Happy 5th Anniversary Sayang!
![Imej](http://library.vu.edu.pk/cgi-bin/nph-proxy.cgi/000100A/https/blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgqYgC4WDMzeCmwBofp0f9ZKx1qRNPIjQx7lSZ_nn4oEwT5rYJalr63VuP-JRqTq5UpXgjgQgGF94oJCrDtgpm17lj4Qw-aBSQzAitBZOry0qEACsM1DMoXyTkH5FB-Vu-_f4OKRVb_xkA/s1600/happy_anniversary-1527.jpg)
Sedar tak sedar hari ini dah masuk tahun ke lima abah bergelar suami kepada seorang insan yang paling abah sayangi iaitu Puan Noor Hany Bt Ishak! Macam-macam suka duka yang dah kami tempuhi. Abah berharap dan selalu berdoa agar hubungan ini berkekalan hingga ke akhir hayat abah dengan izin dan berkat dari Allah SWT. Dalam tempoh 5 tahun nih, Allah kurniakan kami putera puteri puteri puteri yang comel-comel, Alhamdullillah terima kasih Allah. Walaupun sebelum dikurniakan anak sulung Mama telah keguguran 2 kali. Mama memang seorang yang kuat dan tabah errr... dan garang pada anak-anak hehehe... Teringat masa awal pernikahan dulu, kenduri di rumah abah tak dapat dibuat kerana Kota Tinggi dilanda banjir besar, sudahnya perjalanan konvoi bersama-sama sepupu abah dari Penang ke Johor terbantut disebabkan banyak jalan ditutup. Sudahnya, abah dan mama berhoneymoon beramai-ramai di Port Dickson sementara nak tunggu banjir reda. Hehehe... tak kenduri sebelah abah pun dapat honeymoon.. na...