Pages

Showing posts with label Kuih Muih/ Desert.... Show all posts
Showing posts with label Kuih Muih/ Desert.... Show all posts

Tuesday, July 24, 2012

Bubur Som-Som...

Assalamualaikum...

Selamat hari selasa... Alhamdulillah selesai sudah 5 Ramadhan buat kami di sini... Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik untuk berpuasa juga menjalani ibadah di bulan yang mulia ini...

Semalam daku dah buat karipap kentang daging untuk Iftar... Karipap kategori kuih pedas... Maka hari ini, tukar giliran pula... Daku buat kuih manis untuk ahli rumah... Sudah lama daku dengar nama bubur som-som yang terkenal ni... Tapi memang daku tak pernah makan apatah lagi pernah buat... Disebabkan bahan-bahannya berkaitan dengan pandan dan gula merah maka daku memang tidak ragu-ragu untuk mencuba... Sebabnya memang kegemaran daku kuih muih berkaitan pandan juga gula merah... Alhamdulillah juga, ahli jawatankuasa rumah pun sukakannya... 

Resipi daku ambil di Myresipi... Resipi asal adalah bubur som-som pandan dari Kak Fida... Terima kasih buat Kak Fida kerana resipi yang sedap juga sukatan yang memang sedang elok... Daku buat setengah adunan kerana yang hendak makan cuma kami berempat...

Di sini daku kongsikan resipi tersebut juga untuk simpanan daku... kalau hendak lihat resipi asal, sila ke SINI...


~ Versi bunga-bunga cinta buat si kakak ~




BUBUR SOM-SOM ...
Resipi Asal : Kak Fida @ myresipi

Bahan-bahannya...

  • 100 g tepung beras
  • 100 g tepung jagung
  • 1600 ml santan (500ml KARA + air)
  • 100 ml air pandan ( atau 100 ml air + pandan pes)
  • 1 sk garam atau secukup rasa
  • Sedikit pewarna hijau (opt)
Sirap gula melaka:
500g gula melaka
1000 ml air
2 helai daun pandan disimpul


Cara-caranya:
  1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis. Ketepikan.
  2. Satukan kesemua bahan-bahan dalam periuk dan gaul rata. Masak hingga pekat dan kilat, hingga adunan meletup-letup.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
  4. Sajikan bersama sirap gula melaka

~ Sirap gula melaka lebih satuuuu ! ~




~ Potong- potong kecik ~



~ Daku potong baji gunakan pisau agar-agar sahaja ~



Insyaallah, lain kali boleh buat lagi... Bubur ni kalau di makan sejuk-sejuk lagilah nyaman sahaja anak tekak... Ehehhehe... Sampai di sini dulu... Panjang umur jumpa lagi di lain siaran... Sekian, wassalam...

Thursday, November 10, 2011

Seri Kaya Pandan...

Assalamualaikum...
Kembali bersiaran... Winter sudah menjelma lagi... Pejam celik, pejam celik sudah setahun masa berlalu setelah melahirkan si kecil Iman ini... Tapi yang tak bestnya, Iman dah hampir setahun, Umminya belum lagi berjaya capai berat ideal... Hihihihiih... Jika panjang umur, tidak lama lagi genap setahun juga usiaku bertambah... Syukur ke hadrat Ilahi atas segala kurniaanNYA... Alhamdulillah...

Okey, terus ke entry masak-masak... Seri kaya pandan my feveret juga feveret anak-anak... Sehingga menjilat sudu bebudak tu... :) Resepi asalnya seri kaya karamel oleh CMG... Daku dah ejas sket dan tak buat karamel then just tambah pandan emulco juga sedikit pewarna hijau dan kuning...

~ Seri Kaya Pandan~



Bahan-bahan...
  • 3 biji telur
  • 400 ml pati santan
  • 240 g gula pasir ( Kalau taknak manis, boleh kurangkan sedikit)
  • 1 1/2 sudu besar pandan emulco ( Daku takde daun pandan)
  • Sedikit pewarna kuning dan hijau bagi seimbangkan warna

Cara-cara...
  1. Masukkan semua bahan di dalam periuk... Masakkan di atas api sederhana... Kacau menggunakan whisk sehingga bancuhan masak dan menjadi pekat... Kepekatan mengikut kesukaan masing-masing...
  2. Pastikan bancuhan sentiasa dikacau agar ia tidak berketul dan menjadi licin...
  3. Berhati-hati ketika mengacau kerana bancuhan akan memercik semasa di dalam proses menjadi pekat...
  4. Setelah siap, padamkan api... Sejukkan dan boleh disimpan di dalam botol atau bekas yang bersesuaian...
P/s: Jika ada daun pandan, boleh juga gantikan pandan emulco dengan pati daun pandan atau gunakan kedua-duanya sekali... Ikut citarasa anda...

Sebenarnya daku buat kaya ni untuk dimasukkan dalam bancuhan kek lapis... Dek kerana hari tu terlupa sangat nak angkut kaya dari Malaysia... Terpaksa lah merajinkan diri buat kaya sebab teringin sangat nak cuba buat kek lapis dalam entry akan datang ni... Cerita kek lapis, kita sambung nanti...

~ Gambar ni takde berkenaan denga seri kaya... bukan udang celup tepung cicah seri kaya pandan okey... Hihihhihi... Entah gambar mana sesat... Sumbatkan aje... ~


Sekian, wassalam...

Saturday, August 06, 2011

Agar2 Lapis Cendol, Fruit Tart & Kek Kukus Lapis Coklat ...

Assalamualaikum...
Selamat pagi Ahad dan tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Ramadhan buat semua... Kembali bersiaran setelah sekian lama berhibernasi :P ... Disebabkan dah janji pada entry lepas yang kali ini daku akan masukkan entry masak-masak, maka daku tunaikan juga... Bukannya tak memasak tapi apa yang dimasaknya kadang-kadang tak teringat langsung nak ambik gambar... Asyik ingat nak santap ajer... Sudahnya gambar entah ke mana...

So, kali ini adalah sedikit hasil tangan diri sendiri setelah sekian lama bercuti... Sejak duduk bawah ketiak bonda ni, semuanya main tolong-tolong aja kat dapur... Tak buat dah masak-masak lengkap... Semuanya air tangan mama... Bila lagi kan nak merasa duduk bawah ketiak mama... Eheeee...

Okey terus ke cerita masak-masak... Mulanya nak buat tengah malam sikit bila kanak-kanak semua dah lena... Tapi, umminya yang terlena sekali... Ehehhee... Maka, buatlah keesokan paginya... Kek ni niatnya nak bagi Emi si mak buyung yang merupakan my sister bestfriend untuk bawak balik ke Pahang... Memang dah kira agak-agak sempatlah sejuk lama sket sebelum dipotong... Tiba-tiba ada pertukaran plan, suami Emi terpaksa datang ambil Emi lebih awal dek kerana kekangan tugas beliau... Mujur jugaklah kek tu sempat siap... Makanya, dengan masih suam-suam kek tu pun dipotong... For sure la coklat di dalamnya still lagi masih lembik... Memang sangat tidak hensem okey... Tak kisahlah janji si Emi dapat rasa... Insyaallah ada rezeki nanti buat lagi kasi hensem sket... Resipi still pakai resipi yang sebelum ni daku pakai... Boleh tengok dekat entry sini...



Then, next project adalah mini fruit tart... Ni baru first time daku buat... Entahkan jadi, entahkan tidak... Suspen... Ahahhaa... Buatnya untuk makan-makan sempena besday dua beradik si Irdina dan Irfan tempoh hari... Hasilnya? Bolehla kot... Tapi before letak custard filling tu, daku letakkan coklat masakan yang dicairkan... So that, those shell lambat sikitlah lembiknya after put custard filling and fruits yang basah tu kan...

Cengkerang, fresh from oven... Terlebih tebal daku rasa... Next time kena nipiskan sikit...


Terover filled coklat... Nyaris-nyaris melimpah... Patutnya coklat tu just beruskan nipis jer dalam shell tu... But me, memang suka derhaka dengan resipi ni... ahahhaa... Dari segi rasa, extra sedaplah dek kerana coklat tu... But dari segi konsep dah melencong la kot... Sebab ni fruit tart... Bukan chocolate tart... Whateverrrr... Daku bukan masuk pertandingan Mastercheff or Hells Kitchen tu kan... Hihiihihi...


Next dessert yang dibuat was Agar-agar lapis cendol... Takder pakai resepi... Agak-agak dan campak-campak jer pun... Daku, masakkan agar-agar ikut sukatan ... Then, bahagikan dua bahagian... Satu ditambah gula merah dan sedikit gula pasir... Satu lagi ditambah gula, santan, cendol dan secubit garam... Kalau nak extra wangi, boleh masak dengan daun padan... Tip supaya cendol tu berterabur sekata dan tak turun ke dasar sahaja, adalah masukkan cendol bila bahagian bersantan tu dah mula sejuk sedikit... jangan semasa bancuhan still atas api... tapi janganlah pulak, lewat sangat sampai agar-agar tu dah beku... nanti dia terapung dekat atas jer pulak... kalau rasa tak yakin, bolehlah masukkan sesudu dulu... try tengok kalau dia dah boleh terpisah merata instead of jatuh semua ke dasar...

This is also my first attemp... Rasa dah okey, lemak manis-2 buah... Also sedikit keras... Next time kena tambah air sikit... Then, kalau nak extra lemak manis, boleh tambahkan sikit lagi gula dan santan...


So, next entry apa yer? Adakah kisah masak-masak, makan-makan or agenda lain? We'll see... Insyaallah panjang umur kita jumpa lagi...Sekian, Wassalam...

Thursday, March 24, 2011

Donut Suria Pelangi...

As-Salam...
Salam hari Khamis yang berbahagia... ni kes geram tengok donut kaler santek kat rumah CMG tu... menggoda mata & nafsu makan betul... eheee... kena plak lama dah tak mendonut... lagilah geram jer... kanak-kanak ni memang suka dengan donut... so, berbaloi kalau buat pun... takderlah donut tu mati keras kat atas meja tu jer... ehehee...donut ni, rasanya aritu ada nampak kat umah Kak Nis Jabriya... dia pun dah try... :)

Memang biasa buat donut pakai resipi Donut Suria ni pun... cuma kali nie ada kaler jer... daku ni memang jenis malas dah nak tukar2 resipi bagi benda yang dah biasa buat atau kalau rasa dah serasi dgn resipi yang dah biasa pakai... takut kang dah buat2 tak memuaskan hati, membazir jer... lainlah benda yang nak dibuat tu, benda baru or resepi sedia ada belum capai kepuasan hati... barulah daku akan cuba dan cuba lagi sampai dapat resepi feveret...

Resipi ni daku CnP kat umah Cik Mat ajerlah... idaklah daku rajin nak menaip balik... ehhee... Tenkiu Cik Mat...


~ Kaler n pattern kurang cun... cuba lagi ~


BAHAN-BAHAN...

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 camca besar susu tepung
  • 1 1/2 camca besar gula halus @ gula kastor
  • 1 1/2 camca besar lemak sayur (shortening)
  • 1/4 camca teh garam halus
  • 100 ml air suam*
  • 1 camca teh instant yeast @ ibu roti*(*disatukan dan kacau rata, biar hingga berbuih)
  • Sedikit lagi air (tambahan)
  • Pewarna makanan merah jambu dan hijau
  • Gula halus untuk salut donat


CARA MEMBUATNYA...

  1. Dalam satu bekas, satukan tepung, susu tepung, gula halus, lemak sayur dan garam halus, gaul rata dan tuang bancuhan yeast tadi. Gaul rata, jika kurang air, tambah sedikit lagi dan gaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di tapak tangan dan juga mangkuk.
  2. Bagi doh tadi kepada 3 bahagian, 1 biar pada warna asal. 1 lagi adun dengan warna merah jambu dan 1 lagi dengan warna hijau, adun hingga sebati. Kemudian satu kan ketiga2 tadi dan uli perlahan sehingga mendapat corak seakan2 pelangi atau marble.
  3. Tabur tepung pada meja kerja, letak doh tadi dan canai setebal 1/2 inci dan terap guna acuan donat, alih atas loyang yang telah ditabur sedikit tepung. Buat hingga siap, tutup permukaan donat dengan kitchen towel bersih dan letak di tempat suam selama 45 minit.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada kedua2 bahagian. Angkat dan toskan, letak atas paper towel. Salut dengan gula halus, boleh hidangkan....

Donut ni wat dua bentuk... bentuk tradisi dan yang dah ditocangkan... yang kelakar, anak teruna teman tu yang berkenan beno dgn donut tocang tu... kakak dia lepak jer... agaknya kakak dah biasa kena tocang rambut, tu yang dah tak hairan tu... hihihi...

~ Tergelap sedikit ~



Ni plak buat roti telur bawang... tapi men belasah jerla... janji ada rasa roti, telur n bawang... rangup ke, lembut ke, daku dah tak kisah dah... yang penting, kuah kasi banjirrrrr.... uwaaaaaa, tak sabar nak balik bumi Malaysia tercinta... kepala otak ni kira nak makan aje... ahahhaa... pastu badan mengembang tak ingat baru menyesal tak sudah... hihiihi...


~ Roti telur bawang dengan dal banjirrr ~



Lepas baik jer demam, budak kecik ni dah ada benda baru yang dia boleh buat... tapi Iman ni malas la... mengereng malas... entah bila la nak meniarap nie... yang dia tahu, hisap jari... hisap penumbuk... main sembur air liur... jerit n ketawa mengekek.... hihiih... berat pun tak berat sangat macam kawan2 dia yang lain... halus jer... tapi berat still dalam range normal la... takperlah dik, asal adik sihat...

~Pegang botol sampai terlelap... bila dia ada mood jer dia boleh beraksi begini ~




Sekian, wassalam...

Tuesday, March 22, 2011

Murtabak & Roti Boom...

Salam...
Kembali ke entry makan-makan... entah aritu terasa sangat nak makan murtabak... baru jer makan kat rumah Kak Ana kelmarin... tapi nak makan jugak... daku memang tak makan nasi seharian... kadang2 jer ambik nasi... tapi kadang2 teringin jugak nak makan certain2 lauk or spesis nasi macam nasi lemak, nasi ayam, nasi bubur, nasi sup, nasi minyak or nasi pulut... then, masa tu barulah makan nasi ... so, tu yang kadang-kadang masak minum petang yang heavy sket la... diet la konon... tapi nasi for lunch memang ada prepared tuk anak-anak... En suami pun memang malas nak dinner nasi sebab kat office dah provided lunch nasi... tu yang daku pun makin malas nak masak nasi... eheeeee...

Resipi murtabak takde ek... cecampak jer semua... kulit pun buat sendiri yang simple jer... tepung, air, garam... bentukkan bulat sket... campak dalam mixer and uli kejap... bulat-bulatkan kecik-kecik... perap dengan minyak dan marjerin... bila nak pakai, leperkan dan tarik jerla... tentu-tentu daku tak pandai nak tebar... ehhee... tarik tu pun ada yang terkoyak... koyak yang boleh diselamatkan, pakai jerla jugak... yang dah rabak, daku pintal2 jadikan roti boom pulak... ehehhee...


~ Murtabak & Jeruk Bawang ~




~ Roti Boom Wif Sambal Tumis ~


Ada lah dua keping kulit yang rabak... so, dapat dua ketul ajalah roti boom daku ni ha... tetiba, En suami kata, kenapa ada dua jer? nak lagi... ahahhaa... dah dua jer yg koyak... dua ajalah jadiknya... menu utama murtabak, tapi roti boom ni pulak yg entefrem... lenkali plak ek, daku wat roti boom sesaje... jemputlah kalo sudi... dah makan anto pinggan masuk sinki... :P

Sekian, wassalam...

Wednesday, March 16, 2011

Kuih Gunting Mesin, ABC & Kembung Air Asam ...

Salam...
Selamat hari Rabu... apa cerita terbaru? tiada apa-apa yang luar biasa... last week kami joint Malakoff Q8 Outing... outing ni biasa buat 2 minggu sekali... sejak ada baby, ni la first time kami joint outing ni... berangkai2 la kami anak beranak naik coaster... cerita outing kami cerita kemudian sebab daku tak bawak kamera... tangan dah penuh usung stroller dengan beg baby bagai dalam coaster tu... nanti dah dapat culik gambar dari kamera Kak Ida & Fb Lina, daku masuk entry... Eheee...

Hari ni kanak-kanak ada Character Day... time nak melaram dengan costume la hari ini... tapi sebenarnya dah jemu sebab asyik2 kena beli costume untuk show budak-budak ni... sekolah sini nak masuk 3 tahun dah boleh buat wardrobe costume diaorang nie... lain kali daku nak buat iklan lah sapa nak pinjam costume yang kami dah ada boleh pinjam jer... tak payah bazir nak beli... nak pakainya sehari jer pun... ehhee... citer Character Day pun, daku citer kemudian ek... entry kali ni nak citer kuih gunting dan kroni-kroninya...

Kuih gunting ni ambik resipi asal oleh Chef Norzailina yang dientrykan oleh Kak Jun kat My Resipi... dah pernah buat 2-3 kali dah pakai resipi ni... Daku takdelah buat banyak pun... buat sket jer tuk kudap2 di petang hari... yang suka sangat kuih gunting ni, anak dara daku tu... makan nasi pun boleh eksesori kuih gunting nie... ehehee... daku hantar sket kat Syerah atas nun...

Biasa buat golek pepanjang & gunting jer... kali ni saje nak test gelek & potong pakai mesin... leceh sket la... sebab nak kena nipiskan betul... kalo tak kang jadik tebal tak cantik... mula2 daku gilis sampai no 5 jer... jadi tebal sket la... tak cun... pastu nipiskan sekali lagi sampai nombor 6... baru hasil nampak berhalus sket... kalo tak, nampak gedabak cam tuan tanah... ehehee... ni resipi dia okey... C n P dari My Resipi ...



Kuih Gunting ...

Bahan-bahan ( 1 balang )

  • 375gm tepung
  • 2 sudu besar gula aising
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 2 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 2-3 tangkai daun kari-hiris halus
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • pepper
  • 90gm majerin ( daku kurangkan sket )
  • 130-140ml santan (tambah air jika x cukup)

Cara-cara

  1. Gaul semua bahan, masukkan santan dan uli jadi doh.
  2. Gunting n goreng.

Krup krap di petang hari


Ni plak ABC idea Lina... disebabkan takde mesin parut air batu, Lina ajar buat guna teknik aiskrim Malaysia... ehehe... bancuh air bandung secukup rasa... masa nak makan, pecah-pecahkan air batu tu or kikis2 kan ... campo segala kekacang & eksesori... letak air gula merah & evaporated milk sesuka hati... kalo nak spesel, letak lah laici & eskrim... sejuk2 pun bedal gak ais batu... ahahhaa... kali ni buat versi malas... tak buat pun isi cendol & lengkong... letak aiskrim ceklat pun jadi tak berapa nak mengancam... nak ngam ngan eskrim vanila or jagung kot gamaknya... apapun, layannn...

ABC ada-ada aje


Ni plak kembung terpinggir... buat entah bila... sian dia terperap lama baru nak masuk entry... Ikan ni rebus jer... simbah air asam... daku tak makan nasi pun takpe... makan ikan ni semata-mata sampai tangan dah melekat bau belacan... ahahhaa... kena plak kalau pedas berapi... huhhh, meleleh air hidung... :P

Kembung air asam


Entry kali ini sampai sini dulu... kalau rajin, nanti sambung entry lain pulak... tengah kutip mood yang tercicir & sepah2 bawah kerusi, meja, meja makan, almari, bawah katil dan entah mana-mana... ehehe... sekian, wassalam...


Saturday, July 10, 2010

Pesta Donut & Burger Malaysia

Salam...
Selamat malam Ahad... japgi ader bola kan... kang pas dinner leh melepek tunggu depan TV... sini nasib baik la kan... time org kat Msia dok tahan mata nk tgk bola, sini still awal lagi... baru kul 9.30 p.m... lom masa tuk tido... ehehe...

Kisah donut ni minggu lepas la... gara2 sedap sangat makan donut gebus Cik Ema tu... dah makan berketol2 pon dok teringat2 lagi... ahahha... last2 merajinkan diri tuk mendonut... Ema dah bagitau dia pakai resipi yang mana... so, aku pon try la wat pakai resipi yang sama... serius, lembut giler... makan time suam2 mmg kompomla gebus... dah sejuk pon still lembut tau... puas ati... org lain dah lama cuba... aku jer ketinggalan ketapi... ehehe...

Resipi, Ema amik kat umah Wawa... Resipi asal Pn. Suria... ni aku CnP dr umah Wawa... tq Wawa, Ema n tuan punya resipi... mintak halal yea tuk share kat sini ... =)

Donut wif Choki-choki... ehehe...


DONUT SURIA


By courtesy of Puan Suria Insani of Resipi.Net


Bahan A
  • 3 sudu besar susu tepung ( daku takder, so tak letak)
  • 3 cawan tepung
  • 3 sudu besar lelemak sayuran (shortening)
  • 3 sudu besar gula caster
Bahan B

  • 200ml air suam
  • 2 sudu teh instant yeast
  • * 20ml air tambahan jika perlu, bergantung kepada jenis tepung
Kaedah penyediaan...
  1. Satukan semua Bahan A.
  2. Masukkan bancuhan Bahan B ke Bahan A.
  3. Masukkan air tambahan jika perlu. Kemudian uli doh hingga licin dan lembut.
  4. Terus terap atau bulat-bulatkan atau letak inti pilihan.
  5. Perap hingga naik dua kali ganda, lebih kurang 30 minit.
  6. Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan.
  7. Salut gula icing atau celup dalam coklat cair.
Macam2 spesis donut aku nie... ahaha... layan jerla...

Donut bulat2...

Donut wif sugar...

Ni plak burger Msia guna doh donut nie... kebetulan ada leftover sambal ikan bilis... jadik la burger Msia nie...
Satu family suke sgt ngan donut nie... next time leh buat lagi... nyum nyum... sesapa rase lapo, meh beli, 3 biji singgit... ehehe... sekian, wassalam...

Monday, June 28, 2010

Kuih Puteri Ayu

Salam...
Selamat malam Selasa... sehari dua ni, makcik cam rajin sket la nak main kemas2 umah... kemas, kemas n kemas... tapi, entah kenapa rasa tak siap2 gak... bila masa nak kemas sekemasnya ntah... ehehhe...

Ada lagi major cleaning yang nak kena buat... minggu ni, ingat nak ajak kawan2 datang umah makan2... sempena double besday dua beradik tuk... besday Irdina yang ke-7, arini... besday Irfan yang ke-5 plak, 4 hb ... minggu depan... so, kumpulkan... buat tengah2... kemas2 la sket2 yang mana patut kan... nak kemas bagai, tak larat wei... badan makcik dah berat beno rasanya... ni, baru halfway... lagi halfway to go... semput dah makcik... ahaha...

So, citer makan2 tu later la yea...insyaallah, panjang umur, ada rezeki, ada la acara tu nanti... citer wat kuih plak... kuih seri ayu ni, mmg feveret seisi keluarga... anything kuih muih or kek yang kaler ijau2 n perisa pandan ni, memang la laku... resipi, aku still pakai resipi yang sama aku penah buat dulu & puas hati... from CMG... tak kuasa aku nak cuba2 resipi lain... tup2 kang jadik kuih putera ayu... sapa yang salah? makcik gak yang sedih tak dapat makan... ehehe...

Aku CnP balik la yer resipi dulu tu... dulu buat, pakai kelapa kering yang aku lembapkan ngan air panas jer... kali ni, aku pakai kelapa fresh... sini, payah sketla nk jumpa kelapa parut... ada la few places yg jual... tapi aku tak nyempat dah nak pi cari... so, beli kelapa sebiji kat bakalah bawah... kukur sendiri jerla... aritu, aku ada beli kukur tangan kat Lulu Centre... kayuh ngan tangan ajerla.. bolehla... takderla susah sangat pon ... setakat nak kukur setengah biji or sebiji tu, sanggup lagi la... kalo nak kukur sampai 2-3 biji... ampon la... kena tunggu pegi cari kelapa siap parut jerla...




~ Puteri Ayu ~

Bahan-Bahannya ...

Bahan A:
  • 1 biji telur gred A
  • 80 g gula halus
  • 80 ml pati santan
  • 1/2 camca teh pes pandan
  • 90 g tepung gandum*
  • 1/2 camca besar tepung ubi* (*disatukan dan diayak)
  • 1/2 camca teh ovallate
Bahan B:
  • 1 cawan kelapa parut
  • 1 camca besar tepung jagung
  • 1/4 camca teh garam halus
Cara membuatnya...
  1. Gaul rata bahan B...
  2. Sapu rata acuan kuih puteri ayu dengan sedikit minyak masak kemudian masukkan 1 camca teh parutan kelapa yang telah dicampur garam & tepung tadi... Tekan sampai padat. Ketepikan...
  3. Putar gula dan ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Masukkan pes padan dan gaul rata. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan santan hingga habis. Gaul hingga sebati...
  4. Sudukan ke dalam acuan yang telah diisi dengan kelapa tadi. Kukus atas air mendidih selama 15 minit. Angkat, sejukkan sebentar dan keluarkan dari acuan. Boleh dihidangkan....


Kuih ni buat dua spesis... yang letak kelapa n tak letak kelapa... sebab, budak2 ni kadang2 dia korek buang kelapa tu... yang takder kelapa tu, letak dalam acuan apam... ehehe... dan seperti dijangka, memang abis clearlah kuih ni... tapi yang paling banyak makan, cuba teka... sapa dia? ehehe...

Sampai sini dulu... nanti rajin2 or ada masa sambung lagi... rasanya, maybe akan sibuk sikit la, for few days ni... nak pergi check up... nak kuar beli barang... nak sambung kemas2... insyaallah, jumpa lagi nanti... sekian, wassalam...

Friday, April 23, 2010

.: Popia Basah & Kek Pisang :.

Salam...
Kembali bersiaran pagi Jumaat... sonoknya cuti bukan per, takyah sibuk2 nak siapkan budak2 ni pi sekolah n anto ambik kat lobi bawah nun... aparah punya ummi, nak anto ambik kat bawah pon malas... bukan malas apa, nak turun tu nak kena bersiap2 pulak... takkan nak turun kat bawah tu pakai baju kelawar or baju tidur kot ... mau kena sekeh... ehhee...

Ni alkisah semalam... Pn. Ema Murni kita ajak mai umah... dia wat makan2 sket sempena besday Anis, anak dara dia tu... aku pon tak tau nak buat apa asalnya... tup2 Pn. Dayat plak dok sebut2 popia basah... adoila, mabuk aku... bukan mabuk alahan... tapi, mabuk makan... ehehe... pantang dengar org sebut bab makan2 jer... mulalah sume dok dalam waiting list... ehehe... pastu, apa lagi... pas budak2 ni balik sekolah petang tu, aku pon wat la projek ni...

So, jadilah popia basah yang tak berapa nak ensem... kulit dia, ada yang tebal... ada yg nipis... tak rata... tak lulus2 lagi... ni 2nd time la aku wat... gayat sungguh... tapi, lepaslah kempunan aku walaupun hasilnya tak seberapa... nasibla, sapa yang makan tu ek... kalo tak memenuhi selera anak tekak, mahap la yer... makcik budak baru belajar... :)

Gambar kat bawah ni, popia yang dah kena ngap kat umah... ada belen sambal dia sesudu dua, aku lenser la atas popia tu... tabur bawang goreng n kacang goreng tumbuk sket... yang bawak pi umah ema, sume plain ajer... takder sambal atas dia... sebab sambal dah tak cukup... huhuhu... ampun la kekawan...

Resipi asal dari kak Umie-e ... mekasih yer kak... daku suka sangat...




Bahan-bahan ( 12 keping ) ...

  • Bahan untuk kulit*
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji putih telor
  • 3/4 cawan air
  • 2 sudu makan cuka
  • secubit garam

  • Bahan untuk inti** (boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri)
  • 1/2 biji kobis - diricih halus
  • 3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
  • 1 biji sederhana bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu makan udang kering
  • garam secukupnya
  • minyak untuk menumis
  • **Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.

  • Bahan untuk sambal***
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar gula perang
  • 2 sudu besar kicap manis
  • minyak untuk menumis
  • garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
  • *** blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.

Cara-cara...

  1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan
  2. Gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam
  3. Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper
  4. Buat dari arah jam
  5. Mulakan dari tepi dulu
  6. Kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan
  7. Setelah rata - bulat >>> biarkan sampai tepung masak sebentar
  8. Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2 (tak lekat)
  9. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal
  10. Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng
  11. Lipat macam biasa dan gulung
  12. Sedia untuk dimakan :)

Kalau nak tengok cara bergambar buat kulit dia... tengok kat sini link asal SINI yer... untuk popia ni, aku tambah sket kacang tanah goreng yang ditumbuk... pas tabur bawang goreng masa letak inti tu, tabur gak sket kacang goreng tu...

Pastu, dalam dok godek2 popia , godek gak kek pisang sket... dari minggu lepas nak makan kek pisang... tapi, tiap kali pi kedai cari pisang yang dah uzur sket, takderla plak... sume segar bugar jer... last2, beli gak n peram jerla... sampai dia dah uzur sket... memang dah plan, nak wat ari rabu kek pisang tu... kebetulan lak, Ema ajak mai umah... alang2, bawak sekali la... boleh la nak merasa sorang sket... walaupun kek bodo2 jer kan... hehehe...



Best betul makan kat umah Ema... bihun sup you... tanpa segan silu, 2 round aku pekena bihun sup tu... ehhee... terima kasih daun keladi... bebila, meh la plak datang umah kami... :) Sekianlah, tuk arini... ni entry last minggu ni kot... pasni nak rehat jap seminggu dua .. ada urusan sket... dah setel nanti, Insyaallah kalo panjang umur, kita jumpa lagi... jangan rindu2an okey... ada ke orang nak rindu? don't dream la bebeh... sekian, wassalam...

Sunday, October 04, 2009

Bingka Roti Cinnamon...

Salam...
Marhaban... kenapa ntah sehari dua ni terasa teringin plak nak makan bingka roti... biasanya aku tak heran pon... beli sepotong dua pon tak penah... inikan lagi nak buat... ekekke... entah sebab apa ntah... kuih muih manis ni mmg aku kureng sketla... biasa yg pedas2 goreng2 jer aku suke.... tp serius cakapp, mmg aku biasa beli ajer... kalo buat pon kuih2 tertentu ajer... hehhee... tp sejak dok jejauh ni n ader masa banyak sket nak bertapa kat new opis tue, byk gak kuih muih yg aku tak pernah terlintas pon nak buat before this aku dah berjaya buat... walaupun kadang2 O.K... kdg2 K.O ... hehhee...

Tetiba aku teringat plak kat Kak Ina Maths, one of my besfren n kroni kat Manjung tue... teringat, ada sekali tu beria2 dia soh aku rasa bingka roti sedap yg dia beli.. hehhee... mmg la sedap... lemak manis gitu... manis dia pon ngam2 ajer... huhuu... masa dok godek2 tenet tu, dah terbayang dah rase bingka roti yg Kak Ina bagi tue... ekekke... dok godek2 sana sini, jumpa mcm2 plak resipi bingka roti... mcm2 spesis... yg biasa,, yg pandan.... yg aku try semalam, Cinnamon... tak pasal2 dah lari topik dah... dok terbayang bingka roti biasa, tapi dek sebab aku mmg suke bau cinnamon tu., dah tertukar tajuk.. hehhee... tapi next time nak gak buat yg versi biasa tue... huhuuhu...

Hasilnya, alhamdulillah... sedap... adunan sedang elok... tak lembik or keras sgt... tapi aku derhaka sketla... atas dia tu, aku tak letak bijan... just, bedak2kan ngan serbuk cinnamon tu sket jer... jgn banyak2, nanti bau kuat sgt n pahit... :)

Resipi aku amik kat MyR... by Azareena... tq yer Azareena... ni cnp ajerla... hehhe...

Bingka Roti Cinnamon...



Bahan-bahan...

  • Bahan A:
  • 1/2 cawan gula
  • 100ml air panas
  • Bahan B:
  • 3 keping roti slice (gardenia, etc)- daku guna 4 kpg
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 400ml susu segar
  • 1/2 sudu kecil serbuk cinnamon
  • sedikit gara
  • Bahan C (optional):
  • 3 sudu besar butter
  • bijan

Cara-Cara...

  1. Utk bahan A, masak gula menggunakan api perlahan sehingga cair & menjadi perang. Masukkan air panas & kacau sehingga gula larut. Sejukkan sebentar.
  2. Utk Bahan B, masukkan kesemua bahan2 ke dalam blender & blend hingga sebati.
  3. Campurkan bahan A ke dalam bahan B. Tuang adunan yg telah dicampur ke dalam periuk dan masak sebentar menggunakan api sederhana sehingga likat/pekat.
  4. Setelah likat, padamkan api dan gaulkan butter ke dalam adunan.
  5. Tuang adunan ke dlm loyang & taburkan sedikit bijan (optional). Bakar dlm oven 180C selama 30-40 minit.
Ni plak my lunch kelmarin... ciken curry wif sekeping roti... owg lain dlm umah ni mkn ngan nasi la kan...

Ni plak minum petang semalam... roti ni ader dua inti... satu sambal bilis... satu agi inti karipap tue...
Sekian, Illal Liqa' ... Ma' salama... Wassalam...

Saturday, August 29, 2009

Kuih Lapis n Lontong...

Salam...
Selamat ari Jumaat... alhamdulillah rini dah semingu pose... yang paling aku tak caya, anak dara aku tue pose penuh... kurus2 dia pon leh tahan gak kan... alhamdulillah... kalo aku dulu, masa kecit2, sket2 merengek nak pose yang yok ajer... huhuuhu...

Keyla, ni cite masak ari Khamis... semalam aku tak masak... sebab ade jemputan makan2 kat embassy... laporan, later okies... Mr I yang tanya leh tak aku wat kuih lapis?... aku tak pernah buat pon... pes time la nie... biasa beli seketul dua ajer... dahnyer, mana nak pi tunjuk kat sini... tunjuk kat opis aku la jawabnya... ape lagi... aku pon trus godek2 la kat MyR tu cari resipi... jumpa resipi tulip77 nie... nampak menarik... so, aku pon godek2 kuih lapis pakai resipi nie... nak bancuh dia, senang bangat... nak melapis tu la bercinta sket... tapi sebab nak masak dengan penuh kasih sayang kann... ku gagahi jua... ekekke... ni la hasilnya yang tak seberapa... tang melapis aku tahan lagi... tapi nak motong bagi ensem, mmg tak lulus la kan... huhuhu...

Benonya wat lapis pink ijau... tapi ijaunye amat manja sekali... dah jadik pastel dah... dlm gambo nampak cam kelabu asap la pulak... nyampah tull... ekekke... so, resipi seperti di bawah... tq yer tulip77 for recipe...

Kuih Lapis...

Bahan-bahan...

  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
  • 1 st garam
  • 2 paket santan serbuk( daku pakai 12 sudu besar serbuk santan )
  • 1 st minyak masak
  • 3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
  • 4 cawan air

Cara-cara...

  1. Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
  2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
  4. Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 1 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
  5. Lepas 5 minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
  6. Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
  7. Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
  8. * Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak
Kesimpulannya kuih ini amat sesuai dek tekak den... Mr I pon kate ada rase kuih lapis yang biasa beli tu... dan lapis dia boleh dibukak selapis demi selapis... kire ok la tu kan bg pes timer cam aku ni kan... hehhehe... sememeh tepi2 potongan tu, sila abaikan okeyyy...

Tuk makan yang berat sikit just wat lontong againn... anak dara yang gigih berpuasa tu nak makan nasi impit... so, buat ler lontong nie... nak wat soto, baru ajer makan mee sup kan... cam biasa, kuah tu masukkan jerla aper bahan2 yg ada... tak ada, skip ajerla... pastu, sambal ikan bilis tu, pakai leftover ikan bilis goreng bawang masa sahur... blend kasar... wat sambal, pastu masukkan jer ikan bilis leftover tu... tak membazir... hehhee... jimat stok ikan bilis... Pangkor mari ooo... hehehe...

Sekianlah makan2 tuk entry kali nie... esok Sabtu, Mr I kena kejer... nak masak aper? letihh makcik nak pikir... nanti sahur tanya la hb or kanak2 tu nak makan apa... malas nak pikir... huhuhu... sekian, wassalam...

Sunday, August 23, 2009

Puding Koktel Berkuah n lauk apa2 entah...

Salam...
Salam Ramadhan... hari kedua... malam ke-3 ... dah dua ari tekak ni rasa nak makan desert or kuih manis2 ajer... tu yang rini wat plak puding cocktail berkuah nie... esok kena wat kuih2 pedas n goreng2 plak... kang Mr I cemuih pulak... sebenonya mmg kitaorang ni lagi prefer kuih2 goreng or pedas2 dari kuih manis2 nie... tapi ada gak certain kuih2 manis yang kitaorang suka... bukan tak makan... cuma, kalo makan sikit jerla... tapi, nama pun bulan pose ye tak... mmg la nafsu makan tu jadik tak tentu hala sket... hehee... tapi lauk pauk makan nasik, still mcm biasa... lauk pauk harian biasa ajer...

So tuk desert rini, Puding Koktail Berkuah dari kak Aziemas... aku CnP kat myR... terima kasih yer kak... memang sedap... masam2 manis... tapi aku tambah satu sudu teh kordial sunquick tu sebab syrup cocktail dlm tin yang aku beli tu cam tak berapa nak rasa... dah boh susu n air, terus lesap rasa dia... ekekeke... ada jugak lagi yg aku derhaka... kalo ikut resipi, puding tu potong2 kecik2 n tuang ngan kuah masa nak makan tue... aku boh dlm acuan agar2 or apam ni ha... bagi seketul2...


Puding Koktel Berkuah...

  • BAHAN UNTUK PUDING
  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 1 cawan santan - jgn terlalu pekat
  • BAHAN UNTUK KUAH
  • 1 tin susu cair
  • 2 tin air masak ( gunakan tin susu )
  • 1/2 cawan gula @ sesuai manis
  • HIASAN
  • Buah-buahan dalam tin
  • Nata de coco - optional (takde)
  • Jelly @ sumi - optional (takde)

Cara-cara...

UNTUK PUDING
  1. Masukkan semua bahan gaul sebati
  2. Masak atas api sedrhana hingga pekat dan likat
  3. Angkat, masukkan dlm bekas biarkan keras dan sejuk. ( Dh sejuk boleh masukkan dlm peti ais )
UNTUK KUAH
  1. Panaskan susu, air dan gula dalam periuk
  2. Jangan mendidih sekadar panas dan gula hancur
  3. Biarkan sejuk ( boleh juga masuk peti ais )
CARA PENYEDIAAN
  1. Potong puding kastad td mengikut bentuk yg disukai. Masukkan dlm mangkuk
  2. Tambahkan buah-buahan dlm tin, nata de coco, jelly ( ikut suka berapa bnyk nk letak )
  3. Tambah kuah pd mangkuk yg berisi puding dan hiasan
  4. Sedia dinikmati. Best makan kalau baru keluar dr peti ais..sejuk jer
  5. Selamat mencuba.

Ni lagi satu yang aku derhaka... aku main lebur jer semua... aku masuk semua syrup cocktail (buah asing) dan bahan2 kuah sume dalam periuk campur 1 sudu kordial tue... agak2 gula dah hancur, tutup api n masukkan buah2an cocktail tadi... sebab malas nak banyak2 bekas n boh asing2... ehehhehe... bahan tuk puding tu pun aku just buat 1/4 adunan ajer... dapat 6 biji acuan agar2 or apam tue... pastu, belen kuah dia, campo ais batu... minum gitu ajerla... :) pon sedappp...

Ni plak lauk ape2 ntah tuk makan nasi berbuka n sahur rini... lemak putih fucuk (tauhu kering) + kentang + suun + telur...


Lawan dia ngan sambal sutun yang dah tinggal berapa ekor jer dok bertapa dlm peti ais tue...

Kalo kena ngan ikan masin n telur dadar pon syok jugak... bulan pose ni, alamatnya mmg stok telur jadik double la... sebab setiap kali nak top-up lauk, sure ngan telur dadar... takpun ikan masin... telur masin... or ayam goreng... hehhehe... sekianlah entry rini... wassalam...

Saturday, August 22, 2009

Air Oren Peach, Ayam Tandoori n Kuih Sagu...

Salam...
Alhamdulillah, sempurna sudah sehari Ramadhan... anak dara ku itew pon dah berjaya posa satu hari penuh... hehhee... lagi sejam setengah nak berbuka, tiba2 dia kata dah tak larat nak posa... adoyaii... kesian jugak tgk dia... tapi cam sayang sangat... rupa2nya dia teringat nak minum air kotak susu coklat tue... patuttt la... pujuk dia, soh baring kejap... sikit jer lagi... huhuuh... last2 dia kata okey... pastu dia pon guling2 sampai terlelap... alahai, sian manja ummi... tapi berjaya gakler abiskan sehari posa tu... Dah berbuka, tak pulak dia nak minum air tue... dia kata masa sahur nanti baru nak minum... huhuhu...

Menu rini pon simple ajer... berbuka ngan Kurma n air Oren Peach... tapi air oren tu, kordial Sunquick punyerla... ekkeke... just hiris oren n masukkan dlm air tu jer... ni pes time aku minum kordial Sunquick perisa Oren Peach nie... sedap jugakk...

Lauk just wat ayam tandoori... resipi pakai resipi yg dia bagi kat kotak rempah tue... ekekke... pes time pakai rempah tandoori maasala nie... sedap gak... kalo bakar atas arang lagilah sedapkan... aku masuk oven ajer... tapi aku tak boh kaler... biasa, kalo nak kaler jadi cun, kena la letak pewarna bagi merah ker, oren ker skett... pasni boleh cuba rempah cap lain pulak... kat sini rempah2 ni segala mcm cap n spesis... kenala try mana yg memenuhi citarasa...

Kuih rini, just wat Kuih Sagu aka Bronok... rasa ada sedikit lari sebab pakai kelapa kering yang dah dilembabkan... sebab sini takder jual kelapa parut fresh tue... bau kelapa kering tu dah tenggelamkan bau ros dlm kuih sagu tu... klo makan takboh kelapa pon dah okey... huhuh... anyway, bolehla kan... bagi ada feel puasa cam kat Msia...

Keyla, dah letih... nak rehat2 jap... kalo dapat tido dulu sblum time sahur pun best jugak... sbb kadang2 mata ni payah nak lelap... sahur pun awal... kul 3.00 dah sahur... sebab 3.45 dah imsak... sekian, wassalam...

Karipap Kentang Sardin, Sambal Ikan Tongkol n Donut...

Salam...
Arini pes day Ramadhan... kalo kat Msia nie, sure meriah bangat... dengan pasar Ramadhan yang di merata2 tu kan... ni kiranya dah kali ke-2 la kami berpuasa di perantauan .... jauh dari keluarga tercinta... kat sini suasana Ramadhan nie, tak meriah sangat... biasa ajer...

Terawih pun macam semayang sunat biasa jer... tak meriah... cuma, kat masjid2 tu ada jugak ler yang bukak khemah tuk makan2 berbuka puasa... dan pastinya masjid depan umah nie, kata Mr I , mmg la penuh n panjangnya barisan org berbaris tuk amik makanan n makan berbuka puasa... tapi apa yang depa jamu tak taulah... sebab Mr I pun lom pernah berbuka kat masjid tu sebab ramai sangat owg... huhuhu... tapi nanti bab sopping nak raya, taktau lah nak kata... depa ni mmg antu sopping... sopping dari pas tarawih sampai ke subuh... mall2 pun biasanya mmg musim nak raya bukak sampai nak ke waktu sahur... tapi kami tak pernah la pi sopping time camtu... thn ni, apa kata pi tgk live depa nyer aktiviti sopping? ekekke...

Karipap ni, aku wat tak byk sgt pon... frozen kan sket n wat minum petang semalam... nanti sok lusa terasa nak makan leh goreng lagi sket tue... biasanya, aku wat karipap biasa jer... ni tetiba rase cam nak makan karipap sardin la plak... inti cam biasa jerla... cam wat sambal sardin biasa tu... tapi skip serai n tambah kentang (potong dadu n rebus dulu- nak bg sambal cepat masak) ... :)

Nampak plak Miss Tongkol tu dok kejung dlm esbok tue... mula2 ingat nak wat sambal telur mata jer... tapi ikan ni dok kejung2 lama2 dlm peti tu kang, aku lupe lakk... mmg tekak tu rasa nak makan sambal jugak... so jadikla, sambal ikan tongkol tue... wat jugak sup daging n kentang... takderla kering sgt pinggan tu nanti... and goreng gak telur mata goyang... ekekke... tu la lauk sampai ke sahur... ehehhe...


Tuk sahur, anak dara tuk nak gak sahur n pose... nak ayam goreng... so, goreng gakler ayam sket... ganti telur mata yang dah licin tu kan... ni pes time la Irdina puasa... entahkan larat ke tak... ehhehe... tapi lagi 2 jam dah nak bukak posa ni, tgk dia steady jer... main pon tak kalah... still meloncat sana sini... jgn esok2 dia dah taknak pose udahh... ekkeke... ni muka pes time pose... nampak cam owg letih tak ? hehhehe...

Ni plak donut yg aku calling2 ritu... biasanya Mr I yang call kan tuk delivery pape makanan pon... ni gara2 dah tak tahan tgk donut Kak Hana makyung tu la... tetiba nampak lak katalog delivery Krispy Creme tu... lagilah cam meleleh jer air lior... huhuhu... last2 , aku pon tipon n order jer time lunch hour... nak tunggu Mr I balik kejer baru nak order, cam lambat sgt... dah tak sabo dah... Mr I terkujut balik keje tgk dah ader donut kat umah... ekeke...

Siap ler, aku pon dah pandai men order2... pasni jgn Mr I balik kejer, tgk lauk order dah idang atas meja udahh... wakakaka... Biasanya, beli Dunkin jer... ni pes time beli Krispy Creme ni... sedap gakk... cam JCo n big Apple jugak ler... tapi cuma bagi aku, topping/ glaze atas dia tu agak manis... yang filling dalam dia dah okey dah... tapi yang tabur sugar powder tu okeyla, tak manis sgt... cuma tak byk jenis sgt cam Big Apple n JCo tu la kan... tapi bolehla jugakk... donut dia mmg sedap n lembut sgt... :)


Selamat berbuka puasa... dah buka pose, jgn la segan2... jemputlah makan donut2 yg sedap itew... sekian, wassalam...

Tuesday, August 04, 2009

Projek Men'Cendol' dan Udang Masak Tempoyak ...

Salam...
Ni sementara tgh ada mood nie, baik aku sumbat jer entry... sok lusa taktau rajin ke tak... rini Mr I tak kejer... amik emergency... sebab Irfan sakit gigi... dah berlubang teruk... malam pon asyik nangis jer... tido tak lena... kakak dia pon ngadu... adik asyik mangun n nangis jer... dia nak tido pon tak boleh... so, kena la cepat2 bawak pi dentist kan... kita owg tua sakit gigi pon azab... ni kanak2... tak tau nak cakap la kan... disebabkan Mr Laling tu ada kat umah rini, masak ler nasi... pagi2 kul 7 dah siap2 masuk opis... bekfest, leftover pizza n french toast... Irdina yang nak sangat roti tue... memang feveret dia...

Disebabkan nak keluar pi klinik, siap2 la masak awal2... biasa kalo keluar makan kedai ajer kan... tapi rini cam mood nak makan kedai takder... aku masak simple ajerla... sebab selagi skala penimbang aku tak achieve target setiap minggu, aku memang takkan makan beria... lagipun semalam dah bantai makan pizza cukup2... rini kena kontrol sketla kan...

So, teringatkan udang yang entah bila beli... entah ada rasa udang lagi ke tak? huhuhu... wat masak tempoyak ajer... potong timun memanjang sket... campak sekali dalam kuah tempoyak... hahaha... dah takyah masak sayur... memang pemalas kann... pastu wat daging masak kicap sket... siap... lauk rini... sempoi2 camni pon, Mr I makan tak toleh belakang... ekekke...

Haaa... ni kes dok YM ngan Nani la nie... dok sebut2 bab cendol... adoii, jejes air liur aku nie... huhuhu... biasa aku beli cendol kat mamak jer... kali ni, aku terpaksa memamakkan diri aku wat cendol... Ngeh3... apo jadikk? setelah bertungkus lumus dan mencuba beberapa kali... at last, jadik juga la cendol aku... tadaaa... ada ghupe cendol tak? ke ghupe ulat bulu naik daun? hehhee...

Jom minum cendol... tapi, rasa dia still tak sama cam rasa air cendol mamak tue la kan.. huhuhu.. takpela, janji dapat rase sket2 kan... layannzz...
Kalo pasni menghilang sehari dua, jangan la rindu rinduan ek... tak pi memana... bukan gak pi oliday... ekekke.. just nak setelkan umah ni mana2 yang patut sebelum Ramadhan menjelang... Sekian, Wassalam...

Monday, July 27, 2009

Apam Pisang in the house...

Salam...
Ni entry tengah malam... huhhhu... tadi naper ntah mood ghajin menyerang... ekkeke... tengok pisang yang dah nazak n nyawa2 ikan tu, teringat plak nak wat apam pisang... asyik2 wat cekodok n kek pisang jer... arini try wat apam plak...

Resipi amik kat umah CMG tue... aku CnP jerla... senang n simple ajer... ni la hasilnya yg tak seberapa... so, tomorrow mornin leh wat bekfest... tapi malam ni pon dah luak dah gak... wat supper... ekeke... apam ni leh makan ngan kelapa parut or camtu jer... kelapa parut takder... so skip jerla... tapi kalo ader pon, kanak2 ni takkan makan nyer... baik wat makan camtu ajer...



APAM PISANG...


Bahan-Bahannya...

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
  • 2 biji telur gred A
  • 100 ml minyak jagung (atau mentega cair) - aku guna minyak jagung
  • 1/4 cawan gula/ gula perang - aku pakai gula perang
  • 4 biji pisang emas, sederhana besar*
  • 1/2 camca teh soda bicarbonate*
  • Secubit garam*(*disatukan dan lecek hingga halus)


Cara membuatnya...

  1. Pukul minyak, gula dan telur hingga sebati menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek, gaul rata. Masukkan pula tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan.
  2. Panaskan kukusan, sediakan acuan kegemaran (aku guna acuan kecil2), sapu dengan sedikit minyak pada acuan, panaskan 2 minit. Tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 - 15 minit. Buat hingga siap.
  3. Keluarkan dan boleh dihidang bersama kelapa parut atau begitu sahaja. Balut tutup kukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan air menitis atas apam..




Rini, Mr I balik kejer nampak cam mendung ajer... ghupenya dia sakit tekak n loya... badan pon rase nak demam... dah seram sejuk... sian plak aku nengok... batuk2 terus termuntah... adoyaii... esok taktaule pergi kejer ke tak... tak sihat, better takyah pergi... kang melarat plak... dah ler skang ni musim macam2 jenis penyakit... risau ajer... harap2 dia cepat sihat... sajer jer aku sakat dia... baru sopping sket jer dah demam... sengih jerla dia... alergik katanya... huhuhu... pas makan ubat batuk, ubat sakit tekak n panadol... dia dah kaboom... ZZZZZ...

Esok plan nak wat nasi ayam... tapi kalo Mr I tak sihat, kesianlah dia tak dapat menikmati makanan... dia makan nasi n sup ajerla nampaknya... huhuu... keyla, esok plak story mory... aku pon dah penat men masak2 malam2 buta nie... hehehe... jemputla makan... pas makan jgn lupa tutup balik tapaware... :) sekian, wassalam...