Pages

Showing posts with label Roti.... Show all posts
Showing posts with label Roti.... Show all posts

Sunday, August 21, 2011

Choco Macaron & Red Velvet Cake...

Assalamualaikum...
Kembali bersiaran... Sementara menanti sahur, daku pun curi-curi masa untuk masukkan entry... Macaron ni dibuat few days back... Alhamdulillah kali ni buat dah ada la rupa sket walaupun tak jadi elok sangat... At least kali ni kakinyer dah keluar sket la dan tak bantut sangat... Cuma bancuhan kali ni, terlebih kacau agaknye... Masa nak paipkan guna piping bag tu, adunan tu meleleh cepat sangat... Susah nak kontrol... Anyway, practice makes perfect... Thanks to my sifu yang sangat baik hati yang sudi curi-curi masa ajar daku even daku request semborono & main selit jer... Eheee... :)


Filling Nutella ajer...


Red Velvet Cake ni, my sis punye request... Dia teringin sangat nak rasa kek yang mahsyur ni... Actually entah kenapa kek ni bukan in my favourite cake list... Dunno why... Nak kata tak sedap, sedaplah jugak rasa keknya... Taktau la pulak kalau dia jadi tak berapa nak sedap sebab kek ni daku yang buat... Eheeee... Tapi, daku pernah jugak makan kek ni yang orang lain buat... But still cannot satisfied my tekak ... Setakat nak makan sesuap or small piece, bolehla... Nama nak makan berulang-ulang macam daku makan kek lain, takder la kot... Nak kata daku tak suke cream cheese topping tu, daku suke jer dengan cheese cake... Entahlah... Misteri sungguh... Tapi, kalau ada sesapa yang nak bagi the best RVC ni untuk daku, so that i can change my perception, ur are welcomed... Ehheeee....



Before kena potong...


Then, ni plak main uli roti... Lama betul tak meroti jugak main masak-masak... Malas betul... Blossom Bread daku main pusing-pusing2 jer pun... Bunga pun tak berapa macam nak bunga... Jadikla....






Rasa dah okey... Tekstur jer belum memuaskan hati... Kena belajar banyak lagi ni... Okeyla, sampai sini dulu... Nanti kalau sempat daku masuk entry lagi... Sekian, Wassalam...

Thursday, March 24, 2011

Donut Suria Pelangi...

As-Salam...
Salam hari Khamis yang berbahagia... ni kes geram tengok donut kaler santek kat rumah CMG tu... menggoda mata & nafsu makan betul... eheee... kena plak lama dah tak mendonut... lagilah geram jer... kanak-kanak ni memang suka dengan donut... so, berbaloi kalau buat pun... takderlah donut tu mati keras kat atas meja tu jer... ehehee...donut ni, rasanya aritu ada nampak kat umah Kak Nis Jabriya... dia pun dah try... :)

Memang biasa buat donut pakai resipi Donut Suria ni pun... cuma kali nie ada kaler jer... daku ni memang jenis malas dah nak tukar2 resipi bagi benda yang dah biasa buat atau kalau rasa dah serasi dgn resipi yang dah biasa pakai... takut kang dah buat2 tak memuaskan hati, membazir jer... lainlah benda yang nak dibuat tu, benda baru or resepi sedia ada belum capai kepuasan hati... barulah daku akan cuba dan cuba lagi sampai dapat resepi feveret...

Resipi ni daku CnP kat umah Cik Mat ajerlah... idaklah daku rajin nak menaip balik... ehhee... Tenkiu Cik Mat...


~ Kaler n pattern kurang cun... cuba lagi ~


BAHAN-BAHAN...

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 camca besar susu tepung
  • 1 1/2 camca besar gula halus @ gula kastor
  • 1 1/2 camca besar lemak sayur (shortening)
  • 1/4 camca teh garam halus
  • 100 ml air suam*
  • 1 camca teh instant yeast @ ibu roti*(*disatukan dan kacau rata, biar hingga berbuih)
  • Sedikit lagi air (tambahan)
  • Pewarna makanan merah jambu dan hijau
  • Gula halus untuk salut donat


CARA MEMBUATNYA...

  1. Dalam satu bekas, satukan tepung, susu tepung, gula halus, lemak sayur dan garam halus, gaul rata dan tuang bancuhan yeast tadi. Gaul rata, jika kurang air, tambah sedikit lagi dan gaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di tapak tangan dan juga mangkuk.
  2. Bagi doh tadi kepada 3 bahagian, 1 biar pada warna asal. 1 lagi adun dengan warna merah jambu dan 1 lagi dengan warna hijau, adun hingga sebati. Kemudian satu kan ketiga2 tadi dan uli perlahan sehingga mendapat corak seakan2 pelangi atau marble.
  3. Tabur tepung pada meja kerja, letak doh tadi dan canai setebal 1/2 inci dan terap guna acuan donat, alih atas loyang yang telah ditabur sedikit tepung. Buat hingga siap, tutup permukaan donat dengan kitchen towel bersih dan letak di tempat suam selama 45 minit.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada kedua2 bahagian. Angkat dan toskan, letak atas paper towel. Salut dengan gula halus, boleh hidangkan....

Donut ni wat dua bentuk... bentuk tradisi dan yang dah ditocangkan... yang kelakar, anak teruna teman tu yang berkenan beno dgn donut tocang tu... kakak dia lepak jer... agaknya kakak dah biasa kena tocang rambut, tu yang dah tak hairan tu... hihihi...

~ Tergelap sedikit ~



Ni plak buat roti telur bawang... tapi men belasah jerla... janji ada rasa roti, telur n bawang... rangup ke, lembut ke, daku dah tak kisah dah... yang penting, kuah kasi banjirrrrr.... uwaaaaaa, tak sabar nak balik bumi Malaysia tercinta... kepala otak ni kira nak makan aje... ahahhaa... pastu badan mengembang tak ingat baru menyesal tak sudah... hihiihi...


~ Roti telur bawang dengan dal banjirrr ~



Lepas baik jer demam, budak kecik ni dah ada benda baru yang dia boleh buat... tapi Iman ni malas la... mengereng malas... entah bila la nak meniarap nie... yang dia tahu, hisap jari... hisap penumbuk... main sembur air liur... jerit n ketawa mengekek.... hihiih... berat pun tak berat sangat macam kawan2 dia yang lain... halus jer... tapi berat still dalam range normal la... takperlah dik, asal adik sihat...

~Pegang botol sampai terlelap... bila dia ada mood jer dia boleh beraksi begini ~




Sekian, wassalam...

Tuesday, February 15, 2011

Mexican Bun & Homemade Kuey Teow...

Salam...
Salam sejahtera buat semua... semoga kalian semua dalam keadaan yang baik-baik sahaja... ni kisah sambungan meroti & projek buat homemade kuey teow... buat ni minggu lepas, entah hari apa daku dah lupa... main snap aje gambar & simpan buat pekasam... hihihi...

Lets start with Mexican bun... Resipi doh asas roti still pakai resipi Kal Lyn... dah mintak izin tuan punya resipi nak entry kat sini... tapi untuk filling & Topping daku pakai resipi Kak Lily @myresipi... dulu daku dah penah buat... so, boleh ambik resipi dia kat sini... untuk resipi asas doh, ni resipi Kak Ina Z'Lyna Lynn...

~Nyum nyum nyum ~



Doh Asas Roti...

  • 500 gm tepung roti atau gandingan 400gm tepung roti 100gm tepung gandum
  • 100 gm gula castor
  • 20 gm susu tepung * tak letak
  • 1 st bread improver (optional) * tak letak
  • 4 st yis
  • 1 st garam
  • 1 biji telur
  • 220 gm air suam (daku kurangkan sket... jumlah air & telur jadi 220 gm/ml)
  • butter 80gm atau gandingan 40gm butter dan 40gm shortening
  • 1 st bread softner (optional) * tak letak
  • 100 gm water roux (1 sudu besar)

Kaedah Menggunakan BM:

1. Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
3. Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening.
4. Biarkan proses menguli hingga selesai.
5. Utk menghasilkan doh yg lebih lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.
Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
6. Keluarkan doh, dan tumbuk doh bagi mengeluarkan angin. Kemudian, bahagikan doh kepada beberapa bahagian mengikut jenis roti dan bentuk. Rehatkan lebih kurang 15 minit.
7. Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.
Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)

Kaedah Menggunakan tangan:

1. Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
2. Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
3. Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bancuhan yis tadi.
4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh lah teruskan dgn step no6 dan seterusnya bagi kaedah BM di atas.

Water roux: (kaedah 1:5 -1 utk tepung, 5 utk air )
50gm tepung gandum
250ml air

1. Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
2. Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
3. Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
4. Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
5. Keluarkan dari peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.

Petua semasa membuat roti:

1. Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan/mematikan yis.
2. Untuk mendapatkan doh yang lebih kenyal, semasa menguli, boleh masukkan doh di dalam plastik bersih dan ramas- ramaskan doh beberapa minit. Kemudian, boleh diteruskan dengan menguli semula... (petua dari Ros Jintan Manis)

Projek meroti ni, biasanya daku buat setengah adunan setiap kali... kalau buat satu adunan memang banyak sangat bagi family kecik kami ni kan... alhamdulillah, budak-budak ni pun suka roti mexican dan roti ala2 cinnabon tu... memang esoknya, diaorang bawak bekal gi sekolah... tak sia2lah daku merajinkan diri meroti kan... :)


~ Sebelum masuk oven ~




Next time nak meng'mee' plak... mesin dah ada, kena rajinkan diri... kalau tak kang, sia2 jer beli simpan buat tukun mesin tu... eheee... sampai sini dulu... jumpa lagi next entry... Wassalam...

Monday, August 10, 2009

Laksa n Chicken Curry Roll...

Salam...
Selamat malam... owg kat bumi Msia dah lolap pun... yg kat sini dok terkedek2 lagi lom dinner... huhuhuu... so, ni dinner tuk semalam n bekfest arini... sejak 2-3 ari ni, mmg senang sket kojo den ni ha... sebab ari2 aku tanya Mr Laling nak makan apa, dia pon ader idea nak request... laksa ni dia nyer suggestion la... dia bg option either laksa or sizzling mee... aku wat laksa dulu la yer... sebab ikan banyak dok banyak bertapa dlm esbok tue... kang nanti terlupa lak kewujudan ikan tu... bila dah ingat nanti, ikan pon dah tak rase ikan... ngeh3... resipi, biasa jerla yer... laksa negeri mana ntah... tapi ni la spesis laksa yang biasa mama buat n aku makan... huhuu...

Jom slurppp... sib baik kanak2 ni pon suke gak laksa... kalo tak, fenin la plak nak masak asing tuk diaorang... huuuhu... sorry la, gambo tak cun sebab eksesori tak complete... takder daun salad nak menghijaukan mangkuk tu... harap timun n bawang jer... hhuhuu...

Ni plak bekfest pagi nie... roti dah nak expired... inti chicken curry ni pun dah lama buat... belen buat pau aritu... dok bertapa dlm esbok... still in good condition, syg plak nak buang... amik roti benggali... gelek bagi nipis sket... letak inti... gulung... celup telur... goreng dlm minyak yg sket atas nonstick pan... siapp... tak suke deep fry roti sebab nanti minyak dok bergenang...

Selamat makan2... sekian, wassalam...

Tuesday, August 04, 2009

Pizza Simple Shedapp....

Salam...
Selamat ari Selasa... mahapla kan, sejak dua menjak nie agak busy... so, lambat sketla nak hapdetnya... bukan busy wat per... busy mengemas opis yang macam tongkang pecah n terbalik tue... dahlah sempit sekangkang kera... tensen tul aku... masuk kami laki bini dah penuh dapor tue... dah ler aku ni saiz ntah berapa XL, laling aku tu saiz L... memang penuh dapur...stok makanan kering ajer dah setimbun... yang hangkut berapa kali dari Msia tue... yang unpacked lagi blum kire... adoyai... takder tempat nak simpan... hukhukhuk... tapi last week dah beli drawer pastik bodo2, 5 tingkat tu, bolehla isi sket stok2 tue... lapang sket otak aku nie... so, dapor tu dah setel...

Ni, bilik anak2 plak yang dah macam stor... dok simpan stok makanan, periuk belanga n pinggan mangkuk yang borong kat sini, mainan setengah lori, buku2 n of coursela kain baju kan... next station nak setelkan bilik diaorang plak... tapi bilik kitaorang dah cun... ekekeke... sebab last week dapat la borong set comforter gebus yang baru dan kaler feveret pink purple tu... owang tukar cadar baru nak raya kan... kitaorang, ikut dan ajer... ngeee... adoi, ingat nak puasa seronok... tapi ingat nak raya, sedihh... sebab tahun ni raya tak dapat balik la kot... takper, pengalaman kann... sure tak sanggup dengo lagu raya tahun nie... sob sob sob...

Waahh, terlebih melalut sudahh... ekeke... okies, ni nak citer pasal pizza shedapp nie... aritu kan aku makan pizza ni kat umah Kak Adida masa besday party Adila... ala, pizza yang sume owang kata sedap tu... masa tu sempat la menuntut ngan Kak Dida cemana nak buat topping dia kan... sebenornya simple bangat... tapi selama ni aku tak pernah buat topping camni... alhamdulillah, dengan guna topping yang sama, jadik jugak cam pizza Kak Dida tu... serius, seronok sangat... Mr I pon cakap shedap n sama... ekekke... aku wat dua bijik... bagi Ita sket... alhamdulillah, Ita pun cakap sedapp... huhuhuu... tenkiu for compliment yer... n terima kasih bebanyak pada Kak Dida yang sudi share resipi nie... tapi, sosej aku tak sama la rasa cam sosej Kak Dida ... nak tanya cap apa, lom ada kesempatan... dasat tak aku? sosej sama rasa ke idak pon boleh cam? dah nama suka makan... mmg la cenggitu kann... no wonder la badan kembang setaman, ye dak? ekekke...



So, sapa yang nak try boleh try... sapa yang dah biasa buat cenggini, janganla gelakkan daku ekkk... memang ketinggalan keretapi la aku ni kann... ni just tuk topping dia... base dia, wat cam biasa jerla... kalo malas nak wat, boleh beli yang dah siap punya crust okies... yang aku nyer, memang yang beli siap... sebab ritu nampak ada jual... saje nak try... best ke tak... padahal, tu alasan owang malas cam aku nie... ekekeke..

Topping:
  • Tuna flakes in water - buang air dan hancurkan
  • Sosej ( aku guna beef sosej) - potong nipis serong
  • Crab Fillet - potong serong
  • Mayonis
  • Sos Tomato
  • Thousand Island
  • Oregano
  • Cheese secukupnya
Cara2... sapu jer base dengan mayo n sos tomato sket... nak bagi melekat topping dia... tabur tuna flakes, sosej n crab fillet rata2... pastu just tuang mayonis, thousand island dan sedikit sos tomato... tuang la rata2... tak pun, buat la awan larat atas tue... ekeke... tabur oregano n cheese... bakar sampai masak... siapp pizza simple... ni sebelum masuk oben...

Senang jer kan... sape tak suka tuna or seafood, tak dapek den nak nolong... ekekke... selamat jamu mata n mencuba wokey... nak jemput makan, dah clear dah pon... sekian, wassalam...

Friday, July 17, 2009

Marble Cheese Brownies n Roti Jala Kari Ayam...

Salam...
Selamat ari Jumaat... weekend la kat sini... arini ada jemputan makan2 sempena besday anak bos Mr I... Mr. Mazlan nyer dotter... so, aku pong merajinkan diri ler wat pot luck... ngeee... bukan wat mende luar biasa pon... yang biasa2 ajer...

Dah lama aku nak try wat marble cheese brownies nie... tapi kalo buat saja2 nak makan , memang lambat ler nak abis... takut kang sampai kuar sarang labah2 tak abis2 agi brownies tu... so, kesempatan ni la aku amik tuk buat... boleh makan sket n bawak pi pot luck... tapi, ade insiden sedih masa wat brownies nie... entah cemana masa baru2 angkat pas masak tu, glove kain yg aku pakai nak angkat loyang tu bergesel ngan tengah2 loyang tu... adoyaiii nak nangis aku... berlopak tengah2... lupa plak aku nak amik gambo... uwaaaaa... yang dapat diselamatkan cuma keliling tepi dia ajer... adussss... yang tu aku bawak gak ler pi pot luck... yang berlopak tu makan kat umah...16 ketoi jerla yg dapat diselamatkan...

Yang dapat diselamatkan pon dah kena gesel sket2... mmg hampeh betul aku nie...

Sebelum kebakaran...
Pastu wat sketla roti jala... ngan kari ayam... ayam n ubi kentang aku potong kecik2 n ayam tu pakai part dada... sebab nak bagi senang masa nak cicah roti jala tu...

Masa menebar...
Siap nak packing...
Kari ayam...
Layan ajerla yer... kalo nak makan, jom ikut pi party... sekianlah tuk arini n maybe tuk sehari dua... hehhehe... sejak dua menjak ni malas tul nak masuk entry... sebab tak berapa nak masak sgt... ekekkeek... jumpa lagi... papai... wassalam...

Sunday, February 22, 2009

Roti Jala n Kari Daging...

Salam...
Dinner mlm tadi, aku just wat roti jala... sebab kuah kari daging semalam yg makan ngan roti canai tu ader lagi sket... sayang plak kan... mula-mula ingat nak wat inti kat dalam cam kak Ummi wat... tapi, tak jadi sebab daging n kentang tu dah tak berapa banyak... kuah dia yang lebih... so main cicah2 jerla yer...

Anak dara n teruna aku ni punyerla suke roti jala nie... Irfan makan gitu jer... tak cicah pape pun... byk gak dia makan 6-7 keping... Irdina takderla makan banyak gitu... dia memang perut kecik sket... tak mcm adik dia... dlm 4-5 keping jer... tapi cicah ngan kari ler... Resipi dia simple jer... n makan pun tak muak... aku wat 3/4 adunan jer...maknanye, tepung 1 1/2 cawan, tapi telur pakai 1 biji gak... sebab camne nak wat 3/4 biji telur kann... tak kuasa aku... hehehe... So ni resipi roti jala key... resipi kari daging takyah ler kan...

Roti Jala...


Bahan-bahan...

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan susu segar * aku pakai separuh air n separuh susu segar (kalau takder, air sajer pun boleh)
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar marjerin - cairkan (kalau takder, minyak masak pun boleh)
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit atau sedikit pewarna kuning
  • minyak untuk melenser

Cara-cara...

  1. Ayak tepung dan serbuk kunyit ... Masukkan semua bahan dalam blender (kecuali minyak tuk melenser) dan blend sampai sebati (kaedah org malas, hehheehe).. Tapis dengan penapis supaya takder adunan bergentel... nak tapis banyak kali pun boleh... kena tapis sebab takut nanti aduanan bergentel tu tersumbat kat lubang acuan roti jala...
  2. Rehatkan adunan tu selama lebih kurang 30 minit...
  3. Panaskan kuali leper non stick atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas guna berus lenser atau daun pandan...
  4. Kacau dan isi adunan ke dalam acuan roti jala. Kemudian, terusla menjala...
  5. Jala la ikut suke, tapi kalau nak cantik ader owg bagi tips jala mula dari bulatan luar ke bulatan dalam. Agak2 masak, lipat or gulung ikut suke... Ulang sampai adunan abis...
Dah tengah2 malam Irfan dok tanya lagi roti jala tu. Mula2 ingat dia nak roti biasa tu, pastu dia cakap nak roti yg dia makan tadi... nasib baik ada lagi 2 keping, bagi la kat dia... pas dah makan, tetiba dia cakap nak lagi... adoyaiii dah abis la... puas jugak pujuk dia, nanti ummi buat lagi... hehhe... sib baik tak amuk tengah2 malam... kalo tak, naya gak aku kena menjala tengah2 mlm tu... huhuu... from lesson, lain kali kena wat 2 adunan terus... takpun 2 1/2 adunan... hehhee....



Sekian la tu arini... Wassalam...

Wednesday, February 18, 2009

Mexican Bun...

Salam...

Ni projek pas dinner malam kelmarin... Ingat nak buat tuk minum petang, tapi lunch pun dah lambat... malas la pulak... sebab kang tak sempat pulak daku nak mengadap tv nengok citer korea... hehhehe... inga nak postpone esoknya, tapi masa tgh tengok citer korea tu rasa nak buat hari tu jugak ... jadiknye, bermula la projek ni pas dinner... dah lama teringin nak buat, tapi aritu takder stok tepung roti... kang pakai tepung gandum jadi tak berapa best n gebus... tak dapat la nak menikmati kegebusan dia kan... mana syiokkk...

Resipi aku pakai sifu lilydvalley@ kak Lily nyer... cam biasa amik kat MyR... Kak Lily, kite C&P jer yer... aku buat 1/2 adunan jer.. kang buat penuh, 17 biji sape nak perabihh... takut Mr. Tong Sam plakk yang kenyang ... agaknya saiz roti aku ni kecik sket kot.. 1/2 adunan dapat 10 biji... tapi yg 2 biji tu, aku bahagi 2 lagi supaya jadik kecik lagi tuk anakanda aku tue... jadinya dapat 8 saiz sedang n 4 saiz kecik... Ni resepi dia yer...

Bahan-bahan ( 17 biji bun )

  • Filling
  • -200 gm mentega
  • -1/2 teaspoon vanilla essence
  • -70 gm brown sugar
  • Topping
  • -200 gm mentega
  • -160 gm gula icing
  • -3 biji telur grade A- pukul sedikit
  • -1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
  • -200 gm tepung gandum
  • Doh Roti
  • -500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
  • -2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
  • -20 gm susu tepung
  • -75 gm gula castor
  • -3 sudu kecil dry yeast
  • -1 sudu kecil garam
  • -1 biji telur- dipukul
  • -250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
  • -60 gm mentega

Cara-cara

  1. Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  2. Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
  3. Doh Roti
  4. -Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
  5. -Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
  6. -Masukkan telur dan air/susu segar.
  7. -Uli adunan sehingga menjadi adunan lembut selama 10-15 minit.
  8. -Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
  9. -Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
  10. -Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
  11. -Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
  12. -Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
  13. -Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.
Buat dia ni memang ler nampak cam renyah sket... sebab ader topping, filling n doh... tapi worth it tauu... sedap dan lembut sangatt... kerak dia dari topping yang meleleh tu la yang menyedapkan lagi roti nie... dah siap tu, rase cam... adoyaiii, tak sangka aku bleh wat roti best camnie... ni serius ni tauu... muahahaha... walaupun akulah org yang ketinggalan keretapi sebab dah juta2 lemon org dah buat... tapi aku tetap rase syiokk sebab first time wat terus jadi roti yang amat best bangat nie... kat bawah ni gambar sebelum bakar... dah mengetar tangan aku dok pipe topping dia tu.. senget benget n bengkang bengkok... tapi, topping dia ni aku derhaka sket... aku campur gak 1 sudu besar serbuk koko dalam instant coffee tue... hehehe... Amacam sifu Lily? ada lulus tak? Dulu masa aku ngan Linda (best fren kat Uni) praktikal kat Ipoh dulu, selalu sangat kami pi beli roti ni kat Super Kinta... tak sangka aku bleh wat roti nie... hehhee.. syukur alhamdulillah... tetiba teringat plak aku kat Linda.. hehhee... Linda ni suka ngan cheese stick... nanti2 aku try plak wat cheese stick tue... Sekian, wassalam...

Sunday, February 15, 2009

Hari Marble Sedunia...

Salam...

Semalam ari marble sedunia kat umah nie.. aku wat roti marble yang kini tengah menjadi kegilaan ramai dan hangat di pasaran... resipi dari Ros@Onigiri... Tq yer Ros... rotinyer lembut n gebus sungguh... tapi haku punyer tak berapa nak cun ler... hehhehe... resipi aku copy paste yer tuan empunya resipi... time kasih bebanyakk...

Roti Marble Coklat...



Bahan-bahan

  • 200 gram tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 1 sudu besar butter atau marjerin
  • 140 ml susu segar
  • 1 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil bread improver
  • 1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan kecuali serbuk koko, uli sampai tak melekat pada jari. kalau ade BM tekan On je.
  2. perap doh selama 40 minit. kemudian tumbuk-tumbukkan doh tadi, keluarkan angin.
  3. Bahagi doh pada tiga bahagian. satu bahagian masukkan bacuhan koko tadi, kalau telembik buleh tambah sedikit tepung dan uli macam biasa. pastika adunan betul betul sebati ye. warna sekata untuk doh coklat tu.
  4. satukan doh yang baki tadi dan terap memanjang. letakkan doh coklat di tengah-tengah.
  5. tutupkan keseluruhan adunan tadi
  6. potong tiga adunan dan anyam bentuk tocang.
  7. letak dlm sandwish loaf.
  8. Biarkan naik dua kali ganda dan bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit atau hingga permukaan nya perang.
  9. siap dibakar dan sejukkan atas redai. Selamat mencuba.

Lagi satu marble, ialah kek marble.. pakai resipi kek butter biasa jer.. tapi aku marble kann... ikut suke aku jer kann.. tapi aku tak puas ati sket sebab kek ni cam kering sket... tu pun aku dah kurangkan sket tepung... ape yang tersilapnyer ntah... tapi dapat kat bebudak nie jalan jer... Irdina siap bawak bekal pi sekolah... cume aku ler rase kurang puas hati skett... tapi rase dia memang ler sodap.. tekstur dia jer kurenggg sket pada mata n lidah aku nie... hehehe...



Breakfast tadi wat roti hamlet jer... Mr hubby n Irdina pun bawak bekal roti hamlet tu jer... Tapi Irdina bawak roti hamlet ngan kek sekali pi sekolah... entah habis entah idak budak tu makan... alih2 kang, bawak balik makan kat umah jer... hehehe...



Sekian, wassalam...

Tuesday, January 20, 2009

Roti Nasi @ Roti Kaya Pandan....

Salam...

Arini tak masak pape special.. tapi, pernah ke aku masak special? huhuhu.. masak pun main campak2 jer... Menu arini, sambal tumis udang n masak lemak labu...

Semalam Mr. Hubby dok sebut2 pau pandan kaya yang pernah makan kat Vistana Kuantan dulu.. masa kami memuda dulu... memang la sedap, lembut, gebus n wangi pau dia.. makan plak masa suam2 kuku.. ahakss.. memang sangatla best... memang teringin sangat nak buat pau nie.. tapi pengukusnya plak takder.. dari hari ke hari nak beli, asyik tertangguh... maklumlah, kuar umah pun seminggu sekali jer... Kengkadang masa time kuar beli brg dapur tu, tak pergi la plak kedai yg jual alatan2 nie... yang elektrik punya, jumpa yg saiz kecik je... kalau nak letak loyang pun tak muat.. nak wat kek kukus pun tak boleh.. so, malas ler nak beli yg tu...

Jadinya.. dari tak merasa, aku wat ler roti pandan inti kaya... tapi pakai resipi roti nasi yang ambik kat MR.. Onigiri nyer.. just tambah pandan paste ngan letak inti kaya.. ni aku kopipes jerla resipinya... sedap roti dia.. tapi disebabkan aku pakai tepung gandum jer, agaknya sebab tu roti ni kurang gebu dari yang sepatutnya... setelah dibandingkan dengan kengkawan yang dah buat... next time, dah ada tepung roti dlm stok aku, aku akan wat lagi sekali... tapi tq bebanyak ye onigiri..

Bahan-Bahan...
  • 80 gram nasi putih
  • 100 ml air
  • 250 gram tepung roti
  • 60 ml susu segar
  • 4 gram dry yeast
  • 2 sudu besar gula
  • 20 gram butter atau marjerin
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara...

  1. Mula-mula aktifkan dry yis tu dgn 1\2 sudu kecil gula n tepung dan masukkan dlm air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih.
  2. kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur.
  3. masukkan yis, nasi yang telah diblender, marjerin, gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga tepung tak melekat pada tangan.
  4. rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh keluarkan angin.
  5. kemudian terap doh memanjang dan lipat 3
  6. letakkan doh dlm acuan sandwish loaf dan biar hingga doh menjadi dua kali ganda dan setelah itu bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit.
  7. keluarkan dr oven dan glis roti tadi dengan butter utk dapatkan permukaan yang berkilat.
  8. sedia utk dimakan dan roti ni mmg lembut dan gebu sepanjang masa. Tak perlu guna pelembut roti atau pun bread conditioner. Selamat Mencuba.
Jadinya, dari pagi aku wat roti ni.. sampai ke petang, aku dok ulang makan jer.. dapat banyak ketul gak.. 14 ketul saiz sedang... muka aku pun dah sama tembam jer ngan roti tu.. hehehe.. dah memang sedia tembam n bulat.. nak wat camne.. sokla diet.. hahaha.. boleh ker? cam tak percaya jer... adoyaiii...

Mr hubby pun kata okla roti nie.. dalam dia dok kata ok nie, aku pun kate... disebabkan roti pun aku dah bleh buat, kenala belikan aku BM (bread maker- tapi rasanya sume owg tau kot) ngan pengukus tu... ahakss.. ayat bodekk... hehehe.. Dia ok jer... Tq la Mr Hubby for your support... kat sape lagi aku nak mintak kan... pada yang ada n yang sudilah kan... Ngeee... i takder gaji you... elaun yg Mr hubby bagi tu, nak simpan ler... asyik shopping jer.. bleh caya ker ayat nie... ahakss... azam tahun baru kot... aminnnn...

Sekianlah pok pek arini... ada masa aku taip agi... Wassalam...



Thursday, January 15, 2009

Sandwich Goreng...

Salam...

Ni main masak2 tuk minum petang.. sandwich goreng.. resipi yang senang jer.. inti dia boleh la wat paper inti yg disukai.. sambal ikan bilis ker.. sardin ker.. kaya ker.. paper jerla yg berkenan di hati.. aku wat inti sosej jer.. sebab malasss... hehehe.. minum ngan air nescaffe O panas... layannn...



Sandwich Goreng...

Bahan-bahan...

  • Bahan A…

  • 1 cawan tepung

  • Sedikit garam

  • Sedikit serbuk kunyit

  • ½ sudu teh cuka

  • 1 sudu marjerin

  • Air secukupnya

  • Bahan B…

  • 8 keping roti

  • 3 btg sosej – dihiris nipis

  • 1 keping cheddar cheese- dipotong kecil

  • 2 sudu besar sos cili/ ikut suka banyak mana

  • 4 sudu besar mayonis /ikut suka banyak mana

  • ½ sudu teh serbuk lada hitam / ikut suka banyak mana

  • Sedikit garam jika perlu


Cara-cara ...

1. Campur semua bahan A kecuali air.. Masukkan air agak2 bancuhan tu macam nak bancuh cucur… ketepikan…

2. Campur semua bahan B kecuali roti dan cheese..

3. Letakkan inti pada roti, kemudian letakkan sedikit cheese dan lapikkan roti.. potong ikut bentuk yang disukai..

4. Celupkan dalam adunan tepung.. goreng sehingga kekuningan.. angkat dan letakkan atas kitchen towel untuk serap minyak.. Sedia untuk dihidang…

Sekian... Jom minum.. Wassalam...



Thursday, January 08, 2009

Main masak-masak yang lepas2...

Salam...

Nie bukan baru punyer.. ni main masak2 yang dolu-dolu.. tapi tak sempat nak entry... selamat jamu mata.. dalam nie, ada gak gambar report yang aku anta kat MR... resipi yang kat MR aku dah link kan.. selamat mencuba...

Chicken mushroom pie... resipi dlm simpanan...

Ayam percik... resipi mama...


Buttered prawn...@ k jun ..

Lapis roti berdaging @ kak Umi-e...

Pizza home made @tulip77...

Kentang putar.. resipi kuah dia amik @ daunpandan...

Chicken Chop.. resipi kuah ambik kat @ acik yarn...

Tuna stick @ k Yani...

Ayam paprik @ K Yani...

Terima kasih tak terhingga kepada penyumbang resepi... Sekian, wassalam...

Sunday, January 04, 2009

Roti Arab n Kari Daging...

Salam..

Hari ni tuk dinner, wat roti arab n kari daging jer.. Balas bekas Ita pun dengan menu yang sama.. hehehe.. Resipi roti arab ni dari Kak Fiza MR.. Memang sedap, gebus n tapi garing... Cubalah, sure tak nyesal...


Roti Arab...

Bahan-bahan ( 16 biji )

  • BAHAN A :
  • 1 peket (11gm) yis mauripan
  • 1 Sb gula
  • 1/4 cawan air
  • BAHAN B :
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 sk garam
  • 1 sb gula
  • 2 sb marjerin @ mentega
  • 200 ml susu cair
  • minyak utk menggoreng

Cara-cara

  1. penyediaan yis (bahan A):masukkan yis dlm mangkuk + gula + air dan kacau. tutup dan biarkan sebentar.yis yg elok ia akan berbuih.
  2. Tepung gandum + gula + garam + marjerin ,gaul sebentar dan masukkan bancuhan yis tadi.
  3. kemudian masukkan susu.sambil tu tambah air sedikit2.uli hingga jadi doh.
  4. Doh harus lah lembut dari doh roti canai.tak perlu uli hingga licin spt buat roti2 lain.tak mengapa jika adunan melekat ditangan,jgn tambah tepung.
  5. tutup dengan kain lembab dan perap selama 1 jam.
  6. selesai perap,tumbuk2 kan doh utk mengeluarkan angin dan bahagikan kepada 16 ketul.buat bulat2.
  7. Ambil sebiji dan canai.jgn terlalu nipis.agak2 sndir lah ye..!kemudian letak di dlm dulang yg telah ditabur sedikit tepung.canai hingga habis.
  8. bila selesai semuanya boleh digoreng.semasa menggoreng simbah2 kan minyak ke atas roti dan ia akan mengelembung.api jgn terlalu kuat sbb jika minyak terlalu panas roti x sempat kembung.
  9. alih2 kan roti dan masak hinga kekuningan.angkat dan toskan.siap utk dihidang.
  10. Enak dicicah dgn sambal sardin,ikan bilis,kari ayam & daging.SELAMAT MENCUBA..!

Tuk resepi kari daging, rasanye tak payah la kot.. sume org pun pandai buat kan... hehehe...



Yang lagi satu nie, roti arab versi kanak2 ribena.. wakaka..


Itu saje tuk ari ini.. Wassalam...