Aku ditumbuk kerana Nora Elena! & Amrafahan bergaduh!
Kesian aku... Tadi masa cerita nora elena kat tv, wife aku kusyuk tengok cerita tu... Disebabkan aku tidak mengikuti cerita tu, jadi aku amik remote nak tukar cerita lain.. Waaa... Dengan comelnya wife aku angkat penumbuk kecik dia tu tunjuk kat aku... Dia kata tak boleh tukar sebab nak tengok aaron aziz... Cehh!!! Dia tak perasan ker yang depan dia nih 10 kali ensem dari aaron tu.. Best sangat ker aaron tu? Kalau berani belanja tengok KL gangster laa!! Hehehehe aku nak gak tengok cerita yang ramai orang kata best nih!! Tapi taknak beli tiket.. Nak tengok free jerr... Hehehe Berbalik pada tajuk.. Wife aku takdelah nak tumbuk betul betul cuma letak penumbuk dia kat bahu aku jer.. Aku pun takderlah nak mengamuk ke marah ker... Bahaya!! Nanti dapat kembar 3 lagi hehehee.... Cerita Amrafahan pulak... Balik dari sekolah tadi aku bagi makan sumi sorang satu... Diorang memang suka sumi nih.. Habis kecah satu rumah.. Yang aku jadi seronoknya bila tengok diorang berebut dan berg...