Showing posts with label Datuk Karim Ghani. Show all posts
Showing posts with label Datuk Karim Ghani. Show all posts

Wednesday, January 9, 2013

Kempen politik PKR guna pelajar sekolah

Oleh: Borneo Bullet
"Ya Rabbi!!!! Beginikah cara mereka yang berangan-angan nak jadi pemerintah? Budak sekolahpun nak dipergunakan untuk jadi kempener mereka. Nampak bebenor belia 18 tahun ke atas tak sokong mereka ini. Lagi parah tak ada seorangkah yang muda pkr ni beri ucapan????

nampaknya pakar strtegik PKR sabah Datuk Karim ghani sudah kehabisan idea membuktikan kepada penyokong PKR Sabah kononnya belia menolak BN. Tiada belia yang menyokong usahanya. Berakhir dengan menggunakan seorang pelajar sekolah menengah yang baru memasuki tingkatan 4." - Baca artikel penuh (DISINI)


Mati akal agaknya PKR Sabah hinggakan remaja yang berusia 15 tahun dikedepankan untuk berkempen bagi pihak parti. Mana hilangnya belia-belia muda yang kononnya semakin menyokong perjuangan Pakatan Rakyat? Berdasarkan pendedahan blogger Pewaris Anak Bangsa (Pu3), remaja yang dipergunakan oleh PKR untuk menarik sokongan belia ini adalah anak kepada Ketua Biro Strategi dan Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Karim Ghani. Tergamak juga si bapa mempergunakan anak sendiri untuk kepentingan politik beliau yer!!

Betullah kata Pu3 bahawa AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (AUKU) hanya membenarkan kalangan penuntutnya terlibat aktif dalam politik, tetapi tidak kepada REMAJA bahawah 18 tahun. Sebagai orang lama dalam bidang politik, adakah Datuk Karim Ghani tidak mampu membezakan penuntut Universiti dan pelajar Sekolah Menengah? Nyanyuk sangat agaknya si Karim ni hinggakan anak sendiri dilihat sebagai objek/bahan untuk menaikkan populariti beliau dan parti yang diwakili beliau.

Jika benarlah pendedahan yang dibuat oleh Pu3, bermakna pemimpin-pemimpin PKR/PR bukanlah pemimpin yang boleh kita sifatkan sebagai bertanggungjawab dan layak dijadikan sandaran oleh rakyat untuk membela nasib mereka. Sebaliknya rakyat perlu berhati-hati dengan jenis kepimpinan bawaan Pakatan Rakyat ini kerana tidak mustahil rakyat juga akan di"mangsakan" untuk kepentingan politik mereka sekiranya diberikan mandat. Lihat saja bagaimana Pakatan Rakyat mempergunakan penyokong-penyokongnya sebagai perisai dalam setiap demonstrasi jalanan yang dianjurkan mereka.

Tindakan Karim ini juga membuktikan bahawa amalan nepotism dan cronyism dalam pentadbiran kerajaan PKR/PR tetap akan wujud jika ditakdirkan mereka memerintah negeri ini selepas PRU13. Jika hari ini dia kedepankan anak untuk berkempen bagi pihak beliau, besok-besok dia kedepankan pula anak-anak dan sanak saudara dalam jabatan-jabatan kerajaan, kementerian atau projek-projek kerajaan...