Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Mandi Kolam

Kolam mandi nih Amrafahan yang punya!!!

Imej
Tengahari tadi Abah bawa AMRAFAHAN pergi mandi kolam. Best juga kolam mandi ni, takde orang! Jadi kolam tu AMRAFAHAN yang punya! Tak ramai orang tahu kolam ni ada kat presint 2 ni, biasanya orang mandi kat presint 9. Kolam ni terletak betul-betul sebelah Menara PJH, tapi tersorok sikit, agaknya sebab tu orang tak ramai, kalau lalu jambatan Seri Wawasan tu hala ke presint 2, kolam tu terletak kat sebelah kiri selepas jambatan, masuk ikut tangga sebelah jambatan tu. Tapi masalahnya, nak parking susah, kena parking jauh sikit. Kalau nak berkelah dengan famili Abah rasa tempat tu sesuai, nak buat gathering pun boleh, ada padang kecil sebelah tu. Bolehlah nak guling-guling! Hehehe Apapun memang puas mandi! Errr... AMRAFAHAN jer... Abah tak mandi pun, cuma basahkan seluar dengan baju sikit-sikit jer... Hehehe Tak caya tengok gambar!!

Demam laa pula!

Imej
Dua tiga hari yang lepas ni Auni Auni Auni demam.. termasuk laa si Abang.. yang paling tinggi demamnya si AN, lembik jer.. tapi bila lepas dimandikan dan dibagi ubat baru nampak ceria! Pagi tadi semua dah makan ubat.. harap harap semasa kat taska nanti dorang tak demam lagi laa.. kesian tengok dorang lembik.. Mungkin ini punca dorang demam kot...

Mandi Kolam!

Imej
Pada malam hari isnin lepas sehari sebelum cuti umum awal muharam, Sepupu aku datang rumah bawah  anak-anak dia nak mandi kolam... Kita orang pergi mandi kat kolam renang presint 16 jer..  Sementara nak menunggu sepupu aku sampai, aku bersiap laa, yang si aqil ingat aku nak pergi solat... asyik cakap ikut abah pergi solat tau! Berulang-ulang! hehehe... dia tak tau lagi aku nak bawa dia pergi mandi kolam...  Bila sepupu aku sampai jer kita orang pun beli la tiket pastu salin pakaian... Aku boleh lupa kat mana aku letak seluar mandi aku.. jadi, aku pakai seluar pendek jer... pastu pakai towel... konon-konon nak masuk terus terjun kolam, Aqil pun dah excited nak swimming... dah siap pakai CD lagi... sekali kena tahan dengan budak yang jaga kolam tu... bang, tengok seluar bang, aku pun selak towel aku, .. seluar ni tak boleh bang... hadoii yai!! dik boleh lah...aku merayu... yelah dah setahun lebih tak swimming, gian aaa tengok air ni... merayu punya merayu tak lepas gak......