Showing posts with label Segmen Khas. Show all posts
Showing posts with label Segmen Khas. Show all posts

Friday, January 3, 2014

Selamat Ulangtahun ke 4 Blog Sinar Kehidupanku - Bingka Serikaya.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Rasanya masih tak terlambat utk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 pd semua pengunjung blog Sinar Kehidupanku. Moga hari2 yg kita lalui ini penuh dngn rasa kesyukuran atas nikmat yg Allah kurniakan. Selamat Kembali ke sekolah buat anak2 juga buat guru2 semua. Selamat Ulangtahun ke 4 buat blog kesayangan saya Sinar kehidupanku. Pejam celik kejap je masa berlalu. Tak sangka dah jejak 4 thn saya berblogging. Banyak pengalaman pahit manis yg di lalui membuatkan saya lebih sabar dan tabah. Doakan yg baik2 buat saya sekeluarga, moga saya akan terus bersama kwn2 semua berkongsi resepi dan idea masakan.

Terima kasih buat pengunjung blog lama dan baru, teman2 di FB, rakan2 di alam maya juga di alam nyata, blogger masakan juga blogger2 yg bukan masakan. Terima kasih atas sokongan selama ini, kalau tiada sokongan dari kamu semua, sudah tentu saya tak bertahan sampai tahap ini.Di sini saya ingin mengambil kesempatan utk meminta ampun dan maaf sekiranya ada tersilap kata dan kelakuan yg tidak menyenangkan pengunjung semua. Saya manusia biasa yg tak terlepas dari melakukan kesilapan.

Terima kasih juga pada blogger2 masakan yg banyak membantu saya utk terus mencuba lebih banyak resepi yg sedap2 dan hasilnya di kongsikan bersama pengunjung blog Sinar Kehidupanku. Moga kita sama2 dpt manfaat darinya. Alhamdulillah..

Oklah takmo cerita panjang, kalau tak.. maunya berjela2 nanti. Sebenarnya saya pun takde idea nak cerita...he3...saje je. Kita terus pd resepi pertama di tahun 2014 ni. Kali ni saya nak kongsikan resepi Bingka Serikaya yg sangat sedap. Saya mmng suka kuih2 tradisional ni, Pantang nampak dan mesti di cuba. Alhamdulillah, sedap bingka serikaya resepi Kak Fida ni. Terima kasih kak berkongsi resepi yg sedap2. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada peminat kuih2 mcm ni, bolehlah cuba. Jom semak resepinya...



       Selamat Kembali Ke Alam Persekolahan Hamka, dah darjah 3 thn ni..

Bahan-bahan ( loyang 8 x 8 )- Yatie guna acuan kemboja pecah 8, dpt 3 keping kuih
  • 1 tin kaya (480g) - Yatie guna 400gm je
  • 4 biji telur
  • 200 ml santan pekat-Yatie guna santan Kara
  • 200 ml susu cair
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sb minyak/mentega cair
  • 180 gm tepung gandum - diayak
  • sedikit pewarna kuning ( atau hijau jika mengguna kaya pandan) 
 Cara-cara
  1. Campur semua bahan kecuali tepung dan pewarna selama 1-2 min.
  2. Masukkan tepung dan pewarna dan kacau lagi hingga adunan sebati. 
  3. Tuang adunan ke dalam loyang/acuan bergris, tabur bijan jika suka.
  4. Bakar pada suhu 180C selama 30min. atau hingga bingka kelihatan garing. Sejukkan bingka, potong dan sajikan, Bingka enak juga dimakan ketika suam.

Friday, April 5, 2013

Bertemu Kak Ummi Kuantan - Home Sweet Home

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sejak2 ni tak bersiaran sbb tuan rumah jln2 makan angin sampai ke Kuantan. Bila sebut je Kuantan, mesti semua tau kan blogger popular dan sifu masakan kat sana. Ahaaaaaa...siapa lagi kalau bukan Kak Ummi Zaihadi-HSH. Sebenarnya pertemuan ini pun tak di rancang sangat. Kebetulan saya mengikuti suami bertugas di Kuantan selama 3 hari, jadi saya pun tak lepaskan peluang kali ini utk mengikutinya. Dalam hati dok berbisik2 gak dan berangan2...kalaulah dapat jumpa sifuku K.Ummi, alangkah bertuahnya rasa hati ini. Bila dah sampai Kuantan tu, angan2 tu tetap diharapkan jadi kenyataan, maklumlah suami sibuk bertugas dari pagi sampai petang, K.Ummi  pun bertugas juga...tak taulah mcmana nak jumpa ikut kelapangan masing2.

Kami bertolak dari JB petang isnin dan  dlm pkl 8 mlm kami sampai Kuantan. Tak sangka pagi tu K.Ummi dah bertanya khabar dan bertanyakan bila boleh jumpa. Bila K.Ummi dah ckp mcm tu, mmng kena usahakanlah nak jumpa juga, tapi dlm hati ni Allah je yg tahu berdebar dan gembiranya kalau dpt jumpa K.Ummi. Bila dah bincang dngn suami, akhirnya pagi Khamis bersamaan 4.4.2013 bertemulah kami sekeluarga dngn K.Ummi dan suaminya. Sungguh manis dan ayu jelita je K.Ummi ni, peramah dan mudah mesra sangat. Saya yg pada mulanya malu2 dan tak terkata apa...jadi pandai pulak berborak dngn K.Ummi...he3..

Terima kasih K.Ummi dan suami atas layanan yg di berikan, gembira dan terharu sangat. Terima kasih juga sudi luangkan masa bersama kami sekeluarga, nasi kerabu tu mmng sedap. Terima kasih juga buah tangan yg akak beri tu, mcm ni mmng tak serik nak dtng Kuantan lagi. In Shaa Allah di lain kesempatan kita jumpa lagi ya. Jangan lupa beritahu Yatie bila akak turun JB ya. Kami menanti kunjungan dari akak pula.
Gambar kat bawah ni sebagai kenang2an saya bersama K.Ummi-HSH.




Tuesday, April 2, 2013

Selamat Hari Lahir Qhaliff

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir yg setahun buat anak blogger terkenal Ben Ashaari iaitu Muhammad Qhaliff Iman bin Salbani. Seronok mengenali keluarga BenZla ni, lebih2 lagi dngn kehadiran baby comel Qhaliff ni. Setiap hari ada saja cerita dan keletah Qhaliff yg mesti di baca di blog ayahnya. Bila dapt berjumpa dngn Qhaliff ni di alam nyata, mmng seronok sangat. Qhaliff mmng ceria dan mudah mesra dngn siapa saja yg melayannya.

 Selamat Hari Lahir buat Qhaliff, moga di panjangkan usiamu, di murahkan rezekimu, di berikan kesihatan yg baik berpanjangan, menjadi anak yg soleh yg sentiasa membahagiakan dan membanggakan ayah dan ibumu serta berjaya di dunia dan di akhirat. Aamiin...
Gambar ni merupakan gambar 2 hari sebelum Qhaliff berumur setahun. Masa ni jumpa Qhaliff di rumah Mat Gebu. Terima kasih atas persahabatan ini. Moga ukhuwah yg terjalin ini berpanjangan hingga ke akhirnya.


Tuesday, October 23, 2012

Bertemu Kak Ilah JY dan Sekalung Tahniah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Dikesempatan ini saya nak kongsikan bersama kenangan manis bersama Kak Ilah JY. Sebenarnya pertemuan ini masa Kak Ilah datang UTM sempena majlis konvokesyen anaknya Syafiqah pada 16/10/12. Kak Ilah sempat meluangkan masa berjumpa dngn saya pada 15/10/12 walaupun kesibukkan melanda. Syukur alhamdulillah, bertemu jua akhirnya walau sebelum ni hanya bertegur sapa di laman blog je. Terima kasih Kak Ilah coz sudi singgah rumah Yatie. Maaf atas layanan yg tak seberapa tu. Moga persahabatan ini berkekalan hingga ke akhirnya.

Kak Ilah ni kecil molek je orangnya, peramah pulak tu. Bila bersembang tu terasa mcm dah  kenal lama je. Terima kasih kak atas buah tangan tu. Kami sekeluarga amat2 menghargainya. Jangan serik ya, lenkali bolehlah singgah lagi. Sekalung tahniah buat Kak Ilah sekeluarga atas kejayaan anak2nya Najihah dan Syafiqah. Sebagai ibu yg melahirkan, pasti kegembiraan berlipat ganda tanda kesyukuran. Moga akak sekeluarga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT. Aamiin..
Inilah gambar yg sempat di ambil masa kat rumah saya. Masa ni hujan, bergambar dlm rumah....lagilah tak berapa terang sangat. Sedikit juadah yg tak seberapa buat Kak Ilah sekeluarga.




Sunday, September 2, 2012

Salam Kemerdekaan dan Salam Lebaran di Sedenak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni baru berkesempatan nak kongsikan gambar2 kemeriahan beraya di rumah Mat Gebu. Pertama sekali nak ucapkan ribuan terima kasih pada Mat dan keluarga kerana sudi menjemput akak sekeluarga juga rakan2 yg lain. Gembira dan terharu dibuatnya. Mulanya Che Mat jemput dtng rumah masa Kak Ummi dan Azlita dtng sabtu lepas. Tapi sayang saya tak dpt turut sama memeriahkan majlis tu disebabkan saya dan keluarga berada di Kedah masa tu. Che Mat tetap jemput juga sabtu baru2 ni sempena 31 ogos 12. Kali ni mmng dpt dtnglah, tapi agak lewat sikit disebabkan hal tertentu. Walau lewat, saya sempat juga bertemu Che CT yg tak disangka2 tu. Kebetulan masa saya sampai je rumah Mat Gebu, Che CT dah pun bersiap utk berangkat ke rumah saudaranya. Saya pun takmo lepaskan peluang bergambar bersamanya. Maklumlah sebelum ni hanya bertegur sapa di alam maya je. Bila dah bertentang mata tu, apalagi.....he3..

Bila dah masuk rumah tu, mata pun tertumpu ke arah Qhaliff je. Tak sabar rasanya nak dukung dan peluk dia, memang geram betullah tngk Qhaliff .....comel je bujang kecik ni. Bila dah dpt dukung tu, barulah jamu selera dngn hidangan yg sungguh menyelerakan. Kali ni kami dihidangkan dngn soto dan laksa Johor. Air tangan Che Mat Gebu ni mmng sedap betullah. Bila dah siap makan sambung dukung Qhaliff lagi, sampaikan terlupa nak rasa kek yg Mat Gebu buat...adoyaiiiii penangan Qhaliff...hah3...

Senda gurau Sis Lin, Ayu,Sue Joshua dan Linda membuatkan hari kami bertambah meriah. Saya ni pemalu sebenarnya. Bila dah bergaul dngn diaorang buat kali ke 3 di rumah Mat Gebu, hati ini menjadi selesa dan serasi sekali. Kali ni saya berkenalan pula dngn blogger Gadis Bunga dan Oh Oeya. Seronok dpt bersembang dngn Mak Et juga Sunah si gadis manis. Terima kasih sekali lagi pada Che Mat Gebu sekeluarga atas layanan yg diberikan. Hanya Allah SWT saja yg dapat membalas budi baik Mat sekeluarga. Akak sentiasa doakan yg baik2 buat Mat sekeluarga. Moga bertambah2 murah rezeki Mat sekeluarga.
Jomlah kita tngk gambar di rumah Mat Gebu ni...layannnnn..


suka tngk gambar ni, Qhaliff genggam erat jariku....

masa nak balik sempat bergambar dngn Mak Yah

mmng ayu jelita Sue Joshua ni...rajin plk tuuuu...

Bersama blogger Gadis Bunga

Ben Ashaari dan Qhaliff

Bersama blogger Mak Et

Anakanda Talhah pun takmo lepaskan peluang bergambar dngn Qhaliff yg comel ni...


Bersama blogger Oh Oeya dan Sunah

mmng comel Qhaliff ni....


Bersama Sis Lin dan Linda

Bersama Sue Joshua dan Ayu...cuci pinggan mangkuk lagi..

Bersama Ibu Qhaliff Pn Azila




Bersama Che CT




Sunday, June 17, 2012

Bertemu Putera Idaman-Qhaliff Di Sedenak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Syukur Alhamdulillah....hari ni merupakan hari yg sangat gembira bagi saya dan keluarga sbb dapat berkunjung ke rumah Mat Gebu. Terima kasih akak ucapkan pada tuan rumah yg baik hati dan layanan yg diberikan..mmng best sangat2, jamuan pun mmng sedap2 belaka. Memang teringin sangat nak rasa asam pedas ikan pari air tangan Mat Gebu, kini impian menjadi kenyataan..mmng best sangat2. Banyak lagi menu yg sedap2..nanti leh singgah blog Mat, biarlah tuan rumah yg citer sendiri ya.

Paling best sekali dapat jumpa putera idaman....jeng...jenggg...jengggg..sape lagi kalau bukan Mohamad Qhaliff Iman (anak Ben Ashaari dan Azila) mmng hensem betul bujang kecik ni...geram je tngk. Bila dah jumpa tu, apalagi takmolah lepaskan peluang mendukungnya. Memang peramah Qhaliff ni, pantang di agah..senyum sokmo, kadang tu dia ajak kita bersembang pulak..mmng best, tapi bahasa baby lah.

Terima kasih pada kawan2 yg lain, esok ada masa akak link blog memasing ya. Hari ni penat sangatlah..terima kasih juga pada Mat Gebu, Sis Lin, Sue Joshua, Qaseh, Cikali, Que Achmand, Fiza coz tag gambar di FB. Akak minta izin kongsikan kat sini pula ya..,,kamu semua mmng best sangat2. Jom tngk gambar2 di rumah Mat Gebu...











Tuesday, January 3, 2012

Talam Pisang Dan Happy 2nd Bloggersary S.K

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Syukur Alhamdulillah hari ini 3.1.2012 blog Sinar Kehidupanku atau Yatiememories berusia 2 tahun. Moga terus suksess dan terus bertahan selagi mampu. Terima kasih pada rakan2 yg sudi berkunjung, teman2 di alam maya ataupun di alam nyata, silent reader, follower2, teman2 FB dan juga kenalan walau di mana jua anda semua berada juga buat kaum keluarga yg di kasihi. Kunjungan, dorongan dan kata2 semangat dari kawan2 semualah yg membuatkan blog Sinar Kehidupanku masih bertahan hingga ke hari ini. Saya amat2 menghargainya.

Terima kasih juga buat follower2 baru dan lama yg sudi mengikuti perkembangan blog ini. Maaf sekiranya saya terlepas pandang. Saya akan buat kunjungan balas sekiranya kawan2 meletakkan link yg betul. Kadang2 timbul masaalah bila nama tu takde link.

Terima kasih juga buat rakan2 blog masakan yg selama ini berkongsi resepi, idea, petua dan pengalaman. Alhamdulillah dngn berblogging inilah membuatkan skill masak2 saya bertambah baik dan bertambah sedap....itu pun pengakuan dari saya sendiri, suami tersayang, anak2 yg sentiasa mengatakan iye sedapnyaaaa masakan mamaNya, juga kaum keluarga yg sentiasa ingin merasa sesuatu yg baru dari masakan saya. Bila kaum keluarga sendiri mengatakan sedap tu, bertambah2 rajinlah kita kedapur....hilang segala penat.Terlalu banyak manfaat dari berblog ni,banyak ilmu yg di kongsikan bersama. Moga kita sama2 mendapat keberkatan dariNya. Semoga dngn perkongsian ilmu ini akan mengeratkan lagi silatulrahim sesama kita.

Akhir kata sambutlah Salam Sayang dari Yatiememories. Terima kasih atas sokongan selama ini. Tanpa kunjungan dan sokongan dari anda semua tak mungkin blog Sinar Kehidupanku bertahan hingga ke tahap ini...(sekadar tahap biasa2 je..he3..) Terima kasih sekali lagi.

Jom kita tngk resepi Kuih Talam Pisang yg saya buat malam tadi. Kuih ni sedap dan lembut sangat. Terma kasih pada Sakinah Omar kerana berkongsi resepi yg best ni, juga buat CM yg memberi idea utk saya mencuba resepi ni. Pada peminat kuih talam mcm saya ni, bolehlah cuba resepi ni...mmng best..






Kuih Talam Pisang.(Yatie guna loyang bulat 8x3 inci)

Bahan Utk Lapisan Bawah
  • 3 1/2 cawan santan kelapa.
  • 1 1/4 cawan tepung beras.
  • 1/2 cawan tepung gandum.
  • 1/2 cawan gula pasir.
  • Secubit garam.
  • 1 cawan pisang lenyek.
  • pewarna kuning-Yatie tambah
Cara-caranya:
  1. Bancuhkan semua bahan-bahan di atas kecuali pisang.Tapiskan.
  2. Masak dengan menggunakan api yang perlahan.Bila hampir pekat masukkan pisang dan kacau rata.Masak hingga keluar wap.
  3. Alaskan loyang dengan plastik dan sapukan sedikit minyak, tuangkan adunan kedalam loyang.Adunan ni agak likat jadi ratakan dengan senduk plastik agar sekata ketebalannya.
  4. Kukus hingga masak (dlm 15 minit) dan cakar-cakar dengan garfu pada permukaannya.Ketepikan. Sekiranya ada sedikit air di permukaan, sengetkan loyang dan buangkan air tu guna sudu je/ lap guna tisu dapur.
Bahan Utk Lapisan Atas:
  • 3 cawan santan kelapa.
  • 3/4 cawan tepung gandum.
  • 1/4 cawan tepung jagung.
  • 1/4 cawan gula pasir.
  • secubit garam.
  • Sedikit pewarna kuning- Yatie tak letak sbb dah guna utk lapisan bawah/ pisang
Cara-caranya:
  1. Satukan semua bahan-bahan di atas,Tapiskan.
  2. Masak dengan menggunakan api yang perlahan,bila naik wap tuangkan adunan keatas lapisan bawah tadi.
  3. Ratakan supaya mendapat ketebalan yang sekata.Kukus hingga masak (dlm 20 minit)
  4. Apabila masak buka tutup pengukus dan biarkan atas api selama 10-15 minit agar wap di atas kuih kering dan petua untuk mengelakkan kuih talam cepat basi.Selamat mencuba ya.

Sunday, July 10, 2011

Award dan Tag Dari Ika Dan Cheq Sue

Link
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak gantung award yg di terima dari Ika dan Cheq Sue. Seronok rasanya tapi.....ada syaratnya. Bila kenangkan syarat2nya alamak hai..termenung sebentar, bukannya apa ada tugasan dan kena mengaranglah pulak. Saya ni bab mengarang dah tak berapa pandailah dah berkarat otaknya. Tapi takpelah demi persahabatan dan memeriahkan lagi dunia blogging ni, saya kerahkan otak gaklah utk mengarang.
Ok, syarat yg di kenakan adalah 7 perkara mengenai diri anda...jom citer serba sedikit..

1. Nama sebenar Nor hayati binti Ramlan dan merupakan anak ke 3 dlm 8 beradik. Dalam 8 orng beradik tu semuanya perempuan cuma sorang je lelaki. Nama manja mmng Yatie je takde panggilan lain sbb mmng kena dngn jiwa ini nama tu. Mempunyai 4 orng anak, 2 lelaki dan 2 perempuan.

2. Masa kecik2 mmng saya sangat manja kata emak. Menyusu badan sampai umur 3thn lebih. Mak nak buat kerja pun susah, asyik nak bergantung je...ekekeke. Maaf mak..dan terima kasih atas segalanya. Bila darjah 1 cukup manja dngn guru kelas. Lagipun guru kelas saya suka pangku saya masa tu....saya pun apalagi jadi murid kesayangan cikgulah..hah3 perasan kejapppp.

3. Masa sekolah rendah suka sangat naik basikal, tapi takde basikal sendiri. Hampir setiap petang pergi ke rumah jiran semata2 nak tumpang main kayuh basikal...kesiankan sambil buat muka kesian...hah3..Satu hari tu pergilah main basikal kat rumah jiran tanpa pengetahuan mak. Teruja sangat masa tu sbb kawan tu nak ajak naik basikal laju2 siap turun bukit lagi. Saya pun suka sangatlah tanpa menghiraukan risikonya.Tiba2 basikal yg kami naiki terlajak ke cerun bukit, masa tu baru tahu yg basikal tu takde break. Sedihnya saya masa tu sbb kaki, lutut dan tangan semuanya luka. Lebih parah lagi pipi saya yg putih melepak bertukar menjadi merah. Kalau merah pakai make up takpelah, ini merah darah. Sakit dan pedih yg amat sangat. Masa tu dah terbayang dah muka mak. Inilah akibatnya pergi main basikal tanpa pengetahuan mak...

4. Uwaaa seronok pulak nak cerita kisah kita masa kecik2. Satu tabiat saya masa kecik2 ialah saya suka makn sardin. Sebenarnya setiap petang saya kena jaga kedai. Sambil jaga kedai tu, biasalah mesti makan jajan/keropok/coklat dan sebagainya. Tapi saya tak berapa suka sbb dah jemu. Saya suka makan sardin. Hampir setiap hari mesti saya buka tin sardin yg kecil. Pada saya sedap betul makan sardin walaupun mentah. Satu hari tu, mak kemas2 kat belakang kedai. Mak pun pelik, kenapalah banyak tin sardin yg terbuka kat belakang kedai. Mak pun tanyalah pada saya siapa punya kerja ni. Nak tak nak saya pun mengakulah, nak tipu kang sakit perut pulak.
Mak cuma geleng kepala je, ingatkan sardin tu habis di jual, rupanya habis di makan anak sendiri...wakakaka..bayangkan anak dara jaga kedai sambil makan sardin mentah..hanyir woooo.
Mak tersenyum je sbb anaknya jaga kedai tak minta upah....cuma minta upah makan sardin je...hah3 klakor betullah bila ingatkan balik....

5. Bila dah remaja saya suka sangat tlng mak kat dapur. Suka sangat bila tngk mak buat kuih/kek atau biskut raya. Sayalah orng paling sibuk dan seronok masa tu. Satu hari tu nak buat surprise pada mak. Masa mak kat kedai, saya pun buatkanlah kuih kegemaran mak iaitu kuih serimuka. Teruja sangat tngk daun pandan yg segar kat belakang rumah. Saya pun terfikir, kalau letak air pandan banyak2 mesti lagi harum dan sedap kuih serimuka saya. Saya pun meneruskan projek saya.
Bila kuih dah masak, saya pun seronok sbb kuih menjadi dan cantik..harum semerbak tu jangan citerlah..mmng tak sabar nak merasanya.
Bila saya potong kuih tu, sayalah orng pertama merasainya..alahai tak sangka kuih yg cantik dan harum tadi tak sedap bahagian tepungnya. Manisnya cukup cuma bila makan tu tekak jadi gatal dan perit. Saya pun cuba makan lagi..betullah tekak jadi gatal. Saya pun ambil keputusan utk buangkan saja kuih tu. Kesiankan mak kalau termakan kuih tu. Itulah kenangan saya masa pertama kali buat kuih kukus2...pengajarannya supaya ikut sukatan betul2, jngn sesuka hati je nak letak lebih itu dan ini utk lebih sedap dan akhirnya takleh makan...sampai skrng saya tersenyum je bila kenangkan kembali...kih3..

6. Saya ni suka menjahit. Setiap raya mesti jahit baju suami dan anak2, jadi jimatlah sikit kos. Tapi sejak balik Msia ni dan berehat selama 3 thn tak menjahit..jadi malaslah pulak nak menjahit kembali...lebih2 lagi dah syok berblogging ni. Dari menjahit saya lebih suka buat kuih/kek skrng ni. Minat tu dah bertukar plk, lagi2 jumpa kawan2 di alam cyber ni....Anak2 tak suka beli baju dah siap, diaorang lebih suka baju yg maknya buatkan, dapatlah diaorang mintak fesyen yg macam2....

7. Saya ni sebenarnya tegas dan garang. Percaya ke?????. Kalau tak percaya mailah jumpa saya sendiri..hah3 yeyeooorrrrr jek. Pernah cikgu anak saya tanya kat anak saya, mama pernah marah Seri tak? Anak saya pun jawab, selalu gak, lebih2 lagi bila dapat markah rendah dlm exam. Cikgu tak percaya, sbb dia kata tngk muka mak Seri mcm tak pernah marah je...sampai gitewww sekali cikgu tu cakap. Saya gelak je mendengarnya. Padahal, tanyalah sendiri pada anak2 saya...apa yg saya buat pada diaorang bila saya marah. Agak2nya apa pendapat kawan2 tentang saya...ada garang Tak? Ce Citer...Ce Citer sikit....kih3..

Oklah, tanpa di sedari terlebih sudah buat karangan ni. Harap cikgu Ika berpuashati ya. Inilah serba sedikit kisah saya, tak taulah karangan ni menepati tajuk atau sebaliknya....apa pun layan jeeeelahhhh...Kali ni nak beri pula pada 5 orng kawan2. Harap sudilah ambil award ni dan bila ada kelapangan tu buatlah tag ni ya..kerah otak sikit..seronok pulak bila bercerita....Kita tngk sape yg kenaaaa..
  1. Kak CT Delima
  2. Ayu Citarasa Rinduan
  3. Sariyusa
  4. Kak Ilah JY
  5. Azatie Sayang

Thursday, June 23, 2011

Terima kasih Ben Ashaari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya busy sangat sejak pagi tadi. Hari ni merupakan hari terbuka sekolah anak2 saya. Jadi saya ambil kad penyata anak2 dan berbincang pasal pelajaran anak2 di sekolah. Alhamdulillah anak2 mendapat keputusan yg memuaskan walaupun lama menunggu mengikut giliran. Bila dah selesai semuanya, saya pergi ke klinik pula sebab anak bongsu saya tak sihat. Sekali lagi menunggu...penat jangan cakaplah. Apa pun semua tugasan dpt di laksanakan dngn baik...suami saya suka sangat sebab saya dah meringankan sedikit tugasnya supaya menghantar anak2 ke klinik dan ke sekolah.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yg tak terhingga pada Ben Ashaari kerana membuat Segmen Khas buat kami blogger masakan. Tak sangka, walaupun Ben busy dngn segmen2 terkini, Ben sempat meluangkan masa utk memperkenalkan kami lagi blogger masakan pada blogger bidang yg lain. Terima kasih sekali lagi. Akak tahu Ben buat semua ini dngn penuh keikhlasan. Rasa gembira dan terharu sangat. Moga persahabatan yg terjalin ini mengeratkan lagi silatulrahim sesama kita para blogger di alam Cyber. Siapa yg tak gembirakan bila blog sempoi kita ni di terjah oleh blogger popular....tentu anda semua pun begitu juga kan...

Semalam terperanjat gak bila nama akak dlm senarai n3 Mereka Yang Aku Sayang. Ingatkan Ben dah tak berapa ingat daaa kat akak ni..heheheh...rupa2nya Ben tetap ingat. Segmen Blog Pilihan- Kenali Mereka juga buat akak tersangatlah gembiranya. Tak tahu nak cakap apa lagi daaa...akak doakan moga segala kebaikan yg Ben buat selama ini di berikan ganjaran dari yg maha Esa. Pada kawan2 di luar sana, jom singgah blog Ben...jngn dengar pada namanya saje...cuba selami hati budinya...siapa yg sudah bertemu dngn Ben tentu sudah tahu siapa sebenarnya Ben Ashaari. Syukur Alhamdulillah saya sudah bertemu dngn Ben dan isterinya di rumah Mat Gebu. Mereka semua mmng best....sporting dan penuh dngn kesederhanaan walau dah popular.

Rabu, 22 Jun 2011

BLOG PILIHAN : KENALI MEREKA #3

Antara blogger masakan yang pernah aku jumpa .. Sangat best n cool orangnya ..

image

http://yatiememories.blogspot.com/

Mereka yang aku sayang ...

Gamaknya mmg sesuai aku berjiran dengan MAT GEBU , KAK UMMI ZAIHADI , KAK LemonGrass , KAK NOR , KAK YATIE ... pergh.. semua ni geng geng masakan ... Sori akak sekalian , tak ingat url blog .. hahaha.. panjang panjang belaka ..

Kalau orang tanya aku , pada sapa aku terhutang budi dalam dunia blog ni .. Mereka mereka inilah yang banyak membantu memberi aku semangat dalam dunia blog .. Mereka ini adalah blogger blogger masakan .. Mereka popular dalam dunia mereka sendiri wooo ..

Malam ni , aku akan perkenalkan korang dengan mereka mereka ini dalam segmen khas , KENALI MEREKA ... Hehehe.. sapa kata aku lupa daratan ??? Ingat wooo ..

Kalau tak kerana dapur mereka , perut aku tak buncit tau skang neh !! Jadi untuk menghargai segala kebaikkan mereka , malam ni kita serbu mereka eh ...

Sunday, March 13, 2011

Gambar- Gambar Sepetang Di Sedenak- Mat Gebu

Assalammualaikum dan bertemu kembali. Ini adalah antara foto2 yg sempat di ambil masa sepetang di Sedenak. Macam biasalah gambar Mat Gebu takleh letak kat sini atas permintaan Mat.


Seri makan kek.....Hamka ronda2 rumah Mat...

Ben bersama Mat Gebu..tu tiffin birunya..
Bersama SueJoshua
Bersama Ayu, Mak et dan Yusa
Sis Lin dan Ayu
Related Posts with Thumbnails