Showing posts with label Lumut2019. Show all posts
Showing posts with label Lumut2019. Show all posts

Thursday, 8 August 2019

Restoran Horizon Garden Seri Manjung


Sambung cerita Lumut... 

Hari kedua kami di Lumut kami ambil peluang untuk berbuka di Restoran Horizon Garden Seri Manjung sambil celebrate birthday Adik yang ketiga. Ummi dah share tentang birthday Adik sebelum ni. Cuma kali ni nak kongsi tentang restoran yang terkenal di Seri Manjung ni. Tempat pilihan untuk acara makan-makan di sini. 


Bab menu/pakej dibuat oleh Walid sebab Walid pernah makan di sini bersama rakan-rakan sekerjanya. Set pilihan ialah set untuk 4 orang rasanya. Dah hampir lupa dah sebab it was on last June. Dinasihatkan agar buat tempahan dahulu terutamanya di bulan puasa bagi mengelakkan masa menunggu yang lama ye. 

Set ni harganya +-RM100.
Berbaloi sebab ada nasi, 4 jenis lauk & air. 

Complimentary buah & kuih


Seronok berbuka di sini. Setiap meja diberikan kurma sejurus sebelum azan berkumandang. Kami sampai pun hampir waktu berbuka sebab berkejar memcari kek  untuk Adik. Mujur dah tempah meja. Makanan pun dah terhidang alhamdulillah. 

Nampak kami bawa kek birthday, terus staff di situ ambil piring untuk makan kek. Cekap! Siap nyanyikan lagu birthday untuk Adik lagi. 




Makanan sedap semuanya pada tekak Ummi. Siakap stim ala nyonya ni katanya hot stuff di sini. Tapi, sebab dah ada tomyam putih, Ummi rasa kalau siakap tu masak 3 rasa lagi sedap. Lebih serasi diregukan. Itu pendapat Ummi. Tapi Walid pilih siakap stim tu nak bagi kami semua rasa keenakkannya. Thanks B! 

Restoran ni dua tingkat. Di bahagian atas juga disediakan surau. Bergilir-gilir kami solat di situ. Bila dah solat, bertambah sedap nak makan. Hati tenang sebab dah tunaikan kewajipan, boleh sambung makan. Memang licinlah kami makan malam tu 🤭

Surau Muslimah





Kek birthday Adik kami beli di sini, bakeri milik bumiputera.. Pelbagai jenis kuih raya yang dipamerkan. That time memang rasa nak beli je tapi mujur juga rushing nak ke restoran tak sempat nak memilih jadi tak beli langsung haha... 





Thank you very much for making Adik's 3rd birthday a very special one.

Horizon Garden Seri Manjung 
No 7 Persiaran PM3/2
Pusat Bandar Seksyen 3
32040 Seri Manjung 
Perak Darul Ridzuan 
Tel: 05 6888 799

Tuesday, 30 July 2019

Hotel Sfera Lumut yang Super Best 👍👍👍


Borong ikan  sudah...
Bersiar-siat di sekitar Lumut pun dah...


Sekarang tiba masa untuk kita check in di hotel. Untuk hotel ni, office yang buat tempahan. Setiap staff dapat bilik sorang satu (twin bed) jadi dari di biarkan Walid berseorangan, jomlah kita teman Walid ahaks! Harga semalam untuk bilik twin ni di bawah RM200 (corporate rate). Bagj Ummi sangat berbaloi dengan perkhidmatan yang disediakan.

Main entrance. 

Hotel Sfera ni 4-star hotel. Terkenal dan jadi pilihan outsiders yang ada urusan kerja di Lumut. Hotel ni lengkap dengan kolam renang, gimnasium, bilik bacaan, cafe dsbnya. Ada satu minggu tu hotel ni fully booked jadi Walid dan teammates terpaksa menginap di hotel lain. Memang terasa kekurangannya jika di bandingkan dengan Hotel Sfera ni.





Balkoni.

Time berbuka, hampar tikar dan makan di balkoni ni je masa first day tu. Dari sini, boleh dengar azan dari masjid berdekatan. 


Team bola pun stay sini. 


Sepanjang Walid keluar bekerja, macam-macam aktiviti Ummi dan anak beranak dalam bilik hotel. Nak bawa depa keluar, Ummi malas sebab ramai sangat. Berhampiran hotel ni ada pelbagai kedai; 99 Speedmart, Hari-Hari, Butik Gene Martino, Billion dsbnya. Sudahnya kami layan TV, mandi pool, lepak di reading room... Kebetulan bilik tu ada balkoni, ada extra space untuk anak-anak main Beyblade, main sorok-sorok... Ummi pula ikuti Istiadat Pemakaman Sultan Ahmad Shah yang mangkat sehari sebelumnya (17 Ramadhan) dari awal hingga akhir. Sembap mata Ummi, asyik menangis je. Sedih, sebak, pilu semuanya ada. 

Untuk sahur, Ummi minta Abang tolong tapaukan food untuk Ummi. Nak turun ke kafe, malas nak kejutkan Adik Kakak yang masih tidur. Ummi sahur dengan roti pun OK je sebenarnya. 

Food sedap. 


Kolam renang yang cantik. Ada mini playground. Seronoklah anak-anak walaupun asyik terperap di hotel tapi banyak aktiviti boleh dilakukan.



Abang action je tu 😅


Feeling anak orang kaya 😂😂😂

Bersih! 
Hari pertama kami 5 beranak je di pool tu. Hari kedua baru ada family lain. Puas lah anak-anak mandi pool. Katanya puasa, entahlah haha... Seronok sangat berendam tu. 

Ini pula Reading Room. Cantik. Deco ringkas tapi awesome 😍 Ummi pula pencinta hijau, memang jatuh chenta tau dengan deko bilik ni. 





Hotel Sfera
2479 Jalan Dato Yu Neh Huat
Taman Samudera
32040 Seri Manjung 
Perak Darul Ridzuan
Tel: 05 688 1000

Sunday, 28 July 2019

Lumut ~ Rezeki yang Diawalkan


Hujung tahun ni kami bercadang nak bercuti di Lumut. Tahun lepas dah ke Kuala Terengganu, tahun ni pilih destinasi di sebelah Pantai Barat pula. Dah tempah hotel pun sebenarnya. 

Tapi, Allah bagi kami rezeki ke Lumut bulan puasa hari tu. Walid ada working trip di sana jadi kami pun ikut. Trip 3D2N sahaja tapi sempat discover Lumut & Seri Manjung. 

Kali terakhir Ummi ke Lumut ialah pada tahun 2009. Syarikat buat Family Day di Pulau Pangkor. Dari Jeti Lumut, kami naik feri terus ke resort. Tak ingat nama resort, Pangkor Laut or Pangkor Beach Resort. Masa tu Ummi belum start blogging. Kalau tak Ummi dah share dah ceritanya. 


Jeti Lumut. 
Hujan time ni. Snap gambar dari dalam kereta je. 

Kalau tengok Lumut Waterfront ni tak banyak yang berubah pun. Ummi masih boleh recall tempat kami parked kereta, kedai kami singgah makan dsbnya. Di sebelah malam pun ada yang keluar mengambil angin bersama keluarga di Taman Awam berhampiran. Ada limpahan lampu menerangi kawasan tersebut. 



Paling ketara berubah ialah Pantai Teluk Batik. Dulu pantainya cantik, landai jadi tumpuan pelancong bermandi-manda. Sekarang ni pantainya sudah ditambak. Tiada lagi aktiviti bermain pasir mahupun mandi laut macam dulu. Hanya sekadar boleh bersantai di wakaf-wakaf yang disediakan atau sekadar bertenggek di atas tembok tinggi yang memisahkan darat dan pantai. Terasa satu kekurangan jika ke pantai tapi tak dapat bermain dengan ombak. Walaupun  sekadar membasahkan kaki di gigi air, itu sudah satu kepuasan jika ke pantai. Ah, dunia semakin sakit. Satu persatu nikmat alam terkubur :(


Resorts/apartments berhampiran pantai pun nampaknya sunyi tanpa penghuni. Mungkin hujung minggu suasana lebih 'happening'. 

While Pantai Teluk Batik is losing her charm, ada satu tempat baru yang dibangunkan di sini, Marina Island Resort. Besar kawasannya. Ada tempat penginapan, residensi, Dewan, go-kart, jeti untuk ke salah sebuah resort terkemuka di Pangkor, gerai jualan hasil laut dll. 

Marina Island Resort 


Kapal/bot persendirian. 

Lumut kaya dengan hasil laut... 






Kedua-dua kedai milik bumiputera ni terletak bersebelahan. Ummi masuk dua-dua kedai hehe... Barang lebih kurang sama sahaja, begitu juga harganya. 



Inilah hotel yang kami dah booking untuk hujung tahun ni. Takde rezekilah nampaknya. Tak seronok pula nak datang ke tempat yang sama dalam tempoh yang singkat. 


Ini pula kawasan Lumut Port.


Pertama kali Ummi sampai di sini. Sengaja Walid bawa puding-pusing sekitar Lumut ni sampaikan ke pelabuhan pun dibawanya. Syarikat D, tempat Walid kerja sebelum ni ada plant di sini. Cuma Walid tak pernah ke sini untuk sebarang assignments. Mana lah tahu, anak-anak dapat inspirasi nak bekerja di sini suatu hari nanti. Kami nampak kontena, kapal-kapal yang sedang diselenggara, kilang dsbnya. Kawasan perindustrian...

Dah puas pusing sana, pusing sini barulah checked in di hotel. 


Petang tu ke bazar Ramadhan di food court Sri Manjung. Lumut dengan Sri Manjung di sebelah-sebelah je. Main businesses activities/premises di Sri Manjung. 




Malam tu kami solat terawih di masjid berhampiran hotel. Adik Kakak ada pencil, color pencils dan buku depa dah Ok. Alhamdulillah Ummi dapat solat terawih dengan aman. Masjid ni sangat mesra kanak-kanak. Sebab tu ramai budak-budak. Anak-anak kecil ni bebas bergerak ke sana ke mari, berlari-lari kecil dan bergurau senda sesama mereka tanpa ada jelingan, tegahan mahupun jerkahan jemaah dewasa. Hanya kedengaran bisikan ibu masing-masing menegur jika anaknya terlepas laku. Masing-masing berlapang dada dan saling memahami asalkan anak-anak kecil ini tidak melampaui batasan. 

Walaupun bukan percutian sebenar, tapi dapat jalan-jalan macam ni pun dah memadai untuk kami katakan bahawa kami dah visit Lumut. Jadi, tugas Ummi sekarang kena cari tempat lain untuk bercuti. Ummi teringin nak ke Cameron Highlands tapi Walid tak berapa minat huhu... 
Any other suggestions? Please...