Showing posts with label Pancakes. Show all posts
Showing posts with label Pancakes. Show all posts

23 Mar 2012

Durian Pancake / Kuih Dadar Durian

Assalammualaikum
Salam di hari Jumaat yang mulia buat semua. Semoga kita semua mendapat keberkatan disebalik penghulu segala hari ni. Kali ni saya mencuba buat pankek durian pula. Buat pankek ni pun sebab nak abiskan lebihan stok durian frozen yang saya buat durian cheese cake hari tu. Nak kena clear mana yang boleh sebelum nak bercuti nanti.


Kuih ni sedap sangat dan memang kena ngan selera saya. Tak tau berapa ketul yang dah saya makan tu...:D Saya suka inti yang sedap tu. Resepi ni saya ambil dari dapur Kak Wan yang memang hebat memasak dlm pelbagai masakan. Kalau singgah blog kak wan sampai saya tak tau mana satu resepi nak dicuba sebab semuanya nampak menarik. Terima kasih pada Kak Wan kerana berkongsi resepi yang sedap ni dan izinkan saya berkongsi disini pula.


Resepi Durian Pancake / Kuih Dadar Durian

sumber: Kak Wan,

Bahan-bahan dadar

100 gm tepung gandum. 
1/4 sudu teh garam.
3 biji telur dipukul ringan. 
250ml susu cair. 
1 sudu besar mentega cair. 
beberapa titik pewarna kuning/hijau.


Inti kastard durian
250ml susu cair. 
2 sudu besar tepung jagung. 
2 sudu besar gula pasir.
 1/4 sudu teh garam. 
1 kuning telur. 
150 isi durian.  

cara-cara
1. Satukan bahan dadar dan whisk hingga rata, kemudian tapis. Nieza masukkan semua dalam blender supaya tidak berketul.
2. Panaskan kuala non stick kecil tanpa perlu meleserkannya dgn minyak, ambil satu senduk adunan dan buat dadar yg nipis. pastikan setiap kali menuang adunan, kuali di angkat dari dapur supaya tidak hangus.
3. Biarkan bahagian bawah masak, kemudian terus angkat dan terbalikan dengan permukaan yg licin berada di bawah. buat hingga habis.
4. Letak 2 sudu kecil inti di tengah dan lipat seperti membuat lepat dengan permukaan yang licin di bahagian luar. 

Bahan inti 
1. Larutkan tepung jagung dan susu segar hingga rata. kemudian satukan dengan bahan2 yg lain di dalam periuk dan masak hingga inti menjadi kental. sejukkan dahulu sebelum di isi di dalam dadar. 

    16 Dec 2011

    Fluffy Chocolate Pancake


    Assalammualaikum dan salam di hari Jumaat buat semua.
    Semalam tak sempat nak update blog dan bw pun...kalau tak berupdate tu maknanya saya busy lah yer. kalau dah ada program luar tu memang saya tak duk umah pun. Semalam ada jemputan lunch dan program kat ofis mr.hubby so...dari pagi keluar sampai malam baru blk. Gitulah kalau dah sibuk ngan aktiviti luar dapur pun tak berasap la jawabnya.


    Tapi tak kisah la coz tak ada apa yg nak saya kejarkan kat blog ni pun...sekadar utk mengisi masa lapang kalau ada masa terluang tu InsyaAllah akan saya kongsikan disini. Bukan sekadar masakan saja akan dikongsikan bersama tapi apa saja aktiviti saya selama di rantauan org ini. Dalam masa yg sama utk simpanan kenangan buat saya juga nanti. Btw, terima kasih pada yang sudi singgah ke blog rojak saya ni dan pada followers baru juga tqvm...:D


    Oklah berbalik pada n3 hari ni, layan pankek pula lah. Pankek ni gebus jer rasanya dan sedap bila dimkn dgn choc syrup ni. Resepi asalnya dari Allrecipes dan saya copy dari dapur kak Nor @ SGTerima kasih pada tuan empunya resepi dan Kak Nor kerana berkongsi resepi pankek yang sedap ni. Izinkan saya berkongsi disini pula yer.


    FLUFFY PANCAKE
    source: Allrecipes
    source : K.Nor@SecubitGaram

    Ingredients
    3/4 cup milk
    2 tablespoons white vinegar
    1 cup all-purpose flour (nieza campur tepung kek sikit)
    2 tablespoons white sugar
    1 teaspoon baking powder
    1/2 teaspoon baking soda 
    1/2 teaspoon salt
    1 egg
    2 tablespoons butter, melted
    cooking spray ~ optional
    3 tablespoons cooking chocolate




    Directions
    Combine milk with vinegar in a medium bowl and set aside for 5 minutes to "sour".
    Combine flour, sugar, baking powder, baking soda, and salt in a large mixing bowl. Whisk egg and butter into "soured" milk. Pour the flour mixture into the wet ingredients and whisk until lumps are gone.
    Heat a large skillet over medium heat, and coat with cooking spray. Pour 1/4 cupfuls of batter onto the skillet, and cook until bubbles appear on the surface. Flip with a spatula, and cook until browned on the other side.



    10 Feb 2011

    Pancake


    Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.....org kat Malaysia sure dh siap lunch dah kan...tunggu time nk minum petang jer...haha saya kat sini baru jer sudah breakfast ni...apa nk buat timing tak sama...org dh masuk tido...saya baru nk dinner.....lambat sokmo...tapi itulah kebesaran Allah ....bumi sentiasa berputar siang dan malam kan. Eh sorry...terkeluar tajuk tazkirah pula.

    btw hari ni layan lempeng omputih ni la  pula...kekadang pening juga nak memikir apa nak makan....kalau kat Msia tu merata tempat ada org jual kuih muih dan nasi lemak kan...tak pun kalau kat Penang tu pi jer kedai nasi kandaq tu order jer roti canai dan mcm-mcm ada.Actually itu ler rutin harian saya setiap pagi masa dulu ..on d way nk pi keja mesti singgah beli breakfast dulu...adehhh rindu nak blk kampungla...:D


    Oklah ceter pasal pankek ni pula..resepi ni saya intai dr dapur Kak Maz @ ilham dapur...terima kasih yer kak kerana berkongsi resepi dan izinkan saya berkongsi disini pula. Actually dah lama dah copy resepi dan buat byk kali tapi tak ingat lak nak n3...bila dh siap terus ngap jer..haha ni baru teringat nk snap photo...pankek biasa jer ni sure ramai dh tau kan....kalau nk cuba resepi ni boleh jer...resepi seperti dibawah yer.

    Source: Kak Maz @ Ilham Dapur
    Bahan-bahan
    • 1 1/2 cawan tepung gandum 
    • 3 1/2 sudu kecil baking powder
    • 1/2 sudu kecil garam
    • 2 sudu besar gula
    • 1 1/4 cawan susu segar
    • 1 biji telur - pukul sikit
    • 3 sudu besar mentega - dicairkan
    • sedikit essen vanilla
    Cara :

    1. Ayak tepung, baking powder dan garam. Gaul sebati dengan gula.


    2. Buat lubang ditengah-tengah dan masukkan susu, telur dan metega cair. Kacau hingga sebati.

    3. Panaskan non stick pan dan masak guna api perlahan sehingga keperangan dikedua bahagian.

    P/S drp kak Maz : Untuk menghasilkan pankek yang sama saiz, seeloknya guna non stick pan yang saiz paling kecil (pan tu saiznya lebih kurang telur mata kebau gtuw), xde pmbaris maz nk ukur pan ni..kalau guna pan yang bersaiz besar, nanti pankek akan jadi leper. Selepas masukkan 1 senduk adunan dalam kuali, tutup kuali agar adunan naik. Pastikan guna api perlahan. (ni cara yg maz buat la).

    15 Jul 2010

    Pink Pancakes with Fresh Strawberry

    Menu untuk sarapan pagi tadi....resepi ni saya saja cuba sendiri dgn menambahkan buah strawberry fresh ni kedalam adunan...ceta pasal buah strawberry lum abis lagi....so..mereka cipta sajalah...ok resepinya spt dibwh..:-
    Bahan-bahan
    1 biji telur
    5-6 biji buah strawberry kalau suka boleh letak lbh lagi
    sedikit pewarna merah
    3 sudu kecil butter, dicairkan dan ketepikan hingga sejuk
    1 cwn tepung gandum serbaguna
    1 sudu besar gula
    1/2 sudu kecil  garam
    1 cwn  buttermilk*
    *jika tiada buttermilk boleh diganti pada 1 cwn susu segar dicampur dgn 1 1/3 sbsr cream of tartar. Tunggu 5-10 min hingga hasilnya menjadi berbentil2.
    1 sudu kecil baking soda

    Cara-cara
    1.Di dlm mangkuk, pukul telur, butter yg telah sejuk pada suhu bilik.
    2.Ayak tepung dan baking soda bersama  kemudian campurkan bersama gula & garam.
    3.Campurkan bahan kering tadi bersama telur dan butter yg telah dipukul. Gaul rata.
    4.Tambahkan pula buttermilk atau campuran susu segar tadi dan kacau lagi hingga tidak berbentil2.
    5. Masukkan sedikit pewarna merah dan buah strawberry yang  potong kecil atau dilecek dan gaulkan sebati.
    6.Panaskan kuali yg leper dan  tuangkan agak sesenduk kecil keatas. Biarkan ia berbuih di tepi2annya sebelum membalikkan.
    7.Setelah masak bolehla diangkat dan dihidang bersama dgn strawberry syrup ataupun jem.

    6 May 2010

    Pancake with ice cream

    Bahan-bahan :
    190 g tepung serbaguna
    10 g baking powder
    1 sudu kecil garam
    1 sudu kecil gula
    295 ml susu segar
    1 biji telur
    45 g butter (dicairkan)

    Cara-cara :
    1. Masukkan tepung serbaguna, baking powder, garam dan gula ke dalam mangkuk.
    2. Gaulkan secara rata dan kemudian masukkan susu segar, telur dan butter. Kacau hingga sebati.
    3. Panaskan kuali dan masakkan ia dengan memasukkan 1/4 cawan sebatian tersebut.
    4. Masak sehingga kedua-dua belah pancake tersebut sehingga bertukar warna keperangan-perangan.
    5. Bolehla dimakan bersama dengan madu, coklat, ice cream ataupun jem buah-buahan.

    Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

    Bookmark and Share

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails

    My Blog Anniversary Day

    Daisypath Anniversary tickers

    Our Wedding Anniversary Day

    Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers