Showing posts with label Datuk Lajim Ukin. Show all posts
Showing posts with label Datuk Lajim Ukin. Show all posts

Friday, June 14, 2013

Pembangkang Hadapi Masalah Memilih Ketua Pembangkang Sabah

MANA SATU PILIHAN ANWAR UNTUK KETUA PEMBANGKANG SABAH??
KOTA KINABALU: Persoalan mengenai siapa yang akan menjadi ketua pembangkang Sabah masih berterusan meskipun 60 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Salleh Tun Said pada Khamis.

Seramai 12 anggota pembangkang masih tidak membuat persetujuan mengenai siapakah yang akan mengetuai mereka walaupun terdapat pilihan antara Datuk Lajim Ukin (PKR-Klias) dan Datuk Wilfred Bumburing (PKR-Tamparuli). Lajim yang ditemui selepas majlis itu berkata, PKR negeri telah mencadangkan beliau yang seharusnya untuk mengambil jawatan itu.

Menurut Lajim, beliau akan menerima tanggungjawab itu sekiranya diberikan peluang, sambil menambah Adun pembangkang akan mengadakan mesyuarat lagi dan menyerahkan satu nama pada Isnin. Adun DAP-Sri Tanjung, Chan Foong Yin berkata, parti beliau memilih Wilfred untuk menjadi sebagai ketua tetapi menghormati pendirian PKR.

Lajim dan Bumburing, walaupun bukan sebagai anggota PKR tetapi memenangi kerusi mereka atas tiket parti itu. Mereka merupakan antara tujuh Adun PKR manakala DAP mempunyai lima dan satu daripada Parti Reformasi Negeri (STAR).


JIKA ANWAR MEMILIH MANA-MANA SATU DARI DUA EKOR RAJA KATAK DIATAS, SUDAH PASTI AHLI-AHLI PAKATAN RAKYAT SABAH YANG LAIN AKAN RASA IRI HATI KERANA KEDUA-DUANYA BUKAN AHLI MANA-MANA PARTI DALAM PAKATAN RAKYAT. MALAH, LAJIM DAN WILFRED HANYA MEMINJAM TIKET PKR KETIKA PILIHANRAYA UMUM KE-13 LALU. JESTERU, KONFLIK DALAMAN PASTI AKAN BERLAKU SEBAGAIMANA KRISIS ANTARA WILFRED BUMBURING DAN ANSARI ABDULLAH EKORAN TINDAKAN ANWAR MENCALONKAN "ORANG ASING" BAGI KERUSI PARLIMEN TUARAN.

JIKA ANWAR MASIH DENGAN SIKAP LAMA BELIAU, IAITU GEMAR MENDAHULUKAN KRONI BERBANDING DENGAN SUARA AKAR UMBI, TIDAK MUSTAHIL FENOMENA AHLI KELUAR BERAMAI-RAMAI AKAN BERLAKU LAGI DALAM MASA TERDEKAT INI. CABARAN REMEH YANG SEPATUTNYA BOLEH DITEMPUHI OLEH ANWAR TANPA SEBARANG MASALAH KINI MENJADI RUMIT EKORAN SIKAPNYA YANG SUKA MENJANJIKAN "SESUATU" KEPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN POLITIK YANG BERJAYA "DIPANCINGNYA".

SAMADA PEMILIHAN KETUA PEMBANGKANG SABAH INI BERJALAN DENGAN LANCAR ATAU SEBALIKNYA, SAMA-SAMALAH KITA TUNGGU. YANG PASTI ANWAR JARANG SEKALI MENGIKUT RENTAK DEMOKRASI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN..

Thursday, June 13, 2013

ADUN Sabah Dan Lajim Ukin Angkat Sumpah

Lepas fail petisyen bantah keputusan PRU13 bagi Parlimen Beufort, hari ini Raja Katak mengadap TYT pula untuk angkat sumpah
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengetuai 60 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dalam upacara mengangkat sumpah di hadapan Speaker Datuk Salleh Tun Said. 

Antara mereka yang mengangkat sumpah adalah 12 pemimpin pembangkang diketuai Datuk Lajim Ukin. Selain Musa, 11 ahli Kabinet dan 18 pembantu menteri turut mengangkat sumpah.


LAJIM ANGKAT SUMPAH TAPI FAIL PETISYEN UNTUK KERUSI BEAUFORT.. KENAPA TIDAK FAILKAN SEKALI PETISYEN UNTUK KERUSI DUN YANG DIA MENANG? JAWAPANNYA MUDAH SAJA.. TEMPAT YANG LAJIM KALAH BERLAKU PENIPUAN, MANAKALA DI TEMPAT YANG DIA MENANG, SPR BERLAKU ADIL, BERSIH DAN TELUS.. ATAU MUNGKIN BAGI LAJIM ADA DUA SPR YANG BERBEZA KETIKA PROSES PEMBUANGAN UNDI LALU..

Monday, June 10, 2013

Lajim Ukin bakal berputih mata lagi kerana ditipu Anwar

GOD of the Gambler, Datuk Lajim Haji Ukin mungkin terpaksa berputih mata sekali lagi kerana terdengar desas desus Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong akan mengumumkan sendiri siapa Ketua 'Menteri' Pembangkang di DUN Sabah setelah terdapat pertelingkahan di kalangan PKR dan sekutunya APS dan PPPS.

Lajim yang kini berada di luar negara kecewa dengan berita berkenaan setelah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjanjikan beliau akan dilantik sebagai Ketua Menteri Pembangkang di Sabah sekalipun 'Parti'nya PPPS yang menyewa lambang PKR hanya memenangi satu kerusi; setaraf dengan APS pimpinan Bumburing.

Dengan kedudukan PKR yang mempunyai kerusi terbanyak di Sabah iaitu tujuh kerusi (termasuk yang dipinjam Lajim dan Bumburing) dan diikuti rapat oleh DAP dengan empat kerusi; dan STAR hanya mendapat satu kerusi tunggal; maka kelebihan ada pada PKR untuk menamakan calon Ketua 'Menteri' Pembangkang.

Memandangkan STAR tidak menyertai Pakatan Rakyat, maka Ketuanya, Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah menyatakan hasratnya untuk tidak merebut jawatan tersebut.

"Kasi sama Lajimlah," kata Dr Jeffrey yang ingin menumpukan usaha membangunkan kembali Bingkor yang pernah diwakilinya ketika dalam PBS. 

Jika DAP diberi peluang menamakan calon, sudah pasti calon paling senior ialah Hiew King Chiew; tetapi hubungannya dengan Jimmy Wong tidak begitu baik, maka kemungkinan besar ADUN Kepayan, Dr Edwin @ Jack Bosi yang akan dilantik; apatah lagi ADUN Likas, Junz Wong Hong Jun serta ADUN Sri Tanjung, Chan Foong Hin masih terlalu muda.

Dalam keadaan DAP merancang untuk menambah kerusi pada PRU-14 di Sabah, tidak mungkin mereka membenarkan ADUN Api-Api, Christina Liew Chin Jin memegang teraju arah sokongan masyarakat Cina di bansar menjadi Ketua Mentari Pembangkang. Begitu juga dengan ADUN Inanam, Dr Roland Chia Ming Shen yang sudah pasti akan mengubah haluan sokongan masyarakat Cina kepada PKR.

Sebelum ini Paparazzi meramalkan Jelani akan dilantik sebagai Ketua Menteri Pembangkang, namun penentangannya terhadap perlantikan Lajim membuatkan Anwar terpaksa menerima cadangan Jimmy Wong bagi memastikan Pakatan Rakyat bertambah kukuh di DUN Sabah.

Untuk Rekod, PKR diwakili Jelin Bin Dasanap @ Jelani Bin Hamdan (MATUNGGONG); Ukoh @ Jeremmy Bin Malajad @ Malazad (KADAMAIAN); Roland Chia Ming Shen (INANAM); Christina Liew Chin Jin (API-API); Terrence Siambun (MOYOG); Mojilip Bin Bumburing @ Wilfred (TAMPARULI-APS) dan Lajim Bin Hj Ukin (KLIAS-PPPS).

Manakala DAP pula diwakili oleh Junz Wong Hong Jun (LIKAS); Hiew King Cheu (LUYANG); Dr Edwin @ Jack Bosi (KAPAYAN) dan CHAN FOONG HIN (SRI TANJONG)

Saturday, May 11, 2013

Lajim Ukin curiga kekalahan di Beaufort, tapi mengiktiraf kemenangan di Klias?

LAJIM MAHU KEMUKA PETISYEN 
KOTA KINABALU: Pengerusi Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS), Datuk Lajim Ukin akan memfailkan petisyen kerana beliau percaya berlaku perkara mencurigakan semasa proses pilihan raya dan pengundian di kawasan Parlimen Beaufort pada 5 Mei lalu. 
Beliau mendakwa antara unsur yang meragukan, membabitkan ketibaan lewat peti undi di pusat pengumpulan termasuk rasuah 'politik wang' dan kehadiran 'pengundi hantu' di beberapa tempat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu. Menurutnya, terdapat dua peti undi masing-masing daripada Pusat Daerah Mengundi Melikai, Melampai dan Sitompok lewat tiba di pusat pengumpulan undi yaang disediakan. - SABAHKINI
Kenapa hanya untuk Parlimen Beaufort?? Bagaimana pula dengan kerusi yang dimenangi oleh Lajim (DUN Klias)?? Jika Lajim enggan mengiktiraf keputusan bagi Parlimen Beaufort, beliau juga tidak sepatutnya mengiktiraf kemenangan beliau di DUN Klias.. Adakah hanya dikerusi yang pembangkang kalah sahaja berlakunya perkara mencurigakan?

Mengenai rasuah "politik wang", perkara itu boleh disangkal sebagaimana pembangkang menyangkal bukti-bukti samada dalam bentuk video atau gambar yang mengaitkan pemimpin-pemimpin pembangkang terutamanya dalam isu rasuah atau skandal seks. Kenapa begitu sukar untuk pembangkang menerima bukti-bukti dalam bentuk video atau gambar bila tuduhan itu boleh menjejaskan kredibiliti mereka? Namun, sepantas kilat pula mereka mempercayai bila ada bukti-bukti dalam bentuk yang sama mengaitkan penyelewengan atau rasuah pemimpin-pemimpin BN.

Tidak mustahil dakwaan mengenai "rasuah politik" wang ini hanya propaganda pembangkang untuk menghasut rakyat supaya menolak Barisan Nasional. Dan tidak keterlaluan jika saya pinjam kenyataan Tian Chua yang berbunyi tuduhan rasuah politik wang ini hanya KONSPIRASI pembangkang untuk menjejaskan kredibiliti dan integriti SPR. Bertitik tolak dari itulah, maka pemimpin-pemimpin pembangkang mempunyai alasan untuk menggerakkan demonstrasi besar-besaran untuk menumbangkan kerajaan BN.

Mengenai ketibaan lewat peti undi ke pusat pengumpulan undi, perkara ini tidak patut dijadikan isu kerana wakil-wakil pembangkang bukan sahaja dibenarkan berada di pusat pengiraan undi, malah dibenarkan untuk mengekori kenderaan yang membawa peti undi tersebut ke pusat pengumpulan undi. Dan seperkara lagi, wakil atau egen pembangkang akan diberikan sesalinan borang 13 dan 14 dengan jumlah bilangan undi/keputusan yang mana kedua-dua borang ini memungkinkan keputusan tidak dapat diubah walaupun peti undi lewat sampai ke pusat pengumpulan undi.

Mengenai dakwaan pengundi hantu pula, untuk makluman semua, pengenalan diri kepada pengundi atau identifier yang digunakan untuk merekod senarai pengundi di dalam Daftar Pemilih ialah nombor kad pengenalan, bukannya nama. Ini kerana SPR menyedari bahawa, jika menggunakan nama sebagai identifier pengundi dalam Daftar Pemilih akan menyebabkan kekeliruan kerana memang ada nama-nama pengundi yang ejaannya sama tetapi mempunyai nombor kad pengenalan yang berbeza. Bagi pengundi-pengundi yang telah mengundi, nama mereka akan dipotong dalam buku Daftar Pemilih yang digunakan oleh Kerani SPR semasa proses pengundian. Jesteru, bagaimana pengundi hantu ini boleh mengundi banyak kali?

Andainya, seorang pengundi itu di sebelah paginya telahpun mengundi, dan katakan kesan dakwat kekal itu hilang 100%, kemudian beliau pergi semula ke Saluran Undi sama untuk mengundi semula, orang yang pertama akan protes ialah wakil-wakil atau ejen calon sendiri. Ini  kerana, rekod mereka menunjukkan pengundi berkenaan cuba menipu dan boleh ditangkap polis (jika KTM melaporkan kepada Polis) kerana cuba menipu di bawah undang-undang pilihanraya Malaysia.

Memandangkan Lajim Ukin bersungguh-sungguh mahu mengemukakan petisyen bagi membantah keputusan pilihanraya Parlimen Beaufort, saya harap Lajim juga membantah kemenangan beliau bagi DUN Klias.. Walaupun kedua-dua kerusi ini berbeza, namun proses pengendaliannya tetap sama dan badan yang bertanggungjawab memantau pilihanraya juga adalah sama.

**Punca sebenar kekalahan Lajim DISINI

Tuesday, May 7, 2013

Jawapan Untuk Anwar Mengenai Kekalahan Lajim di Beaufort

"Saya tak percaya Lajim kalah. Tetapi saya faham tentang Wilfred Bumburing (Tuaran) yang terdapat perselisihan isu dalaman. Lajim saya percaya ada sogokan dan kami akan terus mengkaji tentang perkara itu dan akan lihat sama ada ada keperluan untuk memfailkan petisyen. - SABAHKINI
Kenyataan di atas adalah milik Anwar Ibrahim yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya terutamanya bagi kerusi Parlimen Beaufort. Sebelum Anwar membuat tuduhan lebih liar mengenai punca kekalahan Lajim Ukin, dengan membuat pelbagai tuduhan kononnya berlaku penipuan atau sogokan, eloklah Bullet sertakan sedikit info untuk difikir-fikirkan oleh Anwar dan konco-konconya.

Berikut adalah sebab-sebab kenapa Lajim Ukin kalah di P177 Beaufort:

Pertama: Pada bulan Februari tahun ini, seramai 70 anggota Parti Maju Sabah (SAPP) telah keluar parti untuk menyertai Umno selepas kecewa dan hilang kepercayaan terhadap parti tersebut. Anggota Jawatankuasa SAPP Beaufort, Saidi Kasni yang mengetuai kumpulan itu telah menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Wanita Umno Bahagian Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun. - Walaupun anggota yang keluar parti ini adalah dari parti pembangkang lain, iaitu SAPP, namun penyertaan mereka sedikit-sebanyak membantu kepada pertambahan undi untuk umno kerana sudah tentu sebahagian daripada penyokong parti itu akan beralih sokongan kepada umno.

Kedua: Pada bulan Februari tahun ini, seramai 15 orang AJK PKR Beaufort diketuai oleh Naib Ketua Cabang PKR Beaufort En. Adnan Mohd Ali telah bertindak keluar dari parti dan menyertai UMNO. - Sebagai pemimpin politik yang telah menghabiskan masa puluhan tahun berkecimpung dalam bidang politik, Anwar tentunya tahu bahawa pembelotan 15 AJK PKR Beaufort ini pasti akan melemahkan jentera PKR di kawasan itu. Perlu diingat, kesemua AJK PKR ini bukan sahaja keluar meninggalkan parti, malah MENYERTAI umno..

Ketiga: Beberapa hari sebelum tibanya tarikh mengundi, iaitu pada 23 April 2013, PKR Beaufort sekali lagi menerima tamparan apabila Ketua Cabangnya, Abdul Jarih Ukin, yang juga ADIK kepada Datuk Lajim Ukin meninggalkan parti untuk menyokong Barisan Nasional. Beliau bersama 250 ahli parti itu menyerahkan borang keahlian BN kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada program Yayasan Sabah bersama rakyat di daerah itu. - Dalam kenyataan Abdul Jarih Ukin, beliau bersungguh-sungguh mahu memastikan pembangkang kalah pada PRU13 ini... Siapa pembangkang di Beaufort jika bukan abangnya sendiri dan seorang calon STAR, Guan Dee Koh Hoi... Sudah tentu kehadiran adik Lajim Ukin dalam Barisan Nasional, menambahkan lagi kekuatan jentera calon umno di kawasan itu.. Ditambah pula dengan kehadiran 250 ahli, dan tentunya mereka turut membawa penyokong-penyokong mereka untuk sama-sama menumbangkan Lajim Ukin.

Keempat: Pada tarikh yang sama juga, turut berbuat demikian ialah Pengerusi Tetap Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Abdul Rashid Gador, bersama 60 ahli parti itu. Abdul Rashid adalah pemimpin tempatan di Beaufort yang dijangka menyertai Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), iaitu salah satu komponen BN Sabah. - Rasanya Anwar tahu apa kesannya apabila terlalu ramai pemimpin pembangkang yang memihak kepada Datuk Azizah di Parlimen Beaufort.

Kelima: Kira-kira 1,500 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Klias dan Kuala Penyu dijangka keluar parti dan menyertai Barisan Nasional (BN) dalam masa terdekat (sebelum tarikh mengundi, 5 Mei). Perkara itu dinyatakan bekas Ketua Cabang PKR Beaufort Abdul Jarih @ Ramli Ukin yang juga adik kepada Datuk Seri Lajim Ukin. - Adakah jumlah 1500 itu terlalu sedikit bagi Anwar sehingga beliau begitu yakin bahawa Lajim mampu mempertahankan Parlimen Beaufort??

Adakah ini yang dikatakan Anwar kononnya berlaku penipuan sehingga menyebabkan ayam tambatan beliau tewas di tempat sendiri? Mungkin Anwar tidak mengetahui perkembangan politik di Beaufort hinggakan beliau tanpa rasa bersalah dan segan silu membuat tuduhan liar kononnya berlaku penipuan dalam pilihanraya kali ini. Jesteru, Bullet amat mengharapkan supaya info ini dapat menyedarkan Anwar yang semakin taksub dengan jawatan Perdana Menteri agar berhenti dari terus membuat pembohongan dan fitnah semata-mata enggan menerima hakikat mengenai kekalahan parti beliau.

Anwar sepatutnya bertanyakan kepada diri sendiri kenapa pembelotan itu boleh berlaku ketika pilihanraya semakin hampir. Anwar juga perlu bertanya kepada diri sendiri, atas sebab apa beliau enggan mendengar atau memenuhi tuntutan PKR Sabah yang mahukan supaya autonomi diberikan kepada mereka dalam membuat keputusan terutamanya mengenai isu calon. Amaran demi amaran telah diberikan kepada pemimpin PKR Sabah, namun sikap mengutamakan kroni yang semakin menebal dalam diri Anwar Ibrahim akhirnya menjadi punca kepada kekalahan PKR di negeri ini, terutamanya bagi kerusi Parlimen Beaufort.

Sepatutnya Anwar rasa bersalah atas tindakan beliau membelakangkan suara pemimpin-pemimpin PKR Sabah. Namun, sebaliknya, Anwar dengan sikap angkuh, sombong dan tak sedar diri menuduh SPR bersekongkol dengan BN melakukan penipuan di kawasan-kawasan yang gagal dimenangi oleh parti beliau.... Jika itulah pendirian Anwar, bagaimana pula dengan kawasan yang dimenangi oleh PKR, seperti Parlimen Penampang? Bullet juga tidak percaya Bernard Dompok boleh kalah dengan muka baru PKR, Darell Leiking...... Wujud penipuan????

***BROTHER ANUWARRR, BERSARA SAJALAH BRO.. ASYIK BOHONG SAJA.. CAMNA NAK MENANG!!

Monday, May 6, 2013

Calon Harapan Anwar Ibrahim Gagal Mencetuskan Tsunami Politik di Sabah

Kota Kinabalu: ‘Orang kuat’ pembangkang di Sabah termasuk bekas Ahli Parlimen, Datuk Lajim Ukin dan Datuk Wlfred Bumburing masing-masing tewas dalam usaha mempertahankan kerusi Parlimen dimenangi mereka atas tiket Barisan Nasional (BN) pada 2008.

Lajim yang bertanding atas tiket PKR selepas meninggalkan BN tahun lalu tewas kepada Ketua Wanita UMNO Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun, manakala Bumburing yang turut menggunakan lambang PKR kalah kepada calon BN yang juga Setiausaha Agung Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Madius Tangau. 

Bagaimanapun, Lajim merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias yang sebelum ini disandang Azizah apabila menewaskan calon muka baru BN, Isnin Aliasnih hanya dengan kelebihan 179 undi.

Sementara itu, bekas Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee turut gagal dalam usahanya memenangi kerusi DUN Likas apabila tewas teruk dengan hanya memperoleh 1,487 undi. 


So, apa kata blogger Sabahterkini2u mengenai kekalahan dua calon winnable; yang pada pandangan Anwar Ibrahim bakal membawa kejutan atau tsunami politik di negeri ini? Bukan main lantang lagi kedua-dua "Raja Katak" berkempen memperomosikan diri disamping memburuk-burukkan parti yang telah banyak berjasa kepada mereka. Nah.. akhirnya pembelotan mereka bukan sahaja merugikan diri sendiri, malah berjaya menconteng arang ke muka Anwar Ibrahim yang selama ini sangat mengidamkan satu perubahan yang memihak kepada dirinya..

Teringat pada satu ketika diawal pembelotan kedua-dua Raja Katak ini, satu majlis telah diadakan bertempat di Restoran Singgah Singgarung sebagai simbolik meraikan penyertaan Lajim dan Bumburing ke dalam gabungan pembangkang Pakatan Rakyat. Dalam kekhusyukan mereka berkempen, dan tepat pada waktunya Anwar Ibrahim tiba di restoran tersebut, tiba-tiba ribut kencang melanda kawasan itu. Bagi mengelakkan orang ramai menyifatkan insiden tersebut sebagai petanda buruk kepada Pakatan Rakyat, maka terpaksalah puak-puak terdesak ini menggunakan bakat putar-belit mereka dengan membayangkan bahawa insiden itu sebagai Ribut Perubahan yang dibawa oleh Anugerah Tuhan atau Anwar Ibrahim dari Semenanjung.. 

Pergh!! Begitulah taksubnya puak-puak ini terhadap kepimpinan seorang insan yang sehingga hari ini gagal membuat penjelasan konkrit mengenai tuduhan liwat dan skandal seks beliau.

Berbalik kepada Datuk Lajim Ukin, sudah tiba masanya untuk beliau bersara dari politik dan memberikan laluan kepada pemimpin-pemimpin muda dikalangan kaum Bisaya untuk menggantikan tempat beliau. Gelaran Janang Gayuh juga sudah tidak layak disandang oleh Lajim kerana kekalahan di Beaufort jelas menunjukkan bahawa Lajim bukan lagi Janang Gayuh bagi kaum Bisaya. Samada penolakan rakyat terhadap kepimpinan Lajim itu disebabkan oleh pembelotan terhadap umno, prestasi yang kurang cemerlang, atau sikap beliau yang suka berjudi, yang pasti karier politik beliau sudah sampai kepada penghujungnya.

Baru-baru ini Lajim ada membuat kenyataan bahawa beliau masih ahli umno dan menunggu dirinya dipecat oleh Lembaga Disiplin Umno. Jika tidak ada tindakan diambil, beliau akan menghantar borang keluar parti selepas pilihanraya umum (5 Mei 2013). Persoalannya, kenapa Lajim perlu menunggu dirinya dipecat? dan kenapa perlu tunggu selepas pilihanraya umum untuk menyerahkan borang keluar parti?? Adakah Lajim berniat mahu menyertai semula umno selepas mengetahui BN masih kekal memerintah selepas Pilihanraya Umum ke-13 ini??

Apa-apapun, tahniah kepada Datuk Azizah Mohd Dun kerana berjaya memecahkan sikap ego dan angkuh Datuk lajim Ukin dan para penyokong-penyokongnya...

Saturday, May 4, 2013

PPPS BUBAR, PETANDA BAIK KEPADA BN

KOTA KINABALU : Pembubaran Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) P171 Sepanggar diketuai Ag Maidin Ag Apong, calon Bebas bagi DUN Karambunai serta beberapa ahlinya menunjukkan satu khabar gembira kepada Barisan Nasional (BN) pada 05 Mei ini. 

Calon BN bagi Parlimen Sepanggar, Datuk Jumat Idris berkata, dalam laporan akhbar tempatan semalam bahawa pembubaran PPPS P171 itu dilihat akan meningkatkan sokongan kepada Calon DUN Karambunai, Datuk Jainab Ahmad Ayid; sekali gus menjadi tamparan hebat kepada pengerusinya, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin. 

Katanya, tindakan calon bebas di Dun Karambunai iaitu Ag Maidin Ag Apong itu memperlihatkan ahli-ahlinya sudah hilang kepercayaan terhadap PPPS serta tidak berpuas hati terhadap pucuk pimpinan yang selalu mengenepikan pandangan pengundi di peringkat akar umbi. 

“Kita lihat ini merupakan satu petanda baik kepada BN di saat akhir menjelang hari pengundian pada 05 Mei (Ahad) ini apabila calon bebas Ag Maidin Ag Apong bertindak memilih membubarkan PPPS di Sepanggar. 

"Kita nasihatkan pengundi Sepanggar agar terus fokus dengan hanya memikirkan memberikan undi kepada Barisan Nasional. Seluruh jentera BN bekerja keras untuk memastikan calon BN mendapat kemenangan nanti. 

"Mereka sanggup bersengkang mata, dengan mengajak serta menemui pengundi di pelbagai peringkat untuk mengekalkan kemenangan BN untuk terus memerintah di negara ini,” katanya. 

Beliau berkata kepada pemberita selepas menghadiri siri jelajah kempen pilihanraya umum ke-13 di Kampung Bangka-Bangka Likas dan di Kampung Cenderamata Dua Likas Kota Kinabalu, di sini kelmarin. 

Hadir sama dalam majlis itu, Calon DUN Karambunai, Datuk Jainab Ahmad Ayid dan Ketua Daerah Mengundi Likas Baru, Duman Tukimin. 

Jumat yang juga Ketua Umno Bahagian Sepanggar berkata, pengundi perlu mengambil ikhtibar pembubaran PPPS Sepanggar kerana kelihatan tidak sepakat, tidak fokus untuk memperjuangkan masalah rakyat serta terpaksa dibuburkan di saat akhir menjelang hari pembuangan pengundi. 

“Berbanding BN, kita sepakat menggunakan lambang sama (logo Dacing) yang mewakili semua parti dalam kompenan Barisan Nasional (BN). Parti BN sudah berkhidmat kepada rakyat Malaysia selama lebih 55 tahun dan terbukti membawa banyak pembangunan kepada masyarakat di seluruh negara,” katanya. 

Dalam PRU13 ini, Datuk Jainab Ahmad Ayid akan ditentang oleh calon bebas Ag Maidin Ag Apong; Muali Aching (PKR); Aziz Ibrahim (SAPP) dan Rano Susulan (bebas). 

Sementara itu ketika berucap di Kampung Cenderamata Dua, Likas, Kota Kinabalu, Jumat berkata, pihaknya sedang dalam perancangan untuk menyusun semula kampung itu bagi memastikan penduduknya dapat menikmati pelbagai kemudahan yang diperolehi kampung lain di Parlimen Sepanggar. 

“Penduduk kampung perlu ingat Kampung Cenderamata Dua adalah hasil usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas terbabit dalam kebakaran beberapa tahun lalu. Kita sudah menempatkan semula mereka di tapak sedia ada dengan memberikan segala kemudahan asas agar mereka selesa tinggal dalam tempoh jangka masa panjang. 

“Timbul jua isu kononnya parti pembangkang (SAPP) menjadi hero dalam membangunkan kampung Cenderamata Dua Likas ini, namun kita percaya pengundi sudah matang berfikir dan tahu menilai siapa sebenarnya bersusah payah membangunkan semula kampung ini; sehingga nama jalan di kampung diletakkan 'Jalan Datuk Jumat Haji Idris' sebagai tanda menghargai jasa saya di kampung ini,” katanya. 

Sementara itu, dalam siri lawatan di Kampung Bangka-Bangka Likas, Jumat menasihatkan agar pengundi terus memilih BN dalam pengundian pada ahad ini. 

“Kita menunggu sehingga lebih 50 tahun untuk diwakili oleh calon anak tempatan berketurunan 'Bajau' di Parlimen Sepanggar selepas SAPP menyertai pembangkang pada tahun 2008. Inilah masanya pengundi di Kampung Bangka-Bangka Likas meneruskan sokongan mereka dengan memilih calon BN mewakili mereka bagi menyelesaikan masalah infrastruktur di seluruh Parlimen Sepanggar,” katanya.

What has Lajim done the last 30 years?

UMNO defector, Lajim Ukin should make way in Beaufort for younger and more educated leaders. Star secretary-general Guandee Kohoi is a case in point. 

Lajim is politicising the position of Janang Gayuh and causing disunity among the Bisaya, a Dusunic group, in Beaufort. 

What has Lajim done the last 30 years? Nothing! Wasted! Let's not waste another 30 years. 

Lajim ran away from Umno because he knew he would not be fielded this time. Who is he kidding with his bullshit on Sabah rights? 

He frogged from PBS in 1994 after winning on its ticket and pakat with Umno, a parti Malaya, to bring down a local party which fought for Sabah. 

Now he pakat with PKR which is another Umno in Sabah and Sarawak. Reject Lajim!

Apa Motif Lajim Minta Dipecat Dari UMNO?

BEAUFORT : Pengerusi Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) yang juga calon PKR bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias dan Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin mengumumkan secara rasmi keluar dari Umno setelah meletakkan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Julai tahun lepas. 

Beliau yang juga bekas timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata sebelum ini beliau masih menjadi anggota Umno setelah meletakkan semua jawatan dalam parti dan kerajaan. 

"Ini cuma sebagai pengumuman rasmi. Bagaimanapun sejak menyertai Pakatan Rakyat saya anggap telah keluar dari Umno kerana saya hanya menunggu Lembaga Disiplin Umno memecat saya namun sehingga sekarang tindakan itu masih belum dilaksanakan. 

"Yang anehnya ahli Umno yang bertanding atas tiket Bebas pada PRU13 ini dipecat serta merta kerana menyalahi peraturan parti. Saya melakukan perkara yang sama tetapi tidak juga dipecat," katanya pada sidang media di kediamannya di sini. 

Lajim berkata sehingga kini beliau tidak tahu mengapa Umno tidak mengambil apa-apa tindakan terhadapnya, dan ini mungkin akan menjadi isu. 

"Saya akan menghantar borang keluar dari Umno selepas pilihan raya nanti," katanya.

--BERNAMA

Apa sebenarnya motif Lajim minta dipecat dari UMNO? Untuk mendapatkan undi simpati?? Beliau cuba timbulkan persoalan bodoh kenapa sehingga hari ini beliau tidak dipecat dari parti sedangkan ahli UMNO yang bertanding atas tiket bebas telah dipecat serta-merta.. Sepatutnya Lajim bertanya kepada diri sendiri, kenapa sehingga hari ini beliau tidak menghantar borang keluar dari UMNO.. Sebenarnya apa yang dibuat oleh Lembaga Disiplin UMNO sama sahaja dengan apa yang dibuat oleh Lajim Ukin.. Jesteru, Lajim patut bertanya kepada diri sendiri kenapa beliau enggan menghantar borang keluar UMNO,, dan kenapa perlu tunggu selepas pilihanraya barulah beliau akan berbuat demikian..

Bermakna selama ini perjuangan Lajim Ukin adalah palsu semata-mata.. jika beliau benci sangat dengan UMNO dan jika beliau yakin bahawa UMNO atau kerajaan BN telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya di negeri ini, kenapa beliau masih sudi bergelar ahli UMNO? Tetapi dalam masa yang sama melakukan pembelotan secara terang-terangan dengan menyokong pembangkang dan bertanding atas tiket pembangkang..

Mungkin ada kebenarannya bahawa tindakan Lajim menyokong PKR adalah kerana beliau telah mengetahui lebih awal bahawa beliau tidak akan dicalonkan pada PRU13 ini.. Maka sebab itu beliau mengambil keputusan menyokong PKR memandangkan Anwar telah menjanjikan beliau jawatan yang lebih besar selain dari bertanding pada pilihanraya umum kali ini.

Mungkin juga tindakan Lajim ini sekadar untuk menyelamatkan karier politik beliau yang semakin suram, atau sekadar mengambil jalan selamat sekiranya berlaku perubahan kerajaan selepas PRU13 ini.. Tidak mustahil, Lajim akan kembali kepada UMNO sekiranya Pakatan gagal merampas kerajaan, dan begitu juga sekiranya BN gagal mempertahankan kuasa..

**HARAP PENDUDUK BEAUFORT BERHATI-HATI DENGAN SI RAJA JUDI LAJIM UKIN

Friday, May 3, 2013

Calon Harapan Anwar Ibrahim Terkedu Bila Musa Aman Bersuara

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.. Orang tua selalu nasihatkan sarang tebuan jangan diusik.. Apabila nasihat-nasihat seperti ini tidak diendahkan, maka jadilah macam calon harapan Anwar Ibrahim iaitu Lajim Ukin.. Tidak pasal-pasal terkedu lidah berbicara apabila Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman, membedal Lajim dengan hujah-hujah yang sarat dengan fakta.. siap memulangkan paku buah keras untuk dijawab oleh Lajim..

Mana mau sorok muka uncle Lajim? you punya fitnah sudah kantoi.. tanah (padang bola sepak dan tapak Tamu) yang kononya milik Musa Aman (menurut pembohongan Lajim Ukin), rupanya adalah tanah yang masih dimiliki atas nama majlis daerah Beaufort, bukannya Musa Aman.

Kalaupun Lajim Ukin terdesak mahu menumbangkang kerajaan BN Sabah, lebih-lebih lagi selepas adiknya Jarih Ukin keluar meninggalkan PKR dan menyertai BN, takkan lah sampai terpaksa bergantung dengan fitnah dan pembohongan semata-mata mahu merealisasikan impian Anwar Ibrahim?? 

Asyik minta pemimpin-pemimpin BN guna cara baik, bersih, telus dan murni dalam usaha menarik sokongan rakyat, tapi pemimpin-pemimpin pembangkang sendiri asyik menggunakan cara kotor, jijik dan tidak bertamadun untuk melaksanakan misi rampasan kuasa.

Memandangkan Lajim sudah kantoi memfitnah Musa Aman, apakata jika giliran Lajim pula menjawab soalan-soalan cepu emas berikut:
  1. Siapa yang merompak lebih daripada 2,000 ekar tanah rakyat di Kg Nukahan dan 1,430 ekar tanah di Batu 60 untuk dijual kepada syarikat-syarikat besar?
  2. Siapa yang merompak ladang lembu (miliki Kerajaan Negeri) dan beribu-ribu ekar tanah di Telupid (milik Jabatan Haiwan dan Industri Perkhidmatan Haiwan)?
  3. Siapa yang merompak tanah di Lingkungan dengan menggunakan perjanjian berat sebelah, dimana seorang tauke mendapat 80%, sementara Koperasi Pembangunan Desa hanya mendapat 20%?
  4. Siapa yang beli surat cinta bernilai RM50 ribu?
  5. Siapa penaja kewangan, seorang rakyat Brunei yang berhijrah ke Sabah dikenali sebagai Mr. W?? Malah Lajim sendiri dikenali sebagai Mr. J, bermaksud "Jackpot"
  6. Siapa yang telah menjanjikan kontrak bernilai RM50 juta untuk membina kolej Islam di Beaufort tetapi dia meminta Mr.W supaya membayar komisyen pendahuluan untuk disalurkan kepada Tabung Pilihanraya Ke-12?
  7. Siapa yang pernah berhutang kepada Ah Long sejumlah RM800000 dan dia terpaksa menggadai dua jam Rolex emasnya untuk membayar hutang tersebut?
Kalau ikutkan, ada banyak lagi cerita pasal si Raja Judi Lajim Ukin ni.. tapi cukuplah setakat disini.. selebihnya jom layan Lajim kenapa pulas 360 darjah oleh Musa Aman:

Beaufort: Chief Minister Datuk Seri Musa Aman hit out at Pakatan Perubahan Sabah (Sabah Alliance Movement) leader Datuk Lajim Ukin for resorting to "hitting below the belt" through lying during the current campaigning. 

Musa said he was informed by the people here that Lajim, who is defending his Beaufort parliamentary seat and contesting the Klias state seat under the Parti Keadilan Rakyat (PKR) ticket, had allegedly told the people that "Datuk Musa Aman had already taken the town's football field and Tamu ground." 

Upon inquiring from the District Officer as to who the real owner of the football field and Tamu ground were, it turned out to be the Beaufort District Council. 

Officiating the final leg of the Yayasan Sabah roadshow with the people in the town football field, Thursday, Musa was puzzled why the opposition accused him of having taken the two parcels of land. 

"I have my own land in the kampung area...so, why would I want to take land from the people? 

"All this time, I have never resorted to being personal with his name (Lajim). 

The campaigning has been in a gentlemanly manner. But suddenly, I have been turned into a villain, with my name tainted by accusations in villages in this constituency," he said. 

Musa claimed he had "piles of records" pointing to a certain leader being involved in a number of questionable land deals and transactions that did not favour the people of Sabah. 

Although he did not directly refer to Lajim, it is understood that most of these questionable deals occurred directly or indirectly when Lajim headed the relevant ministries. 

He also asked the crowd at the road show if they knew who took more than 2,000 acres of the people's land in Kg Nukahan and some 1,430 acres in Mile 60 to be sold to companies. 

"Who sold the Sabah Cattle Farm (owned by the State Government) and the thousands of acres in Telupid that belonged to the Department of Veterinary and Animal Service Industry (Dovsai)? 

"In Lingkungan, who sold the land to a company where a 'towkay' got 80 per cent and Koperasi Pembangunan Desa (KPD) got only 20 per cent? This is a lop-sided deal." 

Musa said the people should also check who had signed off the pristine Kota Kinabalu sea waterfront (to be reclaimed for development that was eventually stopped later). 

"So, this is the person they say, is going to be the leader for Pakatan Rakyat and the hope of Pakatan? 

"I never give out thousands of acres to outside companies. Instead, I give out thousands of acres to the people of Sabah in Sook, Pensiangan and Kota Marudu, via communal titles. 

"So, please don't talk big of being the hope of the people. Stop telling lies," he said, noting that Lajim had been a Federal Deputy Minister, Deputy Chief Minister and Assistant Minister previously, but reportedly did not do anything for the constituency. 

He said that for the past 28 years, Lajim had been the elected representative for Beaufort but the current developments in the district, such as the sports complex, library and water supply were the result of hard work put in by BN's candidate for the Beaufort parliamentary seat, Datuk Azizah Dun, during her tenure as Klias assemblyman and Beaufort member of parliament. 

Musa said he also had records to show that it was Azizah who had asked for the Sitompok bridge to be built in Kuala Penyu, which was recently launched by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak. 

The Sabah BN Chairman said reception from the people during his campaign trail to the various districts in the state was overwhelming. 

"It shows that the people had accepted and realised that they benefited from BN-initiated development programmes, among them the Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) and many others," he added. 

"There is no government in the world that is as good as the BN...that is why, wherever the BN has a programme, the people will come in droves to support it. 

"Therefore, on May 5, don't forget to come early, more so in Beaufort where the weather is not so good nowadays, to cast your vote and support all BN candidates," said the Sabah Umno chief. 

Musa said Lajim had been a Federal Deputy Minister, Deputy Chief Minister, assistant minister before but did not do anything for the constituency. 

He said that for the past 28 years Lajim had been the elected representative for Beaufort but the developments in the district that could be seen today such as the Sports Complex, library and water supply were results of the hard work put in by BN Beaufort MP candidate Datuk Azizah Dun during her tenure as Klias assemblywoman and Beaufort MP. 

He said he also had records that it was Azizah who had asked for the Sitompok Bridge to be built in Kuala Penyu that was recently launched by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Daily Express tried to contact Lajim for his response to the claims but without success.

Sunday, April 28, 2013

Azizah gariskan visi dan misi pembangunan holistik bagi Beaufort

BEAUFORT: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun menggariskan visi dan misi pembangunan yang holistik untuk kawasan Beaufort. 

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, bakal dicabar bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin yang kini mengetuai Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) tetapi bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR). 

Azizah berkata, misi itu lebih menumpukan kepada usaha memperkasa pembangunan Beaufort yang maju dalam semua aspek kehidupan termasuk daripada segi sosio-ekonomi, budaya, sahsiah dan penguasaan ilmu yang seimbang. 

Bagi mencapai tujuan itu, beliau berazam untuk meneruskan perkhidmatan yang terbaik untuk semua rakyat selaras dengan peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin BN yang mendukung konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. 

“Kita juga mahu melihat taraf ekonomi di kalangan penduduk berbilang kaum dapat ditingkatkan melalui penyertaan penduduk dalam program dan bantuan yang disediakan kerajaan selain memperhebat penglibatan wanita dalam bidang keusahawanan dan perniagaan,” katanya. 

Azizah juga bertekad untuk menjadikan Beaufort sebagai Hab Pendidikan bagi melahirkan modal insan berdaya saing dan mempunyai jati diri negara bangsa bagi memenuhi keperluan sebagai negara maju menjelang 2020, sekurang-kurangnya 1 Kampung 1 Profesional. 

“Kita mahu memperkasa kepimpinan di peringkat akar umbi bagi memastikan kawasan dan penduduk setempat tidak terpinggir daripada program-program pembangunan kerajaan,,” katanya. 

Beliau berkata, nasib golongan belia Beaufort tidak diabaikan, malah misi beliau turut merangkumkan usaha mentranformasi daya ke pimpinan generasi muda dalam usaha melahirkan pemimpin pelapis demi kesinambungan perjuangan pemimpin terdahulu dan masa kini. 

“Saya juga berhasrat untuk mewujudkan bandar lestari (Beaufort) yang memenuhi cita rasa dan aspirasi penduduk dengan perkembangan semasa. 

Turut menjadi fokus beliau jika diberi mandat untuk lima tahun akan datang ialah meningkatkan penglibatan penduduk tempatan memajukan industri pelancongan di Beaufort

Mengenai pilihan raya umum kali ini, Azizah berkata BN adalah pilihan terbaik untuk Beaufort demi masa depan yang lebih baik dan beliau yakin rakyat Beaufort bijak memilih kerajaan yang boleh menjamin masa depan mereka. 

“Kita tidak boleh terlalu ikut emosi memilih ketokohan individu sehingga tidak dapat melihat kebaikan berada di bawah payung kerajaan Barisan Nasional yang sudah teruji mampu membela nasib rakyat termasuk di Beaufort. 

“Orang muda kita sekarang mahu melihat sesuatu agenda pembangunan yang “konkrit” atau jelas. Misalnya dalam soal perumahan, individu tertentu mungkin boleh menyediakan beberapa rumah tetapi penduduk Beaufort ini ramai, tidak mungkin individu berkenaan boleh menyediakannya,” katanya. 

Katanya lagi, kerajaan BN telah membawa banyak perubahan dan pembangunan, sama ada di daerah Beaufort atau daerah Kuala Penyu, terutama peluang pekerjaan dan pendidikan. 

Sambil memberi contoh pembangunan industri minyak dan gas di Sipitang dan Kimanis, beliau berkata ramai generasi muda dari kawasan Beaufort bakal mendapat pekerjaan di situ. 

“Bagaimanapun, mereka perlu diberi latihan bagi merebut peluang pekerjaan dalam industri minyak dan gas dan hany kerajaan BN yang boleh melakukannya. Ini terbukti melalui program transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.


Lajim Ukin telah diberikan peluang untuk mengubah nasib penduduk Beaufort, namun beliau telah gagal melaksanakan misi itu. Tanpa rasa bersalah, Lajim bukan sahaja enggan mengakui kelemahannya malah tergamak melakukan pembelotan terhadap penduduk yang mengundi beliau dengan keluar meninggalkan BN. Segala kelemahan dan kegagalan beliau, akhirnya ditanggung oleh Barisan Nasional yang telah memperuntukkan ratusan juta ringgit kepada Lajim bagi melaksankan misi pembangunan di daerah itu.

Jesteru, pada 5 Mei ini, penduduk Beaufort WAJIB menolak pemimpin hipokrit seperti Lajim dan Anwar Ibrahim, kerana kedua-dua pemimpin ini telah terbukti lebih mementingkan survival politik dan pangkat berbanding dengan agenda memperjuangkan nasib rakyat. Azizah sejak lima tahun lepas dilihat kerap turun padang mendengar dan membantu penduduk yang kurang bernasib baik. Fokus beliau bukan hanya kepada golongan wanita, malah merangkumi semua golongan yang memerlukan bantuan samada dari segi peruntukkan mahupun nasihat.

BN Beaufort mempunyai senjata rasiah untuk tumbangkan Lajim Ukin

Beaufort: Beaufort Umno acting head Isnin Aliasnih said the Barisan Nasional (BN) has a secret weapon to dislodge Datuk Seri Lajim Ukin in Beaufort in the 13th General Election (GE13). 

He said the BN election machinery had launched a whispering campaign in Beaufort to tell voters why Lajim deserted Umno to join the opposition. 

"Now everyone in Beaufort knows the secret and it will be a tall order for Lajim to defend his Beaufort parliamentary seat and Klias state seat (in GE13)," he told Bernama. 

Isnin, who is also the BN's candidate for Klias, said the BN was now on a stronger footing to defeat Lajim in the two seats following PKR Beaufort head Abdul Jarih @ Ramli Haji Ukin and former SAPP vice president Datuk Rashid Gador crossing over to the BN.


Keluarnya Lajim Ukin dari Barisan Nasional sebenarnya merupakan satu kesyukuran kepada kepimpinan yang sedia ada. Perlu kita kenali bahawa suasana politik di Sabah agak berbeza dengan di Semenanjung. Walaupun populariti seseorang pemimpin tidak boleh ditolak begitu sahaja, kebanyakkan rakyat Sabah lebih mementingkan sebuah parti yang besar dan berpengaruh untuk menjamin masa depan mereka.

Keadaan muka bumi dan sosio-ekonomi Sabah juga banyak mempengaruhi pengundinya, dan hanya parti yang mampu menawarkan pembangunan serta kemajuan sahaja yang akan menjadi pilihan mereka. Jadi, agak sukar untuk sebuah parti baru, dan kecil pimpinan Lajim untuk diterima dengan mudah oleh penduduk Sabah.

Mujurlah Lajim keluar lebih awal meninggalkan Barisan Nasional. Sekurang-kurangnya, dengan apa yang berlaku ini, kepimpinan BN masih punya masa untuk merangka strategi dan mencari “panglima” bagi menggantikan beliau. Mungkin lebih bahaya jika Lajim Ukin masih dalam BN dan menjadi gunting dalam lipatan..

Tindakan Abdul Jarih Ukin meninggalkan PKR ketika pilihanraya umum hanya tinggal beberapa hari saja lagi, pasti membawa impak yang lebih besar berbanding dengan tindakan Lajim yang meninggalkan BN ketika pilihanraya masih jauh. Malah, sebagai adik, pasti Abdul Jarih Ukin tahu lebih banyak mengenai rasiah abangnya, Datuk Lajim Ukin. Dan tidak mustahil senjata untuk menumbangkan Lajim adalah datang dari adik beliau sendiri.

**KALAU PAKATAN RAKYAT KALAH, SALAHKAN SAJA ANWAR IBRAHIM..

Friday, April 26, 2013

PRU-13: 1,500 ahli PKR Beaufort dijangka keluar parti

BEAUFORT 25 April - Kira-kira 1,500 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Klias dan Kuala Penyu dijangka keluar parti dan menyertai Barisan Nasional (BN) dalam masa terdekat. 

Perkara itu dinyatakan bekas Ketua Cabang PKR Beaufort Abdul Jarih @ Ramli Ukin yang juga adik kepada Datuk Seri Lajim Ukin, calon PKR di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias. 

Katanya, mereka kecewa kerana Lajim terlalu banyak campur tangan dalam urusan pentadbiran PKR negeri dan ini menimbulkan banyak masalah terutama kepada 25 orang ketua cabang PKR negeri." 

"Dia (Lajim) juga tidak memaklumkan kepada 15 orang ahli cabang PKR bahawa mereka tidak akan bertanding untuk PRU-13 ini meskipun beliau mendapat kuota tersebut sebaliknya telah menggantikan ahli dari Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) sebagai calon dengan menggunakan lambang PKR," katanya kepada Bernama di sini hari ini. 

Ramli yang juga bekas bendahari PKR negeri, berkata mereka juga tidak berpuas hati dengan janji autonomi oleh PKR pusat. 

"Mengikut autonomi itu, ketua cabang PKR di Sabah diberi kuasa penuh sama ada mentadbir, memilih calon dan pengerusi perhubungan negeri tetapi ia tidak dilaksanakan, di mana pemilihan pengerusi pimpinan negeri bukan dari suara majoriti ketua cabang negeri tetapi dari pusat, jadi sekiranya mereka akan memerintah apa akan jadi pada negeri Sabah," katanya. 

Ramli yang masih belum memutuskan untuk menyertai parti komponen BN yang mana, telah menyertai kempen calon BN di kerusi Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun. 

Lajim mempertahankan kerusi Parlimen Beaufort pada pilihan raya umum 5 Mei ini. 

Pada Selasa lepas, Ramli mengetuai 200 anggota PKR mengumumkan keluar dan menyerahkan borang permohonan untuk menyertai BN kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatan beliau ke Sabah.

--BERNAMA

Tuesday, April 23, 2013

KERUSI PANAS BEAUFORT: PERTEMBUNGAN ANTARA LAJIM UKIN & AZIZAH

Rekod pencapaian cemerlang dalam PRU-12 dengan majoriti 10,914 yang dimenangi oleh Lajim Ukin tidak akan mengguburkan semangat BN untuk terus berjuang di Beaufort melalui wakilnya Dato' Azizah Mohd Dun bagi kerusi Parlimen dan Isnin Aliasnih bagi kerusi Dun Klias. Masih ada masa untuk berkempen, dan belum tentu kemenangan akan berpihak kepada Lajim Ukin walaupun ada ura-ura mengatakan bahawa Beaufort adalah kubu kuat beliau. 

Tertekan dengan kritikan pelbagai pihak ekoran tindakan Lajim Ukin berpaling tadah disaat-saat akhir, pada 5 januari 2013, beliau telah mengadakan satu sidang media di Pejabat PPS Putatan untuk menangkis kenyataan MP Kota Belud yang telah mempersoalkan kredibliti beliau sepanjang 26 tahun karier politiknya bersama-sama dengan Barisan Nasional, terutamanya dalam soal pencapaian beliau. 

Antara pencapaian yang dihuraikan oleh Lajim untuk mengembalikan populariti beliau yang semakin tercalar, adalah; berjaya membawa pembangunan infrastruktur di kawasan P. 177 Beaufort dan juga di N 25 Klias iaitu dengan sebanyak 80%. Lajim juga menyatakan dia adalah pencetus idea kepada penubuhan Yayasan Usaha Maju, disamping berjaya membangunkan Wisma Pertanian ketika beliau masih menyandang jawatan sebagai Menteri Pertanian Negeri. 

Sedar tak sedar Lajim Ukin mengakui bahawa kerajaan BN Sabah dibawah pimpinan Datuk Seri Musa Haji Aman banyak membantu rakyat khususnya dikawasan yang diwakilinya. Sekaligus, menunjukan kepekaan BN dalam menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat di negeri ini. Kenyataan Lajim itu juga ibarat meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri. 

Jika sebelum ini Lajim mempersoalkan dan mempertikaikan soal pembangunan di Sabah, terutamanya di kawasan yang diwakili oleh beliau, akhirnya beliau sendiri juga yang tampil menjawab apa yang telah dilakukan oleh kerajaan BN untuk manfaat rakyat di kawasan tersebut. Secara tidak langsung, beliau sendiri mengakui bahawa kerajaan telah membawa impak yang besar dalam pembangunan ekonomi negeri Sabah, dan semua sumbangan-sumbangan kerajaan ini tidak mampu dinafikan termasuklah oleh beliau sendiri.

Kenyataan dari mStar pada 27 Disember tahun lalu melaporkan bahawa majoriti penduduk di kawasan Parlimen Beaufort kekal menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun anggota Parlimen dan Ketua Umno Bahagiannya iaitu, Datuk Seri Lajim Ukin telah meninggalkan Umno beberapa bulan lepas. Malah, baru-baru ini, persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Beaufort, Sipitang dan Kuala Penyu telah berikrar untuk terus menyokong calon Barisan Nasional yang akan bertanding di kawasan Parlimen Beaufort dan Sipitang.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Klias Datuk Azizah Mohd Dun berpesan supaya penduduk tidak terpedaya dengan putar belit pembangkang yang hanya menabur janji-janji kosong. Pada hari penaman calon 20 April lalu, Azizah yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri berkata beliau bertekad untuk menjadikan Beaufort sebagai Hab Pendidikan bagi melahirkan modal insan berdaya saing dan mempunyai jati diri negara bangsa bagi memenuhi keperluan sebagai negara maju menjelang 2020, sekurang-kurangnya 1 Kampung 1 Profesional. Inilah pemimpin yang kita perlukan tanpa menunjukkan rasa gentar kepada pesaingnya Lajim Ukin, Azizah terus bertekad berjuang untuk penduduk di kawasan yang diwakilinya. 

-- HIDUP BN!
-- TATAP BN!

Thursday, March 7, 2013

Insiden Pencerobohan: Lajim memang gila kuasa!

SABAK BERNAM: Selepas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua mendakwa insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai 'sandiwara', malam tadi seorang lagi pemimpin pembangkang tampil dengan mengatakan krisis yang telah mengorbankan wira negara itu adalah ‘wayang’ yang dimainkan oleh Umno-Barisan Nasional (BN). 
Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dalam ucapannya pada ceramah Pakatan Rakyat (PR) di Dataran Sungai Air Tawar, di sini malam tadi, dengan lantang menyatakan bahawa insiden tersebut merupakan ‘wayang’ yang Umno-BN bagi tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat di Sabah yang mana katanya akan menjadi ‘senjata makan tuan’ kepada parti pemerintah itu. 
“Sekarang ini Lahad Datu sudah hancur..yang mana ini adalah merupakan tanggungjawab kerajaan pusat untuk menjaga keselamatan. “Tapi oleh kerana ada wayang yang dimainkan oleh BN untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah, tapi apa yang mereka lakukan ini akan balik makan kepada Umno dan BN,” ujar beliau di dalam ceramahnya. 
Katanya lagi, perkara itu tidak akan sama seperti pada tahun 2008 dimana rakyat di Sabah kini sudah mula sedar dan bersedia untuk menolak Umno-BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.n - Antarapos
Kalau spesis burung kakak tua bercakap, memang beginilah bunyinya.. dia main bedal saja ikut suka hati dia.. Tian Chua buat bunyi begitu, dia pun tidak mahu ketinggalan buat bunyi sama.. Memang betullah kata Datuk Musa Aman bahawa Lajim Ukin sebenarnya burung kakak tua, bukannya manusia.

Adakan disebabkan insiden pencerobohan ini, maka Lajim Ukin terpaksa lari ke Sabak Bernam menyelamatkan diri?? kemudian bila tiba musim pilihanraya, barulah muka dia muncul di Sabah menghasut rakyat supaya menyokong beliau untuk merampas kerusi ketua menteri Sabah?

Sebagai ahli politik yang beriya-iya mahu merampas kerajaan, sepatutnya Lajim Ukin menggunakan kesempatan ini (insiden pencerobohan) untuk meyakinkan rakyat bahawa beliau layak mendapat sokongan rakyat dengan membuktikan kesungguhan beliau untuk sama-sama mempertahankan kedaulatan negara. 

Dalam keadaan gawat seperti ini, kerjasama yang sepatutnya dituntut oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira ideologi politik tidak pula ditunjukkan oleh Lajim Ukin.

Jika benar insiden pencerobohan ini adalah wayang, adakah anggota keselamatan yang telah terkorban itu akan kembali kepangkuan keluarga?? dan jika benar semua ini wayang, kenapa Lajim takut turun ke Kampung Tanduo bagi menghentikan wayang ini?? Dan kenapa perlu Lajim melarikan diri jika semua ini hanya wayang semata-mata?? Lajim sepatutnya menggunakan kewarasan akal fikiran sebelum membuat kenyataan. Jangan kerana terlalu mengidam jawatan Ketua Menteri, maka semua apa yang berlaku hari ini dengan mudah dikatanya wayang umno. 

Jika sebelum ini Lajim Ukin boleh membeli surat cinta Anwar berharga RM50 ribu, kenapa kali ini amat sukar bagi beliau menyumbang sedikit kekayaan beliau bagi meringankan beban penduduk yang terjejas di Lahad Datu ekoran insiden pencerobohan tentera Tausug?? atau, mungkin Lajim bolah juga menyumbang kepada keluarga anggota keselamatan yang terkorban.. Mana tanggungjawab beliau sebagai pemimpin masyarakat yang kononnya amat perihatin terhadap nasib rakyat?

Inilah masanya rakyat menilai kesungguhan para pemimpin-pemimpin pembangkang dalam membantu rakyat dan dalam masa yang sama melindungi kedaulatan negara ini. Ketika anggota keselamatan kita bergadai nyawa mempertahankan negara, para pemimpin pembangkang nampaknya masih berselera membohong, memfitnah dan menghina pengorbanan yang dilakukan oleh pewira negara.

Walau apapun situasinya, pembangkang tetap dahulukan kepentingan politik berbanding dengan kedaulatan negara.. Inilah contoh kepimpinan yang selayak-layaknya ditolak oleh rakyat pada PRU13 nanti dan seterusnya..