Akhirnya hajat Ummi nak melihat dari dekat pembuatan labu sayong tercapai. Setiap kali menonton dokumentari di kaca TV tentang labu sayong, teringin benar Ummi melihat sendiri proses pembuatannya.
Hasil carian di Waze, menemukan kami dengan Mehans Enterprise yang diusahakan oleh Pn Hanis dan saudara-maranya. Muda lagi Hanis ni. Sempatlah Ummi berkenalan gitu-gitu... Menurut Hanis, ianya dinamakan labu sayong kerana tanah liat khas yang digunakan diambil (dibeli) dari Sayong (nama tempat). Ummi ingatkan sayong tu jenis labu yang dihasilkan. Rupanya salah.
Yang seronoknya di sini, kita dapat meninjau cara pembuatan labu sayong. Acik yang sedang melakukan kerja-kerja bancuhan tanah liat tidak kedekut menberikan penerangan kepada kami.
Besar mesin pengisarnya. Nak masukkan tanah liat pun guna scoop ye, bukan taruk dengan tangan je. Mana-mana labu sayong yang pecah, rosak sewaktu penghasilan dimasukkan kembali ke dalam mesin pengisar ni. Tapi, tak boleh lebih dari 10% peratus rasanya. Jika tidak, adunan susah dibentuk.
Dah dikisar, kemudian digaul sebati supaya adunannya benar-benar halus. Teringat pula arwah Tok mengadun tepung untuk buat kuih peneram. Ginilah gayanya :D
Jika ada tanah liat yang masih kasar, akan dikeluarkan. Kemudian adunan akan dituang ke dalam acuan dan dibiarkan selama beberapa jam untuk mengering.
Oh ya! Di sini pembuatan labu sayong menggunakan acuan yang dibuat dari plaster (material yang digunakan untuk plaster kaki, tangan jika kemalangan). Cara ini lebih cepat dan dapat menghasilkan lebih banyak labu sayong berbanding cara tradisional yang mana setiap labu dibentuk sebiji demi sebiji. Yang pusing-pusing tu... Ummi pun tak tahu apa nama tekniknya tu.
Pelbagai bentuk acuan.
Proses ukiran labu...
Hasilnya sangat memukau 😍...
Selain cantik, harganya pun mampu milik. Yang kecik comel ni cuma RM4 sebiji. Boleh dijadikan buah tangan.
Nak story sikit ni... Masa wedding Ummi dulu inilah cenderamata yang Ummi bagi kepada tetamu. Labu sayong comel ni 😊. Masa tu ada karnival sempena convo di uni tempat Ummi belajar. Adalah pelbagai gerai-gerai jualan. Karnival kan... Letih jugalah mengangkut labu-labu ni sebab banyak juga Ummi beli. Sekarang ni bila ke rumah saudara mara nampak cenderamata kahwin ni depa simpan elok dalam almari, Ummi tersenyum sendiri. Memang labu sayong ni ada sentimental value-lah bagi Ummi.
Jika berkesempatan ke Kuale, pastikan anda melawat pusat/bengkel pembuatan labu sayong. Ada beberapa tempat di sekitar Sayong ni. Sangat bermanfaat terutamanya untuk generasi anak-anak kita, agar kenal dengan warisan budaya kita.