Showing posts with label mee/bihun/kuetiaw. Show all posts
Showing posts with label mee/bihun/kuetiaw. Show all posts

Friday, December 22, 2017

Mee Kari dan Homemade Mee Kuning...



Rasa bangga bila dapat buat mee kuning sendiri, rasa tak percaya pun ada jugak,hihii
Baru tau nak buat mee kuning ni takde la susah sgt..yang penting tahap kebersihan terjamin..tima kasih pada cikgu2 yg sudi jawab pertanyaan Liza ttg mee kuning ni..mereka adalah rakan2 IG yg selalu berkongsi resepi di IG..
Kali ni buat mee kari guna homemade mee, berdouble2 sedap..ihhii






HOMEMADE MEE KUNING

Bhn2:

500gm tepung gandum
Sedikit serbuk kunyit - optional
1 biji telur
2 s/k air kapur - optional ( Liza xletak)
2 s/k garam
200ml air


- air dicampur dgn air kapur dan garam
- acmpur tepung tepung dgn telur dan campuran air td. masukkan air sedikit2 sehingga jadi macam serbuk roti ( tepung boleh dikepal) * Tak perlu guna kesemua air
- rehatkan doh 1/2 jam
- bahagikan doh pada 6 bhgn dan ambil satu bahgian gelek dr ketebalan tebal ke nipis ( yg ni Liza tak pandai adjust lagi, hihi)
- rebus dlm air rebusan yg telah mendidih dan masak mee hingga mee timbul
- basuh mee dgn air sejuk utk buang kanji ( Liza lalukan bawah air paip je)
- sejat hingga kering dan gaulkan dgn minyak utk mengelakkan mee dr melekat antara satu sama lain
- boleh terus digunakan atau disimpan dlm fridge
- tahan 4-5 hari




Thursday, October 26, 2017

Homemade Kuetiaw...


Hari tu mmg teringin sgt nak cuba buat kuetiaw sendiri, so dari bnyk2 resepi yg Liza jumpa, terberkenan nk cuba buat resepi dr dapo Mamasya sbb katanya rasa macam kuetiaw yg org jual kt kedai tu
Maka, bermulalah episode mengerah keringat ,hihi sebab buat ni masa anak2 cuti Deepavali ari tu
Alhamdulillah mmg lembut dan sedap, cuma kali ni Liza rasa Liza buat tu agak tebal sikit, next time kena gelek nipis lagi..walaupun tebal tapi tetap lembut n sedap..almaklumlah homemade kan, berani cakap tak sedap,hihii







Ni gambar sebelum direbus






Yg ni pulak selepas direbus..




 


Tuesday, October 24, 2017

Homemade Mee Kuning...




Assalamualaikum wbt..sekian lama memendam rasa utk buat mee kuning sendiri, akhirnya ada rezeki utk beli mesin mee ni..Alhamdulillah
Maka projek pun bermula lah, tima kasih Nurul yg sudi berkongsi resepi homemade mee kuning  yg sedap ni..lps ni mmg akan buat lagi dan lagi guna resepi ni je








HOMEMADE MEE KUNING

Bhn2:

500gm tepung gandum
Sedikit serbuk kunyit - optional
1 biji telur
2 s/k air kapur - optional ( Liza xletak)
2 s/k garam
200ml air


- air dicampur dgn air kapur dan garam
- acmpur tepung tepung dgn telur dan campuran air td. masukkan air sedikit2 sehingga jadi macam serbuk roti ( tepung boleh dikepal) * Tak perlu guna kesemua air
- rehatkan doh 1/2 jam
- bahagikan doh pada 6 bhgn dan ambil satu bahgian gelek dr ketebalan tebal ke nipis ( yg ni Liza tak pandai adjust lagi, hihi)
- rebus dlm air rebusan yg telah mendidih dan masak mee hingga mee timbul
- basuh mee dgn air sejuk utk buang kanji ( Liza lalukan bawah air paip je)
- sejat hingga kering dan gaulkan dgn minyak utk mengelakkan mee dr melekat antara satu sama lain
- boleh terus digunakan atau disimpan dlm fridge
- tahan 4-5 hari







Ni lah hasilnya, dapat lebih kurang sekilo mee..Liza dapat buat 2 kali, mee bandung dan mee grg mamak ( xsempat amik gambar)..
Mee homemade ni agak lembut. jadi kalau grg tu dah tak payah letak air dah..kalau buat yg  berkuah pun dah tak perlu celur dulu, terus masukkan dlm kuah je










Ni lah antara proses2 utk buat homemade mee kuning ni




Tuesday, July 25, 2017

Mee Rebus Cik Ani ( Chef Wan)..



Assalamualaikum wbt...mee rebus dr buku masakan Chef Wan ni mmg selalu Liza buat sbb dah jadi peberet family...kalau ikutkan bhn2 tu takde lah susah mana pun bhn2 pun yg senang dapat..

Jadi pada yg nk try resepi sedap ni, blh la intai resepi kat bawah ye..








RESEPI MEE REBUS CIK ANI
 
 

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 kg mee kuning
  • 150 g taugeh, buang ekor
  • 2 keping tauhu, goreng terendam, hiris nipis
  • 2 biji cili hijau, hiris
  • 1 biji cili merah, hiris
  • 1 pokok daun sup, hiris
  • 1 pokok daun bawang, hiris
  • 4- 5 biji telur rebus, kupas dan belah 2
  • 6 biji limau kasturi, belah 2
  • Bawang goreng secukupnya
  • Kuah mee rebus*
BAHAN KUAH MEE REBUS* :-)
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 2 camca besar rempah kari daging
  • 2 1/2 camca besar tauco, tumbuk lumat
  • 500 g daging lembu (sedap yang ada lemak sikit)
  • 5 - 6 cawan air
  • 500 g keledek
  • 1 cm lengkuas, dititik
  • 1/3 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak dan kisar halus
  • 1 biji tomato, belah 4
  • 7 biji bawang merah kecil*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 cm halia*(*tumbuk halus)
  • Garam dan gula secukup rasa
 
 
CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK KUAH MEE REBUS :-
  1. Daging dihiris nipis dan rebus hingga lembut (kalau guna daging batang pinang tak perlu rebus dulu).
  2. Keledek direbus hingga lembut dan kisar halus.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah taucho dan rempah kari, kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu.
  4. Masukkan daging (kalau daging rebus, masukkan sekali air rebusannya), air, keledek dan lengkuas. Masak perlahan selama 20 minit.
  5. Tambah kacang tanah kisar dan tomato, perasakan dengan garam dan gula.
  6. Masak hingga kuah pekat. (selalunya kuah mee rebus perlu manis sedikit).
 
 
PENYEDIAAN MEE REBUS :-
  1. Celur mee dan taugeh mengikut kuantiti yang diperlukan.
  2. Letak dalam bekas sesuai. Kacau kuah dan tuang atas mee.
  3. Letak telur rebus dan taburkan cili hijau/merah, tauhu, hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan diakhiri dengan perahan jus limau kasturi. Hidangkan segera....
 
 

Thursday, June 1, 2017

Mee Kari Bonda...



Apa yg membezakan resepi mee kari arwah ma dgn resepi lain ialah tentang penggunaan keledek utk memekatkan kuah, biasanya org lain gunakan santan kan, tapi yg ni mmg tak guna langsung santan..rasa manis dr keledek tu yg buatkan rasa mee ni spesel sgt


Semestinya resepi arwah ma ni the best la, cuma kadang2 bila angin M melanda, maka Liza akan gunakan santan,hihii







RESEPI MEE KARI BONDA
Bhn2:
7 ulas bwg merah
2 ulas bwg pth
1 inci halia
1 senduk cili mesin
5 s/b serbuk kari daging
Fishball, fishcake - potong kecil
Tulang + dgg tetel - direbus dahulu
2 biji ubi keledek rebus - tumbuk lumat
2 tangkai daun kari
Air asam jawa

Bhn2 sampingan

250 gm mee - celur
Taugeh - celur
Tauhu - digoreng
Telur -direbus
Limau kasturi
Lada hijau - potong nipis


Cara buat kuah :

- tumbuk atau mesin bwg merah, pth dan halia
- tumis bhn2 tersebut dan masukkan rempah kari bersama cili mesin yg telah dibancuh dgn sdkt air
- bila dah garing, masukkan air asam jawa dan daun kari.

- ubi keledek lenyek td digaul bersama sedikit air
- pastikan betul2 garing, baru masukkan keledek dan tulang bersama air rebusannya..( kalau guna ayam, tambah air biasa je)
- bila dah mendidih, masukkan fishball dan fishcake.
- perasakan dgn garam dan sdkt srbuk perasa.
- bila tulang dah betul2 empuk, tutup api dan hidang bersama bhn sampingan..







Monday, February 27, 2017

Mee Rebus Sedap Chef Wan...


Dah banyak kali Liza buat mee rebus ni tapi selalu lupa nak update kat sini,hihi
Resepi dr Chef Wan ni mmg sedap, sape yg tak pernah cuba tu, must try...insyaallah tak nyesal






RESEPI MEE REBUS
Bhn2 kuah:

Minyak masak
Bwg merah - 15 ulas (kisar)
Halia - 2cm (kisar)
Bwg pth - 6 ulas (kisar)
Rmph kari dgg - 5 bungkus kecil
Cili mesin
Air secukupnya
Daging lembu + tulang2 lembu dan tetel - 1 kilo (direbus dahulu)
Taucu- 4 sudu besar
Buah tomato - 4 biji (potong baji)
Lengkuas - diketuk
Keledek @ ubi kentang - rebus dan lenyek
Gula dan garam
Kacang tanah - 2 cawan ( goreng dan kisar halus)

- panaskan minyak dan tumis bhn2 kisar hingga wangi.
- masukkan rempah kari dan cili mesin yg tlh dibancuh dgn sdkt air dgg dan masak selama 5 minit.
- masukkan taucu dan air secukupnya, buah tomato dan lengkuas.
- didihkan selama 30 minit
- masukkan keledek yg dilecek,gula dan garam dan masak selama 20 minit lg.
- masukkan kcg tumbuk dan didihkan sebentar.

Bhn2 sampingan:

Mee kuning- 3kilo
Tauge - celur
Tauhu - digoreng dan potong dadu
Telur rebus - 4 biji
daun sup dan daun bawang - hiris halus
Bwg goreng
Limau kasturi - potong 2
Cili hijau - potong nipis






Tuesday, September 20, 2016

Mee Rebus Klate ...







Ni menu dinner Liza ari tu sbb tu gambar tak berapa nk cantik,hiihi
Rasanya Liza jarang buat mee ni, sbb dulu2 mmg tak berapa suka...tapi sekarang bila body dah makin mengembang, faham2 sendiri la...semua rasa sedap je kan,hihi
Ni versi Liza sendiri ye, maknanya ikut tekak Liza tapi mmg sedap la..sampai berpeluh2 makan, hihii


RESEPI MEE REBUS KLATE

Bhn2:

500gm mee kuning - cuci
5 ulas bawang putih *
1 ulas bawang merah *
1 s/b lada hitam *
3 s/b sos tiram
Udang
Isi ayam
Sawi, kobis - potong kecil
Karot - hiris nipis
Stok ayam - optional
Air secukupnya
Minyak utk menumis
Garam dan gula secukup rasa


- tumbuk bhn bertanda *
- panaskan minyak dan tumis bhn tumbuk hingga wangi..
- masukkan sos tiram, stok ayam dan air secukupnya dan masak hingga mendidih..
- masukkan isi ayam, karot dan kobis dan masak lagi hingga sayur agak lembut
- masukkan garam, gula, udang dan sawi dan biar mendidih sekali lagi..
- bila rasa semua dah sebati, masukkan mee kuning dan matikan api..
- sedia dihidang bersama sambal kicap



Saturday, September 17, 2016

Kuetiaw Ladna Osemm...






Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali,,,dah balik dr cuti2 ke...esok last cuti sekolah kan, rasa mcm kejap je dok membesarkan badan kat umah...hihii







Kuetiaw ladna ni Liza buat masa cuti Aidiladha baru2 ni..dah takde g mana2 kan, makanya ni la aktiviti sehari2, membesarkan perut yg dah mmg besar..

RESEPI KUETIAW LADNA OSEMM

Bhn2:


1 bungkus kuetiaw - (basuh n perap ngan sdkt kicap manis n goreng skjp)
3 ulas bwg pth - (tumbuk)
Lauk2 kesukaan -(liza letak isi ayam n udg)
kobis,karot n bunga kobis - potong kecil
Cendawan tiram yg kecil
Sawi - potong kecil
6 biji cili api - ketuk sedkit ( blh lebihkan)
3 s/b sos tiram
2 s/b tpg jagung - bancuh dgn sedikit air
Garam,gula n perasa
2-3 cawan air


-Tumis bwg yg ditumbuk td hingga garing
-Msuk lauk2 n sos tiram hingga lauk2 td separuh msk..
-Msukkan air n biarkan mendidih br masuk sayur2an dan cili api..
-Msuk tpg jagung yg telah dibancuh ngan air..(ikut kepekatan yg dikehendaki)
-Biarkan mendidih sekali lg n perasakan dgn garam,gula n perasa..
-Sedia dihidang panas2 bersama kuetiaw yg tlh digrg td..
- Sedap dimakan dgn sambal kicap..

Sambal cili api
1 ulas bwg pth
10 biji cili api (ikut kepedasan)
5-6 s/b kicap manis

-tumbuk bwg n cili api hingga lumat..
-msukkan kicap td n gaul rata...






Tuesday, July 26, 2016

Kuetiaw Goreng...




Assalamualaikum wbt...semua org tau masak kuetiaw grg kan, tapi Liza sengaja simpan resepi kat blog utk anak2 Liza di masa akan datang..
Ni resepi turun temurun dr arwah ma..







RESEPI KUETIAW GORENG ARWAH MA


Bhn2:

2 bungkus kuetiaw

Isi ayam / udang - bersihkan
5 ulas bawang putih - tumbuk

3 s/b cili kisar - tambah kalau suka pedas
2 s/b sos tomato
2 s/b sos cili
Sedikit kicap
Tauge
Daun kucai

Sawi
Garam, perasa
Minyak



- panaskan minyak
- tumis bwg pth yg ditumbuk td

- masukkan cili kisar dan biar hingga cili masak dan naik bau..
- masukkan segala sos dan kicap, garam, perasa ayam / udang
- masukkan kuetiaw dan sdkt air
- bila dh hampir masak masukkan sayuran..

- gaul sebati dan tutup api..
- sedia dihidang..




Sunday, July 3, 2016

Mee Goreng Mamak...



Mee goreng mamak style yg menjadi kegilaan family Liza,hihihi
Resepi ni Liza olah ikut selera kami ye, jadi peda sesiapa yg nak mencuba tu, silakanlah..








RESEPI MEE GORENG AYAM MAMAK
Bhn2:

2 paket mee kuning - bersihkan
2-3 ketul ayam KFC -Potong kecil ( kalau xde nak guna lauk lain pun boleh je)
3 ulas bawang putih *
2 ulas bawang merah *
5 s/b cili mesin
11/2 s/b serbuk kari ayam
Cili api - optional
Sebiji telur
Sawi, kobis atau sayuran lain
Minyak utk menumis
Kicap manis
Garam







- tumbuk bhn bertanda *
- panaskan minyak dan tumis bhn tumbuk td, masukkan cili mesin  dan serbuk kari ayam, masak hingga naik bau..
- masukkan ayam td dan batang sawi / kobis, agak2 hingga batang sawi / kobis dah lembut..ms ni boleh masukkan ciliapi kalau suka pedas ye
- masukkan garam dan kicap manis, gaul sebati..kalau agak kering, tambah air sikit ye..
- masukkan mee, gaul sekejap dan pecahkan telur , gaul lagi..
- akhirnya masukkan daun sawi dan gaul sebentar, sesuaikan rasa dan siapp..

Thursday, June 16, 2016

Mee Sup Sedap...



Assalamualaikum wbt....mee sup dr dapur Kak Yati ni mmg sedap, sampai hubby cakap kalau kat kedai mkn ada jual mee sup sedap cmni, kompem hari2 dia g makan kat situ,hihihi
Tq kak, Liza share kat sini pulak ye


RESEPI MEE SUP SEDAP

Bahan-Bahan:
  • 500 gm daging
  • 2 btng serai- di titik
  • 1/2 inci lengkuas- di hiris
  • 3 sudu besar rempah sup adabi
  • 2 sudu besar rempah kurma adabi
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam/lada putih
  • minyak utk menumis
  • 5 cawan air atau secukupnya
  • garam dan sedikit gula

Bahan Kisar
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci halia

Bahan Tumis
  • 1 btng kayu manis, 1 kntm bunga lawang, 2 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang merah di mayang
  • 2 ulas bawang putih di hiris
Cara Memasak.
  1. Rebus daging hingga empuk dan toskan. Jangan di buang air rebusan. Sekiranya guna daging batang pinang tak perlu rebus dulu ya.
  2. Panaskan periuk dan masukkan 1/2 cwn minyak masak. Tumiskan bahan2 tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan2 kisar, kacau sebati dan masukkan serai dan lengkuas.
  3. Masukkan rempah sup dan rempah kurma yg di bancuh dngn sedikit air. Masukkan pula serbuk lada hitam. Tumis lagi sehingga terbit minyak.
  4. Masukkan daging yg telah di rebus dan masukkan sekali air rebusan daging.
  5. Masak hingga mendidih. Masukkan garam dan sedikit gula. Perasakan.
  6. Sekiranya dah cukup rasa, tutup api dan bolehlah di hidangkan bersama mee yg telah di celur.





Bahan2 Penyediaan Mee Sup
  • 1 bungkus mee kuning
  • 1 mangkuk taugeh- buang ekor, cuci, celur dan toskan
  • daun sup, daun bawang-cuci, toskan dan dihiris halus
  • bawang goreng.

Cara Penyediaannya.
  1. Masukkan mee yg telah di celur ke dlm mangkuk. Masukkan taugeh dan tuangkan kuah sup.
  2. Taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng. Siap dan boleh di makan bersama sambal kicap.

Sambal Kicap
  • 10 tangkai cili padi merah
  • 15 tangkai cili padi hijau
  • 3 ulas bwng putih-bakar sebentar
  • 1/2 cwn kicap manis jalen atau secukupnya
  • 1 sudu kecil minyak masak- supaya biji cili hancur
  • 2 biji limau kasturi-ambil jusnya.
Caranya
  1. Kisar cili padi merah dan cili padi hijau, minyak, bwng putih bersama kicap jalen tadi.
  2. Tuangkan dlm mangkuk dan campurkan jus limau kasturi tadi. Gaul sebati.
  3. Boleh di makan bersama mee sup daging tadi.



Tuesday, April 26, 2016

Bihun Goreng Putih / Singapore...



Assalamualaikum wbt...ni salah satu peberet Liza, mihun grg putih atau ada orang panggil mihun grg Singapore..mmg kena dgn selera Liza, nak2 pulak tambah ciliapi, perghhh mmg power la..
Tapi versi kali ni Liza tak letak ciliapi sbb anak2 nk makan..







RESEPI BIHUN PUTIH GORENG CILIAPI
Bhn2:

600 gm bihun - direndamkan sehingga lembut dan toskan
200 gm isi ayam -  potong kecil
200 gm kobis - racikkan
1 batang lobak merah - hiris halus
3 keping tahu - goreng dan potong kecil
½ cawan air
3 sudu besar minyak
garam, perasa
20 tangkai ciliapi - tumbuk kasar ( xletak)
2 ulas bawang merah - tumbuk halus
3 ulas bawang putih - tumbuk halus
1 sudu besar udang kering - tumbuk halus
1s/k lada hitam - tumbuk halus

-  Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
-  Masukan ayam, kacau rata.
- Bila ayam masak masukkan garam, serbuk perasa dan air. Kacau rata.
- Masukkan kobis, carrot dan bihun. Kacau rata sehingga sebati.
- Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut, masukkan tauhu grg dan gaul sebati.





Wednesday, September 2, 2015

Mee Sup Soto...




Macam biasa la kalau nk buat soto mst guna resepi dr Cik Mat, mmg dah jadi resepi wajib la...tak tengok dah resepi lain sbb menepati selera family Liza...Terima kasih Cik Mat ..






RESEPI MEE SUP SOTO

Bahan2

2 - 3 ketul serangka ayam, cuci bersih dan toskan
20 batang kaki ayam, potong hujung jarinya, cuci dan toskan - xletak
2 keping dada ayam, cuci, toskan dan perap dgn kunyit, garam dan halia 1/2 jam - Liza rebus sekali dgn kuah
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
2 camca besar rempah sup "ADABI"
1 1/2 camca besar rempah kurma "ADABI"
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*(*rempah tumis)

Bahan Kisar Halus
1 labu bawang besar
4 ulas bawang merah kecil
3 biji bawang putih
2 inci halia
1 camca teh lada hitam biji
4 biji buah keras
1 inci kunyit hidup

Cara2

Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum, masukkan serai, lengkuas dan bahan kisar halus, tumis hingga wangi. Rempah sup dan kurma, disatukan dan bancuh dgn sedikit air, kacau rata dan masukkan dalam peruk tadi, tumis hingga rempah sedikit garing. Masukkan rangka ayam, gaul rata dan biar kecut sekejap. Tuang air secukupnya, masukkan bawang goreng dan daun sup, kacau rata dan biar mendidih. Kecilkan api dan renih 1 - 2 jam, tambah garam secukup rasa..ayam yg dah di rebus tadi Liza asingkan dan carik2 isinya..


Bahan Bergedel:

5 biji ubi kentang- rebus hingga empuk
Sedikit isi ayam / daging potong kecil - rebus bersama kentang
Sedikit daun sup - diracik halus
Bawang goring
1 ulas bawang putih - tumbuk. cincang halus
1 biji putih telur - kocok sedikit
Minyak secukupnya

- lenyek ubi kentang hingga lumat dan masukkan semua bhn lain kecuali telur dan minyak..
- ambil adunan dan bulat2kan , pastu leperkan sedikit..ulang hingga habis..
- sementara tu panaskan minyak..
- celup adunan td ke dlm putih telur dan goreng hingga kekuningan dgn api kecil..


Bahan Lada Kicap:

10 - 15 biji cili padi
2 biji bawang putih
1 cawan kicap manis

- tumbuk cilipadi dan bawang putih hingga lumat..
- masukkan kicap manis dan gaul sebati..siapp





Bahan-bahan Lain:

Nasi Impit /mee
Tauhu, goreng dan dihiris
Soon goreng (jgn cuci soon, terus goreng dalam minyak panas)
Taugeh, dicelur sekejap
Bawang goreng
Daun sup/bawang
Begedel
Kacang tanah goreng

Kobis - celur sekejap

Penyediaan Soto:

Dalam mangkuk, masukkan nasi impit/ mee
Tuang kuah soto dan letak bhn2 lain..

Sedia dihidang, walllaaa..


Tuesday, August 25, 2015

Mee Goreng Ayam Mamak....


Assalamualaikum wbt....sebenarnya mee goreng mamak ni dah selalu sgt Liza buat...tapi Liza olah ikut selera family, kebiasaannya Liza akan guna lebihan ayam KFC atau apa2 yg seangkatan dengannya...sebab kalau order kat kedai mamak pun, diaorang akan guna ayam goreng tepung diaorang tu, jadi dapatlah idea dr situ kan..







RESEPI MEE GORENG AYAM MAMAK

Bhn2:

2 paket mee kuning - bersihkan
2-3 ketul ayam KFC -Potong kecil ( kalau xde nak guna lauk lain pun boleh je)
3 ulas bawang putih *
2 ulas bawang merah *
5 s/b cili mesin
11/2 s/b serbuk kari ayam
Cili api - optional
Sebiji telur
Sawi, kobis atau sayuran lain
Minyak utk menumis
Kicap manis
Garam





- tumbuk bhn bertanda *
- panaskan minyak dan tumis bhn tumbuk td, masukkan cili mesin  dan serbuk kari ayam, masak hingga naik bau..
- masukkan ayam td dan batang sawi / kobis, agak2 hingga batang sawi / kobis dah lembut..ms ni boleh masukkan ciliapi kalau suka pedas ye
- masukkan garam dan kicap manis, gaul sebati..kalau agak kering, tambah air sikit ye..
- masukkan mee, gaul sekejap dan pecahkan telur , gaul lagi..
- akhirnya masukkan daun sawi dan gaul sebentar, sesuaikan rasa dan siapp..


- senang je kan...


Monday, August 10, 2015

Mee Kari Tulang...



Assalamualaikum wbt...mee kari ni Liza pun dah lupa bila Liza buat,rasanya dlm 3 4 bulan dulu kot...hiihi
Walaupun dah banyak kali Liza masukkan resepi tapi Liza akan tetap sertakan resepi ni kat bawah..
Kalau arwah ma style, kuah mee kari ni dia tak letak santan tapi dipekatkan dgn ubi keledek rebus yg dilenyek...jadi rasa kuahnya lagi ummphh

Tapi kadang2 Liza buat guna santan je sbb takde stok ubi keledek..








RESEPI MEE KARI TULANG

Bhn2:
7 ulas bwg merah
2 ulas bwg pth
1 inci halia
1 senduk cili mesin
5 s/b serbuk kari daging
Fishball, fishcake - potong kecil
Tulang + dgg tetel - direbus dahulu
Santan secukupnya
2 tangkai daun kari
Air asam jawa

Bhn2 sampingan

250 gm mee - celur
Taugeh - celur
Tauhu - digoreng
Telur -direbus
Limau kasturi
Lada hijau - potong nipis





Mee kari ni peberet family Liza, jadi selalu jugak la Liza buat..macam2 lauk yg kita boleh letakkan, terpulang pada citarasa masing2 ye, jgn terikat dgn resepi bulat2...




Friday, January 9, 2015

Char Kuetiaw Aloq Staq Lagiiii....


Assalamualaikum wbt dan salam jumaat...menu ni pun dah berkurun Liza buat, family Liza mmg suka sgt dgn rasa char kuetiaw ni...Alhamdulillah..masih setia dgn resepi yg Liza dapat dr bro yg baik hati, yg meniaga char kuetiaw yg sedap ni kat Alor Staq..semoga rezekinya sentiasa murah dan dirinya sentiasa dilindungi Allah swt..Aamiin


Kalau nak buat char kuetiaw ni, mula2 kita kena siapkan kicap dia, kalau nak buat awal2 n letak fridge pun ok, masa nk guna, cuma defrostkan je...Liza pun selalu buat cmtu jugak, senang kan...




RESEPI CHAR KUETIAW

Bhn2 sos kicap:

Kicap manis
Kicap masin
Sos ikan
Sos tiram
Gula, perasa
Air

- semua bhn diatas Liza agak2 sama banyak, garam xyah letak sbb sos ikan dgn sos tiram dah masin...perasa pun dlm 1s/t.
- masak semua bhn di atas dan selalu kacau hingga gula hancur.
- sejukkan dan simpan kat tmpat sejuk beku utk tahan lebih lama.



Pastu baru kita siapkan semua bhn utk buat char kuetiaw ni...jom kita tgk..


5-6 s/b cili mesin - digoreng dgn api perlahan hingga naik minyak
4 ulas bwg pth - tumbuk
3 senduk kicap campur *
4 senduk air
Kuetiaw - 1kg
Udang
Kerang - Liza xletak
Daun kucai
Tauge
Telur 2 biji - kalau nak letak lebih pun blh

Cara2 :

- panaskan sedkit minyak, tumis bwg pth , bila garing sikit masukkan cili mesin grg tadi.
- masukkan udang / kerang, biar hingga udang masak.
- masukkan pula kicap campuran, air dan kuetiaw.
- biar hingga kering sdkt, masukkan kucai dan tauge.
- pecahkan telur di tgh2 kuali, kacau membulat dan terus tutup api.
- sedia dihidang, enak dimakan panas2...

Masa ni Liza lupa nak beli kucai, sbb tu tak letak, hihihi




Wednesday, October 1, 2014

Mee Goreng Ayam Mamak Style...



Assalamualaikum wbt...hari ni buat lagi mee goreng mamak ni sbb family Liza mmg suka sgt..tiap kali ada lebihan ayam KFC mst Liza simpan utk grg dgn nasi ataupun grg mee mamak ni..dah banyak kali Liza buat tapi asyik lupa je nk snap gambar, kali ni baru teringat...hihi

Resepi ni lebih kurang sama dgn yg pernah Liza buat sebelum ni kat SINI, tapi Liza olah sikit ikut selera dan apa yg ada kat dapur Liza..


RESEPI MEE GORENG MAMAK
Bhn2:


500gm mi kuning
3 ketul ayam grg KFC - potong kecil
2 keping tauhu - potong kecil
Sawi secukupnya - asingkan daun dan batang
3 sudu cili kisar-boleh tambah kalau nak pedas
1 1/2s/b rempah kari
3 sudu kicap pekat
2 sudu minyak
3 ulas bawang putih *

2 ulas bawang merah *
10 biji cili api - tumbuk kasar
3 biji telur ayam

Sedikit garam


Cara2:
- tumbuk bhn bertanda * hingga lumat.

- panaskan  minyak dan tumis bhn tumbuk, cili mesin, cili api yg ditumbuk kasar serta rempah kari..
- goreng hingga naik bau, masukkan sedikit air kalau terlampau kering, lepas tu masukkan garam secukup rasa.
- masukkan ayam, batang sawi dan tauhu, biar sekejap agak2 batang sawi dah layu..
- masukkan kicap dan pecahkan telur, kacau2 sikit..
- masukkan mee dan daun sawi dan goring sebentar, gaul hingga sebati dan rasakan..
- bila dah sesuai rasanya, angkat la..hihihi







Tuesday, September 9, 2014

Mee Rebus Haji Wahid Lagiiii....



Atas permintaan hubby maka Liza buat lagi mee rebus ni, dah jadi menu peberet hubby n anak2...thnx pada ct yg memanjangkan resepi ni..
Mee rebus Haji Wahid ni kalau tak silap Liza berasal dr Johor kan..kalau Liza silap, tolong perbetulkan ye..walaupun tak pernah rasa sendiri cmner rasa mee rebus yg sebenarnya, tapi dgn resepi ni pun dah cukup sedap dan menyelerakan...betoiii,  kalau tak caya jom buat..





RESEPI MEE REBUS HAJI WAHID
Bhn2:
2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan Taburan Tepung Udang Kering- xbuat
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan
tahu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua- ganti dgn limau nipis





Cara Menyediakan

Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

Cara-cara untuk Kuah
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Cara untuk menghidang
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.



Friday, August 15, 2014

Mee Kari...


Sebenarnya ni mee kari yg Liza buat utk iftar Ramadan ari tu...hihii, lupa daaa nk masukkan entry kat sini...resepi masih mcm biasa yg pernah Liza buat, cuma kali ni Liza campak2 je lauk yang ada kat dlm peti..



RESEPI MEE KARI

Bhn2:

7 ulas bwg merah
2 ulas bwg pth
1 inci halia
1 senduk cili mesin
5 s/b serbuk kari daging
Fishball, fishcake - potong kecil
Tulang = dgg tetel - direbus dahulu - xletak
Santan secukupnya
2 tangkai daun kari
Air asam jawa

Bhn2 sampingan

250 gm mee - celur
Taugeh - celur
Tauhu - digoreng
Telur -direbus
Limau kasturi
Lada hijau - potong nipis




Cara buat kuah :

- tumbuk atau mesin bwg merah, pth dan halia
- tumis bhn2 tersebut dan masukkan rempah kari bersama cili mesin yg telah dibancuh dgn sdkt air
- bila dah garing, masukkan air asam jawa dan daun kari.
- pastikan betul2 garing, baru masukkan santan dan tulang bersama air rebusannya..
- bila dah mendidih, masukkan fishball dan fishcake.
- perasakan dgn garam dan sdkt srbuk perasa.
- bila tulang dah betul2 empuk, tutup api dan hidang bersama bhn sampingan..


Tuesday, October 29, 2013

Char Kuetiaw...



Selalu jugak buat char kuetiaw ni sbb anak2 mmg suka, selalunya mmg Liza akan buatkan lebih sos kicap n simpan dlm freezer, jadi bila2 je nak guna, senang...

RESEPI CHAR KUETIAW

Bhn2 sos kicap:

Kicap manis
Kicap masin
Sos ikan
Sos tiram
Gula, perasa
Air

- semua bhn diatas Liza agak2 sama banyak, garam xyah letak sbb sos ikan dgn sos tiram dah masin...perasa pun dlm 1s/t.
- masak semua bhn di atas dan selalu kacau hingga gula hancur.
- sejukkan dan simpan kat tmpat sejuk beku utk tahan lebih lama.
 
Ramuan bhn2 ni Liza dapat dr ( bro )tukang masak char kuetiaw kat Alor Setar dulu, resepi dr Mas pun lebih kurang sama dgn resepi ni, cuma Liza kurangkan sukatan garam dan ajinomoto..perasakan ikut selera kita masing2 ..



Bhn2:

Cili mesin - digoreng dgn api perlahan hingga naik minyak
4 ulas bwg pth - tumbuk
3 senduk kicap campur
4 senduk air
Kuetiaw - 1kg
Udang
Kerang
Daun kucai
Tauge
Telur 2 biji - kalau nak letak lebih pun blh


Cara2 :

- panaskan sedkit minyak, tumis bwg pth , bila garing sikit masukkan cili mesin grg tadi.
- masukkan udang / kerang, biar hingga udang masak.
- masukkan pula kicap campuran, air dan kuetiaw.
- biar hingga kering sdkt, masukkan kucai dan tauge.
- pecahkan telur di tgh2 kuali, kacau membulat dan terus tutup api.
- sedia dihidang, enak dimakan panas2...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...