la harga cheese paling mahal dia bayar RM150...wakakaa..perli aiii la tuuuu...nak cheese, pastu sebakul sorong balik...adeeeii...So balik suh cik BM uli jap...buat filling, jam 8.30 mlm dah leh santap! Meh la layan pizza nih...

Asal ambik dari resepi dari Sini...tp biasalah, dah jangkit dengan Mat Gebu, kita derhaka gak laaa tang filling tuh..suka2 hati gak campak, dah ala-ala rendang gitu...hehe...Apapun base pizza nih mmg sedap dan lembut....uli pun ala2 jeek, gerenti jadi punya nih...xyah tunggu BM jerit sampai 1 1/2 jam pun, biar naik dlm 20 minit jek....hehe, x susah pun...kan..

PIZZA DAGING KARI
Resepi Asal : Pepperoni and Meat Pizza
Dirujuk dan Ubahsuai: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (Doh Pizza):-
  • 2 cawan tepung (*akak guna tepung high protein)
  • 1 sudu besar yis kering (mauripan)
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 1/2 cawan air suam
  • 2 sudu besar minyak zaitun
Bahan Inti:-
  • 100 gm daging kisar (*akak letak 200 gm)
  • 1 sudu besar bawang cincang (*akak guna 1 biji bawang besar)
  • 1 sudu besar serbuk kari daging (*akak guna 2 sudu besar )
  • 1/4 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/4 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 2 sudu besar minyak (*akak guna minyak zaitun)
Bahan Lain:-
  • 1/2 cawan sos pasta (akak marinate jek sos tomato, sos cili, puri tomato dan tomato cincang - ikut citarasa sendiri)
  • 1/2 cawan parutan mozarella cheese (*akak guna lebih)
Cara Membuat:-
  1. UNTUK DOH: (*akak masukkan kesemua bahan dalam Bread Maker mengikut turutan, bahan cecair dahulu, baru diletakkan bahan-bahan kering. Jauhkan garam dengan yis sebelum mula mengadun, nnt terbantut yis nak kembang) Tekan ON dan biar doh diuli, dan bila siap uli akak hanya biarkan doh naik lebih kurang 20 minit sahaja. Keluarkan dari BM dan letakkan di atas papan pencanai yang ditabur sedikit tepung. Canai dengan rolling pin biar jadi bulat dan rata. Letakkan di atas loyang pizza ukuran 10 in.
  2. UNTUK INTI: Panaskan minyak, tumiskan bawang hingga kekuningan, masukkan rempah kari, kacau sebentar dan masukkan daging kisar. Masukkan garam dan kacau hingga daging masak dan sedikit kering. Angkat dan sejukkan.
  3. Ratakan sos pizza di atas doh, kemudian letakkan inti daging tadi dan ratakan.
  4. Kemudian taburkan parutan mozarella cheese dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 190C selama 10 minit. Hidangkan panas2 suam dan drizzle dengan sos cili kegemaran.

Tuesday, May 11, 2010

Cheesy Meat Roll Bun

Ni lagi satu base dari adunan pizza malus domestica tu jugak sebenarnya...adunan tu boleh dapat 2 loyang pizza tp akak wat satu loyang jek dan satu adunan lagi akak canai, letak inti yang sama gak, roll kan dia, potong-potong setebal 2 inci dan letak dalam muffin cup nih....weee, sekejap jek naik, pastu picit sos cili dan tabur mozarella cheese sebelum dibakar pada suhu 170C selama 20 minit lebihkurang....layaaannnn...hehee..tp rasanya bila jadi roti camni lg sedap la pulak tauuuu...berbaloi betul resepi donut Tim ni tauuuu...macam2 leh kita gayakan...hehee..Sempatlah akak hidangkan bun ni pada family adik yang datang minum petang kat rumah petang Sabtu tu...anak2 dia kata sedap bun nih..hehee...



tengok teksturnya....mmg bersarang n lembut gituuuu...


Monday, May 10, 2010

Donut Dah Jadi Pizza Malus Domestica

Salam Isnin....macamana sambutan Hari Ibu semalam...harap semua ibu2 dan anak2 yang punya ibu berasa bahagia dan bukan sehari sahaja kita merasa begitu, seharusnya hari-hari kan...Okay lah semalam akak ada gak la keluar2 makan dan santai2 dengan anak2 dara n bongsu akak...hehee...dah tengok pictures kan? Okaayy ni nak letak entry masakan hari Jumaat untuk lunch kitaorang...hb xda akak masak ikut tekak anak2 pulak...asal2 resepi ni adalah dari Dapur Topsy Turvy Mum (Tim)-Donut Malus Domestica tapi tengah BM akak mengerjakan doh tu..Aiman tanya nak wat apa tu, akak cakap nk wat donut...alaaa, mak wat pizza laa...alahaaiiii, dah kena kerja keras la pulak nk wat topping...terus la akak keluarkan daging kisar dan masak inti sebagai topping...dan doh pizza ni menggunakan doh donut ni..cuma akak ada adjust sikit tepung sebab nampak cam terlembik jek, maybe BM Tim punya resepi tu x sama dengan BM akak kot..ntah laaa..tp sikit je tambah tepung....Apapun memang sedap base pizza menggunakan doh dari Tim ni, anak2 akak yg cakap...base jadi sungguh lembut, sesssuaaiii sgt dgn tekak....Thanks for sharing Tim..nnt later akak wat donut...ishh budak2 ni..ikut tekak deme je ler..hehe..Akak C n P and edit sikit, halal ya Tim..just love it!!


DONUT CUM PIZZA MALUS DOMESTICA (akak wat pizza...topping sendiri la ya)
Source : TopsyTurvyMum
  • 300ml air suam
  • 80g/1/3 cup melted butter
  • 2 eggs
  • 1 1/2 tsp salt
  • 3 tbsp sugar
  • 600g/4cups bread flour (*akak tambah sikit dlm 20 gm)
  • 2 tsp yeast

Cara-Cara:-

  1. Pakai BM, masuk ikut urutan. Setting: Dough.
  2. Kalau pakai tgn, campurkan air suam ngan yeast (biar dlm 5 minit).
  3. Satukan bread flour, salt and sugar.Buat lubang tengah..masukkan telur yg dipukul sedikit dengan butter.
  4. Pastu tuang yeast.Uli sampai doh tak melekat kat tangan. Tutup doh. Biarkan doh naik selama sejam
  5. Uli setebal 1cm. tekan dgn acuan donut.
  6. Biarkan naik seganda, goreng dgn api sederhana.bolehlaa letak apa2 atas donut tu..chocolate cair ke..caramel ker..aku suka cinnamon ngan castor sugar je.

Sunday, March 28, 2010

Soft Crust Pizza

Lama x buat pizza, kebetulan weekend baru ni abanglong pun ada balik, Najiha n Aiman pun ada..enjoy la masak2 n enjoy makan sudah tentu...heheee....Resepi ni intai2 kat dapur Hana hari tu...tapi resepi asal dari dapur Mat Gebu jejaka Kg. Sedenak yang amat femes tuh! Tapi akak punya pizza ni terkurang mozarella cheese la sebab ingatkan ada beli packet baru hari tuh, rupanya x beli la..hehee..agaknya pegang2 letak balik sebab igt xda orang kat rumah malas nk buat lg...hehee...Apapun, sedap bila akak letak topping isi ayam yang diperap dengan sos bbq madu lada hitam...Time kasih Mat n Hana..Akak C n P je ler resepi doh pizza tu dari gobok budak Hana ni!


SOFT CRUST PIZZA

Bahan Doh:

  • 250 g tepung roti (high protein flour)
  • 130 ml air
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca besar gula
  • 1 camca teh yis (instant yeast)
  • 1 camca besar madu
  • 1 camca besar lemak sayur (shortening)
  • 2 camca besar minyak zaitun
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 camca teh oregano kering

HONEY BBQ BLACKPEPPER SAUCE CHICKEN TOPPING (my style)

  • 200 gm isi/dada ayam - dipotong kecil2 - diperap dengan sos Honey BBQ Blackpepper sauce selama 30 minit dan goreng hingga ayam masak. Angkat dan ketepikan.
  • 2 sudu besar pizza sauce mix powder
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu air (optional)
  • 3 sudu besar gula
  • secubit garam
  • green capsicum - hiris dadu/gegelang
  • red capsicum - hiris dadu/gegelan
  • 1 biji tomato - dadu
  • 8 biji cendawan butang (dlm tin) - hiris kecil2
  • 1 sk. parmesan cheese (optional) - tabur
  • mozarella cheese secukupnya - tabur
Cara membuatnya:

UNTUK DOH:- Ayak tepung dalam satu bekas, satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih. Gaul hingga rata. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN:- Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan dan biar hingga siap.

UNTUK PIZZA:- Keluarkan doh, uli 5 minit dan letakkan doh atas dulang pizza yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Tekan2 dgn hujung jari sehingga doh memenuhi dulang tadi. Biar doh tebal sedikit di bahagian bibir dulang. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 5 minit. Keluarkan dari oven dan sapu dengan sos lada hitam, susun semua bahan inti kecuali keju mozarella. Akhir sekali baru tabur keju hingga rata. Turunkan suhu 180C dan bakar lagi 15 - 20 minit. Hidangkan panas2 bersama cili sos/tomato atau sos kegemaran....selamat mencuba!!!
UNTUK TOPPING:- Dalam mangkuk, satukan serbuk pizza, sos cili, sos tomato, air(optional jika terlalu pekat), garam dan gula dan gaul sebati. Seimbangkan rasa. Sapukan di atas doh pizza sebelum diletak ayam tadi dan ditabur dengan capsicum, cendawan dan akhir sekali sedikit parmesan cheese (optional) dan mozarella cheese secukupnya sebelum dibakar.

Wednesday, January 27, 2010

Hawaii Pizza

Hello, hello....echooooo...heheee...Jom makan pizza...sedap ni tau...Akak buat petang ahad baru ni...penggemar pizza or western food ada balik...so kenalah melayan...hehe..Abanglong n Najiha nak balik hostel semula petang tu...so diaorang siap tapau laa...Resepi dah berkurun simpan...hehe, cedok dari dapur Aunty Yochana. Sedap ke tak, u all tgk sendiri ler gambor tuh eh....the veeeryyy...the besssttt...ngeeeee. Ada lebih, pagi Isnin tu Aiman pulak bawak bekal ke sekolah...layaaannn...Akak malas la nak translate...C & P aje ler kat sini yaa..


Dough:

(A)
  • 200 gm. plain flour - sifted
  • 1 tsp. sugar
  • 1 tsp. Instant Yeast
  • 1/2 tsp. salt
  • 1 tsp. oregano

(B)

  • 110 ml. water
  • 1 tbsp. cornoil or olive oil

Toppings:

  • 2 Tbsp. Tomato Paste
  • 2 Tbsp. Maggi Chillie Sauce
  • 200 gm. Ham - cut into small pieces ( i used minced meat)
  • some sliced Hot Dogs (i used 3 sausages)
  • 200 gm. canned pineapple - cut into cubes
  • 1 Big onion - diced
  • 1 tomato - sliced
  • 1 capsicum - diced
  • 250 gm. Mozarella Cheese
  • 2 Tbsp. Garlic oil - fry some oil with some garlic
Method:

(1) For dough:
  1. Mix (A) ingredients in a mixing bowl. Knead into a pliable dough.
  2. Add in oil and continue to knead until very smooth.
  3. Leave to rise until it doubles in volume for about 40 mins.(
  4. Punch down dough and shape it into a ball and rest for 10 mins.
  5. Roll dough into a round shape - the size of your pizza pan. Use fork to prick holes onto the dough. Rest dough for 20 mins.
  6. Half-bake the pizza dough for 10 to 15 mins. then remove from oven.
  7. Spread tomato paste and chille paste onto the pizza dough. Sprinkle some mozarella cheese on top and place all the remaining ingredients on top.
  8. Sprinkle balance mozarella cheese on top and pour garlic oil over it.(7) Bake at 200C for about 20 mins. or till cheese turns golden brown.
  9. Remove from oven and serve hot.

* You can use any topping you desire like prawns, tuna, cuttlefish rings and clams.

fresh from oven...

Monday, August 3, 2009

Donut HaSue

Okayyyy...jom layan mata je eh...dah licin pun..akak wat hari Ahad baru ni adunan kembar dengan pizza tuh...Resepi HaSue jugak....refer resepi Pizza Mewah tu eh...okayyy layaannnn...lembut dan halus gebuuuuu gitu...ada 2 ketul lagi pg tadi...Ummi makan, still gebu..

Pizza Mewaaaahhhh!!!

Pagi Ahad kelmarin sebelum Najwa balik ke Segamat kul 10 pg basnya..Pagi2 lagi Ummi dah uli doh donut HaSue ni...tapi bukan wat donut jek..bahagi dua wat pizza separuh...punyalah mewah isi toppingnyaa..ikut suka hati akak laaa..hahaaa...memang mengenyangkan la kalu pekena sejuring pun..hehe...Biasalah, anak2 suka...ibu pun sukaa...betul kan? Najwa ni jenis x makan sarapan pagi..Hubby xda, Ummi la hantar dia ke terminal bas...jam 9.00 pagi pizza dan donut siap...jadi tapau la untuk dia 1/4 bahagian pizza ni dengan donut 4 ketul...katanya dia wat brunch laaa...Sue, akak mintak izin kopipes je yaa...

Bahan:-

  • 500g Tepung Gandum Berprotein Tinggi (guna tpg biasa pun ok)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)kalo guna yis peket beso amik 1 sudu makan jer..
  • 50g Marjerin
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)-Letak lebih sikit pun takpe
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat/2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]-Letak kedua2 lagi sedap
  • 1 Biji Telur-
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)
  • gula halus/topping pilihan
Cara-cara:-
  1. Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir, susu, marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit-untuk yis yang baik, selalunya dalam 3-5 min dah mula berbuih..kdg2 lepas 2 min terus jer kite masukkan tepung, x kuasa tggu lama2..hee
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan.
  3. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  4. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  5. Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  6. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih). Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll, boleh la dibahagi dua. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/652.
  7. **Selain tuh doh nih sesuai untuk burger sambal,pau goreng dan sebagainya..
    Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..
  8. Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan..(lebih ringan/kembang doh, lbh gebu laa donut tu nanti) jadi kalo nak donut extra gebu kena laa sabor sket yer..hee
  9. Setelah minyak agak panas (jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mengembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur).
  10. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

Friday, April 10, 2009

Mini Pizza

Buat pizza ni untuk Aiman bawak bekal ke sekolah...dah macam kemalasan melanda jek..malas nak berenyah-renyah..Tinggal dengan anak2 je ni, hubby gi Tioman kelmarin..Resepi dari fendi@MyR tu..Akak kopipes je la yaa...

Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 200ml air
  • 300g tepung roti
  • 14g gula
  • 3.5g garam
  • 16g shortening
  • 3g dry yeast
  • 6g susu tepung

Topping: (akak x ikut topping ni..ikut je apa yg ada dlm stok)

  • pizza cheese
  • mini tomato
  • sosej
  • asparagus
  • sos tomato / sos pizza
  • telur untuk sapu pada roti
Cara Membuat:-
  1. Masukkan bahan-bahan untuk buat doh roti ke dalam breadmaker. Setting untuk doh. Lepas tu ON kan. (*akak uli je macam biasa tu..)
  2. Bila dah siap, tumbuk untuk keluarkan angin. kemudian bahagikan kepada 10 bahagian. Buat bentu bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  3. Ambik sebiji doh. Canaikan biar diameter lebih kurang 10cm. Lipat ke atas dan ke dalam bahagian tepi seperti gambar disebelah. Buat sehingga abih. Biarkan naik 2 kali ganda.
  4. Sapukan kesemua roti dengan telur. Lepas tu letaklah topping di bahagian tengah/ lubang. Topping ni boleh buat apa saja ikut selera masing-masing.
  5. Bakar selama 12 minit pada suhu 180C. Bila dah masak, biarkan dalam 5-10 minit untuk nampak warna lebih perang.

Monday, March 23, 2009

Pizza Sedap Datin El

Baru ni jalan-jalan kat dapur Datin El nampak dia tayang pizza nih! Kebetulan abanglong nak balik rumah pagi Sabtu tu..so Ummi pun start la menguli pizza..lagipun lama dah tak buat...Abanglong sampai rumah jam 11.00 pagi terus la tersenyum lebar, tibaii dua potong..hehe..Nasib baik adunan ni dapat 2 dulang besar..kiranya brunch la untuk hari tu...memang favourite seisi rumah laaa..Thanks Datin..Ummi ada adjust sikit kat tepung tu..ikut stok yg ada...memang sedap dan lembut sampai ke petang ni...

Bahan Base:- (2 keping sederhana besar)

  • 250 gm high protein flour (*ummi letak 300 gm)
  • 250 gm low protein flour (*xda stok ni - ummi letak 200 gm bread flour)
  • 3 sudu besar butter
  • 1 sudu makan gula
  • 1 paket yis (11 gm)
  • sedikit garam
  • 1 mug susu segar yang disuamkan (*campurkan 1/2 mug air panas dengan 1/2 mug susu segar)

Cara Membuat Base:-

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan kering. Gaul rata.
  2. Masukkan butter dan gaul rata.
  3. Kemudian masukkan susu suam tadi sedikit-sedikit (secukupnya).
  4. Uli hingga tidak melekat di tangan dan menjadi doh yang lembut.
  5. Rehatkan selama 30 minit.
  6. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Canaikan dan letak dalam loyang pizza.
  7. Letakkan topping pizza.
Bahan Sos (Topping):-
  • 1 tin kecil tomato puri
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 3 ulas bawang putih
  • gula secukup rasa
  • garam, pepper dan oregano
  • 2 sudu besar minyak zaitun - utk tumis.
  • sedikit sos cili dan sos tomato - (*ummi tambah bahan di bawah ni)
  • 200 gm daging kisar
  • 7 - 8 biji button mushroom - belah 4 atau 6
  • 3 batang sosej - hiris kecil-kecil
  • 1/2 biji capsicum merah - tabur atas pizza
  • 1/2 biji capsicum hijau - tabur atas pizza
  • 1/2 tin kiub nenas - tabur atas pizza
  • mozarella cheese secukupnya - untuk tabur

Cara Membuat:-

  1. Panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang putih dan bawang besar.
  2. Masukkan bahan lain, kacau sebentar.
  3. Masukkan daging, button mushroom dan sosej. Kacau hingga masak. Seimbangkan rasa.
  4. Angkat dan sejukkan.

Cara Menyediakan Pizza:-

Sapukan base yang telah dicanai tadi dengan sedikit sos cili dan sos tomato. Ratakan dipermukaan base. Masukkan sebahagian topping. (Tinggalkan sebahagian untuk 1 keping lain). Taburkan capsicum merah dan hijau serta nenas. Akhir sekali taburkan mozarella cheese menutupi topping tadi. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 15 - 18 minit. Keluarkan dari ketuhar dan hidang panas-panas.

Tuesday, January 6, 2009

Pizza Gebu

Hari tu jenjalan kat dapur Mat Gebu nampak la dia buat pizza ni..emm memang penggemar pizza ramai kat rumah Ummi ni..Aiman nampak dah cakap bila nak buat..emm layan je laaa...Mat time kasih ya..memang gebuuusss..tapi topping tu Ummi banyak guna sosej lembu Ramly tu je laaa..pastu campur capsicum, button mushroom sikit. Ummi buat sos pizza yang penah Ummi masuk dalam entry dulu..Pastu tabur je lah mozarellah cheese...hehe..sampai tergaring topping pizza ku ini..hehe...semacam jugak licinnyaa..Mat ampun banyak2 ya..nak kopipes je ni..x kuasa dah nk menaip..puas dah duk menaip kertas keje kat opis td...boleh ya? Terima kasih..
BAHAN DOH :-
  • 500 g tepung roti
  • 250 ml air suam
  • 10 g yis segera
  • 1 camca besar gula halus
  • 1 camca teh garam halus
  • 4 camca besar mentega
  • 1 camca teh bread softerner
  • 1 camca teh bread improver
BAHAN ISIAN :-
  • 1 1/2 cawan sos tomato
  • 6 batang sosej ayamas, hiris bulat
  • 10 kuntum cendawan butang, dihiris
  • 1/2 biji red capsicum1/2 biji yellow capsicum
  • 1/2 biji green capsicum
  • 10 biji buah zaitun, belah 2 setiap biji
  • Keju Mozarella secukupnya
  • 1 camca teh lada hitam yang baru dikisar


CARA MEMBUATNYA :-
UNTUK DOH :-
Bancuh yis dengan gula dan 1/2 bahagian air suam, kacau rata dan tunggu berbuih. Sementara itu, gaul garam, bread improver/softerner dengan tepung hingga rata, lambakkan atas meja bersih dan buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan baki air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan kenyal (kena uli lama sikit). Bulat2kan doh dan alih ke dalam bekas, tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 1 jam hingga naik sekali ganda.
KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan on, tunggu hingga siap.
UNTUK PIZZA :- Panaskan oven pada suhu 200C, lenser dulang pizza dengan sedikit mentega, bagi 2 doh, ambil satu bahagian, bulat2kan dan canai, alih doh ke dalam dulang tadi dan tekan supaya rata dan bulat. Masukkan ke dalam oven dan bakar kosong selama 5 minit. Keluarkan dan sapu dengan sos tomato dan tabur bahan2 inti ikut suka dan akhir sekali tabur parutan keju mozarella dan lada hitam. Bakar kembali selama 20 - 25 minit hingga keju cair dan roti pizza kelihatan kekuningan. Boleh dihidangkan.....

Sunday, November 2, 2008

Pineapple Pizza - Best Pizza Base


Okay sos pizza dah siap tu, kenalah buat pizza pulak...Penggemar pizza pun ada balik nih! Sape lagi, abang long laaa...dia cuti seminggu lps exam. Pizza kali ni resepinya terjumpa kat rumah Sherry. Resepi asal dari Kak Nis gak ni..."base" yang ni memang lembut wpun dimakan pada keesokan hari..Sori lah dah licin pun, Ummi buat hari petang Jumaat kelmarin untuk dinner kitaorang..hehe
Bahan (Base - 2 keping sederhana besar)
300 gm tepung gandum/tepung roti (*ummi guna tepung roti)
200 ml air
15 gm gula
4 gm yis (1 1/2 sudu teh)
25 gm shortening
1 sudu teh garam
1 sudu makan susu tepung
Cara-Cara:-
Masukkan kesemua bahan dalam breadmaker, pilih menu doh. (*ummi campur semua bahan kecuali air dan shortening..gaul rata, masukkan air dan uli biar lembut. Masukkan shortening..uli lagi hingga doh tidak melekat pada mangkuk). Keluarkan dan tumbuk-tumbuk doh. Biarkan 10 minit. Kemudian canaikan dan masukkan ke dalam pizza pan. Cucuk2 dengan garfu.
Bahan Topping:- (my style)
6 batang sosej lembu/ayam - potong nipis
1/2 biji bawang besar (cincang)
3 ulas bawang putih (cincang)
nenas (ikut suka) - hiris-hiris nipis
1/2 biji capsicum merah
1/2 biji capsicum hijau
garam
sedikit gula
1 sudu teh oregano
Mozarella cheese
Minyak untuk menumis
Cara-Cara:-
Panaskan minya dan tumis semua bawang hingga naik bau. Masukkan sosej, sedikit garam dan gula. Kacau sebentar dan angkat. Oleskan sos pizza di atas doh yang telah dicanai tadi. Letakkan campuran bawang dan sosej, capsicum dan nenas. Tabur oregano dan mozarella cheese. Bakar selama 15 minit pada suhu 180 deg. celcius.

Sos Pizza

Sebelum buat pizza meh kita buat sos dia dulu eh...Ummi jumpa resepi ni kat rumah Sherry..tapi resepi asal dari Kak Nis kita tu...uiihhh, bestlah sos ni...!! Tapi Ummi adjust sikit sos dia, kurangkan sikit sos tomato dan tambah sos cili sikit...nak pedas masam sikit.. :D
Bahan:- (untuk 2 keping pizza sederhana besar)
1/2 labu bawang besar - cincang lumat
3 ulas bawang putih - cincang
1 tin tomato cincang
6 oz sos tomato
2 oz sos cili
6 oz tomato paste/tomato puree
garam
1 sudu teh oregano
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar minyak masak
Cara Membuat:-
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis segala bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan semua jenis tomato, serbuk oregano, garam dan lada hitam. Gaul rata. (Boleh tambah air jika terlalu kering). Masak biar pekat sikit, tutup api. Sejukkan sebelum dioles ke atas pizza.

Monday, September 29, 2008

Citarasa Di Akhir-Akhir Ramadhan (*_*)

Nasi Beriani Kukus dgn Ayam Berempah

Pizza


Murtabak Pekan

Bila dah saat2 akhir ni..macam maleh je dah nak masak..Jumaat kelmarin, ada yang dah nak makanan import dari luar dah..hehee...ada yang nak pizza la, murtabak laa, anak2 la tu..Ummi n hubby lak dengar orang ofis ni citer pasal nasi beriani kukus ayam berempah, teringin jugak...so layaaaannnnnn Murtabak Pekan..uuiiiii..RM6.00 satu, Pizza (set utk 4 org) dr Pizza Hut tu Najiha yang beli dan Nasi Beriani Kukus, Ummi beli 2 bungkus leh makan 4 orang oooo..x terabih!!heheee...

Tuesday, September 2, 2008

Crispy Pizza

Menu berbuka hari ni, sebahagiannya dah siap ni haa.., so boleh la posting dulu, hehe..Hari ni Ummi cuti lagi sebenarnya sebab abang long n kakngah nak balik ke kolej masing-masing. Sian lak nnt balik lenggang kangkung je x bawak apa-apa..Jadi Ummi dah masak awal-awal pagi tadi pizza dengan dendeng tuk diaorang bawak bekal balik..Hubby hantar kakngah jam 1.00 petang tadi dan balik Kuantan terus hantar abanglong. Pizza mmg favourite budak2 kan...
Meh tengok, crispy pizza ni dari Yani@myresipi.com ni..
Bahan:-(2 biji)
200 gm tepung roti (*)
1/2 sudu besar gula (*)
1/2 sudu kecil garam (*)
2 sudu kecil baking powder (*)
1 sudu besar olive oil
130 ml air
Topping:- (ni ummi punya laaa..)
Daging kisar, bawang besar, button mushroom, sos tomato, sos cili, garam, sedikit serbuk oregano, serbuk lada hitam, mozarella cheese (*sos pizza xda stok dah)


Cara-Cara:-
Masukkan kesemua bahan yang bertanda (*) ke dalam mangkuk. Kacau biar bergaul rata. Masukkan pula olive oil dan air. Kacau sehingga tak nampak debu-debu putih. Rehatkan 5 -10 minit. Kemudian uli dengan tangan hingga licin. Buat bentuk bulat, wrap dengan plastic wrap dan biarkan 30 minit. Bahagikan doh kepada 2. Buat bentuk bulat. Kemudian canaikan senipis yang disukai. Lepas tu bolehlah ditarik-tarikh doh biar jadi lebih nipis. Lebih nipis, lebih crispy. Panaskan oven sehingga 200C. Kemudian letaklah topping kesukaan pada pizza. Bakar selama 10 - 15 minit. (*ummi bakar 15, sedikit garing)