Wednesday, 11 April 2018

Al Fatihah ~ Paknjang aka Toknjang



Petang tu sempat lagi Paknjang update dalam group WA keluarga pasal final badminton mixed double di Gold Coast.
Tup-tup malam tu usai kami dinner, aP call bagitau papanya pengsan di rumah. Rupanya dah sampai ajal arwah. 

Arwah sakit kencing manis. Sejak akhir2 ni makin teruk kakinya. Hari2 kena ke klinik untuk cuci. Masa makan2 kat rumah kami baru-baru ni pun Zana ada maklumkan kaki papanya mula menggelupas. 

Sebelum menutup mata, sempat juga arwah ke tanah suci mengerjakan umrah bulan lepas kalau tak silap Umi. Alhamdulillah rezeki paknjang dapat ke sana atas tajaan paktam. 

Nampak mudah dan senang je paknjang 'pergi' tapi deritanya menahan sakit kaki yang luka tu pasti kita tak dapat bayangkan. Ada tok umi share gambar kaki yang luka tu tapi Umi tak sanggup nak tengok. Ngeri! 

DOA Umi moga arwah ditempatkan dikalangan para solihin. Aamiin. 

Tuesday, 10 April 2018

Kat mana nak repair smartphone?


Dua hari lepas phone Umi 'padam'. Charging port rosak so takleh nak charge bateri. Umi rilek je. Sekali sekala takde phone rasa aman jugak hehe... Tak macam dulu2 time muda remaja kalau phone rosak menggelupur je nak repair cepat2. La la tu jugak kata orang Kedah. 

Mula tu Umi confident je bawa ke Gadget World, ingatkan boleh repair. Rupanya service section depa dah katup. Singgah satu kedai lagi, sebelah Adam Lai prima sri gombak tu. Berbunga kejap hati Umi bila staff dia siap minta no tel untuk depa call kalau technician depa boleh tolong. Tapi sampai ke hari ni takde pun depa call haha...

Umi pasrah je la...Ada rezeki dapatlah repair. Takde rezeki repair kot dapatlah yang baru (hi B 😘)... Malam tu Walid suggest suruh pergi kedai belah sri gombak lama... area kedai2 4D tu. Ada 2 kedai kiri kanan kedai no ekoq tu so Umi pilih belah kanan, lebih afdhal haha... Walid pernah repair phone dia dekat salah satu kedai ni tapi lepas repair tu speaker pulak rosak. Itu yang Umi cuak juga mulanya. Nama kedai tak ingat tapi ada signboard  Hotlink... dua2 kedai sama je signboard, dua2 ada poster siti nurhaliza pegang phone Vivo. Kedai sebaris dengan barber shop & 99 Speedmart. 

Kena tinggal kan phone Umi dalam 4 jam gitu. Tapi dia keluar kan semua simcard, memory card bagi kita simpan so selamat jugaklah disitu. Sekarang kan macam2 kes orang curi gambar/video dsbnya kan... Caj rm50. 

Alhamdulillah so far oklah phone Umi ni. Harapnya panjang lagi umurnya aamiin. 

Pesanan untuk dori sendiri :) 

Thursday, 5 April 2018

Kenduri 09/18 ~ joined sekali majlis akad nikah 💑



Mulanya Umi segan nak ke majlis akad nikah Atun & Ikhwan ni tapi berkali-kali mak pengantin ajak, Umi pergi lah juga. Segan sebab biasanya akad nikah ni kaum keluarga terdekat je kan. Tapi seronok juga dapat join sebenarnya. Majlisnya ringkas dan lancar sekali. 



Majlis akad nikah ni dalam bilik nikah di Masjid Al Khairiah Sri Gombak tapi dihias cantik sangat. Umi berkenan sangat dengan pelamin nikah Atun ni. Simple tapi penuh dengan munga-munga membuatkan hati kita pun berbunga-bunga. Chewah!


Esoknya majlis resepsi diadakan di dewan. Keluarga pengantin perempuaan pakai warna ungu sedondon. Lawa pulak Umi tengok. 

Adik boleh gang dengan keluarga pengantin sebab baju sama color dah dengan depa 😀



Pelamin pun cantik. Sejak semenjak dua ni suka sungguh Umi ambik gambar pelamin. Tak sah rasanya kalau pergi kenduri kahwin tak abadikan gambar pelamin. Dah terkena sindrom makcik-makcik bawang agaknya haha...  


Door gift yang exclusive. Dalam tu ada coklat 4 ketoi. 

Tahniah ye Atun & Ikhwan. 
Barakallahu la kuma was jamaa' baina kuma fil khair. Aamiin.


Wednesday, 4 April 2018

The Leela Mumbai



Inilah hotel yang Walid stay during his recent trip to Mumbai. Nampak cantik dan gah almaklumlah 5-star katanya. Tak jauh dengan airport sampaikan dari bilik Walid boleh snap gambar airport :) nampak sangat boringnya haha...


Security memang tight. Each and every time keluar masuk hotel kena scan, macam kat airport tu. They beefed up the security after the bombing cases in Mumbai few years back. Hotel ni pun ramai foreigners stay so pihak security sentiasa alert lah. 

Seronok nya lahai kalau boleh baring atas katil ni. Pada mata Umi, nampak selesa & classy sangat bilik ni. Kalau dapat baring, susah nak bangun tu 😆







Cantik nya bilik ayaq dia!



Facilities semua tip top termasuk their laundry services. Selalu stay hotel tak pernah guna service laundry. Tapi bila dah 2 weeks stay tu manfaatkanlah segala kemudahan yang ada. Caj dobi pun boleh claim dgn company, tunggu apa lagi... 


Pressing tu ironing. Umi baru tau 😊
Masukkan pakaian ikut bag yang diberi. 

Time hantar camni...


Time dapat lagu ni...



Memang wow lah bagi Umi. Bila unpack baju2 Walid hari tu, tengok depa lipat macam baju baru beli kat supermarket tu... Siap alas dengan kertas keras di badan dan kolar baju. Nampak macam dah iron, sayang nak buka & sangkut dalam almari. But on the 2nd thought, rasa cam membazir  & not eco friendly je depa buat camni. Nanti kertas2 tu dibuang juga. Bertambah sampah huhu... 



Buah-buahan ni boleh request, FOC je. Nanti depa hantar ke bilik. 



Hotel ni considered halal hotel so no problem about the food. Tapi untuk breakfast je la mampu makan kat cafe dia sebab complimentary kan. Sekali Walid lunch dekat cafe kenalah rm80 +- sebab dah jemu food kat luar. Sekali tu je lah hikhik... Itupun ala carte, kalau buffet lagi mahei.

Lagi gambar...











Harga semalam?
RM 800 plus uhuk...uhuk...
Merasa jugaklah Walid dok hotel mewah walau hakikatnya company yang bayar haha...
Umi pulak mampu tengok je lah lagi haha 😁😁😁

Monday, 2 April 2018

Kembara Bumi Mumbai




Walid outstation lagi... Kali ni ke Mumbai pula. Outstation kali pertama untuk tahun ni, kali ketiga sepanjang setahun di syarikat ni. Bila dah kerap outstation ni kadang tu rasa jemu juga. Kebetulan kali ni travel time cuti sekolah. Mereputlah Umi dengan anak2 di rumah 😅 banyak juga hal keluarga yang terpaksa kami skipped sebab Walid takde. 

First time Walid outstation ke Perth, semua super excited. Bila sampai ke tempat yang lebih maju dari kita memang membuatkan kita rasa kagum dalam banyak perkara seperti public transport, prasarana dsbnya. Bila ke Mexico pun masih rasa excited sebab tempat yang pastinya takkan pergi kalau bukan atas urusan kerja. Dan bila jejak kaki ke sana ada tarikan tersendiri rupanya Mexico ni. Cantik negaranya mengadap Laut Caribbean. Dengarnya Yuna pun honeymoon kat Mexico :) 

W/bagaimanapun bila ke Mumbai rasa teruja tu makin menurun. Apatah lagi bila sampai di sana segala-galanya memeningkan kepala 😇😇😇 
 Dari bab makan, security, kebersihan sehinggalah bab traffic jam semuanya menyesakkan. Mumbai ni sebenarnya kota yang besar;  pusat perniagaan, kebudayaan, pelancongan dll tapi prasarananya sangat daif.  Belum masuk lagi bab peraturan jalan raya yang macam takde langsung. Nak naik turun kenderaan awam seperti bas atau auto (tuk-tuk) main redah je. Ada yang terjun ikut suka hati je ketika kenderaan sedang bergerak. Ingat orang Malaysia dah terer, main hand phone sambil driving, orang Mumbai lagi hebat. Terjun bas selamba je 😁





Umi ingat depa jual kambing hidup. Rupanya kedai jual daging kambing. Aduh kesian kambing2 tu kan...trauma depa :( 

Travel ke Mumbai ni lebih kurang 5 jam je. Beza waktu pun 2 jam 1/2 je dengan kl. Kita pukul 2.30, depa baru pukul 12. Untuk ke India, perlukan visa. Time nak buat visa ni pun dah mula bibit2 pening tu hehe... Que punyalah panjang kat luar high commission tu. Masuk dalam berebut pulak ambik no giliran. Visa boleh siap in 1 day with extra charge of rm50. Kalau taknak bayar 50, dok diam2 lepas 3 hari datang ambik. Nak ambik visa ni boleh diwakilkan. Time buat visa kena present la. Untuk exchange rate duit kita lagi besar, rm1 = +- 16 Indian rupee.

Ramai orang nak ke India rupanya. 

View from the office. 

Jarak dari hotel ke office +-7km tapi nak commute ke office around 1-1 1/2 jam by car. First week sebab boss join so adalah driver datang jemput everyday. Second week, sendiri mau ingat konsepnya 😁 naiklah uber sebab it is advisable to book uber cars or ask the hotel personnel to call a taxi instead of  random taxis/autos. Lebih selamat poket dan keselamatan lebih terjamin.



One thing yang kena berjaga sangat dekat Mumbai ni is about food & drink. Tak boleh makan sebarang tempat or beli minuman tepi2 jalan sebab tahap kebersihan sangat rendah. Sumber air tu yang tak bersih. Sebab tu ais jangan sesekali minum. Hanya bottled mineral water je yang OK.

Hsmpar paper makan kat hotel je :)
About the food pun after a week there dah start jemu. Hari-hari makan KFC je sebab kat food court area office tu tak hygiene. Depa try makan sekali je, pakat sakit perut haha... For dinner, order dekat satu kedai ni (via WhatsApp je) then depa hantar. Nak jalan ke kedai even dekat pun tak berani, jalan sangat-sangat sibuk and lawless 😓

Order food dekat kedai ni lah
Snap menu siap2 then order je
Satgi depa pi hantaq ke hotel 👍👍👍

During weekend tu depa booked a trip (thru hotel of course) untuk pusing2 Mumbai. As usual tempat wajib dilawati are Gate of India, Taj Mahal Hotel yang katanya ada case bombing dulu...





Gate of India ni tinggalan sejarah. Masa penjajahan British dulu king dia nak melawat India so dibinalah satu pintu gerbang utk raja depa lalu. Turun dari kapal lalu bawah pintu gerbang ni lah. Barulah grand. Dekat sini ada dataran yang luas untuk melepak juga jeti untuk naik bot menyelusuri sungai. Again, for safety reason Walid tak naik pun bot ni. Life jacket takde, berebut-rebut pulak tu... Better be safe than sorry. W/pun di sini tempat tumpuan pelancong tapi sayangnya takde satu pun gerai/booth jual souvenirs. Rugi depa tak manfaatkan peluang dan ruang yang ada.





 Then depa dibawa ke tempat dobi manual yang terbesar tu. Takde yang menarik pun dekat dobi ni tapi dari pembacaan Umi kalau pergi Mumbai mesti datang sini. Maybe sebab kat tempat kita takde kan.



 Lepas tu dibawa ke tempat shopping pula. Umi survey katanya kain saree boleh dapat sepasang rm30-50 je. Umi pun order lah 3-4 pasang dekat Walid sekali tu mak aaii harga seratus lebih sepasang! Taktau lah kalau driver tu ingat Walid & gang ni loaded sebab dok 5-star hotel terus dibawa ke tempat shopping yang mahai ni. Padahal hotel tu company yang bayarkan 😃




Kat belakang couple tu lah masjid haji Ali @ Ali haji yang terkenal dengan kisahnya yang tersendiri. Nak ke masjid tu kena jalan atas jambatan sebab masjid nya agak jauh dari daratan. Walid pun tak singgah.


 Masjid ni Walid singgah solat jumaat.



Ada area yang agak modern juga especially area office Walid tu (commercial area). Even big names likes Hard Rock Cafe pun ada. Kira jurang miskin & kaya tu sangat ketara. 




Alhamdulillah Walid dah selamat kembali. Umi pun dah dapat kain saree haha :D



Thursday, 29 March 2018

Makan2


Tok Umi & Tok Ayah baru balik dari Egypt. Bercuti sakan depa 10 kat sana. Singgah di gombak ni nak jenguk cucu2 depa. 


Buah tangan dari Egypt. 


Bila Tok Umi ada di sini, kita buatlah makan2 sikit, jemput adik beradik Tok Umi di sekitar Lembah Klang ni. Sekali sekala datang, nak juga Tok Umi jumpa adik beradiknya.

Umi masak ayam goreng kicap, mixed vege, keli goreng, salad & sambal belacan. Tu je pun. Untuk dessert Umi tempah kek pandan gula Melaka dari Dylla Zairi. Dapat juga merasa PGM yang jadi sebutan ni. Pastu maktam bawa pengat pisang + nangka. Kawan tok umi, cik liza pula bawa pecal. Alhamdulillah. 


Star of the day.
Memang sedap kari daging airtangan k.Zana ni.

Itupun asalnya Umi nak buat kari daging tapi Umi rasa dah tak mampu nak handle. Umi minta tolong k.zana tauke warung dekat food court masakkan. Alhamdulillah jimat banyak masa Umi nak masak yang lain2. Nak bagi daging tu empuk sempurna at least 3 jam kena masak kata k.Zana. memang taklah sebab dapur pun 2 tungku je.


Tapi itulah tak ramai yang dapat datang. Masing2 ada hal kan. But still we had a great time last weekend. When maktam is around, it's enough to fill the room 😜


Paktam bawak nangka 4 bijik. Sayangnya 2 bijik terpaksa buang sebab dah terlampau ranum; dah lembik & masam isinya. Sebijik Umi ambik, kongsi dengan jiran-jiran. Sebijik lagi sedekah kat cik Liza. 

Alhamdulillah 'ala kulli hal.