Showing posts with label kuih muih. Show all posts
Showing posts with label kuih muih. Show all posts

Tuesday, January 30, 2018

Kuih Ketayap Lembut...



Assalamualaikum wbt..petang semalam buat ketayap ni sbb nk abiskan stok inti kelapa tu..cuba resepi dr Cikgu Ani yg ,menggunakan sukatan cawan je..timakasih ye, kuih ni mmg sedap n lembut je








RESEPI KETAYAP LEMBUT

Bhn2:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 3 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan santan
  • garam secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Beberapa titis pewarna hijau (jika perlu)


Cara Membuat Kulit Ketayap
  1. Blend daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. 
  2. Tapis dan perah.Campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
  3. Masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati. (guna kaedah ni, adunan tak perlu ditapis untuk mengelakkan tepung yang bergentel.
  4. Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
  5. Sapukan kuali dengan sedikit minyak. (Saya simpulkan sehelai daun pandan dan sapu minyak menggunakannya).
  6. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali.
  7. Biarkan kuih masak. (Tidak perlu diterbalikkan. Cukup jika dilihat atasnya sudah berwarna hijau semuanya.
  8. Angkat. Ketepikan.
  9. Ulang langkah yang sama hingga adunan habis. 
  10. Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.
  11. Ambil sesudu penuh inti (nak lebih pun boleh). Letak di atas permukaan atas kuih. \
  12. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan. 
  13. Bila proses memasak dan mengintikan sudah siap, bolehlah dihidangkan







Bahan Inti Kuih Ketayap
  • 1/2 biji kelapa parut - ambil putihnya sahaja
  • 3/4 cawan gula merah - kalau tak suka manis, boleh kurangkan.
  •  secubit garam 
  • 2 helai daun pandan - disimpulkan
  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu makan tepung gandum

Cara Membuat Inti Ketayap
  • Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
  • Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
  • Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata. (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).
  • Sejukkan inti.

Thursday, January 25, 2018

Kuih Lapis Lagiii..



Assalamualaikum wbt...kuih yg selalu mendapat permintaan dr adik,suka sgt dia mkn kuih ni tapi awal2 dia dah pesan tak nak kaler lain, nak kaler pink ngn putih je...lagi senang keje umi,hihii

Liza buat lagi resepi yg dah pernah Liza buat ni sbb sukatan dia sikit, cukup la utk kami 4 beranak ni..








RESEPI KUIH LAPIS


Bhn2

100gm tpg beras
435ml santan
30gm tpg ubi kayu
90ml air
30gm tpg jagung
190gm gula
sdkt pewarna merah

panaskan pengukus dan ayak semua tpg kedlm mangkuk besar.
- kacau bersama sntan, air dan gula.Kacau hingga gula larut.
- bhg adunan kpd 2 bhgn dan warnakan.
- masukkan 3/4 senduk adunan kedlam loyang dan kukus selama 3 min.
- angkat dan tuangkan lapisan yg berlainan kaler ke dlm adunan td dan kukus semula 3 min.
- ulang hingga habis..
- akhir sekali tutup loyang dgn kain bersih dan kukus lg selama 15 min..


Friday, January 5, 2018

Rahsia Gula Pada Kuih Keria tidak cair...





Liza pasti ramai dr kita yg ada masalah yg sama dgn Liza , iaitu gula yg disalut pada kuih tak akan kekal lama
Pada satu hari tu, Liza terjumpa satu tips yg dikongsi oleh sahabat fb ( lupa pulak nk save nama dia) , cmner cara utk mengelakkan gula dr mencair
Caranya ialah campurkan tepung gandum ke dlm adunan gula yg sedang mendidih..tepung gandum tu agak2 je ye, jgn bnyk sgt pulak..
Kalau dalam satu cawan gula, gunalah dlm 1/2 sudu besar tepung gandum..
Memang terbukti berkesan tips yg diberi tu, Liza dah pun cuba buat..terima kasih bnyk2 ye pada sahabat fb tu





Monday, December 11, 2017

Kaswi Pandan Wangiii..


Assalamualaikum wbt...kuih ni Liza buat minggu lepas lepas tgk ramai rakan IG yg  buat...jadi kali ni Liza cuba resepi dr Kirah, juga rakan IG...terima kasih ye Kirah, senang dan sedap kuih ni






RESEPI KASWI PANDAN

Bhn2:

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
11/4 cawan gula
1 cawan jus pandan - ( blend 1 cawan air bersama 8 helai daun pandan)
3 cawan air
1/4 s/k kapur

Bhn Gaul:

Kelapa parut putih
Sedikit garam


- panaskan kukusan, sapu sedikit minyak pada Loyang ( Liza alas dgn plastic)
- bancuh kapur dgn sedikit air ( dr 3 cawan air td), campurkan dgn semua bhn2 dan kacau sebati
- tapiskan ke dlm Loyang dan kukus selama 25-30 minit
- balut penutup kukusan dgn kain
- sejukkan dan potong
- gaul bersama kelapa parut yg telah digaul sedikit garam
- sedia dinikmati

* kelapa parut tu boleh dikukus sekejap utk bg tahan lama*


Monday, November 20, 2017

Bingka Durian..







Assalamualaikum wbt...bingka ni Liza buat minggu lepas masa stok durian ada lagi,hihi
Kali ni Liza cuba resepi dr Roha , timakasih bnyk2 ye Roha..sedap lemak2 bingka ni,izinkan akk share kat sini pulak ye..







 
 
 
 
 
 
RESEPI BINGKA DURIAN

Bahan2: (loyang 8 inci)

1 cawan isi durian
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
2 cawan santan
2 biji telur
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan minyak masak
Sedikit pewarna kuning 
Bijan secukupnya

Cara:
1.Satukan isi durian, gula, telur dan santan ke dalam pengisar.Kisar halus.
2.Campurkan bahan kisar bersama tepung gandum dan garam.Kacau rata supaya tidak berketul.Titiskan sedikit pewarna kuning dan masukkan minyak masak.Sebatikan.
3.Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius.Lengserkan acuan dengan planta.Masukkan adunan ke dalamnya.Taburkan bijan.Bakar selama 1 jam menggunakan api atas dan bawah.
4.Sejukkan dan potong.
 
 
 
 
 

Thursday, October 26, 2017

Kuih Lapis Zila...




Assalamualaikum wbt...kuih lapis ni Liza buat minggu lepas menggunakan resepi dr Zila, yg dishare kt IG...terima kasih ye Zila, sedap lembut dan kenyal2 gitu
Tapi kuih yg Liza buat ni tak berapa cantik sbb masa panas2 lagi dah potong,hihii









RESEPI KUIH LAPIS ZILA

Bhn2:

2 cawan tpg gandum
1 cawan tpg beras
1 cawan gula pasir
5 cawan santan
Sedikit garam

- panaskan kukusan
- sementara tu campurkan semua bhn ke dlm blender dan kisar
- tapis adunan dan bahagi 2
- letakkan perisa dan pewarna pilihan ( Liza letak perisa ros )
- sediakan loyang yg telah disapu minyak dan dialas plastik
- kukus selapis2 hingga masak kesemuanya

Monday, October 9, 2017

Kuih Sagu / Bronok...



Dah lama sangat tak buat kuih ni..masa abg cuti sem baru2 ni, sempat lah teringat nk buat kuih ni sbb ni fav abg, abg cakap dah lama tak makan kuih ni,hihihi









RESEPI KUIH SAGU AKA BRONOK

Bhn2:

150 gm sagu putih
2 cawan air
1/2 cawan gula
daun pandan
pewarna merah/hijau
kelapa muda - parut dan gaul dengan sedikit garam


Cara Memasak:-


Basuh sekejap sagu dan toskan (jangan basuh lama2, hancusss kang). Masak air bersama gula hingga gula larut. Masukkan daun pandan dan pewarna. Bila air mendidih masukkan sagu dan perlahankan sikit api. Kacau sagu hingga menjadi jernih sikit. Bila telah pekat, tuang ke dalam loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan potong. Gaul dengan kelapa parut.


Monday, September 25, 2017

Serimuka Pandan...



 
 
 
 
 
Kali ni Liza mencuba serimuka resepi dr rakan IG Kinah pulak, tq Kinah
Jom tgk resepi kat bawah ye..
 
 
 
 
 





KUIH SERIMUKA PANDAN KINAH

Bhn2 bawah:

1 cawan beras pulut - rendam 4 jam
1 cawan santan
1/2 s/k garam

- kukus semua hingga masak

Bhn2 Atas:

1 cawan santan
1 cawan air pandan
5 s/b gula
4 s/b tepung gandum
3 s/b tepung kastad
1  biji telur - Liza guna 2 biji telur A

- blend semua dan tapis ke dlm periuk
- masak hingga masak wap, sentiasa dikacau agar adunan tidak berketul


* masukkan pulut ke dlm Loyang yg telah dialas plastic
* tekan sehingga pulut mampat
* masukkan adunan bhgn atas dan tutup dgn aluminium foil - Liza balut tudung kukusan dgn kain
* kukus sehingga masak


Sekaya Keledek..






Lagi peberet family Liza, tapi kali ni cuba letak keledek pulak..Alhamdulillah menjadi dan diaorang suka sgt






 
 
 
RESEPI SEKAYA KELEDEK
 
Bhn2:
 
5 biji telur A
1/2 s/besar tepung gandum
3 keping nise / gula melaka
1 s/b gula pasir - blh lebihkan
1 cawan air
5 helai daun pandan
Sebiji ubi keledek - racik halus
 
 
 




- masak gula Melaka, gula pasir bersama air hingga gula larut, sejukkan
- panaskan kukusan
- ramas telur, tepung gandum dan air gula td bersama daun pandan hingga agak kembang- masukkan ke dlm Loyang , tabor keledek dan kukus 30 minit atau sehingga masak
- sejukkan sebelum dihidang




Thursday, September 7, 2017

Kuih Boom Bijan Nyonya Style ...Lagiiii







Dah banyak kali Liza buat kuih ni guna resepi yg sama sbb yang penting sdp dan tak meletop masa goreng..kalau tak caya, meh cuba resepi ni





RESEPI KUIH BOOM BIJAN NYONYA STYLE
Bhn2:

3 cawan tepung pulut
1/4 cawan tepung gandum
2 s/b gula
11/3 cawan air suam
Inti kacang merah
Bijan secukupnya


- air suam dan gula disatukan, kacau sebati..
- tepung dicampur dan masukkan air gula sedikit2, gaul sebati..
- ambil sedikit adunan tepung dan masukkan inti kacang merah, bulat2kan
- gaul dan golekkan ke dlam bijan, tekan2 sikit agar bijan melekat elok
- goreng hingga keemasan







PETUA*

- air suam utk menghasilkan kandungan kuih yg rangup diluar dan lembut didlm.
- tepung gandum utk mengelakkan kuih dr meletup ketika digoreng serta kuih akan jd lembut



Wednesday, August 23, 2017

Kuih Cek Mek Molek Lembut..




Kuih yg sentiasa jd peberet family Liza, sedappp







RESEPI KUIH CEK MEK MOLEK


Bhn2:


1 kg ubi keledek - rebus hingga empuk dan lecek hingga halus
2 cwn tpg gandum
1 s/besar marjerin
Sedikit garam

- gaulkan semua bhn di atas hingga sebati semuanya..
- bubuh gula / inti yg digemari.
- kalau nk buat cik mek just bbh gula dlm adunan td dan bntukkan.

- goreng dgn api sederhana hingga kekuningan dan gula cair.
- angkat dan sejukkan sebelum mkn ye, kang meletup pulak dlm mulut sbb air gula yg panas tu...hihii



Wednesday, July 5, 2017

Kuih Nekbat Klate..




Assalamualaikum wbt...buat pertama kalinya cuba buat sendiri nekbat peberet hubby ni, Alhamdulillah happy sgt bila hubby cakap sedap.
Tiap kali balik kampong masa nk raya, hubby mst g cari kuih ni utk berbuka sbb kt KL ni ssh nk jumpa org jual kuih nekbat ni
Pasni dah tak yah susah2 dah, kalau rasa nak makan , boleh je terus buat, kan

Terima kasih pada Chef Thyaga utk resepi nekbat ni..






RESEPI KUIH NEKBAT

Bhn2:

125 gm tepung beras,disangai sampai kering dengan api yang kecil,biarkan sejuk dan ayak.

3 biji telur grade A

Sedikit pewarna kuning,

1.    Pukul telur hingga betul2 kembang dan berbuih dengan hand beater. Campur warna.

2.    Masukkan tepung sedikit demi sedikit gaul rata dengan whisk hingga sebati.

3.    Panaskan oven 200c . sapu acuan kuih cara dengan sedikit minyak dan panaskan di atas dapur. Bila dah panas tutup api dan tuangkan adunan kedalam lubang terus masuk oven dan bakar hingga dia naik dan kering. Buat macam ini sampai habis adunan.

4.    Keluarkan dan sejuk. Resipi ini dapat 26 biji. - Liza dapat 10 biji je sbb guna acuan besar

 




SIRA

2 cawan air

1 cawan gula

3 helai daun pandan

6-7 kuntum bunga cengkih

Masak semua bahan hingga gula larut dan mendidih. Tutup api dan
 
masuk nekbat dan biarkan ia meresap air sira. Boleh di hidang  bila
 
sejuk. Boleh juga ganti rose essence dengan daun pandan dan
 
bunga cengkih.
 
 
 
 

Tuesday, July 4, 2017

Kuih Cara Berlauk Paling Senang n Paling Sedapppp...



Salam 10 Syawal utk semua kawan2..sebenarnya kuih cara ni dah lama sgt Liza buat tapi macam biasa la, tak sempat nak masukkan n3 kat sini...bz bebenor

Kali ni Liza cuba resepi dr Che Ani, mmg terbukti sedap hingga menjilat jari,hihihi...izinkan akk share kat dapo akk pulak ye, tq











RESEPI KUIH CARA PALING SEDAP


Bahan bahan :a) Adunan Tepung

1 cawan tepung gandum
1 biji telur ( saiz A/B/C )
1 sudu kecil minyak sapi
1/2 sudu kecil garam
2 cawan air
sedikit pewarna kuning

Cara cara :
Adun semua bahan hingga sebati @ blend je.

b) Lauk dan  aksesori:
200gram daging/ayam - dikisar
2 labu bawang besar- racik halus
3 biji bawang kecil - potong mayang
1 ulas/biji bawang putih - dipotong mayang
1 1/2 sudu besar rempah rendang adabi
1 sudu kecil serbuk kari
garam gula dan perasa secukupnya
sedikit minyak utk menumis

Cara cara

1. Panaskan minyak dan tumis bwang merah
   dan putih hingga kekuning-kuningan.
2. Kemudian masukkan rempah kari dan rempah
   rendang..
3. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging
   /ayam kisar, bawang besar, masukkan air
   secukupnya hingga daging /ayam masak.
4.   Masukkan garam gula dan perasa secukupnya.

Aksesori : Bawang goreng, daun sup dan cili besar yg diracik.

 
 
 
 
 
Proses masak cara berlauk:

1.  Panaskan acuan cara, dan oles dengan sedikit
   minyak.
2.  Masukkan adunan tepung 90% penuh acuan,
   kemudian masukkan lauk, diikuti bawang goreng,
   daun sup dan cili.
3.  Tutup acuan dengan penutup periuk..tunggu
   1-2 minit, angkat tudung periuk, cungkil intai
   bahagian bawah. Kalau bahagian bawah dah nampak
   sedikit garing makna kuih cara dah masak dan
   boleh la  angkat.
4.  Ulangi proses mencara sehingga adunan habis...

Thursday, June 1, 2017

Kuih Keria Lembut..




Setiap kali nk buat keria atau cek mek ataupun cucur badak, mmg resepi ni lah yg Liza gunakan dr dulu..mmg menepati tekak kami sekeluarga sbb mmg lembut walaupun dah sejuk
Tak perlu baking powder mahupun yis, resepi ni Liza dapat dr srg kkk yg meniaga kat Setapak tak lama dulu...terima kasih kak Peah, semoga akk n family sentiasa dimurahkan rzeki dan dilindungi Allah swt..Aamiin






RESEPI KUIH KERIA LEMBUT

Bhn2:


500 gm keledek putih/kuning
1 cawan tepung gandum

1 s/b tepung ubi - Liza tambah
1 s/b marjerin - Liza tambah
garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Untuk Sira Kuih
1 cawan gula-
1/2 cawan air



Cara-Caranya

  1. Keledek di buang kulit dan di potong kecil.
  2. Masukkan keledek,garam dair secukupnya di dalam periuk.
  3. Rebus hingga lembut.
  4. Toskan airnya dan hancurkan keledek hingga lumat semasa masih panas lagi. Sejukkan dulu.
  5. Gaulkan dengan kedua2 serta marjerin dan uli menjadi gegelang kecil.
  6. Goreng hingga kuning keemasan.
  7. Angkat dan toskan minyak.
  8. Masak bahan salutan gula hingga mendidih dan pekat.
  9. Tutup api dan masukkan kuih. Gaulkan perlahan sehingga semua kuih bersalut gula.
  10. Kacau rata hingga gula melekat pada kuih dan hidangkan

Bingka Pandan Joayee..





Assalamualaikum wbt dan selamat berpuasa semua..kuih ni dah lama Liza buat tapi baru sempat nk upload kat sini...almaklumlah bz bebenor

Kali ni Liza cuba resepi dr Joayee tp Liza CnP dr dapur K.Yati..terima kasih utk kedua2nya sbb resepi ni mmg patut dicuba, sedap n lemak









RESEPI BINGKA PANDAN JOAYEE

Bhn2

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan jus pandan (Yatie kisar 4 helai daun pandan bersama 1 cwn air dan tapiskan)
  • 2 1/4 cawan santan (1 cwn santan pekat, selebihnya tambah air)
  • 2 sudu besar mentega- cairkan dan sejukkan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 biji telor
  • 1/2 sudu teh garam
  • pewarna hijau
  • bijan
Cara-Cara:-
  1. Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati kecuali bijan.
  2. Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
  3. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
  4. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C guna api atas dan bawah sampai kuning/garing (Yatie bakar selama 1 jam 15 minit, kalau nak garing lagi guna api atas dlm 5 minit terakhir).


*(loyang 8x8inci, kalau guna acuan pecah 8-dpt 4 keping kuih)

Friday, January 27, 2017

Kuih Bingka Pandan....




Kuih yg selaluuuuu sgt Liza buat sbb senang n sedap...hihii







RESEPI BINGKA PANDAN
Bhn2:


  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air pandan
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan susu cair (sejat)
  • 3 biji telur
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka

Cara-cara

Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
Blender hingga sebati
Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
Taburkan bijan (jika suka)
Bakar 40 minit pada suhu 180c/ hingga masak.
Untuk dapat kan permukaan yg berkerak/garing bolehlah tambah masa membakar.






Satu adunan ni dapat 3 bekas bahulu kemboja tu ye..


Popia Goreng Bersira...




Assalamualaikum wbt...menu petang yg dah lama Liza buat,hihihii
Selalu sgt buat popia ni sbb family Liza mmg suka popia ni









RESEPI POPIA GORENG BERSIRA
Bhn2:

kulit popia secukupnya

       UNTUK INTI :
  • 1 batang carrot - dihiris halus
  • 1 biji sengkuang kecil - hana gune lobak putih
  • 1 mangkuk kubis yang dihiris halus
  • taugeh - jika suka (hana x ltk)
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 1-2 sudu makan udang kering - rendam,toskan n blend
  • 1 sudu mkn sos tiram
  • garam
  • perisa@gula

  • UNTUK SAMBAL SIRA :
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu makan bawang merah n putih kisar
  • 2 sudu besar sos chili - hana guna sos cili thai
  • sedikit belacan - jika suka
  • sedikit air asam jawa@cuka
  • gula melaka@gula putih
  • garam
  • bijan sangai
 







Cara-cara
  1. UNTUK INTI - tumis bawang besar, masukkan sos tiram. tumis hingga naik bau. masukkan udang kering. kacau rata. masukkan sengkuang, carrot, kubis dan taugeh jika suka. perasakan dengan garam dan juga perisa@gula. tutup api dan sejukkan. Isi ke dalam kulit popia tadi dan goreng hingga kekuningan.
  2. UNTUK SAMBAL SIRA - panaskan minyak, tumis bahan2 tadi hingga agak2 pekat. masukkan popia yg dh digoreng tadi. kacau rata. matikan api dan taburkan bijan. siap utk dhidang!


Wednesday, January 18, 2017

Onde onde / Kuih Buah Melaka....





Rasa macam dah lama sgt tak buat kuih ni, tak tau la kenapa..kali ni pun buat sebab sambil nak ajar angah ..iye la kan, malu la kalau anak dara tak pandai masak..belajar tinggi mana pun, tetap kena masuk dapur jugak




 
 
 
 
RESEPI ONDE ONDE / BUAH MELAKA
Bhn2:
Tepung pulut secukupnya
Air pandan secukupnya
Pewarna hijau
- gaul sebati tp jgn terlalu lembik

Gula melaka - racik halus
Kelapa pth
Garam
- masukkan gula melaka kedlm tpg td dan masukkan kedlm air mendidih.
- bila kuih terapung maknanya kuih dh masak dan blh la diangkat..
- gaulkan dgn kelapa yg tlh dicampurkan garam..
- sedia utk dihidang..

 
 
 
 


Taraaaaa, senang je kan...air tu masukkan sikit2 ye, bila dah rasa boleh kepal, maknanya air dah cukup la tu...kalau tersalah lembik, tambah je tepung pulut tu






Thursday, December 8, 2016

Kuih Lapis Gerenti Jadi...



Dah banyak kali Liza buat kuih lapis guna resepi ni sbb sedap n yang paling best sbb cnfirm jadi, insyaallah..blh tgk SINI utk resepi yg lepas
Pada kawan2 yg baru nak berjinak buat kuih lapis ni, Liza mmg rekomen la resepi dr Kak Mahani ni









RESEPI KUIH LAPIS KAK MAHANI

Bhn2: ( Liza guna Loyang 8" )

1 1/2 cwn tepung gandum
2 sb tepung ubi
3/4 cwn gula pasir
1/2 sk garam
4 cwn santan
 

 
Cara2:

Campurkan semua bhn, tuang santan n gaul sebati..

 
Blend hingga halus kemudian tapis.

Bahagikan adunan mengikut warna yg disukai, kalau suka blh buh sdkt esen rose. - Liza bubuh

Kukus 5-6 min setiap lapisan..lapisan akhir kukus 10 min atau hingga btl2 masak..

Sejukkan dan boleh la dipotong

Monday, December 5, 2016

Kuih Boom Bijan Nyonya Style...



Lagi resepi kuih bom / bijan ..kali ni Liza amik dr fb kak Wan..tq kak. mmg tak menghampakan..disebabkan bijan putih tak cukup, maka Liza campurkan dgn bijan hitam...cantik jugak kan,hihii







RESEPI KUIH BOOM BIJAN NYONYA STYLE

Bhn2:

3 cawan tepung pulut
1/4 cawan tepung gandum
2 s/b gula
11/3 cawan air suam
Inti kacang merah
Bijan secukupnya








- air suam dan gula disatukan, kacau sebati..
- tepung dicampur dan masukkan air gula sedikit2, gaul sebati..
- ambil sedikit adunan tepung dan masukkan inti kacang merah, bulat2kan
- gaul dan golekkan ke dlam bijan, tekan2 sikit agar bijan melekat elok
- goreng hingga keemasan


PETUA*

- air suam utk menghasilkan kandungan kuih yg rangup diluar dan lembut didlm.
- tepung gandum utk mengelakkan kuih dr meletup ketika digoreng serta kuih akan jd lembut



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...