Showing posts with label IC Sabah. Show all posts
Showing posts with label IC Sabah. Show all posts

Saturday, June 22, 2013

Mana Pilihan Terbaik: IC Baru Sabah Atau Mykad Baru Malaysia?

Kota Kinabalu: Sabah Progressive Party (SAPP) President Datuk Seri Yong Teck Lee said the Mykad currently is meaningless to Sabahans because any Filipino, Indonesian and Pakistani can possess the document by buying it. Hence, there was a need to introduce a Sabah IC so that "while the Malaysian Government is free to make any foreigner a Malaysian, it will not make these people Sabahan." - Daily Express

Kerajaan tentunya tidak mempunyai masalah mengeluarkan IC baru untuk Sabah jika negeri ini adalah sebuah negara. Sebuah negara yang terdiri dari beberapa buah negeri seperti Malaysia, memerlukan hanya satu IC bagi mempermudahkan urusan harian. Kegagalan Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee memahami hakikat ini bukan sahaja menyukarkan rakyat Sabah yang belajar atau bekerja di negeri-negeri lain, malah boleh menimbulkan sentimen kenegerian yang tidak baik untuk masa depan negara.

Sejak tercetusnya idea SAPP ini hinggalah ke hari ini, pemimpin-pemimpin SAPP termasuklah Yong Teck Lee gagal menjelaskan secara terperinci tentang bagaimana ianya boleh dilaksanakan. Mereka juga gagal mengkaji mengenai baik buruknya cadangan ini untuk masa depan negara. Disebalik kegagalan demi kegagalan itu, SAPP terus mendesak kerajaan supaya mengeluarkan IC baru khas untuk Sabah atas alasan Mykad yang ada pada hari ini boleh dimiliki dengan mudah oleh pendatang asing.

Mungkin ramai yang berpendapat bahawa cadangan SAPP ini amat baik untuk dilaksanakan, namun bagaimana dengan penerimaan negeri-negeri lain? Adakah kerajaan di negeri-negeri lain sanggup mengiktiraf IC Sabah untuk sebarang urusan di negeri tersebut? Dan bagaimana pula dengan pelajar-pelajar Sabah yang melanjutkan pelajaran di negeri-negeri lain? Adakah semua institusi pendidikan di negara ini akan mengiktiraf IC Sabah?? Sekiranya kesulitan seperti ini timbul, apa penyelesaian dipihak SAPP??

Memandangkan Sabah memiliki IC lain selain Mykad (jika dilaksanakan), bermakna warga Sabah selepas ini adalah pendatang asing bagi negeri Sarawak, Selangor, Kedah dan sebagainya. Inikah yang dibayangkan oleh SAPP dengan mencadangkan idea itu? Sudah tentu sentimen kebencian terhadap warga Sabah akan lebih subur selepas ini berbanding dengan sebelumnya (provokasi kenegerian melalui facebook) jika kerajaan Malaysia membenarkan Sabah mengeluarkan IC sendiri.

Sebelum ini pemimpin SAPP dengan bongkak lagi sombong berkata, sekiranya mereka berjaya merampas kerajaan Sabah, Mykad yang ada pada hari ini dengan serta-merta digantikan dengan IC Sabah. Bermakna cadangan ini akan terus dilaksanakan tanpa persetujuan kerajaan diperingkat pusat serta kerajaan di negeri-negeri lain. Jesteru, jika SAPP memerintah, warga Sabah tidak boleh lagi keluar-masuk ke negeri-negeri lain kerana tidak mempunyai Mykad. Malah para pelajar atau pekerja yang berada di semenanjung juga terpaksa balik ke Sabah kerana tidak boleh berurusan tanpa Mykad dan kemungkinan besar status warga Sabah di semenanjung juga akan bertukar kepada warga asing.

Jika alasan Yong Teck Lee bahawa Mykad yang ada pada hari ini telah tercemar kerana mudah dimiliki oleh warga asing, apa pula jaminan dari beliau agar IC Sabah tidak mudah dimiliki warga asing?? Rasanya lebih tidak selamat apabila kuasa memberikan IC terletak ditangan kerajaan SAPP atau Yong Teck Lee. Tidak mustahil mereka juga akan menggunakan kelebihan itu untuk membawa masuk lebih ramai warga asing dari negara China untuk dijadikan pengundi tetap mereka. Semua kemungkinan ini perlu juga diambil kira memandangkan parti politik masa kini sanggup melakukan apa sahaja bagi mempertahankan kuasa mereka.

Malah Yong Teck Lee juga gagal menjelaskan bagaimana bentuk kerajaan negeri jika beliau menjadi Ketua Menteri Sabah. Adakah pegawai-pegawai Jabatan Pendaftaran Negeri kelak terdiri daripada robot sehingga sukar bagi mereka terlibat dengan sindiket pengeluaran IC?? Adakah ketua kampung juga terdiri daripada robot sehingga sukar bagi mereka menerima rasuah dari warga asing yang mahu mendapatkan tandatangan mereka bagi mendapatkan IC? Kesimpulannya, masalah Mykad ini boleh diselesaikan tanpa perlu Sabah memiliki IC sendiri.

Saya lebih bersetuju jika kerajaan persekutuan mengeluarkan satu lagi Mykad baru yang lebih berkualiti dan tidak mudah ditiru. Kemudian keluarkan arahan menarik balik semua Mykad di Malaysia dan mengarahkan semua warga Malaysia mendaftarkan semula kerakyatan mereka dengan membawa bersama dokumen-dokumen sokongan seperti surat lahir dan sebagainya. Dengan cara ini, warga asing yang mendapat kerakyatan melalui pintu belakang bukan sahaja dapat dikenalpasti dengan mudah malah penyelesaiannya juga merangkumi semua negeri, bukan hanya di Sabah.

Thursday, April 4, 2013

SAPP tidak iktiraf Mykad Malaysia jika menang PRU13


SABAH MYKAD MOST PRACTICAL

ISSUING Sabah MyKads to Sabahans is the most practical way to distinguish between the genuine Malaysians of Sabah origin and the new Malaysian Sabahans who probably obtained their MyKads by dubious means said Amde Sidik, the Deputy President of Sabah Progressive Party-SAPP. - Sabahkini

Bullet semakan muak dan bosan dengan ayat yang diulang-ulang oleh pemimpin-pemimpin SAPP mengenai janji mereka memberikan IC khas Sabah kepada anak jati Sabah. Bukankah lebih baik jika pemimpin-pemimpin gila kuasa ini menjelaskan secara terperinci tentang bagaimana janji itu boleh dilaksankan dan apa pendekatan yang diambil oleh SAPP bagi mengatasi masalah-masalah yang mungkin timbul kesan dari pengeluaran IC khas Sabah ini??

Menurut Ahli Majlis Tertinggi SAPP, Roger Sitimin, SAPP tidak akan mengiktiraf Mykad yang kita guna hari ini di Sabah sekiranya mereka berjaya merampas kerajaan. Persoalannya, bagaimana rakyat Sabah yang sedang belajar atau bekerja di negeri-negeri lain melakukan sebarang urusan di negeri itu dengan hanya menggunakan IC Sabah?? Mahukah negeri-negeri lain mengiktiraf IC Sabah?? Ini yang perlu dijawab oleh Amde Sidek dan pemimpin-pemimpin SAPP yang lain, bukan sekadar melaung-laungkan kononnya pemberian IC Sabah adalah sangat praktikal untuk dilaksanakan.

Kegagalan SAPP menjelaskan secara terperinci mengenai IC Sabah ini membuktikan motif utama mereka hanya untuk mendapatkan sokongan rakyat, sedangkan mereka tidak ada perancangan atau mungkin juga tidak pernah mengkaji bagaimana mereka boleh melaksanakan idea itu sekiranya diberikan mandat memerintah negeri ini.

Senang cerita, TOLAK saja SAPP dan berikan saja mandat kepada kerajaan BN untuk terus memerintah negeri ini.. Mengenai isu Mykad yang diberikan kepada individu yang diragui status kerakyatannya, serahkan saja masalah itu kepada RCI untuk merungkai dan mencari jalan penyelesaian.. Bagi isu kebanjiran pendatang haram pula, masalah itu pasti dapat diatasi melalui penubuhan tiga buah Pusat Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin Keselamatan (ICQS) yang akan beroperasi di Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom) iaitu di Lahad Datu, Kudat dan Pos Kawalan Imigresen Bersepadu Kerakit, Pulau Banggi, Kudat.

Tuesday, April 2, 2013

Motif pengeluaran IC khas Sabah oleh SAPP wajar diragui

SAPP - Sabah IC sebagai dokumen alternatif selain Mykad

TENOM: Ahli Majlis Tertinggi Parti Maju Sabah (SAPP) Roger Stimin menegaskan bahawa parti itu tidak akan berganjak daripada matlamatnya untuk mengujudkan Kad Pengenalan Sabah (Sabah IC) sebaik sahaja parti itu membentuk kerajaan selepas pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13).

“ Apabila Sabah IC telah wujud dan berada ditangan rakyat jati negeri ini, dengan secara perlahan kita tidak akan mengiktiraf MyKad yang penuh kontroversi dan meragukan kita semua,” kata beliau ketika memberitahu hadirin kira kira hampir seratus orang semasa ceramah politik di Kg Batu Batu pada Ahad. - Wikisabah

Sebagaimana artikel di atas mengelirukan rakyat, begitu juga dengan kepimpinan SAPP yang semakin tidak waras apabila sanggup menjanjikan perkara yang tidak mungkin mereka mampu laksanakan melainkan jika Sabah keluar daripada Malaysia.

Berdasarkan ucapan Roger Sitimin, SAPP tidak akan mengiktiraf Mykad apabila IC Sabah telah wujud. Bermakna, jika SAPP memerintah, IC Sabah bukanlah dokumen ALTERNATIF kepada Mykad sebaliknya sebagai dokumen yang MENGGANTIKAN Mykad.

Persoalannya, bagaimana pula dengan nasib rakyat Sabah yang bekerja atau belajar di Semenanjung atau Sarawak sekiranya IC Sabah diwujudkan? Mahukan kerajaan negeri Selangor mengiktiraf IC Sabah untuk sebarang urusan di negeri itu?? Mahukah institusi pendidikan samada kolej atau universiti di Semenanjung mengiktiraf IC Sabah sebelum menawarkan kursus kepada anak jati Sabah?? dan bagaimana pula jika negeri-negeri lain turut mengeluarkan IC khas untuk negeri masing-masing??

Terlalu luarbiasa janji yang dilaungkan oleh SAPP sehingga sukar bagi mereka untuk menjawab BAGAIMANA mereka mahu mengatasi masalah-masalah kesan dari pelaksanaan IC khas Sabah ini. Bila ada pihak yang membantah, dengan mudah mereka menjawab bahawa IC Sabah tetap akan dikeluarkan kerana Mykad sudah terpalit dengan pelbagai isu kontroversi.

Daripada sekadar melaung-laungkan pengeluaran IC Sabah dan membidas pihak yang mengkritik idea populis SAPP, kenapa pemimpin-pemimpin SAPP tidak jelaskan saja secara terperinci tentang bagaimana ianya dilaksanakan dan apa pendekatan yang diambil untuk menangani masalah yang mungkin timbul disebabkan kewujudan dua IC yang berbeza ini?? 

Jika alasan mengeluarkan IC Sabah ini adalah kerana Mykad tidak mampu melindungi hak rakyat disebabkan dokumen itu turut diberikan kepada warga asing, bagaimana pula SAPP yang berangan-angan mahu merampas kerajaan MEMASTIKAN bahawa IC Sabah ini tidak akan terlepas ke tangan warga asing?? mampukah SAPP mengawal tindak tanduk setiap pegawai-pegawainya agar tidak terlibat dengan sindiket pengeluaran IC?? disinilah masalah yang sepatutnya perlu ditangani oleh SAPP sebelum tampil dengan idea populis kononnya mahu mengeluarkan IC Sabah..

Apa jaminan bahawa IC Sabah cetusan idea populis SAPP ini tidak akan diberikan kepada warga asing jika Yong Teck Lee sendiri gagal menyelesaikan masalah pemberian IC kepada warga asing ketika beliau masih menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah?? 

Mengeluarkan IC baru khas untuk rakyat Sabah bukanlah penyelesaikan kepada masalah warga asing di negeri ini. Jika pelaksanannya longgar atau terlalu banyak "lubang", penyelewengan tetap akan berlaku sekalipun IC Sabah itu dihias cantik menggunakan teknologi terkini. Sepatutnya pemimpin-pemimpin SAPP mengkaji dimana silapnya sehingga Mykad boleh terlepas ke tangan warga asing. Bertitik-tolak dari situ, satu tindakan perlu diambil bagi memperketatkan pengeluaran Mykad agar tidak berlaku penyelewengan dokumen untuk kepentingan pihak tertentu.

Kesimpulannya, pemberian IC Sabah ini hanya janji untuk meraih undi kerana SAPP sendiri gagal menjelaskan secara terperinci bagaimana mereka mahu mengatasi kebarangkalian masalah-masalah yang mungkin timbul kesan dari pelaksanaannya, dan apa pendekatan yang diambil bagi memastikan pelaksanaan IC ini diseluruh Sabah tidak akan berlaku penyelewengan.

**TIDAK MUSTAHIL PENGELUARAN IC KHAS SABAH INI AKAN DIMANFAATKAN OLEH SAPP UNTUK KEKAL BERKUASA SEKIRANYA DIBERIKAN MANDAT MEMERINTAH**