Assalamualaikum...wth
Tengahari ini kami makan nasi arab, Nasi Mandy Ayam :D. Dah banyak hari anak-anak ajak p makan nasi arab kat Cyberjaya tapi disebabkan En. Zaidi takde kat rumah maka mood nak p makan kat SABA tak berapa ada... Kebetulan plak semalam terbaca Yan's Family, Frens, Travel and Food Journal buat N3 pasal masak nasi Mandy, maka hari ini Chik Na pun tergerak hati nak buat sendiri Nasi Mandy. Rupanya bukan susah sangat cuma kena rajinkan diri je....
Nasi Mandy Ayam
Hasilnya amat puas hati. Nasinya sungguh sedap dan lembut...anak-anak n Chik Na makan bertambah-tambah :-). Sufia siap puji nasi arab mama lagi sedap dari yang makan kat luar...( Sufia ni memang pandai ambik hati Chik Na..tiap kali Chik Na masak special sikit, mesti dia puji). Kalaulah Chik Na tahu masak nasi ni tak susah, dah lama Chik Na cuba :D.
Ayam mandy ni pun senang je nak masaknya... dan rasanya sangat la lembut n sedap
Cuma anak-anak tak puas hati sebab Chik Na buat lauknya ayam...depa ni lebih sukakan nasi arab kambing.
Sambal Cicah ayam mandy
Resipi dan cara nak masak ayam mandy Chik Na ambik kat tempat Yan. Yan siap tunjuk gambar-gambar cara menyediakannya step-by step. Dan oleh kerana Yan belum share lagi cara nak buat Nasi Mandy tu, maka resipi nasi mandy Chik Na ambik kat blogger Resepi Raidah.
Tips:
Kalau masak nasi beriani or arab or minyak, Chik Na suka guna beras Faiza Basmathi Moghul Parboiled Rice (yang dlm paket warna orange n color berasnya mcm nak perang sikit) sebab nasinya lebih panjang, lembut, gebu dan tak patah-patah bila digaul. Chik Na mula guna beras ni sejak tengok orang Syria gunakannya bila masak nasi arab :-). Cuma berasnya agak mahal, lebih kurang RM 10 sekilo ... bagi Chik Na apa salahnya beli yang mahal sikit untuk hasil yg sedap. Kalau makan nasi arab kat kedai pun depa charge around RM 15 - 30 sepinggan. Chik Na guna 1/2 kilo beras dah boleh makan untuk 5 org....
19 comments:
kena cuba ini menu.hehehee...nmpk sgt menyelerakan la chik na.
mummy: memang sedap rasanya, cuba la :-)
lengkap sudah. Kat blog Yan lauknya. kat sini nasinya pulak....hehehe....TQ chik Na!
Rajinnya chikna. . Saya masak nasi lemak pun x lepas lagik.
memang tabik spring ar chik na
akak tak yakin akak serajin ni *pesimis org malas*
hmm kak aya masih jauh lagi la nak capai tahap serajin chik na ni...
Betul kata Ibuhani tu, dah lengkapla resipi nasik mandy ayam. Thanks to Yan and Chik Na.
nak cuba la nanti!
wow! memang terbaek laa..lagik puas ati dpt masak sendiri kan:))
Chik Na... nampak sedap sesangat makanan ni semua.. terutama ayamnya :)
Ibuhani: Nanti K.ani cuba buat ngan anak-anak plak..sure depa jatuh cinta ngan nasi mandy tu :D
kasihredha: rajin sebab malas nak pergi SABA cyberjaya tuh :D
Teratak Hami : Rajin sbb nak layan kemahuan anak-anak
Kak Aya : jgn puji tinggi sangat, buat saya malu malu kucing :-)
Rozita: sebenarnya kena TQ kat Yan sbb dia yang tulis n share the recipe
Nadiah: jangan lupa cuba :)
maya amir: bertambah puashati bila anankanda tersayang yg puji
Nida: try la cuba buat ayam tu..senang je, perap rempah, susun lemon n bawang besar..then bakar dlm oven
Chik Na, nak tya cara memasak beras parboiled? Setiap kali masak lembik
Post a Comment