Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel batu karang

Appointment with doctor!

Gila ahh tajuk omputih! hehehe... Hari ini abah ada appointment dengan doktor kat hospital serdang untuk checking pasal batu karang abah. Harap harap dah takde laa sebab lama dah tak sakit nih.. Mama nak hantar abah tadi sebab abah masih demam dan batuk-batuk. Tapi takpelah abah masih berdaya nak  pergi sendiri. Belum tahap tak boleh bangun lagi laa.. InsyaAllah dah makan ubat badan dah berpeluh dah ok dah. Pagi tadi abah pula babai AMRAFAHAN, sebab abah keluar lewat. Kalau tak diorang yang babai abah. Sempat laa cium dorang semua! Si Adik siap muncung bibir nak cium abah! hehehe abah suka!!! Haa baru teringat.. pagi tadi.. bukan pagi tadi jer.. tetiap pagi si adik akan kejut abah... "abah bangun laa!!" ulang-ulang kali dia cakap sampai abah bangun! hehehe bila dah bangun tu.. semua orang nak abah dukung ke bawah! waa... mamai mamai tu abah dukung laa diorang ke bawah tengok tv sementara mama bersiap. Lepas tu abah pula bersiap. Oklah ringkas jer nih.. Minta minta...

Aqil Aqil Aqil..... dan Abah Aqil!

Imej
Pagi tadi aku pergi hospital, sebab ada apointment untuk buat ultrasound . Dulu masa wife aku mengandung, aku ingatkan ultrasound ni untuk perempuan jer.. Rupanya untuk laki pun boleh aa.. huhuhuhu... tadi masa menunggu kat unit x-ray, yang masuk bilik ultrasound tu, semua perempuan. Aku jer lelaki.. heee... Wife aku dan Aqil teman aku tadi. Bila nama dipanggil aku pun masuk laa.. bila doktor buat ultrasound, memang ada jumpa batu karang kat pinggang sebelah kiri aku... patut laa asyik sakit pinggang, sengal-sengal jer pinggang aku nih... rupanya ada lagi batu karang yang tak habis keluar hari tu...

Sabar jer lah...

Imej
Pagi tadi aku pergi klinik ambil darah. Ditemani wife aku. Lepas register kena tunggu kat kaunter triage pula. Badan rasa lemau jer... mengantuk... sengal-sengal kat pinggang... Lepas no. giliran aku dipanggil aku pergi laa kat triage tu. Tunjuk kad temujanji tu dengan borang untuk buat ultra sound. Nurse tu cakap dengan aku, darah ambil kat lab, ultra sound buat temujanji dengan hospital. Err.. bukan klinik yang buatkan ke? aku tanya dia.. Eh.. taklah.. Encik terus jer pergi kaunter pendaftaran hospital nanti dia orang buatkan. kata nurse tu. OO.. ok.. aku pun iyakanlah.. mana pergi aku buat.. tapi setahu aku kalau kes macam ni, klinik yang akan buat temujanji dengan hospital untuk pesakit dia.

Giliran aku pula ke?

Semalam petang aku sakit pinggang sebelah kiri. Sakitnya kejap datang kejap tak. Hati aku rasa lain macam. Datang balik ke  sakit aku ni? Dah lama tak kena ni.. Aku sedapkan hati, bukan ni, mungkin angin ni.. salah makan... Teringat malam sebelum tu aku ada makan lala. Jarang aku makan lala sebanyak itu, risau sakit aku datang kembali. Tapi malam tu aku bedal juga! Tak tahan! Sudahnya aku terima padah, aku rasa tak selesa, Semasa tunggu jenazah aku aku semalam baru aku teringat aku tak boleh duduk diam lama-lama, kena bersimpuh nak bagi selesa, aku kerap kencing, tapi tak lawas..