Showing posts with label anak2. Show all posts
Showing posts with label anak2. Show all posts

Wednesday, August 27, 2014

Kek Kapal Terbang / Plane Cake..



Assalamualaikum wbt...atas permintaan anak bujang yg nakkan umi dia ni buat kek kapal terbang 3D, maka terhasillah kek yg keras tangan ni...hiii

Dengan deko yg tak berapa kemas, Liza tetap berpuashati sbb dapat jugak sediakan kek ni utk brthday dia ari tu..ye la kan, org tak pernah nak ambil tahu ttg fondant, macam ni la..mmg terkial2 jugak la nak handle fondant tu sbb tak biasa..kalau org yg dah pro, mst pejam mata je buat kek 3D cmni kan..



Kat dalam tu Liza gunakan brownies nutella, nnt Liza masukkan resepi kt entri lain ye..





Selamat Hari Lahir utk Abang, semoga sentiasa menjadi insan yg terbaik dunia dan akhirat...Aamiin




Friday, October 4, 2013

Chocolate Indulgence Cheese Cake utk Angah....Happy Birthday



Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali di hari Jumaat 041013...Alhamdulillah hari ni genaplah umur angah 14 tahun..semoga angah menjadi anak yg solehah dan cemerlang dunia n akhirat...Aamiin

Sebenarnya kek ni Liza buat weekend lepas masa abg cuti..sbb rasa lain sangat bila buat something yg special cmni kalau tak cukup ahli...walaupun kek ni tak secantik mana pun tapi Liza mmg puashati sbb at least dapat buat sendiri utk anak2..alhamdulilllah

Resepi kali ni Liza gabungkan dr 2 resepi yg berlainan..resepi kek chiffon coklat dr Puteri manakala resepi mousse dr ABM, thnx ye pada kedua2nya...Liza mintak izin share kat sini pulak ye...



RESEPI CHOCOLATE INDULGENCE CHEESE CAKE

Coklat Chiffon

Bahan A

30 gram serbuk koko (larutkan dengan 120ml air suam)
4 biji kuning telur
100 gram gula kastor
130 gram tepung kek
1 sk soda bikabonat
60ml minyak jagung
1 sk ese vanilla

Bahan B

4 biji putih telur
60 gram gula kastor
1/4 sk cream of tartar

Cara-caranya :

1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah.
2. Satukan bahan A dan pukul (high speed) sampai kembang
3. Mangkuk lain, bahan B pukul (high speed) sampai kental. (kalau terbalikkan mangkuk tak jatuh)
4. Satukan bahan A dan B secara kaup balik menggunakan senduk kayu/plastik saje.
5. Masukkan dalam loyang 9' yang telah dilengserkan tapaknye saje dan bakar selama 40 minit. Akk guna ap bawah sahaja.- Liza guna loyang 8 inci
6. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan telangkupkan loyang tadi atas redai. biar sampai sejuk, baru keluarkan dari loyang...





coklat mousse:
200g coklat - dipotong kecil
15-20g gula kastor - ikut citarasa
1 biji telur kuning
40ml susu segar
1 1/2 sudu kecil gelatin + 2 sudu besar air - dicairkan
160ml non-diary whipping cream - ABM guna yg dh manis
*jika guna whipping cream yg tawar, tambah jumlah gula ikut citarasa*

cream cheese mousse:
180g cream cheese - disuhu bilik ( Liza guna 250gm)
3-5 sudu besar gula - ikut citarasa
4 sudu besar susu segar
2 sudu kecil gelatin + 2 sudu besar air - dicairkan ( 3 s/b gelatin)
230ml non-diary whipping cream - ABM guna yg dah manis
*jika guna whipping cream yg tawar, tambah jumlah gula ikut citarasa*
*jika mahu buat 2 lapisan cream cheese, lebihkan sukatan sedikit ya*

coklat ganache
200g coklat
80-100ml UHT whipping cream
1/2 sudu besar mentega
*jika nak ganti dengan non-diary whipping cream pon boleh*

 
coklat mousse :
1. Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler.
2. Masukkan telur kuning, gula, susu kedalam mangkuk lain dan pukul seketika. Letakkan mangkuk diatas air panas (double boiler) dan pukul sehingga gebu.
3. Masukkan campuran telur kedalam coklat dan kaup balik. Masukkan juga gelatin yang sudah dicairkan dan gaul rata.
4. Pukul whipping cream sehingga kental. Masukkan kedalam campuran coklat dan kaup balik sebati.
cream cheese mousse:
1. Cairkan cheese dan gula menggunakan kaedah double boiler. 
2. Campurkan gelatin dan gaul rata.
3. Pukul whipping cream sehingga gebu. Masukkan kedalam campuran cheese dan kaup balik rata.
 
coklat ganache:
1. Panaskan UHT whipping cream dengan menggunakan api yang kecil. Jangan sampai mendidih.
2. Jika dah panas, masukkan coklat dan butter kedalamnya dan gaul sehingga coklat cair. Ketepikan.
 
 
Penyediaan
1. Potong kek kepada 3 lapisan. (jika nak buat 3 lapisan mousse, potong kek 4 bahagian)
2. Lapiskan mengikut urutan dibawah :
Lapisan kek - Coklat Mousse - Lapisan kek - Cream Cheese Mousse - Lapisan Kek
3. Jika membuat 3 lapisan mousse, ikut urutan dibawah:
Kek - Cream Cheese Mousse - Kek - Coklat Mousse - Kek - Cream Cheese Mousse - Kek
4. Cover bahagian luar dengan mousse (tgk lah mane yang ada lebih. hihi)
5. Sejukkan didalam peti ais selama 1 jam sebelum tuang ganache diatasnya.
 
 

Dah besar rupanya anak umi ye...dh jadi anak dara pun
 

 

Saturday, August 24, 2013

Fresh Fruit Garden Cake / Kek Buah Buahan Segar....Happy Birthday Abg



Hari tu kakak ada sebut nk mkn kek yg ada buah2 kat dlm tu..mula2 tu Liza ingatkan kek buah, pastu dia cakap kek tu umi dah pernah buat, yg ada krim ngn buah strawberry kat dalam tu...ooo itu rupanya, so balik dr kpg hari tu, singgahlah kat Genting Strawberry Park utk beli strawberry, buah2 yg lain semua dah ada..

Dan kebetulan raya hari tu birthday abg, jadi kira buat sekali la..at least abg pun dapat merasa sebelum balik hostel kan...



RESEPI FRESH FRUIT GARDEN CAKE

Bhn2 kek span:

250gm tepung sponge mix
50ml air
1 s/k ovalette
5 biji telur B
50ml minyak / butter cair
1 s/k esen vanilla

- satukan semua bhn KECUALI minyak / butter cair.
- pukul hingga betul2 putih dan gebu.
- masukkan minyak / butter cair sedikit2 sambil dikaup balik.
- tuang dlm loyang 8 @ 9 inci yg telah digris dan dilapik kertas..
- bakar dalam ketuhar 170C selama 30 minit atau sehingga kek masak..
- terbalikkan kek sejurus dikeluarkan dr oven, lepas 10 minit terbalikkan semula, sejukkan..
- potong kek kepada 2 @ 3 bhgn..

Bhn2 lain:

300ml whipping krim - pukul hingga kental
1 tin buah buahan koktel - asingkan buah dan airnya
Buah buahan segar - blh guna apa je buahan segar, strawberry, epal, anggur, peach, kiwi dan lain2..- potong dadu
Coklat putih - parut



- ambil sekeping kek dan letakkan atas pinggan @ pelapik kek.
- sapu kek dgn air buah2 buahan koktel ( utk lembapkan kek).
- letakkan krim putar dan ratakan.
- tabur buah buahan koktel dan sedikit buahan segar.
- letak lapisan kek seterusnya dan ulangi langkah yg sama.
-sapu keseluruhan kek dgn whipping krim dan tabor coklat putih parut.
- hias kek dgn buah buahan segar..








Thursday, June 13, 2013

Strawberry n Vanilla Mousse Cake....Happy Birthday Yg Ke 10 Kakak





Assalamualaikum wbt...sebenarnya hari ni tuan dapur mmg tersangatlah busynya...ni pun terpaksa terkejar2 nk masukkan n3..ye la kalau bukan n3 yg spesel mmg tangguh dulu lah jawabnya..

Sebenarnya kitaorg dah celebrate birthday kkk ni weekend ari tu, sbb masa tu semua berkumpul, jd konon2 meriah la sikit kan..hihihi


Puas jugak dok piker nk buat kek apa utk birthday kkk ni, piker punya piker, disebabkan dia ni mmg habtu strawberry, maka Liza decide utk buat sesuatu yg spesel la utk dia...strawberry mousse yg Liza gabungkan dgn vanilla mousse n kek moist coklat, sedapppp...


Nnt bila senang2 Liza masukkan resepi ye, hari ni layan gambo je dulu ok...


RESEPI STRAWBERRY N VANILLA MOUSSE CAKE

BHN2 KEK:
Bahan A
... 1 cwn serbuk koko ( saya guna van haunten )
1/2 cwn susu cair
1 cwn minyak mazola/ minyak masak
1/2 cwn gula castor( tak mahu manis kurangkan )
1/2 cwn susu pekat manis

Bahan B
3/4 cwn tepong gandum
1/2 sdt baking powder
1/2 sdt soda bikarbonat
2 biji telur
1/2 sdt essen vanilla ( ada org tak bubuh )

Cara-caranya
1) Masakkan bahan A dlm periuk secara double boiler. Sejukkan
2) Pukul telur dan esen vanilla tak perlu sampai kembang sangat guna garfu pun boleh. Masukkan bahan A kacau hingga sekata.
3) Masukkan tepung yang diayak dengan baking powder dan soda bikabornat sedikit demi sedikit.
4) Didihkan air kukusan terlebih dahulu.
5) Sapukan loyang dengan minyak, seeloknya panaskan loyang dulu sebelum tuang adunan kek.
6) Tutupkan loyang dengan almunium foil utk mengelakkan wap jatuh ke atas permukaan kek. Kukus selama sejam atau hingga kek masak.

Bila dh sejuk Liza potong pada 2 bhgn, ketepikan..

BHN2 STRAWBERRY MOUSSE

1s/m gelatin
60 ml air panas
- satukan dan kacau hingga gelatin larut
11/2 cawan whipping krim
10 biji strawberry - ramas hingga hancur
3 s/m strawberry filling
Pewarna pink
1/2 s/k strawberry paste

- putar whipping krim hingga kental.
- masukkan gelatin, gaul rata..
- masukkan semua bhn dan kacau sebati guna spatula..
- dah ready utk guna..

BHN2 VANILLA MOUSSE


250 gm creamcheese
120 gm gula castor
150 gm uht whipping cream
*1  tbsp gelatin
* air panas secukupnye ( bahan * di kacau hingga sebati )


1. Biarkan cheese pade suhu bilik. Bile dah lembut putar cheese dan gula castor hingge kembang.
2. Masukkan whipping cream
3. Gelatine dan susu segar di satukan dan masak atas api hingge gelatine larut.( kkzu campurkan gelatine dengan 60 ml air panas dan kacau hingge larut )
4.Masukkan gelatine ke dalam adunan cheese dan kacau sebati.
5. Tuang adunan cheese ke atas base biskut dan sejukkan di dalam petisejuk selama 1 jam @ hingga mengeras ( mungkin lebih cepat keras mengikut suhu petisejuk masing2 ye.
Resepi vanilla mousse ni Liza ambik dr dapur Kak Zu, thnx ye kak sbb mousse ni mmg sedap...

Cara2:
- ambil sekeping kek dan letakkan dlm acuan spring foam@ loose tin, masukkan adunan mousse vanilla td..

- lapikkan pula dgn sekeping lg kek coklat td dan masukkan pula adunan strawberry mousse di atasnya..
- simpan dlm fridge hingga mousse keras..
- keluarkan dr acuan dan hias ikut suka, Liza main hentam kromo je...hihihi





 

Tuesday, April 16, 2013

Slice Red Velvet Cake....



Projek buat kek yg dah siap slice ni sbb nk bawak g tadika adik utk celebrate birthday dia dgn kawan2 n cikgu pulak....mula2 ingat nk buat muffin @ kek cawan...pastu pikir punya pikir, nk try buat kek slice la pulak...hanis bab tu pikir lg nak buat kek apa yg budak2 suka, mula2 tu terlintas nak buat kek coklat, pastu rasa macam dh muak la pulak, asyik kek coklat je kan..



So, akhirnya terjadilah kek red velvet ni...at least takde la muak sangat kan...Sebenarnya plan asal Liza tak nak letak serbuk kek tu kat atas, alih2 bila dah siap, bnyak la pulak serbuk2 kek tu yg tinggal....jd dpd membazir, terpaksa tabur jugak la atas krim cheese tu, tak pe la kan, janji tak membazir...

Masih menggunakan resepi dr Ana sbb Liza suka dgn ke'moist'an kek ni...hihihihi..sebelum ni pun dah pernah buat tp versi kek, kalau nk tgk klik SINI ye...

RESEPI KEK RED VELVET

Bhn2:
A:
300 g tpg gandum
2 camb serbuk koko
2 camt baking powder
1 camt soda bicarbonate
1 camt garam

B:
125 g mentega tawar*Ana guna buttercup
280 g gula castor

C:
2 biji telur (gred B)

D:
1 camt esen vanilla
1 camt cuka putih @cuka kurma
1 camb pewarna merah

E:
240ml buttermilk (Campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dengan 1 sdb cuka. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)

CARA-CARA:

  • Ayak (A)-ketepikan
  • Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
  • Masukkan (D)-pukul hingga sebati
  • Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
  • Alas & gris loyang saiz 9" dengan baking paper. Tuang adunan kek dan bakar hingga masak.
  • Atau masukkan adunan dalam acuan cupcake sebanyak 1/2 cup sahaja dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit.
  • Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing.
RESEPI KRIM CHEESE :
500 grm whipping cream-brand VIVO
250 grm cream Cheese-brand Phillidephea
60 grm gula icing
110 grm butter
2 titik lemon paste

Cara -cara :

Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.
Boleh digunakan untuk menghias kek anda

Sunday, April 14, 2013

Princess Cake...alhamdulillah



Assalamualaikum wbt dan selamat bercuti dan bersantai bersama family tersayang...mesti semua dh ada plan nk pergi mana kan hari ni, atau mungkin ada yg lebih senang lepak2 kat umah je...ye la kan, kdg2 tu kita rasa lebih relax bila kat umah dgn family...mcm2 xtvt yg kita boleh buat sama2....

Berbalik pada kek kat atas kan, act tahun lepas lg adik minta kek princess tp umi dia xde keberanian masa tu...dan tahun ni sekali lg dia minta, kesian jugak asyik mintak kek princess je...takkan bila umur dia 20 tahun baru umi nk buatkan kek princess utk dia kan, mmg tak sesuai la...so, dgn semangat dan keberanian yg ciput ni, Liza cubalah jugak utk buat yg terbaik utk anak2...kiranya ni sessi mencabar diri sendiri la...

Dan alhamdulillah, Liza berpuashati sgt dgn hasil deko ni walaupun tak segah kawan2 yg pro bab deko2 kek ni...yg seronoknya bila hubby ngn anak2 tgk dioarg sendiri tak percaya ni la hasil kerastangan umi dia...huhhhh, jgn pandang ku sebelah mata, hanya kerana ku wanita, auuwwww..



Ni lah tuan empunya kek yg tersenyum puashati sbb akhirnya dapat jugak kek princess utk brthday dia kali ni...yg nak tergelak tu, dia siap tanya lg, umi pandai tak make up kan Barbie ni bg dia cantik sikit...apa dia ingat umi dia ni mak andam ke ? hiihhi kelako la Yana ni...

Kek kat dalam tu Liza gunakan kek span coklat dgn filling fresh cream ngn blueberry...

Ada yg nak order ke? hihihii

Tuesday, March 5, 2013

Jagung Manis Rebus Dr Genting Highland...





Assalamualaikum wbt...weekend ari tu saje g jalan2 kat Genting Strawberry Park sbb kakak ckp dah lama tak makan buah stroberi...nasib baiklah rumah dekat dgn GH, bila2 rasa nak, g petik je stroberi tu....ala2 kebun sendiri, lepas tu pandai2lah bayar ye...hihihi

Masa jalan nak keluar tu, nampak la org jual jagung manis ni, adik pun apa lagi, dah mmg hantu jagung, kompem la dia suruh beli...tp alhamdulillah isi dia elok penuh je, tak gongak kan...tapi isi dia campur kaler kuning ngn putih...



Jagung ni mmg manis, berbaloi beli... harga dia 4 tongkol RM10, kitaorg beli 8 tongkol...semua Liza rebus je sbb suka dgn rasa manis jagung ni...pada sesape yg g GH tu, Liza syorkan belilah jagung manis ni sbb mmg tak rugi...


Sunday, October 7, 2012

Chocolate Butterscocth and Almond Cheesecake....


Taraaa...ni lah kek brthday angah ari tu...soooo simple sbb umi dia kan keras tgn, bab2 deko ni mmg fail....tp kek ni mmg best ala2 secret recipe gitu...hiihiii perasan tak sudah...

Jom la kita terus tgk resepi ye, kalau sesape yg berkenan tu nnt boleh la try buat ye, kompem tak nyesal...


RESEPI CHOC BUTTERSCOTCH N ALMOND CHEESECAKE


Bhn2 kek span vanila:

 (A)
160 gram gula
15 gram ovalette
(B)
5 biji telur
125 gram tepung
1 sudu teh baking powder
(C)
40 ml air
(D)
75 gram mentega, dicairkan

1. Masukkan (A) ke dalam mangkuk pengadun dan pukul sehingga sebati.
2. Campurkan (B) dan pukul sehingga pekat.
3. Masukkan (C) dan pukul adunan tadi sehingga lembut dan gebu.
4. Masukkan (D) dan gaul adunan sehingga sebati. Tuang ke dalam acuan bulat berukuran 9". Bakar pada suhu 180 darjah C selama 30 minit. Setelah dibakar, keluarkan kek daripada acuan serta merta.
5. bila kek dah sejuk bahagikan kek pada 3 lapisan..


                                            Resepi  buterscotch blh klik SINI ye...

Bhn2 cream cheese filling  n topping:

300gm cream cheese
700gm whipping krim

- pukul whipping krim hingga kental dan ketepikan.
- dlm bekas lain, pkl cream cheese hingga lembut dan campurkan dgn whipping krim td.
- adunan dibahagi 3 bahagian..

Bhn2 chocolate ganache:

120gm coklat masakan
80 gm whipping krim / susu cair

 - cairkan coklat masakan secara double boiler, angkat dan masukkan whipping krim / susu cair dan gaul sebati.
-  sejukkan sebelum digunakan..

Bhn lain:

Badam cincang secukupnya - panggang

CARA MELAPIS KEK:

- ambil sekeping kek, sapu krim cheese hingga rata, lorekkan dgn chocolate ganache dan butterscotch, tabur badam cincang...
- ambil sekeping lagi kek dan ulang langkah di atas.
- ambil pula lapisan kek terakhir dan sapu krim di seluruh permukaan kek dan lorekkan dgn coklat dan butterscotch...tabur badam di keliling atau atas kek....
- hias ikut suka kreativiti masing2 ye, jgn ikut Liza yg keras tgn ni...ihihhihi
- simpan dlm petiais lbh kurang 4 jam atau semalaman sebelum mkn....



Thursday, October 4, 2012

Selamat Hari Lahir ke 13 Buat Angah....

Assalamualaikum wbt dan selamat malam semua...pejam celik pejam celik ari ni dah pun 4 hari kita dlm bln Ogos kan...tuan rumah pulak biase la, bz memanjang..kejap ada kejap tak de...huhhh letih

Hari ni kan nak tak nak pun kena jugak publishkan n3 ni...ye la takut angah kecik hati...hihihi..
mana idaknya brthday adik beradik yg lain semuanya ada...besok2 nnt boleh la tunjuk kat anak2 angah pulak kan...hihihii


Angah ni sebenarnya tak suka bergambar, tp kalau bab ambik gambar org punya la laju...masa tu dia dah tak kira dah org tgh buat ape,janji dapat lepas gian amik gambar....kdg2 bila tgk balik gambar yg dia snap tu, nak marah pun ada, suka hati dia je nak snap, hishhhh ikut perasaan betul la minah srg ni...

Sebab tu gambar ni shoot jauh sbb dia cakap muka dia tak cantik, tak yah amik dekat2...huhhh ngada2....hihihiii



Ape pun Selamat Ulangtahun kelahiran yg ke 13 buat angah...kami sentiasa mendoakan yg terbaik di dunia n d akhirat utk angah....Aamiin

So, sempena hari yg spesel ni Liza buatkan dia kek butterscotch n chocolate...pergghhh, tp resepi nnt Liza letak ye...so bz right now....bz nak tgk MasterChef sebenarnya.....ekekekekke

Wednesday, August 8, 2012

Selamat Hari Lahir dan Semoga Berjaya.....

Assalamualaikum wbt dan salam ramadhan buat semua...hari ni 080812 bersamaan 19 Ramadhan 1433H...hari ni jugak genaplah umur abg 17 thn....SELAMAT HARI LAHIR BUAT ANAKKU SAYANG...

Walaupun saat dan tika ni abg jauh, tp abg tetap dekat dihati kami....semoga abg terus cemerlang, gemilang n terbilang dunia n akhirat...Aamiin..
Sebenarnya kitaorg celebrate brthday abg ni sblm puasa lg..almaklumlah harijadi dia jatuh time bulan pose, lagi pulak dia duduk jauh dan akan balik sebulan sekali je...so, sebagai kenangan dan ingatan di masa akan dtg, Liza buatkan jugak lah kek yg dia request tak lama dulu...walaupun rupa kek ni mmg tak seberapa tp alhamdulillah itulah air tangan seorang ibu utk anaknya....


So, ni lah hasilnya, kek yg dia request nk ada gmbar flight...terkial kial jugak lah nk buat flight tu, nasib baik ada angah yg kreatif....kalau idak, mst jadi flight yg terhempas, hancussss...hihihihii
Abg minat sgt dgn flight, so umi doakan impian abg akan berjaya suatu hari nanti...Insyaallah...
Resepi kek ni Liza amik dr Fp Madihaa, mmg moist n sedap sgt kek ni, nk buat pun senang jer sbb semua guna sukatan cawan...thnx pada Madihaa yg sudi berkongsi resepi kek yg sedap n senang ni...

Filling dia pulak Liza main hentam je, Liza campur fresh cream dgn stroberi fruit filling, sgt serasi pada tekak kami sbb ada rasa masam manis kat situ, tak muak...

RESEPI KEK COKLAT MOIST

Bhn2:

1 ½ cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
(Campurkan semua bahan diatas dan ayak 3 kali)
1 cawan minyak jagung
1 ½ cawan gula halus
1 cawan susu cair
2 biji telur
1 cawan air panas mendidih

Cara-cara :-
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah.
2. Gaulkan minyak jagung dengan gula sehingga sebati.
3. Masukkan telur dan gaul lagi hingga sebati. Masukkan susu cair dan kacau rata.
4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan gaul hingga
sebati.
5. Campurkan air panas mendidih dan gaul lagi hingga sebati.
6. Tuang pada tin pembakar yang telah disapu minyak jagung. Bakar sehingga masak. Untuk
pastikan kek masak ialah dengan cara cucukkan lidi penguji. Bila lidi keluar bersih bermakna
kek dah masak.
7. Sejukkan dan hiaskan dengan coklat topping.

P/S : Tidak boleh menggunakan mixer. Apabila menggaul hendaklah gaul semua bahan dalam satu putaran sahaja. Kek harus dibakar sebaik sahaja sesudah mencampurkan air panas ke dalam adunan.




Ni la rupa kat dalam kek, Liza paipkan filling stroberi tu dgn coklat ganache..tp xnmpak sgt kan...maybe next time Liza kena lebihkan filling tu...ape2 pun rasa gabungan kek ni mmg mantap...

-... Sekarang ni abg tgh trial exam, so kami mendoakan abg dapat buat yg terbaik, usaha dan tawakal, insyaallah berjaya....doa umi n papa sentiasa mengiringi langkah abg...semoga abg berjaya dan dapat menjadi contoh terbaik utk adik2....Aamiin..-





Wednesday, June 13, 2012

Best Moist Chocolate Cake Mud....Happy Birthday Kakak....


Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to kakak,
Happy birthday to youuuuu....

Kali ni kakak mintak umi dia buatkan patung Pooh,hahahaha kelako...ape dia ingat umi dia ni pandai ke bab2 cmtu....mula2 mmg rasa cm tak nak buat, rasa je taww, tp bila tgk muka dia kesian la pulak...selalu sgt dia buat muka sedih cmtu....alahai kakak, sabo je la...

Setelah berhempas pulas dok pikir nk buat Pooh ni, maka terhasillah Pooh yg gedempol....haaahaha..angah cakap macam perut kakak...huhhhh paku dulang paku serpih....ihihhihii
Bila dah buat tu, rasa cm syiok la pulak, tu yg gatal buatkan reben kat Pooh tu, baru la nmpk ayu sikit, at least blh lah control kebuncitan perut tu......ekekkekekeeke

Puas jugak dok pikir nk buatkan kek utk birthday kakak, ye la kalau blh nk la yg spesel utk hari yg spesel ni kan....setelah ditimbang tara, maka Liza pilih utk buat Kek Chocolate Mud dr Zack, dan bila diteliti resepi ni lebih kurang sama dgn resepi Best Moist Chocolate Cake dr Ida Jepun tu...Ida kata resepi ni dr Naz tp sori ye Naz, Liza tak dapat link kat blog Naz....

So, Liza gabungkan kedua2 resepi ni, Liza gunakan 1 cawan buttermilk utk bg lg moist ,blh ke cmtu kan...moh kita tgk..

RESEPI BEST MOIST CHOCOLATE CAKE MUD

Bhn2: ( selepas diderhakan oleh Liza, jgn mare yer..)

125g dark chocolate atau coklat masakan (ku guna coklat masakan)
125g butter (kalau guna unsalted, campurkan 1/8st garam dalam butter)
1/2st serbuk nescafe
3/8C @ 94ml air masak - Liza guna 1 cawan
1C + 1sb @ 162g tepung gandum - Liza guna 2 cawan tpg gandum

1/8C @15g serbuk koko
1/4st soda bikarbonat
1C @ 220g gula kastor (resepi asal untuk separuh adunan adalah 1C + 1/4C)
2 telur gred A (berat minima ~60g)
1sb minyak masak
1/2 st esen vanila
1/4C buttermilk (homade: 1/4C susu segar@susu tepung+air campur 1st limau nipis/cuka) -Liza letak 1 cawan buttermilk

Bahan Ganache:
125g coklat masakan
100g whipping cream (I just use non-dairy whipping cream)




Cara kek:

  1. Panaskan oven 160C.
  2. Lengserkan dasar dan tepi loyang bulat berukuran 8" dengan butter. Alaskan dengan kertas minyak dan lengserkan lagi dengan butter (untuk memudahkan kek dikeluarkan nanti).
  3. Masukkan 125g butter, 125g coklat, serbuk nescafe dan air dalam periuk kecil. Panaskan dan cairkan coklat serta butter atas api kecil. Ketepikan pada suhu bilik.
  4. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk koko ke dalam mangkuk besar.
    Masukkan gula dan kacau rata (guna whisk je).
  5. Dalam mangkuk lain, campurkan telur, minyak masak, esen vanila, dan buttermilk. Kacau hingga sebati.
  6. Masukkan adunan telur ke dalam adunan tepung. Kacau hingga sebati.
  7. Masukkan adunan coklat ke dalam campuran telur-tepung tadi. Kacau hingga benar-benar sebati.
  8. Tuangkan adunan ke dalam loyang (adunan akan kelihatan seperti cecair).
  9. Bakar untuk 1 jam 15min, 160C atau bila dicucuk dengan lidi tiada adunan yang melekat/kering (saya bakar lebih masa sikit- tambahan 15min untuk suhu 150C). Tapi ni bergantung pada oven masing-masing.
  10. Keluarkan dari oven dan biarkan kek sejuk pada suhu bilik dalam loyangnya (saya terus keluarkan je dan telangkupkan atas redai kek hingga sejuk).
  11. Kek akan ada sedikit mengelembung dan kemungkinan ada bahagian yang keras sikit (from experience, this is usually the case for cakes that has chocolate in it). Bahagian ni boleh dibuang dan telangkupkan kek supaya bahagian rata berada diatas semasa menghias.



Cara ganache:

Cairkan coklat masakan dan whipping cream secara double-boil, biarkan hingga suam sebelum dituang atas kek (mungkin akan ada lebihan ganache, boleh buat hiasan lain).

**Jangan terlebih bakar, nanti kek kurang moist dan tepinya jadi kering/keras. Mud cake guna suhu rendah sekitar 150-160c untuk masak dan masa yang lama. Kalau tengah tak masak lagi tapi tepi dah masak, tutup bahagian atas dengan foil dan tambah lagi masa memasak.

**Buttermilk ada kandungan asid dan bila baking soda bertindakbalas dengan asid, ia menghasilkan kek yang lembut/tender, selain dari memberi kelembapan kepada kek.


 
Kalau nk tgk resepi asal , blh la klik kat kedua2 empunya resepi kat atas tu ye...Liza ni buat nk cari yg senang je, janji sedapppp.....hihiihhihii, terima kasih pada empunya resepi ye, walaupun dah diderhaka dan mix n match, tp tetap lembut dan sedap....alhamdulillah besday girl suka sgt...
 
Walaupun bersememeh rupa kek ni, tp tetap bangga sbb anak2 nk mkn hasil air tangan umi dia...Liza buat kek ni simple je, sbb tetiba teringatkan abg yg dok Seremban yg tak dapat nk rasa kek ni...nnt abg balik, umi buatkan lgi ye....
 
 
 
 
 
 

Thursday, May 17, 2012

Chocolate Cookies Card....



Assalamualaikum wbt...ni pun kukis utk hari guru jugak..kakak sibuk suruh buat kukis macam tahun lepas utk cikgu dia...dia tak tau ke umi dia ni cukup tak berapa rajin nk buat kukis2 ni...tp bila tgk muka dia, tak sampai hati la pulak nk kecewakan...last2 buat jugak, angah pun tumpang sekali...yana pun siap booking kalau dia sekolah nnt, nak bagi kukis ni kat cikgu jugak, siap dgn kaler pink lagi....hihihihihi

Ok la ye, Liza ambik resepi ni kat SINI, terima kasih pada Nurul tuan empunya blog ye...Liza minta share resepi kat sini pulak....kalau nk tgk kukis2 cantik boleh la g jenguk kat umah Nurul yer...

RESEPI CHOC COOKIES

Bhn2 :

400gm flour
50gm cocoa powder
1 tbsp milk powder
200gm butter
200gm castor sugar - Liza cuma guna 150 gm
1 egg
1 tspn of vanilla essence

** if you intend to decorate the cookies with Royal Icing cut down amount of sugar.(I just use 170gm sugar instead of 200gm.....kalau tak manis sangat)

Method:
1.Preheat oven at 160C( fan force oven) or 180C .Sieve flour , cocoa powder & milk powder- set aside
2.Cream butter & sugar till fluffy (1 to 2 minutes)
3.add eggs & vanilla essence & continue beat until well combined
4.fold in flour until it form the soft dough.
5.Place dough on a greaseproof paper & roll out to an even thickness
6.Use your favourite cookie cutter & cut it out & lay on a baking tray.
7.Bake for 15 mins.

Royal Icing:
1 egg white
250gm icing sugar
1 tspn of vinegar
1 tspn of vanilla essence

Method:
1.Beat the egg white in a clean bowl with low speed until it become frosty
2.Add in sugar with 3 intervals & continue beat till well combined
3.Lastly add in vinegar & vanilla,beat at high speed till it form stiff peak.


Wednesday, May 16, 2012

Devil's Food Chocolate Cake utk Cikgu Tersayang...


Assalamualaikum wbt dan Selamat Hari Guru utk semua rakan warga pendidik tak kira rakan di alam maya atau di alam nyata...semoga kalian terus mendidik anak bangsa kita dengan seikhlas hati tanpa mengenal jemu atau putus asa....

Kek ni atas permintaan angah utk seorang guru yg amat dikagumi...sebenarnya Liza tak pernah pun buat kek ni, tp demi utk seseorang yg berjasa pada angah, Liza cuba buat yg terbaik....diharapkan 'sir' suka dgn kek yg tak seberapa ni....

Liza mmg dah lama terliur tgk kek ni kat dapur Kak Ita, nak mintak rasa sikit, jauh pulak, telan air liur je lah kita....ekekekekeke...ni kira 2 dlm 1 la ni, buat kek utk cikgu dan dapat jugak la rasa sikit, sikit jer?..betullll, sikit jer...hihihihihi

Ok moh kita tgk resepi yg Liza CnP dr dapur kak Ita jugak...mintak halal ye kak...resepi asal dr Kitchen Guardian, kata Kak Ita dia amik resepi ni pulak dr Kak Yati, dan Liza tgk ramai yg dah buat kek ni kan, cuma Liza jer baru sampai seru....terima kasih pada semua yg dah menghebohkan ttg kesedapan kek ni....


RESEPI DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE

Bhn2:

Bahan Kek Coklat

 2 cawan tepung gandum
1 / 2 cawan cocoa powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 / 2 sudu kecil garam
1 / 2 cawan gula pasir
1 / 2 brown sugar
125 gm mentega
2 biji telur gred A
2 sudu kecil vanila ekstrak
1/2 cawan buttermilk-(buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit).
1 cawan air suam


Panaskan oven pada suhu 170C
Sediakan loyang ukuran 9 inc.
Alas dngn kertas minyak dan sapu butter di sekelilingnya.

Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan.
Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan-bahan kering(tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cecair (buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.
Terakhir masukkan vanili estract.
Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.

Cream Cheese Frosting
125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanili ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon ~ ita tambah

Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.

Chocolate Ganache
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam ~ ita tak letak
1 sudu besar golden syrup ~ ita tambah
1 sudu teh paste vanila ~ ita tambah


Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair
Angkat dan sejukkan





Melapis Kek
Tunggu kek benar-benar sejuk
tuangkan cream cheese frosting atas kek dan ratakan. Ita masukkan dalam piping bag dan paipkan atas kek.
Simpan dalam peti ais sebentar hingga cream cheese mengeras dalam 20 ~ 30 minit
Tuangkan ganache coklat atasnya
Hiaskan kek mengikut kreativiti.
Simpan semula kek dalam peti ais hingga ganache mengeras

Untuk memotong kek yang menggunakan cream cheese.Celupkan mata pisau dalam air panas atau boleh juga panaskan mata pisau atas dapur.
Lap mata pisau dan potong.

                                                              Here, ready to go....


Saturday, April 14, 2012

Chocolate Velvet Cake...Happy Birthday My Little Princess Yana


Assalamualaikum wbt...hari ni 140412 genaplah umur Yana 4 thn...alhamdulillah kek yg dia request mampu Liza siapkan walaupun tak seberapa...almaklumlah, tgn tak bedung masa kecik2 dulu, ni kira bukan salah ibu mengandung la kan....hiihhhi

Sebenarnya dah lama dok terliur nk rasa kek sibaldu merah yg pemes tu...tp takut pulak bila tgk kaler merah dia tu...last2 sbb nak sgt rasa cmner rasa kek tu, Liza tukarkan kaler merah tu dgn kaler coklat...at least dapat jugak la rasa kek yg pemes tu kan...

Resepi Liza amik dr dapur K1, mmg sedap n gebu macam baldu...hihiihi, thnx bebanyak yer K1,Liza minta izin tempek resepi kat sini pulak...

RESEPI CHOC. VELVET CAKE


Bhn2 A:

375gm tepung gandum
20gm serbuk koko
1s/t baking soda
- semua bhn diayak dan disatukan

Bhn2 B:

170 gm mentega
350gm gula kastor
2 s/t esen vanila
3 biji telur A

Bhn2 C:

350 ml whipping krim / yogurt
1s/b cuka/jus lemon
21/2 s/b pewarna coklat
- satukan semua bhn diatas dan biarkan 10 minit.

Topping Cream Cheese:

250gm cream cheese
80gm gula icing
1s/t esen vanila
180 ml whipping krim

- pukul cream cheese bersama gula hingga lembut, masukkan esen vanila dan whipping krim sedikit2, pukul hingga rata dan tidak berketul.
- siap utk digunakan.

- menghasilkan kek bersaiz 9" dan cupcake sedang sebanyak 30 biji.

Cara2;

- panaskan oven 180C dan sediakan loyang atau cawan kertas.
- pukul bhn2 B hingga kembang dan masukkan telur sebiji sebiji diikuti bhn A dan bhn C secara selang seli, pukul hingga sebati.
- tuang adunan ke dlm loyang yg telah dilengser mentega atau sudukan 2/3 adunan ke dlm cawan kertas.
- bakar hingga masak selama 40-45 minit bg kek dan 20-25 minit bg cupcake.



Upacara memecah kek dimulakan dgn lafaz Bismillah...semoga adik diberikan kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki dan semoga menjadi anak yg solehah dan dilindungi dunia dan akhirat...semoga adik juga sentiasa berjaya di dlm segala cita2 dan impian adik bila besar nnti....Aminnnn






Thursday, January 5, 2012

Moh Kita Ke Taiping....

Ni aktiviti jalan2 terakhir sebelum bukak sekolah....kitaorg g sana pun 2 hari 1 mlm jer, g 31/12/2011 n balik 01/01/12 iaitu ari Sbt n Ahd minggu terakhir cuti sekolah.....mmg ramai betul org kat Taiping ni, mmg diluar jangkaan kitaorg....kiranya kitaorg sambut thn baru kat Taiping la...hihihihi

Mlm tu kitaorg g dinner kat kedai Doli yg mmg pemes kat Taiping....ni pun rekemen dr staf hotel...dia ckp kat kedai tu mmg pemes ngan kuetiaw grg....so, pe lagi kan....alang2 dh dtg sini, why not kita g tgk ape yg spesel sgt kat kedai Doli ni....


Ni la depan kdai Doli, kedai dia ni kat area klinik Jln Tupai...puas jugak la kitaorg berpusing cari kedai ni, maklumlah tmpt yg tak familiar bg kitaorg...masa sampai sini mmg dh ramai org, tp alhamdulillah masih ada tmpt kosong lg....


Mmg crowded sgt mlm tu, makanan kitaorg pun lambat sampai...Liza rasa ape yg spesel kat sini kan sbb kuetiaw tu dia buat sndiri kot...sbb nk kata spesel dr segi rasa, tak jugak, biasa jer bg tekak family Liza..menu kat sini pun kebanyakannya kuetiaw...


                                   Makan dah tak toleh kiri kanan dah, lapo....hihihihi


Kat atas tu la menu2 yg ada kat kedai ni...rasa2 menu lain takde kot...kitaorg g mlm tu pun tinggal kuetiaw grg jer...

Lepas breakfast pg besok kitaorg singgah kat Zoo Taiping n Muzium Perak sebelum g ke tempat utama yg kitaorg nk pergi....jom kita tgk..



Taraaaa...ni la sebab utama kitaorg ke Taiping, semata2 nak g mkn mee udang kat Kuala Sepetang...bkn setakat makan jer, kitaorg siap beli udang segar lagi...puas hati dpt mkn udg besar n fresh....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...