Showing posts with label Pasta. Show all posts
Showing posts with label Pasta. Show all posts

17 Mar 2012

Baked Pasta

Assalammualaikum dan salam dihari minggu buat semua
Sebelum terlupa hari ni nak sharekan menu yang dah lama terperam ni...sampai lupa dah bila buat ni. Tak kisahlah kan bila pun tapi nak simpan kat sini juga resepi ni utk rujukan di kemudian hari. Baked pasta  ni simple jer tapi memang sedap..kena pulak kalau bubuh topping cheese atas tu banyak-banyak memang mantop la..pastu  mulalah rasa bersalah sebab menambahkan lemak kat badan ni..:D


Oklah ceter pasal n3 ni, sebelum ni pun dah banyak kali juga buat baked pasta ni..dah macam-macam jenis pasta dah cuba. Kalau rasa malas nak masak nasi dan lauk tu saya masak gini jer la. Nampak resepi mcm remeh tapi tak susah mana pun kalau dah selalu buat semua benda akan jadi senangkan. Terima kasih pada yang berkongsi resepi ni Mutiarazura @ My Resepi dan izinkan saya berkongsi disini pula. Oklah jom semak resepi kat bawah ni yer.

Bahan-bahan ( 6 orang kot )
500 gram pasta (sepeket pasta jenis pendek either penne, farfalle, shell or macaroni)
300 gram daging cincang (pilih ayam atau lembu)
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 labu bawang besar – dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
1 tin cendawan butang - dihiris
1 biji lada benggala - didadu
1 kiub stok ayam atau lembu – ikut jenis daging yang digunakan
1 batang carrot – didadu
1 batang celery – didadu
1 sudu teh herba Oregano kering (dapatkan di mana-mana supermarket/hypermarket)
1 helai Bay leaf kering (kalau taknak beli boleh juga gantikan 2 helai daun salam/ serai kayu segar)
Parutan keju samada Cheddar/Mozzarela/Romano atau Parmesan
3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
Garam dan gula secukup rasa


Bahan sos putih :
2 sudu besar butter
1 sudu besar tepung gandum
2 kotak susu segar 
Secubit lada hitam dan garam

Cara-cara
  • Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan pasta. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  • Buat inti daging. Goreng bawang besar dan bawang putih. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga daging keperangan.
  • Masukkan carrot, cendawan, lada benggala (capsicum) dan celery. Kacau sebati.
  • Masukkan tomato puri. Jika nampak terlampau kering masukkan sedikit air. Jangan sampai berkuah pula.
  • Masukkan kiub ayam/lembu (hancurkan dan tabur, jangan masuk seketul) herba Oregano dan Bay leaf. Biar mendidih dan naik bau.
  • Masukkan gula dan garam secukup rasa. Garam tak perlu banyak sebab stok dah masin. Bila nampak pekat dan agak kering, tutup api dan ketepikan.
  • Buat sos putih. Masak butter atas api kecil (jangan sampai perang). Bila semua butter dah cair dan berbuih, taburkan tepung gandum, kacau cepat-cepat dengan senduk kayu. Kacau dalam 3-4 minit, kemudian masukkan susu segar.
  • Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau hingga nampak sos sudah bersalut di belakang senduk kayu (agak pekat ). Tutup api.
  • Cara melapis : Dalam bekas tahan panas (saya guna Pyrex. Pakai loyang kek pun boleh, tapi kalau pakai Pyrex boleh angkat terus hidang), mulakan dengan lapisan pasta, tabur rata. Lepas tu lapisan inti daging, kemudian ratakan sos putih.
  • Teruskan melapis dan akhiri dengan taburan parutan keju di lapisan paling atas.
  • Bakar dalam oven suhu 190 darjah Celcius selama 30 minit atau sehingga keju cair dan keperangan. Siap untuk dimakan.


7 Dec 2011

Spaghetti Olio Tuna Pedas

 
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Hari ni layan spaghetti jer la simple dan yang pastinya menu yang mengenyangkan. Agak sibuk sikit hari coz jap lagi nak keluar ada appoiment dental hari ni. Tapi bab nak jumpa doc gigi ni memang takut bebenor...bukannya nak pi cabut gigi tapi nak gi cuci gigi jer pun. Maybe sebab saya tak jadi misi gigi kot...:D


Oklah berbalik pada n3 hari ni saya ambik resepi spaghetti ni kat dapur CMG.dah lama simpan sejak CMG n3kan dulu..memang sedap bila saya makan pula dgn smoked oyster.Btw, terima kasih pada CMG kerana berkongsi resepi yg sedap ni dan izinkan saya berkongsi disini pula.



Source:CMG
BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram spaghetti (mat guna angel hair)
1 tin tuna, ditoskan
1/3 bahagian traffic light capsicum (merah, hijau, kuning) didadu
1 biji bawang besar, cincang
3 ulas bawang putih, cincang halus
10 biji cili padi, cincang halus
2 helai bay leaf
4 kuntum cendawan butang segar, hiris
12 biji buah zaitun hitam, belah 2 setipa satu
1 camca teh Mix Italian Herbs (boleh beli kat pasaraya)
Serbuk lada hitam secukupnya
Minyak zaitun secukupnya
Garam dan sedikit gula

Herba Basil segar sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Spaghetti direbus hingga lembut dalam air mendidih bergaram, toskan dan gaul dengan minyak zaitun, ketepikan. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, masukkan bawang besar, bawang putih, bay leaf dan juga cili padi cincang tadi hingga harum, tambah italian herbs dan cendawan, masak sekejap.
  2. Masukkan tuna dan traffic light capsicum, gaul rata. Tambah sedikit garam dan gula. Kacau dan masuk spaghetti, sederhanakan api dan gaul rata2. Masuk buah zaitun tadi dan gaul lagi. Akhir sekali tambah serbuk lada hitam, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hias dengan herba basil segar sebelum dihidangkan segera.


14 Nov 2011

Angel Hair Goreng Pedas Berempah


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. 
Hari ni layan angel hair jer lah versi pedas ikut citarasa tekak org melayu....haha mcm mana sedap pun mkn omputih ni saya rasa sedap lagi masakan kita kan...nak yang pedasx2 jer. Selalu juga masak goreng-goreng gini  tapi jarang nak share pun sebab selalu main campak-campak jer.


 Sejak dok kat sini memang tak ada mee kuning pun nak buat sendiri mee kuning malas pula yg paling senang masak spaghetti jer la. Tapi kali ni saya cuba resepi Kak Nor dan olahan Zaliedana ni pula yg versi bercajun. Lama dah org abis mabuk cajun saya lak tak abis lagi..:D Tapi cajun dan serbuk berempah yg lain memang sentiasa ada stok pun...mr.hubby kalau masak dia suka bubuh semua tu. Oklah terima kasih yer pada Kak Nor dan Zaliedana kerana berkongsi resepi ni...Izinkan saya berkongsi disini pula.


Resepi : Kak Nor
Sumber olahan : Zaliedana
Bahan:
  • 1/2 paket angel hair
  • 1 kpg dada ayam -  dipotong kecil
  • 3 ulas bawang putih -  diketuk dan dicincang
  • 1 labu bawang besar *
  • 1 biji tomato (besar) *
  • 1/2 batang carrot *
  • 1/3 biji capsicum merah *
  • 1/3 biji capsicum hijau * (* dipotong dadu)
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar serbuk cili kasar
  • 1/2 sudu besar cajun
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 cawan air rebusan angel hair
  • 1 biji telur - dipukul sedikit
  • garam dan sedikit gula secukup rasa
  • daun sup


Cara memasak :
  1. Rebus angel hair sehingga lembut dan toskan. (Asingkan 1 cawan air rebusan)
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan ayam dan masak hingga isi ayam bertukar warna putih.
  4. Masukkan tomato, carrot, capsicum merah dan hijau dan goreng seketika.
  5. Masukkan pula serbuk lada hitam, serbuk cili kasar, cajun, sos cili, garam dan sedikit gula jika suka.
  6. Masak hingga tumisan berbau wangi dan alihkan bahan2 ketepi kuali dan masukkan telur.
  7. Biarkan telur masak sedikit lepas tu kacau hingga menjadi seperti scramble egg.
  8. Masukkan angel hair dan juga air rebusan tadi (tujuan dimasukkan air adalah utk menghasilkan angel hair yg sedikit basah dan tidak terlalu kering.. boleh skip jika lebih suka angel hasir yg kering)
  9. Kacau goreng lagi sekejap dan bolehlah dihidangkan dlm pinggan.
  10. Taburkan daun saderi sebelum dihidangkan.


27 Apr 2011

MAC N CHEESE


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Hari ni layan pasta mac n cheese pula...sekali sekala tukar selera mkn pasta pun sedap juga....saya bab mkn tak kisah sgt...dan mr.hubby pun ok tekak international gitu semua boleh makan asalkan halal...:D So..layan menu pasta macaroni bakar ni jer lah utk hari ni...jap lagi nak keluar jap ada urusan kat luar sikit. Lately ni byk benda nak kena buat ..persediaan sebelum bercuti nanti. Kemana saya akan pergi nanti ....tungguuuu....nanti saya maklumkan kemudiaan yer.


Ok ceter n3 hari ni saya masak menu simple tapi memang sedap....kalau bubuh byk cheese tu lagi ler sedap..haha tak mau ceter byk nk tau lagi sedap kenalah cuba sendiri yer...:D btw terima kasih pada mereka yg telah berkongsi resepi izinkan saya berkongsi resepi ni disini pula.


Source: Mama hawaAin 
1 paket (500 gram) macaroni spiral San Remo 
(atau boleh guna bentuk macaroni lain yang disukai)

220 gram Du Chef tomato puree (tin sedang)/ 1 botol besar sos spaghetti

400 gram daging cincang
1 biji bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih, dicincang
5 tangkai cili padi thailand, dicincang
2 - 3 helai bay leaves (kering)
sedikit rempah oregano
garam dan gula secukup rasa
1 buku (250 gram) keju cheddar, diparut
500 - 600 ml susu segar
3 sudu besar tepung gandum




Cara-caranya
1. Rebus spiral pasta mengikut peraturan dipaketnya. Sebaik sudah masak, angkat dan toskan.
2. Untuk Sos Merah: Tumis bawang besar dan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili padi dan daging cincang. Tumis sehingga daging bertukar warna dan pastikan jangan sampai air daging kering.
3. Masukkan tomato puree/ sos spaghetti Prego dan sedangkan api. Kalau guna sos spaghetti Prego boleh campurkan 1 cawan air kedalam periuk. Jika guna tomato puree tidak payah tambah air.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sosnya jangan terlalu kering sangat kerana lebih sedap berkuah supaya mudah digaulkan bersama macaroni.
5. Untuk Sos Cheese: Masukkan susu segar dan tepung gandum dan gaul rata. Masak diatas dapur dengan api yang kecil dan masukkan parutan keju cheddar. Kacau sehingga cheese cair dan sebati. Sebaiknya sos cheese jangan terlalu cair.
6. Cara menyediakan Mac N Cheese: Gaul sos merah dan macaroni spiral sehingga sebati. Tuang setengah adunan kedalam caserole dan lapiskan dengan sos cheese, dan kemudian tuang lebihan macaroni dan atasnya ditutup dengan sos cheese. Kalau nak lebih sedap boleh taburkan parutan keju cheddar diatasnya dan bakar sehingga ia bewarna kuning keemasan. Dapat menyediakan 2 loyang 8 x 8 inci.

NOTA: Jika menggunakan sos spaghetti, anda boleh kecualikan penggunaan rempah oregano dan bay leaves.

p/s Kalau malas nak buat sos-sos tu, beli je ... semi-homemade gitu. Bak kataSandra Lee dlm rancangan masak2 dia kat channel TLC, keep it simple, make it Semi-Homemade ;)

9 Mar 2011

Pasta Seafood Gratin


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Hari ni layan pasta la pula....sekali sekala tukar selera mkn pasta pun sedap juga. Nak  masak pun senang dan boleh dimakan pada bila-bila masa saja. Actually saya ni memang jarang masak nasi lauk berlauk ni ... sekali sekala tu masak jugalah tapi takla setiap hari...yer la selalu lunch sorang jer malas nak msk pun bila mlm dinner selalu mkn yg simple jer....tapi yang peliknya bdn naik berkilo-kilo juga dan baju pula semakin hari semakin kecik...:D


Ok resepi ni saya nampak kat dapur Wanieyra yang menurutnya dr dapur kak Hana.....So..terima kasih yer pada wanieyra dan kak Hana kerana berkongsi resepi yang best ni...izinkan saya berkongsi disini pula.
Copy : Wanieyra
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan

  • 100g Pasta @ Macaroni
  • Udang yang dibuang kulit
  • Scallop/Sotong/Sosej/Isi Ketam/tuna - (Nieza letak kupang dan tuna)
  • Cendawan butang - hiris2 
  • Garam
  • Lada hitam/lada sulah
  • 1 sudu besar butter
  • 1/4 bawang besar - cincang
Bahan Untuk White Sauce

  • 1 cawan susu segar
  • 1/4 cawan air - jika ingin lebih creamy gune susu segar shj(nieza guna fresh milk)
  • 2 sudu makan butter
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sk lada hitam
  • 1/4 cawan keju pilihan @ 1-2keping slice cheese racik2
Untuk Topping ( jika ingin lebihan cheese)

  • Keju Mozarella parut
  • Cara-cara
  • Untuk membuat white sauce
    1. Panaskan periuk.Masukkan butter. Kecilkan api, masukkan tepung.Gaul.
    2. Masukkan susu dan juga air. kacau hingga tepung tidak bergentel dan didihkan.
    3. Masukkan cheese, sedikit garam dan juga lada hitam. Kacau sentiasa hingga sos agak pekat. kalau pekat sangat tambahkan sedikit air/susu lg. matikan api.
    Untuk membuat makaroni/pasta
    1. Rebus makaroni hingga empuk. toskan. gaul dengan olive oil. ketepikan.
    2. Panaskan butter, masukkan bawang besar dan tumis hingga naik bau. Masukkan udang dan lain2 isi pilihan.
    3. Perasakan dengan garam dan juga lada hitam/lada sulah. Masukkan makaroni tadi. Gaul sekejap sahaja. Matikan api.
    4. Masukkan macaroni ke dalam mangkuk tahan panas. Curahkan white sauce di atas.
    5. Taburkan keju mozarella - klu tk nk tabur pon xpe.. sbb white sauce td dh gunakan cheese.
    6. Bakar suhu 180 selama 20-30min atau hingga kekuningan.
    7. Siap untuk dhidang.

2 Feb 2011

Shrimp Pasta Casserole


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua....selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada mereka yang menyambutnya dan selamat  bercuti kepada meraka yang sedang bercuti .

ok jom layan n3 saya hari ni mkn pasta la pulak....tukar selera la sekali sekala kan....bab mkn no problem apa pun boleh jer...hehe ok resepi ni saya ambik lama dah dari dapur Kak Maz @ ilham dapur dah lama minta izin  sebelum kak Maz blk ke M'sia lagi tapi dok peram jer sampai terlupa nak buat ni baru berkesempatan nak buat. Apalah ceter kak Maz sekarang yer....lama tak bersiaran bz lagi ke tu?....btw terima kasih yer kak maz kerana berkongsi resepi ni izinkan saya berkongsi disini pula ya.


Bahan-bahan
  • 1 1/2 cawan pasta - sama jgk guna bigshell (direbus dgn sedkit garam dan miyak zaitun & toskan)  nieza gunakan stok yg ada kat umah jer iaitu pasta jenis Penne Rigate
  • 8-10 ekor udang - dibuang semua kulit
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1/2 labu bawang besar - didadu kecil
  • 1/2 cawan mozarella/cheddar cheese yang disagat
  • sedikit lada benggala/kapsikum merah dan hijau - didadu
  • sedikit lada hitam - ditumbuk sedikit kasar
  • sedikit garam dan serbuk lada sulah sebagai perisa @ serbuk pati ayam
  • extra virgin minyak zaitun secukupnya
  • sedikit daun oregano
  • sedikit air (jika perlu)
Cara
1. Lumurkan udang dengan sedikit garam, lada hitam dan daun oregano. Panaskan 3 sudu besar minyak zaitun (guna api perlahan) dan masukkan udang, masak sehingga udang keperangan dikedua bahagian. Angkat dan ketepikan.
2. Dengan minyak dan kuali yang sama, tambah 2-3 sudu besar minyak zaitun lagi. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang besar, masak sehingga bawang layu. Masukkan lada benggala dan balik-balikkan.
3. Kemudian masukkan pasta, kacau sebati. Masukkan whipping cream, lada hitam dan perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah secukup rasa. Masukkan udang dan balik-balikkan agar semua mesra (kalau terlalu kering boleh tambah whipping cream atau air sikit lagi, biar berkuah sikit sebab nak masuk oven plak kan). Padamkan api.
4. Sapu sedikit minyak zaitun pada casserole dan masukkan pasta tadi, taburkan cheese secukupnya dan nieza taburkan daun oregano juga diatasnya.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 12-15 minit sehingga cheese cair dan sedikit keperangan. Siap untuk dinikmati panas-panas. Selamat Mencuba.

6 Jan 2011

Shirmp Fettuccine Alfredo


Salam semua...malam ni our dinner layan pasta la pula.....ala-ala italian food gitu...sekali sekala tukar selera pulak. Asyik tayang roti jer....mesti dah ada yg jemu kan tgk n3 roti jer...buat roti bknnya pandai sgt pun...mentang2la ada bm kan.
apa pun nk ckp x kisahlah kan janji saya makan drp sumber yg halal biarlah roti yg dibuat tu tak segebu dan secun org lain buat.

Kalau dok luar negara ni kalau x rajin memang ler susah nak mkn...eventhough  dlm  roti yg dijual pun ada dibubuh lemak khinzir mcm mana nk mkn tu....memang ler kalau darurat tu boleh tapi belum lagila ke tahap darurat kan... mcm mana pun kita cuba elakkan....memangla byk sumber mkn kat sini tapi x semua yg halal. So...mcm mana malas pun saya akan usahakan juga untuk memasak demi mendapat keberkatan dan keredhaan Allah swt....insyaAllah dimana saja kita berada kita tetap berpegang kepada ajaran agama. 

oklah berbalik semula kepada n3 saya mlm ni...resepi ni saya intai drp dapur kak Maz Ilham dapur....resepi yg simple dan mudah nak dimasak. Terima kasih yer kak Maz krn berkongsi resepi yg best ni...izinkan saya berkongsi disini pula yer.

Source: ilhamdapur
Bahan-bahan
  • fettuccine pasta secukupnya - direbus dengan sedikit garam dan minyak zaitun sehingga lembut. Angkat, toskan dan gual dengan sedikit minyak zaitun agar tidak meleket (angaran dalam 1 pinggan penuh)
  • 12 ekor udang saiz sederhana
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan lada benggala hijau yang didadu
  • 1/3 cawan cheedar/mozarella cheese - disagat
  • 4-5 sudu besar extra virgin minyak zaitun
  • sedikit daun oregano
  • sedikit lada hitam - ditumbuk kasar
  • Sedikit  asparagus dipotong pendek (ni saya tambah)
  • sedikit air rebusan pasta - jika perlu
    Cara
    1. Udang dibuang kulit, belah belakang buang urat hitamnya, toskan dan gaul dengan sedikit garam dan daun oregano. Ketepikan.
    2. Panaskan 4-5 sudu besar extra virgin minyak zaitun. Masukkan udang dan masak sehingga kekuningan dikedua bahagian. Angkat dan ketepikan, buat sampai habis.
    3. Dengan kuali yang sama, masukkan sedikit lagi minyak zaitun (dalam 2-3 sudu besar) masukkan bawang putih, masak sehingga bawang garing, kemudian masukkan pasta, kacau balik agar mesra dengan minyak. 
    4. Kemudian masukkan lada benggala, whipping cream dan serbuk lada hitam. Kacau sebati. Masukkan cheddar/mozarella cheese. Balik-balikkan sehingga cheese cair. Perasakan dengan sedikit garam atau air rebusan pasta (jika perlu).
    5. Akhir sekali masukkan udang dan asparagus Balik-balikan dan taburkan sedikit daun oregano. Sedia untuk dihidangkan.

    21 Dec 2010

    Penne with Asparagus Carbonara


    Salam semua...hari ni ada urusan kat luar umah...haha masak pun simple jer lah.....so layan pasta la pulak kan....panjang bebenor namanya kan...tapi msk simple jer...actually  saya selalu tengok gambar majalah masakan org finnish kat sini ni dan biasanya diorang kasi free jer majalah tu selalu antar kat umah.

    Gambar mkn dlm majalah msk2 tu disertakan sekali resepi. nampak mkn diorang ni sedap-sedap juga...tapi resepi pulak tak brapa nk faham dlm writting bahasa finnish...so...kita main agak-agak jer lah  pastu nengok kamus finnish sikit-sikit.

     dan tambah  pulak sikit-sikit citarasa tekak org M'sia ni kan....jadilah resepi ni....bolehlah kalau nk mencuba bagi sesiapa yg nak bertukar selera tu kan.

    Bahan-bahan
    160gm Panne atau secukupnya 
    2-3 sudu besar olive oil/minyak zaitun 
    10 batang asparagus dipotong pendek lbh kurang 2cm panjang
    3 ulas bawang puting dicincang halus
    10 ekor atau lbh udang sederhana saiz
    sedikit kupang
    1/4 cawan cheese....saya guna yg dah siap disagat halus
    1/2 cawan whipping cream/ fresh milk
    tsp dried oregano
    1 tsp serbuk lada hitam
    1 tsp tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
    garam secukup rasa
    sedikit air jika terlalu kering

    Cara masak
    1. Panne direbus dengan sedikit garam dan minyak zaitun sehingga lembut. 
    Kemuadian toskan dan gual dengan sedikit minyak zaitun agar tidak meleket.

    2. Panaskan minyak zaitun dan masukkan bawang putih, masak sehingga bawang garing, kemudian masukkan udang dan kupang masak sehingga kekuningan.  kemudian masukkan penne, kacau balik agar mesra dengan minyak. 

    3. Kemudian masukkan whipping cream dan serbuk lada hitam. Kacau sebati. Masukkan  cheese. Kacaukan sebentar sehingga cheese cair dan sebati.

    4. Masukkan air bancuhan tepung jagung

    5. Masukkan asparagus yg dipotong tadi kan kacaukan sebentar

    6. Perasakan dengan sedikit garam atau tambahkan sedikit air jika perlu.

    7. Kacau sebentar dan taburkan sedikit daun oregano. Sedia untuk dihidangkan. selamat mencuba!

    Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

    Bookmark and Share

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails

    My Blog Anniversary Day

    Daisypath Anniversary tickers

    Our Wedding Anniversary Day

    Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers