Assalamualaikum...
Selamat hari Isnin... Euro 2012 telah pun tamat... Dengan ini, jadual tidur rakan taulan di tanahair bolehlah kembali seperti sedia kala... Kami di sini tidaklah terganggu jadual tidur dek kerana kelewatan 5 jam dari masa di tanahair... Usai perlawanan biasanya sekitar jam 12 tgh malam waktu di sini... Ok lagilah kan...
Okey, kembali kepada cerita masak-masak... Kali ini tiada resipi yang daku hendak kongsikan... Ini kerana semuanya daku main agak-agak dan ikut suka sahaja,.. Kalau yang berminat, bolehlah cari menerusi Mr. Google... Pastinya banyak resipi yang akan memenuhi citarasa dan juga mengikut sumber bekalan bahan yang ada... Jadinya entri kali ini, entri tayangan sahaja.. Eheeeee... :P
Daku memanglah peminat Salmon No.1... Macammana ya, hendak digambarkan minatnya... Katakanlah kalau pada awalnya sebelum ke kedai makan dalam fikiran daku sudah terbayangkan menu lain yang ingin di'order' tetapi apabila sudah sampai ke kedai dan ada pulak salmon di dalam menu, pasti daku akan berbelah bahagi dan meronta-ronta jiwa raga samada ingin kekal dengan tujuan asal mahupun beralih arah kepada salmon... Ahahaha.... Terukkan?
Biasanya kalau teringin hendak makan salmon, daku makan di luar sahaja... Kerana isirumah tak berminat dengan salmon... Hendak masak pun tak ada 'mood' rasanya... Tapi semasa keluar membeli bekalan isirumah minggu lalu, ternampak pulak salmon yang dah lama daku tak makan... Teringat pula tayangan perdana salmon steak oleh my old friend Puan Jonaina tidak lama dahulu... Aduh, teruja pula untuk cuba masak sendiri... Sudah terasa dan terbau-bau ke'ikanan'nya tatkala di pasaraya itu... Siapa yang tak suka bau ikan, sila angkat kaki... Eheee....
Hasil google berbagai resipi dan gravynya juga main campak-campak... Akhirnya...
~Salmon Fillet With Garlic and Pepper Sauce berserta konco-konconya ~
~ Spicy Creamy Prawn and Mushroom Pasta ~
~ Garlic Oregano Baguette With Mushroom Soup ~
~ Sumber Sayuran~
Sampai sini dulu entry tayangan kali ini... Entri akan datang insyaallah akan ada resipi untuk dikongsi bersama... Samada resipi kawan-kawan atau godek-godek sendiri... Sekian, Wassalam...