Showing posts with label Friend. Show all posts
Showing posts with label Friend. Show all posts

Friday, 17 January 2025

16012025 ~ Tahlil Abe

D, isteri arwah Abe jemput Ummi Walid ke majlis tahlil untuk arwah di surau kami ni. Rupanya hari ni genap setahun Abe tinggalkan kami. 
Al Fatihah. 

Alhamdulillah Walid boleh balik awal hari ni, jadi sempatlah ke surau. 

Terima kasih D. 

Semoga Allah tempatkan arwah Abe di taman² syurga bersama para solihin dan muqarrabin. Begitu juga utk semua ahli keluarga dan rakan² kita yang telah mendahului kita 🤲🏻

Monday, 9 December 2024

Sumbangan Utk Rakan Sekolah

Baru² ni ada rakan sekolah rendah Ummi diserang strok. Jadi, kami pun buatlah collection untuk bantu kawan ni, Z. Alhamdulillah sambutan kawan² sangat menggalakkan, hampir 1k kami berjaya kumpul. Kiranya reunion kami raya lepas menjadi titik tolak utk lebih rapat dan mengambil berat antara satu sama lain. Sebab tu bila tahu Z jatuh sakit, ramai yang sudi menyumbang. 

Terima kasih Uncle Bas tolong sampaikan amanah kami. 

UB beli juga barang dapur utk Z. 

Semoga sedikit sebanyak sumbangan yang diberi dapat ringankan beban keluarga Z. Semoga diberi kesembuhan juga 🤲🏻


Saturday, 30 November 2024

Telekung sisTergojes

Terjumpa telekung cantik jenama sisTergojes ni di Aeon Wangsa Maju. Memang berhajat nak cari telekung baru pun. Alhamdulillah jumpa yang berkenan di hati. 

Tak pernah kenal jenama ni tapi cantik ye telekungnya. Labuh, sejuk dan tak jarang serta harganya mampu milik. Premium cotton rasanya sebab selesa sangat bila dipakai. Ada juga pilihan yang lebih mahal dan lebih ekslusif tapi Ummi dah berkenan dengan yang ni. Lace dia cantik, warna pun lawa, nampak mahal 🤩


Selalunya Ummi kalau beli telekung, bahagian kain tu suka guna kain batik cap/cop macam ni sebab kain telekung yang datang bersama telekung selalunya singkat. Tapi telekung sisTergojes ni kainnya pun labuh, boleh pakai dengan selesa tanpa risau ternampak kaki waktu solat.

Ambik 1 pasang lagi. Mula tu ingat nak ambil untuk diri sendiri juga tapi teringat Ummi belum bagi hadiah bday Mommy Zya jadi rezeki dialah yang ni. Warna hijau² gitu... 


Instinct kami selalu sama tau...
Ummi nak telekung baru, dia pun nak telekung baru juga 😆 

Seronok tengok bila semakin banyak produk usahawan kita yang berjaya tembus mall gini. Dekat Aeon Wangsa Maju ni ada 1-2 bumi brands yang Ummi perasan dah ada dalam Aeon, bukan kiosk² kat luar tu. 

Sabella ni dekat Aeon AU2 pun ada 👍🏻

Baguslah, senang Ummi nak shopping baju² Sabella :p 


Wednesday, 11 September 2024

Al Fatihah ~ Sri

11 Sep 2024 I 7 Rabi'ul Awwal 1446H 
Sedih sangat hati Ummi bila dapat khabar sahabat uni kami, Sri telah meninggalkan kami semua semalam. Dijemput kembali ke negeri abadi setelah 16 tahun diuji dan berjuang melawan kanser. Setahu Ummi, arwah pernah bebas kanser tapi sel kansernya kembali aktif dan merebak hingga ke tulang belakang.
 
Ramai sahabat² yang hadir malam tadi. Arwah sangat disenangi dan disayangi rakan², ceria dan ramah orangnya. Walaupun diuji dgn kanser tapi ceria dan positif orangnya, tak pernah berubah perangainya dari zaman uni. 

WA terakhir kami, then Ummi jumpa arwah masa wedding Aunty Shad 18.5 lepas. Kali pertama bertemu selepas kami graduate. Lama tak jumpa tapi kemesraan arwah tak pernah pudar. Dan Ummi pun sentiasa ikut perkembangan arwah dari AS, yang sememangnya rapat dengan arwah. Depa roommate masa uni dulu. Ummi pula selalu ke bilik depa jumpa AS. Jadi Ummi pun kenal arwah dari situ. 

Arwah meninggal di Hospital Sg Buloh, jam 1.55 ptg semalam. 

Dikebumikan selepas solat Isyak semalam.

Semoga diberi kerehatan abadi utkmu Sri ❤️ 

Sunday, 25 August 2024

House Warming @ Fiza's 2nd Home

Alhamdulillah tumpang happy bila ada yang dapat kunci kediaman! Lagi happy bila dijemput ke rumah mereka :D 

Sabtu lepas (17.8) cerita ni, Aunty Fiza ex-officemate Walid jemput makan² di rumah baru mereka sempena birthday anak bongsu mereka. 

Rumah baru siap 😍

Lawa, boleh OOTD puas² kat depan main lobby ni.

Ummi tak snapped gambar makanan sebab ramai sangat guests that time. Tapi macam² menu dihidangkan; nasi tomato, ayam masak merah, bihun goreng, roti jala, cupcakes dsbnya. Meriah makanannya. Habis makan tu jenguk sekejap dekat balkoni rumah depa ...

Wah bestnya! 
Pandang bawah terus nampak hijau² ni as if rumah diorang atas tanah juga. Terbaiklah unit yang diorang dapat ni. Bangunan tu menempatkan gym, cafe (belum beroperasi) dan swimming pool bersebelahannya. 

Tak nampak sangat swimming pool dlm gambar ni tapi dari balkoni tu nampak jelas. 

Tahniah AF sekeluarga direzekikan rumah kedua 🌹 



Tuesday, 11 June 2024

Pisang, Peria & Harumanis

Alhamdulillah rezeki pagi hari, menuai cili 2 biji, bunga telang 2 kuntum 😁 Daun limau purut minta dengan Bik, persediaan nak merendang raya haji, kalau rajin :) Pisang pula pemberian Cik Leha. 

Petang kelmarin dapat Peria Katak gemoks ni dari rakan blogger kita, SA. Jauh peria tu travel, dari Seremban ke Gombak. How? Biarlah rahsia ahak! Ummi belum masak lagi peria hasil tanaman Pak Zain ni. Habiskan dulu petola yang dah mula layu. Tqvm SA 😘

Harumanis ni travel lagi jauh, nun dari Perlis ke Gombak, pemberian Uncle Arif. Nampak kulitnya kecut, mungkin buah diperam dulu. Kalau mood rajin bertandang, boleh buat pulut mangga 😋

Alhamdulillah rezeki untuk disyukuri. 

Tuesday, 21 May 2024

Beraya di Rumah Carneyz @ 26 Syawal

Terharu, teruja dan besar hati diundang beraya oleh rakan blogger, Carneyz. Alhamdulillah tahun ni Allah bagi banyak rezeki beraya di rumah² yang belum pernah kami pergi, antaranya, rumah Ustazah selain rumah Carneyz. 

Kejadiannya 26 Syawal lepas, sengaja Ummi simpan dulu ceritanya. Bila tuan rumah dah up cerita, barulah Ummi kongsi di sini. 


Sedang elok waktunya, Kakak habis tuition UPKK pukul 4. Sekali keluar je... Singgah solat Asar dulu di surau berhampiran. Masa ni jumpa seseorang, beliau pun solat Asar di surau ni. Sampai di parking kediaman Carneyz pun nampak lagi. Dalam hati dah terdetik, entah² nak ke rumah Carneyz juga. Tapi depa jalan dulu, kami pula baru nak keluar kereta. 

Bila masuk je dalam rumah Carneyz, masing-masing ketawa sebab betullah dua² nak ke tempat sama 😂 Rupanya beliau ialah Mama Zhafran. Peramah orangnya walaupun pertama kali jumpa. 

Carneyz masak apa? 
Semuanya menu Sarawak hangpa...

First thing first Ummi ambil of course Kek Mita yang viral tu. Alhamdulillah ada rezeki makan kek ni. Selalu dengar je orang cerita kek ni sedap. Memang sedap!

Yang berbalut seakan ketupat tu kelupis. Makan dengan rendang airtangan Carneyz, bertambah sedap rasanya :D Rupanya kelupis dibalut dengan daun palas juga. Rasanya pun akan² ketupat palas juga. 

Makan lagi, aha! 

Ini pula Laksa Sarawak. 
Beza denga Laksa Utara, LS guna bihun, rencahnya ada isi ayam, omelette dll... Cuma Ummi tak sempat korek resepi kuahnya :) Ini pun airtangan puan rumah. Sedap sampai Adik minta tambah 😅

Alhamdulillah selain dapat makan sedap², Ummi juga berpeluang jumpa rakan² blogger yang lain. Antaranya Ret @ Ako dan si comel Uyum. Yang lain Ummi belum pernah jumpa. Segan juga nak menyapa ☺️

Semuanya blogger otai, terasa kerdil Ummi di situ ☺️

Masa balik rumah Carneyz lalu terowong, pakat excited 😆 Selalunya beginilah kami ni, datang tempat baru ada² saja benda baru yang kami explore dan excited about :D 

Tqsm Carneyz for having us 🌹 
Semoga diberi kesihatan yg baik selalu dan diluaskan pintu rezeki sentiasa 🤲 

Sunday, 19 May 2024

Selamat Pengantin Baru Shad & Pasangan 💖

Bff Ummi bertemu jodoh semula beberapa tahun selepas kegagalan rumah tangga yang pertama. Majlis akad nikah di Perlis pada 2.3 tapi kami tak dapat penuhi jemputannya. Tidaklah ralat sebab Aunty Shad dah janji untuk buat majlis kesyukuran selepas Syawal. 

Makanya semalam makan nasi minyaklah kami...

Ringkas saja jemputan dan aturcara majlisnya. Asalnya nak gerak pukul 11 pg, tapi Walid hadiri ke Mesyuarat PIBG dulu. Itu ini pukul 12 t/hari baru kami bergerak. Dalam masa yang sama, berjanji dgn Cik Ani untuk jumpa di majlis Aunty Shad ni. 


Pertama kali sampai di Masjid Puncak Alam ni. Besar, selesa dan 'hidup' masjid ni. Kami solat Zohor dulu dan kelihatan ramai jemaah tempatan yang hadir selain tetamu majlis AS. Di masjid ni juga ada cafe, barber shop, playground selain dewan serbaguna. 

Majlis AS ni all in one; sambutan Hari Guru, sambutan raya dan Majlis kesyukuran :) Majlis serba sederhana meraikan beliau sebagai seorang guru/pemilik taska dan pengantin baru. 

Di atas pelamin ni adalah kami yang telah saling kenal mengenal dan berkawan sejak zaman U. Ada yang dah lama tak bersua, ada yang sekadar menyapa di alam maya, ada yang sekali sekala bersapa dan ada yang tetap selalu disisi. Walaupun dalam kepelbagaian, ukhuwah tetap mekar alhamdulillah. Dalam ramai² tu, terselit juga pensyarah kami, Dr June. Dah macam reunion pun ye juga majlis AS ni :) Ini pun sebahagiannya dah balik. 

Sebenarnya lebih kepada bersembang dari makan :D Biasalah bila dah bertahun² tak bersua banyak yang nak dibualkan. 

Selamat berbahagia Shad. Semoga beroleh bahagia yang dicari, rumah tangga yang dibina dilimpahi sakinah mawaddah dan rahmah 🤲 

Pergi dan balik kami ke Puncak Alam melalui LATAR, alhamdulillah lancar perjalanannya pergi dan balik. 

Sambil² tu dapat juga menikmati pemandangan Rawang Bypass. 

Sebelum Asar, alhamdulillah sampai ke rumah kenduri lagi satu 😊




Sunday, 5 May 2024

Beraya Lagi @ 25 Syawal

Rezeki hujung² Syawal, penuh jemputan beraya hujung minggu ni alhamdulillah. 

Hari Sabtu ada beberapa jemputan; 

1. Open House Surau


Hujan masa ni tapi gigih juga berpayung ke surau. Walid bertugas jadi kita bagilah moral support hihi.... 

Anak² ambik Nasi Hujan Panas, Ummi ambil lemang + rendang. Pulut kuning, sate kongsi² je... 

2. Open House Ustazah

Ustazah R, jiran sebelah rumah kami dulu jemput ke rumah depa di Sg Buloh. Dari Sri Gombak ke SB sejam pergi, sejam balik. Jalan sesak sebab ramai masih beraya :D 

Kawasan orang have² :D 

2x repeat Agar² Santan & Agar² Sirap lejen ni. Ustazah sendiri buat agaknya, rasa sedap macam airtangan orang tua²... 

Rapat dengan Ustazah jadi memang santai je la budak² ni pun...makan sambil layan movie... Masa nak balik tu Cik Leha & Cik Ana sampai. Sambung lagi sembang :D 

Adik tumpang bergambar depan rumah cantik ni... Seronok kejiranan ni, tak crowded. 

3. Open House Uncle Shah

Shaq hantar invitation ni, utk kawan² sekelas dia. US pun ada PM Walid. Ummi & gegirls tak pergi, sampai rumah pun dah dekat pukul 7. Walid je singgah tunjuk muka sebelum pergi surau. Kakak dah pergi beraya dah di rumah US sebelum ni jadi tak ralat sangatlah walaupun tak pergi. 

Ikutkan Walid ada 2-3 jemputan lagi dari surau² berdekatan, tapi dah ada AJK lain pergi, ada wakil oklah. 

Alhamdulillah atas rezeki dari-Nya. 








Friday, 3 May 2024

Orang JB Mai Beraya @ 24 Syawal

Kawan sekolah rendah Walid, Uncle Wadi sekeluarga datang beraya malam tadi. Jemput sekali Uncle Ajis yang tinggal berdekatan. UW sekeluarga dari JB, balik beraya di rumah orang tuanya di Rawang. Beliau orang kuat sebuah jabatan kerajaan, baru dapat cuti raya. 

Ummi masak;

Nasi Beriani

Lauk Ayam Masak Bawang dan Dalca Sayur serta Papadom. 

Hidang juga Kek Pisang dan kerepek². Kuih raya dah tinggal serdak 🤭

Seronok layan si kenit ni...
Teringat cucu saudara Ummi, rambut pokok kelapa tu trademark dia 😁

Duit raya dari UW. Comel kan sampul raya Grab ni... 

Alhamdulillah selesai untuk malam tadi. Last kot untuk Syawal tahun ni. Ikutkan hari ni ada yang nak datang beraya tapi jadual kami full. Alhamdulillah rezeki open house bersusun untuk Sabtu Ahad ni. Sabtu minggu depan pun dah penuh. Sibuk ala² PMX :p