Showing posts with label Holiday 2011. Show all posts
Showing posts with label Holiday 2011. Show all posts

31 Dec 2011

Summer Trip To St. Petersburg, Russia

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Cerita trip masa summer hari tu lum abis lagi...dah 5 bulan dah masa berlalu baru nak share kat sini tapi tak kisahlah sekadar untuk simpan kenangan disini saja. Actually, trip ke St.Petersburg ni we all pergi pada 25 July 2011 bersama dengan rakan-rakan Malaysia di Finland ni. Selepas balik dari sini keesokan harinya pula saya terus balik ke Malaysia untuk ziarah bonda yang sakit dan sebab  itulah juga saya terlupa nak share kat sini.

Percutian kami kesana cuma 3 malam saja dengan dengan menaiki kapal cruise dari Helsinki to St.Petersburg lbh kurang 14jam juga lah atas cruise ship tu. Kiranya kami bermalam diatas kapal pada hari pertama, esoknya kami bermalam di hotel sana dan bermalam pula diatas kapal masa dalam perjalanan balik. Bertolak dari Helsinki pada jam 5ptng dan sampai sana esok paginya. Bila sampai sana terus ke destinasi pertama iaitu check in hotel disana. Bila dah siap check in bilik dan letakkan semua barang kami pun teruskan perjalanan melawat di sekitar bandar  St. Petersburg.

 turun jer dari kapal  semua penumpang kapal disambut dengan alunan muzik dari pemuzik ni

 ni la kapal yg kami naik

 sedang berbaris untuk pemeriksaan pasport oleh kastam

 alhamdulillah sampai juga ke sini setelah lama dirancang.

 St. Petersburg adalah merupakan bandar sejarah lama dan bekas ibu negara Russia yang mana berjiran dengan negara Finland ni. Memang menarik tempat ni kerana kawasannya yang berhampiran dengan laut memang cantik dan indah sekali permandangannya. Masa ni musim panas memang cerah tapi yang tak tahan cuaca panas yang terik tu yang membuatkan kami cepat letih.Tapi syukur alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kami semua selamat pulang ke Finland dengan selamat.





































 subhanallah....sungguh indah sekali ciptaan Allah bila dapat melihat saat-saat akhir terbenamnya matahari pada hari tu.





Sekian sajalah dulu cerita percutian kami musim panas di negara Russia ni dan merupakan percutian kami yang terakhir dalam tahun 2011 juga. Sekadar berkongsi cerita dan simpanan kenangan disini saja. InsyaAllah jika diberikan kesempatan dan diberikan rezeki untuk bercuti lagi pada tahun hadapan nanti bolehlah dikongsikan lagi...:D

4 Jul 2011

Summer Trip To Talinn, Estonia

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua....rasa mcm lama sgt tak bersiaran disini. Terima kasih pada yang sudi berkunjung ke sini dan pada follower baru juga amatlah saya hargai. Maafla saya belum berkesempatan untuk berkunjung balas lagi...InsyaAllah jika ada link yg betul akan saya jejaki nanti.


Actually saya cuti msk sekejap ikut suami outstation ke Talinn, Estonia iaitu negara jiran Finland jer dan selamat tiba pada hari khamis yang lepas. Bila dah blk bdn pun terasa letih dan rasa lemau jer nak update blog ni. Pastu hari ahad keluar pula jalan-jalan dalam Finland. Bila time summer ni jer best nak jalan-jalan pun. 


Oklah hari ni nak ceter pasal trip saya ke Talinn, Estonia. Kira kali  ni kali ke-2 lah saya melawat ke sana. Yang 1st dulu masa last year. Masa winter kurang menarik sikit kalau nak compare pada waktu summer sekarang ni memang meriah.Pelancong pun ramai time ni.  Lawatan kali ni agak terhad sikit coz mr. hubby pergi pun atas urusan rasmi kerjanya dan pergi bersama bosnya iaitu TYT Duta dan isterinya. Jadual lawatan kerjanya memang penuh dengan meeting dan lawatan rasmi saja  dan hanya berkesempatan jalan pun selepas waktu kerja dan masa tu kedai pun dah nak tutup.....we all sempat jln sekali  semasa ke taman bunga dan tepi pantai saja. So... kebanyakkan masa saya disana saya byk berjalan seorang diri...lagipun dah pernah ke sana tak jadi masalah buat saya. Bila mr.hubby sibuk meeting saya pun sibuk shopping..:D


Oklah layan jer lah gambar kat bawah ni yer...tuan umah ni memang suka ambil gambar so...byklah gambarnya...harap tak bosan yer.:D Sekadar berkongsi pengalaman bersama dan kenangan saja.

di tengah launtan biru....

suasana di dalam kapal di bahagian sun deck



Pengangkutan utama dan murah daripada Helsinki ke Talinn adalah dengan menggunakan 'cruise ship'. Kapal ini memakan masa 2 jam perjalanan tetapi tidaklah membosankan kerana banyak kemudahan yang disediakan didalam kapal ini seperti restaurant, tempat mainan utk kanak-kanak, supermarket yg menjual brng bebas cukai, game, kemudahan wifi utk penggunaan internet dll.

ni la bandar lamanya....



Talinn adalah merupakan ibu negara Estonia yang terletak di sebelah selatan Finland. Talinn adalah merupakan bandar eropah yang terkenal dengan 'old town'. Bandar ini juga telah mendapat pengiktirafan dunia sebagai bandar warisan dunia. 

salah satu restaurant didalam kapal

kedai yang menjual set bohemia crystal....memang menarik..rasa mcm nk borong jer semua..:D



memang menawan kalbu..:D















ada show pula..






ni pula taman bunga...memang cantik..












selepas abis berjalan ke taman bunga we all ke tepi pantai pula...memang best walaupun time ni dah jam 8 malam tapi masih cerah lagi...



zoom from our lens 70-300mm 



dah nak balik dah...getting ready to go into the cruise ship....

kapal ni pula nak ke stockholm 

we all naik kapal ni.....dah bersedia utk masuk ke perut kapal...

parking kereta didalam kapal....teringat pula feri Penang...

Posing jap kat sun deck kapal ni...:D

sekian saja cerita cuti saya ke Talinn, Estonia kali ini...ada rezeki dan kesempatan bolehlah ke sana lagi nanti...InsyaAllah.

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers