Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bacaan Ilmiah

BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN

Imej
Abah nak share dengan korang! Selalu Abah baca pasal nih kat Klinik Kesihatan. Alang-alang ada artikel Abah share jerlah... Cuma Abah ada kekompiusan sikit??!!!! Air zam-zam macam mana pula? Pendapat Abah, Air zam-zam itu sangat bagus tapi mungkin bukan diberi sebotol cukuplah sekadar disapukan pada bibir dan langit-langit bayi itu berserta doa. Lain orang lain pendapat yer... Selepas umur bayi tu enam bulan barulah boleh diberikan, sebab pada Abah susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi! ******************************** Gambar ihsan dari Google BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc. Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula. Semoga inf...

Bahaya timang bayi!! Penting! Kena baca! PENTING!!

Imej
Perkongsian dari Facebook. Info ini Abah ada terbaca di Klinik Kesihatan masa bawa AMRAFAHAN check up dulu-dulu. Alang-alang dah ada artikel ni, Abah share laa dengan korang... *************** SAYANG ANAK TIMANG-TIMANGKAN Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan. Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan). Scan otak men...

Info pasal berkorban di Hari Raya Haji!

Imej
Semalam Abah dengar kuliah maghrib kat Masjid Tuanku Mizan atau dikenali sebagai Masjid Besi, Abah nak kongsi sikit ilmu yang Abah dapat semalam. Dulu masa budak-budak pernahlah belajar sebab kalau kat Johor boleh dikatakan habis sekolah akademik sessi pagi kena pergi pula sekolah agama pada sessi petang, dulu belajar ibadat, muamalat, munakahat dan jenayat guna kitab muta al baddrin, hehehe berpinor biji mata nak membaca tulisan jawi yang kecil dan rapat tuh!!! tapi bila semakin besar, ilmu tu tak diamalkan terus dilupakan. Alhamdullillah sekurang-kurang ilmu yang Abah dapat semalam mengingatkan kembali sedikit sebanyak yang Abah pernah belajar dulu. Tajuknya pasal korban hari raya haji. Antaranya yang Ustaz bitau Jika si Suami melakukan korban walaupun 1 bahagian, keluarganya iaitu isteri dan anak-anak di bawah tanggungan dia juga dapat pahala korban Tidak sah korban jika terima binatang korban dari orang bukan Islam, kita boleh terima sebagai hadiah saja Tidak digalakkan...

Puasa dan adab makan

Imej
Abah nak share sikit apa yang Abah baca. Mudah-mudahan jadi ingatan untuk diri Abah sendiri dan bermanfaat untuk orang lain. Bukan apa, kadang-kadang Abah sendiri terleka dan melakukan perbuatan yang sama macam diceritakan. Semoga Abah boleh berubah dan mengamalkan sunnah Rasullullah SAW. InsyaAllah. Kolum Dr Asri: Puasa dan adab makan Apabila kita menyebut Ramadan, maka tidak boleh dipisahkan dari pelbagai jemputan berbuka puasa sepanjang bulan ini. Amalan menjemput orang berbuka, ataupun menyediakan makanan untuk mereka yang berpuasa merupakan satu amalan yang mulia yang digalakkan dalam sunnah Nabi s.a.w. Walaupun secara umumnya menjamu orang lain makan merupakan amalan yang digalakkan dalam hadis, namun menjamu orang berbuka puasa lebih banyak lagi ganjarannya. Ini seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w: “Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuas...

Tahukah korang App What's App kena bayar?

Imej
Haa tahu tak? Ke main guna jer.. kalau tak caya cuba cek kat bahagian setting pastu klik account info. Kat situ tunjuk tarikh expired app korang. Macam abah punya habis bulan Ogos nanti.. tak lama dah.. Memang kena bayar tapi tak mahal USD 0.99 jer. Tapi dari kena bayar, baik guna yang sentiasa percuma kan?!! Abah dah start guna app KiK. Boleh guna untuk semua OS telefon contoh Android, iPhone, symbian, Windows mobile dan BlackBerry. Kalau ada kawan-kawan kat overseas pun boleh contact guna KiK nih! Hehehe.. saja jer promote, bukan dapat apa pun, cuma nak ajak kawan-kawan Abah install KiK nih juga. Selamat Mencuba!! Nota Kaki Abah: Kalau nak add Abah boleh search nama betul Abah. Hehehe Err.. kat obersi dah popular app nih!

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah

Imej
10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah Abah nak share nih.. lagi satu boleh jadi rujukan untuk diri sendiri... Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT. Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat. Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat. Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir. Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur. Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan. Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian. Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq. Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki. Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. Sumber dari Facebook Kepada pengguna Android bolehlah download Al-Quran di sini . Jadi bolehlah kita baca surah-surah ini di mana-mana kita berada kan!! InsyaAll...

Pesanan Ayah Arwah Faris Nur Daniel

Imej
Pesanan dari ayah kepada Allahyarham Faris Nur Daniel buat semua ibu bapa...  Buat kawan-kawan semua.... Antara perkara yang kita boleh jadikan pengajaran dari kisah Allahyarham Faris Nur Daniel... 1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc...... That might be the last night that he/she does that. ... 2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something. 3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak. 4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active. 5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats. ...mgkin blh jd panduan buat kita semua... Sumber: FB ...

Untuk isteri tersayang ........

Abah dapat info ini dari Facebook, peringatan yang bagus untuk Abah menghargai Mama.. Untuk isteri tersayang ............ 1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”. 2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah” 3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”. 4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”. 5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”. 6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”. 7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)...

Isteri Calon Neraka

Imej
Info untuk dikongsi bersama... silalah share jika rasa bermanfaat yer! Isteri Calon Neraka Tidak suka mengerjakan solat Suka bercakap bohong kpd suami Suka berhias utk selain suaminya Tidak mensyukuri kesenangan yg diberikan oleh suami Tidak menghormati suami Suka mencari musuh Sombong  Tidak takut kepada Allah sedikit pun Tidak mahu mengaku salah bila buat salah Tidak mahu minta maaf kepada suami Tidak boleh dinasihati oleh siapa saja Degil, keras kepala dank eras hati Merasakan diri lebih baik dari orang lain Suka berpoya-poya Malas melakukan amalan baik seperti membaca quran, selawat dan istighfar Suka memandang rendah kepada orang lain Telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas satu hadith marfu bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi wa salam bersabda : “ Aku melihat neraka dan sama sekali belum pernah melihat pemandangan seperti hari ini. Aku melihat kebanyakan penghuninya adalah para wanita “. Para shahabat bertanya : “ Mengapa wahai Rasulullah ? “.  Beli...

Bantulah keluarga kembar tiga nih!

Imej
Assalammualaikum dan salam sejahtera, Sempena bulan yang mulia ini, besarlah harapan saya agar kita dapat memberi bantuan kepada keluarga kembar 3 ini. Bantuan boleh diberi dalam bentuk wang ringgit atau pun fizikal seperti susu dan lampin pakai buang. Moga dengan usaha yang sedikit ini dapatlah kita membantu keluarga En. Mansor ini. Bantuan boleh diberikan melalui, Akaun Bank Islam En. Mansor Bin Ibrahim: 02-048-02-051121-2 Atau disalurkan terus ke Alamat: Jalan Telekom, Kubang Rusa, Kampung Lalang, Mukim Siong, 09100 Baling, Kedah. No HP: 013-4214573 Berita boleh baca disini Sumber:  Dibelenggu masalah kewangan Mansor Ibrahim meriba Nurul Farisha dan Yusniza Yusof memangku Nurul Fasihah dan Nurul Farishah bersama Mohd. Adam Haikal di rumahnya di Kampung Kubang Rusa, Kampung Lalang, Baling, Kedah, semalam. – BERNAMA Nota: *Aku terpanggil untuk buat entri ini sebab aku sendiri merasa bagaimana susah senang nak membesarkan kembar 3 ni. Aku berharap den...

Isu Murtad, menyedihkan! apa tindakkan kita?

Imej
Bukan tujuan nak menyebelahi sesiapa atau mana mana pihak... Sedih bila ada orang Islam murtad di negara kita nih... Moga kita semua dilindungi Allah SWT dan dijauhkan dari semua ancaman akhir zaman nih... Subhanallah... Isu ini timbul semasa PEMERIKSAAN JAIS DI DUMC pada 3 OGOS 2011. Semoga kebenaran akan terbongkar!! ***Sedih dan hanya mampu beristifar bila ada tengokkan mamat murtad tu bercakap di pentas...

Aku suka entri nih... suka sangatt!!

"tengok mak bapak kita dulu dulu..rileks je..takde pun kena menari tiang bagai, bahagia je sampai tua ni haa" Ko nampak ke mak kau buat apa dalam bilik depan bapak kau..tah tah dedulu mak kau siap menari zapin depan bapak kau, mana kau tau?? ini la dinamakan, "teknik mencuri dari pandangan anak".. Tengok, sampai sekarnag pun kau tak tau kan? Aku dah menjadi seronok baca blog dia... entri penuh meh baca kat sini Positif thinking ok!!

Moga kalian dapat manfaatnya!

Imej
Pagi ni aku dengar Sinar FM aku dapat suatu ilmu yang bermanfaat untuk kita semua. Selepas aku hantar anak aku yang retro itu ke sekolah, aku drive ke opis sambil dengar Sinar FM! Tetamu Sinar Pagi tadi Datuk Dr Fadhilah Kamsah dan Nabil. Nabil ada tanya lebih kurang laa.. macam mana nak kekal dalam industri hiburan, ermm.. pada aku walau apa pun bidang kita, kita boleh gunakan untuk kehidupan harian kita InsyaAllah. DDFK ada bagi cara untuk kita hadapi kehidupan kita ni. Antaranya sebelum tidur, buat solat taubat dan istigfar 100 kali sehari. Lepas tu maafkan semua orang sebelum tidur. Wife aku ada pesan kat aku sebelum nih, tapi aku terlupa dan jarang amalkan. huhuhu Bila mata dah mengantuk, letak kepala terus selamat!! huhuhu.. tak baca doa tidur pun! huhuhu... Lagi satu perkongsian DDFK ni adalah Doa 12 Pintu Kebaikan. Moga kita semua mendapat manfaatnya. Bacalah setiap hari. Doa 12 Pintu Kebaikan Maksudnya: “Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pi...

Dahsyatnya Doa Seorang Ibu--suatu pengajaran

Imej
Aku dapat dari Email yang dihantar oleh adik aku Aiza. Terima kasih... Moga kita semua dapat pengajaran dari perkongsian ini.. Assalamualaikum Semua,                                                                   Satu ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah Mahmud, bekas ustz ATM sungguh menarik dan jarang kita dengar.  So kepada semua pengalamat luangkan sedikit masa berharga dengan membaca sedutan ceramah istemewa ini untuk kita sama2 hayati dan amalkan sekadar mampu. Di takdirkan anda malas juga nak baca, saya harap bacalah juga pada bahagian yang ada tanda **** ..

Jawatan Kosong!! Diperlukan Segera!!

Imej
Jawatan Kosong!! Diperlukan Segera!!! Sila mohon sebelum tarikh tutup tamat!! Terima kasih pada adik aku Aiza atas email yang dia send kat aku!!

Doa Hari Ahad

Assalammualaikum dan selamat pagi! Ceriakan Ahad korang dengan doa hari Ahad ni Doa Hari Ahad Dengan asma Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya Dengan asma Allah yang tidak aku harapkan kecuali karunia-Nya tidak aku takutkan kecuali keadilan-Nya tidak aku percayai kecuali firman-Nya tidak aku pegangi kecuali tali-Nya KepadaMu aku berlindung wahai Pemilik Ridha dan Ampunan dari kezaliman dam permusuhan dari bencana zaman dari runtunan kesedihan dari rangkaian kemalangan dari habisnya jangka – sebelum siap sedia Aku berlindung pada-Mu ya Rabbi dari bisikan setan Aku bernaung pada kekuasaan-Mu dari kezaliman para sultan Terimalah apa yang ada dari shalatku dan shaumku Jadikan hari esokku dan sesudahnya lebih baik dari saat ini dan hari ini Muliakan keluargaku dan kaumku Jagalah waktu jaga dan tidurku Engkaulah Allah Penjaga Terbaik Engkaulah Yang Paling Pengasih dari segala yang mengasihi Ya Al...

Cadangan aku jer nih..

Ini hanyalah pendapat peribadi aku.. kalau tak setuju pun tak pe.. Terpulang pada masing-masing sebab blog masing-masing yang empunya.. Ini bukan teguran, cuma cadangan dari aku jer.. Aku rasa laa.. para pemblog (ganti nama pada blogger boleh? cakap melayunya hehe..) ... 1. Remove word verification (WV) tu pada ruang komen korang, tujuan WV ni untuk mengelakkan spam dari autobot yang ada kat alam maya nih, pada aku senang pada tukang komen nak komen, jadi tak perlu laa taip 2 3 kali WV nih... kadang-kadang orang jadi tensen dan malas nak komen sebab ada WV tu.. ada 2 3 kes yang aku pernah jumpa, dah lah kena taip WV lepas tu kena approval dari tuan punya blog... perhhh.. gila safety.. bagus-bagus.. tahniah yer sebab berjaya mengsekuritikan blog korang.. 2. Meletakkan URL blog di id blogger korang, kadang-kadang diorang tak perasan ke tak tau yang id blog diorang takde URL blog diorang, jadi pada aku satu kerugian jika, korang tinggalkan jejak pada blog orang, tapi orang nak...

Turunnya Bala..

Imej
Banyak antara tanda-tanda akhir zaman nih dah keluar, antara sebab sebab turunnya bala juga dah banyak kelihatan, tak payah tengok kat negara luar, kat negara kita pun dah banyak... Moga kita sentiasa dilindungiNya.. InsyaAllah Antara tanda-tanda tersebut:-

Cara mudah nak Blogwalking di List Blog Ben Ashaari

Imej
hyperlink tq Google Cara mudah nak blogwalking di senarai blog Ben Ashaari Kan kalau kau orang tengok list dia sampai 600 lebih dah kan! Lepas tu tak boleh nak link sebab takde hyperlink. Just plain text jer.. So aku nak ajar cara nak buat semua list tu jadi hyperlink dalam sekelip mata... Jenuh laa kan nak copy paste 1 1 kan.. muntah nak habis.. ni cara aku la... mungkin ada lagi mudah bolehlah ajar yer... share-share.. tak baik kedekut ilmu ni.. :) Ok mula-mula, Copy semua link yang ada kat list tu /Select All ke Control A ke.. reti tak? Lepas tu buka email korang, compose new email, aku guna Gmail senang sikit.. yang lain pun boleh agaknya,... hehehe tak sempat test.. tapi aku rasa boleh.. Lepas tu paste kan segala yang ko copy tu kat ruang kosong email tu. Lepas tu send kan kepada diri sendiri, email korang jugaklah.. TADAA!!! Dah jadi hyperlink semua! senang laa nak Blogwalking kan! Ok lagi satu nak ajar... kalau korang klik sesuatu link tu kadang-kadang dia akan buka...

Orang putih nyanyi lagu Kau Ilhamku Man Bai

Imej
Tadi aku tengok FB wife aku (Tq yer Sayang!), aku tertarik ada satu link video ni! Lepas tu aku google laa... rupanya dia pernah duduk kat Kuching Sarawak. Nama mamat ni Ben Bradshaw a.k.a Bacha a.k.a Gigi Putih. Dalam video ni dia menyanyi lagu Man Bai, Kau Ilhamku dan ajar sebutan yang betul dalam bahasa Inggeris ikut slang Amerika. Menarik aa...  ada banyak video dia.. ni yang aku tengok tadi... Ni cara sebutan slang Amerika Ini kelakar! Belajar mengorat! Selamat melayan!