Showing posts with label Rendang. Show all posts
Showing posts with label Rendang. Show all posts

Wednesday, November 13, 2013

Rendang Ayam - Kak Liza

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni masak ringkas je rendang ayam. Kebetulan teringin sangat nak makan rendang, tu yg gandingkan sekali dngn nasi impit. Menu ni walau ringkas tapi suami dan anak2 cukup berselera menikmatinya. Resepi K.Liza ni mmng mudah, tak payah menumis segala. Saya pun dah bnyk kali masak rendang guna resepi ni. Kawan2 boleh juga lihat di blog Kak Ummi. Pada peminat rendang tu, bolehlah mencubanya, kalau makan dngn pulut kuning, lagilah sedap. Jom semak resepinya.



Bahan A:-
  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
  • 1/2 cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit (disiat)
  • 2 keping asam gelugor 
  • 2 sudu besar gula melaka yg di racik 
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Dikisar):-
  • 3 labu bawang besar (akak guna 1 labu bawang besar + 10 bj bawang merah)
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai (ambil bahagian putih/lembut)
  • 3 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 tangkai cili kering- Yatie guna 3 sudu besar cili kisar
  • 15 biji cili api
Cara Memasak:-
  1. Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan.
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan.
  3. Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati..Kacau sekali sekala.
  4. Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Seimbangkan rasa. Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
  5. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat.

Monday, May 27, 2013

Rendang Daging Cili Hijau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Selamat bercuti pd warga pendidik juga anak2 murid. Gunakanlah masa cuti persekolahan ni dngn sebaiknya. Rajin2 lah tolong ayah dan ibu di rumah ya anak2 dan rajin2lah ulangkaji pelajaran masa cuti ni. Berbalik pada menu ni, sebenarnya saya masak rendang daging ni semalam. Kebetulan hari minggu, jadi bolehlah masak yg berat2 sikit. Rendang daging ni saya masak guna cili padi hijau dan cili hijau. Kalau nak ikutkan rendang ni warna hijau sbb guna cili hijau, tapi bila dah letak kerisik segala dan sedikit kunyit..jadi warna lainlah pulak. Tak kisahlah yg penting rendang daging cili hijau ni mmng sedap. Kali ni saya makan bersama nasi impit, sayur lodeh dan pulut kuning..umphhhhh..mmng sedap sangat. Anak2 paling suka menu macam ni. Maklumlah mama nya dah lama tak masak menu kegemaran diaorang ni... Pada kawan2 yg nak rasa kelainan rendang tu, bolehlah cuba resepi mudah ni. Sebelum ni saya masak guna ayam, kali ni tukar pada daginglah plk...Jom semak resepinya.



Bahan-Bahan
  • 1 kg daging batang pinang
  • 250 ml santan
  • 2 sudu besar kerisik
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar gula melaka
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 btng serai-di ketuk
  • 2 helai daun kunyit- buang urat dan hiris halus
  • 1/2 cwn minyak utk menumis
  • sedikit air jika perlu
Bahan Kisar
  • 4 batang serai-hiris halus
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 30 biji cili padi hijau
  • 5 tangkai cili hijau
  • 6 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
Cara Memasaknya
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar hingga naik bau. Masukkan serai yg di ketuk.
  2. Kemudian masukkan daging dan kacau hingga rata. Masukkan sedikit air dan biarkan daging sedikit empuk. Guna api sederhana je masa ni.
  3. Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam gelugor,gula melaka dan garam secukup rasa.
  4. Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah hingga pekat. Masukkan daun kunyit.
  5. Bila cukup kering, bolehlah diangkat.
  6. Sedia untuk dihidangkan. Sedap di makan bersama nasi impit dan pulut kuning.
**Kalau guna daging biasa, mestilah direbus dahulu hingga empuk, kemudian toskan airnya dan bolehlah di masak seperti biasa.

Wednesday, July 18, 2012

Pulut Kuning, Rendang Ayam dan Nasi Impit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Inilah menu ringkas yg saya masak semalam sempena hari ulangtahun kelahiran suami yg ke 44thn. Terima kasih pada kawan2 yg ucap selamat semalam, gembira dan terharu dibuatnya. Suami saya senyum je masa baca komen2 dari kawan2 semua, terima kasih sekali lagi. Resepi pulut kuning seperti DISINI dan resepi rendang ayam saya guna resepi Kak Liza, tapi kali ni saya masak berkuah sikit sebab nak makan dengan nasi impit. Nasi impit pula masak yg segera punya je. Boleh juga buat sendiri seperti DISINI.



Wednesday, May 30, 2012

Rendang Hijau Ayam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak Rendang Hijau Ayam dan makan bersama nasi impit. Sedap betul makan ulang2. Lama dah teringin nak masak mcm ni, baru hari ni berkesempatan nak cuba dan rasa. Resepi ni seakan2 sama je dngn resepi rendang yg lain, tapi tak salahkan kita mencuba sesuatu yg baru. Resepi kali ni saya kopipes dari Sajian Ibu Manja dan menurutnya, dia dapat resepi ni dari majalah rasa julai 2007...wow lama tu. Resepi ni mudah je dan semestinya sedap. Pada penggemar rendang tu, bolehlah cuba resepi ni.



Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam, dipotong 12 bahagian
  • 250 ml santan
  • 2 sudu besar kerisik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 helai daun kunyit- buang urat dan hiris halus-Yatie tambah
  • 1/2 cwn minyak utk menumis
  • sedikit air jika perlu
Bahan Kisar
  • 4 batang serai-hiris halus
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 30 biji cili padi hijau
  • 4 tangkai cili hijau-Yatie tambah
  • 10 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar-Yatie tambah
  • 5 ulas bawang putih
Cara Memasaknya
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar hingga garing.
  2. Kemudian masukkan ayam dan kacau hingga rata.Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam gelugor,gula dan garam secukup rasa.
  3. Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah hingga pekat. Masukkan daun kunyit.
  4. Bila cukup kering, bolehlah diangkat.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Thursday, March 29, 2012

Rendang Telur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni masak nasi lemak je. Biasanya nasi lemak di gandingkan dngn sambal tumis, telur rebus, hirisan timun dan lauk kegemaran. Kali ni saje je tukar selera. Saya masak rendang telur. Jangan terkejutlah ya, kalau tak cuba tak tau rasanya kan. Makan dngn nasi lemak mmng sedap betullah. Kalau tak percaya, anda cubalah sendiri... Jom semak resepi yg mudah ni.....


Bahan-bahan
  • 10 biji telur- direbus, buang kulit dan kelar2 sikit permukaannya
  • 1/2 cwn santan pekat
  • 1 sudu besar kerisek
  • 1 helai daun kunyit-buang urat tengah dan hiris halus
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 kpng asam gelugor
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar gula melaka
  • air sekiranya perlu.
Bahan Kisar
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bwng merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai-hiris halus dulu
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 5 biji cili padi padi
Cara-Cara
  1. Masukkan bahan2 yg di kisar ke dlm kuali. Gaul rata dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan santan, asam gelugor, garam dan gula melaka.
  3. Kacau rata dan tambah sedikit air jika perlu. Masukkan kerisek dan gaul rata.
  4. Setelah cukup rasa, masukkan telur yg telah di rebus tadi dan masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Masak sehingga sedikit pekat.
  5. Setelah siap, angkat dan hidangkan.

Tuesday, January 24, 2012

Rendang Ayam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Masih bercuti lagi ke sempena CNY ni? Tentunya seronok dpt berkumpul bersama sanak saudara, macam cuti raya aidilfitri pula. Bagi saya cuti sklh mmng seminggu, tapi cuti suami hanya 2 hari je..so esok dah start kerjalah. Apapun kami merasa gembira dan seronok bila dpt pulang kekampung ziarah ayah dan bonda tersayang.
Ok hari ni nak kongsikan resepi rendang ayam yg saya masak 2 hari lepas. Rendang ni resepi Kak Liza dan saya kopipes dari Kak Ummi...mmng mudah dan sedap sangat. Pada kawan2 yg masih tercari2 nak masak apa cuti2 ni, bolehlah cuba resepi rendang ni. Kalau ada tetamu yg datang secara mengejut tu..bolehlah panaskan rendang ni buat lauk tambahan. Jom kita semak resepinya dulu...pastu bolehlah cuba...


Bahan A:-
  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
  • 1/2 cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit (disiat)
  • 2 keping asam gelugor (*ni akak tambah)
  • 1 keping kecil gula kabung (*akak tambah ni)
  • Garam secukup rasa
  • Bahan B (Dikisar):-
  • 3 labu bawang besar (akak guna 1 labu bawang besar + 10 bj bawang merah)
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai (ambil bahagian putih/lembut)
  • 3 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 tangkai cili kering
  • 15 biji cili api
Cara Memasak:-
  1. Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan.
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan.
  3. Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati..Kacau sekali sekala.
  4. Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Seimbangkan rasa. Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
  5. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat.

Tuesday, May 24, 2011

Rendang Pedas Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kali ni kita layan pulut kuning bersama rendang ayam. Saya amat tertarik dngn resepi rendang pedas perak. Rendang ayam ni tak perlu di tumis rempahnya, cuma campurkan bahan rempah dan ayam sekali Masaklah sehingga kering..mudahkan. Saya masak pulut kuning ni bersama rendang sempena tanda kesyukuran bagi kami sekeluarga kerana sesuatu hajat di makbulkan Allah. Sebagai tanda gembira dan syukur kami buat doa selamat dan pulut kuning inilah adalah antara juadah utk majlis itu.

Resepi pulut kuning boleh lihat di SINI. Terima kasih pada K.Ummi kerana berkongsi resepi rendang pedas perak yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya. Jom kita semak bahan2 yg di perlukan. Resepi ni guna 2 ekor ayam, pada kawan2 yg nak masak utk keluarga tu, bolehlah masak seekor je dan bhn2 rempah perlulah di kurangkan ya.



Bahan:-
  • 2 ekor ayam (potong sederhana kecil)
  • 1400 ml santan (dari 3 biji kelapa)
  • 6 batang serai - 3 diketuk, 3 batang lagi dikisar
  • 1 keping gula kabung (yang tebalnya 1/2 inci)
  • 1/3 cawan kerisik
  • 4 - 5 keping asam gelugor
  • garam secukup rasa
  • 5 helai daun kunyit - dihiris halus
Bahan Kisar:-
  • 30 biji cili api (cili padi)
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 20 ulas bawang merah
  • 8 ulas bawang putih
  • 2 cm lengkuas
  • 3 cm halia
  • 2 cm kunyit hidup
  • 3 batang serai
Cara-Cara:-
  1. Dalam kuali campurkan ayam dengan bahan-bahan kisar. Gaul rata dan letakkan kuali di atas api dan masak sebentar ayam dengan api perlahan. Biar air dari ayam tu keluar dan ayam mesra dengan bahan.
  2. Bila air ayam tadi telah surut hingga tinggal 1/3 lebihkurang, masukkan santan, asam gelugor dan serai ketuk. Masak dan gaul sekali sekala. Biarkan mendidih dan santan agak surut.
  3. Masukkan kerisek, garam dan gula kabung. Masak lagi sambil dikacau sesekali hingga kuah rendang pekat dan bersalut dengan ayam. Seimbangkan rasa.
  4. Masukkan daun kunyit yang dihiris tadi dan tutup api. Gaul-gaul rata daun kunyit dengan ayam tadi. Angkat dan hidangkan.

Wednesday, January 26, 2011

Rendang Ayam Kampung

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya masak rendang ayam. Sebenarnya resepi asal menggunakan ayam kampung, tapi saya guna ayam bandar je. Kalau balik kampung nanti, barulah tangkap ayam kampung kat rumah mak. Mak saya mmng banyak bela ayam kampung...kalau adik beradik semua balik kampung,masa tulah mak masak ayam kampung ni. Kalau ayam kampung tu, saya suka yg muda sikit....kalau yg tua, warna dagingnya pun birat sikit bila di masak....tulangnya pun makaiii, keras kejung....kulitnya pun....hehehehe takmo cakap lagilah...apa pun ayam kampung ni lebih sihat jika di bandingkan dngn ayam bandar.

Ok lah di sini saya kongsikan bersama resepi rendang ayam kampung yg sememangnya sedap. Kalau makan dengan nasi impit, lagilah sedap. Biasanya suami saya suka rendang yg berkuah sikit, jadi saya masaklah yg jenis berkuah. Terima kasih pada Mat Gebu.....macam biasalah kalau nak resepi yg best, saya singgah di DTS....kat sana macam2 adaaaaa....



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 ekor ayam kampung, dikerat sederhana besar, cuci dan toskan
  • Santan kelapa secukupnya
  • Air panas, jika perlu
  • 2 helai daun kunyit, hiris halus
  • 3 helai daun limau purut
  • 1/2 camca besar gula melaka
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 camca besar penuh kerisik
  • 2 camca besar cili kisar
  • 1 1/2 camca besar penuh rempah kari daging
  • Garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 13 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 biji buah keras
  • 15 biji cili padi (optional)
  • 1/2 inci belacan
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 5 batang serai, hiris halus
BAHAN TUMIS :-)
  • 4 biji bawang merah, hiris halus
  • 2 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rempah kari dan cili kisar, disatukan bersama bahan2 kisar halus, kacau sebati dan ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Masukkan bahan kisar + rempah kari dan cili kisar tadi. Tumis hingga terbit minyak dan garing.
  2. Masukkan ayam, kacau rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang santan sehingga ayam tenggelam, masukkan garam secukup rasa. Masak dengan api besar hingga mendidih. Perlahankan api dan renih hingga hampir pekat dan mula empuk.
  3. Masukkan kerisik, daun limua purut, asam gelugor dan gula melaka, kacau rata. Jika ayam masih keras, boleh tambah air panas. Kacau dan terus memasak hingga kering dan ayam lembut.
  4. Bila rendang kelihatan pekat dan kering, masukkan hirisan daun kunyit, kacau rata. Biar masak sekejap, rasa dan jika perlu tambah garam. Boleh matikan api. Alih dalam bekas sesuai. Pastikan rendang anda betul2 sejuk sebelum menutupnya.

Thursday, November 18, 2010

Rendang Ayam Gaharu

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua. Macamana dngn sambutan Aidiladha di tempat kawan2 semua? Rasanya tentu di sambut meriah, apa lagi sesetengahnya dapat melihat sendiri ibadah korban di jalankan. Bagi saya alhamdulillah, raya di sambut sederhana tetapi meriah...yg paling seronok dapat berjumpa keluarga tersayang dan sama2 menikmati juadah yg sangat sedap di pagi raya. Dalam kegembiraan menikmati hidangan, tak di lupa juga pada saudara2 kita yg kurang bernasib baik, jadi kita sentiasalah mensyukuri atas nikmat yg Allah kurniakan kepada kita.

Oklah di sini saya ingin berkongsi resepi rendang ayam gaharu yg saya masak semalam. Rendang ni sedap sangat, boleh di masak kering dan berkuah sedikit. Saya lebih suka masak berkuah sedikit, jadi terpulanglah pada selera masing2 ya. Resepi asal adalah dari Mat Gebu yg mmng pakar memasak macam2 tu....izinkan akak C&P resepinya di sini ya Mat....terima kasih.



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 ekor ayam, dipotong 18 bahagian, cuci bersih dan toskan
  • 3 helai daun kunyit, buang urat dan hiris halus2
  • 500 ml santan
  • 2 camca besar kerisik
  • 3 keping asam gelugor
  • 2 camca besar rempah kari
  • 1 1/2 camca besar cili kisar
  • 1 camca besar gula melaka
  • Garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 biji buah keras
  • 1 inci belacan
  • 5 batang serai, hiris halus
  • 1 inci kunyit hidup
  • 25 biji cili padi siam
BAHAN TUMIS :-)
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji bawang merah, hiris halus
  • 2 ulas bawang putih, hiris halus
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan2 kisar dengan rempah kari dan cili kisar, kacau rata. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah bahan kisar tadi dan tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tambah santan, masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau dan masak hingga pekat. Masukkan kerisk dan asam gelugor, kacau dan masak hingga rendang kering.
  3. Tabur dengan hirisan daun kunyit, dan masak sekejap.
  4. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, pulut, nasi impit atau pun roti...

Friday, January 29, 2010

Rendang Ayam Padang

Salam sejahtera semuanya. Hari ni saya masak rendang ayam padang. Resepi ni simple je,tak perlu menumis...masukkan bahan2 kisar bersama ayam dan didihkan. Resepi ni adalah pemilik asal dari Kak Fida di my resepi.Banyak juga resepinya yang saya dah cuba,alhamdulillah menjadi dan sedap. Terima kasih ya akak resepi yg sedap ni.Jom kita tengok resepinya...


Bahan-bahan.

* 1 ekor ayam (potong 12)
* 2 sb kerisik
* 2 cwn santan pekat
* garam, gula secukup rasa
* 12 biji lada merah*
* 2 biji bawang besar*
* 8 ulas bawang putih*
* 1 inci halia*
* 1 inci kunyit hidup*
* 2 inci lengkuas*
* 4 batang serai*
* 2 helai daun limau purut - disiat2
* 1 helai daun kunyit - disiat2
* 2 helai daun salam(daun bay)
* 2 sb air asam jawa
* secukup air - jika perlu

Cara-cara

1. Kisar bahan2 bertanda * hingga halus.
2. Masukkan kesemua bahan2 kisar ke dalam periuk kecuali air asam,garam dan gula.
3. Masukkan ayam dan masak di atas api sederhana hingga mendidih dan empuk.
4. Tambah air jika perlu dan masukkan air asam,garam dan gula secukup rasa dan gaul sebati.
5. Masak lagi hingga kering atau kuah pekat ikut selera.
6. Enak di makan bersama nasi putih atau nasi impit.Selamat Mencuba.

Thursday, January 21, 2010

Ayam Rendang Pedas.

Ok sebenarnya hari ini saya masak rendang ayam tapi pedas ala2 mcm negeri sembilan. Boleh juga guna resepi ini utk masak daging, tapi pada saya ianya sesuai lagi gunakan ayam.Oklah tak perlu cakap banyak mari kita lihat resepinya....



BAHAN-BAHANNYA

1 ekor ayam, dipotong 12
700 ml santan pekat
2 helai daun limau purut
2 kuntum bunga kantan, belah dua setiap kuntum
4 helai daun kunyit, mayang halus
2 keping asam gelugor
2 camca besar kerisik
Garam dan sedikit gula
80 g cili padi hijau (boleh kurang kalau tak tahan pedas)*
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 inci halia*
5 batang serai, hiris halus*
1 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA

1. Dalam kuali, satukan bahan kisar, masukkan pula santan, daun limau purut dan asam gelugor. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan ayam tadi dan masak hingga pekat.

2. Tambah kerisik dan bunga kantan, perisakan dengan garam dan sedikit gula. Kacau sekali sekala dan tambah hirisan daun kunyit bila rendang hampir kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, ketupat dan lemang.

3. Boleh gunakan ayam pencen(tua) tetapi mestilah di masak lebih lama sedikit dan lebihkan air.
Related Posts with Thumbnails