Showing posts with label sotong. Show all posts
Showing posts with label sotong. Show all posts

Sunday, July 10, 2011

Sotong Berempah Kurma

Assalamualaikum.....wiken yang bz like bee.....collapse!!! Don't wanna say much!! Otak dah blur, so akak ikut resepi adinda Mat Gebu je laaaa... Mat, thanks for the recipe. ya....Okay guys, I need some reeeeesssttttt!!

SOTONG BEREMPAH KURMA
Resepi: Mat Gebu @ DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 500 gram sotong saiz sederhana, siang, cuci bersih dan toskan
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 3 keping hirisan nipis halia
  • 1 biji cili merah, hiris
  • 1 biji limau kasturi, ambil jusnya
  • Garam dan gula secukup rasa
BAHAN DISATUKAN :-)
  • 1 camca besar rempah kurma (mat guna jenama adabi)
  • 1/2 camca teh serbuk kunyit
  • 1/2 camca teh tepung jagung
  • 1/2 inci halia*
  • 1 biji cili hijau*
  • 2 ulas bawang putih*(*tumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong tadi digaul bersama bahan2 yang "disatukan" dan perap 30 minit. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis hirisan bawang putih, halia dan juga cili merah, bila layu, masukkan sotong dan gaul rata.
  2. Masukkan hirisan bawang besar, kacau dan tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak hingga pekat. Perahkan jus limau kasturi, kacau dan rasa jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera..

Monday, May 16, 2011

Sotong Kicap Pekat Cili Padi dan Selamat Hari Guru

Assalamualaikum....salam isnin....semoga semuanya sihat.....kepada Guru-Guru or Cikgu-Cikgu yang telah banyak berjasa kepada anak bangsa, akak mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada adik-adik geng cyber yang berkerjaya sebagai seorang guru atau cikgu. Semoga keringat dan bakti mulia yang diberikan dengan penuh keikhlasan, akan diberikan ganjaran pahala berganda untuk kalian....

Okaaayyy jom lah layan lauk semalam ni....dah tak tau nak masak apa....last-last yang pedas jugak disukai ramai di rumah ni walaupun namanya masak kicap....hehee...tapi kalau ada yang anak kecil tuh...jangan la taruk cili padi ni...kang cirit budak2 tu kang...hehehee....Okay meh layan....zaaassstttt!!!

SOTONG KICAP PEKAT CILI PADI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 2 ekor sotong besar - cuci bersih dan kelar jgn putus.
  • 6 tangkai cili padi merah *
  • 4 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 2 inci halia * (Bahan * ditumbuk)
  • 5 urat kacang panjang - dipatah2 1 1/2 inci
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 5 sudu besar kicap pekat ABC
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu teh cuka
  • 2 sudu teh gula/secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • 2 tangkai cili merah - potong serong
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
  2. Masukkan kesemua jenis sos dan cuka. Kacau sebati sebentar.
  3. Masukkan sotong yang telah dikelar tadi dan masak sekejap.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa serta kacang panjang. Masak sekejap tapi jgn hingga kacang layu.
  5. Seimbangkan rasa, tabur cili merah dan tutup api. (jangan masak terlalu lama, takut sotong jadi liat nnt). Selamat Mencuba...!!

Tuesday, February 22, 2011

Asam Pedas Sotong

Yuhuuuuuu...waaaah nampak semua geng2 masak2 menghadap FB la pulaak...duk melayan diaorg ni ada kang x berhapdet entry akak...Mat ko borak je la dgn Mama tuh...hehe...Okay adik2 semua...malam ni kita jamu mata dengan sesuatu yang berkaler merah...isi dalamnya adalah yang berjanggut...bukan kamben eh, ni yang boleh berenang punya...kamben takut air kan..hahahahha...kita jamu Asam Pedas Sutun...masak sempoi-sempoi punyerrr, tp best wooooo...hehehehe

ASAM PEDAS SOTONG
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 6 ekor sotong - sederhana besar, bersihkan dan potong ikut suka
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 6 biji bawang merah )
  • 2 ulas bawang putih )
  • 1 biji buah pelaga ) dikisar
  • 1 inci belacan dibakar )
  • beberapa tangkai daun kesum
  • 1 tangkai bunga kantan - akak xda stok
  • 2 biji tomato - dibelah 4
  • 2 keping asam gelugor
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa
  • 2 cawan air/secukupnya
  • minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan-bahan kisar dengan api sederhana. Masak sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan air secukupnya (tak perlu banyak, sebab sotong akan mengeluarkan air juga nnt)
  3. Masukkan asam gelugor, bunga kantan (jika ada) dan daun kesum biarkan kuah mendidih.
  4. Masukkan sotong dan perlahankan api.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan kuah mereneh sekejap hingga naik kemerah-merahan.
  6. Kemudian masukkan tomato dan terus tutup api agar tomato tidak layu sangat.

Saturday, January 29, 2011

Gulai Kari Sotong

Salam sejahtera....waaah mmg sejahtera dapat duk rumah cuti-cuti ni...tambah2 anak2 semua ada balik bercuti seminggu ni laaa...adeiii haru biru pun ada nnt, tp tentunya seronok... Najwa n Najiha sampai rumah jam 11.30 mlm tadi selepas drive along the way from Arau ditumpang oleh seorang akak senior, then masuk KL terus ke Shah Alam ambik adiknya Najiha, then diaorg singgah rumah adik akak di Gombak sekejap, pastu kul 8.30 mlm drive lak ke Kuantan....rasa banyak la senangnya bila Najwa nih dah handal drive kete sendiri wpun jauh, mula2 nak bagi kete dulu rasa gak risau, sekejap2 tepon, tp tengok dia memandu ok sangat2, alhamdulillah, cuma selalu la berpesan hati2 ketika memandu tu... Okay meh la layan kari sotong untuk dinner malam tadi....lama sungguh nak makan, dulu rasanya penah dah buat kari sotong + udang (seafood), xpa laaa, letak resepi lagi sini...ada kelainan...sapa nak tau kelainan kari akak, cuba tanya Mamafami...hehee, tiap2 kali masak kari, dia ingat akak....wakaka..

GULAI KARI SOTONG
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 350 gm sotong - potong ikut suka (nak wat sekor2 pun ok)
  • *3 sudu besar rempah kari daging (akak guna jenama Adabi)
  • * 2 sudu kecil cili kering yang dikisar
  • *1 1/2 cawan santan pekat (bahan * dibancuh bersama)
  • 2 tangkai daun kari
  • 3/4 cawan santan cair
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 biji tomato - belah 6
  • 2 biji cili merah - dibelah
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Bahan ditumbuk:-
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
Cara Memasak:-
  1. Sotong dibersihkan dan potong ikut suka - akak kelar silang pangkah dan potong kecil. Toskan.
  2. Dalam caserol/periuk, panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk, daun kari dan serai hingga naik bau.
  3. Masukkan bancuhan rempah kari, serbuk ketumbar dan serbuk kunyit. Masak dengan api perlahan hingga kari pecah minyak. Kacau selalu.
  4. Masukkan sotong dan cili merah. Masak dan kacau mesra sekejap sahaja.
  5. Masukkan santan cair dan garam secukup rasa. Perlahankan api dan biar didih perlahan sekejap hingga nampak naik minyak sikit. Tutup api. Letakkan tomato kemudian supaya tidak lecur. Sedia untuk dihidangkan.

amacam? nampak sedap x? hehehhee...

Saturday, December 18, 2010

Sotong Goreng Ala Cincuan

Selamat malam semua....waaah macam nak ucap masuk tdo dah pulak...selamat petaaangggg...hahaa, dah dinner ke belum tuh? Kalau belum, pi dinner cepat...hahaha...Akak dah kenyang sgt dah ni...sambil2 melayan Mat kat YM nih haaa....macam2 citer keluar...tau je la borak dengan Mat...Ada ke citer esbok zaman dulu yg kat kedai di kampung dia tuh...dia rasa pelik sebab kat tengah2 esbok tu boleh tumbuh pokok paku haaa....akak nak tergolek baca....adeehhh...pastu org sibuk beli air, dia sibuk tengok pokok tuh..pastu balik rumah dia duk memikir jek...hahahahhaha...Okay laaa, jom layan lauk ni dulu....sutuuunnnn...masak goreng2 ala ikan goreng cincuan gitu jek....tp sedap weyyy, anak2 suh buat lgk....hehehee

SOTONG GORENG ALA CINCUAN
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 3 ekor sotong besar
  • serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • sedikit serbuk lada sulah
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1 labu bawang besar - dimayang kasar
  • 1 tangkai cili hijau - hiris serong
  • 1 tangkai cili merah - hiris serong
  • 1 1/2 minyak untuk menggoreng
Cara Memasak:-
  1. Cuci bersih sotong dan kerat ikut suka (kalau boleh besar2 sikit), kelar-kelar silang pangkah dan toskan.
  2. Gaulkan bersama garam, serbuk kunyit, serbuk lada sulah dan tabur-taburkan tepung jagung biar bersalut pada sotong.
  3. Panaskan minyak dan goreng sotong dan balik2kan sebentar (jangan terlalu kecut sbb dikhuatiri akan keluar air yg banyak dan sotong akan liat). Angkat letak dalam pinggan yang sesuai dan ketepikan.
  4. Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar dan masukkan cili dan bawang besar, goreng hingga kekuningan.
  5. Taburkan bawang dan cili tadi ke atas sotong dan hidangkan. Berselera makan nasi uuuuu...!

Monday, November 8, 2010

Sotong Oriental

Salam rindu buat semua....waaaaa banyak habuk, banyak debusss....tinggal 2 3 hari, maklum rumah tepi laluan utama...heheee, apa khabar semua? Tersangat bz la akak nih...hari jumaat petang ke Kuala Lumpur, ahad malam baru sampai balik Kuantan....pg jumaat tu bz la baking2 sikit...buat kuih sikit tuk adik2 di KL tu...banyak entry duk que tuh! Okaayy nak resepi yang dah habis ditelan la eh, dinner khamis mlm jumaat lepas...adeei lamanya ek...xpalah, cuci mata jek...heeheee....Resepi Sotong Oriental ni ramai yang dah buat dulu, akak jek baru nak nak try, dah x reti nak masak apa.....Habis sempoiii dah ni...tp sedap! Ceduk dari dapur MaDiHaA, dan resepi asal dari kawan MaDiHaA, Aliza Mansur..Thanks ya MaDiHaA, akak C n P sini la eh...

SOTONG ORIENTAL
Sumber: MaDiHaA

Bahan:-
  • 500 gm sotong ~ bersihkan & potong kemudian dicelur sebentar & tos (akak skip langkah ni, terus masuk jek sotong nnt)
  • 1 tangkai daun kari
  • 5 ulas bwg merah ~ hiris
  • 3 ulas bwh putih ~ cincang
  • garam & gula secukup rasa
  • 1 biji cili hijau ~ hiris (MaDiHaA tambah)
Bahan Campuran Utk Pes:
  • 2 s/b pes tom yam
  • 2 s/k rempah kari ikan
  • 1 1/2 s/b sos tiram
  • 2 s/k sos ikan
  • 6 s/b air panas
Cara Menyediakan:-
  1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, bawang merah, bawang putih dan tumis hingga kekuningan.
  2. Campurkan bahan2 pes tadi dan gaul rata & biar lebih kurang 3 minit.
  3. Masukkan sotong dan cili hijau, kacau rata.
  4. Masukkan garam (jika perlu) dan gula. Masak selama 5 minit.
  5. Tutup api dan sedia utk dihidangkan.

Saturday, October 16, 2010

Sotong Celup Tepung

Okaaay laa yea..ni sebenarnya ingat nak publish semalam, tp bz teramat sampai ke hari ni seharian, tertunggak....biasalah wiken kan, mengemas2 rumah sikit...tp hari ni lebih sikit..kemas bilik anak dara 2 orang tu..diaorg nak balik for study leave tu....otw ni, japgi sampai la tu...tengahari td pi soping barang sikit, pastu balik rehat jap, wat operasi cuci esbok...waaa dekat 2 jam duk terjelepuk kat dpn esbok membersih n basuh segala...susun2...adeeeiii....tp baru lah cerah mata tengok dalam tu ha...maklum sejak pose, sampai ke raya...Okay layan menu yang dah licin dah, kelmarin punya, japgi nak masak sempoi2 jek laaa...Resepi asal adunan dari dapur Maz Ilham Dapur tu...saja try adunan dia pulak...sedap, ala2 jemput sotong la pulak...hehehe..Thanks Maz, akak kopipes la eh..Ni lah sotong yg akak bawak dari Tioman hari tu..masak camni baru laku..igt nak bakar Aiman xnak...layaannnn...

SOTONG CELUP TEPUNG

Bahan-bahan (resipi anggaran)

  • 15-20 ekor udang saiz sederhana besar - buang kulit dan tinggal ekor je (*akak guna sotong)
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • sedikit daun sup - dicincang halus, kli ni xbuh sbb xde
  • sedikit pewarna kuning - agar warna tepung kekuningan
  • air secukupnya - agak-agak la ye lebih kurang 1 cawan
  • minyak untuk mengoreng
  • 1 sudu besar tepung lagi - untuk lumur pada udang

Cara-cara

1. Toskan dulu udang bagi betul-betul kering, ((kita lap dengan tisu kitchen) kemudian lumurkan udang dengan tepung. Ketepikan

2. Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk, kecuali air dan pewarna. Kemudian masukkan air sikit-sikit sambil dikacau agar adunan tidak berketul. Masukkan pewarna dan kacau sebati. Adunan ni tidak terlalu cair mcm bancuhan lemping atau kuih ketayap ye, pekat lagi sikit, kiranya bila celup udang tu..tepung akan menyaluti udang sepenuhnya. Biarkan dulu seketika dalam 5-7 minit sebelum digunakan

3. Panaskan minyak dan boleh la celup udang satu-satu dalam tepung dengan pegang bahagain ekornya, kemudian digoreng dengan api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Siap...


sotong dari Tioman, besar gak laaa - akak wat 2 ekor tuk celup tepung ni..puas nak ngabiskan..hehe

Thursday, September 2, 2010

Thai Seafood Tom Yam

Taraa...masak apa petang ni? Mesti best tu...akak ni kan, mood masak mcm dah merudum pulak...xtau napa...tunggu anak2 semua balik la masak semula. Hari ni mcm nak tawaf bazar je laaa..lg pn Aiman berbuka kat Sekolah dia ada Majlis Khatam Tadarus Quran....sesekali bole la kan, hehee....Okay ni menu berbuka semalam, akak wat Seafood Tom Yam menggunakan pes Thai Tom Yam yg dibeli di Padang Besar dulu...baru nak cuba hari ni...Rupanyaaaaa...sedap sungguh pes ni..

pes Thai Tom Yam yang dibeli di Padang Besar dulu...sgt sedap!

So inilah rupanya Thai Seafood Tomyam akak, tambah jek air, udang, sotong, bawang besar, tomato, serai, halia, batang celeri, cili padi, daun limau purut, karot, putik jagung, garam dan gula secukup rasa....xyah resepi la eh..akak x letak ayam pun...terpulang laaa

Wednesday, August 25, 2010

Sotong Sweet Sour

Ni lauk berbuka kelmarin punyaaa...tunggu que nak masuk posting lama gak aiihh...tuan blog mcm maleh pun ada...Balik kerja mcm lipas kudung memasak, pastu dah berbuka dah...amik gambor pun ikut dan jek..hahahaa...sapa suruh terjebak ek? Nama tu x kesahlah...sweet sour ke, masam manis ke...sama jek...Badan dah penat maleh nak mikir...Mmg masa dgr tazkirah, boleh mimpi kejap dibuatnya kalau x kuat semangat..huhuuu...balik rumah x kuasa tul nak online, wpun sekejap..rasanya tenaga mmg down terusss!! So akak sempat edit2 n masukkan gambar kejap jek..pastu tituunnn...Layann je la eh..dah licin..

SOTONG SWEET SOUR (My Style)

Bahan:-
  • 3 ekor sotong sederhana besar - bersihkan dan kelar bersilang pd bahagian putih (dalamnya), kerat kecil2.
  • 1/2 labu bawang besar - didadu
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 2 cm halia - dihiris halus btg mancis
  • 2 sudu besar sos cili Life
  • 1 sudu besar sos cili Linghams
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • 1/2 biji lada benggala hijau - potong dadu kecil
  • 1/2 biji lada benggala merah - potong dadu kecil
  • 4 kuntum putik jagung (babycorn) - dibelah 2
  • 1/2 batang lobak merah - potong bulat nipis
  • 10 ulas tomato ceri/1 biji tomato biasa yg dibelah
  • sedikit air
  • garam dan gula secukup rasa
  • 3 - 4 sudu besar minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan2 sos kesemuanya dan kacau sebati sekejap. Tambah sedikit air jika perlu.
  3. Masukkan sotong, lobak merah dan putik jagung. Kacau sebentar.
  4. Masukkan garam, gula dan lada benggala kesemuanya dan seimbangkan rasa. Masak hingga agak pekat.
  5. Akhir sekali masukkan tomato dan bancuhan tepung jagung. Kacau sekejap dan tutup api.
  6. Hidangkan dengan nasi putih.

Wednesday, August 18, 2010

Sotong Celup Tepung a.k.a. Fried Calamari

Ni menu berbuka hari kelmarin dah...Aiman punya menu gak..nak makan mee goreng pulak budak nih! Pastu akak buatkan sotong goreng celup tepung r fried calamari ni sebagai tambahan...Memang cukup sempoi menu berbuka akak ber3 beranak....hehee...tp puas sungguh meratah sotong celup tepung tu...Kali ni akak try resepi dari dapur Ayu Singapore tu pulak...memang sotong jadi sungguh rangup! Cuma xleh nak garing2 sangat sbb sotong x besar mcm yg Ayu masak tu, mengancam jek tgk garing2 gitu....akak guna sotong sedang2 jek, kejap jek dah masak sotong tu, xdan nk garing stg, takut jd lembik masak sgt nnt..hehe. Ayu akak mintak izin kopipes sini lak eh...thanks yea!

SOTONG CELUP TEPUNG aka FRIED CALAMARI
Sumber: Ayu S'pore- Curlybabe's Satisfaction

Ingredients:-
500g sotong
1 cawan tepung gandum
1 sudu baking powder
1 biji telur
sedikit garam & lada sulah
1/2 sudu Italian herbs
1 sudu kecil paprika
1 sudu kecil serbuk cili

Method:-
  1. Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
  2. Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
  3. Pukul telur sikit dan masukkan sotong , ketepikan.
  4. Gaul tepung, baking powder, garam, lada sulah, italian herbs, paprika dan serbuk cili.
  5. Masukkan sotong yg telah digaulkan dengan tepung, salutkankan sotong dengan tepung.
  6. Goreng dalam minyak terendam hingga kekuningan.
  7. Hidangkan dengan Sos Tatar dan sos cili.
Sources:-From the net.

Monday, July 26, 2010

Seafood Curry

Salam isnin semua....sori 2 hari menyepi dapur akak nih...ni pun nak masuk menu bila ntah...Sabtu kelmarin balik kampung makan kenduri kat rumah jiran mak...aleh2 dilanda sakit perut memulas teramat....uwaaaaa....Balik ke Kuantan hari yg sama sebab adik2 akak follow akak balik ke Kuantan pulak, nak jalan2 cari makan nasi dagang la kononyaa....Aleh2 semua pakat2 rotate masuk tandas jek...akak pun dekat 20x dari petang Sabtu sampai petang Ahad duk berselisih bahu dengan hubby kat muka pintu tandas jek...hahahaa..adoiiiii...boleh dikatakan semua family akak kat kampung pun kena...Adoiiii ni kena keracunan ke apa ke, nak kata angin xkan kot...makan daging pun angin ke...huhuuu...Ahad semalam seharian duk entertain adik2 akak n family diaorg jalan2 pusing Kuantan...K layan je laaa kari makanan laut akak ni haaa....dah habis eh, jgn mintak laaa...wat makan dengan nasi jagung hari tu...hahahaa..x ngam ke, alaaa tibai je ler...

SEAFOOD CURRY (My Simple Style)

Bahan:-
  • 4 ekor sotong - kerat 3 atau 4
  • 15 ekor udang sederhana besar
  • 1 1/2 cawan santan pekat* ) bahan * dibancuh bersama
  • 2 1/2 sudu besar rempah kari* )
  • 1 1/2 cawan santan cair
  • 3 ulas bawang merah - dimayang
  • 3 ulas bawang putih - dimayang
  • 1 inci halia - dimayang halus2
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sk. serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar bawang merah kisar
  • 1 biji terung bulat - belah dan kerat 8
  • 1 biji tomato - belah 6
  • 15 batang kacang buncis - potong serong
  • garam secukup rasa
  • sedikit air asam jawa
  • minyak untuk menumis
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan yang dimayang serta daun kari hingga naik bau.
  2. Masukkan bancuhan santan pekat dan rempah kari tadi. Perlahankan api dan kacau masak hingga terbit minyak.
  3. Masukkan air asam jawa dan santan cair dan biar mendidih sekejap atas api sederhana.
  4. Masukkan udang dan sotong diikuti dengan terung, biarkan mendidih lagi.
  5. Masukkan garam secukup rasa.
  6. Akhir sekali masukkan kacang buncis dan tomato. Perlahankan api dan reneh lebihkurang 5 minit biar kuah naik kemerah-merahan...tutup api.

Wednesday, May 5, 2010

Sotong Masak Lada Hitam

Otak akak rasa beku je bila fikirkan pasal sotong nih..ingat nak wat singgang jek, tp anak2 gerenti x makan tau kalau xda pedas-pedas..aiiihhh...kalau wat masak lemak pun x laku...x kuasa dah nak wat sambal tumis memanjang...Masa masak bukanlah panjang sangat bila akak balik kerja, jadi nak senang akak belek buku Senangnya Memasak Makanan Laut Bersama Chef Hanieliza...hehee...Okayyy ni lah hasilnya, x kurang sedapnya...masak sesedap rasa kita kan, kan...


SOTONG MASAK LADA HITAM

Bahan:-
  • 500 gm sotong sederhana besar (dipotong kecil)
  • 1 labu bawangbesar (dipotong gelang)
  • 3 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 1 pokok daun bawang
  • 1 biji tomato - dibelah 6
  • Garam secukup rasa (optional, kerana sos lada hitam sudah masin)

Bahan Tumis:-

  • 3 ulas bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 tangkai cili merah - dihiris (akak letak 1 lg cili hijau)

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan bahan tumis hingga layu.
  2. Masukkan lada hitam, bawang besar dan sos lad hitam, kacau sebentar.
  3. Masukkan sotong dan biarkan masak sekejap sambil dibalik-balikkan.
  4. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Tutup api dan taburkan daun bawang. Siap untuk hidangan.

Saturday, February 20, 2010

Kerabu Sotong

Semalam masak memang sempoi2 jek....dah lama x makan kerabu sotong ni....dalam fridge tu ada 2 ekor sotong sederhana besar, tengok bahan pun ada, so akak layan la kerabu yang sangat sedap dari buku Senangnya Memasak KERABU dan SALAD Bersama Chef Hanieliza lagi ni...korang jangan la jeles eh, akak duk belek buku ni jek..hehe..atenyeee senang dan sedap...mana ada masa nk masak yang complicated punyer bahan....Banyak gak dapat bila siap gaul dari sukatan resepi ni...licin akak ratah, hb kata sedap, Najwa pulak dengan x disangka-sangkanya gemar betul, jadi akak lawan meratah dengan dia...hehe..alahai nak menaip resepi yg malas ni, kalu lah boleh ku CnP je dari buku tu...
Bahan:-
  • 500 gm sotong (dibuang kulitnya dan dihiris kecil)
  • 6 biji limau kasturi
  • 2 sudu kecil kicap cair
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 pokok daun ketumbar (hiris kasar)
  • 1 labu bawang besar (dihiris nipis2)
  • 5 biji cili padi (dihiris halus2)
  • 3 biji cili merah (dihiris halus)
  • 2 kuntum bunga kantan (diracik halus)
  • 2 biji buah tomato (dihiris)
  • 1 batang timun saiz kecil (dihiris halus batang mancis/disagat)
  • sedikit suhun (direndam dengan air panas dan toskan) *akak celur kejap)
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara:-

  1. Celorkan sotong beberap minit di dalam air yang dididihkan sebentar. Angkat dan toskan.
  2. Campurkan kesemua bahan, gaul rata2 dan seimbangkan rasa.
  3. Hidangkan. (*akak biarkan bahan mesra lebihkurang 30 minit sebelum dimakan)
ni baru sebahagian dari kerabu tu..hehe..boleh dpt 2x ganda bekas ni..

Monday, February 1, 2010

Sotong Masala

Ni menu tengahari Sabtu....rajin pulak nak masak2 berpasal...Akak duk tinggal sorang kat rumah sebab hb kena ikut Aiman ke sekolah untuk mendengar taklimat Program Pemuafakatan antara guru dan ibubapa/penjaga mengenai program2 yang akan dijalankan untuk pelajar2 yang akan menduduki UPSR nanti. Menurut surat yang diedarkan memang tertulis hanya salah seorang sahaja daripada ibu atau bapa diminta hadir. Alahaiii, ingat nak jugaklah wat degil nak pergi seklai, dah siap gosok baju segala, Aiman kata x boleh dua-dua pergi, kena salah sorang...cikgu kelas pun pesan camtu..huhuuuu...Last2 hb je lah pergi dgn dia...Emm, xpa laa, boleh setel kerja rumah berbagai dan apa lagi, masak2 la kita...heheee...uiihh pjg lak citer..


Resepi diadaptasi dari buku Senangnya Memasak MAKANAN LAUT Bersama Chef Hanieliza lagi....resepi asal menggunakan udang...tp akak masak sotong sebab udang yang ada kecik jek, nnt x best la pulak, hehe.....Rasanya perggghhh...sedap sungguh gabungan mantap bahan yang simple dan senang dari sifu kesayangan akak nih! Thanks kak Liza, tp Ummi mintak maaf la ada adjust sikit bahan untuk kasi pedas sikit, hehe..xpun Aiman x layan lak...Ok, lenkali Ummi try dengan udang pulak, nak cari udang besoorrr sikit nnt..baru terasa kan....K, meh salin resepi asal.

Bahan A:- (akak masak half dari bahan)
  • 500 gm udang (dibersihkan ) - akak tukar 3 ekor sotong sederhana besar untuk half dari bahan asal - dikerat 1 1/2 inci tebal
  • 2 biji tomato (dibelah 4 atau 6)
  • 3 tangkai daun kari
  • 1/2 cawan yogurt asli
  • 2 tangkai cili merah (dihiris serong)
  • 2 tangkai cili hijau (dihiris serong)
  • 2 sudu kecil serbuk cili (*ni akak tambah sikit nk kasi pedas sikit, terpulang ya..)

Bahan B (dikisar):-

  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar jintan putih - kisar kering
  • 1 sudu besar jintan manis - kisar kering
  • 1 sudu besar lada putih - kisar kering
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan udang dan tomato. Kemudian kacau rata (tambah air sekiranya perlu)
  3. Masukkan yogurt, cili merah dan cili hijau. Kacau sebentar dan tutup api.
  4. Sedia dihidangkan....Senang kaannnnn... ^_^

Thursday, November 19, 2009

Sotong Goreng Berempah dan Muffin Jamuan Kelas Aiman

Ni menu malam kelmarin dah....x sempat la nk upload sebab semalam kena wat sekali lagi muffin untuk cikgu Aiman pulak...Cikgu Arlina terus order muffin choc chips (resepi Jun) ni bila dia rasa masa jamuan kelas Aiman kelmarin...Balik kerja hari Selasa kelmarin dah petang sangat2 dengan hujan lebat, jammed giler jalan, singgah kedai baking beli sikit bahan baking, sampai rumah dah agak lewat Asar dibuatnya..Malam tu akak masak sotong berempah dgn goreng kacang panjang berkicap je...sebab nak kejar baking muffin ni pulak..Aiman kata semua murid diminta bawak makanan sikit sorang sebagai tambahan...Cikgu dah sediakan macam2, nasi lemak, pulut kuning, ayam goreng, nugget, sosej segala...eemm sikit x sikit pun akak buat jgk laa 3 adunan, dapatlah seketuii sorang je la kot dengan muffin cup tinggi gitu..kalu wat kecik2 leceh la pulak nak membakarnya, hehe (dapat dalam 45 biji...lebih tuuu)..ok la muffin cup tinggi camtu eh..xla kecik sgt pun kan..hehee..
Okayy meh layan resepi sotong goreng berempah ni dari buku Senangnya Memasak MAKANAN LAUT Bersama Chef Hanieliza lagi ya, dah penah buat, akak letak semula la resepi eh...hehe
Bahan A:-
  • 500 gm sotong
  • 2 sb. rempah kari (dibancuh dengan sedikit air) - akak guna rempah kari daging/ayam capa Adabi
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 labu bawang besar (dipotong gelang)
  • 2 biji tomato (dipotong 4)
  • 2 sb. minyak masak
  • garam secukup rasa

Bahan B (Dihiris):-

  • 1 sk halba campur
  • 2 cm halia
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 tangkai daun kari

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris hingga layu.
  2. Masukkan rempah kari dan kacau hingga rata dan naik minyak.
  3. Masukkan sotong dan air asam jawa. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan bawang besar dan tomato.
  5. Perasakan dengan garam dan biar sotong masak.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Muffin paling senang tapi sedap...untuk jamuan kelas Aiman. Ni jelah yang sempat akak buatkan..balik kerja pun dalam hujan lebat, lewat sampai rumah...masak sempoi2 je...Ni permintaan dia la sebab dah janji dengan kawan2 dia..beriya-iya benar dia..x sampai hati pulak nak hampakan...emm.. Pastu lena nyenyak keletihan akak malam tu...hehehee

Monday, September 7, 2009

Sotong Goreng Tepung - Resepi II

Ni anak akak request sebab mmg dah lama x buatkan untuk dia..hehe...byk sangat resepi duk q, yang senang camni gak yang laku...hehee...kali ni try cara Che'iza pulak...wat makan dengan nasi goreng kerabu tu jugak..

Bahan-bahan:-

  • 300 gm sotong
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • lada sulah

Cara-Cara:-

  1. Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
  2. Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
  3. Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan
  4. Gaul tepung dgn baking powder. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalu nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
  5. Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.

Saturday, September 5, 2009

Nasi Lemak Hijau n Sambal Sotong


Menu ari apa ni hah? Dah naik x ingat pulak sebab lambat posting...huk, huk...hari Rabu kot..Xpalah letak je..yang penting dah licin pun..so just bagi idea je kot ada yang x penah masak lagi nasi lemak hijau CMG nih...tp akak kan, kan..tak tumis pun..balik kerja terus je masak cam bese, letak bahan segala dengan pes pandan dalam santan..Ha, siap ko! Janji sempat nak berbuka..hehe...Makan dengan sambal sotong, ayam goreng mamak dan telor mata lembu/kerbau/gajah ke, mata apa-apa je laahh...Nak tgk resepi kat Sini la ya...

Tuesday, July 21, 2009

Sotong Goreng Berempah

Meh semua masak sotong berempah Kak Liza ni meh...sapa2 yang belum dapat buku resepi Senangnya Memasak Bersama Chef Hanieliza, xpa..meh kongsi je kat sini...ringkas, mudah dan sedap semestinya...Kak Liza punya resepi memang menggunakan bahan2 yang x payah kita semua nk kena selongkar kat pasaraya besar2 or susah nk dapat bahan, semua nya sempoiiii...Itu memang yang pernah Kak Liza bgtau akak laa masa jumpa dulu...tp sukatan bahan tu yg buat ia kena je dengan tekak akak...orang lain nk tau, kena try laa...
Bahan A:-
  • 500 gm sotong (kalau sotong sederhana, xyah kerat - akak kerat 3 sebab besauu)
  • 2 sudu besar repah kari (dibancuh dgn sedikit air)
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 labu bawang besar (dipotong gelang)
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa

Bahan B:- (untuk Tumis - Dihiris)

  • 1 sudu kecil halba campur
  • 2 cm halia
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 tangkai daun kari

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga layu.
  2. Masukkan rempah kari dan kacau hinga rata dan naik minyak.
  3. Masukkan sotong dan air asam jawa. Biarkan mendidih sebentar.
  4. Masukkan bawang besar dan tomato.
  5. Sedia dihidangkan.

(*tips kak Liza - bau bawang merah lebih wangi sekiranya dimasukkan sedikit garam semasa menumis)

Saturday, June 27, 2009

Sayur Lemak Taugeh Dengan Sotong

Semalam adik lelaki akak Syahrizal singgah rumah dari bercuti ke Dungun..so akak balik kerja masak sempoi2 je...x sempat sangat nak beria2...sori la ya Jan..Lama x buat sayur lemak taugeh dengan sotong nih..memang best..manis sotong tu terasa jek! Xyah resepi la eh..semua tau nak buat sayur camni..hehe..Masak je santan dengan bawang merah, bawang putih, cili merah dan tauhu yang dihiris bersama dengan sotong...kacau dan bila mendidih letak le sayur n garam secukup rasa..masak sekejap, dah! Boleh jugak nak tambah daun kucai, akak letak carrot sikit.