Sunday, 20 May 2018

Tok Yah, Umi & Kurma


Buah tangan dari surau ofis Walid. 

Al kisah sewaktu di Madinah Umi ditempatkan sebilik dengan 2 orang warga emas; Makcik Intan (60-an) dan Tok Yah (70-an, sebaya Tok). Seronok dan syukur sangat Umi berkongsi bilik dengan kedua-dua warga emas ni. Tak banyak kerenah tapi macam2 keletah yang menghiburkan hati Umi. Seolahnya mereka berdua dihantar untuk menghiburkan Umi yang tengah sarat rindukan anak2 terutamanya kakak yang ketika itu baru berusia 10 bulan, masih menyusu badan. 

Sedikit pesanan, bagi rakan pembaca blog Umi yang dah menerima jemputan ke tanah suci tahun ni, mulakan berdoa dari sekarang agar diberikan teman sebilik yang saling memahami, bertolak ansur serta hormat menghormati. Nampak macam remeh tapi kadang kita diuji dengan kerenah rakan sebijik yang pelbagai. Ujian yang kita anggap kecik ni kadang menggganggu kelancaran ibadat kita. Ada yang bermasam muka dan tidak bertegur sapa dek kerana salah seorang pergi bersendirian ke masjid, tidak mengajak temannya bersama! Bab ke masjid pun boleh bergaduh. Belum lagi masuk bab aircond, bilik mandi, sidai kain dsbnya. Memang kena banyak sabar dan berlapang dada. 

  Banyakkan  bangun malam dan merintih di hadapan-Nya. Sebut satu-satu yang kita hendakkan. Kalau ada masa, hayati tulisan Prof Kamil dalam buku "Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman". Didalamnya diajar cara untuk kita berdoa secara specific dan jujur. Alhamdulillah Umi dapat semua yang Umi nak, lebih baik dari Umi gambarkan. 

Berbalik kepada cerita Tok Yah tadi... Suatu hari balik dari Masjid Nabawi, Umi nampak Tok Yah dalam keadaan gelisah, macam lalok pun ye 😁 

Umi: Awat Tok? 
M.cik Intan: Tok mabuk pinang! 
Umi: Hah??????

Antara terkejut dan geli hati sempat pula Umi ketawa. Makcik Intan pula makin galak menyakat Tok Yah. Serious Umi tak sangka pulak boleh jadi gitu kalau mabuk pinang haha... Macam orang ketagih rokok atau air  ketum lagaknya. 

Credit source.

Kebetulan Umi ada beli kurma merah (kurma muda) sewaktu berziarah ke Masjid Quba. Umi tertarik dengan warnanya yang merah berseri lalu Umi beli beberapa tangkai. Tapi bila digigit kelat! Nak buang sayang lalu Umi simpan dalam peti ais. Umi ambik beberapa biji dah hulurkan pada Tok Yah. Jadilah kurma muda tu sebagai pengganti sirih pinang buat Tok Yah. Dapat jugaklah hilangkan ketagihan dia 😁😁😁

Credit source. 

Bila tiba di Mekah,  Umi mula jatuh cinta dengan ruthab (kurma basah) yang awalnya di jual sekotak 5 riyal sahaja. Umi simpan dalam peti ais dan jadikan kudapan setiap hari. Habis sekotak, beli lagi. Namun selepas wukuf harganya melambung sekitar 25 riyal sekotak! Ramai yang beli untuk dibawa balik ke tanah air masing2. Permintaan tinggi melonjakkan harganya.

Bagi yang taknak makan nasi time sahur tapi nak kekal bertenaga di bulan puasa ni cuba blend kurma & susu. Tak kisahlah fresh/full cream/low fat milk mana2 yang disukailah. Pastu jerang sekejap atas api. Kalau nak minum terus pun boleh. 

Bagi yang nak diet boleh juga buat minum time sarapan. Memang kenyang tau. Tapi tunggu lepas Ramadhan ye kalau nak SARAPAN minum susu kurma ni 😜  bulan puasa ni minum time sahur ye 😘

Friday, 18 May 2018

Ayam Percik yang Merecik!



Hahaha....kemain lagi tajuk entry Umi hari ni 😂😂😂 

Hari ni hari minggu mesti mak-mak plan nak masak best-best sedap-sedap untuk berbuka kan? Hah apa kata try masak ayam percik merecik ni. Umi masak untuk berbuka semalam. Alhamdulillah menjadi even baru first time buat. 

Resepinya dari blog SAYAIDAY. Google-ed sana sini  cari resepi terus berkenan dengan resepi Cik Puan Iday ni sebab nampak mudah dan sedap. Memang betul mudah dan cepat je nak masak. Lagi pula beliau ajar step by step. Bahan-bahan pun memang bahan wajib ada kat dapur je. Cuma semalam Umi tak letak daun kunyit, takde stok. Kalau letak mesti lagi harum dan sedap ayam percik Umi semalam agaknya. 

Aren't they look gorgeous 😉

Onto the penanggang.
Daun pisang tu pembalut tempe. Ahkak recycled je dik! 

Ini resepi yang Umi dah simplified, ikut kefahaman dan kemudahan diri sendiri. Sila ke SINI untuk full recipe & cooking methods. Thanks Iday yang budiman for sharing the delicious and super easy recipe 👍👍👍 



Selamat mencuba! 


Menu berbuka semalam. Masih mengekalkan konsep ala buffet macam tahun lepas but with lesser and modest food. Macam Umi cakap sebelum ni, Umi taknak besarkan nafsu dengan makan minum berlebihan tatkala berbuka sebab puasa tu sendiri adalah medium untuk kita menundukkan nafsu serta merasai kesusahan mereka yang diuji dengan kelaparan, kebuluran serta kesusahan. A self reflection/muhasabah. But at the same time Umi still nak raikan Abang & Angah yang berpuasa. Try to strike the balance between modesty and variety. 

Start day 2 puasa juga Umi mula guna bekas plastik (tupperware) untuk serve food. The reasons are jimat masa, jimat resources and easy utk Umi simpan dalam fridge lepas berbuka. Once cooked, Umi transfer dalam tupperware terus letak atas meja buffet. Nak tutup pun senang sebab ada lid. Day 1 Umi letak dalam mangkuk/pinggan/piring but it took me some time to kemas and basuh. From the plate to the tupperware then into the fridge.  Now it's easier because I can keep the leftover directly from the table into the fridge. I'm now anything for a sustainable living. Memang dari awal tahun dah berazam nak practice 5Rs; refuse, reduce, reuse, repurposed & recycle. Let's save the world peeps! 

Another reason is I want to spend more time on tikar sejadah  instead of in the kitchen 😊

Eh, jangan lupa try resepi ni ye 😘


Thursday, 17 May 2018

Hari Guru 2018



Baru nak up cerita hari guru tahun ni...terbabas sikit sebab meraikan tetamu istimewa, Ramadhan al Mubarak yang hadir sejak semalam.

Sekolah Abang & Angah dah sambut hari guru Rabu lepas. Tengah exam tapi Rabu tu no exam hehe... Tapi Pasti kakak postpone sambutan hari guru sebab tengah revision week. Kelakar pulak macam nak exam besar je sampai kena postpone hari guru  padahal preschool level je 😜 

Tahun lepas Umi hadiahkan kurma untuk cikgu-cikgu sempena hari guru. Umi yang hadiahkan ye, sebab anak2 tukang pass je haha...yang pening nak pikiaq hadiah apa nak bagi Umi ni lah. Saban tahun sejak Abang masuk Pasti Umi dah terkena penyakit pening cari hadiah ni 😁 memang lah cikgu-cikgu tak harap/minta pun hadiah tapi Umi buat lebih kepada kebaikan anak2 Umi. Agar depa tahu menghargai, menghormati dan meraikan jasa dan pengorbanan cikgu. Harapan Umi kebaikan yang dibuat ni kembali kepada kita. Bak kata Ustaz Pahrol, memberi untuk menerima. Bukan harapkan balasan material, tapi redha & DOA dari cikgu-cikgu mereka. 





Tahun ni Umi malas nak fikir panjang. Umi pergi kedai Ameena Bee beli stationary set je untuk cikgu. Balik rumah Umi balut cantik-cantik letak reben. Then masukkan dalam paper bag. Untuk cikgu-cikgu kelas Abang Umi bagi pen dan letak dalam kotak doorgift yang Atok Bomba bagi masa wedding anak dia tempohari. Kotak tu memang Umi simpan elok-elok. In fact, paper bag pun Umi re-use je. Jom selamat kan bumi yeah! 

Angah buat persembahan sempena hari guru. Dapatlah bekas hijau tu. Kurma tu pulak Lady Boss bagi. Sedang elok tupperware tu Umi buat bekas simpan kurma tu 😁

Terima kasih buat semua yang bergelar guru, formal mahupun tidak. Hatta kita sebagai seorang ibu juga adalah  seorang guru. 

Wednesday, 16 May 2018

Ahlan ya Ramadhan!




Alhamdulillah syukur dipanjangkan lagi usia untuk memasuki madrasah Ramadhan sekali lagi.

Credit source.
Seiring pertambahan usia, Ramadhan bukan lagi untuk suka-suka, seronok menjamu nafsu dsbnya. Tapi lebih kepada menggunakan 'hadiah' Allah yang satu ni untuk menambah amal, mencuci dosa dengan taubat, mendekati-Nya dengan DOA dan amalan soleh yang pahalanya berlipat kali ganda dari sebelas bulan yang lain. 

Ada rasa tamak dalam diri untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan demi meraih rahmat, maghfirah, pelepasan dari api neraka serta beroleh syurga yang dijanjikan. Aamiin. 
Credit source.

Selamat menyambut Ramadhan buat semua. 

Credit source.

Monday, 14 May 2018

GE14 ~ Cerita Mengundi Kami



Alhamdulillah GE14 dah selamat dilaksanakan pada 9/5/2018 (Rabu). Tahniah pada semua rakyat Malaysia yang telah menjalankan tanggungjawab masing2. 

Hampir seminggu berlalu nampaknya suasana kembali tenang & reda. Penat bersengkang mata menunggu election result sampai pukul 4-5 pagi, berdebar menunggu angkat sumpah PM yang baru, tunggu announcement barisan kabinet dsbnya w/pun memenatkan but at the same time menyeronokkan! First time menyaksikan perubahan kerajaan, dari BN ke PH. The transition process pun alhamdulillah smooth.  Kepada yang menang harapnya menunaikan segala janji yang telah dibuat dan menjaga amanah yang diberi dengan sebaik mungkin. Jangan sampai janji dicapati sudah 😇😇😇

Newspapers sold out on Thursday.
On Friday Walid borong semua. Sampai sekarang belum habis baca haha...cerita semua sama je kan 😉

Honestly months before the Parliament was dissolved, jika diminta memilih satu hashtag Umi akan pilih #ihavedecided. Bukan dah decide nak undi siapa tapi decided tak mau balik mengundi. That time Umi rasa macam semuanya sama je. Kutuk sana kutuk sini. Ada yang dah diberi mandat, betrayed our trust, ada yang berebut jawatan dsbnya from both sides of the divides. Yang sengsara rakyat yang makin hari makin terhimpit dengan pelbagai isu especially kos sara hidup yang semakin menekan, di segenap sudut. 

However, once the Parliament dissolved aura election tu mula mai haha... Especially after the nomination day. Dengan segala poster, buntings, banners, bendera sana sini meriah sungguh. Mulalah Umi bisik-bisik dekat Walid ajak balik mengundi. Mula buka cerita lama, GE13 hari tu Umi tak balik mengundi sebab tengah 'mabuk' pregnantkan kakak... Last time mengundi tahun 2008. Abang pun dalam perut time tu 😆

Yang geramnya boleh Walid lupa dia balik dengan Abang & Angah je time GE13 tu. Umi sampai sekarang ingat lagi. That day gas memasak habis. Puas call sana sini minta hantar kan gas tapi semua kedai tak boleh deliver, tak cukup pekerja. Lastly Umi angkat dengan Tok tong gas tu, bawak ke kedai. Masa pergi ok sebab ringan. Bila dah balik nak masuk ke dapur Allah struggle sungguh. Memang tawakkal sungguh time tu sebab kandungan Umi masih fragile. Baru first trimester. Alhamdulillah nothing bad happened. 

But Walid was not easily sold 😉 sebab anak2 supposedly exam on 11/5. Kalau balik kampung mesti tak sempat buat revision kan... Another concern of course la money kan. Nak puasa, nak raya banyak pakai duit nanti. But we made a wise decision and become a part of the history yeaha! Dapat cuti extra lagi, rugilah siapa yang tak balik kampung hari tu kan kihkih... 

On the voting day, Walid took the first turn. Sejam setengah beratur nak mengundi. Then baru balik kampung Umi bawak Tok mengundi. Umi mengundi kat tempat lain. So 3 tempat mengundi kami serbu. Since dah petang, Tok & Umi tak payah que pun. Terus masuk bilik mengundi sebab takde orang. Selesai mengundi terus bertolak balik. Lega dan seronok dapat tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat.  


DOA Umi moga negara kita terus maju jaya. Aamiin. 


Sunday, 6 May 2018

Hari Sukan SRAI 2018



 Hari sukan kakak dah setel. Turn abang-abang pulak bersukan. Bermula rabu last week hari-hari depa pakai baju sukan. Ada je acaranya setiap hari tu; latihan, cross country, perbarisan, sukaneka, tarik tali dsbnya. ... Semua  acara ni dibuat di sekolah je kecuali acara balapan dan perbarisan. 


Untuk sukaneka parents pun dijemput sama. Tapi tak ramai yang hadir sebab mostly ambik cuti untuk acara kemuncak the next day. Khemah pun tak dihias tahun ni sebab takde markah khemah tercantik. Markah untuk disiplin je. 

Angah in action. Dapat tempat ke-2.



Abang ready nak ke padang untuk final tarik tali. Dia joined sekali group cikgu, tapi kalah hehe...

Hari khamis paling best, acara kemuncak diadakan di stadium UIA. First time combined tahap 1 & tahap 2. Sebelum-sebelum ni tahap 2 je yang ke stadium untuk acara balapan. First time juga kami dapat tengok perbarisan rumah sukan. Memang gempak. Cikgu-cikgu semuanya sporting & creative belaka. Tema perbarisan ialah kepahlawanan, sesuai dengan nama rumah sukan masing-masing; perwira (biru), pahlawan (merah), pendekar (kuning) dan panglima (hijau). 

Pendekar

Panglima 

Acara perbarisan yang dinanti-nanti... 


Rumah hijau. Gaya macam al qassam tapi tak cukup semangat. Demam kata emcee 😁


Rumah biru paling gempak. Tema star wars, future warriors. Yang pakai costume Darth Vader tu cikgu tau! Sporting habis 
👍👍👍


Rumah merah paling semangat & berdisiplin. My personal choice untuk perbarisan terbaik tapi of course lah rumah biru menang. Semangat team merah nyanyi & buat performance. 



Rumah kuning pun Umi suka. Mascot Rimau tu cute betul. Adik terjerit-jerit panggil Rimau sebab dia familiar dengan Rimau mascot sukan SEA hari tu. Si Rimau ni pun mesra je. Lambai sana lambai sini. Tapi lepas perbarisan tu terus hilang. Tak dapat nak bergambar hehe... Ke dah buka costume sebab panas 😊

Abang bidan terjun untuk acara 4x100m... Dah la bidan terjun, 1st runner pulak tu. Confirm dapat no 1... dari belakang ahaks! 

Initial standing lepas sukaneka rumah hijau highest score.
Final result rumah biru juara keseluruhan. Olahraga team biru memang handal.
No 2&3 rumah hijau & merah
Rumah kuning tempat terakhir. 



Macam kembar 😘

Hasil tuaian
. Dua untuk Abang, satu untuk Angah. 


See ya!


Wednesday, 2 May 2018

Cerita Nisfu Syaaban dan hari pekerja


Malam Nisfu Syaaban kelmarin surau taman kami ada buat majlis bacaan Yasin. Alhamdulillah Walid pun sampai awal hari tu, sempat lah bawak hero-hero ke surau. Agaknya isnin tu ramai ambik cuti bersambung dengan hari pekerja sebab tu jalan agak lengang. 

Ada jamuan lepas isyak. Putu mayam cicah kari ayam dengan kuih muih sikit. Rasa macam makan roti jalan kuah kari lebih kurang putu mayam tu. Umi lagi suka cicah gula merah. Kari tu imam surau sendiri yang masak. Roti canai pun ada jemaah sedekah, tumpang kenduri. 


Esoknya cuti labor day tu Walid dengan anak2 cat rumah. Dah lama sakit mata tengok dinding tu catnya terkopek sana sini sebab sebelum ni lembab and sometimes basah. Leaking dalam bilik air membawa ke ruang tamu. Bila dah repair bilik air tu barulah dinding tu kering. But kami tunggu betul2 kering sambil cari masa sesuai barulah cat semula. 

Inilah 'buruh-buruh' yang kena kerja sempena hari buruh semalam 😁 



Si Adik pun taknak kalah. Sekali dia naik atas 'belemoih' atas bawah. Terus Umi bagi mandi. Boleh pulak Walid biarkan dia main cat tu 😇 si Abang pulak dah terlena siap berdengkur atas sofa. Penat sangat agaknya. Umi? Dok atas, pasang aircond tidoq haha... Sekali sekala berlagak jadi boss pulak kihkih... 

Petangnya Walid belanja kat Ameena Bee. Kemain masing2 menjamu selera. Umi pun tuntutlah janji Walid nak belanja roti nan before puasa ni 😊. Alhamdulillah kenyang.