Showing posts with label Sekadar Renungan. Show all posts
Showing posts with label Sekadar Renungan. Show all posts

29 Oct 2010

Malam Pertama Kita...

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...

Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu
Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan

Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir

Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

Semoga artikel ini dapat menginsafkan diri ini dan kita semua supaya tidak lalai mengejar duniawi....Semoga kita pulang ke pangkuan ilahi dalam keadaan sempurna amal ibadat......dan semoga tidak gentar menghadapi sakaratul maut apabila ia datang menjemput...insyaAllah.amin..

24 Jun 2010

KELEBIHAN BULAN REJAB

Sekejap saja masa berlalu....dah masuk bulan rejab dah pun...dah tak lama lagi ramadhan pula...

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

23 Jun 2010

Cara Pemotongan Kuku Dengan Betul

Cara pemotongan kuku dgn betul mengikut sunnah nabi

Memotong kuku ada caranya. Kuku adalah sebahagian dari badan kita dan perlu kita hormati. Memotong kuku ada adabnya seperti ikut hari, aturan kuku yang dipotong dan buang kuku yang telah dipotong ke tanah kerana kita juga adalah dari unsur tanah.

Hari potong kuku:
Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Aturan potong kuku:
Mulakan potong kuku dengan Bismillah dan selawat Nabi. Potong kuku tangan bermula dari jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan akhir sekali ibu jari tangan kanan.


Untuk kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.

6 May 2010

Sekadar Renungan Bersama Sempena Hari Ibu

Orang kata aku lahir dari perut Ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. Ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Ibu
Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon.. Ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang, aku suka luah pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.. Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.. Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari.. Pasanganku
Bila sedih, aku cari.. Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada.. Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.. Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat.. Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.. Ibu
Bila nak bercuti, aku bawa.. Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.. Ibu
Bila sambut valentine, Aku hadiahi bunga pada.. Pasanganku
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu aku ingat.. Pasanganku
Selalu Ibu ingat kat aku
Bila-bila aku akan telefon.. Pasanganku
Entah bila, aku nak telefon.. Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk.. Pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk.. Ibu
Renungkan:

“Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja, bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”. Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi, bukan lima puluh ringgit, lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-Fatihah, Al-Fatihah, Al-Fatihah.
Al-Fatihah juga kepada saudara-saudaraku yang telah kehilangan Ibu tercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga.
Sementara kita yang masih memiliki ibu,sayangilah mereka seperti mereka mengasihi sewaktu kita kecil dulu,jadilah anak yang terbaik buat ibu kita.Renungkanlah sudah cukupkah pengorbanan dan kasih sayang kita pada ibu,berilah mereka tangisan kegembiraan bukanlah tangisan duka,jaga hatinya.Bukan duit dan harta kita yg ibu mahu....ibu hanya mahukan kasih sayang & perhatian daripada kita anaknya.Sedih bila masih ada anak yang pinggirkan kedua ibu bapa mereka..

Sayangilah ibu kita sementara dia masih ada...Ibu kaulah ratu hatiku...
"YA ALLAH kau panjangkan umur kedua orang tua ku,sihatkan tubuh badan mereka,kau ampunkan dosa2 ku & juga dosa kedua ibu bapa ku yang telah melahirkan & membesarkan aku,kasihilah mereka seperti mana mereka mengasihiku sewaktu aku kecil dahulu..berilah limpahan kasih sayang,kebahgiaan pada mereka di dunia & juga akhirat"- Amin.

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers