Showing posts with label cake. Show all posts
Showing posts with label cake. Show all posts

Wednesday, September 25, 2013

Kek Buah Kukus Mat Gebu

Bismillahir Rahmannir Rahim..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, akak masih diberikan ruang lagi untuk berkongsi dan bersiaran di dapur alam maya kesayangan ini...kalau dah minat, biarpun lama menyepi, rindu tetap menyapa dan terfikir bilakah ada ruang dan kerajinan lagi... Doakan agar perkongsian ini akan dapat akak tunaikan biarpun kekangan masa semakin sempit untuk hidup yang sudah melalui penghujung senja ini.  Kehidupan yang berlalu sudah tidak sejauh kehidupan yang terpaksa dilangkah ke hadapan.  Terasa semakin dekat masa mengejar.  Semoga setiap perkongsian yang akak buat ini membawa manfaat dan segalanya hanyalah semata-mata niat ikhlas kerana Allah jua...insyaAllah.

Okey kali ni akak kongsikan resepi yang sangat sinonim dengan blogger masak-masak, dah ada yang mengambil tempahan dan membuat bisnes kecil-kecilan hasil perkongsian blogger masak2 di alam maya ini..Alhamdulillah, semoga rezeki bertambah dan Allah berikan balasan setimpal kepada tuan punya resepi yang sudi berkongsi rahsia.  Barakallah!  Kek Buah Kukus Mat Gebu ini memang tersohor, telah ramai yang cuba, telah ramai yang buat berniaga mungkin, telah ramai jugak yang jatuh cinta dengan rasanya.  Terima kasih banyak Mat, itu sahaja yang mampu akak katakan.  Terbaik!!  Seisi keluarga akak menyukainya, nak-nak Najiha, siap suruh buat lagik...adeeii

Ini adalah kerajinan ketika menyambut Syawal yang tiba hari tuh...akak kukus 3 biji kek nih...adeeh berpoluuuhh ketiak den tunggu kat dapur...mujur piyuk kukusan akak tu mmg jenis dalam xyah tambah2 air dah masa kukus...tp cuma 3 - 3 1/2 jam je la setiap satu.. Ngukusnya lama kemain, makan sekali hadap xdan 3 jam pun, nak nak ramai2 di kampung hari raya aritu...semua keluarga suka..!  Berbunga-bunga hati rasa berbaloinya Mat..! Hehe..tapi gambar sempat ambik tinggal secuit jek...hehe


KEK BUAH KUKUS
Resepi:  Mat Gebu a.k.a CMG

Bahan-Bahannya:-
375 g buah2an campuran (mix fruit)
250 g mentega "Golden Churn"
300 g tepung gandum*
1 camca teh sodium bicarbonate*
1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
150 g gula aising (boleh juga guna 'brown sugar')
150 g gula pasir (untuk gula hangus)
1/4 cawan badam keping (flakes almond)
1 biji pala, diparut (nutmeg)
Ceri merah/hijau untuk hiasan

Cara membuatnya:-

  1. Gaulkan buah2an campuran tadi bersama tepung yang diayak, kepingan badam dan juga parutan biji pala. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl, krimkan mentega dan gula aising hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memukuk hingga adunan kembang.
  3. Gunakan speed perlahan, masukkan bancuhan buah2an bersama tepung tadi sedikit demi sedikit sehingga habis. Gaul hingga rata. Matikan mixer.
  4. Sementara itu, masak 150 g gula pasir tadi hingga bertukar menjadi karemal bewarna coklat keemasan. Kacau selalu untuk mengelakkan karemal berwap.
  5. Hidupkan kembali mixer, gunakan speed sederhana, dengan pantas tuang gula hangus tadi hingga habis. Gaul hingga rata. Berhati2 kerana gula hangus itu amat "PANAS"..
  6. Bila siap, tuang adunan ke dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas. Hias dengan ceri dan tutup permukaan tin kek tadi dengan aluminium foil dan ikat sekelilingnya dengan tali rafia.
  7. Kukus atas air mendidih selama 4 jam. Selepas satu jam, periksa air dalam kukusan, jika kurang tambah dengan air panas mendidih juga...selamat mencuba.....
Pasti buat lagik Mat....insyaAllah

Friday, July 26, 2013

Kek Pelangi Kukus Chef Norzailina

Assalamualaikum warahmatullah... Salam Nuzul Quran..

Ini merupakan salah satu peristiwa terbesar juga dalam kalendar dan sejarah umat Islam.  Peristiwa Nuzul Quran ini memberi makna terlalu besar kepada umat Islam dan kehidupan Nabi SAW khasnya.  Ayat al Quran diturunkan Allah SWT kepada Nabi Allah yang terakhir iaitu Muhammad SAW melalui perantaran Malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat hingga menjadi lengkap sebagaimana al Quran yang ada kita lihat dan baca hari ini.   Ia juga disebut sebagai malam yang diberkati (lailatin mubarakah). 

Firman Allah SWT:
  1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat.” (Surah al-Dukhan ayat 3).
  2.  Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (Surah al-Qadr, ayat 1).
  3. Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.”  (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Semoga kita semua dapat merasakan keberkatannya dan sentiasa menghidupkan hari-hari dan malam kita dengan Al Quran dan terjemahannya...bila kita mengetahui makna-maknanya, maka akan tunduk tawaduqlah kita tentang apa yang Allah bicarakan melalui kalamNya.  Allahu Akbar!   


Ok lah, di kesempatan ini akak masukkan lah entry yang tertunda begitu lama, sudah tiada pada pandangan mata....pada lidah juga dah hilang manisnya... Namun kalau teringin nak buat bulan Ramadhan ini sebagai pemanis mulut pun ok kerana kek ni mmg sedap, sangat moist, lembut peroi, gebus, cuma ia sedikit manis...boleh kurangkan gula jika kurang suka manis.  Terima kasih kepada Yatie Sinar Kehidupanku yang kongsikan resepi Chef Norzailina ni.  Nampak Yatie tayang hari tu terus teruja nak buat... cuma gambar akak ni x dapat semua warna pada satu potongan kek, salah potong kot..hehe

 Gebusss moistt kaann...

KEK PELANGI KUKUS CHEF NORZAILINA
Sumber:  Yatie Sinar Kehidupanku
Diujirasa :  Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)
  • 1 cawan mentega
  • ¾ cawan gula kastor
  • 3 biji telur
  • ¼ cawan susu pekat
  • ¼ cawan serikaya
  • 1½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu besar koko
  • 1 sudu kecil vanila
  • Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning, ungu, jingga
Cara membuat
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
  2. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.
  3. Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.
  4. Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.
* Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair. Jika bahagi ke dlm mangkuk2 kecil, masa mengukus lebih pendek.

Kek ni kan, dapat minum pulak dengan teh O panas petang-petang, adeeeii masyuuukk jer...rasanya kalau buat berbuka pun okeh.. ^___^



Friday, May 3, 2013

Snow Cheese Cake

Assalamualaikum...Juma'ah Mubarak!

Semoga hari ini membawa seribu kebaikan buat kita semua dalam apa sahaja aktiviti dan rencana yang dilakukan...rahmat Allah sentiasa melimpahi hambaNya yang tidak putus-putus berdoa dan mengharap kasih sayangnya...insyaAllah.  Jangan kita pernah berputus asa hendaknya, jangan kita berhenti bersabar, jangan kita berhenti berusaha dan bertawakkal... Ujian kesenangan ada nikmatnya, ujian keperitan juga lebih-lebih lagi nikmatnya jika semakin sentiasa bersyukur dan dekat denganNya...

Baiklah, berbalik kepada kek yang dah lama pun di kalangan blogger mencuba dan dah ada ramai yang telah menjadikannya perniagaan sampingan ataupun utama.  Semalam masa akak hulurkan kek ini di FB, ramai juga yang minta share resepinya, rupanya masih ada yang belum sempat ataupun ketinggalan macam akak ni...baru sempat nak cuba.. Kek ni meletopss semasa ketiadaan akak di Malaysia hari tu rasanya, masa baru-baru merebak tu, akak mmg tak sempat nak cuba lantaran sibuk sangat la kot...hehe. 

Cuti Hari Pekerja baru ni akak pun menggodek lah kek ni setelah siap buat pengat keledek.  Membuatnya juga tidak lah susah, berbaloi apabila kek ni mula masuk ke tekak dan rasanya mencecah lidah....eeeemmmm...yummmy...owh begini rasanyaaaa....terus lupa kepada keseraman kepada lemak-lemak cheese....aarghhh biarkan je laah, ini antara kek yang sedap sangat selain kek coklat kata Aiman.  Dia jarang suka kek2 plain camni selain kek coklat.  Hb juga kata, boleh terima dengan citarasanya... alhamdulillah.  Abanglong tengok dekat wall, dah siap chuup daaahh...sempat dia balik malam ni...insyaAllah.

Okeh, pertamanya nak ucapkan terima kasih kepada Kak Zai yang berkongsi resepi ini dan sumbernya akak dapat dari blog Rahel.  Sempat jugak PM kat Rahel tanya tentang kek ni....terima kasih keduanya, muuaahh!... Akak copy paste dari Rahel la yeaa.... 

Snow Cheese Cake
Sumber :K.Zai & Rahel

Bahan: (Akak guna loyang bulat 8 in)
  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya) (akak guna gred B)
  • 100g gula halus
  • 100g tepung hong kong (blue key,super fine boleh juga)
  • 60g tepung jagung (maizena)
  • 50g air sejuk (dari peti sejuk)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan ovalet
  • 75g mentega (dicairkan)
Untuk krim:
  • 1 kotak cream cheese philadelphia (250 gm)
  • 1/2 tin susu pekat manis ->> K.Zai letak 1 cawan 
 (satukan kedua bahan & putar sehinggatidak berketul-ketul).

Untuk Toping:
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Cara:
  1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
  2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
  3. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang disapu dengan sedikit butter.
  4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam dengan kepanasan 150'C.
  5. Bila sudah masak biarkan sejuk.  Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah2 kek supaya menjadi dua bahagian.
  6. Sapukan cream cheese di atas separuh kek tadi,kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.
  9. Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
Tips akak:-
  • Mencairkan mentega, jangan sampai warnanya kejernihan, cukup setakat mentega cair sahaja.  Jika tidak kek akan sedikit berminyak. 
  • Panaskan dulu oven lebihkurang 10 minit sebelum bakar kek.
  • Akak telungkupkan loyang kek sebaik sahaja dikeluarkan dari oven dan biarkan kek sejuk.
  • Letak loyang kek pada rak paling bawah dalam oven, tetapi kedudukannya di tengah-tengah.
  • Buang (potong rata) bahagian atas kek supaya kerja sapuan lebih senang kerana permukaannya sgt lembut (leroii).
  • Cheese yang telah dipukul, akak masukkan sekejap dalam fridge lebihkurang 10 minit sebelum disapu di sekeliling kek.
 SELAMAT MENCUBA...!

Sunday, April 14, 2013

Best Moist Chocolate Cake - Cakar-Cakar Pun, Sedap Amboii..

Assalamualaikum...

Semoga hujung minggu yang hampir berlalu ini dimanfaatkan sebaiknya...masa bersama keluarga memang tak ternilai dengan harga, sibuk melayan karenah mereka kita tidak menyedari masa terbuai cepatnya berlalu, sedar tak sedar esok sudah pun nak kerja bagi yang bekerja.... Tapi bagi suri rumah, hari-hari adalah hari kerja kan.  Bagi orang yang bekerja pun samalah, weekend bukan masa untuk berehat juga, segalanya nak di"cover" bila tiba cuti.  Silap-silap x rehat terus, walaupun selelap cuma...alahaaaii... 

Masa pantas bergerak dalam hidup yang sekejap cuma ini.  Kita tidak berlari meninggalkan masa, masa sentiasa menangkap kita...24 jam yang diberikan sama rata, terpulanglah untuk kita mengisinya dengan amalan/aktiviti yang diharap dapat membantu kita juga...lampiaskan sebanyak mungkin hidup mu dengan perkara-perkara baik yang membawa kita dekat juga denganNya... 

"Ada dua kenikmatan yang membuat kebanyakan manusia tertipu, iaitu nikmat sihat dan waktu lapang" - Hadis Riwayat Bukhari.

"Belum lagi kedua kaki seorang hamba bergerak pada hari kiamat, ditanyalah tentang usianya dihabiskan untuk apa, tentang ilmunya digunakan untuk mengerjakan apa, tentang hartanya diperoleh dari mana dan dibelanjakan untuk apa, tentang badannya digerakkan untuk apa." - Hadis Riwayat Tirdmizi.

Ok lah, akak cuma nak kongsikan kek coklat yang teramat sedap ni yang sempat akak buat sempena hari lahir suami yang sentiasa dekat di mata, dekat di hati...dia insan yang cukup memahami, cukup mengerti, cukup baik hati budi dalam alam berumahtangga selama 25 tahun ini...Syukur ke hadrat Allah SWT. kerana mendampingkan insan istimewa ini dalam hidup akak...  

Buat kalian, janganlah dipandang pada rupanya kek ini...dengan bahan yang tidak mencukupi dan masa yang terbatas, toppingnya tu akak "cakar-cakar rimau" je laaa..hehe, nak ke kedai pun x berbaloi sangat dah rasanya....lalu topping coklat belen filling tu akak tuang dan cakar-cakar aje la atas topping creamcheese yang marbeles tuh.... MasyaAllah...hb makan dan terus menyatakan kesedapan kek nih...alahaiii tersentuh hati akak..alhamdulillah...

Untuk resepi kek coklat ni akak ceduk dari dapur Nina Mirza dan Nina ceduk dari link Sini.... Terima kasih byk Nina kongsikan.  Dan untuk resepi filling creamcheese dan filling coklat tu akak ceduk dari dapur Azlita Masam Manis yang memang teror dalam hiasan dan idea membuat kek2 nih...Kagum sungguh dengan dia.  Konon nak buat kek mcm Ita buat nih...tp sebab filling tu sikit sangat kot akak letak, so bila potong x berapa nak nampak jer petak2 tu....hehehe.. Issshh x kesah sangat laaa, akak ni mmg keras tangan pun...pastu kesabaran makin kurang bila dah berpeluh-peluh kat dapur...hahahaa.  Tp hati baik taaauu... Terima kasih kepada keduanya...Jom semak resepi dulu k...

BEST MOIST CHOCOLATE CAKE
Sumber :  Nina Mirza

Bahan:- (Loyang bulat 8 inci)
  • 2 cawan tepung gandum *
  • 3/4 cawan serbuk koko *
  • 2 sudu teh soda bikarbonat *
  • 1 sudu teh baking powder * (akak ayak bersama bahan bertanda)
  • 2 cawan gula kastor
  • 2 biji telor saiz A
  • 1 cawan buttermilk
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1 cawan air nescafe mendidih
Cara-Cara:-
  1. Panaskan oven pada suhu 170C terlebih dahulu (untuk pembakaran kek secara perlahan - terpulang juga kepada jenis oven masing-masing, adjust la yea)
  2. Griskan loyang dengan shortening dan alas dengan kertas kalis minyak (baking sheet).
  3. Masukkan kesemua bahan KECUALI air nescafe mendidih ke dalam mangkuk adunan.  Pukul dengan kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit.
  4. Masukkan air nescafe mendidih tadi, kacau perlahan lagi hingga sebati sahaja.  (Boleh guna whisk je).
  5. Tuangkan ke dalam loyang dan bakar kek selama 1 jam atau masak seeloknya. (Test kek dengan cake tester/lidi/pisau, jika keluar bersih maknanya kek telah masak, jika masih melekat adunan tambahkan masa bakar).
  6. *Cara akak - Bila kek masak, biarkan dalam oven dengan pintu oven sedikit terbuka selama 5 minit, barulah dikeluarkan untuk disejukkan di atas redai.
  7. Bila kek benar2 telah sejuk, bahagikan/potong kek kepada 3 bahagian untuk langkah melapis dengan filling.

CHOCOLATE GANACHE

Sumber:  Azlita Masam Manis

100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam ~ ita tak letak
1 sudu besar golden syrup ~ ita tambah
1 sudu teh paste vanila ~ ita tambah
1 sudu teh gelatin ~ Halal Jel
50 ml air

Taburkan gelatin Halal Jel dalam 50 ml air
Biarkan ia kembang
Kemudian panaskan cara double boiler hingga gelatin larut ~ ketepikan
Double boil cream jangan sampai mendidih, tambah coklat & sedikit garam, kacau rata.
Tambahkan golden syrup
Bila semua sudah cair tambahkan gelatin tadi.
Kacau rata
Letakkan perisa vanila dan kacau sebati
Angkat dan sejukkan
Bila dah sejuk masukkan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras sedikit.

Ganache ni kita kena buat 2 adunan. Satu adunan kita letak gelatin dan satu lagi tak perlu. Yang tak perlu kita ketak gelatin tu kita buat setelah kek kita siap kita sapukan dengan cream cheese frosting dan selepas cream cheese mengeras. Itupun jika kita nak sapukan keseluruhan kek dengan ganache, jika nak buat macam ita ni tak perlu lah buat ganache ke 2 tu.

Sekarang kita sediakan pula Cream Cheese Frosting. Sebelum kita buat cream cheese frosting, cheese dan butter tu kita kena keluarkan awal dari peti ais. Biarkan kedua-dua bahan ini berada pada suhu bilik.

CREAM CHEESE FROSTING

125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanila ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon ~ ita tambah
sedikit pewarna kuning ~ ita tambah

Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising, pewarna dan jus lemon.
Masukkan adunan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia sedikit mengeras.

Untuk panduan, boleh lihat cara melapis filling di dapur Azlita tu yea...Selamat Mencuba... 


Sunday, March 17, 2013

Kek Coklat Kukus Lapis Cheese

 Bismillah....Assalamualaikum warahmatullah.....apa khabar?  ^___^

MasyaAllah, rasa macam dah tak reti nak upload, edit gambar dan link url segala....macam dah karatzzz jek....Ya Allah, permudahkan lah... Kita tengok nnt, jadi tak posting akak nih..!!

SubhanAllah, Alhamdulillah...Allahu Akbar....diberiNya juga masa untuk akak kembali berkongsi dan bersiaran di dapur alam maya ini setelah hampir 5 bulan menyepi diri semenjak balik dari Tanah Suci.. Di ruang blog ini sekali lagi akak ingin mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga atas doa2 yang dipanjatkan semasa menunaikan haji tempoh hari....Tabarakallah, akak dipermudahkan dalam segala urusan ibadah.  

Pernah akak terfikir, inilah berkat doa kawan-kawan seperjuangan yang mungkin tidak terbalas rasanya.  Hanya doa yang akak titipkan agar kalian yang belum sempat menjejakkan lagi kaki ke Tanah Suci diberi juga rahmat dan kasih sayang Allah untuk merasai nikmatNya yang satu...tiada terucap dengan kata-kata...Hanya yang berpeluang sahaja akan merasai nikmat dan tarikan Kaabah itu sendiri {the power of Kaabah), bagaimana sayu hati ketika beriktiqaf di dalam Masjidil Nabawi dan Masjidil Haram itu sendiri. Di saat mengenang dosa2 lampau, air mata berlinangan, sudah tiada masa untuk memandang ke kiri dan kanan rasanya...Ia tersimpan di lubuk hati sebagai hadiah hari jadi akak yang ke 46 dan paling manis.  Terima kasih Ya Allah.

Terasa juga ingin update cerita dan pengalaman dari sana, namun semenjak balik akak sibuk pula dengan urusan pindah rumah, packing and unpacking.....now barulah 80% selesai rasanya...masih byk barang yang akak tinggalkan di rumah lama tu...hajat hati nak jadikan Homestay...tapi x kemas-kemas lagi rumah tu...semoga ada ruang akak berkongsi sebagai panduan buat yang akan menjadi tetamuNya suatu hari nnt...insyaAllah...

Kepada yang masih sudi intai-intai dapur Home Sweet Home....Alhamdulillah hari ini akak diberi semangat dan ruang masa untuk bersiaran jugak setelah terlalu banyak kekangan masa yang menguji diri dan kata-kata semangat dari adik-adik yang sentiasa bertanya bila nak update blog dan mohon kembali segera...akak sangat-sangat terharu.. Buat teman-teman seperjuangan yang telah lama akak tak jejaki blog kalian tu, akak mohon maaf jua kerana proses transfer streamyx line baru sahaja dapat dilakukan petang Jumaat kelmarin...hampir sebulan menunggu... Itulah sebabnya masakan hanya akak update di Wall FB je laa, nak share kat group lain pun susah sikit... 

Ok lah, akak kongsikan aje lah sebagai permulaan selepas rehat yang panjang...hehe.  Kek ni dah lama sangat buat sejak balik dulu.... Najwa pun dah beberapa kali ambil tempahan dari kakak2 ofis dan rakannya... So yang ni versi untuk orang dalam rumah makan yeaa... Sebenarnya ambil gambar pun dah terketar2 pegang DSLR pertama kali sejak balik..macam x berapa menjadi jek...props pun dah hanyut ke laut... ^___^

Kalau tengok kek ni mesti tau resepi sape kan...hehe.. Terima kasih buat adik Yatie sayang...mmg sangat sedap...sangat umpphhh!  Dah beberapa kali buat sebenarnya... 

Kek Lapis Kukus Cream Cheese (loyang 8x8x3inci)
Resepi:  Yatie Sinar Kehidupanku

Diujirasa:  Ummi @ Home Sweet Home

BAHAN A
  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu besar tpng gandum
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  3. Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sk vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn air panas didih
  • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn tpng gandum*
  • 3 sudu besar sebuk koko*
  • 1 sudu kecil baking soda*
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Cara-cara
  1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak.
  4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
CARA MEMASAK.
  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
  2. Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
  3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
  6. Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

Terima kasih sejuta Yatie cayangggg....

Sunday, May 20, 2012

Kek Coklat Mayonis

ASSALAMUALAIKUM.... SALAM SEJAHTERA

Apa khabar dan salam ingatan dan sayang dari akak.... Terima kasih banyak lah kerana masih sudi bertandang walaupun tuan dapur ni dah suam-suam kuku je update entry sekarang ni...Walaupun tiada entry baru, kadang-kadang akak sempat juga menjeling tengok yang duk online masih ramai jugak...harap-harap apa yang dicari berjumpa jua dan menepati selera seisi keluarga.. Sesungguhnya blog Home Sweet Home hanya sempat berkongsi resepi yang biasa-biasa sahaja... tidak sempatlah lagi nak menghadap dan mencuba resepi-resepi yang memerlukan tumpuan masa yang agak lama walaupun pada hari cuti. Banyak sangat hal yang membizikan sejak akhir-akhir ini dan terpaksalah akak mengalah...

Lantaran itu, bila dah lama sikit tak update, mulalah rasa malas menguasai diri...puas nak ditolak ketepi....nak nak, tp kadang-kadang tak lepas jugak... mohon maaf la yeaa....Rasanya memang akak patut slow down dah la nampaknya....banyak sangat hal....rasa semakin suntuk je masa yang ada... Mata pun kadang-kadang penat juga nak mengadap skrin lagi kat rumah sesudah seharian mengadap di pejabat...terasa senak mata kadang....mmg perlu rehat la kaann...Akak mampu nak paksa dah mata ni memandang skrin lagi bila balik rumah....power cermin mata pun boleh tahan gak dah bertambahnya ni...alahaaaiii..

Ok laaa jamu mata dengan kek coklat mayonis yang sedap sangat-sangat yang akak ceduk dari dapur Rahel ni. Resepi asal adalah dari Zaliana tapi link Zaliana tu nampaknya dah xleh nak masuk dah......Rahel memang rajin sangat buat kek, semuanya nampak sedap....nampak semua rasa nak jeerrr... Apapun terima kasih Rahel atas godaan mu yaaa... Sebenarnya akak dah 2x buat kek ni, yg first tu akak ikut bulat2 dari resepi ni tapi mcm kurang umph x letak telor jadi 2nd time buat akak tambah sebiji telor untuk memantopskan lagi rasanya...mmg moisstt, bestt!! Tapi kek ni ada patah sikit masa akak nak angkat ke dalam pinggan tuh., topping pun x rata tu sebab tuan dapur malas nak meratakan dulu sblm tuang topping...adeeeii, malas-malas ajaaa...hehe

KEK COKLAT MAYONIS

Resepi: Zaliana
Sumber: Rahel Benyamin
Diuji rasa : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 cawan mayonis
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 biji telor gred B (*ni akak tambah)
  • 1 cawan air panas
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 1/2 sudu teh butter oil
  • 1/2 cawan kepingan badam hiris

Cara-Cara:
  1. Satukan tepung gandum,serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat. Ayak. Ketepikan.
  2. Campurkan mayonis,gula,butter oil dan susu pekat di dalam mangkuk pengadun dan pukul hingga sebati. (*akak tambah je telor sekaligus)
  3. Kemudian masukkan campuran tepung secara sedikit demi sedikit,berselang-seli dengan air panas. Pukul hingga semua bahan sebati.
  4. Kemudian masukkan minyak masak & kacau.Akhir sekali masukkan kepingan badam,kacau rata.Tuangkan adunan ke dalam loyang yg bahagian tepinya telah digris dengan mentega dan dasarnya diletakkan baking paper.
  5. Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan. Setkan suhu oven masing-masing (yang ni Rahel bakar selama 90 minit pd suhu 170'C, loyang 9''). (akak bakar 1 jam 15 minit)



Untuk Topping: (gandakan) - tapi akak x buat resepi ni...guna resepi Noreen ni yea..)
  • 130g coklat masakan
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan campuran susu cair dan air
  • 2 sudu besar mentega
  • beberapa biji badam yg telah dibakar sebagai hiasan
Cara:
  1. Cairkan coklat masakan dan butter di dalam periuk.Tambahkan campuran susu cair dan air. Gunakan api perlahan,kacau selalu.Tutup api bila coklat cair sempurna. Terus tuang ke atas kek.

Wednesday, April 11, 2012

Kek Coklat Puding Karamel Lagi - Yang Diidam-idam

ASSALAMUALAIKUM....Salam sejahtera...

Mintak maaflah yea...kot ada yang jemu bila tengok entry ulang-tayang jer semenjak dua menjak ni....dah lah tu...dah habis punyer baru tayang...nasib la, apa akak nak buat...masa memang x pernah cukup.... Hari ni pun akak bz ada projek sikit...adeehh, termengah-mengah rasanya.... Mula-mula tu ralit jer tengok siaran pertabalan SPB Yang DiPertuan Agong, pastu kebetulan air paip lak stop tetiba jerk...terus sambung tengok sampai habis majlis sambil mengemas-ngemas sikit...tp xnampak kemas pun rumah...hahahaha....sebab sikit2 je kot, kalau beriya2 baru nampak perbezaan agaknya...ekekekee... Lepas tu, baru la mula masak-masak ^___^

Okeh laaa, meh layan Kek Coklat Puding Karamel lagi eh....sanggup ke lagi tengok...bosan ke...dah buat ke belum..? Hahaa...gasak laaa.. Ni kes adik akak yang mengidam nak makan....so terpaksa rela lah si hakaknya membuat, walaupun kebizian melampau selalu....adeeh sabauu jek laaaa... Puas hati dah dapat makan, baru senyap...kalau x duk tanya bila nak buat, bila nak buat, kadang2 naik fenin tebuan hakaknya...hehehe.. So keknya xlah di potong yea...sebab biar yang mengidam tu potong sendiri nak makan... ^___^

Ni pun gara-gara akak tayang resepi kat Sini la niii.....terus laaa adik akak kasi order....order!!! Ceehhh....hehe

Telangkupkaaaaannn......

Tadaaaaaaaaaa.... ^__^...sila santap..!

Sunday, April 8, 2012

Cocoa Strawberry Marble Cake

Assalamualaikum..........weee jenuh nak dapatkan angin rajin nak pilih gambor2, nak mengedit, letak watermark bagaaaiiiii....banyak koje tul la....tp mengenangkan masih melambak jer menu dan gambar2 dalam folder x langsai lagi....terpaksalah menggagahkan diri jugak walaupun penat berkenduri anak sedara di Jerantut semalam, jadi tukang layan di mana patut, haha....Ni pun mcm kena telan pil kuda ke ni kasi laju dan rajin nih...hahahaha... Sori la yea..entah menu baking bila ntah ni...akak x ingat betul dah...tp sempat lah bagi kat jiran di area rumah baru sana merasa, saja bagi kat anak2 kecik dia masa akak pi siram rumput karpet laman masa tuuu.... Jadi xyah la nak ngendeng eh, nak merasa mmg kena buat sendiri....senang sangat pun...

Resepi kek ni akak ceduk dari buku koleksi akak Lovely Butter Cakes, akak suka buku ni sebab mengenengahkan resepi yang simple2 dan sedap2...antara yg dah sempat akak buat ialah kek pisang nih, oat crunch cake... Kek yang ni mmg best, rasa lemak2 dan sedap baunya semasa membakar, aroma marjerin pun naik.... Kek ni mmg lembut, peroiii...tengoklah gambar tu, berserdak kek peroi jatuh...hehe....Okeh jom layan resepi...

COCOA STRAWBERRY MARBLE CAKE
Sumber: Koleksi Buku Lovely Butter Cakes
Dicubarasa dan terjemahan: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 180 gm mentega
  • 120 gm marjerin
  • 180 gm gula kastor
  • 3 biji telor (akak guna size B)
  • 2 biji kuning telor
  • 300 gm tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh esen strawberi (akak letak pes strawberi)
  • 100 gm jem strawberi
  • 4 sudu besar coklat kiub yang dicairkan
  • 1 sudu besar esen coklat

Cara Membuat:-
  1. Pukul mentega, marjerin dan gula hingga kembang.
  2. Masukakn gelor dan kuning telor sebiji demi sebiji, pukul sebati.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan gaul sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, 1 bahagian dimasukkan dengan esen strawberi dan jem strawberi, 1 bahagian lagi dimasukkan dengan esen coklat dan coklat yang dicairkan tadi, gaul rata setiap bahagian agar warna sekata. 1 bahagian lagi dibiarkan pada warna asal.
  5. Secara berselang, tuangkan adunan ke dalam loyang (*akak guna 8x8x3 inci) yang telah digris dan dialas dengan baking sheet. *Setelah dituang berselang seli, akak gunakan chopstick untuk memarblekan adunan.
  6. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C (*oven akak set 170C) selama 50 - 60 minit/hingga kek masak.
  7. Sejukkan di atas redai sebelum dipotong. Selamat Mencuba...

Wednesday, March 28, 2012

Oat Crunch Cake

Assalamualaikum....lama ke akak x update eks?? Rasa baru jer semalam update...hehehehe... Itulah alasan2 orang dah malas nak hadap blog ni.... Mohon maaf banyak2 la kalau ada yang terpaksa sapu sawang2... Tuan rumah tengah dalam perancangan menurunkan kadar kerajinan dah ni....tiap-tiap petang balik kerja terus ke rumah di sinun menyiram rumput yang baru ditanam dek org nursery tu haa...kang marah lak toke tengok kita biarkan rumput mati kering..pastu salahkan dia... hampir sejam jgk la menghabiskan masa kat laman baru tuh...balik rumah penat kemaiinn...dihambat pulak dengan kerja2 rumah yang x pernah habis...malam baru jek nak menelaah sikit, mata macam dah nak zzzzz.....ya ampuuunn...

Tapi satu yang akak duk perasan, semakin slow akak update blog dan berlegar2 di FB pun makin kurang....makin ramai pulak la yang duk add....adeehh rasa segan nak accept sebab dah xda apa yang menarik pun nak dijenguk kat wall dan blog akak....apapun, terima kasih banyak atas kesudian dan keikhlasan kalian untuk menjalin silaturrahim...akak hargai. Okeh laaa...jom layan kek laa eh...xyah mintak la yea...dah licin pun.. Tapi kek ni sedap dimakan bersama teh O bujang senang gitu...hehee. Tekstur lembut berderai dan sedap mengunyah dgn kerangupan oat dan choc chips...

OAT CRUNCH CAKE
Sumber: Buku Lovely Butter Cakes
Diujirasa & Terjemahan : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A:-
  • 150 gm marjerin (*akak guna mentega)
  • 100 gm gula kastor
  • 3 biji telor
  • 100 gm tepung high protein flour
  • 100 gm tepung naik sendiri
  • 50 gm badam kisar
  • 100 gm susu segar
Bahan B:
  • 60 gm oat crunch cookies (dipatah/cincang kasar) *akak guna biskut oat 25 perisa cincangan strawberi
  • 50 gm choc chips *akak guna jenama Hershey's
Cara-Cara:-
  1. Campurkan semua bahan A dan pukul hingga sebati.
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  3. Campurkan satu bahagian dengan cincangan oat cookies dan chocolate chips. Biarkan satu adunan lagi pada asalnya.
  4. Perlahan-lahan tuangkan separuh adunan asal di dalam loyang dan ratakan.
  5. Kemudian lapiskan pula dengan adunan aot dan choc chips tadi. Ratakan. Buat dua lapisan setiap satu adunan. Ratakan. (*akak taburkan cincangan oat cookies di atas adunan sebelum dibakar)
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selam 40 - 45 minit/hingga kek masak.

sedap dengan kerangupan oat yang dicincang tu...kenyang pekena 2 keping..hehe

Monday, March 19, 2012

Maltesers Again - Love Shape..!

ASSALAMUALAIKUM..... Auuummm caaakkkk....!!! Apa khabar? Semoga kalian semua sihat sejahtera dan terima kasih kerana masih sudi menjengah dapur akak yang dah suam-suam kuku ni...alahaaaaiiii... X tau nak cakap macamana keadaan akak sekarang ni...rasa seronok dan tak memeningkan kepala jugak laaa bila x committed sangat dah kat blog ni...ada banyak perkara yang dirancang nak dibuat dapat dilaksanakan dan diselesaikan....insyaAllah segalanya smooth dan menenangkan....alhamdulillah...! Apapun mohon maaf kerana x sempat nak membalas komen2 kalian....huhuuu...

Okeeeyyy, jamu mata je la yeaaa.... hasil resepi Maltesers Square yang dah akak buat dulu...Kalau nak tengok resepi dan rupa kejadian dalamnya, sila la click Sini yea.. Malteser ni pun dah jadi baja...buat tuk anak2 balik ke kampus 2 minggu sudah...hehehee...lamanya eks, baru nak entry... sabauuu je la yea... Layaaann je laa maltesers sememeh je strawberry cooking chocolate tuh..nak cepat2... Kali ni saja la letak dalam bekas Love Shape gitu.... ^__^ Moga kalian semua berbahgia selalu....


Yang ni saja akak letak dlm love shape SM tu...kecik2 lambung masuk molot...senang..hehe

Sunday, March 11, 2012

Red Velvet Marble Cheese Brownies

ASSALAMUALAIKUM....Salam sejahtera...salam sayang....salam rindu bangaaatttt pada kalian... Mohon maaf terlebih dahulu kerana tidak sempat pun membalas komen-komen...apapun, semuanya telah akak baca dan terima kasih banyak kerana masih sudi menjenguk dapur akak yang sudah mula banyak langsir2 sawang beralun-alun angin kat siling ni haaa...

Bercuti online bukan bermakna kalian akak lupakan...x pernah sama sekali...sesekali dalam kesibukan masih teringatkan dapur alam maya dan jugak kalian yang masih sudi bertandang...Namun apa daya, banyak usaha dibuat, namun tuan dapur terpaksa melupakan sebentar hajat memasukkan entry bagi menu-menu yang dah lama tertangguh...

Apapun jamu mata je la yeaa....Red Velvet Marble Cheese Brownies ni akak sambar dari dapur Maz Ilham Dapur yang memang handal jer memasak menu2 ala barat di dapurnya... maklum anak2nya jenis x makan nasi....adeeeii, mamanya pun....duk telan salad jer....patutlah maintain jer... Terima kasih banyak atas resepi yang sangat sedap ni Maz, mmg sangat moist, gebuss peroiii jer, haluuusss sekali tekstur brownies ni... Akak ada bakar dlm muffin cups jgk, mmg sedap wpun tanpa cheese....i liiiikkeeee 1000x....

Untuk makluman akak buat RV brownies untuk bekalan anak2 dara balik ke U masing2 last week, diaorg jamu geng2 bilik makan, pastu siap mesej lak kat akak kata semua puji sedap...Terima kasih Maz, akak nak buat lagi...makan sikit jer hari tuh...sbb adunan resepi ni mmg sikit jer dapat...Layaaann la yea, sori la potongan brownies kurang cun, sememeh sbb nak cepat2 nak bekalkan tuk anak2 dara tu.... Pasni, ntah bila pulak nak update lagi ni...hehe


RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES
Sumber: Maz @ Ilham Dapur
Dirujuk : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-bahan (loyang 7x7 inci):-
  • 125 gram + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus (akak guna tepung halus/superfine flour)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 60 gram mentega - suhu bilik
  • 110 gram gula halus
  • 1 biji telur saiz A - suhu bilik
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • 120 ml susu segar - suhu bilik
  • 1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
  • 1/2 sudu kecil pewarna merah - maz guna merah strawberi
  • kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
  • 1/2 sudu kecil cuka
  • 1/2 sudu kecil baking powder
Lapisan Cheese
  • 200 gram cream cheese - suhu bilik
  • 1 biji telur saiz B@A - suhu bilik (akak guna saiz A)
  • 60 gram gula galus
  • 1 sudu besar jus lemon
Cara-Cara:-

  1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang supaya senang nak dikeluarkan brownies nnt.
  2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.
  3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
  4. Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.
  5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.
  6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.
  7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.
  8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.

Lapisan Cheese


Cara-Cara:-

  1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.
  2. Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay.
  3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesecake, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering).
  4. Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba...

Tuesday, February 28, 2012

Kek Coklat Puding Karamel

ASSALAMUALAIKUM...

Waaahh banyak jugak dah sawang2 jatuh ke lantai ni haaa...baru 4 5 hari x update...rasa aman damai kat luar sana...jenguk dapur alam maya rasa malas-malas je dah... Maaflah yea...akak sedang dalam proses memperlahankan entry-entry blog dek banyak tugasan di luar sana yang menuntut perhatian dan keutamaan yang lebih lagi.... Harap you all x kesah la kaaann....

Setakat ini akak akan selesaikan jugak entry2 yang tertunggak tu...now pun akak dah stop jugak la mencuba resepi-resepi baru. Masak yang biasa-biasa aje untuk santapan hari-hari. Dah xda masa sangat nak menjenguk dan menyelongkar resepi-resepi baru ataupun mencubanya. Bukan x teringin, tapi masa sekarang sangat terbatas untuk akak. Selepas ini mungkin seminggu akak letak 2 3 entry je la kot...ataupun seminggu sekali jer...

Kecuali kalau teringin sangat nak try resepi baru2, akak share la...tp x tau la bila...hehe..Ok la kan, daripada xda langsung eks...wat pengubat mata-mata yang masuk menjengah ke sini....maaf yeaa, akak harap kalian semua faham...xpun buat-buat faham je la kan... Tak selamanya jadual hidup kita sama je kan, ada masa kita kena buat dan dahulukan mana-mana yang lebih penting...isyaAllah ada kesempatan dan masa, ada lah ruang akak di sini...

Okeh, berbalik kepada resepi Kek Coklat Puding Karamel yang sedap sangat2 nih...akak nak ucapkan terima kasih kepada Chahaya Sheila yang telah berkongsi resepi dari rakan FB beliau kalau x silap...memang marbelesss...! Jom buaatttt.... ^__^

KEK COKLAT PUDING KARAMEL

Sumber : Chahaya Sheila

(A) Bahan (Gula Karamel) :-
  • 2 sudu besar gula pasir (jangan lebih, takut terlalu banyak lelehan pada kek nnt)
Cara-Cara:-
  1. taburkan pada dasar acuan silikon dan bakar pada suhu 180 C selama 5 - 8 minit/gula mencair perang keemasan (suhu bergantung kepada oven masing-masing. Oven akan berasap sekejap sebab kita bakar gula...jgn pelik lak yea...xpa kejap jer)
(B) Bahan Puding Karamel :-
  • 3 biji kuning telor
  • 1 cawan susu cair (*akak guna susu sejat Ideal)
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 1/2 sudu teh esen vanila
Cara-Cara:-
  1. Kacau sebati semua bahan (tak perlu kuat-kuat, kacau lembut jer)
  2. Tapiskan dan tuang atas gula karamel/gula hangus tadi.
  3. Bakar sekejap dalam oven dengan kaedah "bain-marie" (letak loyang kek dalam loyang berisi air) selama lebih kurang 20 minit hingga nampak mengeras sikit/pekat sikit permukaan puding tu...jangan terlampau keras lak, nnt takleh sebati dengan kek - (*akak set suhu 160 C je dan akak guna api atas bawah).
  4. Ketepikan dan sejukkan puding lebihkurang 30 minit....(sementara bakar tu sediakan adunan kek coklat.)
yang dalam bekas ni kecil ni, adunan puding agak lembik sikit...tp best jer...

(C) Bahan Kek Coklat:-
  • 1 cawan serbuk koko - akak guna brand Van Houten
  • 1 cawan susu cair - akak guna susu sejat Ideal
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 3/4 cawan gula (akak kurangkan sikit)
  • 1 cawan minyak masak *
  • 2 sudu besar mentega yang dilembutkan * (bahan * disebatikan bersama)
  • 3/4 cawan tepung gandum *
  • 1 sudu teh soda bikarbonat *
  • 1 sudu teh baking powder * (bahan * diayak bersama)
  • 4 biji telor - blend hingga halus
Cara-Cara:-
  1. Campurkan dalam periuk serbuk koko, susu cair, susu pekat manis, gula, minyak masak dan mentega. Masak sambil dikacau selalu dengan api perlahan hingga semua bahan larut. Sejukkan sebentar.
  2. Masukkan telor yang telah diblend ke dalam adunan coklat, kacau sebati.
  3. Kemudian masukkan tepung dan kacau dengan senduk atau spatula jer. Kacau sebati semuanya.
  4. Tuang ke atas adunan puding karamel tadi perlahan-lahan (tuang atas sudu dulu di permukaan puding agar tidak pecah).
  5. Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam secara "bain-marie" hingga kek masak sepenuhnya. Sejukkan lebihkurang setengah jam atau lebih baru diterbalikkan ke dalam pinggan sesuai.




Rasa kek coklatnya puuunn...mmg mantoppsss!!! Pasti akan buat lagi nnt...!