Assalammualaikum semua
Syukur alhamdulillah selesai sudah berbuka puasa 1 ramadhan selama 20 jam hari ni. Cabaran berpuasa yang panjang di Finland ni berjaya diharungi dengan juadah yang simple saja. Biasanya kalau berbuka puasa saya jarang ambil makanan berat sebab nanti sahur dah kenyang tak boleh makan lagi.
Mr.hubby pun sama berbuka puasa dengan kurma, mee bandung dan agar-agar sajalah hari ni. Nanti masa sahur baru makan nasi. Memang terasa kenyang juga kalau nak makan lagi sebab jarak masa berbuka puasa dengan waktu sahur yang dekat iaitu maghrib jam 10.20malam dan imsak 2.24pagi. Tapi kena makan juga utk alaskan perut sikit.
Oklah resepi agar-agar ni saya ambil dari dapur CMG@Tiffinbiru. Terima kasih CMG dan pernah tgk Kak Nor@SG juga pernah cuba buat agar-agar ni . Saya simpankan jugalah resepi olahan kak Nor untuk mudahkan saya buat rujukan kemudian hari nanti. :D

AGAR-AGAR KELAPA PANDAN
resip asal : CMG@Tiffinbiru
Bahan-bahannya:
5 gram serbuk agar2
60 gram isi kelapa muda
500 ml air kelapa muda
50 gram gula atau secukup rasa
1 helai daun pandan, simpul
3/4 camca teh pandan pes @ pewarna hijau
Cara membuat:
1. Satukan serbuk agar2, gula, daun pandan dan air kelapa muda, kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga mendidih, kacau selalu.
2. Sementara itu kelapa muda dihiris halus memanjang dan bahagi kepada 4 bahagian sama banyak.
3. Keluarkan daun pandan dari agar2 tadi, bahagi kepada dua (250ml setiap satu). Satu bahagian biar warna asal dan satu lagi letak pes pandan atau pewarna hijau, kacau rata.
4. Sediakan bekas agar, letak 1 bahagian kelapa muda dalam bekas agar2. Tuang 1/4 bahagian warna hijau. Biar ia sedikit mengeras, toreh2kan permukaannya dengan pisau dan tuang 1/4 bahagian yang tanpa warna, biar mengeras dan toreh2 permukaanya.
5. Tabur 1 bahagian lagi kelapa muda dan tuang warna hijau, dan lapisan terakhir warna putih.
6. Lakukan kaedah sama untuk satu bahagian lagi . Akan dapat 4 lapisan, hijau ada hirisan kelapa + putih jernih + hijau ada hirisan kelapa + putih jernih..
7. Biar mengeras sedikit dan simpan dalam peti sejuk hingga betul2 keras. Keluarkan dari acuan dan boleh hidangkan sebagai pencuci mulut. Sedap dimakan sejuk.
* Nieza tak buat kaedah melapis mcm CMG cuma tuangkan semua sekali jer.
Bagi sesiapa yang tak ada kelapa boleh gantikan dengan nata dcoco seperti resepi dibawah. Resepi dibawah ni saya ambil dari dapur kak Nor @SG...minta izin simpan dan kongsikan kat sini yer kak Nor.
AGAR-AGAR NATA D'COCO
resipi asal : CMGebu (Agar-Agar Kepala Pandan)
resipi olahan: K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
10gm serbuk agar2
1200ml air ( air biasa + jus nata d'coco)
gula secukupnya (sbb dah ada rasa manis dr jus nata, jadi kena ikut citarasa masing2)
nata d'coco secukupnya
1 helai daun pandan
sedikit paste pandan dan pewarna hijau
Cara2:
Masak air (air biasa + jus nata d'coco), serbuk agar2, gula dan daun pandan hingga mendidih.
Masukkan paste pandan dan pewarna dan kacau hingga sebati.
Masukkan nata dan biarkan sebentar barulah dipadamkan api.
Basahkan acuan/mould yg akan digunakan.
Tuang adunan agar2 kedalam bekas dan biarkan sejuk.
Bila agar2 dah hilang panasnya barulah dimasukkan ke dalam peti ais.
Hidangkan bila agar2 dah betul2 sejuk.