Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel puasa

Selamat Berpuasa Sahabat!

Imej
Assalammualaikum dan salam sejahtera! Sempena nak sambut Ramadhan pada keesokkan harinya, Abah, Mama dan AMRAFAHAN mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia dan berkah ini, semoga kita dapat berebut semua peluang beribadah di bulan yang mulia ini. Bukan setakat berpuasa jer, sedekah, zakat, baca Al Quran dan lain-lain ibadat yang dapat kita lakukan. Pahalanya berlipat kali ganda jika kita dapat lakukannya, InsyaAllah. Disamping itu, Abah memohon ampun dan maaf, atas apa jua kesalahan Abah pada korang semua samada secara langsung atau tidak, samada sedar atau tidak, dengan kata-kata atau perbuatan.. apa jua lah.. Mohon ampun dan maaf. Moga ibadat puasa ini kita dapat lakukan dengan tenang dan sempurna tanpa memikirkan kesilapan kita pada orang lain. Selamat berpuasa semua!!! Ais krim Mekah! hehehe Selamat Berpuasa Uncle n Auntie semua!!!   Mutiara kata Ulamak JANGAN JADI HAMBA RAMADHAN, JADILAH HAMBA ALLAH!!! SELAMAT BERAMAL!!!

Berbuka puasa sama-sama!

Alhamdullillah, selesai dah hari pertama kita berpuasa, juadah hari ni mesti lebih istimewa dari hari biasa, semua tu rezeki dari Nya yang mengizinkan kita berbuka puasa dengan tenang dan juadah yang menyelerakan.. Begitu juga dengan Amrafahan, walaupun diorang tak puasa, tapi waktu berbuka, diorang pun ada sama.. Tempat diorang lagi special, bukan duduk atas kerusi, tapi atas meja terus! Hehehe lepas tu dapat laa pula seorang satu mug berisi potongan tembikai dan sudu... Hermm... Memang tak kacau orang dah... Tangan kacau tembikai dalam mug tu sambil senyum mulut penuh tembikai tengok abah tengah berbuka... Takpelah janji dok diam!! Lagipun pakcik makcik Auni Auni Auni ada nak tengok tengokkan diorang... Hehehe Macam mana juadah berbuka puasa korang? Beli atau masak? Mungkin juga hari nih hari pertama anak korang berpuasa? Hailahh... Macam mana lah nanti yer aku nak train Amrafahan nih??!! Huhuhu Published with Blogger-droid v1.7.4